
Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..
Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”
Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..
Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.
Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.
Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.
Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:
1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.
Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.
2. Kita jenis tidak sukakan konflik..
.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.
3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.
Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.
Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”
– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.
4. Mudah terpengaruh dengan pujian.
Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.
Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.
– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.
5. Takut untuk merasa berbeza.
Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.
Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.
Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.
Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.
Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?
Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?
Siapakah dia?
Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.
Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.
Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.
Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.
Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri
Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.
Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.
Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)
Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?
Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.
Saya ada mslh ..Dari kecil sentiasa disishkan & dipersalahkn walaupun itu bukn kslhan sy ,ibu & adik2 sering btngkar dgn sy ..terutama bila nk dekat raya nie ,makin dorg mjdi ..sy ttkan ..khdpn sy bbza dr org lain .. Sy kuat mberontak apabila seringkali di persalahkn ..smpai ketahap sy rs nak bunuh diri ..adik2 dh hilang rs hormat kpd sy ..sy sulung ..x berapa pandai bljr sgt ,bljr pun takat spm je ..adik 2 org dh msuk u ..sorg nk bljr kat Australia ..yg lain msh bsklh rndah n rndah ..kmi ada 6 beradik ..sy cuba cari kelemahan sy bila selalu di sycho .. Dikutuk ,dihina ,diperbodohkan ..sy sntiasa mengalah ..dulu ..khdpn sy liar ,bgaul dgn budak2 x bpljrn ,minum & sglanya ..semua tu disebabkn sy nk lepaskn tekanan dr rumah kerana rs diri x berguna ,kslpan yg pling kecil sentiasa menjadi yang tbesar ..sy cepat menangis bila disalahkan ,cepat marah ..tp tu dulu ..Mak selalu ckp cm gini ,perangai x berubah ubah ,perangai sy yg mana x berubah? Sy dh ada kluarga sendiri pun Mak ckp mcmtu depan anak2 sy, sy tertanya2 perangai sy yg mana x prnah berubah? Dr pmls ,jd rajin ,dr pemarah jadi penyabar,dari bruk kpd baik ,
Bila sy tb blik ,sy rs dorg yg x pernah berubah dr sikap sntiasa myalahkn org lain , ..sy seorg yg cepat Sgt kshan ,cepat memaafkan,cepat diperbodohkan,diprgunakan ,
Perempuan semua nya Tak berguna. Sebb tu laki takut kahwin
Tak baik cakap macam tu..
Assalammualaikum… Nama saya Danish, saya baru menginjak ke usia 18 tahun. Sebenarnya sejak dari umur 16 tahun, saya menyukai seseorang perempuan ini. Tetapi perasaan saya selalu tidak dilayan dan dia hanya mau menggangap saya sbgi kawan baik sahaja.Kerana beliau takut utk bercinta dan mau bercinta slps kahwin tetapi kata2 manusia ibarat pasir yang tidak bererti apa2 manakala hati manusia ibarat lautan .Sejak dri itu saya mula menjadi obsesif utk menarik perhatiannya sehingga saya mengorbankan byk masa dan duit utknya, senang cita saya menjadi HAMBA CINTA semata2 utknya. Dan saya bukan seorang yang betukar2 pasangan. Saya sgt setia terhadap seseorang sehingga saya sanggup buat perkara2 di atas. Saya mula broken dan putus asa ketika beliau sudah memasuki ke IPT dan meninggalkan saya keseorangan.Beliau meminta pertolongan juga seperti Assignment dan paper work dri lecturer, jadi kebanyakan nya saya yang menolong dia utk tugasan beliau di IPT. Dan akhirnya dia berkongsi berita gembira bhawa dia sudah mempunyai teman mesra. Saya hanya mampu senyum dan ucapkan tahniah… Sebagai seorang KAWAN
Cinta tak semestinya kita bahagia. Kadang-kadang melepaskan orang tersayang untuk kebahagiaan dia juga adalah cinta . Cinta tak semestinya dua hati menjadi satu . Kadang kadang hati manusia tak serasi dengan hati orang lain . Tapi cinta kepada Allah adalah yang sebenar benarnya cinta .
Mungkin ada orang cakap ” Ala kau tak rasa apa yang aku rasa”
Aku dah rasa lebih perit dari itu
Aku mencari di mana kesilapan aku, apa kekurangan aku,
Rupanya aku kekurangan Allah di Hatiku
Sebab itu hati aku gelisah sebab dalam hati aku ini hanya ada manusia
#letak Allah dalam hati
# Cinta Allah itu benar , apabila kita mencintai Allah , Allah akan cari cinta untuk kita
Perempuan adalah makluk yang paling di benci oleh lelaki
Salam..
