Jangan Bersedih Jika Putus Kasih, Kerana Ia Akan Menambah Kesakitan.

jangan bersedih
jangan bersedih

Anda putus kasih? Jangan bersedih

Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.

Pada permulaanya memang menyakitkan.

Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.

Memang sakit dan pedih.

Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek.

Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang.

Dan memang terbukti.

Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin.

Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati saya sangat tenang dan damai.

Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya. Meraka menasihati saya supaya perbanyakkan solat istikarah, dan saya cuba melakukannya.

Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat.

Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.

Saya tidak lagi mengharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya.

Saya bersyukur sangat2. Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya.

Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga. Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita. Apabila terfikir begitu saya mula insaf.

Saya telah melanggar batas-batas tersebut. Saya tidak sepatutnya terlibat.

Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya.

Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta. Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.

Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri.

Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu cinta Ilahi.

Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita.

Seperti kisah yang pernah saya share sebelum ini iaitu kisah Fatimah Az-Zahrah dan Ali RA, mereka percaya dan yakin dengan jodoh yang Allah SWT tentukan, kita juga perlu begitu.

Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah SWT.

Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung.

Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.

Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya.

Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.

Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita. Jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan :)

 Semoga bermanfaat.

 Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb.

.

**Artikel ini adalah sumbangan sahabat kita, Jue 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

58 thoughts on “Jangan Bersedih Jika Putus Kasih, Kerana Ia Akan Menambah Kesakitan.”

  1. game of love

    para para wanita sekalian, pertama inginku tegaskan di sini cinta itu adalah tidak wujud, kedua lelaki memang tak guna kuat curang. jadi berbaloi menangis untuk kaum adam yg tidak ikhlas untuk anda. hampir kesemua lelaki mendekati golongan wanita untuk berniat jahat lakukan seks, selepas mendapat seks yg dia mahukan maka dia nak carikan wanita lain untuk benda yg sama, jadi cuba dapatkan kenal pasti motifnya kali pertama dia cuba nak dekati kamu untuk seks atau cinta, berbaloi ke kamu menangis untuk laki yg cuma mahukan hubungan seks tapi bukan ikhlas mencintaimu. katakan saja blah…. pada awal perhubungan…. jika dia benar benar mencintaimu maka kamu akan nampak keikhlasanya pada akhirnya. Allah pun menguji umatnya, ini pula kes cinta, tanpa ujian semuanya tak ke mana mana, nyata cinta pandai tawar dan hilang akhirnya anda akan dapati kebenaranya all the way for nothing. thanksy laa veery mucshi.

    Reply
  2. Ya Allah sakit sangat bila die tinggalkan ak. (ak lelaki) . dah 3 tahun lebih kite bersama, skrg kau buat aku mcm ni. kau berubah pelan2. lama2 kau buang perasaan syg ni mcm tu je. kau layan aku mcm sampah,hina sgt ke aku ni. ape yg selama ni ak berkorban untuk kau semua kau xnampak.mcm2 ak cuba untuk bahagiakan kau.tpi ini yang kau balas.sumpah sakit. hari2 aku menangis.ak x kuat sgt.sikit pun kau x kesian kat ak.ak xtau kt mana kau simpan kenangan2 kite selama 3 tahun ni.. takpelah insyaAllah ak akan redha dgn apa yg berlaku ni..mungkin ade hikmah die. pape pun ak doakan kau bahagia lepas ni. #tragedijanuari2017

    “mula-mula kau akan terima kekurangan aku, makin lama kau akan reka suatu ayat untuk kau tinggal aku perlahan-lahan”

    Reply
  3. jodoh memang sudah ditentukan tapi kita perlu berusaha mencari,berdoa.jangan berdoa saja tanpa berusaha.

