
6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.
Saling menyayangi, saling mengasihi.
Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.
You are my other half of my heart.
Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.
Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.
Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.
Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan
We promise always together, but why you leave me alone?
6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?
Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.
Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.
Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.
Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap.
Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.
Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.
Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.
Things end but memories last forever.
Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.
Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.
Tapi, Apa Yang Saya Dapat Akhirnya?
Hanya kesakitan.
Hanya luka yang makin dalam.
Hanya air mata yang jadi peneman.
Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?
Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.
Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?
Bila Kita Bersedia Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Itu, Maka Kita Juga Harus Bersedia Untuk Kehilangannya.
Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.
Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.
Saya lupakan Allah.
Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.
Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.
Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.
Tapi Allah?
Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Al-Baqarah: 286)
Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.
Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]
Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.
Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani.
Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.
Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.
Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia.
Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.
Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.
Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.
Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia. Semoga Allah jaga dia.
Dengan Menjatuhkan Orang Lain, Kita Tidak Akan Menemukan Apa-Apa. Selain, Kekalahan Di Hujung Jalan.
Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.
Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.
Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran.
Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “
Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan.
Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.
Ya Allah, saat itu saya cukup takut.
Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu.
Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.
Saya menangis lagi.
Air mata tumpah tanpa saya pinta.
Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.
Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.
“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “
Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.
Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.
Sangat membantu.
Kembalilah Pada Yang Sepatutnya. Dari Situ Kita Akan Dapat Kekuatan
Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah.
Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.
Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.
Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.
Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya?
Kenapa Allah ambil dia dari saya?
Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.
Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “
– Rusydee Artz
Tapi bila renung kembali.
Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.
Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya.
Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti.
Setiap yang berlaku pasti ada sebab.
Bila Allah Tidak Beri, Bukan Bermakna Allah Benci.
Tapi Mungkin Ada Sesuatu Hal Yang Allah Mahu Kita Mengerti.
Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?
Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?
Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.
Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.
Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.
Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?
Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?
Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya.
Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.
Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “
– Rusydee Artz
Penutup
Jangan terus berduka.
Jangan terus bernafas dengan kenangan lama.
Allah ada bersama kita.
Janganlah kamu bersedih.
Suatu hari nanti semuanya akan terubat.
Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.
Tak perlu risau akan jodohmu.
Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.
InsyaaAllah. :’)
Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini
Kenyataan yang paling pahit adalah apabila orang yang kita sayang selama ini pergi dari kita tanpa sebarang kata. Kita pasti terseksa jiwa dan hati memikirkan sebabnya.
Pernahkah anda mengalami kesakitan sebegini? Dan setelah membaca panduan ini, adakah ia sedikit sebanyak membantu anda?
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah.
Masyaallah ,, sedih membaca kisah ini . Haru mendengarnya . Saya pernah melewati masa kritis seperti ini . Saya curahkan segalanya sedetail mungkin kepada Allah . Saya mencintai pasangan saya karena Allah kala itu saya tau pasangan saya teramat buruk untuk saya , bahkan agamanya pun kurang walau dia ingin belajar namun harus menunggu saya menikah dengan dia . Bukan seperti itu pria yang saya harapkan . Pria itu sosok imam . Harus punya bekal . Disitu saya masih bertahan sampai saya mengetahui dia berselingkuh dg wanita lain , sampai saya tau pria itu zina dengan wanita itu . Disitu saya masih mempertahankannya . Sampai pd akhirnya saya diberi kekuatan oleh Allah untuk bisa memilih jalan sendiri . Kenapa saya mempertahankan dia yang buruk , saya hanya yakin yg menurut saya baik , dia bisa menjadi pria yang baik . Tapi kenyataannya semakin menjadi2 . Bersamaan kisah itu saya tetap sabar tawakal juga menahan amarah , saya yakin karna kesabaran ketawakalan juga bisa menahan amarah itu pahala bagi saya . Jadi semua apa yang saya rasakan mulai dari senang ketika jumpa dengan pria pasangan saya kala itu , sakit hati ketika saya mengetahui pria itu buruk semakin buruk . Saya merasa proses itu cepat dan mudah Allah lah yang membuka semua ini dan memberi jalan yang baik. Jadi semua karena Allah , saya sama sekali tidak ada perasaan menyesal bahkan marah sekalipun sudah kubuang jauh2 . Saya hanya memaafkan mereka2 yang pernah membuat saya merasa terjatuh . Mencintailah seperti mencintai diri kita sendiri teruntuk Allah . Semangat kawan kawan .
Assalamualaikum, apabila saya baca blog ini ia terkesan pada saya saat ini…. saya mengenali selama tempoh 3 tahun…kami pernah putus selama 3 bulan disebabkan sakit yang xtahu punca yang dia alami….dan kembali jalin hubungan semula wktu itu saya sangka Allah s.w.t makbulkan doa saya tetapi setelah setahun saya kembali hubungan pada bulan yang sama dia senyap tanpa khaba berita…benda ini berlaku setelah dia melalukan checkup untuk check sakit yang diaami…. tempoh 2 minggu silent dia reply text saya yang hnya meminta saya bagi tempoh dia bersendirian dan meminta saya membuat hal masing-masing…pada mulanya saya x dapat nak menerima apa yang dia maksudkan nak bersendiri dan kenapa….tapi dia tetap kata dirinya sihat dan jangan risau dan suruh saya jaga diri dan memahami kata-katanya bila ada dihargai dan bila tiada mencari….hati mana tak sakit…tapi banyak spekulasi yang saya wat antara dia tiada perasaan terhadap saya atau dia sedang suspek sakit yang dia tak nak bagitahu saya……tapi saya pegang pada satu perkara andai dia jodoh saya Allah s.w.t akan tetapkan dia untuk saya dan andai tiada saya redha kententuannya….sebab mengenali dia adalah satu keindahan pada perubahan diri saya dia adalah pembimbing yang baik say beryukur mengenalinya…..walaupun hati berbisik anggap dia akan kembali pada saya…hnya waktu yang dapat menentukannya dan hanya saya dapat lakukan hnya sayang diri saya sahaja. Hati tetap rindu hanya sedekah al-fatihah dan menyebut nama yea saja saya sapat lakukan….. Insyallah ada sebab benda ini Allah s.w.t duga kita sama seperti saya mmg perempuan nmpak kuat tapi hati lemah tapi hanya Allah s.w.t dapat mengubatinya jika kita sentiasa ingatNYA. Kini itu sahaja saya dapat lakukan pasti ada kebahagiaaan yang lebih baik akan datang untuk kita jika kita bersabar.
