4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita

menjatuhkan semangatBerubah itu mudah.

Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.

Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.

Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.

“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”

” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”

menjatuhkan semangat
menjatuhkan semangat

Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.

Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.

BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”

YouTube video

Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.

Don’t simply surrender.

Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?

#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati

Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.

Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.

Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.

Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.

Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)

.

#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba

Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati.

Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.

Oleh apa yang boleh kita buat?

Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?

Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.

Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali.

Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.

Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.

Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir  mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.

Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.

Oleh itu kekal tenang dan senyum.

Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan

Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.

Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.

Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.

Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.

#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan

Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.

Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan.

Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?

Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.

menjatuhkan semangat
Jangan hilang fokus! | Football by donielvito

Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.

Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.

Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.

Masalah yang mungkin timbul

Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.

Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?

Berdirilah atas kaki kita sendiri.

Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain.

Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.

Jika kita memikirkan kata-kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.

Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!

#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..

Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi  kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.

Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.

Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.

Penutup: Berdoalah kepada Allah

Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang-orang ini  dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang  itu merupakan penyakit hati.

Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.

Mungkin anda ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan?

Catatkan apa yang bermain dalam fikiran anda sekarang pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

129 thoughts on “4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita”

  1. Aku selalu diejek oleh pelayan di kedai makan ketika memesan makanan.
    Selalunya pekerja perempuan menjauhkan diri dari aku.

    Reply
  2. Bos saya pun selalu cakap macam tu juga…..padahal saya tak habis lagi ayat tapi dia dah mula mencelah dengan mengatakan saya tak faham apa yang dia cakap malah biasanya dia akan cakap’kalau cakap ko bodoh kang terasa lak’ …..padahal dia yang tak bagi saya habiskan ayat….macam mana tu..pening saya kadang2

    Reply
  3. Saya pun dalam situasi macam ni. Siap menyindir saya, hina saya, mendoakan rumahtangga saya dengan tidak baik. Beberapa kali kami saling bermaaf-maafan tetapi di belakang masih sindir menyindir saya.

    Reply
  4. Saya alami situasi ni dah hamper 3 tahun kat tempat kerja saya sekarang.
    saya yakin sabar itu indah. Sampai sekarang pun saya masih lagi menjadi mangsa.
    Hati kena kuat.

    Reply
  5. tq tipsnya…. sma persis dgn yg sya alami ! intinya Go dan tetap Go always..
    yakin Allah Maha melihat lagi Maha Lapang!!

    Reply
  6. Saya mempunyai masalah Mata (juling)…ketika saya berada Di sekolah..saya sering diejek oleh orang sekeliling Dan ejekkan mereka sering mematahkan semangat saya..

    Reply
  7. Selalu kena sindir dengan rakan rakan, lagi teruk kena pulau tak nak kawan.Sampaikan terasa nak bunuh diri kalau itu lebih baik.

    Reply
    • saya pun mengalami masalah yang sama. setiap kali saya lepak dengan kawan2 saya, mereka akan menceritakan perkara aib yg saya lakukan dulu bagi tujuan jenaka. setiap kali saya dengar mesti saya sakit hati dan rasa mcm nak tumbuk je kawan2 saya tu. selain itu, saya ni jenis lambat pickup jadi disebabkan itu mereka hari2 akan membuat lawak jenis menghina saya. serius saya makan hati dengan mereka

      Reply
  8. Kawan kawan saya serong menyakitkan hati…..terutamanya suke memerli….kadang ladang saya tidak faham dgn kwan saya tu …..bile susah nk cari org bile dah senang suke sindirkan org…..mungkin dia fikir die tu perfect kot…..tpy dalam dunia nie x de sorang pon yg perfect kan ……hhhhmmmm…kadang2 penat juga sabar……ok la terima kasih kerana bgu tips diatas……

    Reply
    • Kawan ramai dalam dunia ni, buang yg keruh ambil yg jernih, watpe nk hadap kawan mcm tu, tu bukan kawan namenye

