
6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.
Saling menyayangi, saling mengasihi.
Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.
You are my other half of my heart.
Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.
Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.
Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.
Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan
We promise always together, but why you leave me alone?
6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?
Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.
Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.
Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.
Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap.
Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.
Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.
Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.
Things end but memories last forever.
Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.
Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.
Tapi, Apa Yang Saya Dapat Akhirnya?
Hanya kesakitan.
Hanya luka yang makin dalam.
Hanya air mata yang jadi peneman.
Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?
Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.
Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?
Bila Kita Bersedia Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Itu, Maka Kita Juga Harus Bersedia Untuk Kehilangannya.
Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.
Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.
Saya lupakan Allah.
Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.
Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.
Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.
Tapi Allah?
Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Al-Baqarah: 286)
Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.
Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]
Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.
Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani.
Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.
Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.
Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia.
Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.
Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.
Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.
Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia. Semoga Allah jaga dia.
Dengan Menjatuhkan Orang Lain, Kita Tidak Akan Menemukan Apa-Apa. Selain, Kekalahan Di Hujung Jalan.
Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.
Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.
Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran.
Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “
Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan.
Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.
Ya Allah, saat itu saya cukup takut.
Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu.
Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.
Saya menangis lagi.
Air mata tumpah tanpa saya pinta.
Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.
Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.
“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “
Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.
Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.
Sangat membantu.
Kembalilah Pada Yang Sepatutnya. Dari Situ Kita Akan Dapat Kekuatan
Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah.
Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.
Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.
Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.
Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya?
Kenapa Allah ambil dia dari saya?
Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.
Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “
– Rusydee Artz
Tapi bila renung kembali.
Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.
Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya.
Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti.
Setiap yang berlaku pasti ada sebab.
Bila Allah Tidak Beri, Bukan Bermakna Allah Benci.
Tapi Mungkin Ada Sesuatu Hal Yang Allah Mahu Kita Mengerti.
Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?
Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?
Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.
Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.
Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.
Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?
Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?
Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya.
Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.
Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “
– Rusydee Artz
Penutup
Jangan terus berduka.
Jangan terus bernafas dengan kenangan lama.
Allah ada bersama kita.
