Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan

tinggalkan
Kuatkan hati saat di tinggalkan tanpa sebab dan alasan * Ashes to Dust by forgetwhatwedid

6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.

Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

 

Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan

We promise always together, but why you leave me alone?

6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?

Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.

Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.

Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.

Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap.

Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.

Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.

Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.

Things end but memories last forever. 

Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.

Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.

 

Tapi, Apa Yang Saya Dapat Akhirnya?

Hanya kesakitan.

Hanya luka yang makin dalam.

Hanya air mata yang jadi peneman.

Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?

Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.

Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?

 

Bila Kita Bersedia Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Itu, Maka Kita Juga Harus Bersedia Untuk Kehilangannya.

Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.

Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.

Saya lupakan Allah.

Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.

Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.

Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.

Tapi Allah?

Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Al-Baqarah: 286)

Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.

Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.

“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]

Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.

Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani.

Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.

 

Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.

Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia.

Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.

Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.

Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.

Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia.  Semoga Allah jaga dia.

 

 

Dengan Menjatuhkan Orang Lain, Kita Tidak Akan Menemukan Apa-Apa. Selain, Kekalahan Di Hujung Jalan.

Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.

Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.

Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran.

Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “

Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan.

Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.

Ya Allah, saat itu saya cukup takut.

Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu.

Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.

Saya menangis lagi.

Air mata tumpah tanpa saya pinta.

Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.

Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.

“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “

Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.

Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.

Sangat membantu.

 

Kembalilah Pada Yang Sepatutnya. Dari Situ Kita Akan Dapat Kekuatan

Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

tinggalkan
Tinggalkan segala kenangan lalu. Bukan mudah, tetapi kepalkan tangan dan bisikkan pada hati bahawa aku boleh!

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah.

Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.

Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.

Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.

Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya?

Kenapa Allah ambil dia dari saya?

Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.

Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “

– Rusydee Artz

Tapi bila renung kembali.

Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.

Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya.

Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab.

 

Bila Allah Tidak Beri, Bukan Bermakna Allah Benci.

Tapi Mungkin Ada Sesuatu Hal Yang Allah Mahu Kita Mengerti.

Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?

Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?

Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.

Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.

Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.

Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?

Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?

Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya.

Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.

Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “

– Rusydee Artz

 

Penutup

Jangan terus berduka.

Jangan terus bernafas dengan kenangan lama.

Allah ada bersama kita.

Janganlah kamu bersedih.

Suatu hari nanti semuanya akan terubat.

Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.

Tak perlu risau akan jodohmu.

Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.

InsyaaAllah. :’)

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Kenyataan yang paling pahit adalah apabila orang yang kita sayang selama ini pergi dari kita tanpa sebarang kata. Kita pasti terseksa jiwa dan hati memikirkan sebabnya.

Pernahkah anda mengalami kesakitan sebegini? Dan setelah membaca panduan ini, adakah ia sedikit sebanyak membantu anda? 

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

262 thoughts on “Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan”

  1. Saya pun senasib ngn awak CikDaa . 9tahun menyulam cinta . tapi putus di tengah jalan tanpa apa sebab dan punca . sampai ke saat ni masih tidak tahu apa sebab dia tinggalkan saya sebegini rupa . sekarang dh masuk 6 bulan ditinggalkan oleh dia . ikutkan hari perkahwinan kami jatuh 29/11/14 ni . tapi lagi sebulan kami nk bertunang dia tinggalkan saya tanpa sebab . puas saya mencari di mana salah saya . dimana silapnya . sungguh pedih . ibarat hati dihiris halus2 . sakit xterkata . mngis xbhenti . ibrat hilang punca . ibrat mayat hidup yg bernyawa . hilang selera makan . hilang semangat . tapi saya cuba bangun dr kejatuhan ni . saya cuba bangkit dari kesedihan ni . saya xnak lg toleh kebelakang . saya cuba positifkan diri saya . pertama mungkin saya jadi begini ada hikmahnya . dulu saya jauh ngn ALLAH . skrg makin dekat . dulu bergelumang dgn dosa . zina mata . zina hati .zina telinga . alhamdulillah ALLAH tarik suma tuh . skrg saya dah kenal erti BERCINTA yg sebenar.Hubungan dgn keluarga makin erat . kalu dulu asyik bergayOt 24/7 . skrg asyik berceloteh dgn keluarga . bahagia ya amattt . .paling ketara saya rasa jiwa saya tenang sgt!delet semua kenangan dgnnya . bakar gambar2nya . pulangkan semua barang2 pemberian drnya . sungguh bertekad akan lupakan dia . doakan saya 29/11 ni . agar saya kuat dan xbersedih dihari yg kononnya kami akan berkahwin tuh . .sekadar berkongsi :)

