Cantik Adalah Ujian, Bersyukur Seadanya

ujian
ujian | Muslimah Portraiture II by ~syahrulreza (devianart)

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah.

Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian.

Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Berbalik kepada tajuk. Cantik & kacak adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur

2. Keyakinan diri tinggi

3. Sedap mata memandang

4. Maintanance rendah (sepatutnya)

5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya.

Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik.

Pasti ramai yang mula tertarik.


Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial

2. Disayangi hanya kerana rupa

3. Menimbulkan riak dalam hati

4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran.

Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga.

Bukankah itu juga satu ujian?

Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula?

Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain.

Dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata.

Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

 

Jadi bunga seindah mawar berduri,

Yang menjadi impian setiap Muslimah

Yang indahnya bukan untuk lelaki,

Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
‘Hati kena selalu ‘muda’, Sering Disangka Sebagai ‘Girlfriend’ Anaknya!
6 tahun yang lalu
trackback
Cantik Macam Model!!Curi Perhatian Nitizen&Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupa-Rupanya.. – Oh Leptos
6 tahun yang lalu
trackback
Cantik Macam Model!!Curi Perhatian Nitizen&Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupanya… – Sweet Nutella
6 tahun yang lalu
trackback
Cantik Macam Model!!Curi Perhatian Nitizen & Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupa-Rupanya… – Sweet Nutella
6 tahun yang lalu
trackback
Cantik Macam Model! Curi Perhatian Nitizen & Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupa-Rupanya… – Sweet Nutella
6 tahun yang lalu
Berry
Berry
8 tahun yang lalu

Dan hanya kerana cantik ini jugakla sampai lelaki sihir aku n sampai lelaki ugut aku.. Aku xpernah rasa bangga mempunyai raut wajah yg cantik..

puteri balqis
puteri balqis
8 tahun yang lalu

Sangat menarik hati kata2 puteri aisah “Biar wajah berbicara bila hati xmampu nk unglapkan” sesetengah pandangan hanya membuatkn kita lemah.bukn lemah kerna dy xmenyatakan aku cantik tp lemah bila dy xmenghargai anugerah Allah sebagai satu Amanah.maaf aku adalah isteri kepada seorang suami.sungguh hati ne hancur berkecai bila dy selalau buruk sanga pdku.dy xtahu aku selalu bersusap payah menjaga agar tubuh ne sentiasa menten n mantap hanya tuk suami tercinta.menahan segala nafsu yg bolh membawa kpd murkaNYA Allah.pengorbananku dianggap mainan sandiwara n hadir hanya ingin menagih kasih yg kononnya telah dilukai olh lelaki lain.wal hal smua perkara i2 tidak benar.Ya Allah mcm lah sy nk fahamkan maksud syurga ditelapak kaki suami sekiranya terus2san cam ne.Ya Allah bantu aku..aku sudah xberdaya.skg aku lagi tenga sakit.nk melakukan rutin seharian pn dh xbermaya..

Yan7e
Yan7e
Reply to  puteri balqis
5 tahun yang lalu

Mcm tu juga sy sbgai sang suami… Crita dh kisah yg sama.. cuma bezanya kamu adlh istri sy pula adalah suami……sedih sy syg juga sygkn istri walaupn allah bg brbagai kelebihan…

puteri aisah
puteri aisah
8 tahun yang lalu

Kecantikan akn terserlah bila akhlak baik.bg kaum adam jgn mudah plk tertipu.kecantikan selalunya mengelirukn n menggiurkn bila kita mula buta hati.pandang pd akhlaknya bru tgo betul2 pd seri wajahnya.kadang malas jgk nk wat bende2 ne(siasat) so…yg paling mudah pantas n ringkas…pandang pd stp apa yg dikerjakn di sekeli2nya.i2 sudh cukp untuk kita mengenal kecantikkannya yg sebenar.sama jgk bla kaum hawa nk thu sang adam ne hensem ke tak.yg paling penting ikhlaskn hati melakukn apa sahaja bila tangan dh
capai.mula2 memang memenatkn bla dh selesai psti membuahkn keriangan..nah..i2 lh nikmat.kan mudah untuk jd cantik.org kata biar wajah berbicara sekiranya hati xmampu nk ucapkan.

nur_522401
nur_522401
11 tahun yang lalu

thumbs up!! hehe..