Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Dan Kebahagiaan Hati?

mencari kebahagiaan hati
Bagaimana untuk tenang dan bahagia?

“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”

– Syed Qutb

Kita semua adalah makhluk Tuhan yang indah didalam dunia ini, yang sedang melalui jalan masing-masing.

Setiap hari, pasti kita akan menemui erti dan makna kehidupan kita satu persatu.

Ramai orang berharap untuk dapat menemui kebahagiaan hati dan ketenangan disepanjang perjalanan kehidupannya.

Bagi sesetengah orang, kunci kepada keinginan ini sudah berdering kuat dan jelas, dapat memandu apa yang harus mereka buat dan bagaimana mereka perlu lakukan.

Tapi sesetengah orang yang lain, benih keinginan ini terkubur sangat dalam..

..dan mereka jarangkali sedar.

Disinilah pentingnya muhasabah.

Merenung kembali sedalam-dalamnya setiap apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita sehari-hari.

Disepanjang kehidupan saya, banyak kali saya sedari bahawa amalan bermuhasabah ini lah yang menjadi titik kunci kepada kebanyakkan orang-orang yang hebat dalam meneroka jalan kebahagiaan hati dan mencapai apa yang mereka inginkan.

Kebahagiaan hati sebenarnya dapat dibina beransur-ansur bila kita semakin faham akan beberapa perkara dalam kehidupan.

Kita semua pasti akan menyedari kebenaran ini pada suatu masa dan dengan cara kita sendiri.

Dan apabila kita dapat kesemuanya, kita pasti akan menemui kebahagiaan hati dan kedamaian yang kita cari selama ini.


1. Adalah mustahil untuk orang lain dapat mentafsir hati kita bagaimana

Anda tidak boleh ditafsirkan.

Hanya kita sendiri yang boleh mengatakan kita bagaimana. Hanya kita yang kenal diri kita sendiri.

Keadaan dan pendapat orang lain hanya boleh mentafsirkan kita jika kita yang membenarkan mereka.

Jangan mudah termakan dan mengalah dengan situasi buruk serta kata-kata yang negatif daripada orang lain.

Tidak ada seorang pun yang mampu meneka dengan pasti apa dalam hati kita.

Bahkan kadangkala kita pun tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati kita sendiri. Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.

Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Oleh itu pekakkan telinga terhadap kata-kata negatif terhadap kita.

Jadilah diri kita sendiri, kerana lebih memahami diri kita.

InsyaaAllah apabila kita tidak lagi peduli dengan pandangan orang terhadap kita, kita akan rasa dunia ini sangat luas dan lapang untuk memuatkan hati kita.


2. Kita telah dilahirkan dengan segala perkara yang diperlukan.

Tiada benda atau perkara yang anda terlepas.

Tiada sebab untuk kita menyesal dengan hidup kita.

Anda telah dilahirkan ke dunia dengan cukup sempurna, dan dikurniakan dengan kelebihan dan keistimewaan yang diperlukan untuk mengharungi dunia bermula sejak saat anda dilahirkan.

Tugas kita adalah untuk menerima apa diri kita seadanya dan bersyukur dengan kehidupan kita.

Sesetengah hadiah yang berharga adakalanya tidak terbungkus dengan cantik. Sesetengah perkara itu anda akan faham bila anda sudah melaluinya.

Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [ Al-Maidah:7 ]


3. Kesempurnaan adalah hanya ilusi yang dibuat-buat manusia

Kita adalah makhluk cantik yang tidak sempurna, hidup didalam dunia yang tidak sempurna dan itulah tujuan kita dijadikan.

Ketidaksempurnaan itu yang akan menyempurnakan kita semua.

Berusaha keras untuk menjadi sempurna adalah impian yang kosong, semua orang tak mungkin mencapainya.

Kita sebenarnya seolah-olah telah teracun dengan masyarakat kita dengan imej-imej sempurna secara berterusan menerusi pelbagai media. Drama-drama semisalnya.

