Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain

kelemahan diri
Jangan biarkan kelemahan diri kita dipergunakan sewanang-wenangnya.

Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..

Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”

Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..

Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.

Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.

Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

 

Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:

1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.

Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.


2. Kita jenis tidak sukakan konflik..

.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.


3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.

Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.

Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”

– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.


4. Mudah terpengaruh dengan pujian.

Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.

Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.

– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.


5. Takut untuk merasa berbeza.

Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.

Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.

Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.

Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.

Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?

Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?

Siapakah dia?

Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.

Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.

Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.

Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.

Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri

Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.

Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.

Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)

 

Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?

Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

73 thoughts on “Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain”

  1. saya sgt sedih sbb diri ni asyik dipergunakan oleh *** sy sendiri..Dia pantang utk mendengar org menghina,mencaci,memburukkan dia….Tapi hal sy dia buat x tahu je…Sy dah la xde rakan yg terdekat skrg..adik beradik semua lelaki…pastu *** pula perangai camtu..sy x sgka *** sy sendiri mempergunakan sy demi kepentingan dirinya..SAYA BENCI DIA..sY NAK MATI…SY X TAHAN KERANA DIPERGUNAKAN SETIAP HARI..Tolonglah admin bantu sy untuk hilangkan semua ni..Sy xtahan dgn hidup ni…Mcm dlm neraka dunia..Tolong ehh admin

    Reply
    • Assaalamualaikum Saudari, kita dihidupkan atas muka bumi ini untuk menjadi hamba Allah , mintalah pertolongan dan bantuanNya. Dekatkan diri dengan Allah untuk menghindari bisikan syaitan. Anda mungkin mengalami stress yang keterlaluan hingga menjadi destress mintalah bantuan pakar untuk keluar dari kemelut ini. Saya doakan semoga anda berjaya.

      Reply
  2. Sy juga mengalami mslh spt ini..dipergunakan oleh jiran yg kononnye org susah bagai..suami sy siap tlg d beri dia duit rm100.. Dia buat2 baik dgn sy cuma utk gunakan sy minta tlg hntr sane sini sdgkn dia tau sy ada suami d anak kecil..mula2 sy tlg tp lame2 dia mkin menjadi..pnh dia srh sy pg kedai sdgkn sy br blk dr belanja brg dapo.. sy ckp klu sy keluar sy beritau dia tp ia xblh terima d tuduh sy mcm2 d x tegur sy hampir 2 bln..last2 dia jilat blk ludah dia..lpstu dia juga cuba mengorek rahsia sy utk dkabarkn pd jiran sblh yg tidak berbaik dgn sy…sbnrnye sblm terima dia jd kwn sy ad buat istikharah d jwpnnye pon dh jls dia tetibe tuduh sy mcm2 d jauhkn diri dr sy tp sy msh lyn dia d anggap dia jiran wlu sy tau sapa dblkg dia..tp dia sgt x menghargai sy..nsb baik sy kebetulan dpt rmh d ms pindah tu dia sgt tkejut krn xtau pape..pdn muka dia..sy sgt berhati2 dgn dia psl rahsia peribadi sy wlu dia byk kali korek..smpi sy dh pindah pon dia byk kali msg tnye sy tinggal dimana..tp yg pelik bila sy blk rmh lama sy dia lgsg x bkk pintu..klu bkk tegur pon tidak..anak2 sy yg konon dia suka dlu dia wat xtauje..nmpk sgt dia bkn kwn..mudah2n dia diberi petunjuk d blsn yg setimpal diatas perbuatannye..sbb tu allah uji dia dgn kesusahan d anak yg degil sbb allah nk srh dia sedar ksilapan dia tp dia msh xnmpk kesilapan dia..senjata dia air mata..kelemahn sy juga mudah kesian d rs bslh klu x tlg..dia gunakan kelemahan sy utk kepentingannye..pdnla mak dia pon xthn ddk dgn dia

    Reply
  3. Penat letih,tenaga, emosi diri,keikhlasan n kejujuran dalam melakukan tugas tidak langsung dipandang n Tidak di hargai,sehingga di buang bagaikn smpah…sekarang dikutip bagaikn permata,..berkemungkinan akan berulang lg,kali ini aku yakin tuhan bersama ku,.pergerakan ku,setiap tapak langkah ku diiringi tanggungjawab ku,payungilah aku dan lindungilah aku ya allah,lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin..amin..

