
Istikharah.
Popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta.
Perkara yang menggeletek jiwa saya pula adalah istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata.
Bukan ‘alat pencari jodoh’.
Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.
Solat Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.
Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.
Mengapa saya nyatakan demikian?
Apabila Istikharah Menjadi Satu Fitnah
Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, istikharah juga mampu manjadi satu fitnah. Bagaimana?
Saya berikan beberapa situasi yang popular.
Contoh 1
Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan.
Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang.
Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.
Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.
Contoh 2
Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri.
Akhirnya, dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan.
Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu.
Namun, Fulanah binti Fulan menolak.
Bagaimanapun, Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama, berdalilkan istikharahnya.
Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
Contoh 3
Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan.
Bagaimanapun, Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya.
Pada masa yang sama, datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya.
Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua, semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.
Walaupun dia sedar dia tidak mampu mencapai, mendekati, dan mendapatkan Fulan bin Fulan yang dilihat dalam istikharahnya itu.
Ya. Ini beberapa situasi. Serabu bukan?
Hati jadi semakin keliru, jiwa jadi serabut, dan kalbu rasa kontang.
Bukankah istikarah itu meyakinkan? Jadi mengapa boleh jadi begini.
Kita Lupa kepada Satu Perkara Lagi, Istisyarah
Istisyarah.
Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain.
Sebagai contoh, ibu bapa.
Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi.
Dalam konteks kita sekarang, situasi mahu memilih pasangan.
Ramai yang meninggalkan perkara ini.
Ini adalah antara sebab mengapa istikharah menjadi perkara yang kemudian menyerabutkan jiwa. Hal ini kerana akhirnya, kita menganggap istikharah itu memang ‘alat pencari jodoh’.
Sebenarnya dari mana kita yakin istikharah itu datang dalam bentuk mimpi dan tanda-tanda ajaib? Sebagai contoh kita dapat lihat wajah seseorang di langit.
Di celah-celah kepercayaan seperti ini, syaitan menyusup dan menyuntik was-was serta keraguan, dan kekeliruan.
Oleh sebab itu, mimpi hakikatnya tidak menjadi dalil. Petanda-petanda ‘ajaib’ itu, bukan dalil. Jawapan kepada orang yang beristikharah itu tidak semestinya adalah mimpi dan petanda-petanda yang muncul.
Kadangkala, kita yang sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Walau apa pun yang kita nampak, kita sebenarnya ‘lihat’ apa yang kita mahu. Dari situ, kita keliru dan kemudian sibuk menyatakan “inilah dia petunjuk daripada Tuhan!”
Kita lupa bermesyuarat dulu dengan keluarga. Sepatutnya kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan. Dari situ kita menilai dan menimbang.
Sekiranya sudah nampak yang mana pilihan terbaik, maka istikharah tidak diperlukan. Jikalau kita rasa tidak yakin, baru kita lakukan istikharah.
Apabila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, lakukan lagi untuk kali yang kedua dan ketiga.
Kemudian tetapkan hati dan buat pilihan!
Rasulullah tidak melakukan istikharah dalam beberapa situasi penting.
Hal ini kerana nabi sudah yakin pilihan itu tepat.
Contohnya dalam peperangan Badar apabila Rasulullah mahu memilih kawasan yang jauh daripada mata air.
Para sahabat pula mencadangkan supaya dipilih tempat yang dekat dengan mata air.
Selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem berdekatan dengan mata air, Rasulullah terus menerima cadangan sahabat itu relevan dan jauh lebih baik daripada cadangan yang pertama tadi.
Ketika peperangan Khandaq pula, apabila Salman Al-Farisi mencadangkan menggali parit, Rasulullah menerimanya tanpa beristikharah.
Ini kerana cadangan itu memang adalah yang terbaik dalam pertimbangan.
Hadis berkenaan istikharah pun tidak menunjukkan kewajipan dalam melaksanakannya
Jabir bin Abdullah menyatakan;
Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada al-Quran. Rasulullah menyatakan. “Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.
Hadis ini direkodkan daripada Bukhari
Hadis ini hadis umum.
Tidak disebutkan hukum wajib melakukan istikharah.
Ini terbukti, apabila Rasulullah sendiri, tidak pula melakukan istikharah dalam beberapa hal.
