Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan

tinggalkan
Kuatkan hati saat di tinggalkan tanpa sebab dan alasan * Ashes to Dust by forgetwhatwedid

6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.

Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

 

Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan

We promise always together, but why you leave me alone?

6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?

Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.

Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.

Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.

Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap.

Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.

Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.

Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.

Things end but memories last forever. 

Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.

Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.

 

Tapi, Apa Yang Saya Dapat Akhirnya?

Hanya kesakitan.

Hanya luka yang makin dalam.

Hanya air mata yang jadi peneman.

Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?

Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.

Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?

 

Bila Kita Bersedia Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Itu, Maka Kita Juga Harus Bersedia Untuk Kehilangannya.

Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.

Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.

Saya lupakan Allah.

Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.

Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.

Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.

Tapi Allah?

Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Al-Baqarah: 286)

Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.

Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.

“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]

Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.

Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani.

Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.

 

Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.

Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia.

Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.

Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.

Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.

Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia.  Semoga Allah jaga dia.

 

 

Dengan Menjatuhkan Orang Lain, Kita Tidak Akan Menemukan Apa-Apa. Selain, Kekalahan Di Hujung Jalan.

Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.

Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.

Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran.

Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “

Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan.

Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.

Ya Allah, saat itu saya cukup takut.

Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu.

Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.

Saya menangis lagi.

Air mata tumpah tanpa saya pinta.

Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.

Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.

“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “

Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.

Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.

Sangat membantu.

 

Kembalilah Pada Yang Sepatutnya. Dari Situ Kita Akan Dapat Kekuatan

Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

tinggalkan
Tinggalkan segala kenangan lalu. Bukan mudah, tetapi kepalkan tangan dan bisikkan pada hati bahawa aku boleh!

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah.

Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.

Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.

Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.

Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya?

Kenapa Allah ambil dia dari saya?

Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.

Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “

– Rusydee Artz

Tapi bila renung kembali.

Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.

Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya.

Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab.

 

Bila Allah Tidak Beri, Bukan Bermakna Allah Benci.

Tapi Mungkin Ada Sesuatu Hal Yang Allah Mahu Kita Mengerti.

Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?

Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?

Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.

Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.

Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.

Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?

Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?

Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya.

Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.

Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “

– Rusydee Artz

 

Penutup

Jangan terus berduka.

Jangan terus bernafas dengan kenangan lama.

Allah ada bersama kita.

Janganlah kamu bersedih.

Suatu hari nanti semuanya akan terubat.

Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.

Tak perlu risau akan jodohmu.

Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.

InsyaaAllah. :’)

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Kenyataan yang paling pahit adalah apabila orang yang kita sayang selama ini pergi dari kita tanpa sebarang kata. Kita pasti terseksa jiwa dan hati memikirkan sebabnya.

Pernahkah anda mengalami kesakitan sebegini? Dan setelah membaca panduan ini, adakah ia sedikit sebanyak membantu anda? 

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

262 thoughts on “Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan”

  1. Ini sudah sebulan semenjak dia pergi. Dia bilang dia sibuk. Aku tetap menunggunya. Tapi hingga saat ini ia tak kunjung mengabari padahal setiap hari aku lihat dia selalu online. Beberapa hari yang lalu saya check line dan dia memakai display picture dengan wanita lain. Rasanya hancur. Mengapa harus dia berbohong dan menyuruhku untuk menunggunya? Tiba tiba hilang dan tak pernah ada kabar.

    Reply
  2. Sejujurnya sangat sedih, saya ditinggalkan disebabkan oleh salah faham. Dah setahun saya dengan dia, and the end dia buat kuputusan untuk tinggalkan saya. Remuk hati saya. Saya menangis siang malam, kecewa, kurang makan sehingga kan effect kepada fizikal saya. Saya down sangat2 sebab teringatkn kenangan yang ada bersama dia. Dia tuduh saya macam2 dan kami berakhir dengan satu salah faham. Saya cuba untuk tidak membenci dia kerana saya masih syangkan dia. Disaat tu saya mula sedar satu perkara bahawa Allah itu maha kuasa. Allah itu maha mengetahui segalannya. Saya menangis sepuas2 hati saya. Mengambil masa yang lama untuk saya pulihkan hati dan kekecewaan saya. Saya mula dekatkan diri kepada Allah SWT, saya mengadu semuanya kepadaNya. InsyaAllah hati semakin tenang.

