Bila Kita Ditakdirkan Untuk Berkulit Gelap

Berkulit Gelap

Berkulit gelap itu juga indah | Black Bird by ~ Du Pipkin

Saya seorang gadis yang dikurniakan kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik.

Semua orang memanggil saya “Si Hitam” termasuk guru-guru saya.

Saya akui, kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik telah menjadi suatu bahan hinaan kepada saya. Itulah yang membuatkan saya berasa amat sedih..

 

Hinakah Bila Berkulit Gelap?

Kulit hitam bukanlah aib.

Di dunia ini, ramai sekali orang yang tidak mempunyai perasaan yang sama sekali dan selalu menyakiti orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan telinga.

Dalam situasi ini, kita juga harus ingat bahawa kadang-kadang ada sebahagian orang yang tidak bermaksud untuk menyinggung, tetapi ada juga memang sengaja hendak menyakiti hati kita.

Terhadap orang yang sebegini, kita tidak perlu untuk menghiraukan hinaannya, serta tidak memberi kesempatan kepadanya untuk menyakiti dan melukai hati kita.

Inilah satu-satunya cara untuk melawan dan mencegahnya agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Jika kita tidak sama sekali menghiraukan ejekannya, maka dia akan merasakan tidak mampu lagi untuk memancing emosi kita.

Dan ini pastinya sudah menjadi kemenangan tersendiri bagi kita.

Selama orang yang kalah masih boleh tersenyum, maka pihak yang menang tidak akan merasakan nikmatnya kemenangan!

Setiap gadis hendaklah merasa bangga kerana telah diciptakan sebagai seorang manusia yang banyak mendapat nikmat dalam hidup ini, dan tidak perlu malu atas ciri-ciri fizikal yang dia miliki.

Yang perlu membuatkan kita merasa malu adalah akhlak yang tidak baik.

 

Berkulit Gelap Itu Tidak Sempurna?

No body’s perfect, tiada orang yang sempurna.

Tidak diragukan lagi, seandainya kita disuruh memilih antara gelapnya kulit dengan gelapnya hati, kita akan memilih yang pertama.

Tiada orang yang tidak cantik di dunia ini.

Semuanya cantik-cantik.

Pilihlah baju yang berwarna tenang dan cerah. Selalulah melemparkan senyuman kepada orang lain.

Berbahagialah dengan kecantikan fizikal dan roh yang telah dianugerahkan Allah kepada kita.

Ingatlah, orang yang cacat sebenarnya adalah hanya terdapat pada diri mereka yang suka melukai perasaan orang lain.

Dan orang-orang seperti mereka tidak layak mendapat perhatian daripada kita.

Sebaliknya kita harus bersyukur kepada Allah kerana tidak dimasukkan ke dalam golongan orang seperti mereka.

Berkulit gelap dan tidak cantik. Hal yang tidak indah?

Kebanyakkan manusia selalu melupan hal terindah yang mereka miliki dan hanya memperhatikan kekurangan dalam diri mereka.

Tidak ada orang yang mampu mendapatkan semua yang diingininya.

Berbahagialah dengan apa yang dimiliki dan berjuanglah sekuat tenaga menambah kebahagiaan itu.

Jangan hiraukan mereka yang selalu melemahkan semangat dan memberi mereka ruang mengisi hidup kita.

Hidup ini terlalu singkat.

Carilah kebahagian, keindahan serta kecantikan hati dan tubuh. Yakinlah bahawa kita mampu mendapatka semua itu!

Adakah anda malu dan kesal dengan kulit anda yang gelap?

Apakah perasaan anda? Bagaimana anda merawat hati anda?

Harap dapat berkongsi dengan saya.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

66 thoughts on “Bila Kita Ditakdirkan Untuk Berkulit Gelap”

