6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan

mengurangkan stress?
bagaimana mengurangkan stress dalam kehidupan yang mencengkam? * Stress by gotmyphilosophy

Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.

Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.

Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?

 

Kita Semua Mempunyai Cara Tersendiri Yang Kita Gemar Lakukan Untuk Mengurangkan Stress.

Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.

InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:


1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara.

Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.


2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.

Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.


3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

mengurangkan stress
Mengurangkan stress dengan keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.

Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka.

Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.

InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.


4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini.

Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi.

Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Learning is not only entertaining, it’s also empowering — both of which are good for battling stress.

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.


5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

Saya sangat sukakan fotografi.

Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?


6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit.

Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.

Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.

Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

 

Penutup: Tidak Semua Stress itu Buruk

Mengejar deadline, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress.

Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa.

Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri.

Jika tidak kita akan burn out.

Adakah anda selalu tertekan dan stress?

Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas.

Kongsikan pandangan anda.

Saya sangat menghargai sebarang cadangan, penambahan, dan komen anda pada ruangan dibawah. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan ilmu ini kepada orang lain.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

169 thoughts on “6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan”

  1. saya stress,ada kawan baik mcm x ada. lepastu mak ayh sya x kasi sya kwn dgn budak kawasan rumah sya. mak ayh sya suruh sya kwn dgn budak sekolah kerana mereka lebih berpelajaran daripada kawasan rumah sya. Jadi sya ikut ckp mak ayh sya. tapi sya yg tersiksa. Kena ikut ckp kwn sya je. Klau kwn sya pukul sya x pe, klau sya pkul kwn sya…dia marah. sya tertekan sangat.sya mampu menangis dlm bilik sya dn berdoa je. jadi sya rasa x adil. Kwn sya hanya ada waktu susah je sejak masuk sekolah menengah disebabkan kelas kami lain… dia cari kwn lain disitu sya rasa x berguna. Jadi sya x tau nk teruskan persahabtan kami ke x sebab dis still tolong sya. Sya hanya nk luahkan sahaja sebab dh lama pendam…

    Reply
    • Aishah.. Awk abaikan shj kwn yang membuatkan awk down setiap masa.. Awk kena kuat sabar n ingat setiap yng brlaku psti ad hikmahnya… N kena betulkan niat awk.. Pergi sekolh nk bljr..menuntut ilmu m capai kejayaan..ingat nnti kita akan ikut haluan masing2.. Kerjaya masing2.. Sy pun ad kwn baik dulu..n sy tinggalkn dia sbb dia selalu sakitkn hati sy.. Tapi nk buat cm mane.. Sy abai shj apa yng orng ckp.. N teruskan perjuangn sy sbagai seorng pelajar. Perkara begitu begitu menyakitkan tapi awk tk bolh lama2 sedih.. Nnti mudharat.. Cuba luah masalah ni dekt ibubapa awk.. Sy pasti parents awk akn bagi nasihat yang dpt mengurangkan kesedihn.. Jangn malu dgn mak ayah kita.. Percayalah diorng tk nk awk terganggu masa belajar.. Jangan benarkan orng lain mempengaruhi awak..kalau kwn awk pukul awk..Awk buat tak tahu n anggap yng dia nk perhatian je..

      Reply
  2. Assalamualaikum…

    saya tiada cadangan atau apa-apa penambahbaikan cuma sy ingin meluah perasaan saya.. sy tertekan sekrg ini kerana sudah 6 bulan ditugaskan di tempat yg baru tetapi tidak diberikan apa-apa kerja…sy terlalu bosan…tak tahu nak buat apa..seperti makan gaji buta…sy merasakan cc tempat sy kerja tidak sukakan sy…semua org di tempat sy dia layan baik kecuali sy…sy tidak tahu di mana puncanya…

    Reply
  3. As slm saya terbeban dgn tugas atau kerja saya.. Sy dikira lma bekerja di satu tempat selama itu kerja saya hanya sebagai pemandu..sekarang beralih ke bahagian pejabat yg bermain dgn komputer Dan dokumen sedangkan sy tak tahu apa2 dgn semua tu.. Dah Cuba beljar tapi mgkin faktor umor cepat lupa.. Hari2 rasa terbeban takut bos kata kerja dah Lama tapi tak tahu apa2.bos pulak jenis marah2 Dan tidak bertimbang rasa.. Adakah sy patut teruskan atau berhenti sedangkan saya syg kerja sy skrg. To long LA sy yg didalam kekusutan ini

    Reply
    • Assalam..sy terbaca luahan encik slps membaca artikel ini. Sy fhm perasaan encik dibebani rasa takut spnjg masa, ditambah dgn bos garang sbb sy prnh lalui perasaan begitu.
      Tp kemudian sy sedar, utk elakkan rasa stres tu, sy paksa diri sy utk sentiasa berfikiran positif. Setiap kali dimarahi supervisor, (dgn teruk sekali sampai satu opis dgr makian bos),
      sy senyum dan minta maaf. Atau sy akan cuba ubah suasana tegang tu dgn berseloroh secara bersahaja, terima kritikan dgn perasaan terbuka. InshaaAllah stres tu akan kurang, malah merapatkan lg hubungan dgn bos.
      Dan ya, semakin berusia, kita rasa ssh nk pelajari ilmu br, lg2 berkaitan teknologi moden.. Jadi, jgn putus asa atau cepat mengalah sbb percaya Allah sentiasa mendengar masalah kita dan fikir positif dgn mengatakan teknologi tu buatan manusia, tak mungkin sgt ssh sampai tak boleh dipelajari. Mcm yg penulis katakan, asah minda kita dgn byk membaca.
      Wallahu’alam.

      Reply
  4. Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirahim. Tips yang saya cuba amalkan ialah. Kembali kejalan ALLAH S. W. T. Alhamdulillah sekarang saya hanya mengadu dengan Allah. Percayalah. ALLAH S. W. T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Jangan sesekali putus asa. Jangan sesekali ambil jalan singkat. Pergi pantai dok sorang2 listkan masalah yang korang pendam dan stresskan sangat selama ni. Ronyok kertas tu, Hancurkan tanamkan dengan masalah korang. Lafaz azam baru di mulakan dengan “Bismillahirrahmanirahim” saya ingin berubah kearah yang pemikiran yang lebih positif… kerana Allah taala. Aamiin. InshaAllah Allah bantu. Tips jangan tinggalkan solat usaha untuk memperbetulkan kesilapan kita selama ini. Jangan sampai kembali lembah stress semula. Jangan lari. Uruskan segala nya. InshaAllah pemikiran yang bernama positif akan muncul dalam hidup anda.

    Reply
  5. Cara penyelesaian di atas amat berkesan. Saya juga kadangkala menangis. Ianya dpt menenangkan perasaan dan pemikiran saya. Terima kasih atas article yg sudah dikongsikan ?

    Reply

Leave a Comment