Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan

tinggalkan
Kuatkan hati saat di tinggalkan tanpa sebab dan alasan * Ashes to Dust by forgetwhatwedid

6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.

Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

 

Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan

We promise always together, but why you leave me alone?

6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?

Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.

Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.

Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.

Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap.

Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.

Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.

Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.

Things end but memories last forever. 

Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.

Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.

 

Tapi, Apa Yang Saya Dapat Akhirnya?

Hanya kesakitan.

Hanya luka yang makin dalam.

Hanya air mata yang jadi peneman.

Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?

Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.

Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?

 

Bila Kita Bersedia Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Itu, Maka Kita Juga Harus Bersedia Untuk Kehilangannya.

Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.

Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.

Saya lupakan Allah.

Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.

Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.

Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.

Tapi Allah?

Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Al-Baqarah: 286)

Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.

Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.

“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]

Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.

Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani.

Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.

 

Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.

Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia.

Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.

Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.

Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.

Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia.  Semoga Allah jaga dia.

 

 

Dengan Menjatuhkan Orang Lain, Kita Tidak Akan Menemukan Apa-Apa. Selain, Kekalahan Di Hujung Jalan.

Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.

Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.

Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran.

Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “

Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan.

Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.

Ya Allah, saat itu saya cukup takut.

Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu.

Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.

Saya menangis lagi.

Air mata tumpah tanpa saya pinta.

Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.

Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.

“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “

Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.

Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.

Sangat membantu.

 

Kembalilah Pada Yang Sepatutnya. Dari Situ Kita Akan Dapat Kekuatan

Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

tinggalkan
Tinggalkan segala kenangan lalu. Bukan mudah, tetapi kepalkan tangan dan bisikkan pada hati bahawa aku boleh!

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah.

Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.

Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.

Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.

Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya?

Kenapa Allah ambil dia dari saya?

Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.

Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “

– Rusydee Artz

Tapi bila renung kembali.

Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.

Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya.

Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab.

 

Bila Allah Tidak Beri, Bukan Bermakna Allah Benci.

Tapi Mungkin Ada Sesuatu Hal Yang Allah Mahu Kita Mengerti.

Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?

Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?

Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.

Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.

Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.

Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?

Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?

Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya.

Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.

Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “

– Rusydee Artz

 

Penutup

Jangan terus berduka.

Jangan terus bernafas dengan kenangan lama.

Allah ada bersama kita.

Janganlah kamu bersedih.

Suatu hari nanti semuanya akan terubat.

Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.

Tak perlu risau akan jodohmu.

Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.

InsyaaAllah. :’)

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Kenyataan yang paling pahit adalah apabila orang yang kita sayang selama ini pergi dari kita tanpa sebarang kata. Kita pasti terseksa jiwa dan hati memikirkan sebabnya.

Pernahkah anda mengalami kesakitan sebegini? Dan setelah membaca panduan ini, adakah ia sedikit sebanyak membantu anda? 

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

262 thoughts on “Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan”

