
When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah..
Perpisahan. Clash. Break up. Putus.
Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?
Mungkin inilah perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita.
Kita merasakan ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja.
Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.
Ada juga diantara kita yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang tidak merestui. Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai lagi alasan yang kita tidak mampu kawal.
Dan yang paling baik dan terpuji bagi saya, adalah mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin menjaga agama dan maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.
Namun saya pasti, setiap terjadinya “putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata, kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis perasaan ini even sedikit.
Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.
Tetapi mengapa kita perlu bersedih berlebih-lebihan?
Apakah alasan utama yang kita untuk terlalu sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih ghaib. Lagikan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.
Kenangan? Kerana terlalu banyak saat indah bersamanya?
Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan menyandarkan hidup kita hanya kepada kenangan.
Mungkin pada waktu lalu kita gembira bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa lalu.
Dan kesedihan yang sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini.
Percayalah, kita akan temui bahagia setelah diuji untuk bersabar. Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa.
Atau mungkin menjadi sebuah proses untuk melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup.
Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?
Takut untuk Memutuskan cinta?
Ini lagi satu masalah yang menghantui kebanyakkan orang.
– Takut untuk meminta kata putus.
Memang susah untuk memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.
Sebelum itu, apa yang menyebabkan kita patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka itu seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan maksiat, tidak memberatkan agama.
Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari Allah, pelajaran, ibu bapa.
Jangan teruskan hubungan dengan orang yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan.
Suruhlah dia datang jumpa ibu bapa, jika dia betul-betul dengan anda. Janji mulut sahaja tak cukup, kena tunjuk usaha.
Percayalah, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Saya ulang sekali lagi, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Memutuskan, perkara sukar tetapi sebenarnya mudah.
Kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti hati seseorang. Kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka putus sahaja.
Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun ingkar kepada Allah?
Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita.
Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu.
Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu
Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. amin..

Walaupun aq x pernah rasa, tapi memang tersentuh bila baca entri ni.. hhuuhuu
Allahuakhbar.. Allah ketuk pintu hati saya dengan artikel ni.. Kuatkan hatiku Allah..
Syukran
Saya nak tanya, macam mana kalau seorang lelaki ni dia suka saya, tapi saya tak suka dia, saya TERcouple dgn dia hanya untuk sedapkan hatinya. takde niat nak permainkan dia. Kesian dkt dia, macam mana nak minta putus, sdgkan dia tak nak sampai menangis-menangis. Tolong saya ._.
Ya Allah artikel ini sangatlah memberikan byk faedah yg baik :))
Awk sepatutnya jgn menyatakan cinta sekadar kerana kesian. Itu menyakitkn. Pada saya menyatakan cinta atas sebab kesian adalah satu penipuan dan kesilapan besar. Seharusnya berterus terang dgn berani, walaupn hati sidia akan terguris dgn dahsyat tp dia akan faham dan pulih.
Kalau sy stay dgn lelaki 2..tp kalau ade terdetik nk ske laa..kalau btol2 yakin xnk ,ckp direct ,jgn tahan lama2,takot dye makin sedeh..
salam ..
coretan anda sgt bermakna.
terima kasih.
mohon copy dlm blog..hiks~
mohon share ya ^_^
Jika berpisah dan melepaskan itu lebih baik, aku harap suatu hari aku akan bertemu dengan kebaikan itu dah hikmat atas semua yang telah terjadi :'(
Good article. Thank you :)
Terimalah setiap perpisahan dgn hati yg tenang, setiap dugaan ada hikmahnya di kemudian hari…bersangka baiklah dgnNya…
:)
Syukur Alhamdulillah, pernah satu saat dalam hidup hamba yang hina ini, diperdaya oleh cinta manusia yang mengajak jauh dari Tuhan. Maha Kuasa Allah, menghulur rahmat menjemput kembali iman yang sedikit untuk menapak keluar dari lembah yang hitam kelabunya nampak samar-samar.
Ya, perpisahan itu pedih. Tetapi indahnya jika dilakukan kerana Allah.