      Reply
  9. Point no 2 tu salah. Setiap org ad nilai diri masing, jd kena sedar, kena paham. Tak perlu berpura – pura bodoh ats lawak org bodoh yg nk menjatuhkan, merendahkan, menghina kita. Tuhan buat ego dlm diri setiap org, tpi masalahnya tak pandai guna ego yg tuhan bgi. Ego ni bukan utk rasa bangga, bukan utk rasa hebat atau rasa lebih drpd org lain, tpi ego ni utk kita pertahankan hak kita. Selagi kita betul ats hak diri kita, time ni la nk guna ego kat org2 cam ni. Sepatutnya kita buat x layan, pura2 diorg x penting (hambar) . Ni tak, diorg buat lawak nak hentam kita bertubi2 pun kita gelak. Islam bukan dari segi ibadat dan nama je, tpi kalo cara x betul, salah gak. Jgn jadi mangsa dgn mengizinkan org lain ambil mudah ats kita. Psykologi kena betul. Kata nak Islam, tapi pemahaman rendah.

    Reply
  10. Saya mangsa keadaaan… Saya d pukul sbb dia ingt saya sindir dia maka saya cuma bercrta dgn dgn kwn2… Saya..skrg org yg cuba jadi batu api dia kasi terbalik crta dan mngiya2 kan bnda yg tiada… Hari2 saya d sindir… Org mmpu nasihatkan saya sabar tpi mcm ssh mo sabar sbb saya masi truma d pukul secara tiba2… Dgn sindiran x abis2 yg mnyalahkan saya buat saya rasa down…

    Reply
  11. mereka yang suka menjatuhkan orang lain nie tidak sedar mereka berasal dari mana,
    dasar keturunan air bateri betul.
    kepada mereka yang lemah dan sedih dengan lemahnya semngat dibuat orang ….
    bangkitlah,bangunlah dan berdirilah kembali…..
    ketahuilah bahawa kamu orang yang gagah berani….
    tidak perlu takut dan gentar dengan kedengkian orang itu..
    yang kamu perlu takut hanyalah kepada
    Pencipta itu sendiri….

    Reply
  12. Saya sering dipertawakan kerana family saya tidak ada kereta..saya lemah dgn perkataan dan ejekkan begini…saya tidak pernah salahkan family saya sbb tidak ada kereta…tetapi saya malu jika mereka mengejek saya dihadapan kawan mereka…rakan rakan saya yg lain okey je…tetapi ada sekumpulan rakan sekelas mengejek saya dihadapan kawannya…kwn mereka siap bertanya kpd kawan saya betulke saya tk ada kereta…saya ingin bertanya kpdnya “adakah saya pernah melakukan kesilapan keatas dirinya sehingga membuatkan diri saya dikutuk??” Tetapi itu hanya angan angan saja sbb saya tak kuat dan org yg mengejek saya itu lelaki.

    Reply
  13. Saya selalu terpilih dan menjadi pilihan pentadbir ditukarkan tempat kerja,sedangkan saya tidak mempunyai mslh disiplin,sya kerap kali menjadi mangsa keadaan,ini mybbkan smgt sya hilang,sya tidak pernah mengacau ptdbir,mlh mereka yg selalu mengacau d mereka tidak langsung nmpk apa kelebihan saya dan spjg berada disitu tidak saya dihargai, dipandang serong…itu sudah cukup menjatuhkan smgt saya.sya tidak pandai membodek,krn itu bkn diri Sya,tapi dlm skrg itulah yg berlaku pdai bodek,idup slmt,bgi Sya cara tu disertai niat yg xikhlas.Kwn2 yg ikhlas akan stiasa memberi smgt,hya mereka yg mengalami situasi spt saya ini akan dpt fahami hati sya.hari ni Sya ditukarkan skli lagi ,btapa temuinya hati Sya…hya Allah je yg tahu.saya hya berpegang kata ada hikmahnya dinamik ujianNya.

