
Tahu apa antara perkara yang paling sukar dalam hidup ini?
— Mencapai kebahagiaan.
Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Pernah tak terfikir kenapa sangat sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain?
Ini sebenarnya satu soalan yang sukar dijawab.
Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.
Tabiat yang akhirnya nanti akan berakhir dengan perasaan sedih dan rasa tidak adil setelah melihat kehidupan orang lain, walaupun sebenarnya anda telah mempunyai kehidupan yang baik
Anda selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.
Selalunya, anda selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.
Pernahkah anda mempersoalkan mengapa orang lain yang biasa-biasa cara belajarnya, mendapat markah lebih tinggi dari yang anda walaupun telah berusaha lebih?
Anda sering tertanya-tanya mengapa orang lain yang rupa parasnya tidak secantik anda, lebih mudah bertemu jodoh, berbanding kita yang masih tidak kunjung-kunjung tiba.
Mengapa orang yang cantik dan kacak lebih diberi perhatian untuk berkawan, dan yang kurang paras rupa sentiasa disisihkan?
Mengapa suami orang lain boleh bertolak ansur dan setia, tetapi suami anda yang sentiasa panas baran dan kasar?
Tidakkah anda berasa sakit hati dan merasa tidak adil?
Yang Pasti: Kita Akan Selamanya Kalah Dengan Kehidupan Orang Lain
In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.
Sebab itulah kita tidak bahagia.
Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah.
Kita akan membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu.
Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain.
Kita tertipu.
Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya.
Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.
Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan “Aku rasa hampir-hampir nak gila!”, “Aku tak tahan dengan hidup..”, berbanding dengan kita lebih mengambil keputusan untuk mengigit lidah dan tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.”
People are less likely to reveal their negative emotions than their positive emotions.
Perbandingan akan meletakkan fokus anda kepada orang yang salah. Anda akan fokus kepada kehidupan orang lain, bukannya fokus terhadap hidup anda sendiri.
Jadi bagaimana anda mahu bahagia jika anda cemburu dengan kehidupan orang lain.
Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya.
Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup kita sendiri.
Sebab anda hanya boleh mengawal kehidupan seorang sahaja – iaitu anda!
Orang Bijak Hanya Membandingkan Hidup Mereka Dengan Diri Mereka Sendiri

Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan.
We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create.
Setiap orang adalah berbeza. Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama.
Perjalanan kita tiada kaitan dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana kita mahu pergi.
Daripada membandingkan hidup anda dengan kehidupan orang lain, lebih baik tanamkan tabiat dalam diri anda untuk membandingkan hidup diri anda sendiri.
Kehidupan diri anda dimasa kini dan kehidupan diri anda dimasa dahulu.
Lihat sebanyak mana anda telah dewasa, apa pencapaian anda, dan perkara apakah yang telah kita buat setakat ini dalam mencapai matlamat hidup kita.
Siapa diri kita sekarang adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam proses membesar. Sentiasa belajar menjadi matang.
Kerana kehidupan kita akan sentiasa berkembang.
Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan berguna pada suatu masa nanti.
Learn from your mistakes and try again. Remember that it’s not over when you lose, it’s over when you quit.
Kembangkan nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan kebaikan disekeliling kita.
InsyaaAllah, ia akan menguatkan nilai positif dalam diri kita dan kita akan menjadi lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya.
Jadilah jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan.
Kekurangan Itu Adalah OK (Tiada Orang Yang Akan Sempurna Sampai Bila-Bila)
Satu perkara yang ramai diantara kita semua tidak perasan adalah kita semua hidup didalam masyarakat yang gilakan kesempurnaan dan glamour.
– membuatkan kita terikut-ikut tanpa sedar.
Kita membaca majalah. Kita membelek surat khabar. Kita menonton drama. Kita melayari laman media sosial.
Dari semua itu, semuanya hanya memaparkan wajah yang cantik, kisah rumahtangga yang bahagia dan kisah-kisah kehidupan yang sempurna sahaja.
