
Bagaimana berubah ke arah lebih baik?
Ramai yang ingin berubah dan mengajak orang lain untuk berubah.
Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari sebelumnya.
Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah.
Dulu buka aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.
Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah.
Hati kita masih peka dan lembut untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan.
Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur?
Ada yang berpendapat perubahan perlu dilakukan secara beransur-ansur agar tidak berlaku kejutan.
Bayangkan jika dulu kita selalu melepak dengan kawan-kawan kita sekarang ini kita tidak mahu lagi berkawan dengan mereka atas alasan tidak mahu membuang masa.
Tentu perasaan mereka akan terguris bukan?
Ada juga yang menempelak bahawa jika ingin berubah itu harus secara menyeluruh, total, dan semaksimum mungkin, kerana maut itu bila-bila sahaja.
Bimbang ajal menjemput sebelum sempat bertaubat.
Kedua-dua pendapat tersebut boleh diterima.
Melakukan Perubahan Tidaklah Semudah Yang Kita Bayangkan atau Harapkan
Lebih sukar lagi bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan itu akan terasa berat dan sukar.
Untuk persoalan ini, sebenarnya kita seharusnya melihat skop atau dari sudut apakah yang kita ingin lakukan perubahan itu.
Sudut ini terbahagi kepada dua, iaitu:
- Berubah dari sudut penampilan
- Berubah dari sudut perangai/gaya hidup.
Untuk sudut penampilan, kita boleh berubah sepenuhnya tanpa perlu step.
Sebagai contoh:
Jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup aurat, bila berubah ni kita boleh memakai pakaian yang sepenuhnya menutup aurat.
Tetapi bagi sudut perangai dan gaya hidup ni, nak tak nak, memang perubahan itu perlu dididik sedikit demi sedikit, kerana ia sudah berdarah daging dalam diri.
Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita nak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus.
Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit, sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya skali.
Keduanya boleh kita simpulkan seperti kita dan kereta.
Nak tukar kereta senang jer, hari ini kita boleh pakai Proton esok boleh bergaya dengan BMW.
Namun untuk mengubah cara pemanduan itu yang sukar, mustahil dalam masa sehari.
Memang, melakukan perubahan ini merupakan satu perjuangan. Anda dijemput membaca artikel berkenaan disini
Yang paling penting samada perubahan kite tu step by step or skaligus, adalah dengan mohon kekuatan daripada Allah moga perubahan diri kita ni tidak ditarik balik.
Berubah memang sukar.
Tetapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.
“rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…”
Saya ingin berubah untuk diri ini.. Tetapi kenapa susah sangat?? Apa yang perlu saya lakukan???
nak berubah memang susah, tapi ingat satu dalam hidup ni, kita hidup untuk Allah, hidup untuk dapat syurga Allah. Hidup ni sementara. Percaya dekat Allah, sekali kita dah ada niat untuk berubah, teruskan jangan putus asa. Slow slow, in shaa Allah, Allah pandang walau kecil mana pon usaha kita :) I pray the best for you.
saya ingin berubah menjadi lebih alim dan menurut perintah allah
InsyaaAllah boleh.
Yang penting istiqamah sentiasa.
Banyakkan bergaul dengan orang yang baik-baik :-)
Ingin jadi macam semua yang berjaya
InsyaaAllah, teruskan berusaha :-)
sangat berguna dn memberikan mfaat kpd semua..
Alhamdulillah :-)
baguss. ?
Saya ingin berubah kepada yang lebih daripada sekarang. Kerana takada orang sudi ingin mengajar saya dan bagi support.. Memang saya jahil . tapi salah ke saya ingin berubah ..
Alhamdulillah jika wujud kesedaran untuk berubah dalam diri tuan.
InsyaaAllah akan ada yang sudi membantu tuan.
Jangan berputus asa, pasti Allah permudahkan jalannya.