Janganlah kamu bersedih.
Suatu hari nanti semuanya akan terubat.
Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.
Tak perlu risau akan jodohmu.
Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.
InsyaaAllah. :’)
Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini
Kenyataan yang paling pahit adalah apabila orang yang kita sayang selama ini pergi dari kita tanpa sebarang kata. Kita pasti terseksa jiwa dan hati memikirkan sebabnya.
Pernahkah anda mengalami kesakitan sebegini? Dan setelah membaca panduan ini, adakah ia sedikit sebanyak membantu anda?
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah.
saya dengan dia 21 tahun. saya baru tahu dia memilih orang lain sbg isteri dan bukan saya, mengapakah saya
Sy berkawan dgn dia 3 tahun..tiba2 dia ckp mak dia nk jodohkan dia dgn budak kg sebelah lepas raya ni..hari pertama ramadhan dia bru bgtahu..kecewa dan masih kecewa..sy jagakan jodoh orang ke? Penat sy tgu dri dia zero smpai ada simpanan skrg..mudahnya tetiba nk kawen dgn org lain.. Pedih.. Mgkin ambil masa sy nak move on tp artikel sedikit sebanyak membantu tenangkan hati..terima kasih
Sy pn ada kekasih. Kami berdua sama2x jaoh. P, hati kami tetap dekat wlpn jaoh n xmudah bersua muka. . Kami berdua mnjalinkn hbgn smpey 5thn. . Masa raya dia ada pergi rumah sy. Sblm tu dia prnh brjnji dgn sy wlau bgaimana pn. Dia xkn tgglkn sy n dia ingin mnghalalkn sy dlm hidup dia. P, lepas raya tu jgak dia prgi tgglkn sy tnpa sb. Sy msz n call bnyk kali dia xeply n angkat call. Sy ingin mnanyakn apa salah sy n sy ckp adkh sy blm cukup sempurna d mata dia. Dia jwb. Sy sudah cukup sempurna utk dia. P, dia xnk jwb knapa dia tgglkn sy n dia tetiba ada pmpuan laen. P, saat dia dh dgn pmpuan laen. Sy ucapkn tahniah n semoga berbahagia smpey ke jannah. . P, dlm hati sy yg teresak2x mnangis krna dia xprnh memahami perasaan dan hati sy. . D saat dia dh dgn owg laen. Sy coba tux melupakn dia . . P, tetap jgak xblh nk lupakn dia. Sb hati sy maseh merasakn yg dia maseh cintakn sy n dia xnk kehilangan sy. . Dlm masa yg sama. Sy prgi tidur. Sy sedang brmimpi dia. Dia berada d sisi sy n ada sowg pmpuan kacau hbgn kami brsama. So, sy terus ckp dgn dia. . Abg curang dgn sy n siap bawa soh jmpa dgn sy. . Sy lari n dudox dkt kerusi ruang tamu dlm rumah family dia. Sy mnangis2x xhnti smpey sy trtidow kt kerusi tu . Dia tu plak dtg tgok sy. Dia ingat sy pgsan n dia bawa sy dlm bilik dia. Mak dia pn ada turut sedeh tgok sy mcmtu. Dlm masa yg sama jgak. D saat sy tgh tdow. Dia brbisik dkt telinga sy yg dia maseh cintakn sy. . So, saat tu. Sy trbgn dri mimpi tu. Ya Allah. Atas apa yg sy mimpikn tu mmbuatkn hati sy sndiri terasa hppy dpt mimpikn dia. .
Semasa sy trbgb dri mimpi kn dia. Dia tetiba msz sy mnanyakn khabar sy. Sy jwb, ermmmz sy sihat. Lepastu dia ckp alhmdllh. . Tetiba ag dia ckp dgn sy. Dia mimpi yg sy pgsan sb ada pmpuan dtg jmpa dia. Terus dlm fikiran sy nk buat lawak sikit. P, mls nk melawak sgt sb hati sy maseh sakit ag dgn dia. . Sy ckp dgn dia. Saat sy pgsan tu awk ada brbisik dkt telinga kn. Dia ckp ada. . Lepastu. Dia ckp ag. Aiek napew mcm tetahu jew yg dia bisik dkt telinga. . Sy jwb lh jujur dgn dia yg sy ada mimpi bnda sma. . Lepastu dia hilang ag tnpa berita. . Sy asakn lh dh nk setahun dh hbgn kami brpisah. P, dia kekadang muncul mnanyakn khabar sy. . Lepastu hilang ag. . D sbkn dia buat sy mcmtu. Sy hari2x solat brdoa agar Allah buatkn hati sy kuat dgn ujian sebegini. . Sy merasakn sgt berat dgn mainan sebegini. . P, sy xtahan dia hari2x post gmbr mcm2x pmpuan dgn brduet dlm smule. . So, sy block dia n xnk muncul kn muka sy ag dlm wssp. . Sy sggup jgak block fb dia . Sb sy sndiri plak nk uji dia. Lau dia nk cari sy. Cari lh smpey dpt. Sy ggu dia smpey bila2x. Sy sggup xterima lelaki laen dlm hati sy krna dia jgak. . P, kami berdua sering mimpi bnda yg sama. . Plek kn. . Nk katakn tu dh tulis jodoh pn xd kn
Saya rasakan sekarang, parahnya saya sudah menikah dengan nya hampir 3 th, dan telah memiliki anak 1,5 th. Saya tak menyangka dia akan tega berbuat demikian, bahkan saya kesulitan menghubunginya. Kini genap 1 bulan dia tlah tinggalkan kami, pernah berhasil hub dy, saya minta jumpa dan masalah dah usai hanya dia bigung u/ kembali krn saya tinggal dekat ortu saya, dy janji esoknya akan datang, v tak jua dtg, saya coba aja jumpa lagi x ini dg anak saya, dia mw.. kami habiskan waktu bersama pergi, dy janji pula esok kan dtg, janji pula pd anak saya . V dah lebih dr sepekan tak ada datang jg… Kabar tak ada.. pesan semua tak diblz, sama seperti awal pergi.. menghilang tak dpt hub dy…
Dy pun tak tunaikan kewajiban u/ menafkahi kami, padahal saya pun dah tak kerja, dia tak fikirkan kami makan apa, bagaimana bayar listri ledeng, padahal saya masih menyusui, yg saya tau kalaupun nak talak masih kewajibannya memastikan asupan gizi baik bagi ibu menyusui n anak nya… Hanya doa semoga Allah beri hidayah pd suami saya. aamiin..
