Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan

tinggalkan
Kuatkan hati saat di tinggalkan tanpa sebab dan alasan * Ashes to Dust by forgetwhatwedid

6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.

Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

 

Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan

We promise always together, but why you leave me alone?

6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?

Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.

Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.

Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.

Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap.

Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.

Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.

Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.

Things end but memories last forever. 

Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.

Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.

 

Tapi, Apa Yang Saya Dapat Akhirnya?

Hanya kesakitan.

Hanya luka yang makin dalam.

Hanya air mata yang jadi peneman.

Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?

Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.

Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?

 

Bila Kita Bersedia Untuk Menerima Kehadiran Seseorang Itu, Maka Kita Juga Harus Bersedia Untuk Kehilangannya.

Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.

Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.

Saya lupakan Allah.

Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.

Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.

Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.

Tapi Allah?

Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Al-Baqarah: 286)

Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.

Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.

“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]

Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.

Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani.

Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.

 

Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.

Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia.

Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.

Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.

Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.

Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia.  Semoga Allah jaga dia.

 

 

Dengan Menjatuhkan Orang Lain, Kita Tidak Akan Menemukan Apa-Apa. Selain, Kekalahan Di Hujung Jalan.

Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.

Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.

Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran.

Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “

Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan.

Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.

Ya Allah, saat itu saya cukup takut.

Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu.

Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.

Saya menangis lagi.

Air mata tumpah tanpa saya pinta.

Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.

Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.

“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “

Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.

Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.

Sangat membantu.

 

Kembalilah Pada Yang Sepatutnya. Dari Situ Kita Akan Dapat Kekuatan

Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

tinggalkan
Tinggalkan segala kenangan lalu. Bukan mudah, tetapi kepalkan tangan dan bisikkan pada hati bahawa aku boleh!

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah.

Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.

Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.

Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.

Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya?

Kenapa Allah ambil dia dari saya?

Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.

Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “

– Rusydee Artz

Tapi bila renung kembali.

Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.

Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya.

Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab.

 

Bila Allah Tidak Beri, Bukan Bermakna Allah Benci.

Tapi Mungkin Ada Sesuatu Hal Yang Allah Mahu Kita Mengerti.

Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?

Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?

Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.

Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.

Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.

Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?

Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?

Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya.

Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.

Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “

– Rusydee Artz

 

Penutup

Jangan terus berduka.

Jangan terus bernafas dengan kenangan lama.

Allah ada bersama kita.

Janganlah kamu bersedih.

Suatu hari nanti semuanya akan terubat.

Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.

Tak perlu risau akan jodohmu.

Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.

InsyaaAllah. :’)

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini

Kenyataan yang paling pahit adalah apabila orang yang kita sayang selama ini pergi dari kita tanpa sebarang kata. Kita pasti terseksa jiwa dan hati memikirkan sebabnya.

Pernahkah anda mengalami kesakitan sebegini? Dan setelah membaca panduan ini, adakah ia sedikit sebanyak membantu anda? 

Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah. 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

262 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Sepiperindu
Sepiperindu
2 tahun yang lalu

Saya bercinta dgn dia slama 4 tahun,sbnrnya slh sy,dia slalu mngajak sy utk berkahwin,ttp msa 2 sy blm bsedia,tp tba2 dia blik kmpung dan mnggu dpn dia dh nk berkahwin tanpa ap2 prbncngn dgn sy,ya allah rsa mcm smuanya dh hncur,ktanya itu adlh plihan kluarga,dia sruh sy lupkn dia,dia ttp mnyalahkan sy smuanya, dia ckp buang msa 4 thun,ap prlu sy bt,jika itu adlh plihn dia sy trima,ttp perlukh dia memalukn sy pd klurga dan kwn2 dgn mnceritkn hal trsbt,sy pn ikhlas lpskn dia dan sdikit pun tdk menyalahkan dia jika itu adlh khndak kluarganya,cma skit htin mnggunkn sy sbg alsn,sy xboleh thn dgn hinaan itu..sdh ditinggal pergi begitu lagi memburuk2 sy..sy btul xkuat utk hadapinya lg

jia
jia
2 tahun yang lalu

saya akan terus kuat…14 tahun bersama semua buang masa
dia kata tk bagi kita harapan tpi sebagai seorang wanita apabila lelaki ambil berat sedikit sebanyak akan tepaut
lelaki dlm hidup saya semua sama