  1. Hidup orang berkulit gelap memang hina eh ? …orang selalu cakap biar orang menghina as long as kita ade keluarga yang memahami ..BULLSHIT …Emak aku abang abang aku kawan kawan aku cikgu cikgu aku sedara mara aku semua bahan kan aku sebab aku sorang je hitam antara diorang semua tapi aku tetap optimis seperti allah boleh tarim allah boleh tarik balik …aku yakin allah akan bagi balik klau aku usaha tapi dah 5 tahun berlalu since aku berusaha but nothing happen dan day by day hingga ke harini aku masih tetap kena hiba macam macam ..bila dalam foto keluarga aku sorang hitam bila dalam foto kelas aku sorang hitam …klau bunuh diri x haram aku rasa dah lama aku buat ….aku cuma nak ketenangan aku cuma nak putih sebab aku xnak kena hina aku cuma nak confident level aku sebab aku suka bercakap like presentation camtu tapi everytime aku present aku yakin tapi bila cg tangkap gambat and tunjuk gambar aku yg hitam nya …aku jadi down dan menyesal present…cg aku siap bahan aku india bagai….kawan sekolah siap bahan aku macam macam …aku kadang kadang suka buat ape aku suka buat like menyanyi tapi mesti akan ade orang akan ckp diam la hitam hmmm sumpah aky down …nape orang hitam di dunia ni hanya dapat kesakitan dan orang ade paras rupa selalu dapat ape dia nak….aku cuma nak berubah aku nak life yang lebih baik …..entah la rasa cam bunuh diri ialah penyelesaian terbaik hmmmm …thanks for dengar bye ?

    Reply
    • Xpe awak teruskan smngt..saya faham semua tu..saya pun melalui jugak..bnyak bnda yg kita nk buat sebenarnya kan..but becoz of this kita rasa trbats..like awak ckp..awak suka present ..saya pun suka tpi bila org pndang kita mcm xde harga diri…Ya Allah rasa mcam nak rebah kat situ..be strong..inshaaAllah ada bhgia kita nnti

      Reply
  2. Saya selalu dihina oleh budk2 lelaki.. Dorg selalu ejek saya ni negro sbb saya ni berkulit gelap..selalu terlintas dlm fikiran..hina sngt ke org yg kulit gelap ni? Knp org berkulit gelap ni selalu dihina? Sbb x lawa? Semua tu sntiasa terlintas dlm fikiran..smpai saya rasa benci kt dorg sbb buat saya malu dgm rakan2 yg brkulit putih ?

    Reply
    • Sama seperti saya…saya juga rasa perkara yang sama sometimes rasa mcm nak bunuh diri jaaa….sbb diejek oleh orang …saya sampai kena reject dgn crush sbb x cantik and hitam …ADAKAH ORANG BERKULIT HITAM NI TAK BERHAK BAHAGIA….?kami cuma nak jadi MCM orang lain jaa….tapi tu pn x blhh… sedihh hidup ?

      Reply
      • Ya ..sama ..sy pun pernah direject oleh crush katanya sdh ada calon namun smpai sekrang sy yakin dia masih seorg..saya terfikir kalaulah saya bukan yg confess kpdnya ttpi org yg cntik dan comel..meski dia trma tnpa memberithu tipu daya mcm ni

        Reply
  3. Assalamualaikum Saya Adalah Salah Satu Siswi SMP , Saya Masih Kelas 7 Dan Sekarang Saya Mengalami Masa Puber , Masa Puber Saya Sungguh Sulit , Saya Malu Dengan Kulit Hitam Saya , Saya Malu Dengan Gigi Yg Kuning Dan Tidak Rapih , Saya Juga Malu Dengan Rambut Kriting Saya , Saya Selalu Menangis Sebelum Tidur Karna Memikirkan Penampilan Saya , TemanTeman Saya SemuaNya CantikCantik Kulit Putih , Gigi Yg Putih Dan Rapih , Dan Rambut Yg Lurus . Jadi Saya Sangat Terlihat Paling Jelek Diantara Teman Saya . Apa Yg Harus Saya Lakukan ?

    Reply
    • Bolehkah saya mengenal kamu saya bisa menerima kamu apa adanya ini no saya 082351003359 salam berteman kawanku

      Reply
  4. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah ada juga kulit walaupun gelap, bebas dari penyakit kronik walaupun malap, rezeki tidak pernah putus walau mereka di luar sana katakan padaku tua sebelum usia, ada juga yang kata aku sudah beranak 2..Walau hakikatnya aku tidak pernah bernikah malah belum punya teman lelaki. Aku bersyukur hidupku aman, bebas dari belenggu hutang, bebas dari sebarang ancaman. Aku bahagia bersama keluarga tersayang.. Aku terima seadanya ketentuan Allah. Kerana kulit aku yang gelap ini Allah kurniakan suara yang kuat dan lantang. Inilah kelebihan yang dimiliki aku sahaja. Aku selalu terpilih dalam berbagai acara syarahan dan debat, tilawah dan hafazan. Pasti, yakinlah… Tiap kekurangan Allah takdirkan bersamanya kelebihan yang sempurna. Carilah kelebihan itu. Kau akan bahagia dan gembira.