Da hampir 2 minggu dia tak menghunbungi sy, segala mesej sy tak dibalasnya.. beberapa minggu yg lepas kami ok tak ada bergaduh masih bercontac n merancang utk berkhawin.. dia meluahkn niat utk meminang sy dan menghalalkn cinta kami yg da 5 taun bersama..tiada angin, tiada ribut dia mendiamkn diri tanpa kata dan sebab.. sy masih berdoa semoga Allah buka kan hati dia untuk menghubungi sy.. hidup ni terasa tidak bermakna lagi tanpa dia disisi.. berjanji bersumpah tidak akn berpisah walau apa pun yg berlaku.. sy cuma mampu berdoa memohon petunjuk Allah dengan apa yg sedng berlaku dalam hubungn kami.. kenpa masih meluahkn rasa cinta yang teramat andai di hati tidak menginginkn nya.. sy berharap dia buka hati utk bercakap pd sy apa yg sebenarnya berlaku.. sy da beri yg trbaik cuma sy tak kan mampu menjadi yg sempurna.. doa kan dia kembali menghubungi sy.. sy tak kuat menjalani sehingga sy sakit sekrng ni dan tak mampu utk menelan sedikit pun makanan.. cinta sy trlalu besar pd dia sehingga sy tak mampu membnci nya..
❤ss ❤
Maaf sebelumnya,saya hanya coba bertukar fikiran aja, setelah membaca caption ini,
Cinta terlalu besar buat dia?
Hilang selera makan buat dia?
Andai allah mengatakan lain bagaimna?
Dan andai dia bukan jodoh mu bagaimana?
Apakah kamu masi menentang takdir?
Coba renungkah , knp allah pisahkan kita dari org yg kita sayangi ,apalagi kita meyayanginya sampai berlebihan.
Kita harus faham, pada dasarnya hakekatnya manusia hanya makhluk ciptaan allah, sedangkan yg menciptakan ya allah, lantas apakah pantas rasa sayg kita ke manusia melebihi rasa syg kita ke allah?
Saran saya, coba untuk memprioritas kan allah di hati kita menjadi yg no 1,, coba cintai Allah dan sygi allah melebihi apapun. Percaya lah, dengan seiringnya waktu kamu pasti sadar, apa yg kmu lakuin itu salah,dan endingnya, nnti kmu pasti jeput kebahagiamu yg lain. Percaya lah.
Karna saya sudah alami apa yg kmu alami juga. Semoga bermanfaat.
Sy tertarik dgn pengalaman anda. Boleh sy tau ceritanya ?
Masih belum move on setelah 1 tahun 4 bln belajar menerima, huhu melepaskan suatu perkara yg sukar
Saya sedang alami apa yang pernah awak alami dulu. Hubungan yang 10 tahun berakhir macamtu ja.
Saya dan dia kawan baik susah dan senang sejak 5 tahun lepas. Tiba2 awal 2018, dia suruh saya tunggu dia untuk 5 tahun lagi untuk halalkan saya. Genap 3 bulan hubungan kami, berlaku sedikit pergaduhan dan saya minta dia beri masa. Tapi dia bukan takat bagi masa, terus hilang tanpa khabar berita. Dipujuk sudah, tapi masih terus berdiam diri. Saya hilang bakal suami dan satu2 nya kawan baik. Takpe lah. Ada jodoh, ada lah. Terima kasih atas post saudari/a. Saya rasa sedikit kekuatan ❤
???????????????????????? thanks
7tahun thun pgenlan jngka masa yg panjang bkn jngka masa yg pendek , dia bagi alasan dia dah xde rasa apa2 dekat aku , logik x alasn dia bgi., terima x terima aku kne terima jgk ., kne kuat jgk ,, alhmdulilah aku dh move on , bru je break 6hb 3 2018 , perit , kecewa sakit hnya allah je yg tahu.. mybe dia bkn jodoh aku,..yess .. aku terima..
