Istikharah Yang Menyebabkan Hati Semakin Keliru

istikharah
Istikharah yang mengelirukan | Listen To God by SavedArt

Istikharah.

Popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta.

Perkara yang menggeletek jiwa saya pula adalah istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.

Sedangkan istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata.

Bukan ‘alat pencari jodoh’.

Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.

Solat Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.

Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.

Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.

Mengapa saya nyatakan demikian?

Apabila Istikharah Menjadi Satu Fitnah

Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, istikharah juga mampu manjadi satu fitnah. Bagaimana?

Saya berikan beberapa situasi yang popular.


Contoh 1

Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan.

Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang.

Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.

Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.


Contoh 2

Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri.

Akhirnya, dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan.

Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu.

Namun, Fulanah binti Fulan menolak.

Bagaimanapun, Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama, berdalilkan istikharahnya.

Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.


Contoh 3

Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan.

Bagaimanapun, Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya.

Pada masa yang sama, datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya.

Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua, semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.

Walaupun dia sedar dia tidak mampu mencapai, mendekati, dan mendapatkan Fulan bin Fulan yang dilihat dalam istikharahnya itu.


Ya. Ini beberapa situasi. Serabu bukan?

Hati jadi semakin keliru, jiwa jadi serabut, dan kalbu rasa kontang.

Bukankah istikarah itu meyakinkan? Jadi mengapa boleh jadi begini.

 

Kita Lupa kepada Satu Perkara Lagi, Istisyarah

Istisyarah.

Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain.

Sebagai contoh, ibu bapa.

Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi.

Dalam konteks kita sekarang, situasi mahu memilih pasangan.

Ramai yang meninggalkan perkara ini.

Ini adalah antara sebab mengapa istikharah menjadi perkara yang kemudian menyerabutkan jiwa. Hal ini kerana akhirnya, kita menganggap istikharah itu memang ‘alat pencari jodoh’.

Sebenarnya dari mana kita yakin istikharah itu datang dalam bentuk mimpi dan tanda-tanda ajaib? Sebagai contoh kita dapat lihat wajah seseorang di langit.

Di celah-celah kepercayaan seperti ini, syaitan menyusup dan menyuntik was-was serta keraguan, dan kekeliruan.

Oleh sebab itu, mimpi hakikatnya tidak menjadi dalil. Petanda-petanda ‘ajaib’ itu, bukan dalil. Jawapan kepada orang yang beristikharah itu tidak semestinya adalah mimpi dan petanda-petanda yang muncul.

Kadangkala, kita yang sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Walau apa pun yang kita nampak, kita sebenarnya ‘lihat’ apa yang kita mahu. Dari situ, kita keliru dan kemudian sibuk menyatakan “inilah dia petunjuk daripada Tuhan!”

Kita lupa bermesyuarat dulu dengan keluarga. Sepatutnya kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan. Dari situ kita menilai dan menimbang.

Sekiranya sudah nampak yang mana pilihan terbaik, maka istikharah tidak diperlukan. Jikalau kita rasa tidak yakin, baru kita lakukan istikharah.

Apabila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, lakukan lagi untuk kali yang kedua dan ketiga.

Kemudian tetapkan hati dan buat pilihan!

Rasulullah tidak melakukan istikharah dalam beberapa situasi penting.

Hal ini kerana nabi sudah yakin pilihan itu tepat.

Contohnya dalam peperangan Badar apabila Rasulullah mahu memilih kawasan yang jauh daripada mata air.

Para sahabat pula mencadangkan supaya dipilih tempat yang dekat dengan mata air.

Selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem berdekatan dengan mata air, Rasulullah terus menerima cadangan sahabat itu relevan dan jauh lebih baik daripada cadangan yang pertama tadi.

Ketika peperangan Khandaq pula, apabila Salman Al-Farisi mencadangkan menggali parit, Rasulullah menerimanya tanpa beristikharah.

Ini kerana cadangan itu memang adalah yang terbaik dalam pertimbangan.

Hadis berkenaan istikharah pun tidak menunjukkan kewajipan dalam melaksanakannya

Jabir bin Abdullah menyatakan;

Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada al-Quran. Rasulullah menyatakan. “Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.

Hadis ini direkodkan daripada Bukhari

Hadis ini hadis umum.