Keadaan kita hampir sama , smasa sy stdy dlu sy prnh brcinta dgn seseorg ni tp dlm tempoh yg singkat , kemudian dia lepaskn sy atas sbb masalah keluarga dan sakit , tp selepas setahun brlalu , di dtg mncari sy semua , dia brjanji utk tidak sesekali ulang kesalahan lalu , sy terima dia dh kami couple hmpir dua tahun , tp baru2 ni dia brtubah prangai , makin menjauh , alsan nya sbb dia sakit .. and skrg sy cuma mmpu brdoa supaya allah tunjuk kn jln yg trbaik utk kami malah sy x brhenti doa supaya hti nya masih ad sy dn trima saya seperti biasa .
saya dah pernah baca post ni before, hari ni sy baca lg sekali utk cari kekuatan diri. saya menghadapi situasi yg sama seperti penulis. 4 tahun percintaan, adalah jangka masa yg sgt lama. 2012 kami knl dan 2 mac 2016 dia memutuskan hubungan dengan alasan yang tidak logik dek akal. Dia meminta saya melakukan solat istikharah kerana sepanjang tempoh dia buat, dia tak nampak bayangan sy, ya Allah..remuknya hati waktu itu. saya akui pada mulanya saya sgt marah,bencikan dy! tapi tidak sekarang, saya dh berfikir dengan cara yg matang. setiap yg berlaku ada hikmahnya. saya dh maafkan dia dgn setulus hati dan sentiasa mendiakan kebahagiaan dia. sekarang hidup lebih tenang tanpa dendam.. thanx Allah kerana berikan sy kekuatan..
Persis sy alami saat ini. Berjsnji thn 2012 berakhir agustus 2016. Ga tau sampai kpn bs move on
lepas ayah dia arwah..aku jaga dia dengan sepenuh kasih syg aku. terlalu sayang sampai sanggup berkorban apa saja utk dia. aku ambik keputusan bertunang dengan dia utk menunjukkan yg aku betul2 sayang dia. semua permintaan dia aku tunaikan walaupun dia tak pernah demand mcm prempuan2 lain. sayang aku kat dia memang smpai melebihi had. betulla pepatah mengatakan “jika kita bersedia menerima dia, kita juga mesti bersedia melepaskannya” tp sungguh aku langsung x bersedia hilang dia. lagi 4 bulan km akan berkahwin. kadang2 aku taktaw pun apa puncanya km bergaduh teruk. mungkin salah aku atau dia. org selalu kata lelaki ni ego. tp aku selalu mengalah dengan dia walaupun salah dia.. egokah aku? aku sampai tak boleh tidur malam, terbayang2 kenangan dgn dia. banyak sgt kenangan. org kata ni dugaan bertunang. sepatutunya sama2 menghadapi. tp aku dh mula rasa tewas dgn duggan ni bila dia dengan senang hai kata “kalau nk blahh, blahh laa” . hancur hati aku..lepas semua apa yg aku korban utk dia. semua kebaikan aku dia x pernah Nampak. tp keburukan aku dengan pantas dia Nampak. betulla ka ta org bila lelaki melakukan sesuatu dia takkan tunjuk sebab tu perempuan selalu Nampak laki ni macam tak berkorban apa2. sedih sgt. baik dia jahat dia aku tak pernah cerita kt org. aku simpan ja dalam hati aku. tp jahat baik aku dilupakan, jahat aku diaibkan. sungguh aku sakit hati. aku malu kalau putus tuning, mana aku nak letak muka. cmna aku nk menghadap org sekeliling. sakit dia tu perittt sgt. semoga allah selamatkan ikatan pertunangan aku dan dia smpai ke jinjang pelamin n selamanya. sungguh aku tak kuat
Assalam…saya ase sedih bila baca kisah2 org yg kita care selama ni hilang tanpa berita .. sama dengan apa yg saya sedang alami sekarang ini..3 thn berkawan rapat..bekerja di bawah company yg sama cuma berlainan lokasi..dia tiba2 sepi tanpa berita…4 bulan sudah berlalu..puas fikir apa salah saya….dulu dia pernah mengatakan yg dia mmg ada “serious relationship” dengan saya sahaja.. tp ucapan itu hanya tinggal ucapan..kata2 itu mungkin untuk menyedapkan hati saya saja…tergamak dia mempermainkan perasaan saya……
Dia tak appreciate segala pengorbanan yg selama ini saya curahkan…Perit dan terluka rasa hati bila diperlakukan begini…dia buat saya mcm sampah..
Tak pe lah..Mungkin Allah nak menguji saya..Saya redha sekiranya setakat ini sahaja hubungan saya dan dia.. Tipulah kalau saya katakan saya tidak merinduinya..walau apapun Saya akan cuba untuk melupakanya…..Doakanlah saya.. agar dapat saya melupakanya buat selamanya..
Salam
.saya prnah ada kekasih..tinggal di pahang..saya penang..kmi bkawan hampir setahun lebih..boleh dikatakan stiap hari kmi chat xkirala di fb or wsap. .kmi saling mncintai..klau sehari tak chat pasti kmi akn saling merindui..slpas dah knal hati budi masing2 kmi pun merancang utk berkahwin dan berjumpa.
Tetapi secara tiba2 dia mnyepi..kini sudah dua bulan dia mnyepi..saya cuba call dia ttapi x dpt dihubungi..betapa sedih dan risaunya hati ni mmikirkan dia..dia seorg yg baik..jujur..pndai jaga hati saya..kmu saling percaya..saya x pnah mnyangka yg dia akn curang dgn saya sbb setahu saya dia mmg seorg yg baik..
Cuma sekarang ni saya risau apa2 yg xelok brlalku padanya..plbgai prsoalan brmain di minda saya ..adakah dia sudah mnemui ajal? Klau ya mmg sedih sangat hanya Allah yang tahu..huhuhu..
