Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.
Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.
Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.
“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”
” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”

Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.
Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.
BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”

Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.
Don’t simply surrender.
Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?
#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati
Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.
Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.
Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.
Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.
Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)
.
#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba
Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati.
Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.
Oleh apa yang boleh kita buat?
Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?
Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.
Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali.
Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.
Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.
Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.
Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum.
Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.
Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.
Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.
Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.
#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan
Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.
Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan.
Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?
Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.

Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.
Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.
Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.
Masalah yang mungkin timbul
Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.
Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?
Berdirilah atas kaki kita sendiri.
Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain.
Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.
Jika kita memikirkan kata-kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.
Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!
#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.
Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.
Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.
Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.
Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.
Penutup: Berdoalah kepada Allah
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.
Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang-orang ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati.
Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.
Mungkin anda ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan?
Catatkan apa yang bermain dalam fikiran anda sekarang pada ruangan komen dibawah.

Saya dulu agak blur+takda perasaan(sesedih mana sekalipun)my frens slalu cakap buruk pasal saya..then saya sabarlah ..Sekarang saya matang then they all still duk hina macam 2 .Cara apa nak rapat ngan mereka
Tolong saya cara nak jaga penampilan dan rapat ngan kengkawan??Hope there will be answer ..or apa apa motivasi nak naikkan semangat saya :'(..hnya Allah yang maha mengetahui ja boleh tahu perasaan hati saya yg dh terguris
Tak payah lah nak rapat dengan mereka.Sometimes kita tak boleh memaksa diri untuk ditetima.Lebih banyak kebaikan dari keburukan berkawan dengan merka.Tabahkan hati :) awk tak perlulah ubah penampilan diri awak.Just be yourself.Tapi kalau penampilam tu x baik dan perlu diubah,berubah lah perlahan2 yang penting istiqamah :)
Ingat ni ! ” aku dihisab oleh allah bukan kerana prasangkaanmu sebaliknya aku diadili atas kenyataan perbuatanku”
Satu hari dorang akan rasa bersalah jugak tu :’)
Terima kasih atas nasihat !Appriciate sangat..May Allah bless you
Yup kdg2 kita kena jauhkan diri kita dgn orang yg gelakkan and bercerita buruk pasal kita. Saya dh byk kli kena mcm tu dengan kwn saya. Kat sekolah saya buat derk je tapi bila blk rumah nangis. Hri2 mcm tu. And then start dripda tu saya kuatkn hti and sentiasa ingat yang Allah sentiasa ada dengan orang yang teraniaya. Allah maha adil saya redha sbb karma sentiasa ada. And kwn2 still buat mcm tu saya still buat derk je and say alhamdulillah. Anggap je diorg ni sakit. Jangan risau :) Allah sentiasa ada dengan kita. Kena selalu doa kat Allah. Insyallah hati kita lagi kuat dan tenang.
