4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita

menjatuhkan semangatBerubah itu mudah.

Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.

Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.

Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.

“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”

” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”

menjatuhkan semangat
menjatuhkan semangat

Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.

Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.

BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”

YouTube video

Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.

Don’t simply surrender.

Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?

#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati

Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.

Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.

Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.

Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.

Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)

.

#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba

Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati.

Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.

Oleh apa yang boleh kita buat?

Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?

Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.

Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali.

Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.

Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.

Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir  mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.

Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.

Oleh itu kekal tenang dan senyum.

Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan

Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.

Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.

Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.

Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.

#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan

Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.

Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan.

Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?

Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.

menjatuhkan semangat
Jangan hilang fokus! | Football by donielvito

Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.

Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.

Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.

Masalah yang mungkin timbul

Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.

Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?

Berdirilah atas kaki kita sendiri.

Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain.

Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.

Jika kita memikirkan kata-kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.

Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!

#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..

Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi  kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.

Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.

Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.

Penutup: Berdoalah kepada Allah

Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang-orang ini  dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang  itu merupakan penyakit hati.

Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.

Mungkin anda ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan?

Catatkan apa yang bermain dalam fikiran anda sekarang pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

129 thoughts on “4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita”

  1. Dan kenapa orang2 di kampung aku semua melakukan berbagai cara agar aku bisa menjadi gila. Dan aku pernah berpikir. Apakah ada seseorang yg membayar dia semua. Untuk membunuhku. Lalu apa untungnya orang itu inggin membunuhku. Padahal aku masih remaja. Aku lahir tgl. 12 desember 1993. Dan aku pernah berpikir. Apa aku puya indra ke 6. Dan apa aku ini adalah cucu gusti prabo siliwangi. Dan aku pernah berpikir apa ada pusaka di dalam tubuhku. Karena yg aku sebutkan ini. Persis sama dgn yang ku jalani. Dan kenapa aku slalu yakin dengan apa yang aku ingginkan. Padahal keyataanya begini. Aku pernah bermimpi 2 kali telah mencabut keris. Dan aku pernah bermimpi. Ada burung besar sangat besar, sampek2 pohon tempat di berstandar itu tidak keliatan. Dan mimpi mengendonk anak kecil. Sama naikin layang. Tapi aku menang. Ini mimpi2 aku yg dulu. Dan mimpi aku yg kemarin2 aku bermimpi 2 temen sekampungku membawa pisau tajam. Dia inggin membunuhku. Taph aku melawan. Dan aku lari. Dia mengejar aku. Dan tiba2 kok temen sekampung aku juga ikut mengejar aku. Tapi aku lolos.. Tolong jawab aku.. Aku mohon

    Reply
  2. Assalamualaikum.. Aku mohon, beritau aku dengan apa yg aku alami saat ini. Intinya yg aku rasakan saat ini adalah. Aku merasakan hal hal yang aneh, dan aku merasakan kalok aku itu bisa tau apa yg orang pikirkan, malah sebaliknya juga perasaanku orang itu juga tau apa yg aku pikirkan. Ada apa? Dan aku juga, sanggat yakin kalok aku lagi inggin di hancurkan oleh orang2 di kampung aku. Dan aku berpikir, orang ini inggin sekali melihat aku gila, juga inggin mati. Padahal aku tidak ada salah. Dan saat itu juga aku udah sakit parah, tubuhku kaku dan aku merasakan ada yg menarik cakra tubuhku. Tapi aku sadar dgn semua yg terjadi. Dan pas aku mendengar orang berbicara aneh2 di sampingku, aku mengira aku lagi disinggung akan mati sebentar lagi. Terus di saat aku sakit seperti itu, kok orang pada beda, bedanya di pada melakukan yg membuat aku sakit hati. Dan keliatanya di pada inggin membunuhku. Wallohi. Disaat itu aku sadar. Tapi hanyalah tubuhku yg tidak bisa di pergunakan seperti biasanya kita normal. Dan sekarang pikiranku kacao. Sekarang aku merasakan ada yang lagi guna guna aku. Tolong jawab aku..

    Reply
  3. Assalamualaikum
    Macam mana nk berhadapan ngan suami y suka merendah2 kn kita, dan kalau bercakap tu asik loyar buruk je…kan hari2 nak kena hadap muka dia..ad ke petua ke doa2 ke yang dapat mengubah perangai dia. Saya skang dah rasa hilang sabar dah dengan perangai dia

    Reply
  4. Asalammualaikum. Saya sering di rendahkan, di sakiti, & sering di bohongi (teman-teman, & orang lain) . Yang saya tanyakan gimana cara menghadahadapi orang-orang yang suka menyakiti kita dan apa keuntungannya jika kita selalu di sakiti orang? Sekian dari saya thnk…