    Reply
    • InsyaAllah satu masa dan ketika nanti, awak akan mampu teruskan hidup walaupun tanpa dia disisi. Yakin dengan Allah. Allah ambil dia, sebab Allah nak bagi yang lebih baik pada awak, pada kita :) Kuatkan semangat. Kuatkan hati. Ingat satu perkara, dia mungkin sedang berbahagia, tapi awak masih menangisi satu perpisahan. Tak rasa rugi? Sampai bila nak kekal begitu? Bangkit dengan semangat baru. Masih banyak benda penting di sekeliling kita. Bukan hanya dia. Pandang ke depan, teruskan melangkah. InsyaAllah, ada kebahagiaan yang sebenar menanti di hadapan. Kita senasib. Ditinggalkan. Kalau saya mampu belajar melupakan, kenapa bukan awak kan? So, stay strong. Doa pada Allah moga dipermudahkan jalan untuk melupakan dirinya. Mohon supaya Allah rawat hati kita. Saya doakan awak Lara. Doakan saya jugak ye ;)

      Reply
  2. Assalam…saya juga sperti anda smua..cik da terima kasih dgn perkongsian artikel..dan bila sy bca komen smua..baru sy sdar sbnarnye sy xkeseoragn..dan apa yg sy alami xseberat org lain alami..wlaupun sy ptus bkn sbb org ketiga tapi kerana die mengejar cita2 dan katanya dia tiada hati lagi nk meneruskan..sy brjmpe dgn ibu die..kami sgt rapat dan ibu die sgt memahami keadaan sy..tapi kami xboleh memaksa seseorg..dan sy sdar hati tu bkn milik kita… sy murung..marah pda smua..sedih tapi xboleh menangis..nk bersendiri je..sy masih sygkn die sbb die memg seorg ank yg baik…tapi sy xboleh buat apa..namun sy sedar juga..jika die adalah jodoh sy.sy yakin Allah akn permudahkan segalanya..dlm masa yg singkat sy tlah kehilangan die..sy redha..sy ckp dlm hati..Allah..kuatkan aku..itu je trmampu.sy mula ingt bait2 doa sy..sy brdoa,spya jgn jauhkn sy dri Allah..dan mgkin inilah pengajaran nye..Allah nak sy bersama Dia lg..mgkin kehdiran ex sy tu utk sementara..utk mengajar sy erti kehidupan sebenar..utk sy jgn trus hanyut dgn cinta manusia..utk bg kita pluang dekat dgn Allah..Allah tu baik..dlm kita rasa smua org xfhm kita..detikkan dlm hati Allah sgt memahami kita..insya Allah..Allah akn slalu brsama kita..xkira sush n senang..terima ksih..smoga kita mmpunyai ketabahan dan kesabaran yg tinggi dalam hidup ni..tq..

    Reply
    • Terima kasih sebab sudi membaca :) Kalau jodoh, takkan kemana. Cepat atau lambat dia akan kembali. Letak keyakinan pada Allah. Minta petunjuk sebab Allah ada jawapan untuk semua persoalan. Dia ambil kembali apa yang kita sayang sepenuh hati sebab Dia nak kita kembali pada Dia. Kadang-kadang bila bercinta, kita makin jauh dengan Allah. Saya tak cakap orang lain tapi diri saya sendiri. Terlalu asyik bercinta. Mengadu pada Allah sebab Allah faham segala isi hati kita walaupun yang tak terluah dengan kata-kata. InsyaAllah sampai masa nanti awak akan temui kebahagiaan. Selagi kita di sisi Allah, hati kita akan terjaga. Saya doakan yang terbaik untuk awak Yana Yunos. Doakan saya jugak ye ;)

      Reply
  3. Alhamdulillah…tahniah CikDaa atas artikel yg dikongsikan…very inspiring… sahabat semua…rupanya kita senasib..tanpa saya sedari masih ramai yg berada dalam fasa-fasa yg sedang saya lalui…membaca pengalaman setiap orang…menimbulkan keinsafan dalam hati…selama ini saya menyangka mungkin hanya saya yg paling malang kerana usaha utk kami berjodoh terlalu sukar…bila tengok foto2 perkahwinan teman2..terlintas dihati mngapa jodoh sy tidak semudah itu…tempoh 6tahun sy mengenali sidia ini terlalu menguji kesabaran dan keimanan..kami tiada istilah ‘dating’ dan ‘couple’ dan tidak guna panggilan mesra..sebab itu saya yakin dia lelaki terbaik tuk jadi Imam saya sebab prinsip dia memang tegas dlm menjaga hubungan yg belum halal..oleh kerana itu juga saya xpernah buka hati utk lelaki lain..setiap kali ada masalah komunikasi yg mmbawa pergaduhan..kmi akn brbaik smula, dan stp kali brdoa utk petunjuk, sy semakin yakin yg dia mmg jodoh saya..hbungan kmi terus bertahan..shinggalah ujian plg besar,.3minggu sblm majlis kahwin kami, dia ditimpa kemalangan..inilah tempoh paling getir yg trpaksa kami lalui..4bulan dia ‘hilang’…puas saya beri semangat..saya sendiri jenuh menangis kerana xtahu apa punca dia ‘menyepikan’ diri..yg terkini kami baru selesai putus pertunangan yg telah terjalin slama 2tahun..keluarga kedua2 belah pihak tetap berharap majlis diteruskan..namun, kami terpaksa akur dgn permintaan dia..walaupun kenyataan ini sangat pahit utk diterima, namun saya yakin Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kami…Alhamdulillah kami berdua masih blh jadi sahabat…saya yakin tempoh kesabaran ini adlh peluang Allah bagi utk tambah pahala dan beri banyak lagi nikmat2Nya.. walaupun sesekali airmata pasti menitis…saya banyakkan istighfar..memohon ampun kpdNya kerana tidak memelihara hati ini sebaiknya..sepatutnya saya serahkan hati & cinta selepas akad yg menghalalkan..barulah tiada duka lara apabila impian berkecai ditengah jalan…
    byk hikmah yg saya pelajari drpd ujian ini…salah satunya sy kembali sedar fitrah seorang hamba..perlu byk merayu dan berdoa kpd Pemilik Cinta..bukan hnya tahu merancang…