  1. Saya bru ptus bru ptus hbungan 5 tahun dgn awek sy yg sy ingin jdikan isteri. Pada permulaan 3 tahun pertama sgt bahagia tetapi bila sy nk berkahwing ngan awek sy kuarga sy tidak merestui. Selama 2 tahun sy memjuk kuarga untuk terima awek sy. Tetapi rupanya selama 2 tahun tu awek sy dh pun bersedia buat preparation untuk tinggalkan sy dan sehari sebelum puase ni die telah mnta putus. Bila sy tnye knapa nk putus rupanya selama 2 tahun akhir ni dia dh bersedia. Die beritahu selama dgn sy 2 thun akhir ni dia msih stay ngan sy sebenarnya die kesian dekat sy sbb tnggal soqng di tmpat owng. Kuarga sy di selangor dan sy bekerja di perak. Dia juga ada bgthu semasa masih dgn sy sbb kesian dia juga bgthu sbb seolah2 st hnya de dia sowng je. Semasa dia memnta putus puas sy bertanya apa salah sy? Ape yg sy buat? Tetapi dia terus beritahu terlampau lama menunggu sy sehinggakan die merasa bosan, didalam ati dia dh xde ase pape dgn sy. Mula2 nk putus sbb kuarga xrestu, lepas tu bosan. Di awl permulaan perjumpaan dia beritahu semasa dgn dia nk dgn sy sbb masa tu dia tidak ada spe2. Tu sbb dia dgn sy. Sy ase dipermainkan, sy ase dia hanya dengan sy sbb nk hilangkan ase bosan. Semasa dia mnta putus sy de bg dia mse ntuk pkir btul2 dan sy pn blik berjumpa dgn kuarga sy dan mereka telah terima dia. Tetapi apabila sy bgthu pn dia masih xnk. Kte dia dh xde ase pape ngan sy. Dh xnkkan sy. Begitu senang dia lupakan kesah sy dgn dia selama 5 tahun. Dan buat sy sakit ati die beritahu dia nk enjoy life, dia xnk kawen, sedangkan mse sy dgn dia 3 tahun pertama dia yg ajk kawen, skrg bila dh bole kawen, dia plak xnk. Smpai skrg ati sy perasaan sy masih sakit. Sakit sgt.. Mcm mne ni. Sy thu bunga bkn sekuntum tp sbbkan jd mcm ni sy dh trpkir nk cri pompuan len.

    Reply
    • Hi bro..kte senasib kot..btw aku pun sm..br je kne tinggal ngn pmpuan..diam je tbe..last 2 days dia ckp dia dh nk tunang..tp ngn org len laa..but im glad she told me..so aku harap dia bhgia laa..anggap je xde jodoh..apepun kne slalu positif laa..beranggapan baik setiap masa..for me,this raya is da most heroic raya..hehe.. 2 hari sblm raya my bro bercerai and me 2 hari lps raya gf mntk putus..LOL..sabar tu besar ganjarannya..but Alhamdulillah my bro dh rujuk blk..i pray for their hapiness..btw aku dh siap beli barang kawen utk my gf dh gi kursus kawin..igt nk jalan bln 12 ni..tp dia dh pegi ngn orang lain..so redha laa..Allah mungkin mnjnjikan aku dengan orang yang lagi baik..amin… :)

      Reply
  2. saya tengah hampir mengalami .. tak tahu sama ada akan ditingalkan atau tidak…. tak kuat rasa hati ni .. celaru dan buntu

    Reply
  3. Assalamualaikum
    Kita perempuan2 kuat.
    saya pun sama.
    saya memberikan apapun yg saya punya, dgn percaya bahwa dia serius pada saya.
    namun akhirnya dia Membuang saya seperti mainan. Habis pakai, tak suka dibuang. Dia blg pd saya dia tak da lagi rasa. Namun ketika saya bilang pd orang tua saya, dia lain berkata.
    Dia kata pada ibu saya bahwa dia ingin berubah dan tanggung jaWab. Tapi saya ragu. Saya serahkan hanya pada Allah.
    Doakan saya kuat.

    Reply
  4. Sy juga memgalami bnde yg sama…tp mungkin jgk slh sy sendiri…spnjg kenal 5 tahun sy slalu buat perangai..marah2 dia…bersikap dingin..buktikan kt dia yg sy ad kawan ngn laki lain..sy sndiri pun x fhm ngn prgi sndiri..mgkin ni cara sy nk perhatian dia…n kitorang pun slalu wat maksiat bile jumpe..lps dia tingalkan sy…rasa sgt2 khlgn ..tp diri ni x mampu nk merayu..sbb terlalu syg..sy nk tgk dia hepi n jumpe pompuan lain ..n lps 3 thn dpt tahu dia da kawin ..sedih n sakit sgt..tp hepi jgk sbb terllalu syg…sy cume arap dia gembire dgn isteri dia

    Reply
  5. As salam…saya membaca teks nii dengan tersenyum, sebab ape yang kamu lalui saya pernah lalui dan saya juga pernah lakukan . Alhamdulillah syukur Ya Allah :) apa yang ada dalam hati kamu masa lalu itu, saya juga antara insan2 yang terpilih melalui ujian Allah itu…Allah tak pernah lupa kita, tapi kita yang selalu lupakan Allah..