assalamualaikum :’) saya ada seorang abg dya selalu mengejek , memalukan dan menghina saya . Sejak saya kecik lagi dya mmng suka ganggu life saya . Saya tk pasti apa masalah dya ? apa yg dya nak dari saya ? setiap hari dya selalu ganggu saya . Pernah sekali haritu dya hacked wechat saya smpai skrg saya tk boleyh nk acess masuk . Sekarang fb saya pon dya cuba nk hacked . Setiap kali dya ejek saya yaa saya rasa sangat tersinggung dan lari masuk bilik untk menangis . Saya tk nk dya nmpk saya nangis sbb saya nk tunjuk yg saya nihh kuat dan hati kering walaupun dlm hati nihh hnya Allah yg tau . Wlaupun dya selalu kata kt saya benda yg terukk , saya tk pernah balas balik apa yg dya kata . Saya tk pernah mencarut kt dya wlaupun sudah beberapa kali dya menghina saya dengan perkataan yg kesat . Sebaliknya , dulu time dya amik result untk PT3 saya selalu doa supaya dya dpat result yg elok . Finally , dya dpat 6A for PT3 . Setiap hari , saya selalu berdoa yg baik2 untk dya dan keluarga saya . Walaupun saya dh cuba untk senyum tapi ianya akn bagi saya rasa sebak n finally air mata yg jatuh . Apa yg saya inginkan ialah seorang abg yg memahami si adik dan tk pernah busy body pasal hal si adik . Cuma itu yg saya nak . Salahkah klaw saya nkkn abg yg baik ? If dya ganggu saya , saya always motivasikan diri dengan ayat ” sabar itukan separuh daripada iman . Orang yg dapat mengawal kemarahan ialah org yg kuat insyAllah one day akan ada kebahagiaan yg dtg so sabar lahh yaa ” . Itulah ayat yg saya selalu guna . InsyaAllah saya akn cuba guna artikel2 nihh yaa and I will try my best to smile wlaupun dlm duka :’)
Sebesar mana pon salah seorang abang , dia buat apa pon dekat kita selagi tidak melampaui batas islam , kita jangan pernah balas balik , sebab dia satu satunya abang , dia sayang kita sebenarnya tapi biasalah dah nama pon lelaki mesti lah nak menyakat tu ada je idea , mohon jangan terasa kalau dia menyakat awak lagi k , diam je n jangan balas pape , insyaallah kita jaga hubungan dengan adek beradek sama macam kita jaga hubungan dengan allah swt . wallahualam .. Assalamualaikum …
mental dan perassan itulah yg membuat kita menjadi macam2 bagi aku siapa yg kutuk orang itulah manusia yang bodoh sebab kita semua kencing dan berak tiada kekurangan pun …. jadi selalulah menjadi insan untuk allah bukan insan untuk insan … kerana insan ni suka pandang orang hina …. nak kontrol orang bawak laju tubuh team nak jaga jalan raya tapi dia juga terlibat kemalangan jalan raya bawak laju lebih had orang yang dia nak kontrol tu bawak 80 je …. tu pun dipandang laju …. kehidupan aku penuh dengan kontrol dari pihak yg aku sendiri xkenal pagi2 nak pegi kerja dah buat hall hina aku time tempat kerja pakat ramai2 duk hina aku masa time balik kerja pun hina time aku dalam rumah dia orang hina ezos kereta aku pun dia nak hina … kalau aku marah diorang sebar berita aku ni kaki samseng kalau kawan aku nak bela aku dia kata aku hangkut geng nak tunjuk samseng ni lah diri aku setiap hari…. nak buat macam mana aku tumpang tempat orang … seteruk ini kah kehidupan korang ?
Sy seorang wanita peramah.dr peringkat usia kecil smpai la yg brusia Alhamdulillah smua sy jadikn kwn n bla rasa de keserasian ngan jiwa sy..da sy anggap mereka ne cam kluarga kandung sendiri n BOB ne mmg wujud je disekeliling sy(buat bodoh je..janji qu happy).prnh skali sy dpt kenalan llki 7thun lbih muda usia dr sy.masing2 de mnyimpan perasaan yg sama.dlm prkenalan kami melibatkn org tengah(adik angkat llki) hari bganti hari buln brtukar buln..akhirnya hubungn kami mjadi couple(jarak jauh).mmg telinga ne xtahan bla de yg mgatakn sy xsepadan ngan dy.sbbnya..faktor usia..taraf kehidupn..pendidikan..prkerjaan.. dn yg sewaktu denganNYA.BOB ne bg sy kehadiran yg bolh myebabkn kita mngalami sakit hati n jiwa tp..sebenarnya baik tuk perubahan fizikal kita.ye la..kita sering trlepas pandang(cuai lalai n alpha).kaum BOB ne sifat mereka seorang yg teliti.bla sy trkena tembakkn kaum BOB ne…mmg prmulaannya myakitkn smpai hati brdarah tp kita xmatikn…sisa nyawa ne la dot menambah kkuatan pd diri tuk trus berubah n mara kehadapn.