Saya mengalaminya lagi. Untuk kesekian kali.lelah hidup sudah.
MOHOn baca… share” dlu spya redah ni hati ????????????????????????????????????????
Sya pun mcm kmu di tgglkan la… saya cuba pujuk rayu dia tpi dia ttp ndk mahu… yah mmg byk kali sya mnta pts… then dia perna ckp sekali… Jgn buat dia brbh hti sebb sya balik” ckp mcm 2… huhu… ndk sgka dia btl btl brh.. hti sya bagai nak pergi jahu dr dunia haha !! Lepas kmi pts dlm 2 mggu contact jgndia balik” yg cri sya ? Sya lyn ja la mklum la msh syg,.. the kmi bcadang nak jumpa… jmpa kedapatan dia ada prmpuan lain… huh punya sedih hti sya msa 2,,, mrka bcnta thun lalu lg msa kmi sama” in relay lg 2, tpi knpa dia bt mcm ni ah ??? Dia mrh lg sya gggu hubungn mrka sbb prgi chat 2 prmpuan… tpi sya ndk gaduh sya just mahu tahu… punya skit hti sya,,, tpi ndk pala ,,, tuhan ada… walaupun sakit hti sya sya ttp akan move on… sikit rsa belas kasihan pun ndk da di mata nya… hmya tuhan ja tau apa prasaan sya skrg… 14/3/2018
Hello… in the end mcm na crta kmu ni ?
Sekarang saya merasakannya ????
Hai assalamualaikum . Sy dgn dia dah putus dan getback sebanyak 3 kali . Mula2 tu sy yg mintak putus . Sbb sy rasa dah xsayangkan dia . Dia seorang yg .. mmg jenis pendam perasaan . Tak tahulah dia sorang atau semua lelaki mmg jenis pendam ni sbb sy mmg tak boleh tebak lansung perasaan dia macam mana . But its okay . Pastu lepas putus sy sedar yg sy dah buat silap sbb mintak putus . Sy xberfikir pun mase tu hehe . Cam reaksi spontan jer . And then sy mintak getback balik . Sy cakap yg sy sayang die lagi . Tapi dia cam layan tp xberapa . Sy rasa dia tgh move kot mase tu . And then die mintak putus . Sbnrnye bukan mintak . tp die acah acah jer . sy tersilap cakap yg sy xsayang die . dan yg ketiga , die lamar sy balik . kami bahagia . tp bila dia sibuk bekerja , mmg bergadoh aje kerjanya . Dan sampai la satu tahun hubungn ni . dan sy mintak putus lg hahhahhaha . sbb sy rasa buat ape hidup dgn dia kalau dah xsayang . buat sakit hati jer . kami masig menyayangi antara satu sama lain tapi takpe la stop dulu hubungan ni . biar lah kami dapat kejayaan dulu . lepastu kalau nak getback balik pum boleh lah . lagipun dia cakap yg dia masih syg sy san bulan 2 ni dia cakap nakbalik dgn saya haha huhu . just sharing my story :) .kena yakin hati dia Allah yg pegang . so mintak dgn Allah . move on lah syg . jgn terhegeh hegeh . ade maruah kan ? baik jage hehe . dan yg akhir sekali .. kena tanam dlm diri kalau dah jodoh tak ke mana . Allah sebaik baik perancang . tq so much pada yg sudi baca
Sama la.. Da msuk 2 minggu.Dia yg beria2 memuja sy, gigih mengayat sy.. Smpai sy buka hati untuk mnerima sgala lebih krg nya dia.. Mula syg dia,cinta sgala tentang dia,dahulukan dia apa2 pon.. Dia pon sama cmtu.Katanya sy la cinta mati dia. Kalau xdpt kawin dgn sy, dia xkan kawin smpai bila2. Namun btul la, kita makhluk Allah yg lemah hanya mampu merancang sehingga 1 hari, dia kemalngan tempat kerja, sjk tu.. Smua brubah. Dia xmampu hadapi ujian bertimpa2 ke atas