sya
sya
3 tahun yang lalu

saya mengalami situasi yang sama. dia pergi tanpa tinggal kesan. dia ttup semua laman social dia sehingga saya tak tau nak cari dia bagaimana lagi. 3 bulan saya cuba lupakan dia. saya doa yang terbaik jika ini takdir dia bukan untuk saya, saya doakan agar Allah bantu saya untuk lupakan dia.Menangis setiap kali teringat dia. tiba2 dia datang balik.. macam tiada apa yang belaku. saya tk pasti sama ada saya gembira atau saya sebenarnya saya sedih sebb setelah usaha saya cuba utuk lupakan dia seperti terhenti. Dia kembali mengambil berat tentang saya, seperti memberi harapan yang dia masih suka pada saya.. Tapi,baru-baru ni dia hilang lagi tanpa kata selepas memberi harapan pada saya, Apa salah saya? kenapa dia buat saya mcam ni.

jia
jia
Reply to  sya
2 tahun yang lalu

saya rasa apa yg awk rasa…

Ona
Ona
Reply to  sya
2 tahun yang lalu

Saya rasa apa yang awak rasa….sebab tu yang saya lalui sekarang….hilang tanpa khbar….setiap hari berlinang air mata

Insan Terbuang
Insan Terbuang
3 tahun yang lalu

Tanggal 1 Syawal 1442 H, dia yg sudah 2 minggu menyepi tiba2 sahaja minta ingin diputuskan. Setelah diselidik rupanya ada insan ketiga. Segala janji dan kasih sayang yg dicurahkan serasa sia-sia belaka. Hati bercampur marah dan sedih, kecewa… Namun saya terus berpegang prinsip buat apa dirayu kpd org yg tak sudi. Bagaimana nak hidup bersama jika hati sudah tiada perasaan kasih dan sayang. Namun apa yg dikesalkan terbuang begitu shj janji dan harapan. Semoga Allah kuatkan hati dan berikan hikmah yg sebaiknya ke atas dugaan ini.

Azmi
Azmi
3 tahun yang lalu

macam saya kenal dah bertahun. Saya kena tinggal sebab dia nampak saya tak serious cari duit. Saya bukan tak usaha cari duit. Saya usaha cuma belum ada rezeki yang betul datang lagi. Sebab takda kerja tetap, mungkin dia tinggalkan saya. Sekarang tengah covid. Bukan takda usaha cari duit nak halalkan. Ada je duit simpan. Tapi tahu tahu dia ada orang lain. Jumpa laki tu baru 4minggu kenal terus laki tu ajak dia kahwin. Patut ke dia buat kat saya macam tu? Kata nak susah senang sama sama tapi, dia balas saya macam tu pulak.
tak tahu lah pandang harta ke atau apa. Dah pergi krusus kahwin. Dah bawak jumpa mak ayah. Takkan nampak saya main main lagi? Sebabnya saya takda kerja tetap?

Last edited 3 tahun yang lalu by Azmi
Bunga
Bunga
3 tahun yang lalu

Saya ditinggalkan lepas seminggu dia pilih tarikh nikah. Dia kata bukan salah saya, ini semua pilihan dia. Terkontang kating saya bangun, setiap hari menangis tertanya2 dimana salah saya. Sebab kami bahagia shj, dgn tiba2 dia putuskan hubungan kami. Saya keliru dalam setiap doa. Saya tetap doa supaya Allah kuatkan jodoh kami dan satukan kami semula.

Rose
Rose
3 tahun yang lalu

Subhanallah itulah jln terbaik..sy skrg SDG terluka disaat2 akhir UTK mengecapi bahagia dia pergi meninggalkan sy hanya kerana terlalu takut kehilangan anaknya sdgkan dl dia kata anaknya blh terima saya dan jgn khuatir atas itu semua segalanya blh diatasi tp skrg apa buktinya..hati sy terluka…Allah Hu Akbar

