
Pernah tak anda alami perasaan keliru untuk membuat pilihan?
Tatkala hati anda teguh dengan satu pilihan, tiba-tiba hadir pula pilihan lain yang membuatkan anda ragu-ragu dengan keputusan anda.
Hati menjadi bolak-balik. Fikiran pun menjadi tidak tenang.
Di kiri menyayangi anda, di kanan juga sama. Ah, pasti keliru untuk membuat pilihan kan?
Pilihan yang datang itu membawa dua tujuan.
Sama ada yang datang itu sebenarnya pilihan yang tepat ataupun yang datang itu sebenarnya hadir untuk menguji kekuatan anda dan pilihan anda.
Pasti sedikit sebanyak hati kita merasa goyang kerana ini soal yang sangat besar, kerana separuh dari hidup kita bergantung kepada pilihan calon hidup yang yang tepat.
Padah membuat pilihan yang salah!
Jangan sampai tersalah orang dalam membuat pilihan teman hidup.
Berkahwin dengan orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak berkahwin sama sekali.
Kerana seumur hidup waktu kita terbuang bersama orang yang salah. Orang yang tidak akan dapat bersama kita dalam mencipta bahagia.
Bagaimana Ingin Membuat Pilihan Yang Tepat Supaya Kita Tidak Tersalah Langkah?
1. Istikharahlah
Beristikharahlah dan mintalah petunjuk dari Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Mohonlah pada Allah supaya hati kita dibimbing dan dihalakan pada orang yang betul tepat buat diri kita.
Petunjuk dari istikharah juga tidak semestinya berdasarkan mimpi sahaja.
Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi dalam bentuk ketenangan hati terhadapnya, dimudahkan urusan dengannya dan sebagainya.
Tapi istikharah juga kadangkala boleh menyebabkan hati semakin keliru, sila baca artikel ini untuk pemahaman lanjut
2. Dia mampu membimbing ke jalan yang lebih baik
Pilihlah insan yang mampu membawa anda menjadi insan yang lebih baik.
Pilihlah insan yang mampu menegur anda untuk kebaikan dan mempunyai pegangan agama.
Jika ketua keluarga tidak mempunyai pegangan agama, pasti sukar baginya untuk mengemudi bahtera perkahwinan kan?
Sebolehnya, pilihlah yang tidak merokok.
3. Pilihlah orang yang mampu bersusah – payah dan berkongsi kesenangan bersama kita.
Bak kata orang tua, ‘mencari teman ketawa itu mudah,tetapi mencari teman menangis itu yang sukar’.
Fikirkan kembali adalah insan yang anda pilih itu sentiasa berada di sisi anda di saat anda susah mahupun senang.
Jika dia hanya mampu menjadi teman di kala anda senang, pastinya dia bukanlah pilihan yang terbaik.
4. Dia serius dalam perhubungan
Setiap hubungan pastinya mempunyai matlamat.
Setiap perhubungan pastinya ingin diakhiri dengan perkahwinan.
Sekiranya dia tidak mempunyai matlamat yang jelas dan sekadar ingin bermain-main, dia bukanlah pilihan yang terbaik.
5. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga anda
Berkahwin bukan sahaja bermakna kita bersatu dengan orang yang kita kahwini, malah kita juga bersatu dengan keluarganya.
Jika dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga kita terutamanya kedua ibu bapa kita, pastinya sesuatu hubungan itu akan menjadi sukar tanpa restu keluarga.
Jika dia tidak mempunyai usaha untuk menambat hati keluarga anda, lebih baik anda berfikir semula tentang pilihan yang anda lakukan.
6. Rasa tenang apabila berfikir tentangnya
Apabila mendengar namanya, hati terasa tenang.
Apabila dia bersama anda, anda berasa selesa dan terasa waktu seperti tidak berjalan.
Ketika memikirkannya, anda pasti akan tersenyum. Itulah salah satu tanda yang dia adalah pilihan yang tepat.
Yang paling penting, tanyalah hati kecil anda. Apa yang terdetik di hati anda itulah sebenarnya pilihan anda kerana hati kita tak pernah menipu.