    Reply
  6. As salam,
    tersentuh saya membaca setiap bait kata2. saya juga sedang mengalaminya. saya di duga di tinggalkan tanpa sebab yang nyata.
    dia meninggalkan saya secara tiba2. ada sahaja alasan..ada saja dalih..hubungan yang awalnya baik2 sahaja…mula renggang dan si dia menjauhkan diri dan meninggalkan saya jauh entah kemana…
    puas saya merayu….berkali2 saya menghubunginya..saya menangis sepuas2nya…saya minta di kasihani..namun hatinya keras enggan menerima saya. dia tiada sebab untuk meninggalkan saya…sehingga hari ini dia sendiri tak punya alasan kenapa dia berubah. dia enggan berjumpa saya…enggan membalas sms saya..makin enggan menjawab segala panggilan saya.
    saya cuba untuk redha….saya ungkapkan redha….namun jauh di sudut hati saya mengharapkan dia kembali..
    saya masih mengharapkan…semoga dia terdetik untuk menghubungi saya semula. menemui saya semula. semoga Allah s.w.t membuka pintu hatinya untuk si dia menerima saya kembali…
    Ya Allah…cekalkan lah hati ini untuk melalui segala dugaan Mu….

    Reply
  7. Alhamdulillah, Saya pun sedang belajar melepaskan. Ditinggalkan saat masih sayang, lepas sebulan akhirnya dapat tahu si dia sudah berkahwin. Sangat sakit, Allah je yang tahu. Kalau dah tahu ingin meninggalkan, tak perlu bagi harapan sehingga keluarga masing-masing telah saling berjumpa. Si dia menyuruh saya untuk bertukar kerja ke tempat yang lebih dekat dengan tempatnya, dan saya turutkan sebab fikir senang bila dah kahwin nanti. Padahal kerjaya di tempat baru lebih sedikit gaji. Jauh dari keluarga. Lepas pindah, dia slowly menjauh dari saya padahal tempat kami lebih dekat. Dengan belum adapt dengan tempat baru, kawan-kawan takde, family jauh, gaji yang sedikit, lepaskan kerjaya, saat saya sangat perlukan sokongan dia, dia hilang dan berkahwin dengan yang lain. Saya rasa sakit sangat. Saya cuba bina kekuatan, tiap-tiap hari Saya ke masjid, Saya tak lupa untuk bersedekah, Saya minta pada Allah supaya Dia sembuhkan luka Saya ini. Dalam usia yang sudah lanjut, dikala orang lain sudah berkahwin dan mempunyai anak, Saya masih lagi mencari cinta. Tapi tak apa, mungkin ini Saat yang terbaik untuk Saya bercinta dengan Allah dahulu. Saya redha, Saya pasrah. Walaupun sakiti ni masih belum sembuh tapi Saya cuba bangkit mencari kekuatan. Cukuplah Allah bagiku