    “adakalanya aku terlalu sibuk dan asyik merancang hidupku..aku yakin rancangan yg ku atur cukup sempurna…sehingga aku terlupa hnya ENGKAU YANG MAHA SEMPURNA & SEBAIK2 PERANCANG.. Lalu Engkau uji diriku…dengan cara xmengizinkan rancanganku berjalan seperti yang telah diatur..hnya kerana Engkau ingin aku kembali kepadaMU dalam keadaan fitrah seorang hamba…”

    hari ini..Allah beri saya sedar..banyak lagi insan yg senasib… sebelum ini saya asyik tengok org2 yg diuji dgn nikmat kesenangan….tapi hari ni Allah perlihatkan kpd saya bhwa bukan saya seorang diuji dengan ujian penderitaan..mari kita jadi hamba yg selalu bersyukur.. :)

    NO Worries..bcoz life has been created and planned by The Best Architect a.k.a Best Planner.. smile and move on..salam ukhuwwah fillah..

    Reply
    • Dulu, saya selalu terfikir. Saya sorang ke yang lalui semua ni ? Saya orang ke yang susah untuk dapat kebahagiaan yang saya harapkan. Tapi akhirnya saya sedar. Kita tak bersendiri. Bukan kita seorang sahaja yang lalui setiap perkara yang menyedihkan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia xkan uji sesuatu yang kita tak mampu nak lalui. Cepat atau lambat, hati kita akan sembuh. Kebahagiaan kita akan datang :)

      Reply
  4. Assalamualaikum Cikdaa..
    Hope you are well and always showered by His bless, merciful, kindness..

    I gone through this article and I was like, this used to happen to me but in other way around.. I mean, its about a heart broken things, but not really like a heart broken love story between man and woman.. Hihihi.. But from past experience that I went through, I learnt something that much more important than heart broken.. I mean, yeah, things happen, but as a Muslim we always believe that everything happen for a reason. And now I was like, reflecting everything with my past.. If I fail to achieve something, or He didn’t grant my prayer, perhaps it might be a punishments of my own sins back then.. Or it just a test, to increase or strengthen my iman..

    Reply
  5. Salam hi there CikDaa.

    Thanks for this great article. It happened to me a few years back. I guess we’re totally in the same boat. My mistake was thinking that he was everything and perfect. I never thought the gentle and kind person I knew would leave me without saying goodbye just like that. It feels, really surreal. And coping with the heartbreak was another thing. It wasnt easy. Its something only you have to fight, it becomes a personal struggle. A battle within the self. I kept reminding myself back then when I used to be really close to the guy to not fall hard, and yes. I actually did. The implication, the depression, Allah sahaja yang tahu. And like what you did, get back up and find the strength. Find your way back to Allah. That moment we realised that Allah has planned this all along, and He is indeed a great planner.

    Alhamdulillah, saya dah move on. Saya elakkan diri dari berfikir pasal dia. Make myself busy. Fikir dosa2 yang masih banyak ni. Fikir kasih sayang dan rahmat Allah dekat kita. Fikir masalah umat. Fikir kerja dakwah yang masih banyak. InshaAllah we wont have time to feel sad, at least for a person. Slowly we are gathering the strength…to just be ourselves once again =)