Jadi jangan terperangkap
Satu perkara penting yang harus kita hadam supaya tidak terjatuh dalam perangkap membandingkan hidup adalah:
- Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah
- Kebanyakkan kisah kejayaan yang kita baca tidak menceritakan kegagalan mereka (kecuali untuk menceritakan bagaimana mereka berjaya mengatasinya)
Tiada yang akan sempurna sampai bila-bila. Belajar menerimanya. Memang kita perlu sentiasa improve tetapi jangan berharap untuk menjadi sempurna.
Penutup: Kamu Insan Yang Istimewa Dipilih Allah
Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan.
Tetapi mencari inspirasi dan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan.
Jangan risau.
Bertenang dan sentiasalah senyum.
Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan.
Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita.
Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita.
“janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”.
— surah ali-imran ayat 139
Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.
Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Allah itu Maha Adil.
Kita semua istimewa dipandanganNya.
Terima Kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat
Sama-sama
Kebahagian adalah apabila kita sentiasa mempunyai banyak masa mencari bekalan untuk kebahagian yang abadi di akhirat kelak.
Benar.
Saat INI sy Sgt down.. Ya, sy selalu mbandingkan diri sy dgn seseorg. Sy melihat org INI selalu dpt apa yg dia mahu. Sehingga sy selalu terfikir, teruk sgtkah sy berbanding dgn dia.. Tp rezeki selalu sebelahi dia.. Sy selalu dpt yg lebih rendah dari dia.. Keluarga juga akan bandingkan sy dgn dia. Sy betul2 rasa rendah diri Dan sakit hati. Sungguh. Selalu sy dengar Allah bg apa yg kita perlu, bukan yg kita mahu. Tp Allah bagi apa yg dia mahu??
Apa kurang saya? Says perlukan jawapan yg kukuh.. Adakah Allah lebih sayang dia dr saya?
Assalamualaikum, saya sangat suka bila baca semuanya sekali dlm setiap perkongsian. Memang ada juga manusia yg suka membandingkan hidup org lain sebenarnya, lagipun memang saya tak berminat suka utk membandingkan org lain.. Memang sama jalan cerita yg telah dikongsikan itu.. Memang sangat menarik dan bagus buat bila cerita tentang itu????
assalamua’laikum salam kenal, saya suka postingan ini, benar2 membuat hati adem dan menenangkan
Alhamdulillah
bodohnya , semua bende diambil secara positif , sampai anak dapat cancer pon ucap Alhamdulillah .
tengok semua yang komen , semua hidup indah2 belaka , yang hidup celaka , ditakdirkan miskin , ditakdirkan cacat , ditakdirkan masuk neraka , taknak cerita ? taknak komen ?
sy buntu & sedih dgn p’jalanan hidup sy..umur semakin meningkat tua tp belum ada kehidupan yg baik..kelulusan ada tp semua tu tidak m’bantu…sy jaga solat 5 waktu,malah yg sunat jg sy buat..solat dhuha/taubat/hajat sy buat…sy xpenah masuk tmpt2 hiburan seumur hidup sy di bumi Allah ni..tp kenapa sy tgk org lain dgn life style yg agak lagha diberikan kesenangan & kemudahan hidup..riak wajah diorg happy/mcm xde msalah..tp sy selalu dirundung msalah..rasa down selalu..sbb xde pekerjaan w/pun kelulusan tggi..nak kata usaha xde..rasanya dh buat pelbagai cara ikut kemampuan..dr segi kerohanian pn dh cuba improve..sy buntu..apa sebenarnya ujian ni..sudahla sy hidup sendiri dgn kewangan yg terhad..mintak maaf,sekadar meluahkan apa yg t’buku..tp seriously setiap kali b’doa sy t’tanya2 & merintih kenapa doa sy seolah2 tdk di dengariNya?dh lama sy b’hrp drNya..& masih lg b’hrp w/pun kdg2 putus asa & rasa sia2 (nauzubillah)
Kawan saya pun pernah mengadu pada saya mcm awk dulu masa dia susah… Tp sekarang, Allah kabulkan doa beliau… Beliau sekarang dah jadi kontraktor lebuhraya yg berjaya di Malaysia..sy doakan semoga saudara juga Allah kabulkan doa… Aminn
Terima kasih ..
saya suka baca blog ini. sangat bermanfaat untuk diri saya terus kuat. terima kasih.
jemput singgah blog saya juga.
