Bila Allah Uji Kita dengan Ujian, Allah ingin mendidik Hati kita

allah uji
Bila Allah uji kita

Hati ini mudah rapuh

Iman ini tidak kukuh

Sebab tu kena selalu istiqamah

Kenapa istiqamah?

Sebab iman mudah rapuh.

Kenapa Ujian Dan Bukan Nikmat?

Begini, kadang-kadang Allah datangkan nikmat,

Tapi, manusia mudah lupa yang nikmat itu juga satu bentuk ujian,

Bukan kata manusia lain, malah diri ini jugak.

 

Dan bila mana Allah bagi ujian,

Mulalah diri ini, hati ini, mula meletakkan pelbagai persoalan yang berbunyi:

  • “Kenapa Allah pilih diri ini?”
  • “Hati ini tidak kuat.”
  • “Diri ini mudah berputus asa dengan ujian sebegini.”

Kenapa persoalan ini yang akan dikeluarkan?

 

Sebab…..

Kita tak pernah bersyukur dengan apa yang terjadi

Dan kita tak pernah ajar hati untuk beristiqamah dalam bersyukur dengan apa yang Allah bagi.

 

Seorang tok guru pernah berkata:

“Kalau nak belajar bersyukur, jangan tengok apa yang orang lain ada yang lebih dari kita. Tengok apa yang orang lain tak ada tapi kita ada. Sebab manusia tak pernah rasa puas.”

And yes, only then kita belajar bersyukur.

 

Bila Allah Uji Kita..

As a muslim, kita kena sentiasa ingat yang setiap nikmat itu sebenarnya ujian.

Allah uji sama ada kita masih bersyukur atau tidak.

Dan kita makin jauh atau makin dekat dengan Allah.

Dan bila mana Allah uji kita dengan ujian, kita kena ingat bahawa ujian itu tanda Allah sayang.

Hati ini terlalu lemah, rapuh dan mudah putus asa bila Allah uji.

Dan diri ini jugak mula berkata yang Allah tidak sayang. Allahu. Jangan pernah rasa sebegini.

Didik hati untuk sentiasa tabah dan cekal dengan segala nikmat dan ujian yang terjadi.

Ingat,

Apa jua musibah menimpa anda

Baik sakit, sedih, kesusahan

Bahkan tersusuk duri pun akan jadi penebus dosa anda.

La Tahzan, Allah itu ada.

 

Allah said in Surah Al Baqarah:45

“And seek help in patience and prayer.”

 

Artikel ini adalah perkongsian ke Inbox kami  daripada Nor Hanani Binti Mohammad Fauzi, [ Blog / twitter ]. Semoga perkongsian yang dikongsikan oleh beliau memberi makna dan manfaat kepada kita semua =)

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

23 thoughts on “Bila Allah Uji Kita dengan Ujian, Allah ingin mendidik Hati kita”

  1. Assalamualaikum..saya mohon share dan berkongsi artikal ini.Tksh.(satu pencerahan utk diri dan hati lebih dkt kpd Sang Pencipta yakni Allah SWT.Aminn.)

    Reply
  2. terima kasih sudi berkongsi artikel ini
    masih lagi dalam bertatih dalam istiqamah untuk berubah
    dan redha di atas setiap ketentuan Illahi.

    Reply

Leave a Comment