Insya Allah boleh…20 tahun saya merokok boleh berhenti. Dulu tak solat sekarang Allah bagi mudah. Yg penting kena semangat. banyak saya buat jahat dulu. insya Allah boleh. Kalau nak berkongsi tips boleh emel ke [email protected]. saya dulu tido tepi longkang..Alhamdulillah sekarang Allah bagi rezeki jadi ketua jabatan. Baik sangka dengan Allah…Allah akan tolong kita…
assalamulaikum
selamat pagi..
alhmdulillah pagi nie diberi kempatan tok melihat keindahan dunia allah swt nie.
jojr dihati nie inginkn perubahan yg baik dari yg jhat kembali kepangkl jalan , tipu kalu xnak berubh
tpi hati nie selalu tewas dgn sndirinya..
sdhlah sampi bila agaknya..
assalamulaikum ,,,
jojr setiap yg hidop mesti nak kan perubahan dari segi ape pun..
sya sndiri nak kan perubahan itu..
namun ape kan daya ,,selalu tewas dgn mcm2 alsan..
rase2 mcm ane nak kukuhkan aty nie supaya kuat tok berubh ..
Cara berubah 100 peratus berkesan. Insyallah.
Layari:
http://www.rahsiaberubah100.blogspot.com
nk berubah tp hati tak kuat. Hm.. mcm nk ikhlas kan hati tuk berubah?
Cara berubah 100 peratus berkesan. Insyallah.
Layari:
http://www.rahsiaberubah100.blogspot.com
kalau kawan ajak kite cmne? i mean.. bukan scare direct la.. n kite xkuat iman ni ikut je.. xikot nnty sentap.. da la bende yg salah dbuat tu mcm da jd habit.. tu acane tu?
kuat kan lah ati aku supaya dpt brubah..kekal kan aku memakaitudung …hmmm
Insyaallah :)
Cara berubah 100 peratus berkesan. Insyallah.
Layari:
http://www.rahsiaberubah100.blogspot.com
Salam, ada yg menyatakan bahawa kita perlu berubah sedikit demi sedikit kerana kalau tidak perubahan itu tidak akan kekal. Terima kasih. :)
Memang, istiqamah itu sesuatu yg sukar. Moga Allah sentiasa menetapkan hati.. :)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya terjumpe page yg very good for muslim.
Teruskan usaha..semoga segala ilmu yang telah anda sebarkan dapat mendatangkan kebaikan kepada anda dan pembaca.A lot of thanks.
Insyaallah. sama-sama sebar kebaikan =)
“Aku mahu berubah… tapi aku tak mampu… belum sampai hidayahnya…” ~> Menunggu keadaan mengubah diri adalah satu perbuatan yg sesia… kita harus berusaha untuk mengubah diri sendiri…
Semoga aku diberi kekuatan dan Istiqamah dalam penghijarahan ku Ya Allah…
#saya nak mintak share artikel ni kat blog saya boleh?
Boleh.. semoga bermanfaat.. :)
Teramatlah benar… berubah, tak semestingan beransur2. tak semestinya secara mendadak…
(btw, nape sy x leh comment di shout box?)
erm.. tak boleh comment di shout box?
sy setuju istiqamah itu lagi sukar…
semoga Allah berikan kekuatan :)
Insyaallah.. :)
mintak izin nak copy :)
Silakan..semoga bermanfaat.. :)
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan diri dia sendiri yang mengubahnya.. dan terpulang pada dia sama ada nak berubah ke arah +ve atat -ve
Disinilah letaknya keunikan pintu hati. Pintu hati kita seperti pintu hotel, tombolnya didalam. Orang lain sekadar boleh mengetuknya sahaja tetapi pintunya perlu dibuka dari dalam..:)
sebak di hati membaca entry ni. naz pun ada keinginan nak berubah, cuma ntah…kadang2 hati tak cukup kuat.
Alhamdulillah jika hati kita ada keinginan untuk berubah untuk menjadi lebih baik. Mohonlah kepada Allah. Jangan kita sandarkan harapan kita kepada sesiapa saja selain Allah. Jika ada yang ingin menolong, ucapkan Alhamdulillah namun jangan kita terlalu berharap hingga perubahan kita terhenti jika pertologan itu terhenti. Bergantunglah hanya pada Allah SWT. Berdoalah agar kita akan sentiasa teguh melangkah menuju redhaNya.. :)