    Reply
    • Kadang2 kita terlalu yakin. Saya juga pernah terlalu yakin dia jodoh saya. Dia lelaki terbaik untuk hidup saya. Semuanya nampak indah. Walaupun hakikat sebenarnya, saya yang cuba ubah sesuatu yang buruk jadi indah demi jaga satu hubungan yang belum pasti mana arah tuju. Dulu, dengan tempoh perkenalan tu, saya yakin saya kenal sepenuhnya siapa dia. Tapi saya silap perhintungan, manusia boleh berubah. Hati boleh berubah sekelip mata. Saya merayu. Menyelamatkan keadaan tapi sampai bile je mampu bertahan ? Saya masih tak bahagia. Sebab tu saya cari Allah. Saya sedar akhirnya hanya dari situ sahaja saya mampu jumpa ketenangan dan kebahagiaan yang saya cari. Banyak benda lagi kan yang kita nak fikir ? :) Banyak benda yang boleh bantu untuk kita lupakan dia. Mungkin cepat dan mungkin lambat. Tapi bila kita berusaha, Allah akan tunjuk jalan. Saya serahkan hati pada Allah buat masa ni. Sebab dia tahu bila masa yang paling tepat untuk kita bahagia. Dalam proses perbaiki diri. Kalau nak jodoh yang baik, kita sendiri kena berubah jadi lebih baik kan ? :) Stay strong. Saya doakan awak Aisyah. Doakan saya jugak ye ;)

      Reply
  6. Bila seseorang pernah menyukaimu tapi kini dia berpaling dari mu…jgn lah marah dan bersedih bukan kah hati itu sifat dia berbolak balik bukankah hati itu Allah yg gengam dan bukankah Allah jgk nya gerakkan…kadangkala perasaan suka itu timbul adalah satu amanah yg perlu dijaga u mcari keredhaanNYA…Pohonlah pada Allah agar diberi petunjuk dn kekuatan, maka tersenyumlah yakin pada Allah yang maha mengetahui segala2nya..:)

    Reply
  7. Assalammualaikum cik daa. Trima ksih x thgga diatas entri ni. Sy bru saja mngalami bnda yg sama. Bila dfkir balik, betul apa yg Allah rncang utk sy. Di tggalkan sebab sy mmbosankan. Sdih gila msa tu. Smpai skrg msih tfkir. Kalau dia syg, dia akn ubh kita jd yg lbih baik. Bukan tggalkan dan cri yg lbih baik. Sy hrap pmbca yg lain sntiasa sabar. Ke mana pun kita prgi, sjauh mna pun kita lari, kita xkan pnah jmpa the very prfect prson. Sbab Allah jd kan kita brpasang psangan. Sling mlengkapi. Smpai ke hri ini, sy sdg kuat kn hti. Sy tkut jtuh lg. Pling x tahan sdih bila mna slalu tserempak dgn ex kat kolej. Klau boleh nk nangis jaa dpan dia. Biar dia tau rsa skit tu mcm mna. Tp kita smua msti ingt, Allah berikan hujan spaya kita boleh lihat pelangi lpas tu kn :’) so, thts why we need to mve on, ppl come n go. Either for a good or a bad reason. We have to get used to it. Semoga yg patah, tumbuh mekar semula. Salam alaik :’)

    Reply
    • Yup, kalau sayang dia akan bantu kita untuk jadi yang lebih baik. Bukan mengubah kita untuk jadi yang orang lain semata-mata itu hanya kehendak dia. Bukan cuba untuk mencari yang sempurna. Sebab tu mustahil. Jangan bersedih. Jangan biar dia pijak ego kita. Sakit tu luahkan pada Allah. Sebab saya pernah buat perkara yang sama. Saya pernah merayu, luahkan kesakitan saya pada dia agar dia mengerti. Agar dia berubah, tapi hanya kesakitan yang makin bertambah. Luah pada Allah, dan ketenangan yang akan kita dapat. Perlahan-lahan sakit tu akan hilang. Takde yang akan kekal. Kecuali Allah. Move on. Dia pergi bermakna dia memang ditakdirkan hanya sampai situ je tempoh perkenalan dengan kita. Allah akan temukan kita dengan yang lebih baik. InsyaAllah. Saya doakan awak tabah setiap hari. Doakan saya jugak Tina :)

      Reply
  8. bila baca kisah di atas teringt kisah yg terjadi 2thn yg lepas…alhmdulilah walaupun dh lama berlalu tp hati yg terluka masih mningglkan parut yg amat dalam….ape yg terjadi pada diri ini akan dijadi kan iktibar utk hari2 yg mendatang supya tidak terlalu meletakakn seseorg terlalu tggi shinggakn tiada ruang untuk diri sndiri…semoga dia bhgia dismping org yg tersayang…

    Reply
  9. Assalamualaikum. Saya pernah merasa perasaan itu. Bahawa saya sukakan dia dan saya berharap agar ia berakhir dengan satu akad yang halal. Namun takdir Allah lebih cantik dari perancangan saya. Putus di tengah jalan kerana masalah. Dan ya. Sangat sukar. Bila diambil keputusan itu, tidak ramai yang menyokong. Malah ramai yang menyalahkan. Namun saya cuma insan biasa. Yang punya banyak khilaf. Dan perlahan-lahan saya move on. Dengan erti kata sebenar, menerima apa yang terjadi dengan redha. Mungkin ini yang terbaik. Memang sukar. Namun percayalah. Perancangan Allah Maha Hebat. Dan akhirnya kini dia telah berkahwin dengan pilihan keluarganya. Yang mana saya yakin adalah terbaik untuk dia. Yang baik dan solehah. Sesuai dengan dirinya. Dan perancangan Allah Maha Hebat.

