Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.
Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.
Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.
“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”
” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”

Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.
Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.
BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”

Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.
Don’t simply surrender.
Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?
#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati
Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.
Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.
Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.
Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.
Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)
.
#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba
Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati.
Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.
Oleh apa yang boleh kita buat?
Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?
Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.
Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali.
Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.
Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.
Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.
Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum.
Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.
Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.
Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.
Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.
#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan
Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.
Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan.
Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?
Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.

Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.
Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.
Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.
Masalah yang mungkin timbul
Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.
Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?
Berdirilah atas kaki kita sendiri.
Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain.
Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.
Jika kita memikirkan kata-kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.
Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!
#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.
Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.
Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.
Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.
Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.
Penutup: Berdoalah kepada Allah
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.
Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang-orang ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati.
Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.
Mungkin anda ada pengalaman atau tips yang boleh dikongsikan?
Catatkan apa yang bermain dalam fikiran anda sekarang pada ruangan komen dibawah.

Dekat sekolah, aku menyertai pasukan bola jaring dekat sekolah sebab last year aku tak dapat nak masuk netball. Suddenly kawan aku pula yang panas cakap aku masuk netball sebab nak kuruslah apalah. Her dialogue is “Kau masuk netball sebab nak kurus kan?” and dia buat muka like I’m a bad person. She said that to all my friends behind my back like wth do you even realize who’s with you when you have ‘depression’ about your crush?
But what I always do is just sit back and relax and keep my mouth shut. BUT the most funniest thing is she always babbling about her weight and her face bla bla bla lol.
bagaimana cara menghadapi teman satu kantor yang suka berbicara buruk ke saya ?
mereka berbicara “nyolot” ketika saya bertanya baik2.
dan mereka sering menjeles2kan saya dan kadang suka menyindir saya.
bagaimana saya mengatasi hal tersebut ? karena itu membuat saya tidak nyaman dalam bekerja.
terima kasih
masalah ini sering berlaku dan mereka berada disekeliling kita.
kita sedar apabila kita dalam tempoh untuk menjadikan diri kita ini lebih matang dalam menghadapi masalah. ianya juga tidak kira keluarga, sahabat, dan masyarakat serta bangsa.. semuanya sama.
pertama sekali: berfikiran positif , sabar selagi mampu, elak diri untuk pihak lain bahagia, berdiri diatas kaki sendiri, jangan harapkan orang berbaik dengan kita tetapi cuba baik dengan orang sekeliling kita.
apabila kawan karib mencemuh kita, abaikan dia sekiranya dia bukan ciri-ciri kawan yang kita cari, amek yang bersih buang yang keruh.. maafkan selagi mampu.
Bagaimana untuk menghadapi adik yg suka menjatuhkan kakak sendiri depan ibu?(BOB)
Kalau saya menjawab,ibu cakap saya ni tak boleh mengalah.
Ibu selalu mempersoalkan kenapa saya tak boleh berbaik dgn adik.
Akibatnya ibu menganggap saya seorang yg sentiasa berfikiran
negatif.
DAn saya selalu bermasam muka dgn ibu hanya kerana adik saya.
boleh sesiapa bg cadangn?
Saya percaya semua orng pasti mahu hbngn yg baik dgn ibu.^_^
Bagaimana untuk menghadapi adik yg suka menjatuhkan kakak sendiri depan ibu?(BOB)
Kalau saya menjawab,ibu cakap saya ni tak boleh mengalah.
Ibu selalu mempersoalkan kenapa saya tak boleh berbaik dgn adik.
Akibatnya ibu menganggap saya seorang yg sentiasa berfikiran negatif.
DAn saya selalu bermasam muka dgn ibu hanya kerana adik saya.
boleh sesiapa bg cadangn?
Saya percaya semua orng pasti mahu hbngn yg baik dgn ibu.
