Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan

tinggalkan
Kuatkan hati saat di tinggalkan tanpa sebab dan alasan * Ashes to Dust by forgetwhatwedid

6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.

Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

 

Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan

We promise always together, but why you leave me alone?

6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?

Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.

Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.

Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.

Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap.

Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.

Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.

Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.

Things end but memories last forever. 

Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.

Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.

 

Tapi, Apa Yang Saya Dapat Akhirnya?

Hanya kesakitan.

Hanya luka yang makin dalam.

Hanya air mata yang jadi peneman.

Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?

Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.

Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?

 

Bila Kita Bersedia Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Itu, Maka Kita Juga Harus Bersedia Untuk Kehilangannya.

Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.

Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.

Saya lupakan Allah.

Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.

Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.

Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.

Tapi Allah?

Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Al-Baqarah: 286)

Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.

Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.

“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]

Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.

Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani.

Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.

 

Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.

Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia.

Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.

Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.

Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.

Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia.  Semoga Allah jaga dia.

 

 

Dengan Menjatuhkan Orang Lain, Kita Tidak Akan Menemukan Apa-Apa. Selain, Kekalahan Di Hujung Jalan.

Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.

Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.

Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran.

Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “

Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan.

Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.

Ya Allah, saat itu saya cukup takut.

Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu.

Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.

Saya menangis lagi.

Air mata tumpah tanpa saya pinta.

Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.

Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.

“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “

Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.

Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.

Sangat membantu.

 

Kembalilah Pada Yang Sepatutnya. Dari Situ Kita Akan Dapat Kekuatan

Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

tinggalkan
Tinggalkan segala kenangan lalu. Bukan mudah, tetapi kepalkan tangan dan bisikkan pada hati bahawa aku boleh!

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah.

Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.

Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.

Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.

Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya?

Kenapa Allah ambil dia dari saya?

Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.

Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “

– Rusydee Artz

Tapi bila renung kembali.

Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.

Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya.

Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab.

 

Bila Allah Tidak Beri, Bukan Bermakna Allah Benci.

Tapi Mungkin Ada Sesuatu Hal Yang Allah Mahu Kita Mengerti.

Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?

Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?

Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.

Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.

Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.

Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?

Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?

Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya.

Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.

Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “

– Rusydee Artz

 

Penutup

Jangan terus berduka.

Jangan terus bernafas dengan kenangan lama.

Allah ada bersama kita.

Janganlah kamu bersedih.

Suatu hari nanti semuanya akan terubat.

Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.

Tak perlu risau akan jodohmu.

Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.

InsyaaAllah. :’)

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Kenyataan yang paling pahit adalah apabila orang yang kita sayang selama ini pergi dari kita tanpa sebarang kata. Kita pasti terseksa jiwa dan hati memikirkan sebabnya.

Pernahkah anda mengalami kesakitan sebegini? Dan setelah membaca panduan ini, adakah ia sedikit sebanyak membantu anda? 

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

262 thoughts on “Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan”

  1. Saya bercinta bru 3bulan tapi dah rancang macam-macam sy dah kenalkan dia dgn family..dan kawan2 dia smua sy dah kenal..rancangan kami nk hidup sama2 nk usaha sama2 sampai lah dia dapat kerja di singapore..sy happy..dia pun cakap nk kumpul duit kahwin..sy masih dlm permohonan utk dapat kerja..tpi tak smpai sbulan dia kerja..hti sy makin ragu2 dia tersangat lah jarang chat..chat pun bila blik kerja..lpas tu tido..biasa lah perempuan inginkan perhatian walaupun skejap..then dia sruh sy berubah psl nk perhatian..sy cuba berubah..tpi bila sy chat dia tk blas..stu hari..padahal no dia yg lain dia online..then sy cuba mrajuk tk blas chat dlm 2hari dia diam langsung tk cri sy..smpai lah sy chat tnya diaa..dia xbalas dan sy chat lagi tnye knp smpai perlakukam sy mcm ni..then dia blas dia xbleh nk carry on lagi dgn sy..sbb hari2 sy cri hal?klau cinta pertahankan kan ? Bukan lepaskan ..tpi sy redha ni bukan jodoh sy..cume luahann..hati sy masih sakit walaupun dah 2bulan break..walaupun hubungn tu skejap mungkin sy bgi hrapan sbb dia dah jmpe fmily bgai..Allah dah buat yg terbaik sy redha..jadi utk prempuan diluar sana sy mohon jangan cepat jatuh cinta dn bagi harapan yg tinggi..tkut sakit di kemudian hari :’)..ouhh pasal kisah sy..sy tak burukkan dia..dia sangatlah baik..sy menghargai dia..tapi mungkin ade hikmah kami tkde jodoh..kpada siapa yg bace doakan sy semoga sy kuat dan cepat lupaa:’) trime kasih Assalammualaikum