dirinya, sllu depressed dan mngganggu relay kami. Sy cuba bertahan dan bersabar melayan kerenah nya, dia lyn sy ikut suka tp sy xkisah, sbb sy fikir ni la waktu sy beri dia support. Apa pon keadaan dia sy da trima dr awl lagi. Tp tu la.. Last2 dia down. Xmmpu fight lg tuk smua ni..termasuk relay kami. Smua lenyap mcm tu sj.. Dgn alasan perlu ms sendiri..smpai bila dia sndiri xtau. Masih syg kan sy katanya kalau ada jodoh ada la.. Maaf kan aku.. (ms ni xde bby2 syg2 lg) Itu ayt last dia sy baca. Tnpa sy reply dan kalau rindu sgt sy akan baca ayt tu.. Skg kami diam wat hal sndiri.Aku hnya bersabar dan.. Ikut je la apa jd lps ni. Sedih mmg sedih.. Sbb kami bkn main2.. Skg sy perlahan2 pdm kan sgala tentang dia.. Dan angan2 indah kami satu msa dlu.. Benci btul terjebak bnda2 mcm ni..sakit sbnrnya.. Tp mmg btul, sjk jd cmtu sy bnyak mngadu pd Allah. Now, rs mcm da ok sikit.. Tgu nak btul2 move on sbb sy rs.. Mmg xde harapan dah ni. Sy kalau bole lansung xnak fikir apa pon psl dia lg. Sikit je lagi.. Hrp2 berjaya la. Sesiapa baca ni, doa kn sy guys..sy juga doakn sma buat korg…thanks! ????
Sama juga seperti saya sis.saya ditinggalkan tanpa jawapan.dia menghilangkan diri begitu saja.memang sakit perit hati ni.mesej x dreply,kol xdjawap.whtaps di block.tp dia suruh sy tunggu dia.bnyak kenangan dn janji.sy nak jumpa dia lepas nie.sy nak tau jawapan.kalau nak tahu dia jodoh kita.kita msti usaha.apa pun jawapannya nanti kita trima.bru boleh tenang.n memg betol becinta ni memang pkara yg mnyeronokkan.tp jgn pernah jauh dengan yang maha berkuasa allah s.w.t.
Terima Kasih atas perkongsian. Sangat sakit dan sangat sukar untuk menerima. Kadang saya katakan pada diri kenangan yang kita pernah ada hanya sebagai asatu mimpi dan kini baru ku sedar dari mainan fantasi.
Apa-apa pun doakan saya dan yang lain2 agar tabah dan terus dapat menempuh kehidupan yang akan datang.
Sis.. Cerita kita hmpir sama.. Sy berkawan dgn dia 6 tahun jugak dan hmpir bersatu tahun ni. Dan baru seminggu ,dia hilang tanpa berita, tanpa kata2 sehingga smua no sy dia block.. Sy xthu ape sb yg dia pergi mcm tu saje, bnda ni buat sy hilang arah,slalu dduk seorg diri,menagis setiap hari,waktu kerja pon sy menagis.. sehingga suatu hari Allah bukak pintu hati sy supaya sy redha,tp bukan 100% hilang rase sedih tu,cuma hati kita lebih rasa tenang dan lebih Kuat InsyaAllah.. Perit,pedih,smua ada.. 6 tahun bukan mcm 6 hari.. Cume ape yg penting, sentiasa ingt Allah ade dengan kite.. Sy dah hbs mase bertahun2 smpai sy lupa bersujud kepada-Nya.. ????
Sakit..perit di saat di tinggalkn atas alasan sibuk bekerja tetapi di media sosial kerap online..hati trus merasa ada sesuatu yg brlaku antara aku dan dia tapi aku tidak prnh berhnti utk mnunggu, beharap bhawa dia akn cari aku balik sda bberapa hari aku di tinggalkn tnpa sebarang alasan..aku msih mnunggu dan brharap dia kmbali kpadaku , jika dia bukan milikku maka aku ingin allah perlihatkn kepadaku bhawa dia curang di blakangku..keperitan yg di tnggung susah utk di leraikan ????????