
Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?
Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka?
Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.
Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.
Kita mesti mengetahui cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mempraktikkannya daripada awal.
Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan dibawa sehingga bila-bila nanti.
Pada kali ini marilah kita membicarakan bagaimana cara untuk menjaga hati bapa kita secara berkesan, seterusnya mewujukan keluarga yang bahagia dan harmoni.
1. Sentiasa Hormat Dalam Apa Jua Emosi
Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Tetap tenang dan tidak bijak menjaga emosi dengan baik.
2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza.
Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas.
Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.
3. Jangan Meninggi Suara
Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa.
Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik. Insyaallah, semuanya dapat diatasi dengan baik.
4. Menjaga Hati Ibu Bapa Dengan Selalu Meminta Izin
Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu.
Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.
5. Jangan Pernah Memarahi
Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali?
Kerana ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah.
6. Jangan Berleter Kepada Ibu Bapa
Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah.
Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.
7. Jangan Menyampuk Perbicaraan
Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik.
Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik.
Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.
8. Menjaga Hati Ibu Bapa dengan mendahulukan mereka
Tatacara lain adalah sikap sehari-hari iaitu mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya.
Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.
9. Jangan Sesekali menyentuh kepala Ibu Bapa
Jangan sesekali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.
10. Menjaga Hati Ibu Bapa Bila Berhadapan dengan mereka
Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.
11. Membantu Tanpa Diminta
Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.
Apa yang tercatit diatas adalah 11 langkah mudah dan berkesan untuk menjaga hati ibu bapa kita.
Ia hendaklah dipraktikal dan rasailah perubahan hubungan kita dengan ibu bapa, mudah-mudahan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita dengan ibu bapa.
Saya anak ke 7 dalam 12 orang adik beradik dan saya telah membuat kesilapan yang amat sangat besar terhadap kedua ibu bapa saya kerana pernah memaki mereka tanpa sedar disebabkan kesilapan lepas mereka,,tambah2 lagi ada adik beradik lain sering meracuni pemikiran mereka terhadap saya. Apa perlu saya lakukan untuk memujuk hati agar dapat terima saya semula dan mengambil kepercayaan kedua ibu bapa saya terhadap saya …berbagai cara sudah saya lakukan tapi tak berkesan…bagaimana nak pulihkan semula hubungan kami???
awak mungkin perlu berbincang dengan mereka dengan cara meluangkan masa bersama.
Cara ini memang terbaik umtuk Ibu Bapa….
apa itu umtuk
Apa cara nye
Saya anak kedua dari 4 adik beradik.saya anak derhaka kerana telah melukakan hati ibu saya.saya tidak menghargai mereka.saya sudah meminta maaf kepadanya tetapi katanya sukar untuk dia memaafkan saya apa patut saya buat untuk dia memaafkan saya??
Saya harap kamu semua dapat doakan saya supaya ibu saya memaafkan saya
Saya mohon doa dari anda semua☺☺
Insyaallah awak akan di maafkan ?
Insyaallah…amin.
saya anak sulung, saya rasa saya dah buat dah apa yang ibu saya suruh tapi mesti ada sahaja benda yang tidak kena. Saya selalu kena banding ngn adik adik, dan saya rasa saya langsung tak dihormati sebagai kakak sulung dalam keluarga.
BAGUS LAH AWAK NI
Dekat rumah ni saya setiap hari kena marah. Tak tahu kenapa saya ni anak paling teruk ke?
Adik saya setiap hari tak kena marah pun tapi saya je yang selalu kena marah. Mak saya sampai bandingkan saya dengan adik saya . Adik saya mak dlsaya marah je saya dia ambil perhatian buat baik baik macam tu
Saya harap dengan link ini boleh tolong saya jadi anak yang baik
Tolong doakan saya ya.
bukan awak anak tak baik, mungkin allah uji awak dgn cara tu.. teruskan bersabar yaa Allah maha memahami
saya anak sulung, saya rasa saya dah buat dah apa yang ibu saya suruh tapi mesti ada sahaja benda yang tidak kena. Saya selalu kena banding ngn adik adik, dan saya rasa saya langsung tak dihormati sebagai kakak sulung dalam keluarga.
