Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain

kelemahan diri
Jangan biarkan kelemahan diri kita dipergunakan sewanang-wenangnya.

Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..

Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”

Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..

Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.

Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.

Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

 

Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:

1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.

Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.


2. Kita jenis tidak sukakan konflik..

.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.


3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.

Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.

Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”

– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.


4. Mudah terpengaruh dengan pujian.

Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.

Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.

– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.


5. Takut untuk merasa berbeza.

Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.

Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.

Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.

Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.

Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?

Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?

Siapakah dia?

Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.

Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.

Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.

Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.

Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri

Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.

Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.

Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)

 

Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?

Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

73 thoughts on “Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain”

  1. Sy mencintai dia tp doa x pnh ucap atau tunjukkn. Sy rasa dia hya agap sy mcm bff je. Sy byk brkorban, apa shj..demi syg..ikut ckp dia n mak dia utk join skim cepat kaya. Last2 sy melepek x brduit. Minat kami sama..bela kucing persian tp smua modal sy..hasil kami bahagi sama rata. Tp bila raya dia brseronok dgn kuarga brcuti smpai 2 minggu. Sy yg bodoh nilah berendam air mata hadap taik kucing hari2. Itu sy x pnh ungkit sbb demi syg n cinta. Dah dkt 4 tahun brlalu..tiada tanda2 dia akn memperisterikan sy sbb sy yakin sy hya brtepuk sebelah tgn. Sy rasa pedih sbb trlalu kasihan n syg yg melampau2 kpd dia. Sdg dia x penah tunjuk ksh syg dia kt sy..walaupun hari2 brtemu sbb kami brjiran n slalu brjumpa. X tau smpai bila akn berakhir sbb hati sy dah trtutup utk org lain. Sy trlalu kesian kt dia smpai x sgup tgok dia susah. Tolonglah kawan2..emaillah sy beri nasihat [email protected]. salam dari sy Cik Tira Melaka.

    Reply
  2. Saye pun mengalami masalah yang same. Saye tidak suke berbuat salah dengan sesiapa pun, sebab saye ade prinsip hidup iaitu apa yang penting dalam hidup ialah reda Allah, ibu bapa & makhluk. Tambah2, abah saye selalu pesan kami adik beradik; biarlah orang buat dekat kita, janganlah kita buat jahat dgn orang. Saye pelajar matriks 1 tahun dan sebelum ni saye bersekolah harian. Belajar di matriks merupakan pengalaman pertama saye utk berdikari. Alhamdulillah, saye baik dengan semua, sama ada pelajaran, pengurusan diri dan kawan2 kerana saye buat perancangan dlm hidup dlm pelbagai aspek terutama dlm pengurusan mase, lg2 saye di matriks yg memiliki jadual yg sgt padat. Saye sgt enjoy dan bersemangat utk sem1. Saye melayan semua org sama ada dikenali atau tidak dengan baik. Tetapi, masuk sem2 kawan2 saye seakan2 tidak menyukai saye sehingga buat saye tertanye2 apa salah saye sedangkan saye tidak berbuat salah. Seakan2 mereka tahu ape yg saye x tau; bahkan saye diumpat & mereka memburukkan saye kpd org lain. Apa yang lebih menyakitkan mereka melayan kawan yang lain dengan baik sedangkan apabila saye dtg utk bergaul mereka berkerut & masam dgn saye & seakan2 memarahi saye melalui nada perckpn mereka. Ini yg membuatkan saye sakit hati, tetapi saye lebih kpd berdiam kerana saye tidak mahu berbuat salah dengan mereka kerana bagi saye jika kita tutup aib org lain, Allah akan tutup aib kita. Akhirnya, saye tidak lagi talkative, pendiam & tertekan. Masalah semakin bertambah2 apabila saye lebih kpd berdiam, pengurusan masa juga terganggu & tidak lagi produktif, tidak seronok dtg ke kuliah kls tutorial dan kls amali dan hanya berharap agar dpt menghabiskan matriks dgn cpt sbb saye x mahu berdpn dgn mereka lagi, kerena kalau x saye hanye sakit hati. Boleh ustaz tolong beri pencerahan & pendapat kpd situasi saye. Terima kasih.

    Reply
    • cuba bertanya kepada mereka kenapa mereka bertindak demikian dan tanya apa salah awak kat mereka. tapi sekiranya awak dah minta maaf, tetapi mereka buat tak endah sahaja, malah menyalahkan awak lagi seolah-olah awak jahat. itu dah boleh dikategorikan sebagai penganiayaan. awak boleh berdoa dan meminta pertolongan dari allah. Allah dah berjanji bahawa doa orang yang dianiayi ini tidak akan ada hijab, doa itu akan terus sampai kepada Allah. jadi berdoalah supaya mereka tunduk dan takut kepada Allah. inshallah awak akan selamat, yang penting adalah yakin dengan pertolongan Allah!!

      Reply
  3. Saya ni jenis tak reti nak cakap tidak kalau org mintak tolong. Tapi nanti end up org yg mintak tolong tu macam tak faham bahasa pulak..org dah tolong mintak lebih lebih pulak. Tu yg sakit hati jadinya. Selama ni kalau saya tolong, saya try utk jadi seikhlas yg boleh..sabar je..fikir ganjaran tu mungkin akan ada di akhirat nanti..tapi lately, perangai org tu menjadi-jadi pulak buat saya rasa annoyed sangat. Adakah perasaan saya yg annoyed ni buat saya jadi tak ikhlas?

    Reply
  4. Assalamualaikum semua….saya ada seorang kawan yg sgt2 sy syg…sy tau bagi dia ada saya atau tak de tidak menjadi masalah buat dia…(mgkn sbb ni buat saya rasa syg xpntg mana pun….bila perlu je sy kena ada)….dia tau kekurangan diri saya….byk hal yg buat sy diperlekehkan…ada beberapa hal yg sy cuba lawan…sudahnya sy jgk yg dipersalahkan….ada ketika smp bergaduh…tp akhirnya sy yg mengalah….tp apa yg dia kecilkan hati sy dia xpernah ambil kisah….satu perkataan yg boleh buat sy terluka “whatever” satu perkataan yg mampu buat air mata sy mengalir….semalam ada satu kejadian yg buat sy berfikir….”ajud, 1st time ****** tgk komitmen ajud…” ALLAHUAKHBAR!!!! bagai nak luruh jantung ni bila dengar….rupanya selama ni sy lgsg xmemberi komitmen yg baik ke?? sungguhpun sy main2…buat2 malas…sebb sy sengaja nk serlahkan kebaikan kalian…(kawan2 aku) biar org bahan sy demi kalian…tp di akhir2 ni akibat panic attack yg sy alami…buat sy sgt2 sensitive dan terluka hati…dan…ini antaranya buat hati sy bersedih…Pada ALLAH sy mengadu…terima kasih atas perkongsian ini…saya mgkn xmampu lawan seperti cdgn saudara berikan…tapi sy sgt2 berharap akan ada keajaiban berlaku…sy xminta pujian…sy tak minta penghargaan…sy cuma harapakn agar jgnlah dikecilkan hati sy…itu sudah sgt sy hargai…

    Reply
  5. Slalu dipergunakan je .. Slalu dipermainkan je … Sakit hati … Dipergunakan oleh lawan sendiri plak tu

    Reply

Leave a Comment