    Reply
  5. Saya sering dijegal teman kerja sehingga saya tidak lagi dapat bekerja, semua pekerjaan saya diambil alih oleh dia semua, setahun setelah berhenti kerja ternyata rekan kerja saya itu menggelapkan uang perusahaan. Tapi mengapa Allah menguji saya diphk gara2 teman mengapa saya tak mampu melawannya dan memperlihatkan kepada nos saya kalau tekan kerja saya itu nakal dan jahat

    Reply
  6. ass,ini pengalaman saya,saya sering kali menangis dan putus asa menghadapi keadaan saya yg slalu d jatuhkan oleh adik kandung saya sendiri,saya dan adik saya sudah menikah dan kami pun tinggal satu rumah,dan semua masalah yg saya hadapi bermula dari usaha dagangan saya yg alkhamduliah lancar,tp sepertinya adik saya tidak suka jika usaha dagangan saya lancar,karena dia slalu berkata sinis yg menyakiti perasaan saya,bahkan yg paling menyakitkan saat dia menfitnah saya,

    Reply
  7. Assalamu’alaikum wr.wb
    Saya ingin bercerita tentang pengalaman saya.Saya sering diejek teman-teman saya.Saya diejek dengan berbagai kata-kata kasar.Hingga pada satu saat saya merasa terpuruk dan stres.Saya menangis dan selalu tidak percaya diri.Tapi dari kejadian itu saya mengingat bahwa ALLAH selalu bersama saya.Saya yakin bahwa ALLAH akan membalas semua perbuatan seseorang.Dan saya berdoa untuk teman yg suka mengejek saya supaya mereka dapat sadar dan cukup saya yang merasakan kepahitan ini.Semoga pengalaman saya ini dapat ber manfaat bagi teman sekalian yang mengalami bullying untuk sabar dan memaavkan mereka
    Wassalamu’alaikum wr.wb

    Reply
    • Wassalam Rathna,

      Bersabarlah ya, InsyaaAllah ada ganjaran yang besar disisi Tuhan bila kita bersabar.

      Sabar ni ada dua kategori / jenis.

      First sabar yang macam biasa kita selalu buat. Macam, menahan perit suatu dugaan, sabar tahan marah, pendam perasaan, pendam rasa sakit.

      Tu sabar yang biasa.

      Tapi sabar yang kedua ni ialah Sabar dengan sabar yang indah.

      Orang yang dalam jenis ni, dia terima sesuatu musibah tu dengan rasa gembira.

      Macam dapat gula-gula atau lebih lagi dari itu xD dan dia menganggap, jika dia bersabar, Allah akan angkat darjat dia.

      Reply
  8. Sy jg pernah diejek bodoh tapi sy buat dek je dan anggap tu sebahagian drpd bahan gurauan. Mungkin benar kata dia..mungkin jg tak. Cuba fikirkan dia kalau Allah s.w.t tak berikan kepandaian otak..dia tak kan menjadi orang yang pandai. Pedulikan orang macam tu sebab setiap kali dia menghina sebenarnya kita nampak dia kurang ilmu dalam kebaikan. Dia pun bodoh juga..iaitu memilih perkara jahat. Menghina..mengejek tu kan jahat. Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa memilih kebaikan dalam hidup. Teruskan menjadi baik. Jadi..samada kita nak kesiankan dia atau pun kita gelak2 je setiap kali dia mengejek..sebab setiap kali dia mengejek menghina kita..dia dapat dosa..:-)

    Reply
  9. Assalamualaikum.. saya menghidap penyakit yg x terduga bile ia dtg iaitu penyakit sawan tarik.. ni pengalaman saya hampir 10 tahun.
    ..sy rasa down dan rasa dri teruk sangat ..perubahan bknnya dpt dilakukan secara mendadak.. sy xsalahkan org tegur, tp org yg tegur d hdpn rakan dan dpn ramai..rasa malu jugak dan down sangat.. perubahan perlukan satu yg dtg dri hti dan dri sikap peribdi seseorang yg kita tengok.. sehingga keluarga sendiri membezakan diri sy dan anak org lain… sy xboleh bekerja dn x boleh berdikari sendiri sebab sy mempunyai penyakit yg x dijangka.. ade yg kata “jgn dekat dgn die ni… die ade penyakit sawan kang berjangkit pulak”. Smpai sy sendiri dapat dgr umpatan keluarga di blkg sy.. sepupu sendiri pandang rendah pada sy.. sy thu… sy x boleh kerja, x de kelulusan yg tinggi dan hanya bergantung pda keluarga.. sy rasa stress sgt2…

    Reply
    • Wassalam Nurul,

      [dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu.]

      – surah muhammad ayat 31.

      Istigfar dan bersabarlah dengan ujian yang Allah beri. InsyaaAllah nurul akan dikurniakan ganjaran yang tak terjangka dengan kesabaran nurul menghadapi ujian hidup.

      Apa pun tabahkan hati dan kuatkan semangat ya!