Saya mahu buat ibu bapa saya gembira
Semoga saya jadi anak yang baik, doakan saya
InsyaaAllah Aminn
saya akan cuba buat cara nombor 11 kerana ia sangat mudah
Saya akan cuba.moga2 saya berjaya ….amin.
Amin
assalamualaikum. Saya ada salin dekat buku nota saya point2 dalam blog ni. Saya nak minta izin untuk share dekat orang lain. InsyaAllah. Btw, terima kasih sangat2 sbb ulas tentang tajuk ini. Sangat membantu. Doakan kita semua dapat amalkan cara2 tersebut??
Wassalam.
Ya silakan.
Benar apa yang diperkatakan
Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk menjaga hati orang tua kita
Terbaik????
??
mohon share
Silakan
Mohon share…terima kasih….
Silakan.
Sama-sama
Saya slalu rasa ada yg x kena dengan saya. Saya x sengaja tertinggi suara. Namun, saya tahu tanpa mereka tiadalah saya di dunia ini. Apa apapun saya sayang mereka sampai bila bila…
Cuba ubah selagi ada masa :-)
Sy pn ada masalah yg sm…ssh nk tegur ibubapa..dgn diri yg kurang ilmu ni mmg ssh sy nk menegur ibubapa dan adk beradik sy…sy bkn dr keluarga yg bsr…tp hanya sy seorang yg ada kesedaran…paling mudah nk jg hati ibubapa…x pyh ckp psl agama…diorang pyh nk terima nnt jd melalut ke lain plak….hanya doa utk ibubapa setiap sy solat yg mampu sy buat…hati sy sgt sedih sebenarnya….sbb bila ckp psl agama bleh bertekak lbh baik sy diam..keadaan lbh baik jika x berckp perkara yg org x brp suka.
Cuba ubah pendekatan.
Melalui contoh peribadi misalnya.
InsyaaAllah ia mungkin akan membuka hati ibu bapa roslina
SAYA AKAN MENJAGA IBU DAN AYAH SAYA WALAU PUN MEREKA MEMARAHI SAYA,TETAPI MEREKA MARAH KERANA MEREKA MENYAYANGI SAYA….. I LOVE U MY MOTHER AND FATHER
Assalamualaikum, apakah pendapat dr pembaca2x blog ini sekalian jika berada pd kedudukan sy ini. Situasi sy adalah
1. Bapa sy berkahwin dgn wanita lain 8 tahun sblum diketahui ibu, anak2x dan saudara mara. Waktu itu sy 18thn. Skrg sy berumur 28 tahun.
2. Ibu sy bkorban apa sj, melahirkan 8 anak, tiada org gaji, seorg suri rumah yg berkhidmat 24 jam utk bapa dan keluarga mertua. Xde masa utk diri sndiri.
3. Selepas berkahwin baru, bapa sy tidak melayan ibu dgn baik. Bapa selalu bckp dgn bangga bhw tiada siapa boleh halang perbuatan dia. Kami adik beradik hya dicari utk bapa meminta wang sj. Bapa jugak selalu ke siam( sadao a.k.a danok) utk melanggan pelacur sejak dia muda (hinggalah april 2014- skrg bapa sy 64thn). Ibu pernah terjumpa pasport bapa.
4. Tetapi dikampung beliau dilantik sbg imam surau (sbb bersuara merdu)- tiada sesiapa tahu perangai dia yg sebenar. Sbnarnya kami berpindah keluar dr kampung bapa krn bapa kami telah hbiskan wang EPF nya utk berjoli. Sblum ini dia berjanji dgn mak nak beli tanah tersebut. Jadi rumah kg yg kami diami telah dirobohkan. Kami pun bpindah ke kampung ibu (ibu diehsankan tanah oleh arwah datuk).
