Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.
Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.
Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.
“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”
” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”

Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.
Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.
BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”

Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.
Don’t simply surrender.
Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?
#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati
Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.
Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.
Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.
Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.
Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)
.
#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba
Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati.
Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.
Oleh apa yang boleh kita buat?
Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?
Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.
Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali.
Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.
Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.
Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.
Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum.
Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.
Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.
Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.
Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.
#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan
Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.
Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan.
Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?
Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.

Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.
Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.
Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.
Masalah yang mungkin timbul
Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.
Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?
Berdirilah atas kaki kita sendiri.
Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain.
Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.
Jika kita memikirkan kata-kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.
Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!
#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.
Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.
Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.
Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.
Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.
Penutup: Berdoalah kepada Allah
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.
Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang-orang ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati.
Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.
Mungkin anda ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan?
Catatkan apa yang bermain dalam fikiran anda sekarang pada ruangan komen dibawah.

sering diperlekehkan kerana tiada akademik..padahal walaupun tiada akademik tetapi punyai pengalaman bekerja yang sangat luas. tetapi masih tetap diperlekehkan juga.
apa yang perlu dilakukan dengan orang-orang begini?
Saya dapat jiran sewa sebelah rumah suka menyindir/kaki gaduh sebab dulu prnh tegur dia parking dpn rumah sy sedangkan depan rumah dia kosong tak nak park,blm lg dgn anak kecilnya bising tak tentu hala,buka radio kuat2,bising smpai tgh mlm mengalahkan rumah bujang pdhal rumah family.Alasan sb anak dan suami kerja offshore jrg jmpe dah mereka kerap buat mkn2 anak beranak hampir setiap minggu .Anaknya dh 7 org,cucu2 lg, mak sedara semua ddk sekali. Rumah teres biasa saja,bukanlah banglo jadi mana la tak bising,sb tu la dia chop2 parking sbrnya.Kami baru tahu dkt setahun tgk rumah dia mcm2 org ada yg ddk dgn dia. Rumah kami btl2 sebelah rumah dia.Biasalah ditegur elok2 pun panas. Dia perli mcm2 last2 pernah kami panggil polis sebab ada isu besar berlaku. Slps tu, kami sound balik “tak salah nak takut apa”.Smpai skrg diam dan behave la sikit tapi ego masih ada la. Anaknya pun pernah bergaduh suami isteri smpai rumah kami boleh dgr.
Kami doa siang malam org mcm ni cptla2 pindah sejauh mungkin,jiran sblm2 ni takde masalah dan elok sahaja tak bergaduh pun. Kami bukanlah jenis layan org toksik mcm ni,gadoh tak habis2,kami mahukan penyelesaian bukan bergaduh tak tentu hala.
alhamdulillah maqolah yg sangat membantu .Terima kasih barakallah fika
situasi saya..saya kalau setiap kali berkawan mesti ada yang mempalau kan saya..mengabai kan saya..saya tkthu mcm mana..saya berada di tempat praktikal..first kenal tu saya bnyk bercakap dngn kawan ii saya..setiap hari sembang..baikk sngttt lahh..bila dah 2 minggu tu hari ahad saya dapat tahu yang kawan ii praktikal saya buat group whatsapp tapi saya sorang jaa tada dalam group tu..lepas tu saya dapat tahu kawan saya cakap “tknk ke invite iman masuk dalam group ni?” kawan sorng lagi pun kata “tkyh lahhh” sumpah saya rasa kecik hati sangat..saya tkthu apa salah saya yg dah buat..dh 2 minggu macam tu kawan ii praktikal saya layan macam nak taknak jaa..depa ignore saya..muka pun masam..bila saya tnya sorang ii ni..tiba ii macam marah..saya taktahu salah saya di mana..start tu lah saya jatuh,start tu lah saya jadi seorang yg pendiam..dan sampai skrng saya rasa takut..kalau ada salah silap saya boleh bincang..mintak maaf..tapi saya tkthu lah..sebelum ni saya bnyk cakap..bila skrng dah jadi seorang yg pendiam saya jadi rasa tk tenang sngt..rsa nk cakap dgn seseorang..tapi tiada langsung yg ingin kawan dngn saya di tmpt praktikal..