Skarang ni pun saya masih merinduinya walaupun saya sudah ada kekasih baharu..sukar utk saya mlupakannya..ya Allah prtemukanlah aku dgnnya..aku ingin mngetahui keadaannya ..
percaya dan yakin cinta itu anugerah Illahi,manusia hanya bisa jalaninya saja,percaya juga Allah yg punya kuasa bolak-balikkan hati ummatNya,hanya saja dalam semua perkara hubungan laki perempuan,pegang juga dalil:”apa yang kamu pikir baik untukmu,sesungguhnya tidak baik,apa yang kamu pikir buruk untukmu sesungguhnya itulah yang baik untukmu”
Jadi menjalani hidup ini jika terjadi putus cinta,anggap sebagai bunga kehidupan ,namun bagi perempuan,tetap jaga cinta sebagai anugerah tidak berubah jadi musibah macam terlanjur zina,hamil tanpa nikah,dan lainnya.
Ada masa dibutuhkan untuk self introspection,self valuation,recovery juga atas sakit hati akibat hubungan bertahun dibangun namun kandas saat mau ke pelaminan buat yang lajang,bahkan saat perkawinanpun kandas.
Bangun cinta pada Allah dan Rasul lebih kuat dari cinta pada calon atau suami,jadi saat yang tak diharapkan terjadi,diri ini masih punya cinta utama,pada Allah dan Rasul.
salam… apa yg dialami suadari sedikit sebyk m’berikan motivasi utk sy bangun semula. sy seorg ibu tunggal & 3 org anak yg masih kecil 7/5/3 tahun. sy baru shj diceraikan ex hubby dgn talak 2. kami dah bkahwin 8 tahun & bercinta dr sek lg so skrg klau kira msk 18tahun bersama. semua nya terjadi bila 4 bulan lepas ada perempuan indon yg berstatus bini org anak 1 berkerja di tmpat ex sy kerja. mulanya sy rasa semcm tapi naluri isteri x pernah menipu sy & sy tny betul ke ada apa2 dia nafikan sehinggalah sy nampak dia bersama2 berpelukan dia atas motor sy kejar & serang perempuan tu & sy ingat dia serik tp keaadaan jd makin teruk ex hubby x balik umah & last sekali dia ceraikan sy lepas sy keguguran anak ke4. sy kecewa sgt sy pergi berubat dgn ustaz rawatan islam & seminggu minum air dari masjid rawatan keluar kaca dari mulut sy. sy nekad lepas ex hubby katakan x heran langsung dgn sy suruh dia keluar dr rumah x ada sebab kami sebumbung kalau dah bercerai dia x mahu sehinggalah 1hari sy nekad kemas bajunya & akhirnya dia keluar pada hari yg sama mlm tu jugak dia nikah x berdaftar ngan perempuan indon tu & perempuan tu minta cerai dari suami nya dia indon sana. sy terkejut x sangka dia buat sy mcm tu. sy masih ada meneruskan perubatan islam utk dia & keluarga kami sebab sy syg kan dia & anak2 sering demam rindukan abah mrk. tapi belom menampakan hasilnya lg dia makin jauh & pernah dia dtg berjmpa anak2 & sy diluar dia kata diabahagia sgt2 perempuan tu perfect 10 sempurna sy sgt2 terhina sbb dia langsung x jaga hati sy. selama dia keluar dia x pernah bg duit nafkah anak2 semua sy tanggung sendiri dengan sy yg surirumah sepenuh masa hanya niaga on9 sikit2 shj tp Allah maha kuasa rezeki kami ada shj. sy x boleh lupakan dia puas sy cuba & masih mengharap dia kembali & x pernah putus bersolat hajat, mengaji & juga rawatan islam. kawan2 & keluarga suruh lupakan dia tp mmg sukar sy nagis di sejadah tiap2 mlm buat solat2 sunat taubat, hajat & tahajud sebab x boleh tido. adakah sy begitu bodoh? sy x pasti? bila anak2 sering sakit ingin kan dia sy rasa mcm nak gila dia langsung x hiraukan kami bila sy call baru ingat anak2 kalau x dia dok bahagia dgn perempuan tu shj. susah nak terangkan bila Allah masih belom padamkan ingatan pada dia sy hanya berharap ada sianar baru utk sy & anak2 sebab sy tahu Allah maha adil. kadang kala sy tertanya sendiri perlukah sy meneruskan perubatan ini? sy keliru sebab beberapa hari lepas anak2 call dia & dia berckp ngan sy dia x akan lepaskan sy dia suruh sy tunggu? bodohkah sy? kalau sahabat ada cadangan sila share pada sy utk sy jadikan motivasi. tq
bersabar ya puan,,, In Shaa Allah kalau dia bnr2 jodoh puan dia akn kmbali ke pngkuan puan dan ank2.. rsnya x slh kalau puan msih ingin mneruskn rwtn trsbt. Situasi puan sma seperti yg sy alami,,cuma sy x mau brharap ex sy akan kmbali kpd sy dn ank2. sebb dia sudh membina kebhgian brsma wanita yg tlh mnghancurkn rumhtngga kmi. Saya pn msih belum mndpt pekerjaan tp alhamdulillah sokongan dr kelurga byk mmbntu. Apa pn hidup prlu diteruskn. Semoga mrk mndpt hidayah dr Allah.
Terima kasih pn umie… sy masih meneruskan perubatan islam sekarang & yg sy jalan kan ke atas dia 5 tempat perubatan. sy yakin dia terkena & sy tahu Allah tidak pernah tidur. bodoh lah kalau sy katakan yg sy x obses tp sy anggap yg sy berbuat semua ini atas sebab niat sy padaNya & anak2 kalau niat sy baik in sya allah dia kembali… begitu byk org yg mencemuh dia lupa diri tp sy x pernah ambil peduli sampai yg kata sy sgt2 bodoh & gila talak!? apa sy x layakah mendapat semula abah utk anak2 sy yg sgt2 perlukan dia krn sy kenal dia bukan nya seorg yg kejam dia sgt penyanyang & abah yg baik satu ketika dahulu. kebahagiaan anak2 sy penting utk sy. siapa yg tahukan kita meratapi dimlm hari? bukan tidak percaya pd takdir tetapi sy cuba berusaha sebab sy diceraikan tanpa bersebab krn perempuan itu. skrg dia tagih sy utk bermadu? setelah apa perempuan itu lakukan pada sy & rumahtangga sy dia minta ex sy pujuk sy bermadu dengan nya? perempuan tu sgt2 saiko! sy kdngkala rasa myb sy lebihkan keluarga sy dahulu drpd Allah kini Allah menguji sy. Ya kita tidak sempurna tp sy bertuah krn sempat bertaubat padaNya. cuma permainan perempuan itu memeningkan sy sebab sy sama sekali x akan terima utk dimadu dgn dia! skrg sy dah berusaha & kini sy hanya bertawakal pada Allah andai niat sy baik dia yg maha mengatahuinya… moga 2016 jalan sy dipermudahkan & sy bersyukur sgt2 Allah maha pemurah sy dah ada perkerjaan utk menyara anak2 sy walaupon tanpa nafkah dari dia. sy harap pn umie akan mendapat perkerjaan & murahkan rezeki….
