4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita

menjatuhkan semangatBerubah itu mudah.

Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.

Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.

Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.

“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”

” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”

menjatuhkan semangat
menjatuhkan semangat

Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.

Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.

BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”

YouTube video

Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.

Don’t simply surrender.

Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?

#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati

Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.

Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.

Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.

Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.

Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)

.

#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba

Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati.

Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.

Oleh apa yang boleh kita buat?

Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?

Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.

Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali.

Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.

Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.

Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir  mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.

Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.

Oleh itu kekal tenang dan senyum.

Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan

Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.

Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.

Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.

Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.

#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan

Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.

Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan.

Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?

Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.

menjatuhkan semangat
Jangan hilang fokus! | Football by donielvito

Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.

Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.

Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.

Masalah yang mungkin timbul

Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.

Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?

Berdirilah atas kaki kita sendiri.

Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain.

Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.

Jika kita memikirkan kata-kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.

Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!

#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..

Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi  kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.

Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.

Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.

Penutup: Berdoalah kepada Allah

Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang-orang ini  dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang  itu merupakan penyakit hati.

Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.

Mungkin anda ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan?

Catatkan apa yang bermain dalam fikiran anda sekarang pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

129 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Syuhada
Syuhada
3 tahun yang lalu

Saya ingin memakai purdah tapi fam saya cakap saya ikut trend hm..sy jadi Tak kuat semangat nak pkai purdah☺️

Cikpungu
Cikpungu
3 tahun yang lalu

sering diperlekehkan kerana tiada akademik..padahal walaupun tiada akademik tetapi punyai pengalaman bekerja yang sangat luas. tetapi masih tetap diperlekehkan juga.

apa yang perlu dilakukan dengan orang-orang begini?

nana
nana
3 tahun yang lalu

Saya dapat jiran sewa sebelah rumah suka menyindir/kaki gaduh sebab dulu prnh tegur dia parking dpn rumah sy sedangkan depan rumah dia kosong tak nak park,blm lg dgn anak kecilnya bising tak tentu hala,buka radio kuat2,bising smpai tgh mlm mengalahkan rumah bujang pdhal rumah family.Alasan sb anak dan suami kerja offshore jrg jmpe dah mereka kerap buat mkn2 anak beranak hampir setiap minggu .Anaknya dh 7 org,cucu2 lg, mak sedara semua ddk sekali. Rumah teres biasa saja,bukanlah banglo jadi mana la tak bising,sb tu la dia chop2 parking sbrnya.Kami baru tahu dkt setahun tgk rumah dia mcm2 org ada yg ddk dgn dia. Rumah kami btl2 sebelah rumah dia.Biasalah ditegur elok2 pun panas. Dia perli mcm2 last2 pernah kami panggil polis sebab ada isu besar berlaku. Slps tu, kami sound balik “tak salah nak takut apa”.Smpai skrg diam dan behave la sikit tapi ego masih ada la. Anaknya pun pernah bergaduh suami isteri smpai rumah kami boleh dgr.

Kami doa siang malam org mcm ni cptla2 pindah sejauh mungkin,jiran sblm2 ni takde masalah dan elok sahaja tak bergaduh pun. Kami bukanlah jenis layan org toksik mcm ni,gadoh tak habis2,kami mahukan penyelesaian bukan bergaduh tak tentu hala.

nuaim
nuaim
3 tahun yang lalu

alhamdulillah maqolah yg sangat membantu .Terima kasih barakallah fika

iman
iman
3 tahun yang lalu

situasi saya..saya kalau setiap kali berkawan mesti ada yang mempalau kan saya..mengabai kan saya..saya tkthu mcm mana..saya berada di tempat praktikal..first kenal tu saya bnyk bercakap dngn kawan ii saya..setiap hari sembang..baikk sngttt lahh..bila dah 2 minggu tu hari ahad saya dapat tahu yang kawan ii praktikal saya buat group whatsapp tapi saya sorang jaa tada dalam group tu..lepas tu saya dapat tahu kawan saya cakap “tknk ke invite iman masuk dalam group ni?” kawan sorng lagi pun kata “tkyh lahhh” sumpah saya rasa kecik hati sangat..saya tkthu apa salah saya yg dah buat..dh 2 minggu macam tu kawan ii praktikal saya layan macam nak taknak jaa..depa ignore saya..muka pun masam..bila saya tnya sorang ii ni..tiba ii macam marah..saya taktahu salah saya di mana..start tu lah saya jatuh,start tu lah saya jadi seorang yg pendiam..dan sampai skrng saya rasa takut..kalau ada salah silap saya boleh bincang..mintak maaf..tapi saya tkthu lah..sebelum ni saya bnyk cakap..bila skrng dah jadi seorang yg pendiam saya jadi rasa tk tenang sngt..rsa nk cakap dgn seseorang..tapi tiada langsung yg ingin kawan dngn saya di tmpt praktikal..