Buatlah pilihan yang bijak kerana tersalah mengorak langkah, kita mengkin akan menyesal di kemudian hari.
7. Istisyarah – meminta pendapat orang lain
Ramai diantara kita yang terlupa perkara yang satu ini, iaitu Istisyarah.
Istisyarah adalah kita meminta pendapat orang lain.
Sebagai contoh, ibu bapa.
Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi. Dalam konteks kita sekarang, situasi mahu memilih pasangan.
Dengan bertanya mereka yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa dan keluarga, atau yang mereka yang kita yakin (seperti ustaz), insyaaAllah mereka akan dapat memberikan pencerahan dan panduan kepada kita dalam membuat pilihan.
Bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan.
Dari situ kita menilai dan menimbang.
Penutup
Dalam soal ini, sangat penting untuk kita memperhalusi pilihan kita.
Saya bukan ingin menakut-nakut anda tentang perkahwinan, tetapi ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri kita.
Biasanya, sebelum berumah tangga, kebanyakkan kita semua seakan terdesak untuk segera menikah.
Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semua keburukan sudah diketahui dan terbuka.
Memang tiada orang yang sempurna, tetapi kita semua mempunyai hak untuk menentukan siapa yang paling sesuai untuk kita.
Kerana selepas perkahwinan, kita mesti merima setiap apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Oleh itu jangan terlampau terburu-buru, bertenang dan buatlah keputusan dengan pertimbangan yang sesuai.
Yang paling penting adalah kita sentiasa menjaga dan memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa.
Kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. Itu janji Allah terhadap hambaNya.
Mungkin sesetengah dari pembaca semua mempunyai pengalaman atau kaedah tersendiri dalam menentukan pilihan?
Bagaimana pandangan anda mengenai masalah membuat pilihan ini?
Setiap komen dan perkongsian pendapat yang ditinggalkan anda semua amatlah kami hargai.
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
assalamualaikum , sy aniq dri klntn .. sye juga buntu dlm membuat kputusan .. dlu sy ad knl dgn sorang perempuan ni n mkin lama kmi mkin serious sehingga 3 thun tp dlm mse 3 thun tu pn mcm ii msalah trjadi n tibe ii sy ad knal dgn sorang perempuan yg laen , kami knl dlm 5 bulan tp tibe ii perempuan yg lame tu dtang balik dan merayu ii untk nk kembali dgn sye mcm dlu lg , ape yg ptt sy lakukan skrng ni ?
as salam. sy ada masalah kkliruhan di sini. sy hani brumur 26thn ini. sthun lepas hidup sy dgn keadaan yg baik2 sja. .tahun ini ada laki2 ingin brnikah dengan sy. maslahnya, dia sdh brtunang dan prtunangan mreka bukan srius bg laki2 itu di sbb kan prknalan mreka baru sja 6bulan.. hmm masalah bagi sy pula, llki ini adalah bekas tunang sy. sblm btunang kmi brcinta 3tahun , lepas tu tunang 2thun. . sy yg putuskan sblm ini atas sbb2 dia tiada pkerjaan tetap dan dia brdiam diri brpa bulan dan sy mggap dia tidak lagi ada hati untk brkahwin dgn sy pda msa itu. hati sy pula ingin mnerima dia kembali dan sedia mnerima lamaran dia untuk mnikahi sy.. tp bgaimana tunang dia skg pula?? dan sy tkut klurga sy tdk mnerima dia kmbli.
Assalamualaikum, saya punya masalah yang sama berlaku..saya lelaki yang kini mungkin keliru dgn apa yg berlaku. saya sedang bercinta dengan miss j anak 2..sy dgn si dia pjj dan x pernh jumpa. tapi nekad dgn niat utk nikah dgn dia akan dtg..walaupun 3bulan kenal.. tpi dlm mse yg sama hadir seorg wanita yang sukekan sy..satu tempt krj dan lebih muda dri saya..sy 25 dan miss j 26..wanita N ni umur 21. setelah kenal dgn si N tetibe hti ni jdi keliru..apakah si N hadir sebagai ujian sy hubungan dgn miss j ataupun si N adalah jodoh sy yg sebetulnya.. miss j di utara dan sy dgn si N pantai timur. apa ptt sy buat? si N da bgtau tentng perasaan dia..dlm mse yg same miss j x thu lgi hal nie.. sy keliru..apa ptt sy buat..mohon bantu nasihat.