    Reply
  4. dua hari lepas.. kekasih saya meninggal dunia. mlm sebelum arwah mninggal dia smpat msg saya. Lps tu tak lagi. Saya tak tahu apa lagi nak buat slain baca yassin, al fatihah dn doa agar dosa dia diampunkan. apa yg patut saya buat sis.. rsa sedih saya ada lagi. Dgr apa apa lagu pun tk boleh, makan mmg tk lalu, demam pulak, saya letak sayang saya dkt dia melebihi had ke? Buka phone asyik berharap utk yg dh takde. Tengok msg ulang kali walaupun saya tahu dia tkkan reply saya. apa lagi yg patut saya buat sis utk henti rasa sedih ni? terima kasih…

    Reply
  5. Assalam, aku pernah bercinta dgn suami org, setahun lebih, tp dlm diam, tanpa pengetahuan isterinya.percintaan hanya di pejabat, diluar pejabat totally off, tanpa ada apa2 hubungan melalui telefon atau sms..tp 1 hari terkantoi mesej di mlm hari.. si isteri mengamuk, habis semua bukti dicungkil..panggilan telefon dan sms diambil dr maxis center..aku yg termakan kata2 manis lelaki..katanya isterinya pasti terimaku sbg yg ke2, asalkan kena caranya..walhal si lelaki dikawal habis si isteri bila dirumah, mahu keluar pun mesti berteman.. keadaan makin teruk, si isteri tidak mahu bermadu dan memaksa si suami bertaklik, jika suami ada hubungan, talak jatuh….dan akhirnya lelaki ini perlu memutuskan hubungan dgn ku.. aku kecewa teramat sgt, sbb aku masih sygkan dia, dan aku yakin dia masih sygkan aku, tp xboleh utk teruskan kerana taklik berjalan.. apa yg aku dpt, hanya kesedihan.. semoga Allah tgkan kepada aku, lelaki yg mencintai Mu ya Allah, yg ikhlas terhadap ku, yg mampu mendidik aku menjadi isteri solehah.. aku tidak kisah jodoh ku berpoligami, tp biarlah dlm keredhaan semua org..

    Reply
  6. Sedih iya. Sakit iya. Perihhh malah.
    Tp stlh baca2 ttg ini, jd lbh kuat dan sadar, krn
    ” Tidak Ada Suatu Apapun yang Kebetulan di Dunia Ini,
    Segalanya Telah Diatur Oleh Yang Maha Kuasa”.
    Allah putuskan cinta kita pdnya karena Allah ingin kita lbh dekat & lbh cintaNya.

    Sabar, Shalat, ikhlas, byk2 istiqhfar, benahi diri, do’a & pasrah pd Allah, sptnya itu yg perlu kita lakukan kini & diharapkanNya.

    Dan tanamkan keyakinan bhw janji Allah itu pasti.
    InsyaAllah Allah berikan yg trbaik buat kita smua dr kjadian ini & berikan kita kbaikan dunia akhirat.
    Aamiin….

    Reply
  7. Ramainya komen kata baru putus.
    ermmm…
    saya bercinta pun tak pernah… tak tahu putus tu apa.
    umur dah 30 tahun dah. tak tahu apa itu cinta, jauh sekali nak paham putus tu apa.
    baca rasanya mcm sakit jee
    ermmmm…

    Reply
      • saya lelaki..jgn anggap semua lelaki mcm tu..sy dikecewakan oleh wanita..curang pada saya..kerana mengejar harta benda..kami lelaki sakit juga mcm anda..kami menangis juga..saya sendiri pun rasa mcm tu..xtentu arah..hilang kawalan..tp sy bersyukur..allah msih syg pada saya..dia na saya kembali padanya..walaupun masih berbaki dlm hati utk wanita tu..sy hanya mampu berdoa :)

        Reply
        • Lelaki atau perempuan itu sebenarnya atas diri Dan kesetiaan masing2.. Berada di ambang prtunangan yang seakan dihujung tanduk membuat Saya sedar seberapa besar kita mahu stay dalam hubungan tetapi kalau Allah cakap ianya sulit..ia tetap sulit walau puas dirayu. Moga kita semua ditemukan dgn yg benar2 jodoh kita.