    Mungkin ini adalah cara Allah menyedarkan kita bahawa kita jauh dari Dia. Dengan menarik kembali apa yang kita mahu.

    Apa yang Allah tarik
    Dia akan gantikan dnegan lebih baik.

    Tetap percaya
    Tetap teguh.

    Allah ada. Dia sentiasa ada.
    Jangan bersedih.
    Mulakan langkah.
    Kejar angan-angan dan impian.

    Jangan mengalah.
    Keep stronger because Allah loves you. :)

    Reply
  10. Assalamualaikum…sabarlah wahai..ukthi…apa yg anda lalui persis sedikit sebanyak ..mengingatkan..tentang sy dan dia .yg pernah sy cintai sehingga sy jatuh tersungkur…menginginkan dia kembali pelbagai..cara sy lakukan..agar dia kembali sy mengaji solat sunnat selama 7hari..apa yg sy lakukn sy pasti menangis mmg kesalahan sy meletakkn dirinya paling atas..di hidup sy..tp klau mmg Allah dah berkata dia bkn jodoh tetap kita xboleh paksakan..selepas 5bulan baru sy sedari sms/wassap/fb sy sy cari dia setiap hari selama 4bulan dia tetap xpernah bls sms sy sedangkn..semuanya msih aktif slpas itu dia tiba2 sms sy hnya menanyakn kabar dan ingin melihat foto terbaru sy jd sy hntar sy fikir sy boleh ajak dia berbincang tp syg dia ingin lg bahaskn tntg hubungn kami dia sudah pun melupakn segalanya semudah itu sdgkn sy..sy msh spt pengemis..mengemis cinta nya .masa tu sy merasa sy wanita paling bodoh ..mengharap dia yg telahpun lupakn sy.akhirnya sy mngambil kputsan utk kuaTkn hati xingin bls sms nya lg kerana dia spt permainkn hati sy selama dia hadir lg dia sering sms rindu tp dia xingin kembali. akhirnya dia pun terus mghilangkn diri. sy dulu sy siap cari rakan nya..kak iparnya..tp semua tetap xdpt mmbantu sy..kerana mungkin mereka xingin mencampuri hal kami..lg mereka xkenal sy..cuma yg mereka ckp if ada jodoh xkemana…sbb mereka xpernah melalui..jd mereka xkn fhm…ingat ya ukhti hanya Allah yg faham..sedalam2nya yg kamu rasakan..jika kamu dlm kebimbangan berzikirlah ucapkan Lahaula Walla Quatta Illah Billah..sampai hatimu tenang kembali..baca yassin..selalu..dirikan Solat mlm..semoga awk bahagia syg..menemukan tulang rusuk kiri mu..semoga cepat2 melupakn..La Tahzan Innallaha Ma ana… ;)…kalau ingin menghibur hati cuba buka blog Bicara Sama Awan…didalamnya penuh kisah2..ukhti / akhi yg..sedang melawan move on ! Goodluck..Assalam.

    Reply
    • Terima kasih Mss.scha :) Ya, selama ni bila dia buat saya terluka, saya akan maafkan tanpa banyak persoalan. Saya banyak merayu, banyak tagih simpati supaya dia kembali. Tapi tu dulu. Bila fikir balik, betapa saya dah rendahkan maruah saya sendiri. Kalau betul sayang dengan ikhlas, dia xkan layan kita dengan cara macam tu. Dan atas sebab tu, perlahan-lahan saya redha, terima setiap apa yang berlaku. Apa yang berlaku pasti ada hikmah kan :) Doakan saya jugak ye ;)

      Reply
  11. Sabarlah whai hati..sya juga prnah mngalmi keadaan spt anda..mgkin dy bkn plihan tbaik..insyaallah stiap prsoaln ad jwpn ny stiap kjdian ad hikmh ny..Allah Maha Mngetahui..smg ksdihan anda akn dgntikn dgn kgmbiraan stu hri nnti

    Reply
    • InsyaAllah. Semoga semuanya baik2 sahaja. Pasti ada yang terbaik. Allah takkan ambil seseuatu tanpa menggantikan dengan yang jauh lebih indah. Doakan saya ;)

      Reply
  12. i feel that. mungkin hanya sy yg terlalu menyayangi. dia tinggalkan sy dgn alasan ‘jarak’ sedangkan dah sy katakan, ‘jarak itu menjaga kita’. dan selepas itu dia berkahwin dgn orang lain dan menjemput sy. sakitnya Tuhan je yg tahu.. sy pergi ke tempat2 yg pernah kami pergi dahulu. mengimbau sendiri.

    tapi sekarang sy sedar, dia bukan yg jodoh sy. tapi hati ni masih tak dapat melupakan sepenuhnya. Insyaallah, sedaya upaya sy cuba. semoga yg lain juga begitu. move on!

