
Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..
Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”
Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..
Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.
Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.
Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.
Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:
1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.
Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.
2. Kita jenis tidak sukakan konflik..
.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.
3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.
Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.
Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”
– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.
4. Mudah terpengaruh dengan pujian.
Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.
Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.
– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.
5. Takut untuk merasa berbeza.
Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.
Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.
Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.
Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.
Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?
Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?
Siapakah dia?
Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.
Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.
Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.
Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.
Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri
Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.
Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.
Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)
Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?
Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.
Saya pon rasa camtu seperti deparalatkan di remehkan mungkin sebab saya ni nampak lemah kadang saya geram saya berfikir knape senang2 diorang nak marah….senang2 diorang nak peralatkan…tp bce blog ni taktau solution nya ape
Assalam,
Saya pelajar universiti, saya ada kawan yang paling akrab seramai 4 org tp saya paling rapat dengan seorang ini yang juga merupakan roomate saya. Masalah muncul apabila saya selalu kena marah, diperlekehkan, dan saya dituduh bahawasanya semua yang buruk yang ada pada roomate saya ni datangnya dari saya sebab kwn saya yang lain memandang roomate saya ni sebagai seorg yang perfect (baik, pendiam, pandai serba serbi, yakin diri dan bersekolah agama sedangkan saya bersekolah biasa, kurang keyakinan diri dan jns yang bersuara kuat cuma sy jns yang suka tlong org). Sebelum ni, saya adalah org yg sabar, kwan saya ckp menengking dan marah2, sy still balas dengan baik. Tapi disebabkan perangai saya yang susah marahkan org, sy selalu jadi mangsa. Asyik saya je yang salah dan kena marah. Kadang2 roomate saya yang buat salah pun saya yang kena marah sbb kwn saya yang lain tidak berani nak menegur atau marahkan roomate saya. Saya plak jenis yang mengaku je walau kadang bukan salah saya sebab saya pernah ckp yang bukan salah saya tp seolah-olah saya memperbesarkan cerita pula. Pernah sekali roomate saya temankan sy untuk ke KL untuk tujuan projek saya selama dua hari, tetapi kawan saya yang lain menganggap saya dh membuang masa dan menyusahkan roomate saya tu, padahal roomate saya tu ok je sbb projek dia pun saya yang tlong. Pendek cerita kami saling bantu-membantu. Keadaan ni buatkan saya terfikir, buruk sangat ke saya pada pandangan kawan saya yang lain dan menyebabkan keyakinan diri saya semakin berkurang. Disebabkan saya selalu dibandingkan dengan roomate saya, saya jadi takut, saya takut akan timbulnya perasaan tidak enak pada roomate saya, sedangkan saya sayang roomate saya sbb dia merupakan kawan yang paling saya rapat ketika belajar di universiti ini dan roomate saya pun sebenarnya sedia maklum akan apa yang berlaku pada saya. Saya x tahulah saya ni jenis berdendam ke x sebab sy still boleh berkawan, ketawa sama2,hangout sama2 dengan mereka cuma kadang2 perkara yang berlaku ni terlintas di fikiran saya dan menyebabkan saya terfikir, “ape yang saya lakukan sampaikan mereka seolah-olah berani marah saya sesuka hati dan apa yang patut saya lakukan untuk mereka tidak merendah-rendahkan dan boleh menghormati saya seperti yang lain? Perlu ke saya nak memarahi atau jadi lebih garang dengan mereka? Bila kawan2 saya yang lain marahkan saya x bersebab, saya cerita dekat roomate saya, tp sy still rs bersalah sbb saya takut saya telah mengumpat kawan2 saya yang sesuka hati marah saya tu. Jadi kdg2 saya pendamkan je seorang diri dan ianya kadang2 buatkan saya berasa lemas.
Mohon nasihat.
Bismillah..
Assalamualaikum….
Sahabat yg saya sygi
???? boleh tak sy nk kongsi cerita jgak??…
sbnarnya sye pon seorang wanita yg sgat kurang keyakinan,
Boleh kata takde lngsng kyakinan kt diri sndiri
sungguh, bukan niat sye nk buka aib sndiri tapi sebenarnya sy dh
TAK SANGGUP, TAK TAHAN, NAK NANGISS semua rse ada awk !!!!!
nk hadam benda ini…????????????, sekiranya boleh sy luah dgn kata-kata dh lama sy buat!!!