Kemudian, tidak pernah direkodkan apabila Rasulullah sudah membuat keputusan, nabi beristikharah lagi.
Justeru, orang yang sudah membuat keputusan, hingga sudah bertunang contohnya, maka mengapa beristikharah lagi?
Hidup lahdengan keputusan yang sudah dilakukan.
Berusaha dengan apa yang sudah berada dalam tangan.
Melainkan ketika pertunangan itu, berlaku perselisihan, ataupu sudah jelas kita dengan tunang tidak serasi, maka kita lakukan istikharah.
Jangan lakukan istikharah bagi menjadi jodoh lain.
Bagaimanapun, perlu pula istikharah bagi menentukan ‘apakah putus tunang ini baik untuk aku dan dia?’.
Begitu caranya
Semestinya istisyarah jangan ditinggalkan dalam situasi sedemikan.
Berbincang dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz, dan ustazah yang kita rapat.
Melalui Rasulullah sendiri kita belajar.
Bukan daripada orang lain.
Rasulullah manusia yang Allah paling kasih.
Tidak pula nabi meninggalkan mesyuarat bersama manusia, mengambil pandangan mereka, dan mempertimbangkannya.
Di sini Rasulullah mendidik kita. Kita perlu lakukan perkara yang Allah ajarkan kepada kita.
Dari situ, kita membuat keputusan, berdasarkan selagi keputusan itu tidak bercanggah dengan perintah-Nya.
Kita tidak meletakkan bulat-bulat yang bernama ‘takdir’ dan kepada mengangkat kepala ke langit, menanti ‘wahyu yang baru!’
Artikel ini adalah dipetik daripada buku SEBELUM AKU BERNIKAH; Berusaha Mencapai Mampu, karya penulis terkenal tanah air, HILAL ASYRAF.
Setelah membacanya, saya mensyorkan utk mendapatkan buku ini kerana ternyata banyak ilmu yang sangat bermanfaat. InsyaaAllah, buku ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh semua.
Assalamu’alaikum
Saya mau tanya? Saya punya kekasih dan kami rencana akan melangsungkan tunangan tetapi ada satu hal yang membuat saya bingung keluarga kekasih saya memakai hitungan jawa dan kami di itung gk cocok tapi kami udah saling sayang saling percaya tetapi orang tua kekasih saya tidak bisa menerima saya karena permasalahan itu
Dan saya sudah melakukan sholat istikhara tetapi masih belum ada petunjuk
Apa yang harus saya lakukan?
Assalammualaikum..saya ingin bertanyakan pendapat..saya dlm proses ingin menuntut fasakh..ada Kah perlu saya lakukan solat istiqarah lagi??SBB saya sudah berbincang Dan bertanya pendapat bnyk pihak..Dan data lebih cenderung pada pilihan utk menuntut fasakh..
Assalam,sy nk tnye.. Sy n kekasih lain agama.. Kite owg bkwn 3thn.. Bercinta baru 3 bln.. Bolehkah sy solat isthikarah tntng mslh ni.? Sy thu die kne peluk islam kalau hendak bekhwin dgn sy.. Tp sy tkot dgn cabaran yang akan dtg
Saya dan bekas kekasih telah buat solat istikharah, saya tak dapat petunjuk dan dia dapat. Tapi dalam mimpinya wanita lain yang muncul. Walaupun saya tahu bukan saya wanita dalam mimpinya, saya selalu buat solat hajat agar jodohnya dipertemukan dgn saya, dan jika sebaliknya saya mohon agar Allah relakan hati saya atas ketentuannya. Saya ingin bertanya adakah berdosa sekiranya saya solat hajat untuk berjodoh denganya sedangkan saya tahu bukan saya wanita dalam mimpinya. Adakah saya dianggap sebagai melawan takdir Allah dengan melakukan doa yang seolah2 memaksa Allah untuk menentukan jodoh saya? Tapi ne adalah usaha saya selagi tidak dipertemukan dgn org yg tepat dan dalam masa yg sama saya
tetap minta Allah merelakan hati saya sekiranya dia bukan ditakdirkan untuk saya. Terima kasih
assalamualaikum admit… saya ada soalan…
sya dah lama kenal dengan pasangan sya ni sudah hampir 4 tahun.. dan sudah merancang untuk bertunang .. tapi. masalahnya sekrang perkra yang dirancang sudah hampir 3 kali.. tapi tidak menjadi… selain itu…sya rsa kluarga belah lelaki seakan berat menerima saya. dan sekrang sya ada seorang kenalan ( berstatus duda anak seorng) . dia mahu menjadikan sya isteriya.. saya telah melakukan istkihrah sebnyk 3 kali berturut-turut.. tapi msih belom mendapat petunjuk.. sekrng saya buntu.. mohon penjelasan.. apa yg perlu sya lakukan.