Puan tak bodoh. Sabarlah. Itu je yang kita mampu buat. Suatu hari dia pasti menyesal
Ya Allah Ya Rahman Ya Latiff
sakit sungguh rasa tika ini.6 tahun yg dilalui seakan tiada lgsg belas kasihan.Tiada peluang utk diberi pnjelasan knapa dan mengapa oleh nya.Merayu utk mendapat pluang berbicara namun hampa.cuma diberi sedikit pluang deal with his mum.sakit dugaan ni Ya Allah.kepada Mohd Zaidi bin Sarjo smoga awak bahagia
Ini la yg terjadi kat sy skrg ni.. sakit rasenye.. hampir 5 tahun menyulam kasih. Janji utk kahwin dgn sy. Cincin merisik dah beli. Sy seakan2 sudah bersedia utk berkahwin dgn die. Tapi. Rupanya die curang. Berhubungan dgn officemate die yg die baru je kenal tak sampai 4 bulan. Hati sy hancur. Terjatuh. Sy cuba lupakan die, tapi selalu gagal. Lebih sakit, bila sy dpt tau mereka bercadang untuk berkahwin. Sy seakan2 gila. Gila memikirkan die. Sy doa kepada Allah supaya beri petunjuk kpd sy. Sy buat solat istikharah, sy nampak die. Sy x pasti itu petunjuk dari Allah atau itu mainan syaitan. Sy tambah kusut. Dia kate die tak bahagia dgn perempuan tu. Dia rase serba salah dgn sy. Dia contact sy. Dia nak jumpa sy. Seolah2 dia beri harapan kpd sy. Sy tak tau nk buat ape. Sy akui sy masih cintakan dia. Tapi adakah dia mmg ditakdirkan utk sy.. hmmm..
sedih jg bila dgar ksah2 d tngglkn kkasih ni.. hmm
tp kta kna prcaya dn yakin seyakin2nya jodoh kta sbnarnya sdh di tentukn Allah S.W.T, ..
brapa lma pn kta stia dgn org yg pling kta syg klu bkn jodoh kta x bsama jg..
lbih baik terus bdoa dlm diam, agar Allah jdkn dia jodoh kta atupn akn ada yg lbih baik Allah krimkn dr drinya :)
Sebak hati bila baca blog ni..ya..saya pernah mengalami perkara yang sama..dah 10 bulan dia pergi tanpa kata,tanpa sebab..yang sedihnya,saya kena hadap muka dia bila ada masa2 tertentu..macamana nak lupakan dia?bila saya call/msg tanya sebab kenapa dia tinggalkan saya,hanya sepi yang saya dapat..bila rindu,saya menangis…saya baca mesej2 lama kami..ya Allah,betapa kerdil nya rasa diri ini…dia berubah jadi orang yang saya tak kenal..betul lah kata orang,hati manusia cepat berubah…dalam 10 bulan ini,tak pernah sehari pun saya lupakan dia…
as salam …cerita kt sama…apa yg kt lalui serupa…dia pergi tnpa spatah kata…sakit..sedih…trluka…segala macam rasa yg ada….10 bulan kt lalui tnpa sehari pn x mngingati dia….ya Allah…dugaan ini trlalu perit namun kt kena kuatkn smngat dan yakin Allah maha adil dan sntiasa brsama kita…ada hikmah yg kt x tau….perancgan Allah juga yg trbaik…
dikisahkan sy bertemu cinta seorg gadis yg baik peramah. mude dri sy 5 tahun. asal dari melaka.. sepanjng 8bulan berkenalan sy ngn si dia, sy tau segala peribadi die.. background org susah. anak sulung, blaja x tinggi. disebabkan sy melihat die. kenal die. sy decide diri sy untuk berkawin dgn die, ikhlas nk bantu die. syg die.. pada satu hari selepas sy sudah merisik ngn si die.. Allah da bagi ujian dekat sy. muncul nye org baru.. gadis baik berpelajaran, kerja kukuh.background family yg baik. gadis baru itu dari lukut port dickson. sy solat istikharah kerana sy terpakse buat pilihan utk mase depan sy. selepas itu sy fikir masak2. sy tgglkan bdk melaka dan pergi ke bdk lukut.. hati perasaan sy berubah. disebabkan itu mule bercinta dgn gadis baru. ye pada mase itu sy terase diri sy kejam. selfish.. penting kn diri sendiri. buat keputusan terburu. sy sedar. nak jadi kan cerita. sepanjng 2bulan kenalan ngn gadis lukut. sy decide sy nak kawin ngn die kerana die pernah putus tunang da umurnya beza setahun atas dari sy. mak ayah die restu hubungan kami. pada mase itu. secare tiba2, si gadis lukut x jadi kawin da berubah perasaan. die tinggalkan sy tanpa sebab munasabah. selepas itu sy dpt tau di fb. die sudah ade org baru dan decide nak kawin tahun depan. hati sy terluka sedih tido xlena. difikirkan balik sy patut terima balasan sy atas perbuatan sy dkt bdk melaka. karma. pusing2 sy kena balik. sy tau sy salah. sy redha dan tawakal. mgkin ini bkn jodoh sy. Allah hanya menguji sy. byk dosa sy. Alhamdullilah. skrg sy dekatkan diri dgn Allah. solat. dan berdoa. sy mahu jadi manusia yg lebih baik
assalamualaikum…sy bce komen bnyk yg slhkan lelaki je..tp mcm mne dgn sy yg da bcnta 7thun tp pts x smpai 1 arie pn..lpas brjnji smuanyer akhr nyer hnya la jnji yg xkn trtunai..da 2thn brlalu..prsaan 2 tetap sma.,:'(
kebnyakkan komen yg sy bc semua mnjerumus ke arah kecurngan & kehdirn org ke3.. nsib yg sma sy alami,,penceraian brlku apabila cinta sudh bralih arah kepada org ke3.. lupa akn istri & ank2 yg msih kcil yg perlukn ksh syg seorg ayh… nmun apa kn dya,, kehdirn org ke3 n cinta kpd org trsebut lbh kuat brbnding istri & ank2.. cinta buat istri dikatakn sudh pudar dn tiada sefahamn lg..pintu hti sudh trtutup buat si istri,,sgt trluka nya ktika itu,,semua keslhn diletakkn pd si istri..walaupn sukar tuk melupakn kerana ksih syg yg msih kuat buat dirinya..apakn daya….. hnya mampu berserah & redha atas apa yg trjd…
Puan, citer kite sama.. bole kite berhubung? Sya nk panduan drp puan. Sya bru 1 bln lbh bcerai..