    Reply
    • sy rsa hidup sy mcm awak..awk kje mne?sy pnjwt awam..blh kita share mgkin prkongsian kita blh naikkn smgt utk kita truskn pkerjaan kita demi fmly ctc sy 013 5913517

      Reply
    • Ni kes jatuhkan org kot..sy rs mngkin awk ada klbhn yg jrg² ada pd org lain..bila ada klbhn,awk akan slalu dicari² kslhn dan kelemahan diri awk semata² utk menutup klbhn yg ada pd diri awk..stiap masa ada je xkena psl diri awk yg sengaja ditimbulkan.. tujuannya xnk bg org nmpk klbhn yg ada pd awk…

      Reply
  14. Sya ni baru masuk tingkatan 1 pada 2017 ..Masa mula² masuk tu sya jmpa kwn lama sye..dan kmi pon hri² pegi skolah menengah sme ² ,sbb msa tu kmi belum ade kwn kat skolah baru tu..Time Orientasi tu kwn sye dah ade 2 orng kwn baru..Dan Lepas dahh masukk klass ,klass kmi brsblahan je ..sya nii pendiam orng nye jadi susah nk dpt kwn????????kwn lme sye nama dye ‘Cerol ‘ …Cerol dah dpt kwn bnyak mase tuu..Dan dia ajak sye rehatt sesame dngan kwn baru dye..Mula² sye nk brkwn dngan kwan dye ,tapi kawan Cerol Semua tk layan sye????????..Dan ade satu harii tuu ,Sye nakk ikutt Cerol Rehat ngan kwn² dye skalii..Pass tu sye jln dekatt diorang & tetibe kawan Cerol yg nma dye ‘Cindy’ tarikk tangan Cerol dan cepatt² tinggalkn sye ????????Mase tu sye dah takde kwn nakk rehatt????????????Sedihny mase diorang tinggalkn sye mcamm tu jee..Dan lpass belii mknan Smuaa,,sya jlan dan trjmpaa klassmate & mreka ajakk sye rehatt sesame & hari² sye ikutt classmate sye rehatt ..Sye dah takk ikutt Cerol & kwn² dia rehatt lgii..tpi mase sya tengokk kwn² dia ,smua mcamm sombong² ngan sye????????????..Terutama ny “Cindy”..Cindyy Orangny cantikk & sye ingatt dye tak nak kwn ngan orang bertudung ,tapi dye brkwn pulakk ngan sepupu sye nma dya ‘Linda’..Linda orangny pun cantikk jugakk..Cindy nakk kwnn ngan orang yg cantikk² je..????????maklum lah sye nii hodoh & pendiam ,takde orng nakk kwnn kcualii classmatee..Dan adw jugaa satu prempuan nii ,dye pngawass & lupe pulakk sape namee diaa????????…Dye slalu ktawakn sye ‘Mengejekk” ..dia dah lah pngawass tpi dia ngan kwn² dya slalu ktawakn sayaa..????????..dan beberapa harii kemudian classmate sye pun menjauhh darii sya ????????..dan ade sorang lelakii kacak nii classmate saye ,,bnyakk prmpuan trgila² kn dia..????????dan ade sorang classmate nii tnye kat lelakii tuu suke sye ke takk?? Lpass tu Lelakii (classmate kacak) tu kata “I DONT LIKE HER ” Dpan smua Classmate Dengarr????????Dan smue gelakk ..Sakitt ny hatii iniii..????????????Tapi sye tak suke pun llaki tuu(classmate kacak????enth nape ..sakitt hatii sbb dimalukann…????????????..Dan adee lagii Pngawass F2 nma dya “Chel” mula² sye bangga ade kwn mcam dya ..Depan sye baikkk je????Dan suatu harii sayee nmpakk kat moment wechatt dia sedang kutukk seseorangg..Dan saye pun buat dua akaun dan menyamar jadii orang lainn..saye pun kata lahh ‘Sape orang tu ??$kat chatt ) ..dan teruss dya Ckapp (NAMA SAYA)????????Dan bukan main lgii sayee trkejutt mase tu..dye tak tau akaun tu sye punyaa????????????????????Dan dye kata lagii (SAYE BENCI DIA) ????????Ya allahh..Nape bnyak sngatt orangg bencii aq nii ,pdhal aq takk buatt ape² pon kat diorangg..aq slalu buatt baikk ngan dorang & aq slalu jaga hatii diorang tapii last² diorang pula yg sakitt kan hatii syaaa..????????????????Sye harap sgala ny brubahh…Aammiiiinnnn…
    .
    .
    .
    Dan sayee tak de tmpt nak meluah????????sbb ibu & ayah saye smua sibukk????????????????Adikk sye pulakk slalu pukul sayee & mnyakitti sayee..
    & abng saye slalu marahh saye tak tentu pasal????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    Reply
    • Maaf baru terbaca kisah ni. Awak muda lagi tapi banyak jugak dugaan. Yelah, dugaan ni normal dalam hidup kita. Nak jadikan kita makin dewasa dan menilai orang dan memahami serta pada masa akan datang kita akan dapat settlekan masalah macam ni kalau datang lagi pada kita.