Saya ada jual buku tu “sebelum aku bernikah”. Dan byk lg buku2 dari Hilal Asyraf. Boleh order melalui sy puan utin 0179841541. Terima kasih.
asalam.. nak tanya pendapat.. jika sy kerap bermimpi kwn prempuan yg sama byk kali.. tpi die bermimpi org lain yh skrg dah jd bf die.. sya suka dan selesa berkawan dgan die..penah jumpa sekali due tp xpnah klua date. Cuma berhubung wasup n fb.. adakah tu jodoh saya @ sekadar mainan mimpi
assalamualaikum
saya nak minta pendapat admin atas masalh yg sy hadapi ni.. bf saya baru je bertunang dgn gadis pilihan kluarga dan semenjak itu kami jarang berhubung memandangkan bf saya ingin menjarakkan hbgn kami kerana dia bakal melangsungkan perkahwinan dgn gadis pilihan keluarganya.dia sangat sedih dan berharap dengan menjarakkan hbgn kami saya mudah melupakannya dan dpt mcri penggantinya saya berasa sgt sedih dan telah melakukan solat istikarah beberapa kalii .. semenjak saya melakukan istikarah saya smkin rindu padanya . saya yakin dia adalah jodoh saya .tetapi adakalanya sy berasa kurg yakin dia adalah jodoh sya kerana sgt mustahil utk kami bersatu . adakah perasaan merindu yg smkin kuat itu satu petanda atau sekadar emosi ?
Saya ada kemusykilan…mohon untuk bantu saya…saya telah buat istikharah banyak kali…sehinggakan satu hari saya berjumpa dengan seorang hamba allah ni …dia berdepan dengan saya dan menyatakan yang dia nak menikahi saya….perlukah saya terima tanpa was-was dan meneruskan untuk menikahi hamba allah ni sedangkan baru beberapa kali jumpa…….bantu saya..
mohon share yah admin,,, skrg baru sya fhm tujuan sbnr isitkharah yg bnyk d salah ertikan.. TQ admin.
Assalam admin,
saya nak tya pendapat admin, saya ada wt istikrah dan sy mimpi banyak kali si dia dalam mimpi saya..masa itu, kami langsung xcontact…si dia pn sudah buat istikarah tapi dia ckp dia dapat kekuatan utk menyatakan keputusan putus ini…sedang masa itu, kami still contact…adakah keputusan yang si dia buat itu mempengaruhi keadaan (contact) ini?? apakah maksud mimpi saya itu??bole admin terangkn?? adakah perlu saya suruh mak ayh saya buat istikarah juga??
Assalamualaikum admin.
Terima kasih diatas perkongsian artikel tersebut. Sy ada beberapa persoalan yg ingin diajukan.
Sy pernah berkawan dgn seorang lelaki dan selepas 4 tahun kami berpisah (tapi tetap contact antara satu sama lain). Kemudian dia melamar sy, sy tolak kerana dah tawar hati. Dia kemudiannya membuat istikharah spt yg sy sarankan tp selepas membuat 3 kali berturut2 masih tak dapat petunjuk, malah sy yg bermimpi kami bahagia (2 kali berturut2). Pd masa yg sama sy diarahkan oleh bos untuk transfer samada ke Penang / Seremban dan kebetulan dia berada di Penang. Sy takut untuk membuat keputusan dan mohon pencerahan dari admin berkaitan persoalan sy ini. Wasalam.
Assalamualaikum.. nk minta izin admin utk share kt wall fb saya.
Syukran =)
Assalamualaikum, saya nak tanya. Dalam artikel di atas ada menyebut kalau dah tetap dengan satu keputusan maka tak perlu lakukan istikharah. Jadi tak salahkan jika seseorang telah menetapkan pilihan hatinya, dan meneruskan hasrat itu tanpa melakukan solat istikharah? Betul tak apa yang saya faham, istikharah hanya dilakukan apabila perlu membuat pilihan. Tetapi kalau pilihan sudah ada, maka tak perlu dilakukan solat istikharah. Terima kasih.
