
When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah..
Perpisahan. Clash. Break up. Putus.
Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?
Mungkin inilah perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita.
Kita merasakan ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja.
Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.
Ada juga diantara kita yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang tidak merestui. Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai lagi alasan yang kita tidak mampu kawal.
Dan yang paling baik dan terpuji bagi saya, adalah mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin menjaga agama dan maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.
Namun saya pasti, setiap terjadinya “putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata, kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis perasaan ini even sedikit.
Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.
Tetapi mengapa kita perlu bersedih berlebih-lebihan?
Apakah alasan utama yang kita untuk terlalu sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih ghaib. Lagikan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.
Kenangan? Kerana terlalu banyak saat indah bersamanya?
Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan menyandarkan hidup kita hanya kepada kenangan.
Mungkin pada waktu lalu kita gembira bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa lalu.
Dan kesedihan yang sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini.
Percayalah, kita akan temui bahagia setelah diuji untuk bersabar. Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa.
Atau mungkin menjadi sebuah proses untuk melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup.
Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?
Takut untuk Memutuskan cinta?
Ini lagi satu masalah yang menghantui kebanyakkan orang.
– Takut untuk meminta kata putus.
Memang susah untuk memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.
Sebelum itu, apa yang menyebabkan kita patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka itu seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan maksiat, tidak memberatkan agama.
Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari Allah, pelajaran, ibu bapa.
Jangan teruskan hubungan dengan orang yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan.
Suruhlah dia datang jumpa ibu bapa, jika dia betul-betul dengan anda. Janji mulut sahaja tak cukup, kena tunjuk usaha.
Percayalah, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Saya ulang sekali lagi, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Memutuskan, perkara sukar tetapi sebenarnya mudah.
Kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti hati seseorang. Kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka putus sahaja.
Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun ingkar kepada Allah?
Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita.
Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu.
Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu
Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. amin..

sy n berpisah dgnnya sbb hubungan kami menjurus kearah kemaksiatan..tp sy x betul2 bersedia lg nk putus dgn si dia..mintak nasihat admin sedikit
sy pun baru melalui kesukaraan ini…sehingga hari ini sy mc berfikir knp sy d buat begini???.. sedangkan dia sndri sdh mengetahui kesudahan cerita kami
Test
Terima kasih. Belajar utk redha tu perit tapi manisnya akan datang seiring dengan masa. Si dia akan bernikah pada tarikh 9/7/2016 dengan pilihan keluarga. Sye mengharapkan agar sye mampu redha dan tak berlebih-lebihan dalam menerima takdir ini. Pertemuan yang singkat menghadirkan rasa cinta, dan kami bersetuju untuk melangkah setapak lagi, namun pada saat si dia mengkhabarkan perihal kami, rupa2nya keluarga si dia dah meminang seseorang dan hanya menunggu jawapan shj dr pihak perempuan. Si dia tidak tahu lgsg dan keluarga memaksa agar meneruskan perkahwinan itu dgn alasan tak nak malukan keluarga. Akhirnya, di sinilah sye cuba belajar menerima ketentuan dan semoga si dia kekal bahagia dunia akhirat. Perkenalan selama 2 minggu berjaya membuka hati ke arah perkahwinan namun takdir menguasai segala2nya. Semoga bahagia masih milik aku.
saat ini ,hubungan sa dan tunang sa.pun menunu ke.arah kehancuran… Keluarganya merancang untuk memutuskn hubungan kmi kerana saya tdk d terim oleh kluarganya. mamy sa.ckap lepaskn dia kalau dia sygkan sa… dia.ada bersama sa… tpi dia tiada di sisi saya…
sabarlah.. kita senasib. tapi kita ambil iktibar, jangan pengalaman yg lepas di ulang semula. sebaliknya hubungan itu perlu dijaga sehingga ke jenjang pelamin dan sdlamanya
Artikal ni bagus sangat :’)
12 tahun berlalu..rasa mcm baru semlm …nmun aku redha..kerana keyakinan ..ada hikmah disebaliknya..
Touched. Rupanya ramai antara kita yang melalui perjalan yang sama, semua merasakan sakitnya perpisahan. Harap dapat manfaat daripada semua yang share story kisah kt sini.
semoga setiap apa yang saya lalui akan membawa sesuatu yang indah dalam hidup ini ;) amin…
Assalam..
Saya baru sahaja berpisah, hari ni kerana kami berlainan agama. Astagha, sangat sakit.