selama 25 tahun hidup,nasib sy tidak berapa baik dlm percintaan. 2 tahun lepas,sy ditinggalkan kekasih tanpa kata. Bila diselidik,rupa2nya dia sudah ada kekasih lain yg lebih cantik dan seksi. Hbungan yg sudah 6 tahun terputus begitu saja pada tanggal 1 ramadhan. Sy redha dan lebih menyalahkan diri sy. Mgkin sy x cukup cantik atau x cukup baik utk dia yg kelihatan hampir sempurna sbagai sorg lelaki pada zahirnya. Sy kemudian bawa diri ke ibu kota kerana mahu menghapuskan sgala kenangan bersamanya. Bygkan selama 6 tahun bercinta,segala ceruk di melaka pernah kami pergi dan itu sgt2 menganggu emosi sy dan sntiasa terbayang2kan wajahnya di merata tempat. Sedangkan dia sy lihat tersenyum bahagia bersama kekasih barunya. Sy lalu berhenti kerja dan tinggalkan kmpung halaman dan mncari kerja di ibu kota. Sy seorang diri di tempat asing. Hnya Allah yg byk mmbantu dan mempermudahkan sy mndapat bilik sewa dan pekerjaan. Sy byk dekatkan diri pada Allah,berdoa agar hapuskan bayangannya dari fikiran. Sehinggalah seorg lelaki muncul menghulurkan salam perkenalan. Meskipun hati masih trluka,sy cuba juga brkawan dengannya dan akhirnya kami brcinta. Alhamdulillah kami bahagia dan dia lelaki yg sgt baik. Beberapa bulan brcinta,tiba2 di hadapan sy dia dpt panggilan telefon dari ibunya mengatakan bahawa dia akan dinikahkan dgn gadis sekampung dalam tempoh sebulan. Dan ibunya menyuruh dia bersiap sedia dgn segala dokumen. Dan smua persiapan ditanggung oleh keluarganya. Sy lihat air matanya menitis. Dia merayu sy beri masa utk dia jelaskan pda keluarganya. Tp sy sedar dia anak yg baik..setelah berfikir dalam2 sy meminta dia ikut saja kehendak keluarga kerana syurganya trletak di bwh tapak kaki ibunya. Sy berlalu pergi meninggalkan dia yg merayu dan menangis..sy cuba tahan air mata. Di atas sejadah sy hamburkan segala tangis. Pedih. Melepaskan insan yg kita cinta dan mencintai kita sgt2 sukar. Hingga bberapa jam sbelum pernikahannya dia masih sempat mghubungi sy dan minta sy tggu dia..sy hya mmpu diam..dan sy mmberi kata2 smgt utk dia teruskan lafaz nikah trsebut. Slps dia bernikah,dia masih menghubungi sy dan kerap dtg ke tmpt krja sy hingga mnjadi mslh dlm rumahtangganya. Isteri dia menghubungi sy dan minta sy mnjauhkan diri dri suaminya. Kerana menurut dia,suaminya kerap meracau dlm tidur menyebut nama sy dan menangis. Sbagai sorg isteri sudah tentu dia trluka. Sy akur dgn permintaan isterinya. Sy brhenti kerja, pindah rumah. Dan bkerja di tmpt lain. Sehinggalah bos di tmpt sy meluahkan isi hatinya. Dia merupakan sorg duda. Tp bg sy,dia juga lelaki yg baik,taat pada ibu,dan sorg yg rajin bersolat serta ke masjid. Sy tutup pintu hati sy pda mulanya. Hnya brkawan biasa sehingga adik dan ibunya sndiri menghubungi sy utk menyatakan hasrat merisik dan tunangkn sy dgn anaknya. Sy istikharah dan brfikir. Akhirnya sy brsetuju. Pada firasat sy,mgkin ini jodoh dan takdir sy. Cinta boleh dipupuk perlahan2. Kami ditunangkan pada hari lahir ibu sy dlm suasana yg meriah sekali. Slps brtunang sy mula bljr mncintai lelaki itu. Dan dia juga trlalu baik pada sy. Dia rajin masakkan utk sy,membeli mcm2 utk sy. Tp tiba2,trdengar desas desus yg mengatakan sy telah menggunakan sihir pada tunang sy sehingga dia mnjadi pak turut bila berhadapan dgn sy. Rupa2nya fitnah trsebut disebarkan oleh rakan kongsi tunang sy yg telah disingkirkan dri pejabat kerana menyeleweng wang syarikat. Dia juga telah menyebarkan fitnah kpd smua staff bahawa jgn mkn apa yg bawa atau masak kerana sy telah letak ilmu penunduk supaya smua org tunduk pada sy..hebatnya kesan fitnah sehingga lama kelamaan sy lihat ibu dan adik2 tunang sy juga sudah mula mnjauhi sy..rupa2nya pemfitnah itu telah pun mghubungi bakal mertua sy dan memburuk2kan sy dan tunang sy. Sy tahu dia berdendam kerana sy lah yg telah menjumpai bukti penyelewengan dia..jadi dia mahu memusnahkan syarikat dan hbgn sy serta tunang.Allahuakbar. Sy diuji bertubi2. Seluruh kaum keluarga tunang sy mula mencurigai sy. Mereka jumpa bermacam2 dukun,bomoh kononnya utk memulihkan tunang sy. Jika dah nama pun dukun penipu,mereka mengatakan kononnya mmg sah sy ada memegang tangkal dan gunakan ilmu penunduk kpd tunang dan juga keluarga tunang sehingga suatu ketika dlu mereka terlalu sukakan sy..sy sedih..ibu mertua yg sy sanjung dan hormati telah berubah sikap malah menghasut tunang supaya meninggalkan sy..sy simpan sgala mslh drpd pengetahuan keluarga sy..sy xnak mak terluka..sy xnak mak malu..sy cuba juga slmtkan keadaan. Tunang sy masih bersama sy dan percayakan sy. Kami brjuang demi hbgn kami. Sy kerap hntar sms dan hubungi ibu mertua tp hnya cacian dan fitnah yg sy dpt. mereka menuduh sy control tunang sy dan mengikis hartanya. Sejak kejadian itu sy kerap diganggu dgn makhluk halus hingga histeria. Begitu juga dgn tunang yg kerap