
Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.
Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.
Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.
Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.
Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.
Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.
Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.
Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?
Kita Semua Mempunyai Cara Tersendiri Yang Kita Gemar Lakukan Untuk Mengurangkan Stress.
Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.
InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:
1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.
Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.
Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara.
Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.
Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.
Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita.
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)
Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.
3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.
Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka.
Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.
InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.
4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran
Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.
Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.
Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.
Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini.
Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi.
Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.
Learning is not only entertaining, it’s also empowering — both of which are good for battling stress.
Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.
Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.
Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.
Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni
Saya sangat sukakan fotografi.
Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.
Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.
Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.
Jadi apa minat anda?
6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur
Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit.
Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.
Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.
Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.
Penutup: Tidak Semua Stress itu Buruk
Mengejar deadline, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress.
Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa.
Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri.
Jika tidak kita akan burn out.
Adakah anda selalu tertekan dan stress?
Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas.
Kongsikan pandangan anda.
Saya sangat menghargai sebarang cadangan, penambahan, dan komen anda pada ruangan dibawah. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan ilmu ini kepada orang lain.
good information,thank you :)
Assalamualaikum pendengar,sekadar luahan, saya dilahirkan sebagai seorang muslim , saya percaya tuhan tetapi tidak merangkumi mna2 agama ,bagi saya buat jahat akan dibalas dan sifat membantu amat org lain dlm kesusahan amt mengembirakan diri saya ,akan tetapi walaupun org tua saya kuat agama saya kecewa dengan sikap mereka yg tidak sedikit pon bertolak ansur untuk memahami diri saya yg telah banyak makan hati dengan sifat mereka , kata2 saya selalu diendahkan , privasi untuk diri saya mereka lansung tak hormat , bila saya berkeras dengan pendirian saya terutama ibu saya selalu mengunakan nama allah dan berdoa yg bukan2 hingga segala kerja ke arah kemerosotan kerana kekecewaan yg saya bawak di dalam diri saya terhadap mereka .. saya tertekan dan perlukan pendengar serta dorongan dalam hidup saya sekarang .
Zed
0182029835
Iye zed…saya pn mmpunyai masalah yg sama
Same goes to me here..Macam saya sekarang sampaikan rasa sesak nafas yang berpanjangan Bila fikir semua tu .. yah I knew syurga dibawah tapak kaki Ibu . Tekanan Bila hari2 Kena Marah benda yang simple .. kadang2 Bila nak lepak keluar pun my mom macam tak bagi . She says that I’ll be influenced by those friends yang tak elok .. kalau Dulu pasal solat saya Kena marah OK I knew benda tu wajib kan … ..rite no I was 23y’old for this year .. when I told my mom that I’ve some new friends . Then sudden my mom akan cakap yang bukan2 pasal dieorg .. yah I as a their friends mesti tegakkan benda yang tak Betul rite Kat my mom .. boleh kata hari2 saya akan bergaduh dengan my mom .. ????. Demi Allah saya tak akan pernah benci dia .. cuma tekanan yang saya alami buat kan saya rasa susah nak hilangkan stress ni .. saya tengah sakit macam ni pun kadang2 Kena Marah dengan my mom .. .. Allahu .. alhamdulillah gaya hidup sihat macam tak merokok semua tu dah hindarkan dah sebab sesak nafas ni .. cuma rite now on nak dekatkan diri dengan Allah jea .. relaxing when I was on sholat assalamualaikum
Sabar bro.sy fham ape yg bro rasa.sdih mmg sdih tpi brdoa dan brubah utk diri sndiri.x usah hrapkan sesiapa.utk ibu2 jgn lah ditekan sngt anak lelaki anda.untuk bapa2 mainkan peranan anda dan cuba fahami isi hati anak lelaki anda.anak lelaki anda manusia yg prlu dipenuhi tuntutan rohani dan jasmani.jgn kerana dia lelaki anda anggap dia blh hadapi sgalanya seorang diri.sntiasa ada dan sntiasa sokong anak lelaki anda jika mereka melakukan perkara positif dan sntiasa bimbing mereka ke arah positif dgn cara lmbut.kerana fitrah lelaki mmg akan lbih trtarik dgn kelembutan.jgn trlampau tegas dgn anak lelaki anda.selami perasaan.biarkan dia menangis di hadapan anda dan luahkan sgalanya kpada anda.krna kgagalan komunikasi cmrlang mnybbkn rmai anak2 muda lelaki mngmbil jalan singkat utk lpas stress cntohnya hisap rokok slain faktor rakan sebaya.
Faham sngt zed.sy pun prnh rasa mcm ape yg u rasa.bila mak slalu menekan dan bapa pulak trlalu diam dan x endah.tinggallah kita terkial2.tpi tu dulu.sy branikan diri brsuara dan kata ape yg sy x puas hati ttng mereka.cara layanan mereka yg agak kasar menyebabkan sy brada dlm tekanan slain tkanan dlm pembelajaran.sy mngis dpn mereka sy protes x nak bljar sy spruh gila wktu tu.alhamdulillah lpas tu diaorg plak risau tgk keadaan anak diaorg yg dulunya pljar cmrlang jtuh merudum dlm soal bljar.sbb sntiasa ditekan dan x ada penghargaan.lpas tu diaorg berubah dan sntiasa appreciate ape sy buat wlaupun kcil.sy jg tmbhkan ilmu agama sy dgn bergaul dgn kwn2 yg alim dan sy cuba utk ubah cara parents sy yg sy rasa x kna dan against the norm.biarlah digelar anak kurg ajar ke ape sbb cuba mngajar parents tpi sy x leh lihat mereka trus2 trusan didik anak dgn cara salah.abang sy dh jdi tekanan kmudian sy plak.kerana kesabaran sy dan allah bukakan pintu hati parents sy untuk berubah.alhdulillah.