Saya dah bertunang.. tidak lama lg akan melansungkan perkahwinan. Proses urusan perkahwinan,hati rasa sempit. Rasa susah je. Dgn masalah duit dan masalah2 lain. Persoalannya knpe tidak ada ketenangan dlm usaha ke arah itu? Sy mencari jawapan tu. Dalam masa yg sama. Hati kecil terdetik tentang bekas kekasih lama. Tak lame kemudian.. setelah 7 tahun tak pernah berjumpa.. tiba2 muncul. Dgn rasa tenang nyaman bila pertama kali pndang wajah dia. Adakah ini semua sandiwara syaitan yg nak merosakkan perancangan. Atau ini benar2 drp Allah.
nasib sy sama macam awak , sudah setahun nie mana 1 yang awak pilih
Assalam, memandangkan reply awak ni adalah dua tahun yg lalu, boleh sy tau apa keputusan yg awak buat dan apa yg terjadi pada hubungan awak sekarang? Sy seperti berada dalam situasi yg sama dimana perasaan tak tenang dan tak yakin semasa menguruskan hal2 perkahwinan. Tapi kami dua2 tiada orang ketiga dan sy sangat yakin tentang ini. Kami memang setia berdua cuma tiada keyakinan kerana kami sering dilanda masalah semasa menguruskan hal perkahwinan.
Salam , saya ada masalah dalam membuat pilihan , tahun lepas saya pernah tak jadi tunang sebab ada masalah dengan lelaki bernama H , masalah dengan keluarga si lelaki . kemudian semasa ibu saya ingin menempah katering untuk majlis pertunangan saya , saya tidak sedap hati dan minta dibatalkan semua urusan . semasa saya padu kereta pulang balik , saya doa di dalam hati , supaya Allah tunjukkan jalan ynag betul dan benar , andai dia jodohku , kau permudahkanlah segala urusan dan andai dia bukan jodoh ku , kau pisahkan kami dengan cara apa sekali pun , pada malam tu , memang bergaduh sebab ibu si lelaki , dan ibu saya . jadi kami membuat keputusan untuk tidak berhubung ,
selepas beberapa bulan saya ada kenal seorang lelaki warga iraq yang bernama M . sebelah flat saya . kami berkenalan sebagai kawan dan si dia mula tunjukkan rasa cinta kerana saya orang pertama hadir dalam hidup dia . keluarga dia semua sudah saya jumpa . dia juga sudah datang kerumah saya untuk berjumpa keluarga saya ,… kami selau keluar makan bersama . dia selalu marah kalau saya tidak solat , dia sangat patuh pada agama , dia betul2 cinta saya kerana Allah , dia selalu ceritakan kisah2 dalam alQuran … dia decide untuk kahwin dengan saya selepas beberapa bulan kami kenal .