    Reply
  3. sangat sedih, saya baru saja diputuskan secara sepihak oleh kekasih setelah menjalin hubungan selama setahun, saya sangat menyayangi dia, saya berikan apa yang dia butuhkan, saya bantu finansial nya, saya perhatian dan sangat care dengan keluarganya bahkan orang tuanya sudah saya anggap orang tua saya sendiri. tetapi dua bulan belakangan ini dia tampak menjauh dari saya, telpon berpuluh kali tidak diangkat, whatsaap jarang dibalas sekalinya dibalas hanya dibalas seperlunya saja. lalu saya tekankan ke dia apakah masih mau melanjutkan hubungan ini, tapi dia tetap mengabaikan pertanyaan saya. dua minggu yang lalu dia pulang kerumahnya dari luar kota, tetapi dia tidak mengabari saya, saya tahu dia pulang pun dari adiknya. bahkan ibunya saat saya telpon mengelak saat saya tanya si dia pulang atau tidak. disitu saya mulai curiga. hari itu saya tanyakan pada dia apakah dia masih ingin melanjutkan hubungan ini atau tidak, dan sangat mengejutkan dia menjawab bahwa dia tak mau melanjutkanya. hancur hati ini, tak menyangka sama sekali, apa yang saya berikan selama ini untuk dia dan keluarganya, tak ada artinya. sungguh tega selama setahun saya bantu kehidupanya karena saya sayang dan peduli sama dia. semua saya utamakan untuk dia, tapi dia tidak mempedulikan perasaan saya. bahkan saat saya bertanya apa kesalahan saya di whatsaap dia blokir saya. sungguh kejam tak ada rasa iba dan perasaan. berhari hari saya meratapi perlakuanya terhadap saya. air susu dibalas air tuba, tabungan saya saya habiskan untuk membatu dia, saat tabungan saya habis dia tinggalkan saya. biarlah Allah yang membalas perbuatan dia terhadap saya. hanya Allah yang menguatkan saya,,, Astaghfirullahalazim..

    Reply
    • Sma persis dengan apa yg saya alami saat ini dek,mamang sangt teramat sakit tpi mau gmana lg saya hnya bsa sbr ,ikhlas dan pasrah pada allah swt ,kalau memang bkn jodoh mah susah mau melakukan sperti apapun juga, ikhlaskan saja dek ? Ya mungkin memang sulit sih ,ga semudah bilang ikhlas , tpi mau gmana lg , insya allah rencana allah lbih indah percayalh

      Reply
  4. Saya baru je putus dgn dia setahun yg lepas selepas 4 thn bercinta. Sejak kami putus saya menangis hari2 sampai ke hari ni. Tergerak hati saya google malam ni dan terbaca kisah ni. Terus terang masa saya dgn dia saya jauh dgn Allah.. selepas saya putus ni saya rasa saya bertambah jauh dgn Allah. Saya masih lagi marah dan rasa hidup saya tak adil. Hari2 saya pujuk hati mengatakan hal ini yg terbaik Allah bagi pada saya tp reda sekejap je lepas tu marah balik. Saya tak tahu sampai bila saya akan menderita macam ni. Saya harap penderitaan ni cepat berakhir..

    Reply
    • Keadaan sis di atas sama dgn apa yang berlaku pada sy skrg. Sy sudah brhabis segalanya utk dia. Tp sy xjumpa apa penyebab nya sy ditinggalkn. Sy mngenali nya sjak zaman stdy lg.. Smpai dh hbis stdy pun kami masih brsama. Tahun ini kami sudah merancang untuk mngikat tali prtunangan.. Sbulan slps kami mrancang utk tetapkn tarikh tiba2 sidia brubah scara mndadak, sy prasan dia cuba mncari point utk tinggalkn sy.. Katanya msih syg tp perlukan msa utk sndrian tp kini sudah hampir tiga bulan dia mndiamkn diri. Hari2 sy brsujud memohon pd allah supaya dia balik kepada sy. Brmcm doa sy amal kn dn sy sudah usaha utk pjuk merayu pd si dia. Tp apa sy nmpk, ada bgus nya hubungan ini diduga.. Mungkin allah rindukan sy utk dekatkn diri pd-Nya. Kerasa slama sy dgn nya.. Sy trlalu letak kn dia yg prtama.. Tp hrini ini sy trsdar kenapa Allah bg ujian sehebat ini. Tp smpai hrini ini sy masih mngharap pd sidia akn kembali..