    Reply
  2. Saya ditinggalkan kerana perempuan lain dan dia jujur mengaku yang selama 4 tahun bersama dia tak pernah serious pun. Allah…. sakitnya hati, selama ni diri ni ditipu, dikhianati dan disakiti dengan janji dan harapan palsu. Bukan nak doakan yang tidak baik. Tapi Allah tu Maha Adil. Moga ada kifarah buat mereka berdua. Semoga mereka sedar yang aku telah disakiti. Janganlah jadi zalim and kejam terhadap orang! Mungkin harini kita di atas tapi esok lusa kita tak tahu. Perasaan bukan soal yang boleh di buat main.

    Reply
  3. Cerita sama mcm aku 6 tahun.. Cume aku laki.. Serupe jalan cerita dye.. Aku nk tahu nk amik tahu psal dye.. And then aku dh dpat thu ksudhannya sakit aty yg aku dpat…aku nk jmpe aku nk bgtahu aku rindu kan dye.. Bile ko dtg jmpe dia.. Dia text msj xbnty2 pstu call2 jwb depan kau.. Perhhh.. Its okay.. Aku amik kptusn xnk jmpe.. Tpi aty nk jmpe korg stop pkirkn blik jmpe pown skit aty lgi mmbengkak aty kan..so easy story korg kne maafkn dye dn dri korg dn redha.. Pcye la bnde ni dpat mmbntu.. Doa dye baek2 pda allah. Korg jgn isau allah syg korg.. Blik pde kuarge yg lagi mmerlukn korg syg korg.. Byk yg sygkn korg.. Jgn kusutkn dri dgn stu prpishan.. Krna byk prpisahan akn trjadi slepas nie hrus korg trime ialah kuarge korg.. Blik pde dorg tok kekuatan.. Inn shaa allah mmbntu..

    Reply
  4. Same jgk mcm aku..cume aku lelaki dan dye perempuan..minggu lepas ok je xde maslah ape..dye selalu vc selalu wssp..dgn tibe2 tanpe sebab dye tukar no fon..dye block fb aku..dye block wssp aku..dye block ig aku..aku cube buat akaun fb baru untk stalk dye..bertape terkejut nye aku bile tengok kt profile dye tulis jannah bertunang dgn kahirul anuar..remok hati ni..allah je yg tau mcm mane prasaan aku time tu..org yg aku syg org yg aku cinte org yg aku percaye org yg aku anggap dye penting dlm hidup aku.. tipu aku hidup2..5 tahun aku tunggu..last2 kau pegi dri aku cara mcm tu..pade nurjannah binti othman yg kt gombak tu..1 hari nnti kalau kau trbaca komen aku ni..aku nk kau tau aku x kn maaf kn kau dunie akhirat

    Reply
    • Same goes to me.. it happened to me in this week, last week 1 minggu tuu tiba2 lost contact, i text dia dia kta busy la apa la, hari isnin 21/10 mlm tuu i rsa lain, i sruh adik i text dia sbb i tk leh tngok about, dp dia memang tkde, ok i text dia pkul 2:11 n adik i pun text dia waktu yg sama (but dia tk thu tuu adik i sbb dia tk save no adik i).. first i ok sbb kt i one tick n kt adik i pun one tick, so nk sedap kn hati i pun tdur dlm pkul 2:16, esk dia i tngok still lg 1 tick but i still text dia bagi salam.. after that i text adik i, know what adik i ckp dia blas texr adik i tuu pkul 2:30 & kt situ i tau dia block i, tk lama lpas tuu block i kt semua social media dia.. i fikr apa slah i benda nii berlaku secara tiba2, nk minta putus bgthu la reason but nii tk tnggalkn i tnpa sebab

      Reply
  5. Cerita ini hampir mirip dengan kisah cintaku… 9 tahun perasaanku hanya untuk dia seorang.. yg saat ini lebih memilih menikah dengan org lain… semoga allah menggantikan’a dengan lebih baik…