Tidak disebutkan hukum wajib melakukan istikharah.

Ini terbukti, apabila Rasulullah sendiri, tidak pula melakukan istikharah dalam beberapa hal.

Kemudian, tidak pernah direkodkan apabila Rasulullah sudah membuat keputusan, nabi beristikharah lagi.

Justeru, orang yang sudah membuat keputusan, hingga sudah bertunang contohnya, maka mengapa beristikharah lagi?

Hidup lahdengan keputusan yang sudah dilakukan.

Berusaha dengan apa yang sudah berada dalam tangan.

Melainkan ketika pertunangan itu, berlaku perselisihan, ataupu sudah jelas kita dengan tunang tidak serasi, maka kita lakukan istikharah.

Jangan lakukan istikharah bagi menjadi jodoh lain.

Bagaimanapun, perlu pula istikharah bagi menentukan ‘apakah putus tunang ini baik untuk aku dan dia?’.

Begitu caranya

Semestinya istisyarah jangan ditinggalkan dalam situasi sedemikan.

Berbincang dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz, dan ustazah yang kita rapat.

Melalui Rasulullah sendiri kita belajar.

Bukan daripada orang lain.

Rasulullah manusia yang Allah paling kasih.

Tidak pula nabi meninggalkan mesyuarat bersama manusia, mengambil pandangan mereka, dan mempertimbangkannya.

Di sini Rasulullah mendidik kita. Kita perlu lakukan perkara yang Allah ajarkan kepada kita.

Dari situ, kita membuat keputusan, berdasarkan selagi keputusan itu tidak bercanggah dengan perintah-Nya.

Kita tidak meletakkan bulat-bulat yang bernama ‘takdir’ dan kepada mengangkat kepala ke langit, menanti ‘wahyu yang baru!’

istikharahArtikel ini adalah dipetik daripada buku SEBELUM AKU BERNIKAH; Berusaha Mencapai Mampu, karya penulis terkenal tanah air, HILAL ASYRAF.

Setelah membacanya, saya mensyorkan utk mendapatkan buku ini kerana ternyata banyak ilmu yang sangat bermanfaat. InsyaaAllah, buku ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh semua.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

62 thoughts on “Istikharah Yang Menyebabkan Hati Semakin Keliru”

  1. Assalamualaikun ustaz,sy ad kenal dengan seseorang lelaki ney di tempat kije,kekdang sy tak fhm kekadang die ok kekdang tak,die selalu emosi dgn sy,pastu kejap kang block sy pastu unblock,orang tmpt kije sy ckp mungkin die suka pd sy,tp aty sy mmg tk de rasa suka kat die,sy tye kawan sy,die pun suh sy wat solat istikarah,sy pun buat la lepas sy wat tu,bile sy tgk die,die tk de da nk emosi die cool je,senyum je tk de da nk emosi,pastu bile sy wt istikrah 7 kli berturut2 sy tgk die sy ase tenang je,jd suka tgk die,aty pun mula memikirkan die,sdgkn sblm ney sy tk de perasaan kt die,kekdang sy keliru dgn perasaan sy,adakah sy da suka die @ die jodoh yg telah ditetapkan oleh sy,boleh tak ustaz bg pencerahan pd sy dgn ap yg sy da rasai ney pd die???

    Reply
  2. Assalamualaikum Ustaz,Bagaimana pula Saya Buat Solat Sunat Isthikarah..Saya Dapat Mimpi Dye Bersama Perempuan Lain..Beberapa Kali Saya Mimpi Tapi Perempuan Berlainan..Tapi Hati Saya Makin Sayang,Makin Rindu Padanya..Saya Buat Isthikarah Sebab Nak Ikat Hubungan Melalui Pertunangan..Apa Patut Saya Buat..Saya keliru

    Reply
  3. Assalamualaikum ,

    saya mempunyai teman istimewa tetapi hubungan kami tidak dpt
    diteruskan lagi disebabkan perangai dia . Pada masa yg sama kawan saya perkenalkan kawan dia kepada saya yg dikenali sebagai (D). Sy sudah meminta pandangan (istisyarah) dan mereka memberikan pandangan utk memilih (D) . Adakah sy perlu membuat solat istikharah utk meminta petunjuk lagi ?

