
Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.
Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.
Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.
Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.
Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.
Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.
Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.
Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?
Kita Semua Mempunyai Cara Tersendiri Yang Kita Gemar Lakukan Untuk Mengurangkan Stress.
Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.
InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:
1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.
Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.
Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara.
Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.
Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.
Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita.
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)
Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.
3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.
Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka.
Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.
InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.
4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran
Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.
Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.
Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.
Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini.
Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi.
Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.
Learning is not only entertaining, it’s also empowering — both of which are good for battling stress.
Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.
Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.
Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.
Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni
Saya sangat sukakan fotografi.
Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.
Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.
Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.
Jadi apa minat anda?
6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur
Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit.
Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.
Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.
Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.
Penutup: Tidak Semua Stress itu Buruk
Mengejar deadline, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress.
Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa.
Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri.
Jika tidak kita akan burn out.
Adakah anda selalu tertekan dan stress?
Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas.
Kongsikan pandangan anda.
Saya sangat menghargai sebarang cadangan, penambahan, dan komen anda pada ruangan dibawah. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan ilmu ini kepada orang lain.
Assalammualaikum, saya cukup-cukup stress kebelakangan ini dengan pelbagai bentuk masalah yang datang terutamanya masalah keluarga dirumah. Bagaimana saya perlu tangani masalah ini agar ianya tidak berlanjutan. Saya telah cuba untuk selesaikan masalah tersebut tetapi insan yang saya tegur sikapnya masih mengulangi dan melakukan benda yang sama. Saya dah cuba bawa berbincang untuk dia ubah sikap tapi sahutan dan perbincangan tidak membawa makna sebab dia masih kekal dengan sikap dan perangai yang lama. Kesan dan akibat sikapnya membuatkan saya cukup tertekan dan setiap kali pulang ke rumah saya tidak akan rasakan rumah itu tempat yang menenangkan saya tetapi tempat yang amat serabut untuk saya. Apa yang perlu saya lakukan. Saya dah cukup penat untuk terus berdepan dengan teka teki dari sikapnya.
Banyakkan berdoa
Kuat kan semagat
Assalamualaikum , saya 17 tahun . Sejak kebelakangan ni saya tidak suka bila orang membebel atau menkeji saya . saya suka lawan apa orang cakap , mcm Ibusaya, kwn” . kadang” tu sampai nak gaduh pun ada . saya perasan yang saya ni xboleh orang tegur , selalu rasa Tak puas hati , dendam xtetntu pasal . rasa stress SBB sye berperangai pelik mcm ni , sebelum ni saya Tak macamni .saya orangya cool tenang je . kadang2 saya Ade terpikir sampai nak lari rumah lah nak bunuh dirilah saya taktahu nak luah kat sapa srbab xde siape y paham . Saya sedar saya selalu menyinggung hati mak saya dengan bercakap kasar , buat kerja Tak ikhlas pun selalu tu . sye xtahu kenape saya mcm ni , stress sgt2 dengan percubaan spm dh nak dekat .
hidup hg sama ngn hidup aq..ap aq buat semua x kena..bila org suruh buat tu buat ni aq asyik mrh jaa..x tau pasaipa..kwn ii bnyk kata aq nii bnyk berubah tapi bila aq tnya depa blik tang mana yg brubh depa msti x ckp..enth laa mcm mana nk kwl kemarahn aq ni..dulu aq x mcm ni..dulu aq rajin aq peramah baik lemh lumbut tapi semua tu hlg sekelip mata jaa aq skrg slalu gduh ngn org..mrh org..melawan pn ad laa slalu nk tumbok org..rasa mcm kesian pn ad bila tngk blik bila depa kena tumbok ngn aq..teringn aq nk jadi hidup aq yg dulu