Saya juga stress, takde ruang rehat. Waktu kerja stress ngn kerja. Bila cuti stress di rumah, masa bujang dulu. Bila stress dapat baca quran, main badminton, berbasikal. Kini semua tu lenyap. Bangun tidur, urus rumahtangga, pergi kerja.. Balik kerja urus rumahtangga. Malam tidur terganggu, coz da baby. Cuba utk pujuk hati agar bersyukur dgn apa yg ada… Tp kdg2 sedih gak… Cari artikel motivasi, bc artikel utk jd lebih bersyukur… Cuba rawat hati… Sy jd pemarah, kuat merajuk, menangis sendiri… Org lelaki tidak akan melalui situasi spt ini… Apapun terima kasih dgn artikel hilangkan stress
Sy lelaki sy dh laluinya.tpi hnya mmpu brcrita kat bbrpa org shaja.yg lain x kan memahami.jdi lelaki lgi susah sbb susah nk dpt support system.huhu.sape kata jdi lelaki sng?
Saya cuma tertekan dengan kos sara hidup dizaman ini. Nilai ringgit merudum teruk,harga barang mahal, dengan gst lg. Kalau dapat brim pun belum tentu dapat cover balik buat bayar gst.
Bagi saya, baca al-quran dan maknanya sekali sangat2 membantu menghilangkan stress. Saya tekankan sekali lagi, al-quran dan maknanya. Kenapa? Sebab kite akan faham setiap ayat yang kita baca. Bila kita faham, baru lah kita dapat menghayatinya.
Setelah itu, keajaiban al-quran akan hadir.
Apakah keajaiban itu? Salah satunya rahmat Allah. Kerana Allah dah janji sesiapa yang baca al-quran tak kan menjadi sia-sia, setiap yang keluar dari mulut kita membaca al-quran adalah pahala. Setiap pemahaman adalah anugerah Allah untuk memberi hidayah kepada kita jua petunjuk. Rahmat yang turun bagi orang yang membaca al-quran berupa nur cahaya yang menerangi hati dan rumahnya.
Selain itu, jika kita kerap membaca al-quran dengan seikhlas hati. Mudah-mudahan, kita mendapat syafaat al-quran di alam seterusnya nanti.
Cubalah…anda akan merasai sendiri betapa tenangnya hati dan lapangnya fikiran bila membaca al-quran dan maknanya dengan ikhlas, fokus dan khusyuk.
Allah punya kuasa, ayat-ayat yang kita baca itu kadang-kadang sama je macam kes atau masalah yang kita hadapi pada masa itu. Rupanya Allah bagi petunjuk pada kita. Itulah yang saya selalu alami, alhamdulillah. Sebab itu saya tekankan untuk membaca al-quran beserta tafsirannya. Terdapat banyak al-quran dan tafsir dijual sekarang, hanya sebesar tapak tangan dan berwarna menarik. Sangat mudah dibawa ke mana-mana. Telefon pintar juga banyak aps alquran dan tafsiran. Pilihan bijak di tangan anda…… Try ur best =)
Ingatlah semua tu sementara saja & saya pernah jatuh menghadapi masalah hidup yang menimpa saya. Kadang-kadang ujian yang datang tu bertubi-tubi dan saya tidak tahu nak buat apa kecuali berdoa pada Allah. perlahan2 Allah bagi saya petunjuk dan jalan keluar bagi tiap masalah dalam hidup saya. Ujian ni akan hilang selepas kita meninggalkan dunia dan apa yang paling saya takut sekarang ialah alam kubur dan seksaan api neraka. Takutnya segala ibadah yang kita lakukan skarang hanya sia2 sebab tak istiqomah. Semoga Allah bagi kita petunjuk dan rahmat kepada kita.
Dunia penuh dengan ujian dan cabaran. hmp. Sy sering kali dilanda masalah selepas satu masalah datang, datang balik masalah yang lain. Rasa macam ujian tu datang bertubi-tubi & saya tk pernah rasa pun biasa dengan masalah tu. Ini lah kerja Allah. Kita hanya hamba Dia yang lemah dan sering lupa. Bila ingat Allah dalam menjalani hidup kita. Kita pun rasa bahawa smua ujian yang datang tu hanya sementara je dan ada hikmah disebalik semuanya … datang dan pergi. Kita terdesak nak kan ketenangan jiwa dan bebas menjalani hidup ni tapi kita lupa bahawa akhirat lah yang kekal selamanya………..
Saya pun Stres ni.Gara gara mahu Exam..Nervest lah..
Saya pun stres ni.
Saya jarang share dengan family..Sebab kalau cerita they end up put a blame on me..Saya hanya perlukan seseorang untuk mendengar..Kadang2 cari kawan2..Kalau kawan2 macam sibuk, saya simpan je..Sebab tu pada usia muda ni saya dah terkena tekanan darah tinggi..Masalah suka datang bertubi2..Thanks jugak 4 sharing