    Reply
    • Move on. Kenapa nak terus kejar sesuatu yang memang dah berlalu :) Jangan risau sebab nanti kite juga akan rase kebahagiaan yang sama. Biar masa dan waktu yang tentukan. Saya doakan awak tabah Ain. Doakan saya jugak ye ;)

      Reply
  13. Saya pun pernah merasakan benda yang sama. Siapa yg tak suka kan bila org dah lma kita nak, tiba2 dtg kat kita. Itu jugak saya rasa. Dah byk kali putus , tapi sambung. Putus , sambung lagi. Macam game pun ada. Tapi, semua tu saya tak pernah pandang. Bg saya, setiap kali dia datang, saya harapkan di berubah. Itu yg saya harapkan. Mudah mudahan dia jadi yg lagi baik dan mula pikir yg baik utk masa depan kami. Lebih kurang 3 bulan lepas, kami sambung berhubungan lagi . Masa itu , saya amsih lagi ‘buta mata dan buta ahti’ . Rela terus di sakiti asalakn tahu dia ada di sisi. Tapi, yg ketiiga, keempat, atau kelima kali tak akn pernah sama dgn yg pertama . Walau saya masih ada ragu, tapi saya teruskan. Sebab apa? SAYANG ! Banyak hint yg dia berikan dan buat saya fikir byk kali , atas alasan dia dtg kali ni. Ada pendapat kwn2 yg ckp , mungkin betul dia dtg dgn harapan dan perasaan baru . Tapi, tak kurang hebatnya ramai yg menentang . Di awal kemunculan ‘semula’ si dia , memang saya boleh expect dia dah berubah . Saya pun mula yakin dan ‘kembali’ terima dia. Manisnya mulut dia berjanji dan berkata itu ini. Lama kelamaan saya mula rasakan mcm ada yg tak kena. Rasa umpama ‘bhn ganti ‘ yg hanya di cari jika perlu. Masa yg sama, si dia masih mengenangkan ex dia pada saya. Dlm hati saya tika itu .. dia masih ingtkan org yg dulu , sedangkan saya ? Apa adanya dan tujuan dia dtg pada saya masa itu ? Satu persatu dia mula tunjukkan dia semenagnya ‘tak nak’ saya. Jujur, kita boleh rasa dan faham kan amcam mana kalau org dah tak suka kita? Saya cuba faham dgn keadaaan. Mungkin saya tak di takdir utk ‘ disatukan’ dgn dia. Masa itu jugak, saya cuma harapkan kami boleh berkawan . Tapi , setiap malam , si dia asyik tanya pada saya .. “kenapa masih tggu , kejar dia walau dah tahu perangai dia macam tu’ . Pada masa tu, jawapan saya , ‘sebab sayangkan hubungan kita’ . Tapi, dia masih tak habis2 ulang perkara yg sama. Sudah terang lagi bersulu, dia dtg kali ni masih mcm dulu2. Hati saya rasa hancur bila itu yg saya dapat. Ya, dia ank org berada. Terlalu jauh nak dibandingkan dgn saya. Nk bekawan pun dia tak nak . Ada sedikit terkilan di hati saya samapai sekarang . Saat komen ini ditulis, saya dah tak lagi berhubungan dgn dia . Masih ingt lagi ayt akhir saya pada dia 3 bulan lepas ” cukup sekadar kita berkawan. saya andaikan kalau awak tak respons wassap ni , ini jawapan dari awak. saya faham’ .. Dan ternyata, si dia diam tanpa berikan jawapan . Apa lagi yg saya patut cakap dan harapkan . Banyak yg sya belajar . Terlalu banyak . Buatkan saya faham, yg kita sayang ,suka, belum tentu akn rasakan yg sama mcm kita. Belum tentu suka dan sayang itu perlu berjodoh . Mungkin dtgnya mereka sekadar ‘suka2’ . Saya terima dan belajar dari pengalaman. Pahit sbenarnya , tapi ini jawapan yg saya dapat . Saya belajar untuk jadi kuat . Fikirkan masa depan dan hargai yg menyayangi saya . Saya tak dendam , apatah lagi nak buang semua rasa yg pernah ada. Cukup hanya saya tanamkan dlm diri , ‘semua dah berakhir dan ini adalah ketentuan yg saya kena faham’ . Ini masanya saya kembali kepada yg dah lama saya tinggalkan. Allah masih sayang . Ya, sayang.