    Reply
  4. Assalamualaikum,

    Sya dan teman istimewa ada melakukan solat istikharah, sebelum kami meneruskan keputusan utk hubungan ke alam perkahwinan, namun kami mendapat petunjuk melalui mimpi berbeza. Sya bermimpi dia lah yg memegang tangan sya dan memimpin sya. Namun dia pula bermimpi memegang tangan Sya namun gengaman itu d lepaskan dan Sya berlaku pergi ke arah cahya putih.
    Apakah maksud dan apa keputusan yg perlu kami ikuti.
    terima kasih Ustaz…

    Reply
  5. Assalamualaikum ustaz , sy nk tnye sy ade 2 pilihan untk memilih pekerjaan contoh A dan pekerjaan B tp sy keliru untuk sy buat pilihan sbb saya tkt pilihan sy salah , sy dah buat solat istikharah tp perasaan sy selalu memilih untk prkjaan A malahan bile B sy rse ia menyusahkan sy tp dalam masa yg sme sy keliru . Soalan sy adekah itu petunjuk dari allah untuk sy? terima kasih ustaz

    Reply
    • Wassalam,

      Antara petunjuk istikharah adalah rasa senang hati dan dipermudahkan urusan terhadap pekerjaan itu.

      Oleh itu jika awak dah rasa begitu, maka buatlah keputusan dan tawakkallah kepada Allah agar keputusan itu baik untuk dunia dan akhirat awak.

      Reply
  6. Assalamualaikim ustaz
    Saya sudah istikharah beberapa kali, saya baru saja putus cinta. Dan saya masih simpan perasaan padanya. Setelah beberapa kali saya istikharah perasaan saya terus memikirkan dia dan ada perasaan yakin. Tapi dia tak juga beri respon yang baik terhadap saya, masih taknak berbaik dengan saya. Saya sekarang ni taktahu nak macam mana ustaz. Saya berbincang dengan emak, adik dan kawan dekat saya mereka suruh saya biar saja dia dan beri dia masa. Mohon pencerahannya ustaz. Terima kasih

    Reply
    • Wassalam.

      Ya begitulah, pandangan saya sama seperti emak.

      Walaupun hati kita berat kepadanya, walaupun kita nampak keputusan istikharah itu, tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain kalau dia tidak mahu.

      Reply
  7. Assalam. Sy nk tny pendapat bagaimana ya sy bakal dikenankan dgn seorang laki plihan org tua.mreka nsihatkan sy lakukan istikharah tp kenapa ya sy rasa berat sgt nk lakukan sblum nie klu sy runsing nk buat kputusan sy akn lakukan istikharah. Nmun kali nie mmg rsa berat sgt mmg xdiakui sy kurang stuju dgn plihan nie

    Reply
    • Wassalam,

      Kalau selepas buat istikharah beberapa kali dan hati masih berat untuk tidak setuju dengan keputusan ini, maka berterus-teranglah dengan ibu bapa.

      Selain dari istikharah, awak juga kena buat istisyarah iaitu tanyakan pendapat dan padangan orang lain.

      Reply
  8. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak penerangan ini membantu saya memahami tujuan sebenar istikharah dilakukan. Terima kasih.

    Reply
  9. Salam admin. Adakah menjadi kalau saya istikharah tapi dalam hati dah ada kecenderungan terhadap sesuatu yang kita pilih itu?

    Terima kasih.

    Reply
  10. Boleh sy dptkn pndagn dri admin, sy dulu brniaga online dh smua knl sy dpt juga pndptn sy,tpi setelah sy dh brcinta dgn seseorg ni dy dn sy msih bljr, dy sgt la titik brtkn aurat sy shgga tak bagi saya pos gambar sy di sosial media, tapi ibu sy sruh sy pos gmbr smua sbb org bleh knl kita n nak beli brg apa kita jual, tu pun mmg tips marketing, tapi dlm masa yg sama lelaki yg si cintakan tu tak suka sy brbuat demikian, dy kata wanita hruslah tndukkn pndgn, sy harus plih siapa, ibu atau dia, jelaas jelas ibu daripd seseorg yg blum halal bagi sya, tapi dia baik, dan sy taknak sakitkn hati dua dua yg sy syg, ya Allah sy buntu, tpi sy yakin ikut ibu adalh pling bgus, lgypn sy mmg mahir online bisnes, ibu pun suka, ekonomi kluarga saya pn sederhana je, kdg baju raya tak beli tu dh biasa bagi adik adik dlu smua, hmm apa pandagan admin sy buntu Allahu, byk kali nagis, mmg sy plih ibu, tpi sy sygkn lelaki tu,

    Reply
    • Wassalam,

      1) Boleh post gambar media sosial tetapi syaratnya gambar yang biasa (sekadar memperkenalkan diri kepada pembeli), bukan gambar yang mendedahkan aurat, bentuk badan atau sengaja membuat muka yang menggoda.