https://billabellabell.blogspot.my/
mohon share
bagus skali penulisannya.. ayat yg admin guna sngt menusuk jiwa.. terasa lega sikit bile membacanya :)
tq admin ;)
Assalamualaikum admin, Alhamdulillah sungguh bermanfaat, sejuk rasanya hati ini untuk membacanya, semoga kita semua senantiasa bersyukur dan berbahagia selalu dalam lindungan-NYA
Blog yang anda tulis sangat berkesan..sblumnya saya sangat merasa bosan ,bagaikan tiada orang lain yg berada d sisi saya..setelah sy membaca artikel anda ,pikiran saya seakan terbuka..
Mmng sblum2 ni sy pernah baca2 motivasi2 mcm ni..tapi dah hilang sbb lam tak buka..
Skrng sy baru baca lagi motivasi ni..mmng sngat menarik artikel anda..
Lihat perubahan pada diri kita sblumnya dan yang sekrng..dan bersyukur lah..
Memang terbaik utk memotivasikan diri sendiri setiap masa…
Semoga bermanfaat :)
lu tak rasa apa org rasa…. lu sembang memang senang la…. nanti lu kena dugaan berat lu akan persoalkan juga….jangan lupa lu pun manusia biasa juga… ada emosi ada perasaan ada nafsu…. tapi itu biasa la… manusia belajar dari kesilapan… lu bukan sempurna la….
As Salam,
Hidup ini memang tak mudah, semua orang memang ada cabaran berbeza. Kerana hidup setiap orang tak pernah sama.
Namun pasti ada satu titik yang boleh kita capai persamaan dan bersetuju ada cara yang lebih baik untuk kita lakukan untuk menjadikan hidup ini lebih bahagia, kan? :)
Assalammulaikum….n t,kasih admin, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat perkongsian yang cukup bermakna untuk saya menghadapi kehidupan di masa hadapan….setiap penjalanan hidup ini Allah swt telah tentukan….kita sebagai hambanya cuma redha ketentuannya…
salam perkenalan..
As Salam.
Sama-sama, semua memberi manfaat daripada penulisan ini.
Salam perkenalan,
Yang penting dalam kehidupan kena bersyukur selalu.
http://www.lovehutladyvitamin.com
Ya betul tu tuan.
Salam perkenalan juga :)
Selamat berhari minggu admin…terima kasih atas pengkongsian yang ber harga ini.saya dahulunya sebgini tp sedikit demi sedikit saya redha dengan ketentuan ALLAH swt…ditambah pula dengan pengkongsian ini membuat kan saya lebih yakin pada kehidupan saya.sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH SWT.
As Salam. Ya selamat hujung minggu juga Cik Z.
Ya kadangkala jalan hidup yang Allah tentukan untuk kita jalani ini memang nampak kelam pada mulanya, tapi mentari kebahagiaan akan muncul juga setelah habisnya malam.
Begitulah takdir Allah, pasti membawa kebaikan kepada kita.
Cuma kita sahaja perlu belajar untuk menerimanya dengan berlapang dada.. :)
Assalamualaikum admin. Terima kasih atas perkongsian ini. Benar sekali, kita harus belajar menempuhi asam garam dalam kehidupan ini. Siapa kita pada masa lalu, tidak penting. Yang penting adalah kehidupan sekarang. Dan bagaimana kita terhadap Pencipta kita juga. Semoga kita semua akn selalu istiqamah dalam mengejar akhirat, dan dunia akan mengikuti kita. Wassalam `(*∩_∩*)′
Wassalam Yana,
Ya, hidup kita memang amazing. Hebat. Jalan ceritanya disusun indah dan penuh hikmah olehNya.
Yang penting kita mesti lepaskan tekanan emosi masa lalu yang memberatkan langkah kita ke hadapan.
Banyak yang boleh kita belajar dari masa silam. Hargai siapa dan apa adanya pada diri kita yang sekarang.
Saya doakan Yana, semua pembaca dan saya sendiri, sentiasa memandang sesuatu dengan positif & tetap istiqamah dalam menjadi hambaNya yang baik, serta berkualiti.
Semoga kita selalu happy ^^,
Terima kasih atas doanya…