sebulan kemudian , si H datang balik kerana dapat kerja berhampiran tempat saya sedangkan dia dari negeri lain ., dan merayu menangis untuk bertunang .. dia mula merayu selepas dia dapat kerja di penang . sebelum tu dia tak datang merayu apa pun , dan lepas tu saya tak tahu kenapa hati saya rasa simpati dan kesian .. saya terima sebab kesian tanpa fikir orang yang betul2 nak saya . yaAllah saya tau saya buat salah . dan saya istikharah .. malam tu saya bermimpi , wallahe saya bermimpi lelaki iraq tersebut muncul dalam mimpi saya .. dengan wajahnya yang sangat2 jelas . lebih dari 3 kali saya mimpi orang yang sama walaupun sebelum tidur aya tak fikirkan sesiapa . sekarang ni masalah belum selesai . tetapi hubungan saya dengan mr.H sekarang dalam keadaan yang sangat teruk . saya takda hati dekat dia . mak saya pernah berpesan .. cari lelaki yang boleh bimbing kita .. masa depan, hidup susah senang , untuk dunia dan akhirat . bila saya lihat wajah si M ni mesti saya tenang . dia bawa saya ke jalan Allah .. subhanallah indahnya bila saya dengan dia , tapi sekarang saya tidak tahu bagaimana nak explain dan hadapi semua ni .. main rapat hubungan saya dengan si M .. dan makin jauh hubungan saya dengan H , adakah ini tandanya jodoh …
tolong saya :’)
Saya risau jd mcm awak tapi versi lelaki sebab baru baru ni saya solat isthikarah dan bermimpi seorang bekas kekasih saya cuba mrngorat kembali nyata dia dah ada pasangan yang lain . Bkn sekali saya bermimpi banyak kali dah la setiapnkali terjaga dari mimpi tu saya punya jantung akan berdupdap . Saya memang baik dengan keluarga si dia , say nyatakan hajat saya nak bertunang dengan si dia tapi si dia cuma marah marah kan saya . Saya tak tahu apa mahu buat sedang kan saya bermimpi kan dia jelas wajah dia . Skrng saya risau kalau dia accept saya disebab kan keluarga dia tidak sayang saya 100% hmmm
saya skrg betul2 rasa serba salah. ada seseorang yg perlukan saya dan mahukan sy jdi teman hidup dia. tp sy dah ada pilihan hati. kedua-duanya sama2 mempunyai ciri yg baik juga latar blkg yg elok memenuhi citarasa sy. sy tak sampai hati bila lihat dia terlalu sedih kerana tahu sy telah mempunyai pilihan hati. sy agk byk berfikir sbb sy tak dpt balas perasaan dia. kadang2 sy rasa nk beri perasaan pada keduanya tp ternyata itu tidak adil dan akan menganiaya. disebabkan hal ni juga sy rasa sy ada prsaan pada dua org pada wktu yg sma.
Assalamualaikum…sy pernah bbrp kali kecewa dsbbkn keinginan tuk berumahtangga ditolak dlm diam.stp kali solat istikharah petunjuk Allah bg..org yg sama.sbb tu sy cekalkn hati agar dy sahaja yg bertaktah dihati.seju2rnya bla brsam dgn dy hti tenang je.rasa selamat tp sy xmampu tuk tawan hati dy agar percaya pd hati ne n buat dy dtg melamarqu.kluaga sy dr dlu setuju
dy jd calon suamiqu.percaya la…pe
yg prnah aku katakn sprti ayh
xstuju..i2 hanya tektik org yg
dendam dgnqu.sama lh dgn lain2
perkara yg pernah ku katakan yg
bolh menyakitkn telinga n hati bla
mendengarnya.sbb tu qu sellalu menangis dlm doa.hati sllu brtanya..sampai bila lh ia akn berakhir? Sy benar2 sayangkn dy.sy yakin dy la terbaik tuk sy n kluarga sy kelak.Ya Allah Engkau permudahkanlah niat suci n urusan kami sehinggalah Engkau satukan aku dan pilihan takdir jodohMU untukku dalam sebuah pernikahan yg halal mendapat berkat dan rahmat dariMU dunia akhirat.Amin..