    Reply
    • saya plak duk kawan lps tu plak nk bertunang rancangan apa smua mak ayah dh kenal lps tu dia jdi tutup hati psl laky dia terus tinggalkn saya lps tu dia block hbs smua saya kemudian x lama tu kt ig dia tulis mencari org yng leh terima perangainya dn marahnya saya rsa Allah knpa Smpai mcm tu sekali dlu yng bagitau nk khawin apa smua saya dh usaha dh hampir kebanyakan sudah nk dpt dh la dia berorg beragama tpi kena Buad saya mcm nie

      Reply
  6. sy baru saja ditinggalkan tanpa pesanan, bila Allah nk tunjuk kebenaran sya dapat tahu yang bf sy dh bertunang dgn rakan ofis. kami dah 5 tahun bersama, walaupun keadaan kami berjauhan tetapi kami selalu berjumpa jika berkesempatan. Semuanya baik-baik sahaja tetapi dalam sekelip mata berubah 360 darjah dan saya tak tahu apa yang berlaku kerana dia xnak berterus terang. Paling sedih dia block sy dr semua media sosial nya supaya saya takkan jumpa siapa tunang dia tu. dia berubah sekelip mata dan menjadi orang yang paling heartless pernah sy kenal bayangkan org yg kita paling syg buat mcm tu. seolah-olah saya ni bukan sesiapa pada dia. tiada langsung rasa simpati pd sy. sy sgt sedih dgn yang berlaku sbb disaat kami dh bersedia utk berkahwin dia berubah & memilih org lain

    Reply
  7. perasaan sayang saya kepadanya masih kuat dalam hati saya. Saya cuba untuk menerima kenyataan, tapi ingatan saya kepadanya memang sangat susah untuk dibuang. Hati saya selalu sebak, sedih dan saya tidak tahu berapa lama lagi saya harus melalui keadaan ini. Bukan saya tidak mencuba untuk melupakannya dengan mencari kenalan yg baru, tetapi perasaan yg masih terlalu menebal ini memang sangat susah untuk saya buang. Saya ada juga membaca alquran, berzikir….tapi hati saya makin sebak…. Sehingga saya mengambil dadah dan pil dengan harapan dapat melupakannya…
    Tetapi semakin teruk, atas rangsangan daripada dadah itu ingatan saya terhadap dia semakin kuat. Sekarang saya sangat buntu….hanya berserah…tapi hati saya semakin kuat debarnya..

    Reply
  8. yang ditanggung oleh dia. Saya beri ruang dan peluang kepadanya…untuk dia memberi masa kepada dirinya sendiri.
    Tapi…apa yang saya lakukan tidak pernah dihargai malah dia semakin membenci diri saya. Saya tahu dia banyak habiskan masa berchating dan berwasap dengan rakan rakan lelaki nya. Dia meminta simpati dari mereka. Sudah saya tegur berapa kali tapi tidak diendahkan. Akhirnya, dia nekad untuk bercerai dengan saya, kerana saya tahu dia telah menjumpai orang lain yang lebih ambil berat akan dia. Saya tahu semua ini selepas saya membaca segala mesej dari akaun facebook nya. Betapa hancur luluh nya hati saya ketika itu, bila saya tahu dia dan lelaki itu nekad untuk meneruskan hubungan mereka. Ketika ini, saya masih lagi dalam keadaan tidak dapat untuk menerima kenyataan ini. Dengan per

    Reply
  9. Sangat tersentuh hati saya membaca coretan ini. Kerana, pada waktu dan saat ini saya dalam keadaan yang amat sedih, sama seperti kisah diatas. Saya seorang suami, ditinggalkan isteri, tanpa tahu apa sebab dan salah besar yang saya telah lakukan padanya. Kebelakangan ini memang dia menjauhi diri dari saya. Saya faham akan keadaan nya yang bekerja dan menjaga seorang anak yang bersekolah tadika. Memang dia yg menguruskan anak saya dari awal bangun tidur hinggalah menghantar dan mengambilnya dari sekolah. Bukan saya tidak mahu lakukan tanggungjawab itu, tapi anak saya lebih selesa dengan ibunya. Walaupun begitu, saya faham dan tidak mahu membebankan dia dengan diri saya. Segala urusan peribadi saya, hal makan minum, pakaian semua saya lakukakn sendiri. Demi untuk memahami beban yang ditanggun

