6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan

mengurangkan stress?
bagaimana mengurangkan stress dalam kehidupan yang mencengkam? * Stress by gotmyphilosophy

Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.

Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.

Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?

 

Kita Semua Mempunyai Cara Tersendiri Yang Kita Gemar Lakukan Untuk Mengurangkan Stress.

Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.

InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:


1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara.

Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.


2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.

Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.


3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

mengurangkan stress
Mengurangkan stress dengan keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.

Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka.

Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.

InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.


4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini.

Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi.

Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Learning is not only entertaining, it’s also empowering — both of which are good for battling stress.

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.


5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

Saya sangat sukakan fotografi.

Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?


6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit.

Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.

Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.

Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

 

Penutup: Tidak Semua Stress itu Buruk

Mengejar deadline, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress.

Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa.

Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri.

Jika tidak kita akan burn out.

Adakah anda selalu tertekan dan stress?

Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas.

Kongsikan pandangan anda.

Saya sangat menghargai sebarang cadangan, penambahan, dan komen anda pada ruangan dibawah. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan ilmu ini kepada orang lain.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

169 thoughts on “6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan”

  1. Saya seorang suri rumah….tahap stress mcm x boleh kawal da rasa tertekan sangat….Saya kuat dami anak2 …..diam diri nangis dalam hati….rasa x Ade life 365 hari Buat benda yg sama

    Reply
    • Assalam. Samalah dgn sy. Suri rumah sepenuh masa menjaga 3 anak yg semua kurg 4 thn umurnya, sambil freelancing, keje dr rumah. Mmg stres tahap gaban. Pendam stres, nanges sorg2, kdg2 lepas kat anak, sian diorg. Rasa mcm sy uruskan rumah tangga seorg.. Lps tu, sy tak thn, sy msg suami mase dia bekerja, “syg tak tahan, syg penat sgt”… Alhamdulillah, skrg suami makin ringan tulang membantu. Jd, moral of the story, komunikasi, slps luah pd Allah, ckp terang2 pada suami, “i need u to help me. I’m a human, not a robot nor child factory. So pls share the workload to manage the household.” Lps tu, selalu ajak suami beriadah kat luar, mcm ujung2 minggu, mkn angin kat luar.
      Wallahu’alam

      Reply
    • Asslmulaikum…puan maaf nak bertanya puan hilang stress terkanan macam mana…boleh kongsi…saya seorg suami…tapi saya tau ni adalah ujian tapi…saya tak mampu nak kuatkan diri..sampai dah nak sakit badan terlampau stress

      Reply
  2. Kehidupan skrg sangat stress org sekeliling semua membuat kan saya stress terutamannya keluarga tempat kerja dan segalanya. Segala sudah nmpak bosan segala yg dik dikomen dibawah saya dah Cuba buat tapi masih sama….

    Sueriani

    Reply
  3. Mengurut banyak membantu saya untuk mengurangkan tegang dan stress pada diri saya.
    Beesendirian sambil muhasabbah diri untuk melihat segala bentuk kesalahan yang telah dilakukan atau penyebab segala stress atau tekanan..

    Reply
  4. Sy stress sgt2! Sy seorg isteri tetapi kenapa sy yg kne bekerja keras utk tanggung keluarga dan anak2. Semua sy yg kne bayar. Sy penat sgt pukul 430pg da kuar uma mengadap jem lg kt kastam jb-spore. Kol 930-10mlm baru smp uma. Sy sedih sgt.. Sepatutnya ini tugas suami sy ketua keluarga mencari nafkah utk sy dan anak2. Sepatutnya sy yg duduk uma jaga anak2 masak utk anak2 bkn dia. Dia xtau kepenatan yg sy lalui. Cuti kje sy tpksa bwk grabcar utk cari duit lbh.. Byk kali Kami bergaduh dpn anak2 ? Hidup dia selesa sb ade isteri yg bole sedia smua. Die niaga kdang buka kdang x. Dtg malas berminggu2 xbuka. Kadang sy pkir lbh baik sy hidup sendiri dgn anak2.. Sy rasa mcm xadil mana tanggung jawab die sbg seorg suami? Kenapa semua sy yg perlu pikul? Malang kah nasib sy ini? Sy terlalu sedih.. Tertekan.. Sy rasa terlalu down.. Hanya Tuhan saja yg tau ???