      2) Bukan wanita yang harus tundukkan pandangan, tetapi lelaki.

      3) Ya, sebelum kahwin awak kena taat kepada keluarga. Selepas kahwin baru taat kepada suami. Dalam hal ini, awak ambil yang menepati agama. Berniaga itu sunnah dan ia bagus untuk awak mencari pendapatan sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Tetapi saya juga percaya awak mampu menjaga diri dari post gambar yang mendedahkan aurat atau mendedahkan aib diri sendiri.

      Pada pandangan saya, adik teruskan berniaga tetapi pada masa yang sama kena pandai jaga batasan dalam mendedahkan gambar ke media sosial ya.

      Reply
      • YaAllah ya rabbi, trima kasih awk, InsyaAllah , smoga admin dlimpahkn rzeki dn sllu dprmdhkn urusan aminn (๑¯◡¯๑)

        Reply
  11. Assalamualaikum admin, saya dalam kekeliruan. Saya sudah berkawan dengan teman lelaki saya lebih lima tahun, tapi dalam tempoh itu banyak yang kurang nya dia saya terima. Terima dengan terbuka dan berusaha untuk berubah bersama sama. Banyak makan hati dan tawar hati sebab terlalu banyak benda yang saya bersabar, saya memang banyak bersabar. Nak dijadikan cerita, dia tersilap dan melakukan kesilapan. dia curangi saya dan masih saya terima tetapi sumpah saya dah tak punya rasa apa apa, even dia ajak untuk menikah pun perasaan itu tiada. kosong tanpa perasaan gembira dan teruja. Saya nak end the relationship tapi saya taktahu bagaimana caranya.Ada sesuatu yang stop saya dari buat keputusan tu. Saya takut saya sakitkan hati dia. kecikkan hati dia. kecewakan dia. Kemudian, datang nya dua lelaki lain dalam hidup saya. cuba untuk menawan hati saya kerana mereka seolah tahu apa yang jadi dalam hidup saya, saya ditipu oleh teman lelaki saya. saya keliru. bertambah keliru dengan apa yang jadi secara tiba tiba mereka hadir ingin membahagiakan saya. apa perlu saya lalukan? saya benar benar buntu. terus memafkan teman lelaki saya kerana dia ingin berubah? saya tak pasti sama ada saya akan happy atau tidak dengan dia lagi in future. perasaan itu seolah-olah kosong. kosong admin. atau saya kena belajar untuk melepaskan? berani untuk melepaskan dan percaya ketentuan Allah? saya takut dalam membuat keputusan. jujur saya keliru dan saya perlu bantuan.

    Reply
    • Wassalam,
       
      Lapangkan fikiran dan lakukan solat istikharah beberapa kali. Petunjuk istikharah ini biasanya dipermudahkan urusan dan dan hati cenderung ke arah itu.
       
      Selain itu awak boleh juga tanya pendapat dari orang yang awak percaya boleh simpan rahsia.
       
      Ringkasnya, proses membuat sesuatu pilihan tu macam ni:
       
      1) Lapangkan fikiran, tenangkan hati.
      2) Kenalpasti isu dan pilihan yang ada.
      3) Solat istikharah. Buat banyak kali pun takpe.
      3) Fikir dgn teliti dan pertimbangkan sewajarnya.
      3) Minta pendapat orang yg boleh dipercayai (musyawarah).
      4) Buat pilihan.
      5) Tawakkal dan terus berdoa agar pilihan yang dibuat itu tepat.

      Reply
  12. Sy suka kan seseorang tetapinsy tidak yakin sama ada dia suka saya atau tidak, apa perlu sy buat? Terus berdoa dan apa lg?