Nur
Nur
3 tahun yang lalu

Situasi sy juga sama seperti cerita diatas. Ikhtiar sy, sy cuba mendiamkan dan menjauhkan diri bagi menjernihkan keadaan kerana saya ni jenis tak pandai nak melawan org. Nak2 lg ble yg suka cari pasal tu lebih berusia & berpangkat besar (bos).. dan disebabkn sy bekerja didlm dept dia yg mna sy dan seorg lg kwn sy adlh dr dept lain. Tugas kami berdua disitu adlh bg memastikan dept dia blh berjln dgn lancar. Tp yg menjadi masalahnya setiap kali sy disitu utk selesaikan tugas, bos dept yg kami tumpang tu suka cari pasal dgn dan ianya berlaku smpai bertahun lamanya tetapi sy diamkn. sbb niat sy, sy nak selesaikn tugas sy..hinggalh 1 hari timbul isu yg dimana kami bergaduh bsr. Disebabkn itu sy buat keputusan utk jauhkn diri dr dia dgn bantu station yg lain pula. So tinggallah kwn sy seorg yg handle tugas kami. Sy sedih sbb x dpt nk bantu kwn sy utk setlekan kje kami yg mmg x boleh hndle seorg saja. Hati ni nak bantu kwn sy tp dlm masa yg sma sy x kuat nk hadap caci maki bos dlm dept yg tmpt sy kje tu. Ble dah agk lma sy menjauhkan diri..dan ble sy dtg semula utk melihat station kami yg sememangnya berada dlm dept dia. Perkara yg sma juga yg sy trima. sekalipun sy masuk sekejap. Sblm ni ada org yg ganti tmpt sy..pun kena seperti sy juga..diherdik, dicaci, dimaki. Kesian kt kwn sbb buat kje yg bnyak sorang2. tp dlm masa yg sma sy x mmpu lg dah nk hadap caci maki bos dlm dept tu. Ape yg perlu sy buat ye..ade cdgan x?.

siti
siti
4 tahun yang lalu

ada seorang hamba Allah ni suka merendahkan kebolehan sy..pernah dia rendahkan kebolehan sy di kalangan kawan2 lain..tp sy senyum & buat2 bodoh je..tp suatu hari sy buktikan sy mampu lakukan, sampai sekarang dia yg asyik nak menempel & mencari sy..sy ni jenis lone ranger je, x kisah ke mana2 sorang diri..tp sy just buat mcm biasa..cuma perangai dia merendahkan sy di kalangan kawan2 masih ada..sy sentiasa berdoa & solat sunat supaya sy dapat capai apa yg sy hajati..manusia mcm tu baik kita buktikan dgn pencapaian, bukan lawan dgn kata2

Adin
Adin
4 tahun yang lalu

Saya doakan semoga cepat mati saja, orang yang mau menjatuhkan saya amin

Nabil farhan
Nabil farhan
4 tahun yang lalu

Saya ade sama macam situasi cite ni,saya ade seoarang abg sekerje dengan saya tetapi dalam tempat keje saya yang paling muda,so saya nak katakan,sometime abg yang saya selalu rapat di tempat keje tibe ii marah saya sedangkan saya baru saja saya bekerja di sana dan hari keesokanya saya borak dengan abg tu,dia boleh cakap saya ni anak istimewa…saya tanye balik?apa yang istimewa,dia bagi tau saya ni OKU,itu ayat paling kecik hati saya bila mendengar dari orang yg saya paling rapat,saya berkeje dengan dia tapi dia cakap saya OKU,apa patut saya buat dalam situasi ni?

Irene
Irene
4 tahun yang lalu

Saya ada pertanyaan ni. Tapi macam mana nak menangani kalau orang yang spesies macam tu yang kuat menjatuhkan semangat orang lain, nak orang pandang dia saja betul tiada salah, sentiasa nak menang saja, berpura-pura-pura peduli tetapi sebenarnya tidak peduli wujud dalam adik-beradik kita sendiri? Mohon beri penjelasan. Terima kasih.