
23/01/2014 : 3 Tahun 1 Bulan
Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..”
Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.
Dan..
Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas.
Pertemuan Yang Mencairkan Hati
Kisahnya bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia..
Allah pertemukan saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam.
Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa hati saya.
Kami jadi rapat & saya selesa berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya?
Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat?
Beliau seorang yang berilmu, mempunyai ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan beliau sangat berbeza.
.
Perhubungan Mula Renggang
Tapi..
Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang.
Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi.
Macam-macam perasaan dalam hati saya ini.
Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH.
Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya.
Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat.
Saya cakap dengan diri saya sendiri:
walaupun tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..“.
.
Cuba Positif Dengan Kejadian Yang Berlaku
Saya cuba fikir positif, mungkin Allah pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah.
Saya kena bersyukur walaupun sedetik cuma.
Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab.
Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah.
Saya rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina (Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lagi, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik.
Saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin.
Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah.
Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku.
Biarlah perasaan itu terbuku di hati.
Saya selalu ingatkan diri saya tentang mati.
Andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat kelak?
Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.
.
Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..
Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini.
Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati.
Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan..
Allah akan hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu.
Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah.
Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain.
Tapi saya berbeza. Allah pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia.
Kehilangan Itu Bukan Melemahkan, Malah Menguatkan!
Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa.
Tapi ia mengajar kita kuat.
Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. Andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur.
Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati.
Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini.
Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa. “Siapa cakap sakit hati tiada ubat?
Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH.
Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”.
Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’ tiada ubat? :)
.
Saya Redha Dengan “KEHILANGAN” Ini.
Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya. Saya redha.
Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti.
Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga.
Terima kasih untuk segalanya, jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak membalasnya.
Barakallahu Fik. :)
.
Ambil Masa Duduk Bersendirian & Muhasabah
Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri.
Selama kita hidup, apa yang kita buat?
Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah?
Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur?
.
Muhasabah Diri Itu Perlu Untuk Menjadikan Kita Insan Yang Lebih Baik.
Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.
Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya.
Saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.
Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah.
Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah?
Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya.
Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik.
Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita orang yang baik?
Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.
Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara.
Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.
Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah..
Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita.
Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati!
Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.
HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.
Daripada Rasulullah S.A.W:
Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.”
Sama-samalah kita renungkan…
Akhir sekali, saya minta maaf andai entri saya ini mengguris hati sesiapa.
Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam.
YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.
Artikel telah dihantar ke Inbox kami oleh Noorihan Noorudin ( blog ). Semoga memberi manfaat yang besar kepada pembaca semua.
Sebarang komen adalah sangat dialu-alukan

Assalamualaikum. ..
Kehilangan byk mengajar hambanya erti redha…. saya kehilangan pendamping (suami) selepas cinta selepas nikah mulai mekar berputik….
Namun, sy harus redha dgn kehilangannya… saya harus tabah walau kehilangan tapak syurga di dunia ini.
Allah ada… pasti ada sesuatu yg ingin dihadiahkan kepada… sama ada sesuatu yg lebih baik atau keampunan atas air mata dan keperitan melaluinya…
Allah. ..Allah. .Alhamdulillah ♥♡
saya baru kehilangan istri yg sgat sy cintai.terimakasih ya atas nasehat nya……
4 bulan sdh berlalu sejak dirinya menjauh dr hari2,
sdh tawakal pd Allah, sabar, shalat, pasrah, ikhlas utk terima smua ini & lupakan dia, tp hati ini msh terasa sakit & lemah.
Berat & tinggi banget “sabar & ikhlas” itu y Mbak.
Subhanallah…. Allahu Akbar….
Ya Allah, jika rasa sakit yg ku rasa ini adalah caraMu menggugurkan & menghapus dosa2ku Alhamdulillah Ya Allah…. Alhamdulillah.
smoga Engkau ISTIQOMAHKAN PERASAAN INI & gantikan dg yg lbh baik lg Ya Allah..
Aamiin…
Ternyata apa yg kita alami org lain ada jg mengalaminya.
Apa yg ditulis disini persis dgn yg saya alami.
Sakit banget memang, pedih, melepas & dtinggal seseorang yg kita sayangi tanpa kata & penjelasan yg tegas & jelas.
Mungkin kita msh bs terima, rela & ikhlas jk ia mau bicara jujur ke kita bila ia tdk bs pasti & yakinkan bhw hubungan yg tjd antara kita & dia tdk akan berujung spt yg diingin & harapkan.
Ia malah blg, kita jalani dulu aja ?
Dan siap penuhi permintaan kita apapun yg kita minta.
Dan jg blg bgmn hrs ia buktikn agar kita prcaya.
Tp…. tiba2 stlh itu ia lgs berubah, menghindar & mnjauh.
Kita jd brtanya2 knp, knp & knp. Dan kita gk mnyangka ia akan sbgitu teganya buat kita spt itu.
Krn yg kita tau, ia lembut banget, imannya bagus, sunnah2nya bagus, tutur ktnya santun, sopan & akhlak serta prillakunya sehari2 jg bagus.
Mkny dg perubahan yg mendadak itu kita bagai dsambar petir disiang bolong.
Krn sblmny (setahun ini), bkn kita yg mulai, tp ia.
Dan ia pula yg mengakhiri scr tiba2.
Trus dgr2 ia mau mnikah. Sakit banget rasanya…, pediiih.. ,
Ia yg sptnya tdk bs terima org lain selain kita (ia sndiri yg blg gtu, dulu), kini mnjauh & tinggalin kita tanpa kata.
