6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan

mengurangkan stress?
bagaimana mengurangkan stress dalam kehidupan yang mencengkam? * Stress by gotmyphilosophy

Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.

Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.

Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?

 

Kita Semua Mempunyai Cara Tersendiri Yang Kita Gemar Lakukan Untuk Mengurangkan Stress.

Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.

InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:


1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara.

Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.


2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.

Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.


3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

mengurangkan stress
Mengurangkan stress dengan keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.

Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka.

Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.

InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.


4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini.

Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi.

Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Learning is not only entertaining, it’s also empowering — both of which are good for battling stress.

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.


5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

Saya sangat sukakan fotografi.

Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?


6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit.

Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.

Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.

Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

 

Penutup: Tidak Semua Stress itu Buruk

Mengejar deadline, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress.

Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa.

Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri.

Jika tidak kita akan burn out.

Adakah anda selalu tertekan dan stress?

Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas.

Kongsikan pandangan anda.

Saya sangat menghargai sebarang cadangan, penambahan, dan komen anda pada ruangan dibawah. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan ilmu ini kepada orang lain.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

169 thoughts on “6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan”

  1. kalau keluarga Yang sering sahaja menyalah Kan saya walaupun saya tidak berbuat sesuatu Yang keji Dan mereka tidak ingin mendegar penjelasan saya Dan sering memarahi saya macam mana saya ingin menyelesai Kan masahlah saya………….

    Reply
  2. Assalamualaikum… Saya baru berumur 12 tahun. Saya hendak tanya apakah cara terbaik untuk menghilangkan stress ibu kita yang stress bekerja? Terima kasih ?

    Reply
      • Waalaikumussalam Dengar cakap ibu sayang,, jgn bagi masalah kat ibu, ape ibu suruh kita buat,, ?
        Rajin2 kemas rumah, bila ibu balik tngok rumah bersih ibu suka. ?

        Reply
    • Waalaikumussalam Dengar cakap ibu sayang,, jgn bagi masalah kat ibu, ape ibu suruh kita buat,, ?
      Rajin2 kemas rumah, bila ibu balik tngok rumah bersih ibu suka. ?

      Reply
  3. hi saya ingin kongsikan yang terjadi pada staff baru saya . single mum anak 5 . sekarang ni ap yang terjadi terhadap beliau agak sukar . bekerja tapi dia xdpt fokus dgn kerja . dia mcm berfikir sesuatu sbb anak 5 org tu suami dia tak bernarkan jumpa . kdg2 bawa p mall dia tgok bju budak2 . dan,senyum sorg2 . ap yang adik dia bgtau kakak dia dlu ni sukar utk di kawal dan bnyk mkn ubat penenang . dan keluarga dia agak sukar tolong dia . ini cara utk kami nak tolong dia kerja dan jgn terlalu fikir ap yang berlaku . kita fhm mungkin dia rindu anak2 dia . kalau tak ambil tahu mungkin takut dia boleh jadi tak betul . sbb skrg ni doa tak ada arah tujuan . mcm mna nak atasi beliau ya ?

    Reply
    • Mak slalu bebel….keluarga tak penah paham diri saya..saya pon tahu saya ni beban keluarga….hiburan saya tengok yt je tu pun tak sampai berjam jam takde pon main game tapi slalu kena tuduh…mak nak tengok keputusan cemerlang dlm pelajaran je..usaha saya mak saya tak nampak pon ..yg nampak masa main yt jelah.. fon pon guna fon mak sbb takde fon.nak whatsapp kawan pon kena marah sbb terlalu banyak cakap dalam group. saya tak tahu tujuan hidup saya ni selain beribadah kepada allah…skang saya rasa cara org pandang usaha dari hasil..kalau teruk maknanya x usaha, malas. kalau berjaya maknanya banyak usahanya. saya tak tahu nak luahkan kt sape..takde sape pon cuma kt sini je…semoga semua org kt sana tu tabah ye hadap stress ni…ujian allah tanda dia sayang kt kita.

      Reply
  4. Macam mana kalau seseorang itu stress tapi dia tak sedar yang sebenarnya stress..bila orang tanya kau stress kee?. Tak ada lah aku biasa je..Tapi pada suatu sudut itu, dia stress. Apa perlu kita lakukan?

    Reply
  5. Boleh tambah dengan mengamalkan bangun solat malam.kerana ia sgt membantu dn berkesan.saya sendiri pernah mengalami stress dn kemurungan.alhamdulillah berjaya.membaca alquran menjadi amalan wajib bagi saya.insyaallah allah bantu kita.

    Reply
  6. Saya dah lama hadapi tekanan hidup yang amat berat.Ia berlaku di sebbabkan kesilapan besar yang di lakukan oleh ipar saya.Dia adalh punca utama saya sentiasa tertekan atas sebab dia telah menggunakan wang kami utk melabur dalam pelaburan haram.Sampai satu keluarga merasa impak di atas perbuatannya.Bukan shj saya ..ibu mertua…anak2 dia dan suami saya tertekan.Sudahlah anak saya masih kecil perlu kewangan yg cukup membiayai untuk persekolahan nya d pra.Tambahan pula dia (ipar ppuan)telah tertipu dan hampir belasan rakan2nya tertipu sebab percaya belum tmsk hutang along.Sekarang sy dan suami tpks beri belanja dengan anak2nya yg skrg msh menunggu jwpan utk bekerja…tanggungan isi rumah seramai 6 org tmbhan gaji kecik sgt membebankanDia kekadang selamba sajA seolah2 dia tak buat salah.Saya memang sangat tertekan sampai tak tahu nak buat apa.Dah lama saya pendam baru kali ini dpt luahkn di ruangan ini.

    Reply

Leave a Comment