Sediakan Hati yang Tabah Seteguh Kaabah

cinta sejati
Cinta sejati

“Mengapa muram?” ku betulkan kerusi disebelah rakanku yang khayalnya menembusi dinding bilik kuliah

“Kenapa semua tak macam yang aku mahu ?” balas rakanku, Ariani, yang berkulit putih gebu. Nampak kemurungan diwajahnya.

“Apa yang kau mahu? Kesempurnaan dalam hidup?”

“Aku ingin kebahagian seperti dalam anganku, tapi dalam sekelip mata bertukar jadi mimpi ngeri” matanya semakin kuyu. Dia termenung jauh.

“Tapi angan itu kan hanya khayalan yang tiada kepastian, jadi mengapa berharap? Ya memang ramai yang melihat sesuatu keindahan dengan angan-angan namun ingatlah..keindahan bukan bermakna akan bahagia.

Namun, bahagia itu ada keindahannya. Jangan jadikan angan-angan itu satu impian yang sentiasa indah, kerana kepalsuan dibalik angan-angan itu ada.

Ikatlah Allah dalam hati, kerana Allah lah Pemilik Keindahan dan Kebahagian” aku cuba menanam ketenangan dihatinya.

“Dulu aku ingat hidup ni sentiasa indah macam cerita novel. Aku lahir disambut dengan penuh kasih sayang. Tapi sekarang semuanya berubah.

Mak dan ayah aku sekelip mata becerai sebab masing-masing dah ada pilihan hidup yang lain.

Aku inginkan kebahagian. Aku nak kasih sayang. Bila aku cari kasih sayang di luar, aku ingat itulah cinta sejati itulah satu-satunya yang bakal ganti apa yang aku hilang ” Mukanya di tundukkan sedikit.

“Cinta sejati?”

“Ya cinta sejati yang membutakan mata dan hati. Dan “cinta sejati” inilah yang membuatkan aku hampir ke lembah kehinaan. Aku menyesal.” Ariani memejamkan matanya erat2, air mata mula mengalir deras di pipinya.

Aku memegang erat tangannya memberi kekuatan.

“Hati boleh berubah seperti ombak yang merubah pantai. Perjalanan kehidupan suatu misteri namun ada panduan penyuluh jalan. Jika kita mulakan suatu perjalanan dengan langkah songsang, mana mungkin kita jumpa penghujung jalan yang kita mahukan. Jika kita corakkan kain yang putih dengan warna yang hitam, mana mungkin kain itu putih seperti dulu”

“Tapi aku dah tak boleh nak patah balik ke masa lampau. Semuanya sudah tercatat dan tercalit. Aku derita sebab sifat pentingkan diri orang lain. Aku sengsara dengan pilihan jalan penyelesaian yang salah. Aku buntu!” suaranya sedikit tinggi.

“Mungkin kita sedang terkurung di dalam “cuaca derita”. Cerita cinta menjadi ceritera derita. Terang menjadi kabur, yang menyinar menjadi kusam.

Tapi bukan bermakna kita hanya menutup mata, bersunyi hati, namun bukalah hati mencari hikmah yang tersembunyi.  Jelajah setiap hikmah yang diberi, ubah cuaca diri ke kutub muhasabah.

Pasti akan terurai sejarah silam yang menjadi titik permulaan sebuah perjalanan. Terimbau kenangan yang menjadi penyesalan. Teringau keterlanjuran yang menjadi noda kehidupan masa kini. Ingat Allah Maha Pengampun dosa kita”

“Ya Allah Maha Pengampun dosa, tapi dosa tu tetap akan memberi kesan dalam hidup kita”

“Ya, itu kadangkala menjadi benteng untuk kita keluar dari lorong masa silam. Namun ingat, pengalaman lalu membentuk masa depan yang akan berlaku” aku tenang mengatur kata memberi dorongan untuknya untuk berfikir kehadapan bukan kebelakang.

“Hmm apa gunanya kita hidup kalau kita tidak dapat apa yang kita mahu dalam hidup. Banyak aku mahu, banyak yang aku idamkan, tapi yang aku dapat hanya kekecewaan dan penyesalan. Adakah ujian ni menghukum aku?”

Hidup tidak selalu indah kerana di situlah  keindahan hidup.

Jika permata yang kita cari dan gali namun kaca yang menanti kita, jangan mudah kalah, bila rebah jangan berubah, sediakan hati yang tabah seteguh Kaabah walaupun besar taufan melanda namun semuanya pasti akan berubah.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ada bersabda,

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ ؛ وَلَا نَصَبٍ ؛ وَلَا هَمٍّ ؛ وَلَا حَزَنٍ ؛ وَلَا غَمٍّ ؛ وَلَا أَذًى – حَتَّى الشَّوْكَةُ يَشَاكُهَا – إلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa takut, kekhawatiran (pada fikiran), sedih (karena sesuatu yang hilang)[1], kesusahan hati[2] atau sesuatu yang menyakiti[3] sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.” (HR. Bukhari no. 5641 dan Muslim no. 2573)

Allah beri apa yang kita perlu

Kita perlu ingat, Allah sebenarnya banyak beri apa yang kita perlu daripada kemahuan kita. Jika diikutkan kemahuan kita, seisi bumi ni pun takkan cukup sebab sifat tak pernah cukup sentiasa dalam diri kita”

“Mungkin aku yang tidak pernah kenal siapa Cinta Sejati sebenarnya. Hati ini yang mati untuk bergantung kepada yang tidak pernah mati”

           Perbicaraan kami terhenti apabila pensyarah mula melangkah ke bilik kuliah. Namun, aku tahu dihati sahabatku ini mula terselit hati yang baru yang ingin mengganti kaca dalam kehidupannya dengan permata yang berkilau dengan cahaya dari-Nya. Aku yakin…. :)

******

Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami  daripada Siti Hannah Jikri [ Blog ]. Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Serosderi
Serosderi
5 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian ini…banyak membantu diri ini dalam merawat rasa hati yg tidak keruan sekarang..

anis meilani
anis meilani
9 tahun yang lalu

subhanallah.. Bahkan dari keadaan luka ini Allah ttap merahmatiku dgn petunjuknya, yg mana aku ditunjuki sampai mnemukan blog ini. Trimakasih saudaraku sdah menyafarkan hati yang kelelahan ini

sya
sya
9 tahun yang lalu

Tiap permulaan ad pengakhiran..