Tp, bgmnpun, wlo sakiiit, pediiih, kita hrs tetap brsyukur, krn dr kejadian ini pasti ada hikmah disebalik ini semua, bertemu dg yg lbh baik lg (mungkin), yg sdg disiapkan Allah untuk kita (InsyaAllah) & akan buat kita lbh kuat, menerima (wlo dg trpaksa mau tdk mau) ikhlas,
krn dr kejadian ini kita jd lebih dekat dgnNya.
Disamping lbh dsiplin lg dlm sholat 5 waktu, + byk melakukn sunnah2, taubat, puasa senin kamis, mengaji & pahami arti ayat2 Allah jd lbh cinta, smakin baik pd org tua & kluarga.
Subhanallah…. Alhamdulillah..
Sungguh nikmat Allah tiada terkira.
Dan indahnya jk kita msh dikasih ksempatan utk dekat pdNya.
Subhanallah….
Dan Alhamdulillah Yaa Allah…. Engkau msh sayang hambaMu ini dr kejadian ini.
Sayang & Cinta yg hakiki hrsnya hny kita tujukan kpdNya, bkn kpd siapa2.
Dan brgantung & brharaplah hny pd Allah,
krn Allah tak kan prnah jauh dr kita bila kita jg tdk jauh drNya.
Itu yg saya rasakn dr kejadian ini.
Subhanallah…
Smoga Allah selalu dekap hambaNya ini dalam dekap kasih sayangNya yg sungguh luar biasa, dlindungi, dbimbing & djaga istiqomahnya utk bs selalu bs lbh & lbh & bs smakin baik dr hr ke hr hingga hambaNya ini menutup mata.
Aamiin….
Assalamu’alaikum..
Artikel ini sangat mmbntu saya untuk mmprotect diri..
Mohon do’anya agar niat baik saya diterima oleh orng yg saya cintai dan
semoga dia tdk meninggalkan saya.
Syukron
Salam
Saya juga mengalami nasib yg sama..tetapi sebaliknya sy adalah seorang lelaki.. Sesungguhnya sy juga dalam mengalami proses kehilangan seperti anda..dan tidak pernah terlintas sy hendak berubah demi dia..kerana sy tahu bahawa berubah kerana manusia hnyalah sementara..sy setuju dengan entri ini..bila anda mengatakan kehilangan tidak bermakna kita lemah..tetapi kita mengalami satu proses perubahan..
Tetapi tuan puan adik atau akak yg sy hormati..utk kenal seseorang manusia itu..janganlah kita kenal sekadar luaran..siapa dia??apa kisah lampau dia??
Kita tidak layak menilai siapa mereka..benda ini sering terjadi kepada sy..sebelom saat perkenalan sudah menilai sy mcm2..nk kata sy baik tidak..tetapi cukup utk sy kenal siapa tuhan sy,siapa rasul sy, yg penting tidak melanggar hukum allah..dengan setelah muhasabah diri sy..sy berfikir..sy juga rasa kehilangan atau kebencian manusia terhadap kita bukanlah sebagai sesuatu melemahkan..sbb sy ada allah..
Jadi sesiapa yg mengalami nasib yg sama..ubatnya seperti diatas..
Kembali kepada allah..utk mengenali manusia anda sakit..jika anda mengenali allah 2kali ganda dia akan kurniakan kepada anda.
Sy bukan ulama sy xalim.
Tp sy juga manusia biasa yg xlari dari dosa..subhanallah..
Terima kasih kerana entri ini..sy amat terharu dengan entri ini
Kisah anda nk mcm lebih kurang kisah hidup saya, cuma saya belum kehilangan sahabat yg walaupun saya kenal dia tidak sampai setahun. Saya yakin dia adalah sahabat yg Allah s.w.t. hadirkan untuk saya utk mengubah/memberi kekuatan & keyakinan kpd saya utk saya berubah kerana Dia. Dan sekarang Alhamdulillah saya sdg berhijrah perlahan demi perlahan ke arah yg lebih baik.. Saya bagai rasa kehilangan dia walaupun hanya hubungan saya dan dia sahaja yg semakin renggang. Dan perkara yg membuat hubungan saya dan dia renggang adalah disebabkan salah & silap saya sendiri yg tidak menghiraukan/tidak menganggap dia wujud di depan mata saya. Tapi hakikatnya yg sebenar hati ini syg padanya. Ego dan kawan2 lain telah mengaburi segala2nya. Apabila saya telah merasa bagai kehilangan dia baru saya betul2 sedar yg saya selama ni telah dikaburi oleh 2 perkara itu. Tiap2 hari saya teringatkan dia siang dan mlm dan menangis harapan agar dia mahu kembali semula rapat dgn saya spt. dulu. Meski sakit sgt hati ini saya harus redho dan terima segala2nya dan belajar dari kesilapan diri saya yg tidak tahu ‘menghargai’ seorang sahabat/kawan yg hadir dlm hidup ini.
Sekian..
#mohon komen
saya telah kehilangan sahabat yang disayangi atas kekhilafan saya sendiri. Sungguh perit kehilangan sahabat yang baik. sehingga kini saya masih belum pulih untuk menerima kenyataan ukhuwah kami renggang. Semoga kita semua tabah menghadapi ujian allah.
subhanallah sangat menyentuh hati…
Allah mmberi semangat kpd saya melalui akak…jazakillah khair…=) =)
sis boleh saya hubungi melalui email…
Boleh. [email protected]
saya sedang hadapi keadaan ini. Tiap malam saya menangis tetapi saya tahu Allah hilangkan sesuatu supaya saya jd tabah dan terus bersabar. Sy jadi kuat apabila ada insan yg lg maha hebat dugaan dia. Thanks for the article. banyak memotivasikan saya saat ini. Alhamdulillah.