muntah darah. Smpai satu tahap,tunang mengajak sy nikah di thailand utk menghalalkan hbgn kami dan menghentikan sgala gangguan ke atas kami. Kami slmt bernikah pada mac 2015 secara rahsia.Namun,dugaan dtg lagi..bekas rakan kongsi suami sy telah menyebabkan syarikat bankrap dan trpaksa ditutup. Sy hilang pekerjaan. Mujur suami ada side income dan boleh menampung perbelanjaan kami scara sderhana. Oleh kerana pernikahan kami dilakukan scara rahsia,maka suami sy x boleh terlalu kerap brsama sy. Dia sering pulang ke rumah ibunya dan di situ fikirannya terus terusan dihasut oleh ibu,adik bradik dan saudara maranya supaya meninggalkan sy. Bermacam2 jenis fitnah dan hasutan sehingga suami seakan2 mula terpedaya. Ibu mertua turut bawa suami sy berubat..dan di depan suami dukun trsebut mengesahkan suami sy dah terkena ilmu penunduk daripada sy!suami pulang dan bertanya pda sy. Demi Allah..sy bersumph sy x prnh lalukan pkara syirik trsebut..lantaran itu,kami kerap bergaduh,dan tiap kali bergaduh suami akan keluar dari rumah,tinggalkan sy sorg diri tnpa nafkah berhari2 lamanya. Dia akan off telefon supaya sy x boleh menganggunya. Hanya pada Allah tmpt sy mengadu..apabila suami pulang,adakalanya dia jd terlalu baik pda sy seperti dia yg mula2 sy kenali. Ada kalanya dia sgt kejam hingga memaki hamun sy. Sy tahu suami sy keliru..antara sy,atau ibunya..pernah sy minta agar diceraikan saja supaya suami boleh menjalani hidup sperti dlu brsama kluarganya. Tp suami tak mahu menceraikan sy walau apa pun yg trjadi. Dia lebih rela meninggalkan sy tnpa lafaz. Sy benar2 tertekan. Sy luahkan sgalanya pada kakak dan abg sy. Mereka trkejut tp memahami. Dgn mereka tmpt sy mengadu tiap kali suami tidak pulang ke rumah..dan pada aidilfitri baru2 ini,sy juga x merayakan brsama suami..sy sedih..tp sy pasrah kerana kami bernikah scara rahsia. Dan tidak didaftarkan di sini..kini,suami masih belum pulang menemui sy..dia tinggalkan sy tnpa sebab..kali terakhir dia brjumpa sy,hbgn kami biasa2 saja dan x brgaduh..dia keluar rumah utk jumpa kwn katanya dan brjanji akn pulang pada malam hari. Tp pada malam yg dijanjikan sy tggu kepulangan dia hingga ke subuh..tp suami x kunjung tiba. Sy cuba hubungi dia tp panggilan x brjawab. Akhirnya dia off kan telefon. Sayu hati ini..sudahlah hilang pkerjaan,tiada kenderaan..kewangan pula semakin susut..apa yg sy boleh lakukan dgn hanya rm40 di tangan?suami lgsung tak beri nafkah sejak bulan ke dua kami bernikah. Alasannya mudah,kalau nak duit,minta. Tp bukankah nafkah itu wajib diberikan meskipun isteri x minta?sy mengemis simpati kakak..dialah yg byk mmbantu sy..cuma sy benar2 terperangkap. Sy x boleh tuntut fasakh di mahkamah syariah krn pernikahan kami x didaftarkan. Kini hampir 5 bulan bernikah tp sy x merasai nikmatnya mnjadi seorang isteri..sy cuba pasrah dan x prnh putus berdoa agar dilembutkan hati suami dan ibu mertua serta adik2 ipar. Sy sygkan hbgn kami. Dan bg sy dialah lelaki terakhir dlm hidup sy. Sy serik utk brcinta lagi. Andai dia tetap mahu menggantung sy x bertali,sy redha dan sy mohon Allah ampunkan dosa2 suami sy. Di saat sy mula mencintainya,dia pula pergi jauh dari sy..kekuatan sy skrg cuma Al quran dan solat. Sy perlu keluar dari rumah utk cari pekerjaan. Sy mohon Allah ampunkn dosa2 sy krn keluar rumah tnpa izin suami..sy perlu cari duit utk alas perut dan beli keperluan lain..bagaimana sy mahu minta izin sedangkan dia x dpt dihubungi? Ada juga sy hntar Msg tp pending. Bila dia on telefon,sy lihat msg trsebut delivered..kemudian cpt2 dia off kan smula telefonnya..x apalah..sememangnya dia x mahu sy menganggu hidupnya. Allah maha mengetahui stiap yg trjadi di langit dan di bumi. Dan dia xkan uji kalau sy x mmpu kan?sy maafkan suami sy,dan smua org yg trlibat scara langsung atau x lngsung dlm konflik ini..tp meskipun ujian ini berat,sy xkan pernah menyalahkan takdir atau brsangka baik pada Allah. Sy yakin Dia sedang merancang ssuatu yg lebih baik utk sy. In sha Allah.
ya allah sedih nya bila saya baca..saya doakan awak tabah
banyak berdoa nya
mmg yg sy mmpu lakukan skrg hanyalah tabah dan berdoa. Tp sy tetap usaha utk hntar msg pada suami dan update apa aktiviti harian sy dan kdg2 sy imbas kembali kenangan2 manis serta janji2 yg prnh kami patrikan dahulu..walaupun msg trsebut pending sbb telefonnya ditutup,tp at least bila dia on,dia pasti akan baca dan sy hrp sdikit sbyk msg2 trsebut akan menyentuh hatinya. Dlm usia pernikahan yg baru nk masuk 5 bulan,spatutnya masih di fasa bulan madu kan?tp lain jadinya pada sy.hehe..sy sunyi,keseorangan dan ketakutan..kalau iman x kuat mgkin da lama sy curang..tp sy sedar sy ni isteri org dan terlalu besar dosa sorg isteri yg curang..x apalah,Allah x pernah tidur..sy akan terus brsabar dan berdoa..in sha Allah besar ganjaran bagi hamba2Nya yg bersabar. ????