Rambut sama hitam..hati lain2.xdinafikn org jenis BOB merata-rata.pndapat sy bla brdepn sepisis sprt ne(BOB) trus blas blik je ngan kata2 ringkas tp padat n mantap.guna nada lembut n manje(perempuan sma jenis) tp pedas.bla dh slesai ckp jaukn dri dr spisis ne.kita wat bodoh je klau dh kwn lain kte mase tu..trus buka crita n sembang bahan yg menarik@wat lawak ngan kwn2 bru ne.automatik hati yg sakit jg riang.hehe…
assalamualaikum, permasalahan saya tidak la seberat orang lain, saya cuma ingin minta pendapat dari kamu, bagaimana saya ingin mengatasi saudara dan segelintir jiran tetangga yang suka mengumpat tentang saya dan keluarga.. kami tidaklah baik sangat, sebab kehidupan kami lebih kepada tidak bergaul dengan mereka kerana sibuk dengan kerjaya.. tambahan pula selepas saya tidak jadi menikah. apa yang perlu saya lakukan.. semua ini terjadi setelah saya berniat ingin kembali ke jalan Allah dan ingin mencari redha Allah
As Salam,
Tiada apa yang boleh kita buat untuk menutup mulut orang lain. Tapi kita boleh tidak mempedulikan cercaan dan kata-kata mereka.
Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian.
Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.
So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.
Assalam .saya sbnrnya ada masalah dgn kawan saya .dulu kami rapat tp skrg kami seperti tak pernah rapat langsung .dia terima pandangan saya terhadap dia sebagai negatif .dia tak fikir pun apa yg saya cakap ttg dia semuanya betul .dia anggap saya memburukkan dia .sehingga dia tdk menyukai saya bahkan membenci saya .dia melayan saya dgn mesra dpn org tp dlm masa yg sama menyindir saya .org lain tak faham maksud dia tp saya faham dan terasa sindirin dia .saya buat bodoh dan buat² senyum .saya tak balas layanan buruk dia .saya tetap layan dia dgn baik tp dia terus menyakitkn hati saya .saya tetap bersabar .saya taknak gaduh dgn dia .bila ini akan berakhir .
Assalamu’alaikum..sy almalin, form 2.sy selalu diejek oleh segelintir budak lelaki kelas sy..diorg je sy cm ni “wek², tudung labuh, ketawa² lau tngok sya…allah..kerap kali sy nangis bila diorg ejek saya..prnh sekali tu sy buat x thu but sakit hati juga..susah nk ignore ejean diorg tu
Assalamu’alaikum. Nma sy almalin, form 2…sy selalu kena ejek oleh budak lelaki kelas sy..segelintirlh..diorg ejek sy cm ni “wek,wek”, tudung labuh,, lpstu ketawa²..Allah..saya t’tekan sngt..susah nk fokus belajar…kerap kali sy nangis bila diorg ejek sya..sy x thulh knp diorg suka ejek sya..huhuhu..
Kalau kawan boleh la lagi.. Kalau dah jadi pasangan hidup asik kena sindir.. Kena dituduh menipu.. Asik cakap location tak penah betul.. Belum apa apa cakap berbual dengan lelaki lepas tu malu nak cakap.. Dituduh keluar rumah parents lalu pintu belakang.. Dituduh bersubahat dengan adik beradik untuk menutup perbuatan maksiat.. Pasal kerja tak pernah jelas.. Ada saja.. Yang tak kena.. Masa kerja pun dituduh keluar tanpa pengetahuan. Keluar ke tempat lain.. Sedangkan saya sedangkan berkerja waktu tu.. Bukan kerja buat sales boleh keluar masuk ofis sesuka hati…
Rasa sangat tertekan.. Diawalnya saya menangis.. Menangis… Kemudian saya melawan… Kemudian saya meninggikan suara.. Kemdian saya membentak bentak.. Dan saya selalu mendesak untuk mengakhiri hubungan ini. Entah kenapa kesabaran saya semakin sirna. Terus terang dulu saya tak macam ni….