Tutuplah lubang-lubang ke arah zina itu dengan kembali kepada Allah. Sumbatlah ruang kosong yang bisa ditembusi itu dengan iman yang ilmu. InsyaAllah, yang awalnya sukar akan terasa manis.
Sesungguhnya pintu taubat yang masih terbuka luas itu peluang. Untuk melangkah ke dalam dakapan rahmat Allah atau masih berselimut gebar jahiliyyah, kitalah yang memilihnya.
Wallahu a’lam.
Saat dia hadir dalam hidupku , aku sempat berpikir (dan juga berharap)…. mungkin dia itu …. someone …. to be with them till jannah .., n … Saat berpisah dengannya …. aku berpikir … mungkin dia itu …. someone … to learn from them ….. Banyak hal yang bisa dijadikan pelajaran pada saat-saat pertemuan maupun perpisahan dengannya …..
Yes
…I agree with u.. :)
Berpisah dengan seseorang itu bukan berarti segalanya berakhir …, adakalanya perpisahan itu bisa menjadi jalan keluar …, mungkin saja setelah itu akan ada kesempatan untuk menemukan jalan lain yang lebih baik bagi masing-masing …
boleh tak nak share gmbr tu
boleh sahaja =)
Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. amin :) trima kasih
=)
susah untuk menerima perpisahan..cuba ambil masa dekatkan diri ng Allah.. dan akhirnya, kita akan mampu tersenyum dan redha :’)
Benar, redha itu melegakan.. =)
saya ingin berpisah dgn dia kerana:
(1) dia suami orang
(2) saya rasa saya da jumpa org yg telah ditetapkan utk saya
saya sayangkan #(1), jadi saya tak ingin berpisah dgn cara yang tak baik kerana dia sangat baik terhadap saya.. saya tak sanggup dia merasa pedih yang pernah saya rasakan selama menumpang kasih sayang suami orang..
saya mohon andainya ada kawan2 di sini yang boleh share kan apa2 doa atau ayat quran yang bole saya baca agar dia dapat secara perlahan-lahan melupakan saya (tanpa dia sedar).. saya pernah buat solat hajat utk kebahagiaan dia dgn isterinya dan agar dia tidak jatuh cinta lagi dgn yang lain.. begitu juga setiap selepas solat saya doakan agar hatinya melupakan saya dan hanya ‘melihat’ isterinya sahaja..
As Salam.. mohonlah kepada Allah supaya dipermudahkan & dirungkaikan masalah ini. Lebih baik berterus terang.. Insyaallah..
telah berterus terang.. kedua-dua kami sangat pedih..
tidak mampu menukar hakikat kepada abang dan adik atau hanya sebagai kawan..
kami totally loss each other
Ya Allah.. kuatkanlah hati kami dalam menempuh ujian Mu ini..
#terima kasih atas perkongsian artikel ini yang sedikit sebanyak dapat memberikan saya kekuatan..
Tabahkan hati.. semoga Allah tunjukkan hikmah dan ketenangan hati kepada awk.. =)
hargai setiap pertemuan dan perpisahan…kerana Allah lebih tahu yg terbaik untuk hambaNya..
benar.. =)
Allah mengetahui setiap jln hambanya…
setuju sangat dengan artikel ini..Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNya.
mohon share yea? :)
boleh. silakan =)
sangat bagus artikel ini dan memang memberi kesan yang mendalam dlm setiap ayat dan artikel….:)
semoga dapat mengubat dan memperkuatkan hati =)
berpisah itu sentiasa lebih baik. sungguh.
berpisah ketika cinta, kerana Tuhan nak temukan kita dengan cinta yang lebih baik.
berpisah kerana kematian, Tuhan nak kita tahu hidup ini tak kekal.
berpisah dengan harta, Tuhan nak kita tahu segalanya cuma pinjaman.
berpisah itu sentiasa lebih baik, andai kita redha dan percaya dengan takdir-Nya :)
Ya benar tu syukri.. Segalanya milik Allah, tiada satu pun milik kita.. =)