Jangan termakan dengan ilusi ini; ia hanya akan membawa anda kepada kegelapan. Ia hanya membuatkan kita banyak berkhayal, menunggu kebetulan yang mustahil.

Terima diri kita, cacat cela pada diri kita dan terima hakikat bahawa hidup ini ada turun naik seperti roller coaster.

Berhempas pulas lah untuk mencapai kecemerlangan, mengejar kehidupan yang lebih baik.. tapi jangan pernah keliru dengan penyakit kesempurnaan.


4. Kita adalah apa yang kita fikirkan

kebahagiaan hati mukmin
Berusahalah untuk menjadi mukmin yang sejati. Pasti kita temui kebahagiaan hati

Apa sahaja yang kita percaya betul tentang diri dan kehidupan kita, lambat laun akan menjadi realiti juga.

Kepercayaan kita lama-kelamaan akan berakar umbi dalam pemikiran kita dan membina bagaimana diri kita di dalam kehidupan kita.

Perkara inilah yang secara lazim akan membentuk dunia sekeliling kita.

Jika kepercayaan itu tidak menjadi seperti kemahuan kita, kita boleh menukarnya. Bagaimana?

Begitu jugalah dengan kepercayaan negatif tentang diri kita terbentuk, melalui pengulangan sehingga akhirnya kita percaya perkara yang tak betul ini adalah sesuatu yang benar

Oleh itu, tanamkan kepercayaan baru dan ulanginya berkali-kali sehingga kita berasa kuat.

Apabila kita buat sesuatu perkara kerana Allah, pasti Allah akan permudahkan. Pasti Allah gantikan sesuatu yang kita tinggalkan dengan perkara yang lebih baik.

Kamu cuma perlu bersabar dan yakin.


5. Jangan hanyut didalam masa silam yang telah lepas dan berharap pada masa depan yang belum pasti.

Masa silam adalah memori. Masa depan cuma wujud sebagai bayangan.

Kita boleh memilih untuk menoleh kembali ke masa silam untuk belajar dan bermuhasabah diri. Kita juga boleh membayangkan untuk pergi ke masa akan datang untuk merancang dengan baik.

Walaubagaimana pun, bila-bila masa sahaja tahap kesedaran kita boleh hanyut. Kita akan mengalami kesukaran untuk bertahan di dalam saat yang pernah kita ada.. iaitu masa sekarang.

Tidak salah untuk melawat masa silam, tapi jangan tinggal disana.

masa silam
There is always something to look forward to. In pain, look forward to healing. In hardship, look forward to ease. And in separation, look forward to reunion. Allah has promised the believers all these things.

Jangan sesekali membongkar parut-parut yang lama, biarkan ia. Tinggalkan kenangan itu disana.

Cuma ambil sahaja sebagai pengajaran untuk menghadapi kehidupan yang mendatang.


6. Setiap ujian dan cabaran adalah hadiah kepada kehidupan kita

Tanpa cabaran, kita tidak boleh membuka potensi sebenar kita.

Halangan adalah peluang untuk kita terus menjadi kuat dari sebelumnya. Dunia memerlukan kita yang sebenarnya, iaitu diri kita yang kuat.

Dan potensi diri kita yang sebenarnya boleh dirungkai melalui pengalaman-pengalaman dalam kehidupan.

  • Bagaimana kita boleh mengetahui keazaman dan kekuatan kita jika pencapaian kita tidak pernah diuji?
  • Bagaimana kita boleh memahami makna kasih dan rasa belas kasihan jika kita tidak pernah rasa dikecewakan?

Disinilah kita harus tahu bahawa masa silam yang gelap itu sebenarnya membuatkan kita tetap tenang ditengah ribut yang membadai..

.. ibarat seperti berlian yang terbentuk dibawah tekanan-tekanan yang tinggi.

kebahagiaan hati seorang mukmin
image by islahnafsi

Oleh itu, sebagai mukmin yang kuat kita adalah seorang yang tidak mudah dikalahkan dengan cabaran dan ujian dalam kehidupan.