      Reply
  5. Hari ini adalah hari ke 7 dia hilang tanpa kabar , remuk hati ini tapi semua kuserahkan pada allah . Aku yajin dia jodohku pasti kan kembali ????jika memang bukan aku akan belajar ikhlas karena allah ????

    Reply
  6. earliest comment was in 2014. Today is 2017, so, there’re lots of broken heart people in here. including me. hehe.

    almost 10 years of knowing him, but, still it is ended up with he chose another girl than me. am still learning how to redha, forgive, and forget.

    here is my two-cents of comments:

    love can make people blind. but, do remember, people’s heart also can change. why? because they just a human who have lots of flaws n weaknesses. also remember, love to Human especially the ajnabee, can make us stay far from remembering Allah. May everyone who confess here are been given strength and guidance by Allah to the right path. Hereafter is forever. May Allah guide us to the right soulmate. Amin.

    Reply
    • Saya faham perasaan saudari, sangat lama 10 tahun, pengalaman cinta saya yang 5 tahun sudah amat sakit kecewa tak terhingga apatah lagi saudari yang 10 tahun. Bersabar ye. ALLAH ada bersama kita. Saya pun baru 5 bulan berpisah dan alhamdulillah sudah mampu terima. Semoga saudari terus tabah..

      Reply
    • sy baru melaluinya. perkenalan hampir 10 tahun. dia menghilangkan diri secara tiba2.. dia block sy di semua media sosial. sy tak tahu apa salah sy. harapnya sy mampu melalui ujian ini.

      Reply
  7. Hari ni 2hari kami putus.Allah sangat rindu dekat dia,tapi saya tengah cari kekuatan untuk menjadi seorang yang redha,ikhlas..Sebenarnya bagi saya sakit untuk belajar melepaskan dia.Dia wanita yang terakhir saya cinta..Tengah mencuba untuk tidak contact dia,walau hati ni tak kuat..Doakan saya

    Reply
  8. VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

    Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 – 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

    Tunggu apa lagi?
    Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

    Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

    CONTACT US
    – Phone : 85570931456
    – PIN BB : 2B48B175
    – SKYPE : VIPQIUQIU99
    – FACEBOOK: VIPQIUQIU99

    Reply
  9. Hari ni genap seminggu sya putus dgn cinta pertama sya. Ye, dia juga pergi tggalkan sya tnpa sebab, sebab yg dia sendiri xthu. Hbgn kami cma bertahan slma 6 bulan. 2 bulan terakhir sya continue study, dia berubah. Sya text dia xreply smpilah sya tekad utk tros trg dgn dia apa yg mngganggu fikiran sya slma ni. Dan jawapan dia, dia tak dapat teruskan hbgn kami dgn sbb yg dia sndiri xthu. Dan sungguh, itulah sebab yg paling menyakitkan. Sya dah maafkan abg, dan sya doakan abg bahagia..

    Reply
  10. Artikel ini sangat membantu! Hehehe.. Sebab diri ini pun sedang merasai sakitnya ditinggalkan tanpa sebab. Hanya Allah tahu betapa diri ini sedang cuba lupakan segala kenangan. Dia tinggalkan saya & berkahwin dengan perempuan lain di kampung. Perkahwinan yang saya saksikan sendiri waktu cari dia di kampung. Babak yang susah utk lupakan. Janji yang hanya tinggal janji tanpa ditepati. Tapi saya tak mahu benci dia. Saya cuba terima hakikat jodoh kami dah habis. Saya sentiasa doakan kebahagiaan dia.. Sebab Mak saya ckp, kalau sayangkan seseorang doakan dia. Jadi selepas solat saya selalu doakan dia. Dan saya harap siapa yang membaca komen ini dapat doakan saya agar saya dapat lupakan bayang2 dia. Kawan2 tgok saya gelak2, nampak tenang. Hakikatnya perasaan sedang bertarung utk lawan kesakitan. Semoga saya dapat hadapi ujian ini dengan tabah. Amin. InsyaAllah.