Tapi saya benar benar tertekan… Keadaan agak ok masa saya Hamil.. Itu pun masih sama.. Dalam keadaan begitu pun masih saya dituduh lokasi tak betul. GPS x betul.. Kandungan saya bermasalah dari awal.. Hingga saya melahirkan sewal enam bulan. Dan bayi bertahan selama tujuh hari.. Selepas pemergiannya keadaan baik sebentar.. Tetapi selepas habis pantang keadaan sama macam dulu.. Terus terusan saya dituduh ada buat hubungan. Ada agenda tersembunyi.. Saya sangat tertekan. Sangat tertekan. Entahla… Saya kuat atau tak u tuk lalui semua ni…
Semakin saya berusaha bersabar. Semakin saya diuji.
assalamu’alaikum ustadz…. bagaimana sih cara menyikapi seseorang yang tidak mau berdamai dengan kita padahal kita sudah berusaha untuk mentiadakan lagi adanya kebencian??
Assalamualaikum, terima kasih atas info di atas. Alhamdulillah, saya rasa lebih bersemangat dan hati lebih kuat untuk menghadapinya. Masalah saya adalah mempunyai rakan kelas yang pandai tetapi berlagak dan suka menjatuhkan semangat orang lain. Bak kata mama saya, “rasa paling pandai dekat dunia sebab tu boleh buat macam macam”. Saya baru berpindah ke kolej di sekitar hulu langat. Memandangkan saya selalu tidak hadir kerana kerap sakit, mereka sering berkata belakang dan cucuk pensyarah. Sampai pensyarah juga kelihatan benci dan tidak mahu cakap elok dengan saya. Saya sedih, geram, marah dan sering kecil hati dengan sikap mereka. Padahal saya tidak pernah sesekali mengusik mereka, dalam kelas pun saya hanya berdiam, duduk sorang dan buat hal sendiri. Itulah, orang kalau tak suka kita buat baik cemana pun tetap tak suka. Tak apalah, manusia. Saya redha. Ini mungkin pengajaran supaya saya boleh hadapi hari yang akan datang, kuat dan bersemangat. Sekarang, masih lagi mereka menyindir, mengutuk, memalukan saya tetapi saya ambil tindakan untuk buat bodoh dan buat selamba. Biar mereka pula sakit hati sebab saya tak layan “usikan mesra” mereka :)
Assalamualaikum..
Saya x tau la salah dia ke salah saya ke.. sebab apa yang saya buat ada je x kena.. saya seorang pelajar universiti.. dan semasa group presentation, saya satu group ngan kawan saya ni.. kami kawan sejak dari sekolah rendah.. boleh dianggap dia lah bff saya.. tapi semasa saya dduk di universiti saya macam nampak perangai dia yang sebenar.. setiap kali ada group presentation, dia mesti present main2.. macam x prepare apa2.. jadi itu yang buatkan saya geram sangat.. selain tu kalau ada suruh buat kerja group sama2 dia mesti akan menyuruh saya buat itu dan ini.. sedangkan saya ada banyak kerja nak buat dan saya lihat dia pukul 12 sudah tido sedangkan saya masih berjaga buat kerja.. selain tu dia selalu kutuk saya kat fb cuma x nyatakan nama saja.. kadang2 saya menangis sorg2 pikirkan bnda ni.. tapi saya tau mungkin saya ada salah pada masa dulu dan allah mungkin nk membalasnya dengan cara mcm ni.. saya juga ingin berubah.. saya mmg x suka kutuk2 org ni sbb pahala kita free je pergi kat org tu.. saya fikir dalam hati mungkin ada hikmahnya pada masa depan.. jangan pikirkan sangat dan pkir positif.. janganla kita pikir sangat orang yang benci kita sedangkan ramai lagi org masih sayang kat kita.. cume saya sedih sebab saya dah kurang rapat dengan dia dan saya cuma doakan agar dia berubah.. amin..