Sedih dengan kisah awak terkenang kisah saya sendiri yang baru terjadi dan amat sukar untuk saya teruskan perjalanan. Saya telah ditinggalkan kekasih saya 2 bulan yang lepas selepas 5 tahun kami bersama. Segala liku2 hidup suka duka kami lalui bersama sehingga saya mendapat tahu dia telah curang dengan saya telah ada lelaki lain dihati dan setiap hari keluar bersama. Alasan dia tinggalkan saya sebab 5 tahun dia telah beri saya peluang untuk menikahi dia tapi saya gagal. Bukan saya tak nak tapi masa tidak sesuai. Dia tinggalkan saya dalam keadaan saya amat terdesak dan dalam keadaaan saya baru saja diberhentikan kerja dalam bulan puasa. Saya merupakan saudara baru atau mualaf. Dia lah yang banyak memberi saya dorongan dan sokongan kini dia lah juga yang tinggalkan saya. Sepanjang permegian dia memang susah hidup saya 2 minggu saya tak makan tak cukup tidur hari2 nangis. Saya akui saya lelaki tapi saya tak setabah lelaki lain saya juga ada hati dan perasaan dan naluri. Saya hanya ditemani oleh kucing2 kesayangan saya untuk saya teruskan kehidupan saya sehingga saat ini. Saya dekat kan diri pada allah berdoa sepanjang masa. Walau 2 bulan berlalu sehingga saat ini amat sukar untuk melupakan nya.
Salam sis..lepas baca kisah hidup sis sy xdpt bygkan ujian yg sis lalui..sis memang tabah..sy cuma nak ckp satu je..mungkin Allah Uji sis mcm tu sbb takda lelaki yg layak utk sis kat dunia Ni..Sabar ye..jejaka tampan menunggumu di syurga..masa tu bahagian sampai bila2 insyaallah..
saya pernah mengalami sangat perit
dia nak tinggalkan saya tanpa sebarang sebab
mula memang aku menangis tanpa henti selama 3hari
tak cukup tidur, makan tak lalu, mandi tak basah. menangis dan terus menangis.
saya duduk seketika dan beristighfar bahawa saya ada Allah. saya solat membaca Alquran. saya berzikir.
barulah saya tenang. saya percaya Allah tak akan menguji kita melebihi dengan kemampuan kita
saya redha. ada sebab Allah pisahkan saya dengan dia. saya banyak abaikan Allah semasa bercinta dan ingin merancang berkahwin. saya leka dan lalai.
alhamdulillah kini saya dapat terima apa yang dah jadi. saya hanya berfikir, ini semua ujian. ini semua mengajar untuk lebih berfikir. ini semua lakonan di atas dunia.
dosa saya pada Allah sangat lah banyak. tak tertanggung rasanya. tak pelah. saya sekarang perlahan ingin mendekatkan diri pada Pencipta.
Hidup Mati Jodoh Perpisahan Sakit semua Allah Tentukan.
Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.
Assalammualaikum. dah setahun kisah ni berlalu, tapi tipulah kalau sy cakap sy dah buang dia terus dari hidup ni. sampai ke hari ni sy still lagi ingat dekat dia, still lg berharap dia datang semula dalam hidup sy, walaupun harapan sy tu tipis @ langsung tak ada harapan sebab dia dah berkahwin. kami kenal dari form 1, tapi mula rapat masa from 3. tempoh hubungan kami 7 tahun. Alhamdulillah, sepanjang tempoh berkawan tu family semua tahu sampai satu tahap kami rancang untuk bertunang. tapi atas sebab tertentu, kami terpaksa tangguhkan dahulu majlis tersebu dan perhubungan tu still bahagia dan ok. sy ingat lagi masa hari ulangtahun perkenalan yg ke-7, dia ada cakap dan berjanji yg dia tetap akan jaga dan tunggu sy walau apa pun terjadi, saat janji tu dilafaskan, ye hati sy bahagia sangat. tersangat bahagia. tak lama lepas ulangtahun perkenalan kami, dia senyap tanpa sebarang pesan. segala mesej tak dibalas dan call tak diangkat. sy cari dia. sy jumpa dia, bila sy tanya kenapa dengan hubungan kami, dia diam. diam tak berkata apa. bila di tanya ada orang lain, dia diam sampai kesudah. sampailah satu hari tu, hati ni tergerak nak bukak facebook. dan difacebook tu dah terjawap segala persoalan yang pernah sy tanyakan pada dia satu hari dulu. dia bertunang, bertunang tanpa pengetahuan sy. bertunang dengan perempuan satu tempat kerja dan satu department. perasaan sy saat tu, hanya Allah je yang tahu. dan bulan 12 tahun lepas, dia selamat menjadi suami orang dan bukan suami pada sy. lagi sy sedih dia nikah pada tarikh ulangtahun perkenalan kami, sedih tersangat-sangat. air mata jadi peneman malam-malam sy, kenangan lalu jadi peneman malam-malam sy. lagu-lagu sedih jadi peneman malam sy. sakit, terlalu sakit perpisahan ni. sy menangis mak abah sy, sy nangis depan kwn-kwn yg tahu hubungan sy. sy nangis sepanjang hari. dan sampai ke hari ni, air mata ni tetap akan mengalir bila teringat dekat dia. family banyak bagi semangat. kawan-kawan pun sama. sy kuat demi diorang. sy sibuk kan diri sy dengan kerja. sy buang semua memori dgn dia, tapi sy tetap ingat dekat dia, sampai ke hari ini, sy masih bertatih untuk lupakan dia 100%. kadang-kadang ada jugak sy curik-curik tengok facebook dia, bagi lepaskan rindu. ye, sy rindukan dia, sy rindu masa dengan dia. sy rindu semuanya. tapi bila sy tengok dia dah bahagia, sy slow-slow tinggalkan semuanya. dan sy masih dlm proses untuk buang kenangan dia dan sy. cuma satu sy pegang, sy kuat sebab family sy, mak abah sy dan masa depan sy. mungkin ada hikmah disetiap kejadian. Allh yg lebih mengetahui segalanya.