    Reply
  8. Assalamualaikum.
    Saya msh lagi merawat luka. Dia muncul tiba2 dlm hdp saya dan hilang juga tiba2. Kami memang dah kenal lama sejak sekolah menengah tapi hnya kenal mcm tu sahaja. Tapi kami jadi rapat bila berhubung semula dalam FB.. Dia melahirkan hasrat untuk memperisterikan saya..pada mulanya saya tolak dengan baik hasratnya kerana saya tidak bersedia lagi tapi kerana dia begitu bersungguh2 sy jadi yakin dengan kata2nya..cara dia membuatkan sy jatuh hati dan syg pdnya. Ikhlas sy terima dia seadanya walaupun sy tahu kisah hidupnya..sy tidak kisah apa yang berlaku pd msa silam kerana sy hanya inginkan dirinya skrg bkn kisah silamnya..hasratnya sudah saya sampaikan pada keluarga saya.. Alhamdullilah mak ayah restu hubungan kami. Sepanjang hubungan banyak kali kami bergaduh sebab cemburunya..saya rendahkn ego saya..mgaku yang semua silap saya walaupun bkn punca dr sy dan cb memujuknya sbb sy sayangkan hubungan ini… sebab terlalu sayang sy lepaskan kerjaya saya di KL kerana dia suruh saya bekerja di negeri kelahiran saya. Dengan ikhlas hati sy lepaskan kerjaya saya dan kembali ke kampung halaman dan tinggal bersama family. Dannn paling membuatkan saya sangat sedih..bila dia kembali bertugas ke seberang laut…dia sangat dingin dengan saya…sms dan call pun tak..sy cb bagi sms untuk tahu keadaan dirinya tapi hanya bertemankan sepi sahaja..rindu dan sedih hanya Allah yang tahu.. mungkin Allah nak tunjuk..saya beranikan diri sms dia lagi..kali ni saya agak tegas bertanya pasal hubungan kami…dan dia membalas..ya..dia balas tapi sms yang dia bls membuatkan hati saya hancur…saya dimaki olehnya..patah hati saya..hancur rasa hati ni bila org yg kita sayang sanggup berkata-kata kesat dengan saya. Dan hubungan kami putus…tapi yang buat saya sebak bila saya btul2 ikhlas terima dia seadanya tapi dia balas mcm ni dkt saya..saya lpskan kerjaya demi nak bina mahligai dengannya tapi saya langsung tak dihargai…semua yang kami rancang hancur berkecai..walaupun saya masih mencintainya saya lepaskan dia pergi walaupun hati tak merelakan..semua kata2nya hanya janji2 manis tak seindah kenyataan. Saya bersyukur kerana mungkin ini petunjuk istiharah yang perlu saya redha. Allah sayangkan kita sebab itu dia tak nak kita buat pilihan yang silap. Walaupun ada waktu2 yang mbuatkan hati sebak teringat dia..saya kena ingatkan diri yang dia bkn jdh yang baik utk saya…kerjaya yang dah saya lpskan ni saya redha..agar Allah mengantikan dgn pekerjaan yang lebih baik dan berharap ditemukan jodoh yang kekal bahagia dunia akhirat… Alhamdullilah hati makin kuat walaupun kesan luka terlalu dalam…

    Reply
  9. assalamualaikum cik daa,
    hampir menitis airmata mbaca bait bait semangat yg dicoret oleh awak..bila flashback pd diri sendiri,ianya sgt tkesan..indirectly,ianya mjdi refleks pd hati sy yg masih galau n dlm proses menguatkan hati..Allahuakbar!hanya zikir n amalan2 ke arah utk lbh mdekatkan diri pd Allah sja yg mbantu sy ditika ini.bila awak kata pasal al quran bhabuk yg da lama tk disentuh,sy jga mgalami scenario yg sma.Stelah skian belasan tahun,sy kmbali mbacanya,walaupun blm smp ke thp mentadaburkan al quran,tapi hati berasa tenang..betapa dosa yg tlh byk dlakukan,tapi sbaik sja kite rapat n rapat dgn Allah,ketenangan itu dpt sy rasakan..Allahuakbar!tk tgmbr rasa ketenangan itu wlpn adakalanya prasaan sayu n galau itu dtg.bila trasa dtg je prasaan negatif tu,segera sy ingatkan diri sy yg perasaan risau ,sedih,sayu itu dtg dri bisikan syaitan.sebab syaitan akan dtg dlm keadaan kita tlalu gmbira,sedih,so bila trasa je prasaan tu,cpt cpt sy divertkan ke arah pdekatan agama (zikir)..apepun tahniah pd cik daa krn penulisan anda mbuat pbaca jd terkesan skaligus mdukung agama Allah sbg panduan kita sehingga ke pengakhiran nnt..syabas…

