
23/01/2014 : 3 Tahun 1 Bulan
Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..”
Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.
Dan..
Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas.
Pertemuan Yang Mencairkan Hati
Kisahnya bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia..
Allah pertemukan saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam.
Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa hati saya.
Kami jadi rapat & saya selesa berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya?
Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat?
Beliau seorang yang berilmu, mempunyai ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan beliau sangat berbeza.
.
Perhubungan Mula Renggang
Tapi..
Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang.
Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi.
Macam-macam perasaan dalam hati saya ini.
Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH.
Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya.
Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat.
Saya cakap dengan diri saya sendiri:
walaupun tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..“.
.
Cuba Positif Dengan Kejadian Yang Berlaku
Saya cuba fikir positif, mungkin Allah pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah.
Saya kena bersyukur walaupun sedetik cuma.
Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab.
Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah.
Saya rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina (Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lagi, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik.
Saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin.
Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah.
Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku.
Biarlah perasaan itu terbuku di hati.
Saya selalu ingatkan diri saya tentang mati.
Andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat kelak?
Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.
.
Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..
Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini.
Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati.
Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan..
Allah akan hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu.
Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah.
Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain.
Tapi saya berbeza. Allah pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia.
Kehilangan Itu Bukan Melemahkan, Malah Menguatkan!
Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa.
Tapi ia mengajar kita kuat.
Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. Andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur.
Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati.
Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini.
Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa. “Siapa cakap sakit hati tiada ubat?
Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH.
Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”.
Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’ tiada ubat? :)
.
Saya Redha Dengan “KEHILANGAN” Ini.
Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya. Saya redha.
Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti.
Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga.
Terima kasih untuk segalanya, jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak membalasnya.
Barakallahu Fik. :)
.
Ambil Masa Duduk Bersendirian & Muhasabah
Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri.
Selama kita hidup, apa yang kita buat?
Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah?
Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur?
.
Muhasabah Diri Itu Perlu Untuk Menjadikan Kita Insan Yang Lebih Baik.
Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.
Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya.
Saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.
Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah.
Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah?
Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya.
Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik.
Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita orang yang baik?
Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.
Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara.
Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.
Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah..
Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita.
Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati!
Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.
HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.
Daripada Rasulullah S.A.W:
Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.”
Sama-samalah kita renungkan…
Akhir sekali, saya minta maaf andai entri saya ini mengguris hati sesiapa.
Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam.
YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.
Artikel telah dihantar ke Inbox kami oleh Noorihan Noorudin ( blog ). Semoga memberi manfaat yang besar kepada pembaca semua.
Sebarang komen adalah sangat dialu-alukan

ingatlah Allah sebut dan ulang-ulang m kitabnetiap kesulitan ada kesenangan,setiap kesukaran ada kemudahan, Allah tidak sesekali menganiayai hamba tiap tanggungan adalah pahala balasannya……hnya yg pernah lalui rasa pahitnya……
Sy sedang mengalami kisah seperti itu. Mengenali seorg sahabat dlm ms 5 bulan dan skrg ‘kehilangan’ dia. Sy bukan tak tahu hukum hakam, malah dlu sy bersekolah agama sewaktu disekolah menengah dan sy pandai mengaji. Tapi mungkin hanyut dan leka sy da lm abaikan mengaji Alquran dan kebaikan2 lain. Allah telah menemukan sy dgn dia dan kesedaran tu wujud bl dia selalu menasihati sy. Skrg sy lebih yakin dan tak rasa keseorangan kerana sy selalu dan rajin membaca Alquran dan mendengar kuliah2 agama dan membaca artikel2 keagamaan. Setiap ujian yg diberi tu untuk menguatkan lagi kematangan kite berfikir yg dlu lemah kini gagah untuk menempuh ujian hidup. Terima kasih sahabat yang pernah hadir walaupun seketika.
Subhanallah.. sangat2 menentuh hati. Jika diizinkan teringin mengenali penulis entry ini. Semoga saudari terus istiqomah dan sentiasa dalam rahmatNya..
Salam. Saya penulis artikel ini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya. Moga bermanfaat. :)
As’salam….Thanks artikel nie amat b’makna utk saya.
Assalamualaikum…wr.wb
Sangat Memotivasikan diri banget !!!
Bisa tambah-tambah ilmu dari blog ini .
Alhamdulillah. :) Sedang dalam penghijrahan..Sgt bersyukur atas nikmat iman yg Allah kurnia.. #hikmah kehilangan :-)
Alhamdulillah ..suka baca entry ni
Bagusnya sebab kau bangkit melawan dari terus melayan perasaan. Berperang dengan diri tak mudah, memerlukan masa dan tekad. Pernah sekali aku kalah bila iman mula longgar. Solat tak jaga selamba mcm takde apa. Bila cuba mula lagi sekali perasaan dia beza sangat. Rasa malas teramat, time tu dah fikir bukan2 seolah Tuhan dah tarik iman tarik perasaan yg tak dapat aku jelaskan. Asyik2 marah tak tentu pasal. Bila dah selalu bad mood, selalu negatif, cara terbaik solat! Paksa punya paksa sampai sekarang alhamdulillah solat terjaga. Bila kita mula rasa Tuhan jauh dengan kita itu kerana kita yg menjauhkan Dia. Harapannya moga Allah s.w.t kekalkan semangat kita dan inshaallah andai diri ini baik luar dalamnya akan berkesan pada org sekelilingnya. Yan, good job! :)
Aku setuju ngan ulasan ko tu..bkn mudah nak berubah lebih2 lagi ke arah kebaikan.Nak buat punya lah liat walaupun kite tau yg perubahan ke arah kebaikan tu akan buat kite lagi tenang kerana dekat dengan ALLAH.Memang betul ,bukan mudah nak berperang dengan perasaan,sakitnya hanya tuan punya badan yang tau..merana seh siang malam,malam ko katakan siang,siang ko katakan malam..Apepun yg pnting ko kena tekad n skali melangkah jgn berpaling.Jadikan dirimu begitu berharga.Kalau dah hilang tu hilanglah..Nangis je lah sepuas2nya (tapi jgn melebihi Kassim Selamat) utk lepaskan perasaan sedih yg mdalam tu.Sebab smpai bila sgtlah ko nak menangis ,setiap yg pahit pasti akan surut ,cuma masa je sbg penentu.