    Reply
    • Saya pun sama .. lepas putus sambung semula.. putus sebab dia ada kenal dengan perempuan lain .. saya ingt dia dah berubah dan xkan buat bnda yang sama lagi tapi malangnya benda sama berulang lagi .. bila dia mula kenal dengan perempuan lain ,dia mula berubah .. dan saya semakin sedar yang sebenarnya dia tak nak pun kat saya .. dia datang pada saya sebab saya je yang setia menunggu dia dan hanya saya yang sudi mndengar segala maslahnya .. tapi saya tertanya2 apa sebenarnya dalam hati dia sebab dia suka bejanji setia tp sekelip mata berubah dek kerana kenal dngan perempuan lain.. saya keliru kenapa sampai sekarang saya masih tunggu di walaupun dah berulang kali dikecewakan oleh org yg sama .. saya akui yang kami memang berbeza bak langit dn bumi sebab dia punya kerja bagus tapi saya tidak .. dan saya tertanya2 knapa wujud lelaki.seperti dia.. sanggup beri harapan tapi cuma harapan palsu .. saya xtau camane caranya tuk menjauhkan.diri dari dia sebab dalam hati ni masih ada rasa sayang untuk dia ..

      Reply
      • cik daa : to be truth…memang betul ape yg cik daa katakan…mungkin hati kita terlalu buta dan sering saja memaafkan walaupon dah beberapa kali terluka dengan orang yang sama..kadang-kadang terdetik rasa dihati diri langsung xdihargai…kemaafan yang sy berikan seakan tiada makna buatnya….setahun dia menghilangkan diri tanpa berkata dan sebb yg pasti..kemudian kembali……then hilang senyap lg untuk satu tempoh lg…bkn skli or dua kali….berkali-kali…sehingga diri sy sendiri tertny dan keliru..apakah perlu untuk menunggu dan terus menanti…..dia bukanlah seseorg yg curg or ada perempuan lain…cuma dia suka berdiam diri untuk tempoh yg lama…menyendiri mudi murung..kadang2 sy keliru….apakah itu penyakit ataupon alasan…sehingga kini..seakan tergantung tiada penyelesaian..apa yg mmpu sy lakukan..sy berdoa dan terus berdoa…menanti dan terus menanti…antara percaya berharap suka sedih..terlalu banyak perasaan bercampur aduk..yg membuat sy makin keliru…..

        Reply
    • Bila kite dah sayangkan seseorang, semua akan nampak sempurna. Kadang2 sengaja butakan mata untuk kesalahan yang dia buat. Tiap kali terluka, kecewa, sakit hati, marah semuanya tak kekal lama sebab kita mudah maafkan orang yang kita sayang. Sebenarnya memaafkan sekadar untuk pertahankan hubungan tu. Saya pun sama dulu. Terlalu mudah menerima bila disakiti. Pandangan dari orang lain semua ditolak mentah. Bagi diri, dia sempurna. Dia terbaik. Tapi saya terlupa, dia juga hanya seorang manusia. Hati manusia boleh berubah bila2 masa je. Harini dia cakap dia sayang, esok tak mustahil dia dah tak sayangkan kita :) Masa depan masih panjang. Kita masih ada family, ada kawan2, ada Allah. Hanya kerana seorang lelaki tinggalkan kita, tak bermakna hidup dah berakhir. Be strong NA. InsyaAllah semua akan baik2 saje nanti. Doakan saya jugak ye ;)

      Reply
      • cik daa : to be truth…memang betul ape yg cik daa katakan…mungkin hati kita terlalu buta dan sering saja memaafkan walaupon dah beberapa kali terluka dengan orang yang sama..kadang-kadang terdetik rasa dihati diri langsung xdihargai…kemaafan yang sy berikan seakan tiada makna buatnya….setahun dia menghilangkan diri tanpa berkata dan sebb yg pasti..kemudian kembali……then hilang senyap lg untuk satu tempoh lg…bkn skli or dua kali….berkali-kali…sehingga diri sy sendiri tertny dan keliru..apakah perlu untuk menunggu dan terus menanti…..dia bukanlah seseorg yg curg or ada perempuan lain…cuma dia suka berdiam diri untuk tempoh yg lama…menyendiri mudi murung..kadang2 sy keliru….apakah itu penyakit ataupon alasan…sehingga kini..seakan tergantung tiada penyelesaian..apa yg mmpu sy lakukan..sy berdoa dan terus berdoa…menanti dan terus menanti…antara percaya berharap suka sedih..terlalu banyak perasaan bercampur aduk..yg membuat sy makin keliru…..