    Reply
  10. Saya semalam baru putus dengan someone yg special dihati , hubungan kami masih awal dalam 5 bulan mcm tu . sy mmg serius dlm hbugan dan jaga adab2 sbb itu yg terbaik . tapi dia asyik cakap sy terlalu baik kalau gaduh pun sy salah atau tak mesti sy beralah untuk elak dari salah faham lebih lama . tapi dia slalu ckp kesian sy sbb dpt org mcm dia . reason dia semua entah apa2 . sy terima dia seadanya . sy tk kisah sapa dia dulu. Tapi dia ckp dia tak boleh dgn sy . selama 3 tahun sy tutup hati dn smpau turn dia sy terbukak hati . tapi ini yg terjadi. Sgt sakit. Walaupun lelaki sy tak terlepas dari mengalirkan air mata . tu je nak kongsi .

    Reply
  11. sy jge mghsapi nsib yg sma 8 thun sy knal dia sy syg dia lebih dari segala nya tp sy x sgka dia sgup tiggal kan tanpa sebab..apa salah sy kadang sy rasa dunia ni tak adil tapi 1 hari sy sedar jga untuk apa sy syg org yg tak tau mghargai sy..wlaupun pedih untuk sy lalui sy tetp redha sy tak penah salah kan dia sy tau allah swt mha brkuasa pasti 1 hari allah swt akan tunjukkan dia kebenaran..

    Reply
  12. kdang2 kte kuat kdg2 kte lmah..6thun kenal akhirnye die tng dgn org lain..hnya Allah saje tmpt mngadu smoge sye trus kuat..

    Reply
  13. salam. Tak pernah terlintas di fikiran kita bhwa cinta bole buat kita rasa separuh nyawa hlang kan. Mgkin d benak hati kita smua, hakikatnya bkn perpisahan yg kta mahukan. Sy pnah terkena,dan perpisahan ni bkn hny patahkn jiwa,tp hncur luluh perasaan keluarga. knapa mst 0rg ketiga? Knapa mst ujian ini? Ini s0alan tiap malam,smbil air mata bgenang. Namun,sy xleh brpth blik lg,kehadiran org ktga memg mnyakitkn. Sekelip mata janji smua tkubur. layakkah kta dlyn bak boneka? Hati remuk.dia nampak? Hati luluh.dia nmpk? Dia cma nampak 0rg yg bru hadir dlm idupny. Siapa kta? X dhirau lg. J0d0h x lg dlm tgn kta,katanya. Kta tiada j0d0h.diam.hlang. mana smua jnji? Mana smua perasaan? Knapa trlalu byk alasan. Jauh alasanny. Knapa perlu dkat dan ke arah maksiat? Sdgkn kta sudah brtnang.knapa tgguhkn kwin? Knapa? Knapa khadiran 0rg bru memg bt0l2 gamit perasaan. Ckp apa pun xda gna jgk. 0rg bru yg menAng. Ya allah. Dugaan. Tatkala aku menjg khilafku,ku dberi tamparan sbgini.
    Mana kekuatan? jtuh pd sujudmu