Qhusnul Qhotima
Qhusnul Qhotima
4 tahun yang lalu

Saya tenga laluinya sekarang.
1 thn bersama dia membuat hari hari saya begitu berwarna..
Saya merasa wanita yg paling bahagia..
Karna dia saya merasakan kasih sayang yg tidak pernah saya dapatkan dari orang lain..
Pada malam itu dia datang menjumpai saya, dia mengajak saya untuk menghalalkan hubungan kami.
Kami sudah merancang untuk buat kenduri kecil2 saja..
Sudah merancang macam2,berangan macam2..
Tp 2 minggu selepas itu dia diamkan saya tanpa kabar.
Sampailah pagi itu datang mesej dari dia yg dia meminta maaf..dia bilang dia berserah pada Allah.. Jika ada jodoh kami maka ada lah.. Jika tidak maka tidak lah.
Begitulah isi mesej dari dia,
Saya bertanyakan status hubungan kami.. Tapi dia hanya menjawab pasrahkan pada Allah.
Dia gantungkan saya.
Putuskan saya tidak.. Tapi bersama pun tidak.
Hati wanita mana yg tidak sakit, bahagia yg dirasa sudah didepan mata tapi tetiba lenyap begitu saja.
Mcm2 usaha saya lakukan untuk membuat dia kembali pada saya.
Bahkan hampir saja saya melakukan dosa khurafat hanya karna dibutakan cintaya.
Tapi selepas membaca panduan di atas saya sedikit tenang.
Saya akan bangkit.
Semoga kesakitan ini akan cepat sembuh.

Last edited 4 tahun yang lalu by Qhusnul Qhotima
Hamba Allah
Hamba Allah
Reply to  Qhusnul Qhotima
4 tahun yang lalu

Begitulah yang dilakukan pada saya. Bercerita ttg bahagia keluarga masa depan anak dan sebagainya. Mengapa berjanji jika tak pasti diri boleh tunaikan. Mengapa beri harapan dan kemudian hancurkan. Kejam terlalu kejam.

agussurya
agussurya
Reply to  Qhusnul Qhotima
3 tahun yang lalu

saya merasakan hal yang sama,karena saya tidak pernah mengetahui sebenarnya.saya cinta,sayang,ataukah hanya nafsu saja,,,setelah dia pergi baru saya rasakan kehilangan,karena saya melakukan cinta yang haram.padahal saya ada cinta yang halal…setelah semua pergi,saya merasakan sebuah keajaiban…sebelum menentukan pilihan kita,adakah rasa ikhlas dalam diri kita untuk semua resiko…..

Hamba Allah
Hamba Allah
4 tahun yang lalu

Dia begitu ingin mengenali seperti tidak sabar pada mulanya. Berkali kali ajak berjumpa. Kali kedua berjumpa terus menyatakan hasrat berumahtangga. Sy seperti keliru apakah ini benar benar jodoh. Setiap kali merancang bercerita ttg pernikahan dan sy selalu positif. Selepas 2 bulan tiba tiba dengan tanpa rasa belas memberitahu sy yang dia tak boleh meneruskan hasrat bernikah. Sy seperti terjatuh terhempas ke bumi ke tanah. Tanpa sbb yg munasabah sekaligus dia merenggut hati dan perasaan ini. Ya Allah betapa sakitnya dalam dada terasa seperti nak pecah. Sungguh sy menerima kerana Allah.. tapi dia kecewakan hati sy begitu mudah.

Muhammad Asif
Muhammad Asif
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum..walaupun sy lelaki..Saya pernah lalui pengalaman sebegini baru beberapa bulan lepas..dia tinggalkan saya begitu sahaja tanpa sebab Dan alasan..WhatsApp Dan no telefon Saya terus kena block..sampai Saya pinjam telefon kawan untuk call Dan WhatsApp dan dia terus block..Kali terakhir WhatsApp petang pada Hari yg sama maklumkan dia agak sibuk..kemudian baru sy perasan WhatsApp Saya dah kena block..sedangkan Saya Dan dia plan nak kahwin tahun depan Dan tgh fikirkan persiapan..mmg waktu tu Allah saja yg tahu berapa remuknya hati sy..berkecai seolah2 putus pengharapan nak kenal sesiapa lagi..hinggalah sekarang..mungkin Allah nakkan yg terbaik untuk Saya..sampai satu saat Saya dah give up nak mulakan semula perkenalan dengan mana2 wanita..Saya hanya tawakal sahaja..Allah sebaik2 perancang..bila dengar cerita Ni, Saya terus sebak sebab kadangkala masih teringat kenangan saya Dan dia..moga Allah berikan kekuatan untuk sesiapa sahaja yg kecewa dan gagal dalam percintaan..

Zira
Zira
Reply to  Muhammad Asif
4 tahun yang lalu

Samalah sy … Die dh dtg merisik sy … Jnji mcm mcm alih alih diabtngglkn saya mcm tuje lps 9 hri ..die tunng dgn org lain …hanco leburr hti sy