5. Ibu dianugerahkan anak2x ; sulong-down syndrome, nurse, research assistance, peg pen. Kesihatan, peg diatetik, pensyarah, jurutera dan juga seorg electric technician. Bmenantukan seorg IT engineer, airlines engineer, automotif engineer.
6. Masalah kami skrg ialah bapa berhutang keliling pinggang kerana tidak bkerja, ttp perlu menanggung isteri muda, anak2xnya bsama isteri muda, sikapnya yg berpoya2x.
7. Beliau sntiasa meminta wang dr kami adik beradik, tp bila kami berikan..beliau selalu “berbangga” di depan ibu kami. Menyakiti ibu. Ibu amat marah jika kami beri wang kpd bapa. Masalahnya bapa selalu merayu2x meminta wang..Balasannya… ibu akan call kami dan minta mcm2x lagi. Beliau akan merajuk jika kami explain yg kami beri sikit sj supaya bapa tak kebuluran bsama keluarga anak dan isteri muda. Kalau boleh beliau mahu bapa merana dan dibenci anak2x.
8. Bapa tidak putus memberi wang sepanjang pengajian kami. Jadi rasa bersalah jika tdk dibalas bila beliau sudah tua. Kami sntiasa berdoa bapa bertaubat dr sikap buruknya. Sewaktu bapa 50an.. bapa masih menonton vcd lucah di rumah. Hya Allah sj yg tahu betapa jijiknya kami dgn sikap ayah. Alhamdulillah xblaku perkara xdingini.
9. Ibu tidak dididik dgn baik oleh bapa, ibu tidak menjaga solat. Bapa pula bersolat tidak tinggal ttp tetap berbuat kemungkaran.
10. Kedua2x ibu bapa sy ego dan tidak mahu mendengar atau menerima nasihat dr anak2x. Jadi bagaimana kami nak baiki keluarga kami ini???? Sy buntu. Ada byk lagi perkara yg ingin disenaraikan.. tp cukuplah setakat ini. :(
Assalam, wawa! Memang ramai yang kita nmpk luaran baik, berkopiah, menutup aurat….hanya kerana ingin menunjuk baik pada manusia. Mereka yg sebegini tidak mempunyai ilmu asas agama yg mencukupi… tidak mahu cuba utk mendalami islam, menjadi kn islam agama ikutan, dari nenek moyang sahaja.
Jadi mereka tidak takut utk melakukan perkara yg di larang oleh Allah. Bagi mereka manusia tak nmpk, tida tahu apa yg dilakukn oleh nya…adalah sudah mencukupi!
Allah Tahu tak paa….nnti aku minta ampun pd Allah. Dan diulang2i perkara yg sama…
Allah memberi peluang kpd semua hambaNya utk bertaubat…maknanya Allah menyayangi hamba2 Nya…bukan bererti kita boleh buat sesuka hati., jika kita masih melakukan kejahatan tetapi tiada apa pun yg terjadi pd kita…selagi peluang masih terbuka…sebaiknya cubalah perbaiki kesilapan yg telah dilakukan. Sebelum peluang itu di tutup terus.
Berbalik kpd tanggungjawab kita…cuba nasihat dgn cara yg baik, dan berhemah pd ayah tdi.
Cuba nasihati mereka kedua ibubapa akan betapa Allah itu Maha Mengetahui setiap Sesuatu dan Maha pengasih lagi Maha Mengasihi.
Di usia senja…sepatutnya ibubapa lebih dekatkn diri dgn Allah…perbaiki diri, lengkap kn diri utk perjalanan menemui Allah.
Hanya dgn takwa dan patuh pada perintahNya sahaja baru kita selamat didunia dan akhirat.
Semoga Allah memberi petunjuk dan rahmatnya pada ibuayah ini. In syaa Allah.
Syukur di atas peringatan…doakan sy dpt mengamalkan
InsyaaAllah