Tapi tak mampu
Tak mampu
tak mampu awkkk
tahu mcm mne rsenye bila Allah anugerahkn prasaan malu x brtmpat n x de kyakinan tu dkat diri sy, sy x prnah salahkn
Allah dn Takdir,
mungkin ada hikmah buat sye,
Disebalik airmata yg mnaggung
duka dihati, mungkin Allah binakan1 mahligai permata di syurga kelak awk smua dn sye..
Jgnlh sedihh wahai hatiii…
sye pon alami nasib sme mcm awk jgk…
lgy la sye ni.. x de kwn sgat…. tk pndai brgaul
nk gy dpan tngan sye ni.. gigil mcm pgng ais tau…. wktu from 1, org mkn smua atas katil..sye mkn???? bukn atas tpy bwah katil..terok x gugup sye..
awk pernah dengar kata2 ini ???
-Dunia Ibarat Penjara Bagi Orang Mukmin-
Dalam dunia ni, kita x boleh berduka dan gembira yg amat sgat… sbb dunia tu tmpat ujian kita smua…
…. walaupun tetiap hari sye nangis dn tak yakin, tak kuat, sy seorang yg trlalu cepat tersentuh hatii..tapi sy slalu ckp tak apa wahai jiwaa…
biarlh kau bersedihan diduniaa kerana engkau diperlekehkn, dihina diejek.
sifat dunia sementara..
nk dibandingkn iakhirat … yg hanya tinggal
hanyalah kegembiraan dan kenikmatan buat ahli2 syurga,,,,,,,,,
sebab??
Awk dh puas sabar
mngadu pd Allah
sabar dgn sifat loding awk
segalanya..
lalu Allah topup balik airmata, keyakinan, dan kesedihan kamu di syurga dengan kenikmatan dan kegembiraan
Allah Maha Adil, sebenarnye org yg mengumpat kita mempergunakan kita itulh yg bnyak memberi kita pahala
Berkat kita dapat kawal amarah..
Org x kn faham kita, biarlh kita yg faham diri kita…. setiap hari sedekahkanlh
Al-fatihah untuk ruh kita….
Agar sentiasa dapat hilangkn rasa takut itu
Insyaallah Kita semua adalah penghuni syurga..
selamat beribadah….. untuk menghadapi ujian di dunia….????????????
– HatiWanita – 97
Ubat Kedukaan hatiku (Al-Quran)
????٣٠/١/٢٠١٨????
_DeritaBuatKuAdaHIkmahNya_
Assalam… boleh dikatakan saya hari2 sering dipergunakan. Saya bekerja sebagai pembantu kedai.. saya sudah menjadi tidak amanah gara2 kwn sy yg juga bekas pekerja kat tmpt kerja sy suka mengambil kesempatan. Hari2 dia mintak duit..beli brg online, beli tu, beli ni. Saya yg bekerja makan gaji pun nak beli barang beli yang perlu je. Pastu dia ambil brg drpd kedai tanpa membayarnya. Pada mulanya dia janji mahu membayarnya kembali..lama kelamaan saya tak rasa dia mampu membayarnya. Jumlah yang dia ambil terlalu banyak. Suruh kerja katanya dia tak boleh nak bekerja buat masa ni..adik beradik dia masih kecil n OKU tiada siapa nak jaga. Bapanya sudah meninggal dunia. Emaknya ambil upah jadi babysitter.. kalau emaknya keluar dia serahkan kpd anaknya iaitu kwn sy untuk menjaganya. Kemudian sy berfikir sampai bila dia nak biarkan hidup dia macam tu? N sampai bila sy nak biarkan hidup sy mcm ni?
Saya sudah buntu kalau sy berterus terang dengan bos sy mungkin dibuang kerja.. tapi saya sayangkan kerjaya saya. Atau sy perlu berpindah ke tmpt kerja lain? Atau mungkin sy terpaksa perlu menipu diri dia yg sy tidak boleh menolongnya lagi?
Salam… sya seorg pelajar.sya bru pindh ke sklah bru and kawan kawan sya yg bru mula2 baik tpi mereka nmpak kelemahan sye dan mereka take advantage atas kelemahan sye.sye merasa diri sye tidak berguna dan sentiasa berdiam dri apabila mereka ingin sesuatu pda sye.apakah cara2 yg dpt dilakukan supaya mereka tidak mempermainkan sye begitu.
Soalan Pertama :
Apakah memancing emosi hanya dengan berendam air mata dan sedih sahaja?
Bagaimana pula memancing emosi dengan perasaan lai misalnya :
– marah
– suka
– simpati
– kasih
– cinta
– sayang