Assalam..sy btl2 keliru bt msa ni..sblm ni sy ada bf dan da bkwn slma 10 tahun.. tpi dia msih blm beri kata putus utk bnikah..alasanya kluarga msih xstuju..dlm msa yg sma sy tlh mjalin kn hbungn dgn org lain..d sbbkn tlalu kcewa dgn bf sy sblm ni..dan kmi bpisah..utk mkluman llaki yg kdua tu tlh bkawin..ttpi dia sygkn sy lebih dri bf sy sblm ni..dia jgk ingin menikahi sy..prnh sy ingin akhiri hbungn tu..ttpi dia nekad utk mnceraikan isteri nya asalkn dia x khilangan sy..tpi sy ksn kan isteri nya..dan sy ambil kputusan utk brundur..wlpn sakit sbnarnya..sbb sy jgk tlalu sygkn dia..msalahnya skrg..isterinya slalu mnganggu sy dan mmbuatkan hti sy geram dan rsa tcabar..sehinggah kan sy nekad utk kmbali bsma suami nya tu..d sbb kn msih ada rsa cinta dan syg thdapnya..sy sgguh keliru..apakah tindakan sy itu btl.. sy tlh ambil kputusan utk kmbali smula bsma bf sy yg ptma tu.. dia jgk sdh bjnji akn menikahi sy.. tpi msalahnya skrg.. hti n prsaan sy msih dgn llaki yg bgelar suami org tu.. sdngkn sy sdh mngambil kputusan utk bpisah dgnnya..sy slalu bdoa smoga tuhan mmberi ketenangan hti agar sy tdk ada perasaan lgi dgn suami org tu..tpi smakin sy cuba mngelak..smakin tu la jgk hti n persaan sy dgn nya..
assalamualaikum…saya ada masalah.sy bercinta dri zaman sekolah.kekasih sy mencintai sy seikhlas hati.saya juga menyayangi dye.tapi saya tidak percaya dy sepenuh hati.dalam hati saya sellu ada keraguan dye baik…. saya percaya dye skrg ni.tpi lepas kawin saya xpercaya dye.mgkin jga saya trauma putus cinta…saya cube trima dy seadanya..dy baik cume dy xkuat agama.dy xbole tggal rokok.saya takot dugaan besar melanda bila kawin nnti membuatkn skrg ni sy sukar buat pilihan adakah dy yg terbaik.dan ayah tidak restu hubungan ni.kerana kami sebaya umor..dn beranngap kami tidak matang xmmpu nk lalui dugaan rumh tangga.dn salh satu dy xkuat agama.harapan saya dalam hubungan ni pertama di restui oleh iballah dn ibu bapa.kedua.saya berharap dy berubah ke arah jalan allah.supaya rumh tgge kami xgoyang bila kawin nnti.
Izinkanlah saya menulis / menebar sejumlah doa, semoga Allaah SWT mengabulkan – KHUSUSNYA TERKAIT JODOH. Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘alamiin.
Lebih dan kurang saya mohon maaf. Semoga Allaah SWT selalu mencurahkan kasih sayang kepada kaum Muslim : yang hidup dan yang mati, di dunia dan di akhirat. Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘aalamiin.
PEMBUKA :
Asyhaduu anlaa ilaaha illallaah wa asyhaduu anna muhammadarrasuulullaah
A’uudzubillaahiminasysyaithaanirrajiim
Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin,
Arrahmaanirrahiim
Maaliki yaumiddiin,
Iyyaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin,
Ihdinashirratal mustaqiim,
Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi ‘alaihim waladhaaliin
Aamiin
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillaahirabbil ‘aalamiin, hamdan yuwaafi ni’amahu, wa yukafi mazidahu, ya rabbana lakal hamdu. Kama yanbaghi lii jalaali wajhika, wa ‘azhiimi sulthaanika.
Allaahumma shalli wa sallim wa baarik, ‘alaa Sayyidinaa wa Nabiyyinaa wa Maulaanaa wa Maulaanaa Muhammadin wa ikhwaanihii minal anbiyaa-i wal mursaliin, wa azwaajihim wa aalihim wa dzurriyyaatihim wa ash-haabihim wa ummatihim ajma’iin.
Ya Allaah, berilah shalawat serta keselamatan dan keberkahan, untuk junjungan, nabi dan pemimpin kami Muhammad SAW dan saudara-saudaranya dari para Nabi dan Rasul, dan istri-istri mereka semua, keluarga mereka, turunan-turunan mereka, dan sahabat-sahabat dari semua Nabi dan Rasul, termasuk Sahabat-Sahabatnya Nabi Muhammad semua dan semua yang terkait dengan Nabi Muhammad SAW.
ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHAZAA INI RAHMATIKA YAA ARHAMAR-RAAHIMIIN.
Ya Allaah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang
RABBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHAIRIN FAQIIR.