– Tidak mudah dipatahkan dengan dugaan permainan hati dan perasaan. Hatinya tetap teguh yakin kepada Allah.

Orang mukmin yang kuat melihat setiap perkara itu adalah satu cara mendidik hati agar sentiasa bersyukur dan sabar.

Orang yang dalam jenis ni, dia terima sesuatu musibah tu dengan rasa gembira. Macam kanak-kanak dapat gula-gula atau lebih lagi dari itu.

Dan dia menganggap, jika dia bersabar, Allah akan angkat darjat dia.

InsyaaAllah kita semua adalah mukmin yang kuat!


7. Kebahagiaan hati hanya boleh dicapai dengan memberi maaf

Kita tidak memaafkan seseorang atas sebab untuk membebas dia dari rasa bersalah, beban atau penyesalan.

Kita memaafkan adalah untuk diri sendiri.

Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.

Begitu juga hati.

Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.

Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.

Apa yang harus kita buat?

Maafkanlah.

Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membukan jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.

– Sederhana Indah.

Perkataan maaf memang mempunyai kesan yang baik terhadap orang yang kita maafkan..

…namun apa yang lebih penting ia adalah pilihan yang paling terbaik untuk kita kembali gembira lagi.

kebahagiaan hati adalah anugerah Allah
Serahkan hati ini pada Allah. Biar dia jagakan.
Dia akan berikan kebahagiaan hati saat kita sudah benar-benar sudah bersedia.
Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang. :’)

 

Penutup: Menyerah Kepada Setiap Takdir Allah Bukanlah Sifat Pengecut, Tetapi Yakin Ada Kebaikan Yang Menunggu Dihujung Jalan

Jalan kehidupan kadangkala tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan.

Kadangkala, sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah, dan melepaskan ia pergi.

Namun, melepaskan bukan bermakna kita sudah berputus asa.

Melepaskan pergi adalah melepaskan semua ikatan dan kebergantungan terhadap orang tertentu, keputusan dan situasi.

Mampu untuk mengalah menunjukkan kita seorang yang matang, ingin menjadi diri sendiri yang terbaik, tanpa mengharapkan kehidupan menjadi seperti apa yang kita inginkan.

The energy of someone aspiring to create their dreams, teamed with surrender, is far more powerful than someone determined to create outcomes with a desperate ‘must have’ mentality.

Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.

La haula wala quwwata illa billah”

– Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.

Saya tahu tidak mudah untuk kita mendidik hati melawan rasa yang kita hadapi.

Kita rasakan, kebahagiaan adalah seakan harapan yang samar-samar. Apakah yang masih menyakiti hati anda sehingga saat ini?

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

63 thoughts on “Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Dan Kebahagiaan Hati?”

  1. Alhamdulillah rasa semakin tenang slps membaca perkongsian daripada saudara..
    Terima kasih ya..semoga Allah memudahkan
    Jalan hidup saudara dan memberi rezeki melimpah ruah buat saudara aamiin

    Reply
    • Terima kasih kerana mendoakan saya.

      Saya juga mendoakan puan diberikan ketenangan hati dan dipermudahkan perjalanan hidup.

      Reply
  2. Terima kasih adanya blog ni.. Sya Ingin mencari ketenangan hati.. Sbb saya dah mcm xmampu nk mgharungi nya.. Sya rsa nak tidur selama nya mgkin cara tu terbaik.. Sya dah penat dgn kehidupan dunia… Sya nak kebahagiaan tp kenapa ssh Sya nak dpt semua ni….

    Reply
    • Jangan putus asa.

      No matter what hardships are waiting for us in the future, we will always survive because
      He’s always with us.

      Never forget, be grateful.

      Dry your tears with du’a. Mend what is broken with du’a.
      Wash the sadness away with du’a.

      When you feel like crying, look back and you’ll see that you have a place to return to – Allah.

      He will mend your heart, inshaAllah.

