6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan

mengurangkan stress?
bagaimana mengurangkan stress dalam kehidupan yang mencengkam? * Stress by gotmyphilosophy

Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.

Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.

Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?

 

Kita Semua Mempunyai Cara Tersendiri Yang Kita Gemar Lakukan Untuk Mengurangkan Stress.

Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.

InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:


1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara.

Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.


2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.

Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.


3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

mengurangkan stress
Mengurangkan stress dengan keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.

Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka.

Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.

InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.


4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini.

Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi.

Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Learning is not only entertaining, it’s also empowering — both of which are good for battling stress.

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.


5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

Saya sangat sukakan fotografi.

Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?


6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit.

Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.

Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.

Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

 

Penutup: Tidak Semua Stress itu Buruk

Mengejar deadline, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress.

Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa.

Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri.

Jika tidak kita akan burn out.

Adakah anda selalu tertekan dan stress?

Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas.

Kongsikan pandangan anda.

Saya sangat menghargai sebarang cadangan, penambahan, dan komen anda pada ruangan dibawah. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan ilmu ini kepada orang lain.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

169 thoughts on “6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan”

  1. Saya tsgt stress,takut akan khilangan seseorang yg aku paling syg sgt.. aku coba ptahankan rumahtgga aku,tpi aku slalu d abaikan.. sakit bila org yg kta syg abaikn kta,tdak ambil pduli pasal kta..

    Reply
  2. saya stress sangat2. saya dari keluarga yang bermasalah. dari kecik sampai besar saya tak pernah dapat kasih sayang dari ibubapa. saya anak bongsu yang malang. saya kena kerja keras untuk tampung diri. hidup berdikari. adik beradik xambik tahu. tahu nak tunding jari. mak saya dah tua . tak ada sapa yang nak jaga. saya memikul tanggungjawab sorang2. adik beradik yang lain reti bagi nasihat saja tapi saya yang tanggung semua. stress sgt. dengan mulut mak saya hari2 tau nak marah. apa salah saya? mampu berdoa harap dapat merasai sebuah keluarga yang bahagia. saya masih muda. umur saya 22. tapi macam2 saya lalui . saya penat. ada sesiapa yang tahu ustaz yang boleh bagi nasihat untuk orang tua? contact number saya 0146961713

    Reply
  3. Saya mengalami tekanan dari kecil lagi.. tekanan bermula dari keluarga.. saya mempunyai keluarga yg besar.. boleh dikatakan keluarga bermasalah.. hidup saya semakin rumit apabila meningkat dewasa.. saya pernah rasa xnk hidup lagi.. tekanan membuatkan saya semakin sakit.. pelbagai cara saya lakukan utk kuatkan diri sendri tp kdgkala perasan tekanan tetap juga dtg lagi2 kalau ada ahli keluarga yg buat masalah.. saya harap saya akan dapat hidup bahagia satu hari nanti..

    Reply
  4. Saya stress disebabkan boyfriend terlalu kongkong dan tak bagi saya keja dan mak abah duk desak saya supaya kerja . Bila saya mintak break dia taknak and ugut saya nak pegi bomoh lha saya tertekan sangat

    Reply
  5. Sy tertekan setiap hari, ramai yg sangka sy stress angkara pelajaran sedangkan puncanya adalah dri org di sekeliling sy. Mereka memperlakukn sy sesuka hti mereka. Kdg² sy rasa penat Dan lelah kerana perlu brhdpn dgn prngai mereka setiap hri. Apa yg prlu sy lakukan?

    Reply
  6. sy mengalami tekana sejak kebelakangan ini kerana masalah seerti mak sakit ayah sakit..duit tiada adik sekolah. Masalah kewangan teruk. maslah rumahtangga seperti suami tidak ada tanggjawab..suami sering tiada wang suami kuat berhutang. sy susah hati mak ayah asyik skit sy tiada dui nk bantu. A

    Reply
  7. sayaaa, luahkan stress dengan menangis sorang sorang, pendam sorang sorang
    and its hurt u know
    know ada masalah kesihatan sebab stree

    Reply
    • salam alia, cara kita sama, tapi pada akhirnya semua yang saya pendam menjadi api dalam hati ,. saya bertahan untuk pendam masalah sya seorang .pad akhirnya semua terluah dan berfikir untuk lari dari masalah.

      Reply
  8. Saya stress,sbb sy perlu kejar smua benda dalam satu masa. Tp saya nk balik semula pd Allah. Sy tahu,sy jadi mcm ni sbb sy tak taat padaNya,sy khilaf. Sy x solat,jadi sy perlu kembali kpdNya. Sy dh penat sakit2 and stress mcm ni. Tlg doakan agar sy baik semula.

    Reply

Leave a Comment