    Reply
  10. saya lagi ngalaminya,dan saya harus mengikhlaskan apa pun yang terjadi.
    Karna rencana Tuhan lebih indah,dari pada apa yang kita rencanakan.sya yakin itu,

    Reply
  11. You know what, I also just got broken heart! The pain is awesome, hahahah since I dont have any word to describe the pain, maybe awesome is the best way to describe it.
    I read a lot, really a lot of article about broken heart, trues stories of broken heart, and they all got the same conclusion, which is forgetting Alloh SWT!
    The whole point of broken heart is nothing but loving a person more than we love Alloh.
    At first we have no idea at all how to kill the pain, it is even more pain every single day, honestly it made want to die that time (which is moron).
    Guys, you are not alone!!! Million people also got broken heart, even not all of them survive, but be special by being survive. First step to do is dzikurllah, find and Alim (Guru Mursyid) to teach you the right way to dzikurllah, fill your heart with Alloh, understand that this is truelly His calling for you to go back to Him.
    Believe me, trust me!! I know the pain is incredible, gigantic, enormous, fantastic, ahahhah, but after you success fill your heart with Alloh, the pain will vanish, your life will be better, and Alloh will give you some one new, which is much more better in any aspect than him…. But it takes time, be patient, okay guysss,
    Semangaaattt ^_^

    Reply
    • Gagal mencapai sesuatu bukan bermakna ketidakadilan tetapi sebagai peringatan agar kita terus berdoa dan berusaha.

      Crying is okay but don’t give up on life.

      Slowly but surely you will be fine.
      Time changes things in our lives.

      Reply
      • Terimakasih sudah menulis artikel ini, membuat saya semakin sadar bukan saya sendiri yg mengalami sakit serupa dan kembali kepada Alloh satu2nya jalan untuk ikhlas….

        Reply
        • Ya benar, Kepada Allah satu-satunya jalan kembali.

          Selalu ada Tuhan di balik tiap kesedihan, tiap kekecewaan, tiap perpisahan.
          Maka senyumlah,

          DIA tak pernah meninggalkanmu.

          Reply
  12. Saya tak tahu nak mula dari mana.. tapi saya nak cakap yang banyak kata kata yang disini, amat membantu saya. Malah saya juga copy paste ayat tersebut untuk menjadikan luahan saya juga sebagai suatu kekuatan buat yang lain bila membacanya. Maafkan saya tak meminta izin dahulu terlebih awal.

    Reply
  13. Sya pnah melalui begini hilang begitu her x smua hubungan dgn dia di berhenti kn. Sya jadi gila apa salah saya. X de pertengkaran.. Cuma akhir kata dripada dia tiada jodoh. Hidup sya waktu dgn dia smua sya habis bersama dgn dia kluarga sya sya buangkerana dia tpi setelah sya di tinggalkan sya rsa hidup sya sunyi kerana sya cuma ada dia.. Sya jdi gila hari2 sya berhrp dia akn kembali kpda sya setelah sya tau dia telah tinggalkn sya

    Reply
    • Things happened. For a reason or because of reason. There is nothing you can do to change it.

      But you can change yourself.
      Grow wiser.

      Reply
  14. Saya mengalamainya sekarang. Memang sakit utk melaluinya tp kene kuatkan dan tabahkan hati. Kene banyak bertenang dan isthigfar. Bila cinta manusia lebih dari cinta pada Ilahi, inilah yang akan terjadi. Sumber kekecewaan adalah apabila manusia itu meletakkan harapan pada manusia bukan pada pencipta. Setiap apa yg kita angankan dan rancangkan tak akan berlaku spt yang kita harapkan kerana Allah adalah sebaik2 perancang dan penentu segalanya. Bersangka baiklah dgn Dia..setiap perkara yg telah Dia tentukan utk kita ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah…

    Reply
    • Tuhan tak perlu bertanya, atau meminta izin dari siapa pun sebelum berbuat sesuatu tentang apa pun dan pada siapa pun yang Dia kehendaki.

      Sometimes fate doesn’t require us to understand.
      We just need to accept.

      Reply
    • Aisyah sy juga merasakan perkara yag sama. Sudi kah kiranya berkongsi rasa dengan sy. Sy perlukan teman utk bicara. Bicara tentang sakit nya luka perasaan ini. Jika sudi. 01151157796. Salam perkenalan dr saya.

      Reply

Leave a Comment