Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan

tinggalkan
Kuatkan hati saat di tinggalkan tanpa sebab dan alasan * Ashes to Dust by forgetwhatwedid

6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.

Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

 

Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan

We promise always together, but why you leave me alone?

6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?

Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.

Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.

Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.

Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap.

Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.

Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.

Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.

Things end but memories last forever. 

Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.

Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.

 

Tapi, Apa Yang Saya Dapat Akhirnya?

Hanya kesakitan.

Hanya luka yang makin dalam.

Hanya air mata yang jadi peneman.

Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?

Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.

Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?

 

Bila Kita Bersedia Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Itu, Maka Kita Juga Harus Bersedia Untuk Kehilangannya.

Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.

Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.

Saya lupakan Allah.

Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.

Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.

Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.

Tapi Allah?

Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Al-Baqarah: 286)

Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.

Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.

“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]

Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.

Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani.

Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.

 

Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.

Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia.

Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.

Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.

Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.

Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia.  Semoga Allah jaga dia.

 

 

Dengan Menjatuhkan Orang Lain, Kita Tidak Akan Menemukan Apa-Apa. Selain, Kekalahan Di Hujung Jalan.

Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.

Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.

Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran.

Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “

Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan.

Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.

Ya Allah, saat itu saya cukup takut.

Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu.

Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.

Saya menangis lagi.

Air mata tumpah tanpa saya pinta.

Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.

Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.

“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “

Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.

Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.

Sangat membantu.

 

Kembalilah Pada Yang Sepatutnya. Dari Situ Kita Akan Dapat Kekuatan

Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

tinggalkan
Tinggalkan segala kenangan lalu. Bukan mudah, tetapi kepalkan tangan dan bisikkan pada hati bahawa aku boleh!

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah.

Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.

Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.

Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.

Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya?

Kenapa Allah ambil dia dari saya?

Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.

Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “

– Rusydee Artz

Tapi bila renung kembali.

Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.

Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya.

Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab.

 

Bila Allah Tidak Beri, Bukan Bermakna Allah Benci.

Tapi Mungkin Ada Sesuatu Hal Yang Allah Mahu Kita Mengerti.

Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?

Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?

Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.

Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.

Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.

Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?

Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?

Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya.

Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.

Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “

– Rusydee Artz

 

Penutup

Jangan terus berduka.

Jangan terus bernafas dengan kenangan lama.

Allah ada bersama kita.

Janganlah kamu bersedih.

Suatu hari nanti semuanya akan terubat.

Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.

Tak perlu risau akan jodohmu.

Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.

InsyaaAllah. :’)

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Kenyataan yang paling pahit adalah apabila orang yang kita sayang selama ini pergi dari kita tanpa sebarang kata. Kita pasti terseksa jiwa dan hati memikirkan sebabnya.

Pernahkah anda mengalami kesakitan sebegini? Dan setelah membaca panduan ini, adakah ia sedikit sebanyak membantu anda? 

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

262 thoughts on “Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan”

  1. Inilach kehidupan yg membuat kita bisa hidup,.
    Jodoh,rejeki dan maut kita tdk punya hak untuk menentukan.. karena Allah lach pemilik semua itu dan diberikan tepat pada waktunya untuk kehidupan yg membuat kita bisa hidup???

    Reply
  2. ditglkn itu sakit..hubungan yg hmpir 7 thun…sukar untuk dihapus…tk semudh mblik tlpak tangan…hnya yakin akn tkdir Allah…pasti akn ada kbhgian yg mndtg..

    Reply
  3. Panduan diatas memang membantu? kuatnya hati dia selama 6thun hubungan ditinggalkan tnpa sebab.. Sya hubungan yang agak singkat ditinggalkan tanpa sebab tanpa alasan biarpun sudah cuba jadi yang terbaik untuk si dia.. Dia diam dalam jangka masa yang lama dengan tinggalkan 1 pesanan .. Dia minta sya bersabar buat sementara waktu,kerana dia sendiri tak tahu apa dah jadi.. Lepas tu dia hilang tanpa pesanan lagi.. Tnpa sebab yg kukuh.. Smpaikan sya msuk ke hospital sebab fikirkan dia.. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan sya yang sendiri di hospital mengharapkan simpati agar dia hubungi sya? keluarga sya sendiri tidak tahu yang sy msuk ward.. Sebab tiada alasan untuk sya bgi pda family jika ditnya kenapa.. Tpi malangnya.. Smpai detik ini tiada pgilan atau pesan dari si dia? Allah maha adil bukan .. Semoga Allah terus tabahkan hati sya dengan dugaannya yang kecil ini?