ya allah sedih nya baca. bersabar nya..bila teringat kat dia sedekah kan fatihah.
jangan bersedih sebab Allah kana ada
tq sahabat.. :-)
sm2 awak..perempuan je faham perasaan perempuan.
bersabar nya..
sy rasa diri lemah bila d tinggalkan kekasih dan dia pergi dengan perempuan lain. sy rasa perit sangat, xda kekuatan untuk teruskan hidup. bbulan baru sy dapat pujuk hati saya. tapi 2 tahun hati sy kosong kerana xda yg dapat ganti dia dlm hati sy,dan tiba2 dia dtg kembali dalam hidup sy. masa tu hati sy rasa x mau d sakiti untuk kali kedua tp sy x dpt tipu hati sy dan sy terimanya kembali menjadi kekasih sy. selepas 3 tahun bercinta utk kali kedua dengannya, xsangka akhirnya dia putuskan sy utk kali kedua kerana perempuan lain. hancur luluh hati sy,selama 9 tahun dia dalam hati sy tapi dia sanggup mainkan perasaan saya. saya rasa kasihan dengan hati sy yg dulu hncur, sy kumpul dan gam semula untukny. akhirnya dpecah kembali. mungkin kerana kekhilafan sy yang hanya sentiasa ingin kan dia menjadi kekasih sy membuat kan sy buta dengan org yang lebih baik d sekeliling sy. saya salah menerima dia dalam hati dan hidup saya dahulu kembali. sakit sgt terasa hanya Allah yg tahu.sy kuatkan semangat dan berdoa minta kekuatan dari Allah. hanya tangisan yang sering bersama saya pada masa ini.
Salam, apa khbar? Saya tersentuh dengan post2 awak…skrg awak buat apa? Maaf, saya balas sbab saya mngalami perkara yg sama dengan awak..sbab syg rela bertahan dengan kekasih hati walaupun kita sedar kasih sygnya bukan lagi tuk kita. Layannya lain dri yg dulu, kita sentiasa rasa terabai walaupun dia berada disamping kita. Dah dekat tapi hati sentiasa sedih dan tak pernah bahagia. Tapi susah mau tinggalkan sebab sayang.
saya terjumpa artikel ini ketika sedang mencari cari jawapan..kenapa lelaki pergi tanpa pesan.
cerita saya bermula apabila berkenalan dengan seorang insan bernama “lelaki”.
pada mula perkenalan saya tidak pernah menduga bahawa dia akan mencuri hati saya..kerana he is not my type..maksudnya dia muda..
setiap hari dia akan menghantar wapp dengan kata2 manis..memujuk dan merayu..pada mulanya saya hanya melayan dia sebagai teman biasa kerana baru berkenalan dan tidak tahu latar belakangnya..adakah dia bujang atau suami orang..walaupun begitu saya tetap membalas wapp darinya..lagi pun saya tidak suka menyakitkan hati orang..walau siapa pun jua..
namun dia tidak berputus asa..dan akhirnya saya telah mula menyukai dia tanpa disedari..saya selalu menantikan wapp darinya..dan tersenyum sendiri bila ada wapp masuk..saya mula dibuai rasa seronok berkawan dengan dia..dia kata “i love you” “i miss you” ..kata-kata ini selalu bermain difikiran..nak kata saya cintakan dia juga..tak tau la..tapi yg pasti saya happy bila jumpa dan chat dengannya..akhirnya kami jadi kekasih..
sehinggalah pada satu ketika dia tidak lagi membalas wapp saya..hati mula bertanya kenapa..apa yg telah berlaku…dia pergi tanpa pesan..dan saya mula merasakan sesuatu yg amat sakit menusuk jiwa..hati bagai nak runtuh..saat itu saya sedar bahawa saya betul-betul telah jatuh hati padanya..tapi malangnya dia tinggalkan saya begitu saja..
sehingga ke hari ini..saya masih teringatkan dia bila terdengar lagu kegemarannya. sebak bila mengenang kembali saat-saat bersamanya..tanpa disedari pipi telah basah dengan airmata..semuanya hanya tinggal kenangan..apa pun alasannya..hanya dia yang tau..walaupun terseksa namun life must go on..
saya memujuk hati agar menerima kenyataan bahawa dia bukan milikku lagi..seakan tidak percaya ini reality..baru semalam nyatakan cinta hari ini dah hilang..
soal hati tetap menjadi misteri..yang tak terungkai..hati yang terluka susah nak sembuh..hanya masa yang menentukannya..semoga ada sinar bahagia menantiku disebalik kesakitan ini..
mawar abadi
kisah awak serupa dengan saya ..sedih nya bila org pergi tanpa pesan..seharusnya lebih baik berterus terang dari menghilang tanpa kata.
As slm, per yg sm pnh berlaku pd sy. hr ni genap 3 bulan dia pergi mninggalkn sy. Tiada lg text/ panggilan..sunyi sepi hidup sy tnpa dia. Sy jauhkn diri dr semua org… hnya kpd Allah s w.t sy mgadu….bantal kepala sy basah setiap kali ingin memejamkn mata….sejadah sy basah stiap kali sujud kepadaNya. Percayalah…Allah s.w.t itu Maha adil.mungkin hr ini sseorang tlh myakiti hati kita…suatu hr nnti hatinya pasti di sakiti mgkin dgn cara bbeza.. ada hikmah di sebalik perkara yg blaku….mgkin dia bkn yg tbaik utk kita. Berdoalah….semoga Allah s.w.t beri kita ktenangan dn kekuatan utk mghadapi hr2 mdtg. amin
terima ksh. selepas baca ada suatu yg terlintas dalam fikiran saya..dia bukan yg terbaik utk sy dan bukan tertulis utk sy. memang susah nak lupakan tapi sampai bila nak hidup dalam bayang-bayang semalam.
doakan sy kuat nya.