    Reply
    • Faham puan, memang tak berbaloi hidup macam tu. lebih baik membesarkan anak sendiri kerana fungsi suami pun seperti dah tak ada.

      Reply
    • saye pun same kak. saye rasa tertekan dan sangat penat. rasa macam nak menangis. tapi, apa boleh buat

      Reply
    • terbaik puan. puan telah melakukan yg terbaik daripada sisi puan. dan sekarang puan kena sayangi diri puan. berkomunikasi secara terbuka. Jangan gaduh tapi more kepada solution. what do you want and what i want. Saya cuba beratus kali juga dan akhirnya ada perubahan dari pihak satu lagi. Alhamdulillah. Semoga dengan kebaikan puan terhadap keluarga puan Allah akan bantu puan melaluinya.

      Reply
    • Asslmulaikum…puan macm mna dah pulih dari terkanan atau stress… Klau ok boleh bagi tips…sy sejak akhir2 mrmang tertekan…takda duit hidup tertekan ada duit lagi tertekan dgn khidupn skrng ni memang memcbr keimanan… Hidp sy pulak klu kita berhijrah ke arah kebaikan lagi sukar mcm2 dugasn…sy tau kita belajr dari ksilpan taoi nak tmpuh tu yng peeit dgn Allah jer msmpu mengadu…cuma yg sy pasti sebnarye ni adalh kerjaan iblis setan nak sesatkn kita…taoi dia lgi pndai nk hncur kn kita ke jln tk baik…tpi kita tak kuat nk cita dekat org sekiling org tk akn fahm…cuma hanya mampu besabar selagi termampi..mcm2 org ckp ada saka kene sihir semua nak perya sgt tk boleh tp benda mca tu batin…tapi saya yakin bila di uji Allah syg kita…cuma kita buntu apa dan mana silap kita…nak jalani tu yg sukar tapi bgi saya sebgai suami apa yang sya bolejh kongsi kan kene bawak berfikir pjg kalau bergaduh takut suami suami yg tak kuat minda yg tak nak jadi jdi lain…mcm sya ni nasih Allah letak kan terbalik hati dan persaan dgn istri…first di uji dgn bisnes nak hancur dan cri punca sampai laa rumah tgga pulak…kuat dugaan istri yang llembut dan kuat agama… Dah bertkar jdi saua jadi dia….dllm akhir 3 bulan dlm kesulitan Allah bg rezeki ..istri mengandung…cuma saua nak bertaua delat kaum wanita ni ada kaitan dia sarat mengadung atau betul dari hati dia…sebab…sy cari apa masalh kehidupan selalu di timpa dugaan…saya tak pernah laa inaya org…cuma dosa. Kita sndri byk

      Reply
      • Puan, Allah menguji kita dengan pelbagai cabaran kita perlu menghadapinya dengan tabah. Perempuan mudah masuk syurga dan mudah masuk nereka. Setiap dugaan ada hikmahnya jangan putus asa kita ada Allah. Semoga dipermudahkan aminn.

        Reply
  5. Stress saya ni lain macam sikit..duk sorang2 pun stress jgk..overthinking maybe…bos suruh buat benda mudah pun saya tak boleh buat..padahal tu bidang saya..Allahu..mulut saya ni x henti2 istigfar utk dipermudahkan urusan.

    Reply
  6. Insha allah,tetapi saya sedang cari email perdana menteri malaysia,hanya ia boleh selesai masaalah saya

    Reply

Leave a Comment