      Reply
  3. Bagus sekali blog ini. Banyak memberi pengajaran dan menambah pengetahuan. Thank you so much

    Reply
  4. Terima kasih atas artikel ini..saya amat memerlukan nasihat seperti ini agar sy tidak tersalah arah..segan meminta pendapat org sekeliling kerana seperti admin coretkan..mrk tak akan faham hati kita.kadangkala berkongsi dengan org yg mengenali kita memburukkan lagi situasi..syukur terjumpa coretan ini..

    Reply
  5. Setiap kali hati ini menangis kesedihan, blog inilah yg sentiasa menjadi sahabat setia, setiasa menasihati dan memperingati. Hak sbg pendamping kekasih yg halal telah dirampas begitu shj tanpa sebarang belas kasihan. Kehidupan yg terbina berbelas tahun lenyap tanpa sebarang amaran. Pengorbanan selama ini dipandang sepi. Hanya air mata dan dgn menyerah diri pd Allah yg kini menjadi pengganti. Terima kasih krn masih ada yg sudi memujuk hati ini walaupun melalui blog ini… sedikit sebanyak ia membantu..
    Menangislah duhai hati… menangislah sepuas-puasnya pada Allah dan mengadulah padaNya.. Sesungguhnya kepadaNyalah tempat kita memohon pertolongan. SesungguhNya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita. Manusia akan sentiasa pergi ttp Allah akan sentiasa bersama kita.
    Pujuklah hati untuk redha dan pasrah dgn ketentuanNya. Kita adalah antara hambaNya yg terpilih untuk menerima ujian dan dugaan dariNya. Kasih sayangNya utk setiap hambanya adalah berbeza. Mungkin ini adalah caraNya untuk menunjukkan kasih sayangNya pd kita dgn menyedarkan kita dari terus alpa dan lalai. Siapa kita untuk menolak takdir yang telah tertulis olehNya… Carilah ketenangan dengan sentiasa memujuk hati bahawa apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Sama-samalah kita muhasabah diri…

    Reply
  6. Sy pn sama.selalu sahaja disakiti tp sy xprnah salhkn dia.sampai rasa nk lenyek2 je dia klau da depn mata.jadikn dia kui..bolh mkn.perut kenyang kan…he.pa kn daya kita ne hanya manusia biasa.redha je lh.smoga suatu hari nanti Allah buka mata n minda dia tuk jawapan persoalan punca retaknya hubungan kami(tunang) n niat tuk bahagia sampai ke jannah tu tergantung.sy nk pendapat admin..adakah ini jln trbaik sy lakukan? @ de tips lain yg bolh bantu sy tuk trus kuat.scara ju2r kadang perasaan bgantung pd pgharapn manusia ne buat sy rela memilih tuk hidup sendiri tp..bukn ke Allah cipta smya makhluknya brpasang-pasangan? Admin sy keliru..

    Reply
  7. Terima kasih artikel kali ne.sgt mmbantu sy tuk trus kuat mghadapi situasi sebegini.sakit hati sy mybe akn sembuh bla bakal suami melafasknnya sendiri secara face 2 face akn trjadi sblum ne sblum melangsungkn prkahwinan kami Insyaallah dlm tahun ne kot.pgharapan dariNYA
    Alhamdulillah xprnah putus dlm sujudku.dgn hati trbuka..sy masih mgharap n menunggu detik2 i2.

    Reply
  8. Menyentuh ttg hati..klau dh terkena sakit.akn sakit lh sgt.sukar tuk sembuh wlwpn dy dh lafaskn maaf n macam lg dy lakukn tuk pgharapn reply sory dr sy.ia lh.. sakit sbb dy salahkn sy sepenuhnya.cam lh dy xprnh wat salah d blakang sy.sy bukn tuhan tp sy tau dy byk brmain kayu tiga n byk2 kayu lh di blakang sy selamani.setia mu hanya dibi2r sahaja.mng xde guna..baik hdup sendiri.mnjalani hidup dgn dugaan yg disajikn dgn tekun.mgharap hadia trindah suatu masa nt.yg bolh mmbuatkn sy tersentap n bahagia.