Saya google la mana tau ada jumpa artikel yang berkait. Alhamdulillah, saya jumpa artikel ni dan artikel ni banyak membantu saya lega sikit. Saya yakin ada kebaikannya nanti :)
Terima kasih Naim :)
Saya suka dengan artikel ni :))
assalamualaikum…. saya baru sahaja berpisah dengan kekasih saya 2 hari lepas. Puncanya kami berpisah adalah disebabkan berbeza agama. Keluarganya juga tidak merestui hubungan kami malah menjodohkan dia dengan org lain. Saya terpaksa menerima keputusan ini. Kenangan indah waktu bersama sentiasa bermain di fikiran. Manakan tidak, hubungan kami berlarutan sehingga 6 tahun. tetapi saya yakin, Allah ada perancangan yang lebih baik. Pernah saya mencuba untuk memujuk dia memeluk islam kerasa saya ingin memperisterikan dia. Dia tidak mahu menerima islam. Mungkin Allah tidak berkehendakkan dia. Saya redha… saya terima walaupon payah. Saya yakin ada sinar yang indah di hujung jalan hidup saya. Semoga dia berbahagia. Semoga saya juga berbahagia. Jiwa, hati luruh seakan berkecai setelah semua ini berlaku. Apa yang boleh saya katakan, Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik. Bukan bertujuan utk meratapi semua ini, cuma untuk berkongsi, kerana sakit dalam hati akan sedikit terubat jika kita berkongsi. Semoga kita semua dia rahmati Allah… (januari 2009 – May 2015).
saya pun sama..bercinta dengan ibu tunggal yg berlainan agama.
semua nya bersama..
saya ditinggalkan kerana dia tidak mahu dikongkong dan bosan dgn saya..
saya mushkil…
akhirnya kami berpisah…
sakit..sakit bila putus cinta tanpa kerelaan..
semoga allah memberi kekuatan kepada saya dan semua yg sedang putus cinta ..amin
Bagus lah,, saya suka blog nei..banyak bnde yang membuat sye utk rajin tersenyum dgn isi kandungnnya..
Good.. :-)
Usah kau titiskan airmata,
pada dunia yang fana ini,
tetapi menangislah hanya kerananya yang satu
Aku percaya rencanaMu adalah terbaik Allah..insyaallah
Salam.sy bcnta dengan seorg llaki yang bltarblkgkn islamik sdgkn sy Dan keluarga sy biasa2 sja..PD mulanya sy x amik kisah tp lma klmaan hal tersbut mhantui sy.nak djdikan cerita sy bpisah scara baik dgn die kerana mrsakn diri sy x lyak untk die.die jga seorg student sprti sy n klu bolh sy xnk la kberktan mnuntut ilmu itu hilang..tapi bile da bpisah sy rsa sush nk rsa tenang,asyik tringat..cmne nak buat ni?rsa bdosa sgt,resah
memang sakit untuk dikenangkan kembali kenangan bersama tetapi mungkin ada yang lebih baik darinya. saya telah memutuskan hubungan dengan lelaki yang saya sayangi dan cintai, selama 4 tahun kami bersama , akhirnya membuat keputusan untuk berpisah secara baik kerana masalah agama yang berbeza dan keluarganya tidak merestui sekiranya dia mngikuti agamaku, bagi menjaga hati keluarganya , kami telah membuat keputusan yang terbaik, saya redha dengan ketentuan ilahi. saya mendokan dia menjumpai wanita yang terbaik..insyallah..Aminnn
Be strong sis!
memang sakit untuk dikenangkan kembali kenangan bersama tetapi mungkin ada yang lebih baik darinya. saya telah memutuskan hubungan dengan lelaki yang saya sayangi dan cintai, selama 4 tahun kami bersama , akhirnya membuat keputusan untuk berpisah secara baik kerana masalah agama yang berbeza dan keluarganya tidak merestui sekiranya dia mngikuti agamaku, bagi menjaga hati keluarganya , kami telah membuat keputusan yang terbaik, saya redha dengan ketentuan ilahi. saya mendokan dia menjumpai wanita yang terbaik..insyallah..Aminnn
salam.. aku baru shj putus.. masih berbise lagi.. aku terpakse merelakan.. drpd aku dipermain kan.. dia sudah bosan dgn aku. dia sudah berubah. terlalu mengejar wang dan kerjaya.. tiap kali aku bertanya pasal kahwin.. dia seboleh2 nak mengelak.. sedangkan kami sudah berjumpa keluarga.. 4 tahun kami bercinta… mcm2.. pahit manis.. jauh dekat kami sudah tempoh.. akhirnya.. dia terpaksa melepaskan aku.. aku terima dia seadanya wlpn aku bosan dgn sikap dia… tapi aku wanita yg penyabar… buktinya.. aku sabar dgn tiap2 kemarahan dia.. aku bersabar tunggu dia 4 tahun,,, sekarang.. dia terpaksa meninggalkan ku.. ada kebaikan dia atas apa yg terjadi.. aku kni cuba dkt kn diri dgn ALLAH.. dah terhantuk, baru nk tergadah.. mase bercinta.. lalai leka.. bila dah putus.. aku baru nk ingat Tuhan.. berdosanya aku Ya Allah… kini…aku tahu.. ALLAH nak uji aku.. nk berikan yg terbaik utk ku…
sesungguhnya manusia itu tak luput dari cobaan
mohon share :)