Yaa Rabb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
RABBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHAIRUL WAARITSIN.
Ya Allaah janganlah engkau tinggalkan aku seorang diri dan engkau sebaik-baik dzat yang mewarisi. (QS. Al-Anbiya-i’: 89).
اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
“Allaahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa”.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan Ibu Bapakku, sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku diwaktu kecil”.
“Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua orang tuaku, dan sekalian orang-orang mu’min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).” (QS. Ibrahim: 41).
“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (QS. Al-Ahqaaf: 15).
Allaahumma innaa nas’aluka salaamatan fiddiini waddun-yaa wal akhirati wa ’aafiyatan fil jasadi wa ziyaadatan fil ‘ilmi wabarakatan firrizqi wa taubatan qablal mauti, wa rahmatan ‘indal mauti, wa maghfiratan ba’dal maut. Allahuma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil mauti, wannajaata minannaari wal ‘afwa ‘indal hisaab.
Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keselamatan dalam agama, dunia, akhirat, kesejahteraan/kesehatan jasmani, bertambah ilmu pengetahuan, rezeki yang berkat, diterima taubat sebelum mati, dapat rahmat ketika mati dan dapat ampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada waktu sekarat dan selamatkanlah kami dari api neraka serta kami mohon kemaafan ketika dihisab.
Allaahumma inna nas aluka husnul khaatimah wa na’uudzubika min suu ul khaatimah.
Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu akhir yang baik dan berlindung dari akhir yang buruk.
Allaahuma inna nas’aluka ridhaka waljannata wana’uudzubika min shakhkhatika wannaar.
Ya Allaah, sesungguhnya kami mohon keridhaan-Mu dan sorga, kami berlindung kepada-Mu dari kemurkaan-Mu dan siksa neraka.
Ya Allaah, terimalah amal saleh kami, ampunilah amal salah kami, mudahkanlah urusan kami, lindungilah kepentingan kami, ridhailah kegiatan kami, angkatlah derajat kami dan hilangkanlah masalah kami.
Ya Allaah, tetapkanlah kami selamanya menjadi Muslim, tetapkanlah kami selamanya dalam agama yang kau ridhai – Islam, tetapkanlah kami selamanya menjadi umat dari manusia yang paling engkau muliakan – Sayyidina wa Nabiyyina wa Maulaanaa Muhammad Shallallaahu’alaihi wa aalihi wa shahbihi wa ummatihi, wa baraka wassallam.
DOA MOHON JODOH (UMUM) :
Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiina imaamaa.
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Ya Allaah, aku mohon cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, karuniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kebahagiaan / kebajikan hidup ke jalan yang Engkau ridhai. Dan karuniakanlah padaku keturunan yang shaalih
DOA LELAKI MOHON JODOH :
Rabbi hablii milladunka zaujatan thayyibatan akhtubuhaa wa atazawwaju bihaa wa takuunaa shhahibatal lii fid diini wa dun-ya wal aakhirah
“Ya Rabb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.
Allaahumma inni as-aluka zaujatan hasanatan jamiilatan kaamilatan wa tsabbit qalbahaa iimaanan bika wa birasuulika fid dun-ya wal aakhirah.
DOA PEREMPUAN MOHON JODOH :
“RABBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THAYYIBAN WAYAKUUNA SHAAHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIRAH”.
“Yaa Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.
PENUTUP
Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanataw wa fil aakhirati hasanataw wa qinaa ‘adzaabannaar wa adkhilnal jannata ma’al abraar.
Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksaan neraka serta masukanlah kami ke surga bersama orang-orang baik.
Rabbanaa taqabbal minna innaka antassamii’ul aliimu wa tub’alainaa innaka antattawwaaburrahiim. Washshalallaahu ‘alaa sayyidinaa wa nabiyyinaa wa maulaanaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa ummatihi wa baraka wassallam.
Tuhan kami, perkenankanlah do’a-do’a kami, karena sesungguhnya Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang. Shalawat, salam dan berkah semoga dilimpahkan kepada junjungan, nabi dan pemimpin kami Muhammad s.a.w, atas keluarganya, sahabatnya dan umatnya semuanya.