    Reply
    • Alhamdulillah positifnya kamu…saya ingin mencari kelebihan itu..smpai sekarang hanya kelemahan yg saya temui..doakan saya..semoga semuanya baik2 saja

      Reply
      • InsyaAllah.. Pasti ada… Tanyalah pada ahli keluarga dan rakan-rakan. Mereka lebih mengenali diri saudara

        Reply
  5. saya sering diejek karena kulit saya gelap, karena menurut mereka kulit gelap yang kita punya tidak cantik dan kurang bersih, bagi mereka cuma kulit putih yang menandakan bahwa ia orang yang bersih dan suci.
    fine, saya terima pernyataan itu, tapi saya bilang pada mereka “mudah-mudahan hati saya tidak sekotor kulit yang kalian anggap kurang bersih ini”

    Reply
    • Sabarlah kak jgn layan sngat org mcm tu yg penting hati kita tidak sebusuk sekotor hati mereka orang kan selalu cakap Tuhan tidak menilai kita dari rupa tapi dari hati kita.

      Reply
  6. Zaman sekolah rendah dan menengah memang ada kawan-kawan yg ejek saya berkulit gelap. Tapi bila masuk uni, saya usaha untuk membina keyakinan diri. Walaupun ketika belajar di uni tak la pandai sangat, tapi saya elakkan untuk merasa rendah diri dengan penampilan fizikal yg berkulit gelap dan rakan-rakan disekeliling pun tidak ada yang memperlekehkan warna kulit saya. Selepas tamat belajar, alhamdulillah saya dapat kerja dan terus berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri. Pada pendapat saya, keyakinan diri sangat membantu penampilan anda walaupun anda berkulit gelap atau putih. Jangan terlalu memikirkan ejekan orang lain. Sayangilah diri anda seadanya dan nikmati rezeki yg Allah kurniakan kepada kita. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Stay positive dan tidurlah dengan tenang ?

    Reply
  7. Mak sendiri yg cakap, saya hitam. Dia yg beriye bgtau org lain, anak aku hitam. Laki kulit hitam xpe, pmpuan kulit hitam, habis diejek.

    Reply
  8. Hdup di dunia mmng perlu rupa paras cntik brulah bhagia tu dtang.disbbkan aku d cipta hdoh aku jdi bgini.hati ak hancurrrr hidup ak musnah…aku buat baik,aku jugalah dperslhkan,aptah lgi buat jhat…keluarga aku,cikgu,kwan2 sedara mara,semua ktuk akuu.disebabkan ak hdoh…..klau dh hdoh buat baik pun orng dh xnampak..btullah klau dh hdoh mmng sesuai dgan bodoh kannnn .nasib bdang la hodoh…..hati ak skit ,ari2 dihina,,pegi mna2 pun termsklah msjid pun aku ttp dihina…depan diorang aku buat relax jee tpi diblakang stiap ari air mta aku mgalirr…aku xtau ap lgi nak buat????smpai ak berdoa kt allah agar pendeklh nyawa ku,aku xkuat nk truskan hidup bgini..smpai ad suatu ari aku nk bnuh diri lagi2 bila tiba raya tgok orng lain smuanya gembira bhagia tpi aku kesdihan trus melanda… biarpun orng ckp allah nk uji msti ad hikmah disbalik yg berlaku…ckp mmng snang bb korang cntik,yg kena hdap aku..sampai aku berfikir allah sgaja buat hidup ak musnah bgini ..utung la korang diluar sna yg cntik handsome hidp korng perfect..tpi aku nk bhagia pun xdpt… ad suatu ari ak bermimpi aku dpt pegang tgan ibuku alakah bhagia ye aku msa tuu xtau nk kta apa, tpi ia hnya skdar mimpi, sedar mimpi air mataku trus megalir..tu bru mimpi alakah bhagia ye aku klau real…wlaupun mimpi tu skjap jee tpi ia ckup bermakna bgikuu..dpt jga rsa bagia msa tuu wlaupun skejap…..bersyukur la korang yg cntik handsome tuu…korang blh rasa nikmat hdup didunia bertapa bahagia ye allah cipta tpi aku ari2 pedih nk truskan hidup……disbbkan itulah hdup ak trus musnah mkin lama mkin jahil aku,dlm kpala aku, baik aku buat jhat drpda buat baik.buat baik pun xde guna klau hdup ak trus bgini..aku akui hidup ak dh mcm setan skrng…..aku didunia pun dh gagal aptah lgi di akirat . .mmng neraka la tpat ku….yg cntik hndsonme hidp mcm dlm syurga tpi yg hdoh mcm ak ni mcm dlm neraka..smpai aku hlang kpercyaan t….mmng ak ditadirkan hdup bgini..kecantikkan rupa paras bkan skadar ujian …….kpda korang diluar sana ak minta maaf klau ad buat salah…. salam trakhir buat kuu..