Sy sll jgk alami bnda2 cmni tp zmn dl2 lh..sebenarnya,dlm hdup ni hnya de 2 kmungkinan,klu kite xamik ksmpatan kt org,org akn amik ksempatan kt kite..so,langkh pncegahan,pastikan kite tegas,ramah,bergaul dgn sume org. Biasanya org yg dipergunakan org yg jns pndiam,lemah,xska bergaul. Cth: si A suh kite buat apa2,pd ms yg lain kite suh si A buat apa2 tuk kite plk,pastikn de win2 situation,klu si A td xnk,kite de point utk tolak jg permintaan dia..jd lama2 si A akn fhm & hormati kite…dlm khidupn msti diperguna & memperguna…seimbangkn….so,pd sesiapa yg sll diperguna tu,pastikn anda mempergunakan dia blk..msti hdup rs tenang…
Haha ni mmg btol thanxZ…asyk kta je yg baik..erm sy nk jd dri sndri n maju n bjaya..ni duk dgr n tgok org je aiii kta ni mcm pnguuk rndu kn bln ke kih kihhhh
saya terlalu kecewa dengan stuff tempat kerja,dj sebab kan saya stuff baru,saya selalu di buli,di hina,dyorang cakap2 buruk pasal saya di belakang saya,dyorang fitnab saya cakap saya suka mengata dkt orang2 satu tempat kerja,sedangkan saya tak pernah mengata dekat sesiapa pun di tempat kerja,supervisor saya perempuan,dia selalu marah2 kan sya,pernah 1 hari dia campak barang kuat2 depan saya,saya x boleh melawan sbb saya perkerja baru n banyak benda perlu tahu n belajar oleh beliau,sampai kn sya kemurungan sekarang ni,dia kadang2 x nak bercakao dengan saya,saya x tahu ape sebab nya,saya tegur dia elok2 tp dia selalu buat tak indah,layan pun macam x suka,pekerja lain pun x mau kawan dengan saya di sebab kan dyorang rapat dengan supervisor saya tu..kalau sekali pun stuff lain dtg nak berbual dengan saya,semua nya untuk cari kelemahan saya dan akan hina sya selepas itu dan memalukan sya di hadapan orang2 lain .sya sngt2 sedih dan stress,saya tak tahu kalau saya berhenti kerja,dekat mana saya nk pergi,kerja susah nak dapat sebab saya mohon banyak sangat sebelum ini..tp bila saya dapat kerja ini saya di peralat kan macam tiada hati dan perasaan..sya sangat2 sedih..
Semangat melawan perlu untuk itu….berdoa kemudian lakukan tindakan menyedarkan mereka ….asalkan untuk mereka sedar akan kesilapan mereka ….tetapkan jiwa kebenaran yang perlu diwaktu diri difitnah dan dikeji…..maafkan andai mereka telah sedarkan salah laku mereka .
A.slm saya azerul sya seorng pelajar sya selalu mengalami masalah kawan2 sya yng selalu permainkan sya.dan sya selalu di persalahkn sedangkn sya xthu apa slh sya. mereka selalu suruh sya buat itu buat ini dan sya buat sbb sya suka sifat tolong menolong tp makin lama mkin keterlaluan surh sya ambik air pom sya kena jugk air tu xlh jauh sgt kdng2 mereka arah sya beli mknan mereka di kantin. sya dri blok ats skali terpksa turn smpai bwh. tiap hari sya buat perkara sma smpai sya rsa geram dan meluat tgk kwn2 sya tak kira di rumh atau di skolh sya selalu di permaikn.kdng2 spupu sya pom permainkn sya.sya rsa diri sya ni mcm bodoh ikut arahan orng teruk sgt ke sya ni ke sya ni memg di takdir mcm ni klu di ingat igtkan rsa sedih tp sya pemdam semua prasan dlm hati dan sentiasa seyum dlm kecewa…
Salam Azerul.. awak pun bersalah dalam hal ni.. Yang awak jadi hamba kawan2 awak tu kenape.. Hukum WAJIB ke atau BERDOSA BESAR ke klu xtolong kawan? Awak sendiri yang menzalimi diri sendiri. Klu awk bertegas kate TIDAK, sekurang2nye awak tidak bagi peluang orang menganiaya diri awak.
Sya pun pernah dipermainkan tapi apa yang saya buat? Sya menjauhkan diri dari orang2 seperti ini atau saya buat muka tak suka, sebabnya saya tak pandai nak berbalas cakap dan kurang keyakinan diri. Biasanya bila kita pun buat muka marah atau diam (dlm marah), orang2 yang suka permainkan ni akan takut….atau kurang nak buli kita. Buat serius atau belajar cakap ‘tidak’ , tunjukkan sikap ego sikit atau standard kita. Pedulikan apa diaorang nak cakap dik…yang penting kita jaga diri dan hati kita dulu.
Beroa bersungguh pada Tuhan agar dikuatkan iman dan dirubah segala ketetapan…cuba kuatkan semangat untuk melawan rasa rendah diri dan sering dibuli…..tak salah melawan mereka atau minta nasihat usta untuk mengetahui cara terbaik menanganinya ….insyaAllah semoga berjaya