saya sudah bercinta hampir 5 tahun , dan percintaan itu telah pun berakhir kerana saya tidak sanggup untuk menangung kesakitan melihat sosial negara luar , ex boyfriend saya berkerja di melbroune hampir setahun , dia meninggal kan saya dimalaysia , hubungan saya dengan keluarga sangat sangat baik . bergitu juga dia . dia pergi dengan tujuan ingin “mencari duit perkahwinan ” pada awalnya saya dan juga ibu nya tidak mengizinkan . kerana kedegilan saya dan ibu nya terpaksa membenarkan dia pergi , saya mempunyai 5 org didalam ahli keluarga tetapi ibu saya ada seorang anak angkat lelaki yang sebaya ex boyfriend saya , dia seorang yg tidak sihat tapi sangat periang org nya , walaupun dia tahu saya sudah mempunyai boyf tetapi dia tetap sabar menjaga saya , saya seakan dapat merasai yang dia menyukai saya . tetapi saya sayang menyayangi ex boyf saya . tiada apa pun yg mampu mengubah rasa sayang ini terhadap nya . semasa ex boyf saya hendak pergi ke klia2 saya dan juga abang angkat family ( G ) menghantar dia ke airport . oh hampir terlupa kami juga telah membeli cincin perkahwinan dan yang lain , kerana perancangan kami juga family mmg sudah mahu berkahwin . tak smpai setahun dia disana perbagai masalah trjadi antara kami . dan pada akhir nya saya memutuskan hubungan kami , dari situ terjadi lah fitnah antara saya dan (G) , saya telan je apa org kata , sebab saya dan anak angkat mama saya mmg rapat dan ex boyf saya pun mengenalinya , setiap hari saya menagis sehingga kan kabur mata ini , setelah (G) mengetahui dia memberitahu kepada ex boyfriend saya supaya balik lah dan jaga lah saya disini , dan tiba tiba ex saya marah marah dan memberikan saya kepada (G) , kerana sepanjang dia disana dia mula mencemburi saya dan juga (G) , hati saya sangat hancur ketika itu , kerana saya tak dapat bayangkan orang yg saya menyayangi memberikan saya kepada orang lain dan tak berkorban untuk balik ke malaysia bersama saya dan juga ahli keluarganya , saya tahu akan kesalahan saya kerana terlalu rapat dengan (G) , selepas dari perpisahan itu , saya dan (G) semakin rapat , ada beberapa kali saya nampak dia muntah darah , dan dia juga minta saya untuk menerima lamaran nya , dia juga dari family yg tidak bergitu sempurna , ayah nya sudah berpisah dengan ibu nya ketika dia masih kecil dan banyak bergantung harapan kepada opah nya yang membesar kan dia , ibu nya seorang penagih dadah , tetapi dia tidak berkelakuan sebergitu dan dia mengambil keputusan untuk keluar rumah dan hidup brdikari , dia amat baik dan pemurah , cuma kurang kasih sayang dari keluarga , dan disebab kan itu mama saya bersimpati mengambil dia sebagai anak angkat , kini saya perlahan perlahan redha untuk menerima dia , cincin juga sudah dibeli , secara tiba tiba ex saya datang dan kata dia juga memerlukan saya , saya tidak smpai hati meninggalkan (G) dengan harapan yg telah saya berikan dengan keadaan kesihatan nya dan kehidupan yang terlalu sunyi , sedangkan saya tahu saya amat mencintai ex saya dan juga ahli keluarga nya , cuma sekarang ini family nya seakan menyalah kan saya dengan kehadiran (G) , dan saya tidak menceritakan apa yg telah terjadi saya cuma memohon maaf diatas apa yg terjadi , hari ini (G) mengatakan hasrat family dia untuk melamar saya , tetap abah dan juga mama seakan was was dan menyebut yebut lagi tentang ex saya dihadapan dia , saya sangat tertekan kerana seakan akan family saya menyayangi ex saya , kerana saya tahu ex saya lebih senang berbanding (G) yang hidup nya sederhana , saya bimbang family saya fikirkan kesenangan dan melambat kan benda yang baik , walaupun saya juga tak mampu untuk tahu berapa lama ex saya akan hidup tapi saya hanya harap , saya boleh menerima dia dan berikan dia kasih sayang seperti sebuah keluarga , saya tidak hirau kan tentang harta asalkan dia benar benar ikhlas dan boleh menjaga saya . ????
sya telah menjadi stress sejak 3 minggu yg lepas. pelbagai masalah telah dtg kpd sya dan sya tidak dpt mengawalnya. exam pt3 akan sya hadapi dan sya tidak dpt menghafal apa2 pun pelajaran. segalanya menjadi pudar. sya takut dan menangis pada setiap hari. ibu bapa sya juga marah terhadap sya disebabkan oleh kecelaruan otak ini. badan sya menjadi lemah, sakit perut dan pening kepala mula dirasai. apakah yg perlu sya buat sekarang?
banyakkan berehat fokus dgn peljaran. timbulkn rse minat dlm pjlaran. jgn lupe berdoa juga ????
saya berada di tingkatan 2 setiap bulan pasti akan sahaja manusia yang datang mencaci , memaki , mengutuk , menghina dan melepaskan kemarahannya kepada saya . kadang kadang saya jadi tidak tentu hala stress sangat . boleh jadi gila macam ni , saya ada memberitahu ibu bapa tetapi mereka tidak memberi respon dan berkata sabar selagi mampu manusia tidak pernah berpuas hati sesama manusia . saya mengambil itu sebagai satu pengajaran dan sekarang bila mereka datang membuat semua perkara saya bersabar , berdoa dan tawakal berserah kepada allah . saya juga meluangkan masa bersama telefon pintar . alhamdulilah segala masalah yang beban menjadi sedikit :))
Pada pandangan saya,kurangkanlah bermain gajet ia akan membawa kesan kepada pembelajaran.Permainan yang berlebihan akan membuatkan seseorang mengalami mutasi.Perubahan pisikologi turut berubah.
Saya sgt stress dgn bos…yg banyak suruh buat kerja dan dgn dibebani kerja yg saya tk pernah buat dlm kadar segera…sya perlukan kualiti..bukannnye kuantiti….sya kena fikir kerja tu tenang bukan buat tergopoh gapah akan hasilkan bnyk salah…bagaimana saya nak nasihat bos yg tk paham…bos yg selalu fikir smua dia betul..sya perlukan nasihat dn kekuatan utk mnghadapi masalah bos yg bossy….pekerja lain ada..kenapa masih saya juga dipersalahkan dn sering dibuli..padahal sya dh cukup sabar dn slowly talk dia masih berkeras dn anggap dia betul mcamana tu?.saya tk suka dn bukan profesional kalo kita bertikam lidah dgn bos…so ape perlu saya buat
Oklah.
artikel yang sangat baik dalam mengurangkan stress ,amat mudah difahami ringkas dan amat memberi makna kepada si pembaca teruskan membuat artikel lagi.
Pernah stress sangat smpai nk menangis tp saya tngk video atau rancangan lawak kt tv yg blh menghilangkan stress.. Kadang2 kite perlu lupakan seketika kerja yang blh buat kite stess..
Shopping..haha