    Reply
  14. Saya baru putus dengan kekasih saya. Kami baru agak dalam 3 bulan kenal, komunikasi secara jarak jauh. Saya KL, dia Melaka.
    Pada kali kedua kami bertemu, saya beritahu dia yang saya serius dengan dia. Lepas tu, terus dia kata suruh berjumpa dengan mak bapak dia. Saya terkejut sebab agak awal sangat. Namun saya setuju.
    Kami merancang untuk bertunang pada bulan Jun. Dalam proses itu saya hadapi banyak masalah, khususnya dari dia sendiri. Kira sebelum tu kami gaduh, hanya pada perkara yang kecil saja tapi dia mengutuk dan memperkecilkan saya dengan ayat2 yang diluar kewarasan fikiran. Contohnya, saya benci awak dan awak penipu. Saya tidak menipu dalam hubungan. Dia bukan marah kerana saya curang, saya tidak pernah curang. Cuma berlaku sedikit salah faham yang bukan besar menggunung pun. Tapi bila dia marah, suka sebut benda2 yang merepek. Saya hairan betul. Memperkecilkan saya lagi, macam2. Kuat melawan.
    Selepas bersilat dengan hal itu, kami berbaik semula. Jenuh memujuk dan berkhutbah pada dia. Tak lama kemudian, dalam sebulan lepas itu kami gaduh lagi atas sebab salah komunikasi. Kali ni, dia sebut pada saya, saya benci awak dan ..kita tak payah kawin. Saya bertambah keliru. Kenapa cakap benda2 merepek ni? Saya tak tahan dengan sikap angin dia. Takde hujan, takde angin, tetiba ribut.
    Saya fikir dulu baik2 dan nampak betapa menghairankan fikirannya itu, saya tunaikan permintaannya itu; memutuskan hubungan dengannya. Zip. Dah nak sangat, saya terus putuskan.
    Kami mendiam kejap selama beberapa hari. Lepas itu abang dia fon saya, nak tahu apa yang kami bersilat sebelum tu. Prong prang saya bagitahu dan berhajat memutuskan hubungan. Dia mendengar saja dan terima dengan baik. Esoknya, si dia hubungi saya untuk sambung balik hubungan. Saya dah serik dengan perangainya yang tidak menentu.
    Untuk makluman, semasa pertengahan hubungan kami, dia asyik musykil dengan saya tentang tarikh tunang dan kahwin kami itu. Dan dia juga minta untuk tundakan tarikh. Saya hairan kerana sebelum ni dia OK. Tapi alasannya tidak kukuh. Keluarganya OK dan setuju dengan tarikh tu, tetiba dia nak tukar. Itu pun dah buat saya bengong dan nampak sangat dia jenis tak berapa pasti. Jadi saya pun jatuh musykil bin bengap.
    Jadi selepas2 insiden dan Spektra itu, dia masih mohon untuk berbaik semula setelah dia sedar kesilapan dia. Tapi saya dah serik sikap dia yang jenis tetiba ribut. Memang tak boleh blah. Saya solat istikharah, ada perasaan sayang tapi fikiran saya sentiasa memikirkan sikap dia yang memusykilkan dan tidak menentu itu.
    Jadi saya buat kesimpulan, saya sayang dia pada memori kita, bukan orangnya. Jadi saya yakin ini bahawa ini semua adalah jawapan daripada Istikharah saya. Ada hikmahnya disitu dan saya yakin.
    Selepas officially putus, mak bapak dia tahu, saya rasa lebih tenang dan puas dengan keputusan saya.
    Perkara itu berlaky tahun lepas dan kini saya bersama dengan isteri saya yang memahami, matang dan menenangkan saya.
    Wallahualam.

    Reply
  15. Semoga Allah tabahkan hati kita menghadapi situsai ini.. Hidup tak selalu indah.. Tapi aku percaya setiap perbuatan kita ada balasan.. Cepat atau lambat je.. Terima kasih semua.. Komen2 anda sedikit sebanyak meredakan perasan.. Allah Maha Mendengar..

    Reply
  16. Assalamualaikum……
    Nukilan yg sgt tersentuh hati sy…kekecewaan yg dialami akibat kecundang dlm percintaan slma 7tahun baru-baru ini disebabkan cinta org ketiga..ditinggalkn tanpa sebarang nota …akhirnya sudah terjawab kekecewaan ini…..
    Alhamdullilah…..dan dengan membaca artikel betapa saya amat bersyukur knapa ia trjadi pada saya…dan secara tidak lgsung mengurangkan kesakitan yg sy alami utk lupakan dia..dan petanyaan pada diri sy sudahpun terjawab ,mengapa dia pergi tnpa meninggalkan pesanan…dan sy sudah belajar utk redhakan segalanya utk menjalani kehidupan yang akan datang…

    Terima Kasih keranaa artikel ini menjadi kn seorang wanita itu terus kuat untuk teruskan hidup mereka..:’)..sesungguhnya Cinta yang maha agung itu ialah cinta kepada Allah..dan bukan kepada manusia semata-mata…hari ini kekecewaan ini disulami kebahagiaan dan kemanisan apabila kita belajar menghargai org sekeliling kita terutama keluarga tercinta..inilah hikmahnya…..:’)