          Reply
  8. Jangan biarkan diri kita hancur, hanya karena seseorang yang tidak bisa lagi untuk bersama-sama kita lagi …
    Perjalanan hidp inipun hars terus berlanjut ….
    dengan atau tanpa seseorang di sisi kita …

    Reply
  9. berapa lame mase yg diambil utk tnangkan diri slepas putus??? disaat sy mendapatkan ktenangan..si dye mncul kmbli mnyakitkan hati dan dpt tahu dye dh bkasih dgn org lain.. hanya ALLAH tmpt sy mngadu..tp dye trus2 mnyakitkan hati sy.. hebat snggh ujian allah…

    Reply
  10. sy juga begitu.. setiap hari.. lps solat isyak.. sy akan membaca yasin. dan sedekahkannya pd nabi muhammad saw dan insan2 yang saya syangi yg telah pergi.. hati saya tenang.. sgt.. bersyukur kerna Allah beri petunjuk pd sy.. Alhamduliliah

    Reply
  11. sy pernah rasa benda yg sama..lepas solat baca surah dhuha,letak kat dada..doa moga Allah bantu kita melupakan seseorang..sy tak sakit dah.Alhamdulillah, Allah selalu ada,bersyukur dgn perpisahan..moga Allah hadirkan yg lebih baik,yg halal..InsyaAllah.

    Reply
    • Yana mcm brp lama awk ambil masa utk melupakan dia..sy smpai harini selalu teringat2..mcm mana sy nk kuat..mcm mana sy nk lupakan dia..hmm sedih

      Reply
      • Saya lagi teruk….bekawan dh hampir setahun 6 bln…akhir nya lukai hati saya dgn hadir nya cinta lain dlm hidup sidia.. tak ngaku tapi sata dapat rasa..sb..skrg dia berubah sngt.wassap x lg mcm dulu..call lagi la..ada masalah baru nk cari…saya call x boleh…takut kantoi…tunggu doa call..x nk di ganggu …salah kn diri saya dlm semua hal x dgr kata nya…kaki pukul dan maki hamun…saya x kisah klu dia x nk terus kn…saya boleh terima..tp.dia cuba permain kn saya..sampai bila

        Reply
  12. ALLAHUAKBAR.. Saat saya nk mnduduki final exam…tuhan menduga saya..org yang saya syg..meninggalkan sy disebabkan masalh kecil..
    Saya percaya Allah akan mghntr seorang insan bernama lelaki yang jauh lebih sempurna & biar cinta kami bersatu kerana cinta kami kepadaMU yg satu..
    artikel dlm blog ni sgt membntu sy
    trima kasih:)

    Reply
  13. Artikel ini amat membantu membangkitkan semangat aku yang hampir hilang. Aku sangat percaya, ubat segala kedukaan, kesedihan dan patah hati ialah membaca yasin, bersolat dan berzikir. Pada mulanya aku hilang arah dan tujuan bila diberi dugaan yang amat berat, tapi kini aku menjadi amat tenang dan damai setelah bertemu kekasih hati yang aku rasa dialah yang akan mengubati segala kedukaan ini. Aku temui Dia di setiap solatku, di setiap aktivitiku, dalam setiap tutur kataku dan kini Dia lah dihati. Kepada yang senasib denganku, janganlah segan untuk muhasabah diri dan jangan takut mengaku akan kesilapan diri. Allah sentiasa bersama kita.

    Reply
  14. trlalu bnyk kngan. dlm sekelip mata kau brubh kerna ak sudh mula brhijab. trme ksh insan yg brnma lelaki krna mngajar ak erti bnci. trme ksh jgk krna mngajar ak utk lbh dktkn diri kpd ilahi. dan kini hatiku bnr2 trtutup utk lelaki.

    Reply
    • Masa akan menyembuhkan.. Insyaallah awak jumpa hikmahnya, dan ditemukan dengan jodoh yg terbaik buat awak..

      Reply
  15. salam.. namun bolehkah sy berterusan berdoa kpd allah supaya hubungan kami yg terputus ini dpt disatukan dgn ikatan perkahwinan?.. Ini kerana sy masih mgharap.

    Reply
    • sy pun dahulu.. selalu mendoakan agar hubungan kami bertaut kembali.. tp sejak kebelakangan ini sy selalu mendoakan agar.. dia n saya dapat di pertemukan jodoh yg terbaik.. :) Allah kan ada. Dia sentiasa ada..

      Reply

Leave a Comment