Situasi sy juga sama seperti cerita diatas. Ikhtiar sy, sy cuba mendiamkan dan menjauhkan diri bagi menjernihkan keadaan kerana saya ni jenis tak pandai nak melawan org. Nak2 lg ble yg suka cari pasal tu lebih berusia & berpangkat besar (bos).. dan disebabkn sy bekerja didlm dept dia yg mna sy dan seorg lg kwn sy adlh dr dept lain. Tugas kami berdua disitu adlh bg memastikan dept dia blh berjln dgn lancar. Tp yg menjadi masalahnya setiap kali sy disitu utk selesaikan tugas, bos dept yg kami tumpang tu suka cari pasal dgn dan ianya berlaku smpai bertahun lamanya tetapi sy diamkn. sbb niat sy, sy nak selesaikn tugas sy..hinggalh 1 hari timbul isu yg dimana kami bergaduh bsr. Disebabkn itu sy buat keputusan utk jauhkn diri dr dia dgn bantu station yg lain pula. So tinggallah kwn sy seorg yg handle tugas kami. Sy sedih sbb x dpt nk bantu kwn sy utk setlekan kje kami yg mmg x boleh hndle seorg saja. Hati ni nak bantu kwn sy tp dlm masa yg sma sy x kuat nk hadap caci maki bos dlm dept yg tmpt sy kje tu. Ble dah agk lma sy menjauhkan diri..dan ble sy dtg semula utk melihat station kami yg sememangnya berada dlm dept dia. Perkara yg sma juga yg sy trima. sekalipun sy masuk sekejap. Sblm ni ada org yg ganti tmpt sy..pun kena seperti sy juga..diherdik, dicaci, dimaki. Kesian kt kwn sbb buat kje yg bnyak sorang2. tp dlm masa yg sma sy x mmpu lg dah nk hadap caci maki bos dlm dept tu. Ape yg perlu sy buat ye..ade cdgan x?.
ada seorang hamba Allah ni suka merendahkan kebolehan sy..pernah dia rendahkan kebolehan sy di kalangan kawan2 lain..tp sy senyum & buat2 bodoh je..tp suatu hari sy buktikan sy mampu lakukan, sampai sekarang dia yg asyik nak menempel & mencari sy..sy ni jenis lone ranger je, x kisah ke mana2 sorang diri..tp sy just buat mcm biasa..cuma perangai dia merendahkan sy di kalangan kawan2 masih ada..sy sentiasa berdoa & solat sunat supaya sy dapat capai apa yg sy hajati..manusia mcm tu baik kita buktikan dgn pencapaian, bukan lawan dgn kata2
Saya doakan semoga cepat mati saja, orang yang mau menjatuhkan saya amin
Saya ade sama macam situasi cite ni,saya ade seoarang abg sekerje dengan saya tetapi dalam tempat keje saya yang paling muda,so saya nak katakan,sometime abg yang saya selalu rapat di tempat keje tibe ii marah saya sedangkan saya baru saja saya bekerja di sana dan hari keesokanya saya borak dengan abg tu,dia boleh cakap saya ni anak istimewa…saya tanye balik?apa yang istimewa,dia bagi tau saya ni OKU,itu ayat paling kecik hati saya bila mendengar dari orang yg saya paling rapat,saya berkeje dengan dia tapi dia cakap saya OKU,apa patut saya buat dalam situasi ni?
Saya ada pertanyaan ni. Tapi macam mana nak menangani kalau orang yang spesies macam tu yang kuat menjatuhkan semangat orang lain, nak orang pandang dia saja betul tiada salah, sentiasa nak menang saja, berpura-pura-pura peduli tetapi sebenarnya tidak peduli wujud dalam adik-beradik kita sendiri? Mohon beri penjelasan. Terima kasih.