      Teruskan berbuat baik dan bersangka baik. Buat macam tak ada apa2 berlaku. Kalau orang dah tak suka kita apa lagi mahu dibuat. Baik kita tumpukan usaha kita pada pelajaran.

      Asyik dengan menilai perangai manusia memang tak ada kesudahan. So, fokuskan pada tujuan hidup dan masa depan.

      Kalau awak ada masa depan / ada kerjaya bagus. Awak boleh beli apa2 supplement kecantikan. Dari situ awak akan jaga diri dan penampilan.

      Don’t try to hate people.

      Always positive. Belajar untuk happykan diri dan rewards diri. Kawan mungkin penting tapi biasanya kalau susah kawan menghilang.

      Tapi jangan sampai taknak berkawan langsung.

      Reply
  15. sya tuh masuk smp memang, dg menyuap, stlah itu sya ceritakan kpd tmnku, nah saat klas 9 sya slalu disindir melalui sosmed, katanya sya mau dikluarinlah apalah, tp sya ttp bersikap biasa aja…

    Reply
    • kisah saya bermula satu kerja dengan kakak pada pakwe saya,apa kan daya zaman sekarang susah cari kerja,saya ditawarkan kerja sebagai admin,syukur alhamdulillah dpat kerja baru,mula2 kerja sangat happy,????Tapi dah masuk setahun kerja saya dikatakan xpandai buat kerja,selalu salah buat kerja,ya Allah,sungguh rasa sedih bila diperkatakn bergitu ,hampir semua kerja saya y buat,saya pernh dibuat mulut satu office tapi sya diam sahaja,xckp pew cuma jalan kn tugas dn buat kerja sampi habis,tapi taktahu kenapa orang lain suka mengumpat diri saya,mengata diri saya,Abah pernh pesan ‘BIAR ORANG BUAT KITA , KITA JANGAN BUAT ORANG’pesan abah sllu saya teguh ,saya tetap bersabar dan terus bersabar pew yang dia mahu perkatakan teruskan saya bukan b’dendam ,sye xkisah kenapa saya berhati lembut,kenapa xlawan ,itu largh saya xpndai nk berbicara untuk berkasar sya lebih suka berdiam diri, berserah pada Allah s.w.t ,walaupun diri ini selLu jadi bahan untuk menyindir ,saya terima ya Allah,

      Reply
      • Memang saya jugak jdi mangsa sindir…sbb sy ney nes..dh kja kira 6 tahun jgak..tp sbb bpindah tpat baru..jd junior yg sllu kna hentam ..pernah snior kata disorientation laa..bodoh laa..sya jgak sgt sedih dan kecik hati…sya ney pon bhati lembut dan x pndai bksar dgn org..xpala..kdg kdg lali ngn mulut mulut dn jdi blurr ja…sbb kita ckaap pon org xlyn…mcm kerja sorang sorang…sedih sgt..dh rsa mcm nak bnti kja…tp sbb cintakn kerja nes..truskan jgak.

        Reply
  16. assalamualaikum,sya seorang murid kls dpn,tetapi setiap kali brjumpa ngan bdk kels blkg,sya anggp sbgai bks kwn sya dia selalu menghina sya,dn ingin buat bahan lucu,sya pon pikir,bdk bodoh je tu,tak payah dilyn ,nmapon kls blkg,mmg mreke byk tlg sya dlu,tpi sjak sya lyn buku je diorg trus kutuk sya,entah ape taw diorg pikirkan,thun ni spm,tu sya xlyn sgt org mcm tu,

    Reply
  17. Asalammualaikum ..
    Setiap saya membaca blog ini rasanya hati ini kembali tenang nyaman Damai .. kata-kata dan ceritanya itu percis sekali dengan apa yg selalu saya alamin. Terimakasih untuk posting nya manfaat sekali untuk orang orang yg membutuhkan petunjuk dan ketenangan.

    Reply

Leave a Comment