A
salam ustaz ,,.saya ni.bry je form 3 ,, sya berasa amat takut ke sekolah kerana sudah sebulan saya tidak hadir ,, saya takut akan classmates yg ejek sy mcm mcm ,, guru guru memarahi saya ,, dan rakan rakan karib sy yg menghindari diri dripada saya,, dalam tarian pula,,they selalu ejek saya x pandai menari ,, pendek ,, (bob) ..sy.x tahan ,, sampai skrang sy belum menghadir kan diri ke sekolah,,.bgaimana sy boleh mengatasi situasi ini ,, harap ustaz balas komen saya di whatsapp saya ,, 0138469562
AMBOI…AMBOI…!
BISA BUAT BAHAN DI KANTOR NI… :)
4 tahun yg dulu, saya tidaklah sebaik mana. saya sedar, dan cuba berubah ke arah yg lebih baik. dan sampai kini, ahli keluarga saya sendiri yg selalu buat saya rasa down. mengungkit kisah lama saya dan sentiasa memandang rendah pada saya. apa yg saya buat, semua salah. saya buat baik atau buruk, saya tetap nampak jahat. mereka tak pernah nampak usaha saya. lepastu, saya bekerja jauh. saya cuba hubungi mereka. tapi langsung tak dilayan. nenek saya pesan, fikirlah diri sendiri dulu drpd fikir orang yg tak pedulikan kita. buktikan pada mereka yg saya mampu berdiri atas kaki sendiri :’)
Sma lah sy. Dgn kwn2 sy xkisah lg diorg buat sy sbb org luar kn xtau story kita so anggp mcm diorg tu alien je. Sy sdr sy hodoh and bila kluar jln2 gn fmily msti diorg gelakkan sy syp2 n bila sy tanya knp diorg deny. So bnda ni dah jdi about 4 years mcm tu smpai skrg sy nangis n xde spe yg fhm sy sy dpt result okay pun diorg mcm xambik kisah je. Kalau akk2 n abg lain diorg puji n bangga, time sy mcm diorg xbrmint. And skrg sy dh 18 sy nk survive sndiri xnk brgntung kt diorg. Sy igt family lh org yg trima kita seadanya tpi x jdi start drpd tu sy syg diri sy mcm mna sy prnh syg dkt org lain.
Bila aku keluar lepak dgn mamat ni ak selalu kena sindir,hina dan marah..yg ak paling skit hati bila mamat nie fkir hok bkn2 pasal ak..ak xlawan balik bkn sebab ak takot dgn die cume xsangup nk balas blik ak x sampai hati nk ckp ape yg die ckp tu,ak risau kalau die terase hati dgn ak tu ak diam sje seolah2 mcm org xde persaan. .tpakse la ak layan prngai mamat tu,smpai kn ak xtahan sgt dgr kata2 die ak ase mcm hilang kawaln..kdang2 ak takot sgt bile ak hilang kwalan ak kn buat sesuatu yg mcedera kn mamat tu.mcm ne ek nk buat mamat ni berhenti bersikap cmtu..siapa2 yg ad idea terbaik tuk bg bgtau kt mamat nie berhenti hina,sindir n fikir buruk pasal org yg rapat dgn die…ak da buntu da xtau nk buat mcm ne lg doh..
Budak jahat tu x boleh panggil nakal tapi panggil budak jahat BOB
And the conclusion is, just buat pekak je bila orang cakap macam tu. Maybe diorang jealous or we have something that they don’t? This is life. It’s our decision and our life. Not them. Biasalah tu. Bila kita buat baik tak ada siapa yang nampak effort kita. Bila kita buat silap sikit je ha time tulah semua busy body. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Kang bila kita stapler mulut dia lain yang jadi kang habis periuk kuali kena lambung HAHA kidding. Tapi takpelah asalkan pahala kita menambah. How about them? Wallahualam ;)