    Reply
  9. Saya pun berkulit gelap. Dari kecil lagi saya selalu dapat macam macam ejekan dari kawan kawan. Dulu masa sekolah rendah, setiap kali deepavali, classmates saya mesti wish happy deepavali dekat saya. Saya rasa nak nangis, tapi saya tahan. Setiap tahun mesti ada yang wish happy deepavali. Budak lelaki selalu mengejek saya gerhana gerhana. Sebab kulit saya yang gelap. Ada jugak yang panggil saya dayang senandung, time tu, cerita ni famous kat tv. Saya sedih. Tiap hari, tiap malam saya tanya, kenapa perempuan lain semua cantik cantik, kenapa saya je yang tak cantik?. Then bila dah besar, saya minat makeup. Saya perasan, bila saya tak makeup, layanan orang terhadap saya lain, cold je. Bila saya makeup, diaorg layan baik. Padahal, bila saya makeup, saya still tak cantik. Saya still gelap. Orang selalu kata saya makeup sebab nak nampak cantik. Tapi tak, saya buat sebab saya suka, tu minat saya. Dari kecil saya suka main makeup makeup. Cuma yelah kecik lagi kan. Dah besar ni, saya perasan, layanan orang lain kat perempuan yg berkulit gelap ni lain sangat. Saya sakit setiap hari, jadi diri saya. Tapi apa pun, saya selalu remind myself, saya hidup ni bukan untuk please sesiapa. Saya hidup ni untuk saya juga. So buat je apa yang saya nak. Makian, ejekan, hinaan orang terhadap luaran saya, bukan lah pengukur hidup saya. Saya sedar, saya tak cantik. Saya tak perfect. Saya bukan mcm perempuan lain. Tapi Iv learnt to love myself more. Kepada yang selalu mengutuk appearance orang tu, stop lah. Terlalu banyak kesakitan diaorg. Terlalu banyak yang mereka kena hadapi. For those perempuan yang berkulit gelap macam saya jugak, cheer up okay. Jangan terlalu fikir sangat kata kata hinaan orang terhadap awak. You worth more than that ❤

    Reply
  10. Say seorang gadis berkulit gelap. Bukan sahaja dilahirkan berkulit gelap, saya juga digelar jongang disebabkan kedudukan gigi saya yang tersasar kedepan. Saya merupakan anak keempat dalam lima adik beradik dan saya ialah satu satunya anak perempuan. Dari kecil orang ejek saya “bontot kuali” , “hitam” lepastu buat gigi diorang kedepan. Saya sedih sangat sangat. Tapi mujur ibu saya ada bagi support kat saya. Ibu kata jangan peduli dekat orang lain yang ejek kita. Biar muka kita tak menarik, jangan akhlak kita buruk. Saya pegang kata kata ibu saya. Tapi, bila start masuk tingkatan 5, budak lelaki kelas sebelah start ejek saya belakang belakang. Diorang ejek “braces” kat saya. Diorang kata “nanti birthday kau aku bagi braces ye”. Pada mulanya saya just gelak gelak sebab ingatkan benda tu bahan jenaka. So saya pun layankan jelah. Tapi lama lama dia start menjadi jadi. Dia panggil braces kuat kuat. Saya rasa macam benda tu melampau so saya diam kan jelah. Lagi satu, saya berkawan dengan kawan kawan yang lawa , cantik putih. Bila dicompare kan saya dengan mereka, saya ni boleh dikatakan dalam tahap yang paling bawah. Bila jalan sama sama nampak sangat saya yang paling gelap kat situ. Abang no 3 saya lagi putih dari saya. Saya rasa malu sebab saya anak perempuan but at the same time, saya lagi gelap dari abang saya. Saya tak boleh tahan. Hari hari saya rasa depressed. Saya menangis most of the time. Disebabkan ejekan tu, saya mula rasa benci kat semua orang. Saya selalu tak datang sekolah sebab saya takut orang ejek saya. Saya rasa dah macam tanak belajar sebab nanti kalau saya belajar masuk u , lagi ramai manusia yang bersikap pilih rupa. Saya takut disisihkan. Saya pernah nak rasa bunuh diri tapi bila teringatkan amalan saya didunia hanyalah sebesar molekul air, saya stop. Memanglah mula mula saya selalu motivate diri sendiri. Saya selalu kata pada diri saya, “takpe nanti bila aku dah kaya, aku cantiklah. Masa tu orang orang yang pernah ejek aku, caci aku mesti akan tergamam punya,” Setiap kali anxiety datang mengetuk hati saya, saya akan pujuk hati saya dengan perkataan itu. But that doesn’t make any difference. Benda tu tak membuahkan hasil pun sampailah sekarang. Saya jadi seorang yang negative thinking. Saya jadi seorang yang insecure. Saya jadi orang yang benci pada orang lain.