    Reply
  11. Ramai jugak yang bersedih krn cinta.sometjmes kite lupe ktn terlalu leka pd cinta.kita fikir kita sudah buat yg terbaik tapi itu belum tntu memuaskan hati pasangan.paking sedih jika dlm hubungan byk slhfhm.kite fikir mcm ni sudah baik..tapi rupanya msh belum terbaik buat si dia..saya menyesali kesalahan sendiri kerana gagal buat yg terbaik utk bf sy.tahun ni planning nak kawen..impian sy utk jd perempuan yg baik dan isteri yg terbaik utk nye tapi sy gagal .die tetap tinggalkan sy..sy gagal menjadi yg terbaik dlm hati nya.die tidak percya pd cinta sy.demi allah sy sygkan die sepenuh hati..skrg sy mmpu doa kn die bahagia walaupon hati sy sedih dan terluka..sy masih setia menunngu kerana die lelaki yg terbaik yg pernah buat sy kenal ape erti hidup dan pure love..sy bersyukur mengenali nya dan bercinta dgn lelaki spt nya ..

    Reply
  12. ????sama dengan cerita hidup saya..sekarang dh 4 tahun dh dia tinggal saya…saya tetap ingat dia…????…bru 6bulan lepas dia kawin..sekarang isteri dh ada baby dlm perut…sakit sngt hati…hrapan dia bg dulu…dia tinggal tanpa sebab…xtahu la macam mana nak tempuh hari mendatang…allah ja tahu apa kita rasa????

    Reply
  13. Assalammualaikum semua, sudah 2 tahun berlalu saya masih mencintai dia and masih tidak dapat melupakan dia. Kami bersama secara long distance selama 3 tahun dari 2012 hingga ke 2015. Dia mengatakan bahawa perhubangan kami tidak dapat meneruskan kerana beberapa sebab dan salah satu sebabnya ialah kerana saya duduk di Asia and dia di Europe. Selepas 7 bulan putus hubungan, dia bertemu dengan orang baru. Sekarang saya duduk di Europe dan berhubung dengan si dia. Dia masih dengan perempuan yang sama. Selepas 2 tahun tidak bertemu, akhirnya, Kami telah bertemu untuk makan lunch. Hati saya masih hancur seperti pertama kali dia meminta putus 2 tahun yang lalu kerana dia memberitahu saya yang dia akan pindah ke tempat perempuan itu. Saya tidak tahu macam mana untuk lupakan dia. Saya telah tinggal semua untuk ke Europe untuk belajar dan jugak mengharapkan dia kembali. Sesiapa boleh tolong saya.

    Reply
    • belajar untuk melepaskan…..kuat kan hati. Ujian dari ALLAH supaya kita lebih mencintai DIA berbanding MANUSIA. sbb itu ALLAH jarakkan awak dan dia. Mungkin itu terbaik untuk awak.

      Reply
  14. Ini pegalaman saya,saya bercinta dgn dia dari 2013 hingga tahun 2016,dan putus pada hujung bulan 2016,pada masa2 tu,hanya tuhan yg tau perasaan sy pada masa 2,saya amat menyayangi dia,3tahun setengah sy bersama dia,dan x pernah meninggalkan dia,walau apa pun keadaan dia,tapi hati nya cepat berubah,dia menduakan saya dgn seorang wanita yg baru dia kenali sehari dan meninggalkan saya begitu saja,pada masa itu hanya airmata jadi peneman setia,kwn2 semua menjauh dari sy dan ada juga kwn2 yg lain memburukan saya dgn ex bf sy,setiap mlm sy berdoa mohon petujuknya,alhamdulilah allah memang x pernah tido,dan akhirnya saya menemukan kebenaran yang saya cari,sy berusaha untk menjauh dr dia,dan sekarang rasa cinta dan sayang i2 beransur hilang,setiap kali saya rindu dgn dia sy ingat kejahatan yg pernah dia lakukan kepada saya,kebenaran yg cari memang banyak dugaan saya terima ,sehinggakan ex bf sy pernah memukul saya kerana ingin menutup kecurangan nya,hanya tuhan yg tahu perasaan saya pada masa 2,sy berfikir dia bkn lah lelaki yg baik untk sy,dan tak terlintas di hati sy untk menerima dia kembali pada sy..