    Reply
  4. Assalamualaikum.Saya Aimi.Seperti kalian juga,saya juga tak sunyi dari masalah.Saya rasa segala beban atas kepala saya.Sakit kepala lawan tekanan emosi ni hanya Allah saja yg tahu.Selepas ibu meninggal sejak beberapa tahun yg lalu,nenek saya pula jatuh sakit.Sakit tua.Jadi sayalah yg terpaksa membantu ayah jaga nenek.Saya juga ada adik2 yg masih bersekolah dan tidak bersekolah.Sekarang ni saya betul2 stres.Dalam terpaksa harus melayani kerenah nenek,terpaksa juga melayani kerenah adik2.Ibu dan bapa saudara saya hanya dtg menjenguk nenek.Apa yg kita kena di mata mereka.Mereka akan komplen itu dan ini.Saya cuma cucu.Mereka ialah anak.Kenapa bukan mereka yg menjaga.Saya juga ingin membina masa depan.Dalam masa yg sama sy terpaksa menghadap kerenah mulut orang yg asyik pertikaikan masa dpn sy.Mereka kata sy tidak bekerja.Sy tiada jodoh.Sy tak maju seperti org lain.Sy tersepit.Sy pernah dihina.Semua pahit itu sy telan.Mereka fikir jaga org tua ni mudah.Kalau dia tak nak mandi,dia tak akan mandi.Bila ibu dan bapa saudara datang mereka komplen itu dan ini.Mereka tak fikir letih sy.Jujur nenek sy ni mmg banyak kerenah.Kdg2 suka cerita benda yg tidak betul.Alih2 sy yg kena.Sy saja yg selalu kena faham org,org tak pernah nak faham sy ni.Mereka hanya fikir kesibukan mereka saja.Saja juga nak fikirkan masa dan sendiri.Boleh saja bergilir2 jaga nenek.Sy pun perlukan ruang utk diri sy sendiri.Sy pernah bersuara tp mereka buat tak endah.Hari2 sy penuh dgn tekanan.Sy bertahan hanya kerana berkat kesabaran.

    Reply
    • Buatlah semua benda dgn ikhlas mksud saya buat dan lupakn kbaikan yg anda lakukan..jgn prn ingat setiap ap yg perna kmu lakukan…???? Allah tlah janjikn perbuatan baik dblas baik ..knp harus tkut untuk urusan jodoh jika kmu percaya dgn kbesaran Allah????maaf mnasihati

      Reply
    • Allahu…bersabar dik.. Banyak pahala awak..
      InsyaAllah pasti ada jalan keluar.. Berdoalah merayulah pada Allah..keluar drpd kebuntuan yg membelenggu…insyaAllah pasti ada jalan.

      Reply
  5. Yakin setiap kebaikan walaupun sebesar zarah Allah akan balas dengan kebaikan dan vice versa. Rasa kecewa bila niat kita nak membantu dipergunakan. Jadi, perlu audit niat semata kerana Allah. In shaa Allah, kecewa tu akan terubat. Tiada sesuatu yang berlaku dalam hidup kita secara kebetulan. Yakin pada perancangan Allah. Pengalaman akan matangkan kita. Di masa hadapan, kita akan jadi lebih berhati-hati dan bijak untuk baca tingkah laku atau emosi orang yang cuba mempergunakan kita. Tak salah kalau kita rasa mudah bersalah atau empathy terhadap orang lain, cuma perlu pada tempatnya. Tak salah untuk berlembut dengan orang lain tapi dalam kelembutan perlu ada ketegasan. Wallahualam. ????

    Reply

Leave a Comment