    Reply
  9. Hati sellu di salah erti olh tunang sy.byk dh pgorbanan sy lakukn tp smua cam puteri aisha sarankn.brgantung pgharapan n baladan hanya Allah yg 1.Alhamdulillah..hati sy rasa kosong(tenang) mmg xda rasa brsalah wlwpn sekecil zarah.smuanya dgn izin n kuasaNYA.Subahanaullah…tp..smpai skg sy brharap Allah bukan hati dy tuk maafkn sy n seterusnya melamar sy.he…

    Reply
  10. Yup..hati kita Allah yg pegang.bla masa sakit..i2 tandanya Allah nk uji kita.keprcayaan lebih pd siapa? jika kita org2 yg beriman kita pasti rasa sakit yg teramat i2 bolh jd ringan.bagaiman? Mudah je..bla situasi sebegini trjadi sy..sy truskn keju2ran hati pd sipa yg mnyakitkn sy tu.yes..bukn sbb kita salah tp kita nk tunjukkn yg pa yg kita lakukan seikhlas hati n hnya brharap penilaian trbaik dariNYA.ikhlaskn hati wlwpn sukar Insyaallah Allah lapangkn hati kita.bukn kew..hdup sentiasa terasa tenang n bahagia.maaf sekadar nk brkongsi rasa..:)

    Reply
  11. Entahlah nak cakap macamana. Kecewa sgt.. 2 kali dikecewakan dgn benda yg sama. Bila dikecewa, cuba belajar dr pengalaman, tp bila kecewa jugak hurmm lemah sgt sgt rasa ni.

    Reply
  12. assalamualaikum..
    terima kasih di atas perkongsian artikel yg amat brmakna,,semoga sy mampu bangkit dn mngecapi kebahgiaan yg brpnjangan brsma ank2 di sisi setelah pnceraian trjadi…. walaupn sukar semoga sy dpt mndidik hti sy mnjd org yg redha..

    Reply
    • Assalam. Semoga puan tabah menghadapi qada dan qadar yang ditakdirkan. Jaga solat..sebaik baiknya di awal waktu. Setiap manusia ada bahagian masing2…Allah Maha Mengetahui.

      Reply
    • Wassalam. Amin, InsyaaAllah. Semoga puan terus bersabar dengan setiap ujian yang melanda.
      Pasti Allah sudah menyediakan saat yang indah kepada puan suatu masa nanti

      Reply
  13. Assalamualaikum..

    Masha Allah.. Subhana Allah.. Alhamdulillah… Artikel yg sangat bermanafat kepada saya. Sejak-sejak dua tiga hari ini.. saya tercari-cari artikel utk ketenangan hati & kebahagian hati.. utk diri saya beristiqamah & menenangkan hati saya dgn ujian yg Allah berikan utk saya lalui…..Sesungguhnya Allah maha dengar…

    Jazakallahu Khair…

    Reply
      • admin saya seringkali sakit hati dgan teman lelaki saya walaupun dia ader menyatakan bahwa dia ingin bertunang.. dan seterusnye memperisterikan saya.. dia kerap menghilangkan diri. setiap kali bergaduh dia kerap mnyatakan bahawa saya adlah punca nyer.. tapi pada yg sama turut ader yg mennti tuk meminang saya.. jadi sya minx pendapat apa yg harus sya lakukan ?

        Reply
    • Wkt hati saya sakit sangat wkt itu (krn suatu hal), saya trbaca artikel-artikel d blog ini. Artikel nya bagus, dg bhasa yg lembut beri kta smangat, plajaran n pengajaran utk prbaiki n koreksi diri lg. Artikelny bnyk spt pengalaman pribadi yg d alami. Saya baca terus dan terus hingga saat ini sambil mndekatkn diri n slalu brdo’a pdNya. Alhamdulillah… hati saya dah tng n saya rasa bhagia skrg krn dg yg kta alami ssungguhnya Allah sayang kan kta n ingin kta jauh lbh baik lg & inshaAllah Allah beri kan kta hal yg trbaik nantinya. InshaAllah… Aamiin…

      Reply

Leave a Comment