Tak perlu pedulikan dia.
Kita lakukan apa yang betul.
terima kasih ye atas nasihat dan tips :’)
Sama-sama Zulaikha.
Selalunya pandangan saya selalu ditentang kawan kawan saya ,saya mula rasa down dan rasa tiada kawan yang paham saya yela ada kawan baik pun dengar dia memang dengar ape yang saya cakap tapi dia tak bagi kata2 semangat jadi saya banyaknya pendam .Sampaikan saya rasa kawan kawan saya semua tak suka saya .itu membuatkan saya sedih dan tidak berkeyakinan.
Si a suruh buat sekian sekian sekian….
Si b dan c akan berkomplot meneruskan tujuan yang di rancang
Spikulasi keadaan mangsa menjadi tegang dan berang. Ya Allah.. Takkan sampai macam tu niat mereka.
#aku beristighfar dalam hati kerana Allah SWT
#aku yakin dan berfikiran positif
#Alhamdulillah
#Syukur
#Luahan Hati
Saya ada 2 bff, dorang dua ni baik tapi yg sorang tu dia tak sampai hati dalam semua hal, manakala satu lagi dia tu jenisnye tak kisah hal sekeliling. Jenisnya sampai hati. Mereka rapat sangat dengan saya, tapi satu hari kat sekolah saya dtg 2 murid baru.. ada stu murid bru ni ia try betul2 macam nak hancurkan kitaorang. Dia murid bru tapi tak sedar yg ia tu bru.. dia pernah sindir saya hanya perkara kecil, saya cuba untuk ignore tapi semakin lama semakin byk dia sindir kat status watsap. Saya pun bersbr then saya sindir balik. Then one day diskolah, dia cuba tegur saya. Saya tegur lah balik sebab saya pun taknak besarkan masalah ni. Lepastu one day , saya seperti disingkirkan oleh bff saya. Saya cuba kuat dan buat seperti biasa, saya cukup sakit dan kecil hati meliat mereka berdua bersama2 bergurau senda tanpa saya. Terkadang saya menangis dalam hati sebab diperlakukan sebegini, then now saya tak tau dh kenapa. Semakin hari semakin besar rintangan yg saya harungi. Saya ada kelahi bersama murid lain. Lepastu diorang sindir saya, lepastu drg berhnti then ada murid bru tu dia ikut2 sindir saya. Dia cakap saya backstab. Seriously saya sangat2 marah. Saya tak kacau pun hidup dia even backstab pun saya tak. Saya kdg dengar la jugak motivasi2 ni. Sebab saya students , saya tak selesa diperbuat camni. Saya syg betul2 bff saya. Tapi sekarang ni boleh saya ckp yg kami begitu renggang. Hanya tuhan je tau hati saya ni macamane. Sekian terima kasih yang membaca..
Mungkin orang yg disangka bff tu, bukan lagi bff… Kadang apa kita fikir dan rasa berbeza dengan orang lain, ada orang kita anggap sebagai bff, tapi rupanya dia tidak anggap diri kita bukan… Sedih bukan? Tapi itulah hakikat… #pengalaman ?
Jika awak masih ada dalam group chat. Keluar saja. Left group. Mungkin itu lebih baik. Menjauhi anasir negatif. Yang penting dalam hidup sebenar kita lakukan tanggungjawab kita seperti biasa. Jika perlu ziarah. Datang ziarah bawa makanan. Mudah-mudahan lembut hati mereka.
Perkara fitnah jika dibiarkan tersebar makin besar dan melemahkan kita.
Semoga awak dah keluarga adik beradik ayah berbaik semula.