    Reply
  15. Asslmkm. Sya slh sorg yg tertipu dgn sikap buruk suami. Xsngka die kaki perempuan slame ni. Diburuk2kn Sya, citer yg xde diadakan demi mggalakkn pbuatan die dan menutup pekung didada.. Allah maha mengetahui, tak pernah tidur, maha melihat dan maha adil.. berikan petunjuk n balasan yg setimpal keatas org yg menganiaya org ln. Kasihan ank2 kami tpkse trima kesan drp smua ni.

    Reply
  16. ni first love saya 4tahun sayang ex bf.. dia putus kan dengan alasan xnk sya sedih dgn prngai dia..saya xkisah prgai dia mcm mna sya still ckp sya terima dia..tpi dia ckp xyah larh ada org lain untuk sya. xsetia ka sya untuk dia slma ni. dia ckp owg setia x sesuai utk org xsetia. luluh hati sya hri2 nangis. sya slalu mnta pnjelasan kenapa dia putus kn sya sdgkan sya syg kn dia sgt. lpas putus dia ckp xtinggl sya still contect sya..mmg btul kmi still contect. tp lma kelamaan dia abaikan wsap sya. dan sya tnya knpa abaikan dia xreply sedih sgt2. dia cuma reply dah org xreply dok chat pa lg. sya smpai skrng tnya dia apa ksalahan sya kelemahan sya sb sya nk btulkn dri sya. dia hnya bca abaikan wsap sya. dia cakap lg. “penjelasan ape da owg xmau da” sya cuma nk penjelasan dan xkn ggu dia lg. tp dia still online abaikan wsap saya. saya bru putus n dia bln 12 hritu. hari2 wsap dia. sya text dia. adakah sya ni terhegeh2 walaupun dia dh xnk reply. sya sedih sb sekelip mata dia ckp xsyg saya. sedih sgt.sb gaduh pasai henset ja…dan skarang mesti dia ada perempuan lain kn sb dia dh xnk reply wsap saya. sampai skrng sya trtnya tnya sya ni buat apa smpai dia dh xsyg sya. hri2 wsap xpnah lost tp knpa putus kn. saya harap sgt dia xlupa sya. tp tgok gaya dia mcm dh lupa syam bru je benda ni berlaku bru sgt saya sedih dia cinta pertama saya sya syg dia sgt hari2 nangis bila tgh smyg… berharap dia kembalik apa patut sya buat :'(

    Reply
  17. Saya telah scammed daripada wang saya cuba untuk mendapatkan pinjaman dan keadaan menjadi lebih buruk bahawa saya juga akan memberi makan kepada keluarga saya kerana sejak Suami saya hilang kehidupan kerja belum yang sama saya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan dalam talian, hanya untuk melihat komen mengenai kad kosong dan saya kagum dengan itu melihat ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan. Mengenai keadaan saya i membuat kesimpulan dalam memberikan ia cuba jadi saya melalui e-mel penggodam dan memberitahu mereka i diperlukan untuk bagaimana kerja-kerja ini! Mereka memberikan saya pecahan dan berapa banyak yang saya perlu membayar sebelum mendapat kad dan sejak Suami saya tidak sedar saya pergi ke hadapan untuk menggadai salah satu daripada jam tangan saya dan berwayar wang untuk penggodam {terkejut} .Saya tidak perlu lagi saya sudah diprogramkan dan terpadam kad ATM untuk menarik balik maksimum $ 10,000 setiap hari untuk tempoh maksimum 20 hari. Saya sangat gembira ini kerana saya mendapat lombong minggu lepas dan saya telah menggunakannya untuk mendapatkan $ 100,000.because i bertemu dua orang di hadapannya dan mereka mengambil wang saya tidak mengetahui bahawa mereka adalah penipuan. Tetapi gembira sekarang. Walter Logan menghantar kad melalui DHL dan saya mendapat dalam dua hari. Dapatkan salah satu daripadanya kini Walter Logan Hackers memberi kad keluar hanya untuk membantu golongan yang memerlukan walaupun ia adalah menyalahi undang-undang tetapi ia adalah sesuatu yang baik dan dia tidak seperti penipuan lain berpura-pura mempunyai kad ATM kosong. Dan tidak ada yang mendapat terperangkap apabila menggunakan kad. mendapatkan anda dari Walter Logan Hackers hari ini! Hanya menghantar e-mel kepada [email protected]