      Reply
  10. Assalamua’laikum.mungkin nasib anda di atas tak sehebat nasib saya.saya berumur 22 dan baru sahaja mendirikan rumah tangga,sekarang hamil hampir 2bulan.pada mulanya,hubungan keluarga sendiri dan mertua takde masalah.menjelang awal ramadhan,masalah timbul bila saya mula berbuka di rumah mentua dan bergilir2 berbuka di rumah sendiri.suami jarang di rumah.nak dijadikan cerita,saya tak tahu silapnya di mana sehingga bila saya mahu berbuka di rumah sendiri,nasi saya diludah oleh adik bongsu saya,dan saya mula naik angin kerana selera makan saya baru sampai setelah hampir 2bulan alah makanan.ibu dan nenek saya menghalau saya dari rumah dan mengungkit saya berbuka di rumah mentua.setiap hari mereka menyindir saya dan suami,malah nawaitu saya untuk menyiapkan juadah raya disalah ertikan. “apehal pulak kau nak masak rumah aku. lebih baik kau masak makan berdua dgn laki kau,atau kalau kau nak lagi bagus,beli makanan yg paling mahal,bawak pergi makan rumah mentua kau.tak payah nak semak kat sini”.dalam hati saya terdetik,”lebih baik mentua drpd keluarga sendiri”.berdosakah saya kalau saya keluar dari rumah dan tidak pulang lagi ke rumah,dan tidak lagi beri nafkah pada keluarga memandangkan saya anak sulung dalam keluarga?hati saya sakit,kandungan saya terjejas,saya rasa macam orang asing.

    Reply
  11. Assalamualaikum.
    Saya ade sorang kawan nie. Dah anggap macam kawan baik. Bile sy nak berubah jdi baik, dia slalu cakap”tak payah nak alim sangat la wey.Kita muda lagi.enjoy dlu. Yang alim tu pon belum tentu masuk syurga.”Patut ke sy jauhkan diri dari Dia atau biarkan sja. Any advice?

    Reply
    • Cakap kat dia..yang muda pun ada yang mati awal. Tak sempat tua. Bacakan dia dia sekali surah al asr dan maknanya..haha. Baru mati kutu qarin dia yang gemok sangat dalam badan dia tu..:-)

      Reply
  12. saya punya teman tetapi dia orangya suka mengejk sam2 kita orang gk punya tetapi dia meraasa selalu punya bagaimana caramengatasinya apa perlu diancam .dia orangya suka ngehina teman sendiri

    Reply
    • Says juga sama tetapi ini tetangga yang usil .tetapi dis tukang bangunan sedangkan says guru gtt yg gajinya hanya 300.perbulan salah saysa spa?

      Reply
  13. npee saya selalu fikir dia sbb saya memg ckp macam tu sbb saya nak leps kawan dia.biar saya sediri nak seorang akan hidup..sayq x suka kawan dia ganggu hidup saya…x elok cakap mcm dan fikir msalah kan.tkpe

    Reply
  14. Assalamualaikum. Sy seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di utara tnh air.sy berusia 13 thn.disekolah sy sering diabaikn.setiap kli sy memanggil mereka.diorang lngsung x endahkn panggilan sy itu.sy seolah2 sebatang tunggul yg x bernyawa dn lngsung x penting.any advice

    Reply
  15. Assalamualaikum. Sy masih sek.menengh.di dalam kelas sy sering diabaikan.klau sy panggil diorang dlm kls yg sunyi pun diorang x dngr.any advice?

    Reply
  16. Hai.Saya sedih sangat :'( .Bob selalu tengok saya macam hina sangat.Kalau sya menang dalam suatu pertandingan dia jeles dan hina sayaa begitu teruk.sedihnya.Any advice.Thanks :)

    Reply
  17. Saye kat keje… kene maki “bodoh and bengap lepastu ada mase syae silap buat keja baru sekali
    .truss trusan di hebokan…kat staf lain yg saye ni buat keje “bodoh,otak bengap” padahal orang tu mengandung alasan dia bila dia d tegur “ko malukan dia depan orang nape” dia kate “biase laa sya ni mengandung” padahal baru 2 bulan blom lgi 8 bulan…alasan apa tu…yg sye ni senyum jer biar oramg tu maki and. Malukan kat orang lain and staf…adui…die ni suka melenting…ada suatu hari die kene tampar orang haluss d sbbkan mulut dia yg banyak tegur…sehingga mulut dia miring…tingu bukan manusia jerr sakit hati! Saitan pon hilang sabar kat dia..mulut suka memaki…nampak oramg cacat d ketawakan…astgfrillazim…nak yg perfect jerr tapi diri tak perfect! Suka ejek bangsa ktrununan org lain…bangsa die ktrunan dia baik kunun…allah!! Dia ni mati klau d bagi muka hodoh…taknak trima kenyataan…sedangkan dia pompuan ada tumbuh misai lebat kat tengkuk leher dia, dia gi gunting and cukur…

    Reply

Leave a Comment