    Reply
  4. Sy seorang Kristiani, sy tersentuh membaca artikel ini, sy bnyk mngalami kepedihan sperti ini sy lupa sy pnya Tuhan, tp trimakasih sdh mnyadarkn sy.

    Reply
  5. subhanalloh, saya langsung bangkit setelah membaca artikel ini, terima kasih sdh membantu saya untuk bangkit dari kesedihan

    Reply
  6. sedang merasa. rindu sangat.hubungan yg hampir 2tahun dipertahankan. 3bulan dh berlalu tp sakit masih terasa

    saya penah ucap pdnya “org perempuan diuji kesetiaannya ketika lelaki susah, dan kesetiaan lelaki diuji ketika mereka senang”

    mungkin dia dah senang sikit skarg dia lupa siapa yg ada dibelakangnya ketika dia tak ounya siapa2.

    takkan ada dendam, cuma sedikit terkilan. pengorbanan dan kesetiaanku selama ini dipersiakan.

    Reply
    • Begitulah kehidupan.
      Tiada guna kita terperangkap dalam kenangan lalu.
      Move on dan mulakan kehidupan baru yang lebih baik.

      Reply
  7. Saat saya sedang merasa sakit karena dia pergi tanpa alasan yang jelas, dan dia lulakan semua janji2 nya. Saya ingin melupakanha tapi dapatkah saya melupakanya?

    Reply
  8. Saya pernah rasa macam ni. Sakit sngat. Rasa hidup tiadaa guna lagi. Hari2 sy nangis. Tiap terbayang dia.. Sy mkin menjadi2., and then sy mencoba mendekat dgn Allah. Dan itu membantu sy tuk lupakan dia.. :’)

    Reply
  9. Sya pernah mengalami persis yg diceritakan di atas betul sekali obat yg paling ampuh ya itu baca kita suci allah dan sujud kepadax… Karan sankin kita cinta banget ama dia kita lupa sama yg maha kuasa maka dari itu tuhan mencabut kebahagian kisa asmara kita sejenak….dan betul jangan terlalu mencinta seseorang yg perluh di cintai terlalu dala hax allah swt. Terima kasih

    Reply
  10. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: [email protected] salinan dan mesej yang berikut ([email protected]) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    Reply
  11. Kisah yg sama dgn yg saya alami
    Ditinggalkan tanpa sebab n tanpa ucapan sedikitpun dari mulutnya
    Dia pergi dan lenyap begitu saja
    Setia saat yg saya lalui selalu ada bayangan dia.. dia yg menyakiti saya namun saya masih tetap saja memikirkan dia
    Saya buka dan baca al quran hati saya tenang namun setelah itu kembali teringat lagi.. ya allah
    Saya kira hubungan kita sedalam itu ternyata hubungan kita serendah ini sampai mudahnya dia melupakan saya dgn sekejap
    Mungkin dia sudah bahagia sekarang tanpa saya dan saya mendoakan selalu untuk kebahagiaannya, meskipun bukan dgn saya…

    Reply
  12. Tq for sharing this artikel… kene sgt dgn apa yg saya dah lalui. Tapi kadang2 saya masih rasa benci sbb dia yg janji utk x tinggalkan akhirnya dia jugak yg pergi. Dalam masa yg sama…saya brsyukur tak lagi dgn dia. Im in two ? confusing

    Reply
  13. Saya selalu membuat statement bahwa saya baik-baik saja, selalu baik-baik saja. Pdhl dlm hati menangis, kenapa selalu ditinggalkan. Jangan tanya rasanya seperti apa, saya juga bingung. Saya ingin mati rasa saja agar kuat menanggungnya. Tp saya yakin, takdir Allah itu indah. Tdk munafik, sering kali bayang2 masa lalu muncul dan rasanya sakit sekali. Saya menjadi tertutup, saya malas bercengkrama tetang cinta dua insan. Saya tidak ingin mengenal lelaki lebih dekat jika dia belum mendatangi org tua saya. Smg saya mendapat org yg tepat aamiin