    Reply
    • Assalamualaikum.Ramai yang bercerita tentang putus cinta.Hari ini saya nak ceritakan tentang pengalaman saya bercinta semasa belajar dan putus cinta masa belajar.Permulaan dia sewaktu saya masuk disekolah Kelantan.Hmm…saat tu saya tak fikir apa pon.Cuma saya nak fikir belajar je.Saya pernah bercinta dengan lelaki Kelantan.Sebelum tu jangan salah faham lelaki Kelantan ni tak setia.
      Saya percaya ada yang setia.Pada saat tu,saya mula jatuh hati dengan si dia bila mendengar suara dia yang merdu time dia mengaji.Saya sudah mula jatuh hati.Tapi saya tak tahu pula dalam masa yang sama dia pon jatuh hati dekat saya.Lama2 tu kita orang berkenalan.Budak2 kelas syak saya ada apa2 hubungan dengan dia.Hehehe….bila ada feelingkan mana tahu pape.Hmm…time tu kawan saya sorang ni saya bercerita dekat dia.Sya cakap dekat diayang fon saya dengan dia samalah macam2 lagi lah.Kawan saya cakap jodoh kott.?So,time tu hati saya bagaikan bunga ditaman sedang mekar.Dan padan masa yang sama saya mula chat dengan dia,berbual macam2 lah.Saya ingat lagi malam nak masuk pukul 12 saya luahkan perasaan saya dekat dia.Saya ingat dia tak terima.Rupamya dia terima.Smpailah kitaorang jalinkan hubungan setahun setengah.Saya Nampak perubahan dia bila dia sambung study dekat p.pinang.Time tu saya tak fikir apa saya cuma fikir dia boleh setia je dengan saya.Sampailah dia tinggalkan saya tanpa sebarang kata2.Saat tu hanya Allah sahaja yang tahu tetntang perasaan saya bila ditinggalkan tanpa sebarang noktah.Akhirnya saya dapat tahu dia ada dengan perempuan lain.Saya merana,saya menangis rasa macam nak bunuh diri pon ada.Saat tu saya dekatkan diri saya kepada Allah.Saya yakin dengan diri saya Allah tak pernah menghampakan perasaan hambanya.Sampaikan adik saya dan kawan2 saya yang lain tak sanggup tengok saya bersedih berterusan.Tiap2 hari diaorang bagi saya kata2 semangat.Bila saya dekatkan diri saya dengan Allah.Hati saya rasa tenang sangat.Saya yakin pada Allah dan saya percaya pada Allah.Allah akan gantikan kebahagiaan saya dengan orang yang lebih baik.Mungkin bukan sekarang tapi masa akan datang.Percayalah.Banyakkan bersabar.Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar.Mungkin Allah hendak gantikan yang lebih baik nanti.Bersangka baik dengan Allah.Tawakalkan hati kepada Allah.Allah nak pisahkan seseorang dengan kita ada sebabnya?Kadang2 tu saya merumut.Semua ni salah aku?emua ni berbpunca dari aku ke?semua tu saya fikir.Tapi saya kene redha dan tawakal kepada Allah.Saya tak nak salahkan takdir.Saya hanya mampu berdoa dan redha segalanya apa yang dah terjadi.

      Reply
  18. assalam… kisah yang sama dialami oleh saya… Alhamdulillah Allah hadirkan kesedaran dalam ujiannya dengan hadirkan org2 sekeling untuk membantu memulihkan luka. memberi semangat untuk terus kuat.. Allah tidak pernah tinggalkan hambaNya walaupun Dia hadirkan ujian.. sekarang saya sedar bahawa perkara yang Allah tidak redha tidak akan kekal lama.. dan sesuatu yang berlaku ada sebab dan kebaikkannya…

    Reply
  19. kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang, 5 tahun bersama akhirnya hilang macam tu je atas masalah keluarga, aku yakin jika kau jodohku, Allah akan satukan kita walau dengan siapa pun engkau sekarang, meow , gorilla sentiasa tunggu meow :)

    Reply
    • sedikit update daripada saya, last saya komen tahun 2016 sekarang dah 2022. alhamdulillah, sekarang dah 6 tahun berlalu, saya dah berjaya move on dan dah bersama dgn orang lain sekarang, insyallah tak lama lagi kami akan berkahwin. semoga semuanya baik baik sahaja.

      Reply

Leave a Comment