    Reply
  17. Assalamualaikum semua,
    Lebih 5 tahun saya dgn tunang saya berkenalan,pada Ogos 2014 30 haribulan kami bertunang dan kami pun putus selama 5 bulan angkara kecurangan dia dan hadirnya orang ketiga dibelakang saya ketika saya bertungkus lumus mencari rezeki utk pembelanjaan perkahwinan,pada bulan disember 2014 dia berubah seakan akan bukan dia yang sebenar,hati saya tergerak utk membuka facebook dia,sungguh mengejutkan dia snapshot gambar dia bermain mesej dengan lelaki lain,betapanya luluh hati sy melihat,dia memberi pelbagai alasan tiada keserasian,tidak mengambil berat pasal dia,hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui dan Maha Segala Galanya,dia telah menjadi sombong dan angkuh bersama dengan orang ketiga…..pernah juga saya merayu agar menyambung balik diatas kebaikan tetapi dia tidak mahu,dia mahu bersama dengan orang yang merampas kebahagian saya,tapi alhamdulillah waktu kejadian berlaku ketika awal bulan 2015,setiap waktu ku menangis setiap masa mengingatinya,biar Allah yang menentukan dan masa yang menentukan,sebelum ni saya pernah berjanji yang saya ingin berubah pada tahu 2014….subhanallah,Allah sentiasa bersama hambanya yang lemah ketika diuji alhamdulillah diatas petunjuk dan hidayah yg Dia berikan dkt saya utk lebih mendekatiNya lebih dekat dan saya bersyukur diatas apa yang berlaku,kerana yang pasti kesabaran akan dpt kemenangan….apa yang hilang akan digantikan yang lebih elok dari sekarang sama ada didunia mahupun diakhirat,sessungguhnya Allah Maha Segala Galanya,pohonlah pada Dia,berdoalah pada Dia,nsyallah Dia akan menunaikannya dan jangan putus asa….dan tak semestinya berada dibawah dan tak semestinya berada diatas…..La Tahzan Innallaha Maa’Na

    Reply
  18. Assalamualaikum…. sy sekarang pon alami bnda yg sme… sy trlalu yakin bhawa dia lah jodoh sy. Dia lah yg akn jadi suami sy kelak.. pelbagai janji yg dia taburkan dkt sy…sepanjang 2 taon perkenalan, kami hanya beberapa kali berjumpe.. lgpon kami dipisahkan dgn jarak… sy berkapel dgn dia(5 thn lagi tua dr sy)

    Dia berada di johor..bekerja di sana.. sy pula di terengganu, beljar kat sana,, sy amat mmpercayai dia bhawa dia xkn penah curang dgn sy… sms yg dia kirimkan tiap2 hari mnnjukkan dia amat2 tergile2 kan sy… sy termakan dgn janji2 dia.. hbgn kami baik sepanjang tahun pertama… ble msuknya bln 6, 2014 sy msh tidak sedar hbgn kami sbenarnya makin jaoh… sy pon bz dgn exam sy..keadaan msh lagi terkawal sehinggakan sy tgh exam… dye call mmberitahu sy yg dia meminta maaf dn menyuruh sy spya mnjadi isteri dye no.2 dn mengikut dia berkahwin d ngara jiran… sy masih buta ktika tu… sy hnya mengingatkan dia main2 sahaja… slepas saja sy habis exam, sy pulang ke kelantan, hbgn mnjadi mkin renggang.. kami dh jarang bergayut, bersms tdk sperti dahulu kala…

