Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain

kelemahan diri
Jangan biarkan kelemahan diri kita dipergunakan sewanang-wenangnya.

Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..

Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”

Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..

Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.

Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.

Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

 

Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:

1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.

Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.


2. Kita jenis tidak sukakan konflik..

.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.


3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.

Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.

Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”

– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.


4. Mudah terpengaruh dengan pujian.

Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.

Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.

– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.


5. Takut untuk merasa berbeza.

Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.

Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.

Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.

Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.

Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?

Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?

Siapakah dia?

Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.

Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.

Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.

Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.

Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri

Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.

Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.

Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)

 

Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?

Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

73 thoughts on “Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain”

  1. ibu aku pernah nasihat dengan pepatah “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali”.

    dan terkadang aku keliru, macam mana kita nak berpada-pada dalam membuat kebaikan?

    setiap kali kawan-kawan minta tolong, aku tolong je, asalkan ikhlas. tak kira laki perempuan.

    tapi one day, bila aku sedar aku dipergunakan, dipermainkan, dilukai oleh Si E, makin aku rasa tak selesa nak berkawan dengan dia.

    bila diluahkan kepada sahabat dan ibu bapa, mereka sendiri nasihat kepada aku tak usah dekat dengan dia.

    dan satu persoalan berlegar-legar dalam minda aku…kasihan dia sebab katanya aku sahaja lah kawan dia, mak dia pun sudah berharap dengan aku.

    jujur kata aku menyesal jadi terlampau baik. terlampau banyak aku bagi nasihat selembut bantal kepada E, hinggakan diri aku sendiri terluka tanpa parut.

    tak henti aku fikir :

    “nanti dia nak pergi dekat siapa? dia nak berkawan dengan siapa?”

    masalahnya, diri aku ni? tak kan hari-hari nak menangis, meronta, memberontak macam orang gila.

    kalau aku cerita pada orang asing, mereka mungkin akan ketawakan aku disebabkan perkara kecil ni. sebenarnya, ini bukan perkara kecil kerana sudah ternyata seperti satu kes buli yang tidak jelas di mata tetapi jelas di hati.

    ya Tuhan, serius aku tak nak dah rasa benda ni. cukup la sampai sini. aku tak sanggup seksa mental selama setahun.

    Reply

Leave a Comment