Assalamualaikum wr.wb ustad.nama saya shaltsa nadya dari pati desa bulumanis kidul. saya ingin mengungkapkan sesuatu yang dri dulu saya rasakan. Sejak saya ikut latihan basket pelatih saya sering kali menghina kalau sya belum bisa, lembek, dan kurang kuat dalam mengikuti basket. Dan itu sering kali diucapkan dimulutnya.. Saya mencoba bersabar. Dan sampai trman”sya sdah bisa . krna saya jarang mengikutinya senior saya jauh dan saya menjadi jrang brkomunikasi dgn senior saya. Saya sering merasa bahwa mereka mulai menjauhi saya. Dan itu berlangsung smpai hari ini. Saya di hina kembali oleh pelatih saya . sya mencoba bersabar . bahkan temn saya meminta unuk membiarkannya . jadikan itu sebagai motivasi. Namun teman saya jarang merasakan rasanya dihina. Kesabaran kadang membuat saya tidak tenang dan ingin menangis . apa yang sya lakuakan didepan mereka selalu salah. Memang benar.Bahwa saya brlum pandai bermain basket. Namun kalau pelatih seharusnya memotivasi dengan kata”yang halus dan tidak dgn ejekan. Itu membuat saya semakin tidak berminat mengikuti basket lagi. Perasaan ini selalu saya rasakan setiap saya mengikuti basket. Karna ejekan yang setiap hari membuat saya semakin tidak kuat! Sebenarnya saya mempunyai niat untuk keluar dari ekstra basket. Dan beralasan tidak mengikuti basket lagi. Apa tindakan saya benar ?
Begitulah cerita saya. Apa yang harus saya lakukan ?? Mohon jawabannya. Saya merasa akan lebih senang jika dengan senang hati membaca dn menjawab email yang saya kirimkan . Terimaksih
Wassalamualaikum wr. Wb
Salam?terima kasihh atas pkngsian anda ..sbb ada semangat utk saya berubah lebih bersemangat lgi tpi ..sya bimbng pada ibu saya ..sya ingin brubh ..tpi saya tkut msyrakat sekeliling berkata kata “heh anak bertudung tapi ibu tak”sya puas dah menegur ibu saya tpi susah ..apa lgi cara utk saya menegur
Assalam..sy pnh mgalami kerenah peyelia yg myakitkn hati. Hari2 dia mncri salah dan mncari jln utk mjatuhkan sy sehingga sy di buang kerja tanpa notis.Dia mghasut dn pngaruh bos dgn mcm2 cerita yg bukan2.sy terkilan kerana bos sy xpnh dgr pnjelasan dr sy. Dia hnya dgr sbelah pihak.sy ni bkn kroni sbb itu sy di perlakukan begini kalau sy ni kroni buat salah pn tak apa.Skrg ini sy telah failkn di mahkamah perusahaan msh dlm prbicaraan.Di mahkamah pn dia msh lg tak puas hati dgn buat fitnah dn mereka cerita yg bukan2. innalillahiwainnailaihirojiuun..sy yakin stiap prbuatan zalim ini akn dpt balasannya.
brhrap sngat dgan cara ni boleh buat saya sabar menghadapi di skolah . :)
Banyak2 tmpt, tmpt paling mncabar kt tmpt keja, smua tunjuk kepala , sapa yg jdik bos pn aku xtahuu… Bajet bagus kut, aku tahu aku keja , time balik trus balik hjung bulan dpt gaji…
Assalamualaikum, bagaimana pula pada pensyarah yg suka menjatuhkan pelajar sendiri dengan kata2 yg menyakitkan hati? Amat terkilan seketika… :'(
as salam.saya ad sorg kwn llki yg rapat.sy menyesal sgt bkawan dy mprcayai nye 100%.:(..dulu dy sllu kta sy ni bff dy tp sy that why percaya kt dy .sy knl sume kwn2 sy housemate kt cmpus sume la dy knl.sllu kami jupe.one day tu dy ad gado dy kwn study grop ktaorg sy xla msuk cmpur ttg hal tu cume bri smgt kpd dy je.mse cuti sem sy tjupw kwn tu time sy tgh kje sy cume tgur cmtu la then dy ad cite kburukn bff sy ni pd mule nye xcye n akhir nye sy cye so amik kptusn jauhu dy pindah rumah.last skli bda sy bt sy extand pgajian sy smata2 xmahu grad ngn dy nati.but i dont know why kwn2 sy sume skli suke kwn ngn dy lbh dr sy so sy rse sdih.then why dy suke sgt tipu sy mmpermain kan sy.dn knpe jgk dy suke bt bda sy jeles.sy btol2 prcye kt dy tp knpe dy balas sy cmni..sometimes sy tension gile hopefully cpt la mse bputar agar dpt mninggal tmpt sy study spuya sy lupw sume knangan di sini.sy pon ad menyesal sgt kenapa la saya boleh bknalan ngan dy dlu knpe sy tertarik untuk bkawan ngan dy dlu tapi saya xboleh lawan ape yg ditentukan Allah.cume kasabaran sy.
