
23/01/2014 : 3 Tahun 1 Bulan
Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..”
Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.
Dan..
Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas.
Pertemuan Yang Mencairkan Hati
Kisahnya bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia..
Allah pertemukan saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam.
Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa hati saya.
Kami jadi rapat & saya selesa berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya?
Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat?
Beliau seorang yang berilmu, mempunyai ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan beliau sangat berbeza.
.
Perhubungan Mula Renggang
Tapi..
Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang.
Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi.
Macam-macam perasaan dalam hati saya ini.
Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH.
Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya.
Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat.
Saya cakap dengan diri saya sendiri:
walaupun tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..“.
.
Cuba Positif Dengan Kejadian Yang Berlaku
Saya cuba fikir positif, mungkin Allah pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah.
Saya kena bersyukur walaupun sedetik cuma.
Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab.
Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah.
Saya rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina (Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lagi, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik.
Saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin.
Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah.
Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku.
Biarlah perasaan itu terbuku di hati.
Saya selalu ingatkan diri saya tentang mati.
Andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat kelak?
Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.
.
Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..
Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini.
Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati.
Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan..
Allah akan hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu.
Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah.
Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain.
Tapi saya berbeza. Allah pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia.
Kehilangan Itu Bukan Melemahkan, Malah Menguatkan!
Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa.
Tapi ia mengajar kita kuat.
Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. Andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur.
Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati.
Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini.
Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa. “Siapa cakap sakit hati tiada ubat?
Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH.
Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”.
Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’ tiada ubat? :)
.
Saya Redha Dengan “KEHILANGAN” Ini.
Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya. Saya redha.
Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti.
Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga.
Terima kasih untuk segalanya, jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak membalasnya.
Barakallahu Fik. :)
.
Ambil Masa Duduk Bersendirian & Muhasabah
Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri.
Selama kita hidup, apa yang kita buat?
Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah?
Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur?
.
Muhasabah Diri Itu Perlu Untuk Menjadikan Kita Insan Yang Lebih Baik.
Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.
Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya.
Saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.
Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah.
Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah?
Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya.
Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik.
Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita orang yang baik?
Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.
Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara.
Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.
Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah..
Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita.
Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati!
Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.
HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.
Daripada Rasulullah S.A.W:
Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.”
Sama-samalah kita renungkan…
Akhir sekali, saya minta maaf andai entri saya ini mengguris hati sesiapa.
Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam.
YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.
Artikel telah dihantar ke Inbox kami oleh Noorihan Noorudin ( blog ). Semoga memberi manfaat yang besar kepada pembaca semua.
Sebarang komen adalah sangat dialu-alukan

Mmg sakit bla sahabat xpernah mengharga n buat2 bodo n buta.lbih sakit bla ditinggalkn tnpa kabar brita.ssungguhnya sy ikhlas terima dy sbagai seorang sahabat yg sy hormati n sanjungi.hubungan kami sblum ne jgj byk menbuatkn kami sama2 berubah ke arah kebaikkan.sy mmg xthu pa punca smuanya berubah hnya sekelip mata je dy brlalu prgi tanpa pesan.masa tu sy mmg btul2 xkuat tuk hadapinya.Alhamdulillah Allah prndengar setia sy.sy ikhlaskn pmergiannya krn bg nya i2 trbaik tuk hdupnya dgn sahabat baru yg lain.dlm masa yg sama sy yakin janji Allah.bla masa Allah kirimkn pd kita org2 yg baik kita kena hargai n bla kita brpaling..i2 lh antara org2 yg rugi.wallahualam…
Entry yang bagus :) Keep it up :)
Luar biasa sekali,semoga kite semue diberi Allah hidayah dan kesabaran yang luar biasa.aamiin….
Saya masih cuba bangkit dari kehilangan dan kesedihan.saya rasa lemah tanpa keluarga disisi tambahan pula saya seorang mualaf.ujian yang diberi olehNya membuat saya sering kali soal mengapa saya dipilih..adakah saya mampu melaluinya?saya takut saya tewas kerana tidak mempunyai kekuatan dan cetek dalam pengetahuan agama..solat pun tidak sempurna tapi jauh di sudut hati,saya perlu bangkit semula walaupun hari2 saya menangis..semoga Allah memberi kekuatan,ketenangan dan hidayah agar saya tidak terhanyut lebih jauh.