As Salam,
Ya benar. Istikharah adalah apabila kita tidak pasti dengan pilihan hati kita.
Jikalau sudah pasti, maka teruskanlah dengan pilihan itu.
:)
Aslmkm admin,
situasi yg sy alami adlh spt situasi 1 tersebut, cme blom lg smpi thp bertunang, tp hub kami mmg da lme dlm 2thn setengah..kemudian dia ad wt istikharah n mimpi berkawen dgn prmpuan lain..tiba2 xlme kemudian die dipinang oleh prmpn y die xknl..dlm sesi perkenalan tersebut, die ckp byk ptnde ad pd prmpn tu..jd skrg nh admin, sy mohon pndpt..
-yg mne die harus pilih, dgn prmpn yg die da knl lme n masing2 da jme dgn family, cme tggu ke arh hub yg lebih halal atau prmpn yg tiba2 pinang die n die dpt rse byk ptnde pd prmpn tu (dr istikharah die)..
mohon pencerahan n pndpt admin..sekian..
Wassalam.
InsyaaAllah kalau si lelaki tersebut telah menetapkan pilihannya, dia tidak akan melihat pilihan lain lagi,
Dalam soal ini (merujuk kepada masalah2 yang pernah pembaca adukan kepada saya), saya lihat seperti dia mempergunakan alasan ‘termimpi petunjuk’ untuk memutuskan hubungan.
Mohon izin share dkt wall FB saya ya
Saya dahulukan dengan ucapan Terima kasih
(^_^)
Ya silakan jika bermanfaat ya =)
Assalamualaikum w.b.t
Masha Allah jazakallah khairan kathiira diatas ilmu yang telah Allah hantarkan melalui anda. sangat2 kurang tahu tentang hal istikharah&istisyarah sebelum ini dan kebetulan sedang mencari bahan rujukan tentangnya beberapa hari ini & kemudian Alhamdulillah terbaca artikel ini. Syukran Syukran.
-Brunei
Afwan.. semoga bermaanfaat kepada semua pembaca aku islam =)
salam akhi..syukran atas pesanan di atas..terlalu byak pengajaran yg blh diambil….alhamdulillah…ana sendiri mengalami mslh berkenaan dgn istikharah…(seperti contoh 1)..namun bertanya akan pendapat dari orang yg lbih arif mampu mmbantu kite membuka jalan…ketentuan Allah itu adil..tidak pernah menzalimi kite selaku hamba…dgn itu ucap alhamdulillah hatta ujian itu berat skli pon…lapangkan dada dan bertawakkal sepenuhnya pada Yang Esa..Allahumma yusahhil umruna…aminn…syukran :)
Ya benar. Segala jalan cerita hidup kita yang dituliskan oleh Allah semuanya ada ibrah dan baik untuk kita semua =)
Suatu kupasan dan artikel yang cukup menarik.
Istikarah ini sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Bukan hanya perkahwinan sahaja. :)
Ya betul. Orang kita sahaja yang menyempitkan istikharah itu untuk mencari jodoh semata-mata =)
Assalam. Saya nk tnye pndpat.. mcm mana pula sekiranya kita sudah membuat istikharah dan sudah mendapat petunjuk dan dialah orang nye. Tetapi dlm masa yg same seseorang itu hak org lain. Mksd nye sudah memiliki pasangan nye sndri. Apa pula yg di katakan doa tanpa usaha itu?
As salam,
Seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas, Istikharah itu tidak semestinya jawapan yang mutlak. Apa sebab awak boleh katakan dialah orangnya? Mungkin perasaan awak yang sememangnya suka kepada dia menyebabkan awak berkata dialah “jodoh” yang Allah pilih.
Oleh jangan lupa juga kepada istisyarah, iaitu bertanya pendapat kepada orang yang lebih tua dan rapat, bincang dan nilaikan pilihan yang terbaik. Istikarah tu bila sudah ada pilihan yang terbaik tetapi kurang yakin..
Jika dia sudah berpunya, mungkin dia bukanlah lagi pilihan yang terbaik buat awak =)