    sy masih lagi tidak syak ape2 sbb dia bgtau sy yg dia letih bkrja,, jadi sy cbe tuk memahami dye… hbgn mnjadi mkin parah pd bln 12.. dan tahun baru mula menjenguk,, dia masih saje berbalas sms dgn sy,, tetapi tdk seperti sedia kala.. mnggu dia tuk bls sms berjam2 lmenye.. pada 31.1.2015 hari anniversary kami,dia msh mengucap selamat,, tetapi hnya sekadar ucapan dn secara trpksa dsbbkan sy yg menyuruhnya tuk wish… pada mnggu lepas,, dia memaklumkan sy yg dia dh pon lepaskan sy dn nk kahwin dh pon dgn org lain dlm mse yg trdekat…

    hanya Allah jer yg tau perasaan sakit tu.. seminggu sy berkurung, tidak makan, tidak minum, diri x dijaga… sy menanyakan ank saudara dia psl tu.. n ank sdare dye bgtau hal yg sbenar dkt sy.. dia bgtau yg bks kekasih sy dh pon bwk sorng prmpuan pegi dkt rmh dia mse sy tgh exam.. aya menanyakan dia hal tu, betul ke tidak, tp dia menidakkan semua tu…luluh hati dan perasaan sy.. smpai hati dia buat mcm ni dkt sy.. dia bg alasan dia tngglkan sy dsbbkan parents sy n perempuan tu

    skrg smua ahli kluarga dia dh x lyan sy contact dorng… femely si dia seakan akan mlarikan diri dr sy… sy tiada sokongan padu dr femely mahupun kawan2… sy perlukan nasihat dan pandangan drpda korng semua.. ape yg patut sy buat? Dh pelbagai cara sy lakukan… sy amat memerlukan seseorang tuk cbe memahami situasi saya… syprlukan pendapat dr korng semua tuk lpekan smua ni… sy trlalu sygkan dia

    Reply
    • Maaf ckap .. Sbar la .. Mgkin ada org yg lbih baik dri si dia .. Relakan ksdihan lalu , dan yakin kbhagian bru akan mndtg .. Jika yakin lpas hujan ada pelangi , knpe tidak yakin lpas derita ada bhagia …
      Insya Allah … ????

      Reply
  19. Salam…

    boleh saya berkongsi sedikit..

    17/12/2014 adalah hari yg paling perit saya rasa, dia bermain kayu tiga dibelakang saya. tapi bodohnya saya masih memaafkan dia dan masih meneruskan hubungan dengan dia macam biasa. dengan harapan dia berubah dan sama2 baiki silap masing2.

    28/12/2014 ternyata harapan tinggal sebuah harapan. Allah uji saya dengan dia hilang secara tiba2. tiada angin, tiada ribut dia tiba2 hilang, sampai saya x tahan saya contact kawan kami, mengadu dengan dia, n last kawan saya beritahu dia masih dengan perempuan tu. hancur hati ni hanya Tuhan yg tau, menangis semaunya, sakit terluka, macam2 dirasa, persoalan kenapa kerap diminda. Allah. saya hanya mampu diam dan x dapat nak kata apa2 sebab dia langsung x bg saya peluang untuk bertanya.
    31/12/2014.. saya menghantar mesej kepada dia, untuk undur diri dari hidupnya. saya x harap apa2 balasan dari dia, saya kuatkan diri untuk mengungkap perpisahan.

    sekarang, genap 6 hari kami berpisah, masih baru, ingatan masih kuat, tp kalau saya teringat dia cepat2 saya istighfar, mohon Allah kuatkan saya. besar hikmahnya ni. sabar, solat, sabar, solat. itu saja kekuatan saya. insyaAllah saya bole tempuh, ramai lg hamba Allah disana yg lebih teruk ujiannya berbanding saya. saya redha, saya tau Allah rindu dengar rintihan hati saya. saya doakan kita semua tabah dan pasti ada yg lebih baik diluar sana sedang menantikan. janji Allah pasti, dan Allah x pernah silap percaturannya. yakin dan bersangka baik.. insyaAllah semua berjalan dengan lebih baik dari sebelum ni. :)

    maaf, komen panjang sangat. hee.
    kita semua kuat! insyaAllah.. :)

    Reply

Leave a Comment