    Reply
    • cuba berusaha tunjukkan perassn tu gdn cara ambil berat ,, tlg diia .. tp dalam masa sama cik jaga lah juga hati sendiri dan beristikarah .. insyaallah pertolonganNya akan smpai dalam byk bentuk ..

      Reply
      • Bagaimana pula jika saya sukakan seseorang itu dan dia adalah bekas kekasih saya. Saya masih berharap kepada dia sedangkan dia mempunyai kekasih yang baru. Minta penjelasan ustaz. Buat masa ni saya masih berdoa dan menolong sedikit mempromosikan perniagaan dia.

        Reply
  13. terima kasih infonya sangat bermanfaat, ditunggu info menarik selanjutnya, jangan lupa kunjungi website kami juga di
    salam sukses selalu :)

    Reply
  14. Tumpang tanya. Saya ada ragu2 dengan jodoh saya. Saya takut untuk membuat istiharah. Saya baca artikel ini. Tapi sekarang dalam bulan ramadhan. Syaitan kena ikat. Kalau saya buat juga. Mimpi saya tu macamana?

    Reply
  15. Salam.saya sudah bertunang .tapi hubungan sya dengan sidia.takdi restui bagi pihak lelaki untuk teros kan hubungan kami kerana diri saya..sidia telah membuat solat istikrah selam 3hari dan dye memberi thu saya di sudah mendapat petunjuk dalam mimpi ye bukan saya..tapi sya enggan terima keputusan ya..saya ingin meneruskan hubungan ini walaupun solat istkrah bukan sya..bedosa kah saya kalau saya melawan takdirNya ..

    Reply
  16. pendapat saya,
    jika nk dpt petunjuk istikarah, kita perlu
    suka kan Allah
    ~tutup aurat
    ~jaga solat
    ~byk mengingati Allah
    ~jujur
    ~buang segala pengharapan kpd makhluk dan pengetahuan

    jadikan kenyakinan hya kpd Allah
    baru lah LAYAK utk dpt Petunjuk

    Reply
  17. Assalamualaikum , admin saya mau bertanya , saat ini saya menjalin hubungan dengan seseorang kurang lebih setahun , dan berniat untuk menikah , tetapi ada permasalahan nya krn saya anak tunggal sedangkan kekasih saya anak terakhir yg diminta untuk tetap tinggal bersama orang tua nya , jadi kalo nanti saya menikah dengan nya diharuskan untuk ikut dengan nya , keluarga dari saya memperbolehkan jika nanti saya ikut dengan suami , tp justru dia yg takut untuk mengatakan pada orang tuanya , takut kalo tdk di setujui orang tua nya , dan itu akan membuat saya ataupun dia yg sakit hati ,saya udah coba istikharah berkali2 tp tdk ada petunjuk apapun , yg ada saya semakin yakin dan yakin , dan semakin berat meninggalkan nya , sedangkan kekasih saya ketika istikharah selama 3 kali selalu bermimpi melihat orang tua nya menangis , maka dari itu sampai sekarang pun , dia belum bilang ke orang tua nya

    Reply
  18. Assalamualaikum, sya ingin berkongsi cerita yg baru saya alami sekarang… Saya dan bekas pasangan sya dah bersama hampir 2 tahun… Sewaktu awal perhubungan kami, saya pernah beristikarah dan bukan dia yang muncol dalam mmpi saya, tpi saya tetap teruskan bersama dia dan berdoa kepada Allah agar dialah yg menjadi jodoh saya… Sehingga bulan 9 ini, pasangan saya telah beristikarah dan bermimpi ex dia yg muncul d mmpinya, dia langsung menghubungi perempuan itu dan mengatakan hasrat untuk meminang nya tanpa memikirkan perasaan saya… Apakah yg harus saya buat setelah hal ini terjadi ? dulu saya beristikarah tapi sya tidak langsung untuk memutuskan hubungan, sebab sya takut untuk melukakan hati pasangan sya, tpi mengapa saat dia membuat solat istikarah dia tidak langsung memikirkan perasaan sya.

    Reply
  19. Wazifa For Hajat in 3 Days in Urdu ,” Dua to acquire somebody back that you experienced traverse the Miya khan ji. He gives you the best administration with this world. yaallah help me

    Reply

Leave a Comment