Saya ada jiran Dan dia mempunyai anak 3 orang 1 perempuan Dan dua org lelaki.. Dua org anak lelaki tersebut adalah kawan saya merangkap saudara dari kecik.. Lepak pun berkawan dengan kawan2 yg sama.. Satu hari mereka marah kan saya Dan ayah saya kerana ayah saya menegur ibu mereka tentang kelakuan mereka yang menggangu ketenteraman jiran pada waktu malam dengan membunyikan motor.. Mereka tidak dapat menerima ayah saya menegur ibu mereka kerena kesalahan mereka sedangkan ibu mereka adalah adik ayah saya.. Saya juga bermain motor tapi saya tahu law.. Sekarang saya Dan mereka tidak bertegur sapa.. Dan mereka cakap pada kawan2 saya untuk tidak suka pada bapa saya… Ada sesetengah kawan saya yang tidak melayan ada sesetengah bagai lembu dicucuk hidung.. Mereka chat saya dengan ego Dan marah Dan saya menerangkan keadaan dengan betul yang bapa saya menegur secara betul Dan tidak marah pada ibu mereka.. Saya Cuba tetapi mereka tetap dengan ego Dan keras kepala.. Saya tidak mahu lawan Api dengan Api kerana saya tahu takkan selesai salah faham ini.. Tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka… Apa perlu saya buat?? Kerana sekarang mood saya terlalu down Dan saya terlalu kecik hati dengan chat2 mereka…
Sambungan—-…siap salah seorang dari mereka berdua CAKAP”BAPAK KAU BUAT LAGI,, SIAPLAH,, JANGAN BUAT AKU MELETOP!! ” Dan saya membalas” kalau kau teruskan niat kau tu.. Aku akan buat benda sama macam kau,, aku pertahankan bapak aku” sedang kan bapa saya itu ada pakcik mereka Dan berani sungguh mereka cakap begitu pada saya.. Sedang kan bagi saya bapa saya terlalu banyak berjasa Dan menolong keluarga mereka.. Mudah nya manusia melupakan budi.. Padahal ibu mereka tidak bermusuhan pun dengan ibu apa saya…. Apa perlu saya lakukan?? Semangat saya sudah hilang..
Kadang2 rasa sangat tak dihargai, aku perlu berbakti pada mak bapak aku, tapi adik beradik yang lain boleh kejar cita2, cari duit, buat benda yang mereka suka.namun bila aku buat yang sama, aku dihina, diperli dan dijatuhkan maruah oleh ibu sendiri.kadang2 aku benci dan doakan perkara buruk terhadap ibu aku sendiri, adakalanya aku redha mungkin ini ujian Allah.untuk positifkan, aku banyak fokus pada kelebihan yang aku ada, suami yang penyayang dan anak yang bijak.namun orang sekeliling selalu cuba mencari salah aku menganggap aku seorang loser dan tak punyai masa depan.Aku lepasan universiti, ada ijazah namun aku lepaskan demi berkhidmat pada suami dan anak2.disebabkan itu semua orang memandang rendah pada aku.aku juga tak pernah menceritakan hal peribadi aku pada mereka mungkin sebab itu mereka merasakan aku tak punyai perancangan hidup, sedangkan ada perkara yang tengah aku usahakan.Walau ambil masa, aku yakin Allah maha melihat dan mengkabulkan doa aku.aamminn ???
saya selalu kena ejek di sekolah . saya kuatkan iman tapi kadangkala kita tak perasan kita pun ada buat salah kat seseorang dengan tiba tiba.