Assalamualaikum..sye ade srg kwn kot..th laa nk aggap kwn ker bi_at_an_..aq bnci die..dlm bnyk2 manusia yg aq jumpe..die yg plg aq bnci smpai mti..ssh nk ckp ape yg die bwt..terlampau bnyk dose die kt aq.. x terkire..hidup aq..mimpi aq musnah sbb adenye dia dlm dunie nii…sumpah aq benci die..x pe lah yg pntg aq ade Allah untuk tngkkn aq..
itulah kadang kitew x tw macam mana nak handle orang yang suker hina dan mengambil kesempatan pada diry kitew.. contohnyer orang yg menghina fizikal kitew dan kitew x tw nak lawan camner?? padahal kitew adew perasaan jugak.. klau kitew hiner orang laen kitew plak yg kenew hiner balek.. klau kitew xlawan kitew akan lebih saket haty….. padahal orang tue yg dapat anugerah drp kemenangan dye.. tapy kitew plak saket haty………………….
p/s : hal yg aq benci dengan org yg x sedar diry dan tidak berpihak di bumi yg nyata dan suker menyalahkan diry org laen drp menyalahkan diry sendiry.. hal nie yg aku benci kepada orang yg merasa dirynya sempurna dan x pernah buat salah dan mengharapkan penghargaan drp manusia laen dan menyusahkan manusia laen semata – mata…… ya Allah s.w.t jauhkan aku drp orang yg suker menyusahkan orang lane hasil kesilapan diry sendiry demi kepuasan diry dan nafsu semata…….. agar diry tidak susah tapy orang laen yg susah.. orang nie lebih bagus jatuh!
Saya pula diejek pasal fizikal sy oleh adik sy.. sy hnya boleh nangis.. sbb terlalu sedih… sy hnya boleh berdoa… Allah pernah kata, yg segala prbuatan jahat akn dibalas setimpal. Semoga sy kuat…
Aku ade kawan rapat . Tapi dia baru baru ni ejek aku suka dekat budak dalam kelas . Padahal aku tak . Kiteorang biase je . Contohnya dia panggil budak laki tu cakap aku yang panggil . N than dia tanye soalan pada budak tu sedangkan aku tanya kat dia .
Kesimpulanya saya masih sabar .
dilht dr nama sitenya saja ga salah ni sy msuk sini gan… mksih infonya… untuk sllu brbuat baik itu mmg bth proces
=] Artikel dan buah fikiran yang membantu, bukan sahaja utk berubah tapi menghindar orang yang beraura -ve setiap kali informasi dan kritikan diberikan.
When we start to think positively, we start to see thing differently! yes, memang ada orang yang cuba nak menjatuhkan kita, tapi try to think positive. kadang2 dia sindir tu, sebab ada perkara yang kita lebih daripada dia, so dia jealous- this is one way to think positive. Nobody’s perfect, so tak perlu nak rasa down bila orang sibuk nak cari kelemahan atau kekurangan kita. Mungkin bila terima kutukan, kita boleh perbaikan diri atau menjadi lebih kuat. there is always a reason behind every bad things!! Keep smiling and be positive!!
assalamualaikum..ini pengalaman..sy rasa down dan rasa dri teruk sangat apabila ada yg tegur..bagi sy semua org memg nk berubah ke arah kebaikan dan proses perubahan bknnya dpt dilakukan secara mendadak.. sy xsalahkan org tegur, p org yg tegur d hdpn rakan dan dpn ramai..rasa malu jugak dan down sangat.. perubahan perlukan satu yg dtg dri hti dan dri sikap peribdi seseorang yg kita tengok.. dri peribadi baik seseorang kita boleh respect dan pker utk menjadi baik sperti org tu..
Sekarang aku diambang ingin berputus asa..aku ni memang la xbaik..jauh skali org alim2..aku cuba berubah ke arah kebaikan..sikit2 aku cuba ubah cara pakaian aku..semakin lama aku cuba aku nampak org sekeliling aku xselesa..bnyk perlian dan cemuhan yg aku dpt sepanjang proses percubaan aku ni..aku rasa nk patah balik kepada imej dan cara kehidupan aku yg dulu..aku betul2 buntu..