        Reply
  14. Assalamualaikum…sy juga telah n sedang menghadapi pengalaman macam nie…jujur memang sangat menyedihkan,menyakitkan rasa itu dan memang betul apa yang tertulis di artikel nie….tapi Alhamdulillah sy xpernh pon rs marah apatah lagi benci kepadanya…sebab sy xpernh lupa already 11 tahun..dia juga pernah berikan kegembiraan dan kebahagiaan pada sy…walau apa yang terjadi saya tak pernah berhenti berdoa untuknya dan selalu akan berdoa untuknya…semoga dia berbahagia dan sentiasa sihat walafiat walau dimana pon berada….apa yg sy rsa kali nie,di saat sy berusaha melupakannya sejujurnya sy makin mengingatinya dan merindukan dia….tetapi bila kita kembali kepadanya yg maha pencipta dan mengetahui segala kejadian..In Shaa Allah sedikit demi sedikit hati kita akan mula menerima segalanya tanpa sebarang paksaan dan Alhamdulillah semkin hari semakin tenang…berdoalah kepadanya In Shaa Allah dia maha mengetahui apa yg terbaik buat kita….walau siapa pon dia,jika benar kita adalah tulang rusuknya dan dia adalah bakal imam kita….ada jodoh tak kemana…

    Reply
  15. Sy n sdg alaminya skrg ni..
    I was too confident tht she will b mine. But tht’s kill me at last.
    Sy xpnh brhnti doa utk jodoh kmi wlaupn skrg dh tiada apa2.
    Sy cuba utk mmbuka hati kpd org lain..tp trus trg, sy hnya nmpk dia shja.
    We’ve lost contct.
    All i hv is jus memories.
    N…to Allah i pray..
    Sy thu mgkin ad yg lbih baik..
    Yg menenangkn hti sy.
    Mgkin bkn dsni..mgkin dtmpt lain. Sy xthu..
    Stiap kli sy buka qoran, sy buka surah ke-4 an-nisa..sy tringt akn dia.
    Itu luahan sy.
    Tq..

    Reply
    • Kita terlalu yakin dia adalah milik kita. Kita yakin dia yang terbaik untuk kita. Kita yakin kita dah buat yang terbaik untuk dia. Tapi kita terlupa yang kita hanya mampu merancang. Allah yang tentukan. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita. Tapi tak salah pun kalau kita berdoa supaya kita didekatkan jodoh dengan dia. Mohon dengan Allah. InsyaAllah kalau memang dia jodoh kita, ke mana pun dia menghilang, jauh mana pun dia pergi, dengan siapa pun dia bersama sekarang, dia akan kembali pada kita juga. Be strong ok. Doakan saya jugak :)

      Reply
  16. Assalamualaikum. Sy pernah mengalami nya. Pedih tpi kite harus redha. Sehingga saat ini pun, sy snts mdoakn yg tbaik utk dia. Mohamad Zafrul Mohamad Tajudin semoga awk diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat kelak. Amin.

    Reply
    • Doakan yang baik2 insyaAllah kita jugak akan dapat yang baik2. Hati pun tak sakit kan :) Semoga awak temui kebahagiaan awak jugak satu masa nanti. Cuma perlu sabar. Apa yang pergi, biarkan pergi. Doakan saya jugak ;)

      Reply
      • Yer… Terima kasih ats ucpn semangatnya. Semoga kita semua redha dgn ketentuan Nya. Sy doakn cikDaa juga dipermudahkan urusan dunia akhirat juga. Alhamdulillah… Gmbira bertemu blog ini. Terima kasih Allah.

        Reply
  17. Assalamualaikum..sy sekarang merasainya.dgn hnya bertanya siapa sy padanya dia trus mninggalkan sy..sy yakin ada hikmahnya..artikel di atas amat mmbantu sy..nmun bgtu sy bkawannya atas ptunjuk istikarah sy..sy tak thu knp sy di uji begini.

    Reply
    • tepat pada 2 minggu stelah saya anniversary ke 4, dan seminggu setelah ulang tahunnya, saya ditinggalkan tanpa sebab, terasa sakit dan menyakitkan ketika keluarga besar sudah saling tahu tentang hubungan masing2, menanggung malu, tapi saya lebih khawatir dengan kondisi orang tua saya, terutama ibu yang mempunyai riwayat penyakit .
      Pelan2 saya beri pengertian ke ibu, bahwa yang terjadi adalah yang terbaik, saya hanya meminta restu dan ridho untuk kehidupan yg lbh baik, karena saya yakin doa ibu adalah mustajab,
      Jangan putus asa, Allah ada dan selalu beri yg terbaik di waktu yang tepat .
      Semakin dekatkan diri padaNya .
      Selalu ada jalan keluar di setiap permaslahan .
      Curhatlah langsung dengan sang pemilik hidup, menangislah karena Dia rindu rintihanmu .
      Jangan sebarkan aib, jangan tunjukkan pada media sosial bahwa kamu bersedih .
      tidak cukup mmbantu hanya memperlihatkan kepada mereka saja .
      Bersedehkahlah, belilah masalahmu dengan sedekah .

      Reply

Leave a Comment