KARANGAN BM BELACAN:Tajuk:KISAH HIDUPKU:Aq mempunyai pengalaman(sampai skrng) menghadapi seorang yang ego dan perasan semua dia ckp btul pdhl pada masa yg sama minta nasihat orng akhirnya ikut cara dia juga dan gila membebel mengalahkan budak kecil.Ini orang sbnrnya mak cik sya yg mnjga adik beradik sya (trmasuk sya).Sejak kecil lgi dia jaga abang dan aq.Selama aq bersekolah rendah hampir tiap2 hari aq dan abang gaduh dgn dia sbb dia tegur smua benda kami nak buat(ya memang patut di beri nasihat tpi benda yg btul kmi buat pun dia nk tegur.Tegur tu betul tapi ada cara yg bagus,dia guna cara dia yg menyakitkan hati/mmng kamu ingat aq ni tak tau bersyukur tapi kamu xtau mcm mana prngai sbnr dia).Bayangkan aq di sekolah slalu muram,sukar untuk berkawan apatah lagi bercakap sbb trbiasa di rumah untuk diam agar tidak menimbul apa2 pergaduhan (tapi abang aq ni rebel pnya orng jadi phm2 la hmpir tiap2 hari perang dlm rumah).Kalau ibu dan ayah pulang ke rumah prgduhan terus boleh terlerai dgn mudah dgn prbincangan.Stlh bbrpa tahun aq sdh tmt bljr TAPI dia ada lagi di rumah dan jaga adik2 aq dan perangai makin menjadi2.Dia dah kena suruh xpyh dtng nk TOLONG tpi dia ttp juga dtng (Hal ini kerana adik-beradik orang tua ku memikirkan keluarga kami memprgunakannnya) dan cara dia mengurus adik2ku lebih PELIK brbnding aq dan abang.SIBUK SUSUN BUKU ADIK YG SDH TAHAP2,PERIKSA BUKU KERJA RUMAH MENGALAHKAN IBU BAPA DAN BILA AQ TANYA/TEGUR PERBUATAN DIA,DIA CKP SYA TIDAK TAHU APA2 DAN INI SEOLAH2 MENJATUHKAN MARTABAT AQ SBGAI ABANG.TULA DTNG RUMAH PUN LEWAT PADA TENGAHARI DAN PULANG PUN LEWAT,LEPAS TU KDNG2 PANDAI MEGHILANG P RUMAH SEBELAH(RUMAH NENEK DIA DUDUK) KALAU MINTA TOLONG MALAH JEMUR KAIN PADA WAKTU MALAM(XPELIK? TULA TIME MALAM BOLEH BERLAKU PRKARA XDIINGINI MCM KENA ROMPAK,KENA CULIK SERTA KENA SAMPUK LAGI (HUTAN DKT SAJA)) DAN PELBAGAI LAGI PRKARA PELIK/ANEH DIA BUAT.Tula dia tak nak cari kerja usia makin tua pdhl slalu ada program tawaran krja dia xprgi2 nak cari pasangan pun dia ego gila akhir2 yg cari jodoh makin susah dpt.Dia ingat senang dpt krja kalau tua sdh pdhl thp stkt ijazah mo cari krja susah gila(BAGUS JUGA KERJA KURSUS DIA BUAT DIA HRP ABNG DIA JUGA BUAT).Aq nak tolong/ganti tempat dia urus pakaian dan rumah dia xmo juga.Kalau kita tegur jgn buat dia buat juga(ibu bapa aq sendiri tegur pun xpatuh makin menyalak mo kasi memperkukuh dia pnya cara yg btul).Tula biadap dgn orng tua sendiri tapi dgn tetamu bukan main NOMBOR 1 layanan dia memang aq nmpk nak muntah.Aq xbckp ngan dia kecuali membantu hal kecil dlm rumah tapi dia skrng makin teruk bergaduh dgn ibuku(smpai masuk hospital stress) tpi aq ttp sabar juga.Kalau aq nak nasihat/tegur dia akan guna hak posisi dia bahawa dia lebih tua drpd aq dan aq msti dngr ckp dia walaupun TERANG2 BENDA DIA CKP/PERBUATAN SALAH DAN PELIK(btul2 bikin sakit hati).Aq btul2 berdoa dia brubah sbb dah hampir 2 dekad dia di sini dan perangai dia makin lama makin teruk.
Terima kasih
Saya memuat naik status WhatsApp yg dipetik dari Twitter tentang mengkritik org. Saya hanya ingin berkongsi. Tetapi kawan saya membalas dengan meperlengkehkan saya. Sedangkan dia juga berperangai begitu.