dikisahkan sy bertemu cinta seorg gadis yg baik peramah. mude dri sy 5 tahun. asal dari melaka.. sepanjng 8bulan berkenalan sy ngn si dia, sy tau segala peribadi die.. background org susah. anak sulung, blaja x tinggi. disebabkan sy melihat die. kenal die. sy decide diri sy untuk berkawin dgn die, ikhlas nk bantu die. syg die.. pada satu hari selepas sy sudah merisik ngn si die.. Allah da bagi ujian dekat sy. muncul nye org baru.. gadis baik berpelajaran, kerja kukuh.background family yg baik. gadis baru itu dari lukut port dickson. sy solat istikharah kerana sy terpakse buat pilihan utk mase depan sy. selepas itu sy fikir masak2. sy tgglkan bdk melaka dan pergi ke bdk lukut.. hati perasaan sy berubah. disebabkan itu mule bercinta dgn gadis baru. ye pada mase itu sy terase diri sy kejam. selfish.. penting kn diri sendiri. buat keputusan terburu. sy sedar. nak jadi kan cerita. sepanjng 2bulan kenalan ngn gadis lukut. sy decide sy nak kawin ngn die kerana die pernah putus tunang da umurnya beza setahun atas dari sy. mak ayah die restu hubungan kami. pada mase itu. secare tiba2, si gadis lukut x jadi kawin da berubah perasaan. die tinggalkan sy tanpa sebab munasabah. selepas itu sy dpt tau di fb. die sudah ade org baru dan decide nak kawin tahun depan. hati sy terluka sedih tido xlena. difikirkan balik sy patut terima balasan sy atas perbuatan sy dkt bdk melaka. karma. pusing2 sy kena balik. sy tau sy salah. sy redha dan tawakal. mgkin ini bkn jodoh sy. Allah hanya menguji sy. byk dosa sy. Alhamdullilah. skrg sy dekatkan diri dgn Allah. solat. dan berdoa. sy mahu jadi manusia yg lebih baik
Pedih. Situasi sy macam girl dari melaka. Rasa tak dihargai. Tapi as perempuan kita xakan mampi atau berani utk buat apa2. Sebab lelaki akan ada extra kuasa untuk memilih. Perempuan hanya redha dan bertahan utk trus jadi kuat. Sama macam cerita di atas. End up. Kita akan bersyukur dengan apa yang jadi. Sebab xde apa yang jadi tu sia2. Cuma berharap dan berdoa agar takdir tidak dihargai dan ditinggalkan tak akan berulang.
Terdetik dihati nak kongsi jugk.. :).. sy pun prnah berkenalan seorg anak adam. tp perkenalan sy putus setelah 5tahun kami bersama suka dan duka.. tp Allah uji sy satu persatu. tp sy tahu, semua ni ade hikmah :).. Pada tahun yg sama sy kehilangan 2insan yg sy sgt-2 sy sygi dan cintai.. Pada awal tahun 2015 sy kehilangan ibu sy.. sy down masa tu exam quran.. Allah shj tahu cmne sy nk hadapinya. tp sy pegang satu kata2 “Allah uji sebab Allah syg hambanya dan semuanya ada hikmah”.. selepas berbulan2. sakit kehilangan semakin pulih.. Tidak lama selepas tu, pertghn tahun 2015, sy diuji lg dgn perginya shbat sy.. Allahuakhbar.. Tapi sy yakin ade HIKMAH yg menunggu sy.. Setiap kali rasa pedih dihati, beristiqhfar lah.. insha Allah hati kita pasti tenang.. :)
Semoga kita selalu dalam kerahmatan dan keredhaan Allah.. ameen..
Saya masih lagi menanggung perasaan hiba setelah berkawan dengan dia walaupun baru lagi, tapi kami banyak berkongsi masalah dan cuba saling membantu dalam waktu tersebut. Hubungan tiba-tiba renggang setelah mengalami pergaduhan kecil sahaja dan utk beberapa hari tidak lagi ber”whatapps”. Saya masih lagi buntu kerana memang dia tidak berjanji apa-apa dalam hubungan ini. Semua perasaan bercampur baur dan saya belum mampu utk pulih dari semangat yg lemah ini. Saya cuma boleh berfikir secara positif, kerana dia baru sahaja mendapat ‘new job’ dan mungkin agak busy., Kami cuma tinggal satu sahaja lagi utk berjumpa kerana nak celebrate ‘new job’ dia. Tapi saya tidak pasti sama ada nak pergi atau tidak. Perasaan rindu menggunung tinggi hanya Allah sahaja yg tahu. Saya cuma mampu berdoa yang terbaik sahaja utk dia. Ya Allah, saya sangat buntu sekarang ni.
Sibukkan diri awak dengan solat diawal waktu, solat sunat, baca alquran selalu.. setiap kali kita igt peristiwa suka atau duka.. cuba istighfar sbnyk mungkin dan alihkan pemikiran kita drp mengingati kawan awk lagi.. in sha Allah.. awak xakn rasa berat hadapi ujian tu.. lawan persaan mls dan jgn smpai kisah kita bersama di fikiran kita.. awk bole.. yakinlah .. :) ALLAH bersama kita..
In Sha Allah semua perkara (Sibukkan diri dengan solat diawal waktu, solat sunat, baca Al-Quran selalu) telah saya laksanakan sebagai seorang hamba Allah, kerana saya nakkan yg terbaik utk diri sendiri dan jugak kpd ahli keluarga. “What comes around will goes around”. Saat ini saya sudah mampu mengawal emosi dan perasaan, tambahan pula kami dah xber”wassapp” utk satu tempoh,saya xpasti dia kenapa?. Saya byk dgr nasihat dpd kakak yg selalu share problem & ingat pada Allah. Sekiranya jodoh tak kemana, cuma kadang2 saya buntu dan keliru utk berdoa samada nak dia sebagai jodoh saya atau pun tidak. Ape saya perlu buat ya?
assalamualaikum…
boleh tak awak berikan pendapat atau cara untuk saya membantu kawan saya yang ingin berubah kearah kebaikan??? tapi dia cakap kat saya yang keinginan dia itu hanya sementara..dia akan menjadi diri dia sendiri di rumah dan menjadi orang lain apabila di asrama…mohon bantu???
assalamualaikum …saya pun mempunyai kisah yang hampir sama dengan anda2 semua..allahuakhbar besarnya kasih sayang Allah pada kita..alhamdulilah
assalamualaikum..
terimakasih banyak artikelnya
saya baru saja kehilangan sahabat yang sangat saya sayangi dan kagumi
artikel ini membuat saya lebih berfikir positif