    Reply
  14. Bismillah.
    Saya Juga mengalami hal seperti ini, berkali2 saya menjalani hubungan pasti selalu gagal, dan saya sudah niat kan dihati, saya tak nak lagi untuk mengenal yg nm ya cinta dalam artian ber Pacaran, sebab semua itu hanya bisa menjauhkan diri saya dari Allah, karna berpacaran itu hanya mendekatkan diri kepada zina , dalam islam tidak ada istilah berpacaran, karena berpacaran di dalam islam itu,setelah menikah baru berpacaran.
    Diusia saya yg sudah cukup dewasa ini, saya serahkan saja diri saya sepenuhnya kepada allah, saya percayakan ke bahagian saya kepada allah, saya percaya dia sudah siapkan semua kebahagian itu . Saya tak ingin bekeras dan tak nak memaksaa kan diri untuk terlalu berlebihan mencintai manusia, karna hakekat nya manusia hanya makhluk ciptaan allah, dan tak usah menangis di hadapan allah, hanya gara2 perkara manusia, cukup berdoa untuk menguatkan hati saja, dan jauhkan yg tak baik dan dekat kan yg baik menurut allah, terkadang kita harus sadar juga, knp alasan allah menjauhkan kita dari org yg kita sayng,? Karna allah ingin kita sadar, tak ada yg boleh merasakan kasih sayang yg berlebihan sehingga kita lupakan dia, letakan lah Allah di pintu hati mu no 1, dan insyallah segala urusan dan masalah yg kau hadapi jauh lebih sabar dan tenang, dalam mengahapinya serta meyikapi. Dan mulai skrg putuskan diri mu untuk tidak berpacaran dan biarkan dirimu untuk sendiri dulu dan terus memperbaiki diri dan meraih cintanya allah sepenuhnya, dan jangan pernah kau sia2 kan hidup mu jauh dari allah, karena itu akan merugikan mu sendiri, ketika kau telah memperbaiki diri, maka jodoh yg baik itu pula akan datang, semoga bermanfaat bagi kita semua
    Allah is the best ????.

    Reply
  15. saya berkawan 3th..sebelom nya elok jer hubungan kami xde ape masalah.tiba2 hilang xde kabar berita, call x jwb msg x balas smua dah cuba masa 2bln…pastu bln yg ke 3 saya cuba ikhlas tpi hati merintih sakit,menangis x henti..saya hanya berdo’a minta ridho dari Allah utk lepaskan dia, ..dan Allah berkata lain..nak masuk bulan ke 4 tiba2 dia msg saya balik..saya pon x faham maksud dia apa….saya cuba tabah..saya pon x nak tanya banyak pasal apa tinggal saya mcm tu jer then tiba2 mai balik..
    Saya pon x nak khusnudzon, saya pon x nak marah biarlah dia buat apa yg dia suka sesungguh dia yang merugi.saya x nak tanya balik apa yang dia janjikan dengan saya…biar dia sendiri berfikir dan terbuka hati..

    Sebelom ada kebahagian Allah akan memberikan kita kesukaran.
    Percayalah janji Allah itu pasti.
    Semoga kita termasuk golongan orang2 yang sabar.Amiin Ya Robbal “alamin

    Reply
    • Nasib Anda Sama dengan Saya persis, hanya bedanya Saya di tinggal krna alasan ortu Dia gk setuju kemudian ortu nya memaksa Untuk Dia tinggalkan Saya dgn beribu alasan hingga akhirnya Dia yg tadinya di tangerang kerja dekat Saya langsung berubah 80% pulang ke asalnya padang, tadinya kita adem lama kemudian beda pendapat bertengkar Dan akhirnya beginilah sekarang,,,,, sedih menangis tiap hari sudah hampir 5 bln Dia mnghilang tpa pesan sakit Hati ini, ya Alloh,,,,, akankah dia kembali ????????????????????berharap cinta suci ini direstui ortunya Dan Alloh SWT amin ya robalalamin

      Reply

Leave a Comment