HASBUNALLAAH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR.
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Subhana rabbika rabbil ‘izzati, ‘amma yasifuuna wa salamun ‘alal anbiyaa-i wal mursaliin, walhamdulillahirabbil ‘aalamiin.
Aamiin yaa Allaah yaa rabbal ‘aalamiin.
Ganie, Indra – Bintaro Jaya, Tangerang Selatan, Banten
MCM MANA KALAU KITA MEMILIH DRI SEGI RUPA TAPI ORANG TU BAIKPADA PANDANGAN KITA?
salam,terima kasih diatas perkongsian ni. sy ingin meminta pendapat. saya sudah mengenali rapat seseorang sehingga serius untuk mendirikan rumah tangga,tetapi kedua ibu bapa tidak merestui hubungan itu dan pada masa yang sama ada seorang kenalan ibu bapa saya untuk menjodohkan saya dengan anaknya. apa yang harus saya lakukan. ermm
Assalamualaikum..kisah awk mcm kisah sy sekarang..boleh kongsi untuk makluman saya..mungkin awak boleh membantu.
Assalamualaikum…tepat sekali apa yang dikupas..saat bercinta semua indah sehinggakan keburukan sedikit pun kita tidak nampak…kalau ciri-ciri di atas penah anda temui dalam pasangan anda mohonlah petunjuk allah kerana kadang2 perasaan tanpa bantuan yang esa kita sering kali tewas..tapi percayalah allah maha mengetahui..setiap dugaan yang diterima yakin dan percaya allah maha mengetahui..
Ddtangi merisik oleh family bf….tetapi hati terus tawr.sedangkan sblum itu..sperti kkasih yg lain…sntiasa happy..aku yakin ada sebab Allah bg rasa 2..keesokkan hari.aku mimpikan kwn lelaki sekali tempat tp lain department…mungkin itu ptunjuk darinya….sehingga kini..aku brkwan dgnnya…kwan biasa..tp selalu ada utk aku..bila berdekatanya aku merasa tenang…..dan aku berharap jika benar dya untuk aku….aku ingin jd halal untuknya tnpa cple….:)
Assalamualaikum…….
Sy nak tya, klu asyik mimpi perkara yg sm ada iaitu benikah dgn org yg sm….apakah maksudnya?
Aslkm..
Mslh yg sye hadapi bg sye mmg brt..pihak llki ingin cpt kn perkahwinan ttpi pihak disebelah sye tidak mahu kerana saya msih belaja.., ibubapa saya sudah membuat istikharah dan begitu juga saya..,mereka terima pilihan saya ttpi disbbkn mslh kewangn ,,fmily sye tdk mhu mmbnrkn sye berkhwin…pihak sblh llki kerap mmkse dan mereka juga sering bentangkan calon isteri kpd ank llki mreka…sye nk jge hati semua org..tp akhirnya hati sendiri yg sakit..mohon penjelasan
Salam,
Boleh tanya berapa umur saudari? Sudah berkahwin ke belum? Berapa lama sudah berkahwin? Anak berapa orang?
Terima kasih atas perkongsian artikel akan tetapi cuma ingin meluah pendapat, ujian Allah swt datang dari berbagai bentuk dan masa. Sifat hamba yang kerdil membatas fikiran untuk menyelesaikan ujian dan masalah tersebut. Tidak semua berjaya merebut keseimbangan dalam perkahwinan tambahan pula berlaku adil.
Mengapa rokok jadi penghalang pilihan?
Tq admin atas perkongsian yg btol2 brmanfaat..smoga Allah sntiasa mmberi admin idea2 yg bernas utk trus berkongsi disini..mohon kebenaran admin utk sy trus kgsi ya..
Assalamualaikum…Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ini..
sebetulnya skrg ini sya btol2 keliru,
tpi bila dpt perkongsian ini Alhamdulillah..
Insha Allah…semunya akn baik2
InsyaaAllah.. yakinlah padaNya :)
Mohon izin share
Tq
Silakan jika bermanfaat :)