Cerita ni lebih kurang sama dengan apa yang saya alami pada tahun 2012. Saya kenal someone, walaupun kenal dia hanya dalam waktu yang sangat singkat (cuma 5bulan), tapi beri kesan yang sangat mendalam bagi saya. Saya mengaku saya masih jahil dalam bab agama. Mak saya single parent, and dia mualaf, tapi saya tak salahkan dia. Saya ada belajar agama kat sekolah. Saya tahu apa yang wajib, tapi salah saya sendiri sebab tak ikut. Even sekarang pun saya masih free hair. Tapi slowly saya akan berubah ke arah tu. Berbalik pada cerita tadi, walaupun saya cuma kawan dengan lelaki tu selama 5 bulan, lepas dia hilang, saya rasa sakit sangat. Hati rasa berat. Saya tak pernah rasa sedih tahap camtu. Saya jadi tak keruan and tak tenang. Akhirnya sorang kawan tegur saya makin kurus, nampak takde semangat, and dia nasihatkan saya untuk banyakkan berdoa dan solat. (Sebelum ni saya memang tak pernah solat) Then saya start belajar sendiri kat internet, saya try solat satu waktu sehari, and lama lama saya berjaya gak cukupkan 5 waktu yang wajib. Setiap kali lepas solat, memang saya akan berdoa sampai menangis, alhamdulillah saya semakin tenang. Sampai sekarang saya berjaya jaga solat saya. So bila fikir balik, walaupun perkenalan saya ngan lelaki tu tak lama, tapi saya dapat something yang lebih bermakna. Saya dapat kesedaran. Saya dapat berubah jadi lebih baik. Betul lah orang cakap setiap yang berlaku tu memang ada hikmahnya. Setahun kemudian, saya jumpa balik lelaki tu. Saya bersyukur sebab bila jumpa dia, saya dah kuat. Dia cuba nak dekati saya balik. Tapi saya dah takde rasa apa apa. Memang tujuan Allah temukan saya ngan dia, untuk buat sedar je. Setakat tu jela hubungan kami. Sekarang saya jumpa orang yang lebih baik yang betul betul ikhlas sayangi saya. Dia lamar selepas sebulan kami kenal insyaAllah akhir tahun ni kami akan kahwin. Saya akan continue untuk terus perbaiki diri saya luaran dan dalaman.
Tahniah kerana bangkit dan kuat menempuh ujian Allah. Kadang-kadang Allah bagi kita sesuatu, lepastu Dia tarik balik utk bagi kita sesuatu yg lebih baik. Semoga istiqamah dlm mengejar cinta illahi :)
Bila emosi menakluk diri, kita semakin lemah.. setuju kata2 kalian, ubat nya kembali kpd Allah. Semoga kita di beri kekuatan untuk bangkit menuju jalan yg lebih baik. Ameen.
sangat tau yang perangkaan Allah itu lebih baik.
Tapi nak harungi setiap hari dengan kehilangan sangat payah!
betul. saya sendiri tak pasti sama ada saya sebenarnya redha. atau pasrah.
sebab kehilangan saya cuba untuk berubah ke arah kebaikan. tapi kadang-kadang takut kalau datang balik dugaan saya tak kuat. walaupun dah hari-hari doa Allah kuatkan iman. Article dan kisah macam ni mmg betul2 membantu., sebab saya tau dugaan macam ni bukan happens to me alone. Ada lagi insan tabah dan terpilih di luar sana berjaya harung.
Allah.
Cara terbaik untuk menghadapi kehilangan adalah kembali kepadaNya dan in shaa Allah, Dia akan membantu kita merawat pedih kehilangan itu. Memang susah sebenarnya nk berdepan dengan kehilangan orang yg kita sayang, tapi, selagi kita berpegang teguh dan percaya kepada Qada’ Qadar Allah, kita akan tenang dan redha. Cuba fikir dari sudut positif spt kehilangan akan membantu kita menjadi lebih baik dan tentunya Allah akan menggantikan insan yang kita telah hilang itu dgn lebih baik lagi. lagipun, mereka bukan hak kita. Semuanya milik Allah. tiada cara lain melainkan kuatkan hati dan terus berjalan menempuh liku-liku kehidupan dengan tabah. :)
Yup, artikel mcm ni byk membantu. Mampu memotivasikan diri, melihat sesuatu perkara dgn lebih luas dan mendalam. Kita manusia ini lemah, sentiasa mahu diingatkan, mengigatkan diri sendiri memerlukan kekuatan dan sokongan.
Assalamualaikum…
benar kadang2 Allah hilangkan sesuatu sebab nak bagi sesuatu yang lebih besar :)
HidayahNya.
Kerana sesuatu yang kita sayang itu ujian ^^