    Reply
  11. Saya anak kedua dari Lima org adik beradik n Saya sorg je kulit hitam ikut ayah yg lain smua putih ikut mak.tp sbb sy anak perempuan, dari kecik sy rasa tersisih. Diejek oleh abang sendiri. Di panggil hitam. Sbb perasaan dari kecik tu sy selalu rasa insecure, sensitive Dan malu jumpa org. Dr kecik sy ingat sy Ni anak angkat. Perasaan Ni terbawak sampai besar. Salahnya Kat sini x de org yg notice masalah emosi sy. Sedih sbb org luar x prnah tegur kulit sy tp keluarga sendiri bg sy rasa insecure ngn kulit sy. Bila makin bsar sy try positive kan diri, tanam rasa sayang ngn anugerah Allah bg, sbb….

    Reply
  12. Biase la tu.. Aku pun dlm golongan kulit hitam manis.. Ms kecik2 dulu sedara mara pggil pak itam sbb muke aku ni iras mamak sedangkan dlm keluarga xde pun keturunan mamak atau India.. Tp tu la… Nk bt mcm ne.. Dah ni ciptaan Allah.. Kite kene bersyukur.. Alhamdulillah.. Aku rmai kwn… Kwn2 baik x penah kutuk psl muke aku ni.. Jaga hati kot… Cume ms sekolah tu je yg x best… Mulut cikgu2 yg acah2 mulia dan cantik.. Name je cikgu.. Tp selamba je ckp kuat2 dpn pelajar lain ckp aku ni mcm india la.. Keturunan mamak la.. Lps tu gelak2… Gurau bodoh seorg guru… Rmai ckgu suke pelajar yg hensem dan putih.. Ko pndai mcm mane pun susah nk amik hati cikgu ni.. Tp xpe… Pegi lantak.. Bnde dah lepas… Tp ms belajar diploma paling pelik.. Ade pro and con… Rmai pulak awek2 yg sng je aku usya.. Bole ajak tgk wyg.. Bole kuar date.. Tp geng2 laki mulut puaka x ilang… Kutuk itam la.. India la.. Peduli ape.. At last skang aku kawin bini aku mcm cina.. Putih melepak… Anak2 pun alhamdulillah sihat dan hensem… Aku dah x pedulikn org nk tanye aku ni keturunan india ke mamak ke.. Aku senyum je… Ckp je dah mmg mcm ni sejak lahir… Keluarga pun semua melayu… Xtau la klau2 mak terkenan india ke ms mengandungkn aku… Lahir tgh mlm gelap… Hahahaa… Xpe la… Alhamdulillah… Wlaupun kdg2 diusik dan digurau nmpak gigi je la,x nmpak la, anak india la… Xpe la.. Mulut org… Pandangan org… Dosa pahala tuhan yg tentukan… Yg penting bersyukur selalu dan igt Allah tu maha adil…

    Reply
  13. Bukan nya saya x bersyukur,
    Byk kali saya cuba tabahkan hati, dgn bercakap x pe, Allah jadikan aku seorang lelaki bergini (gelap n rupa yg x menawan pakage dgn susunan gigi sy yg x teratur, senang ckp buruk) mesti ad hikmah, n kadang boleh lah juga lawan perasaan sedih tu.
    Tp itulah,manusia kat luar sana tu bermacam2 kan. Penginaan,penindasan,pemulauan,bahan ejekan dari sy sekolah rendah sehingga saya sambung degree sy kena.
    Pernah juga sy dpt cikgu yg pilih kasih.
    Walau pun saya selalu perform subject tu (bukan nk menunjuk ye ????).
    Tp cikgu tu hanya pandang murid2 yg dia suka sahaja n semuanya yg ad paras rupa.
    Even saya dpat A subject dia masa UPSR pun dia just ckp tahniah gitu ja, tp murid yg dia syg dpt hadiah itu,ini.
    Pernah juga sy kena masa dia asrama direct hit lah jugak.
    Budak tu ckp
    “Weh jijik seh aku mkn depan kau,hilang selera aku”.
    Pemulauan x yah ckp lah, hmpir satu asrama pikir sy ni budak lembab sbb muka sy.
    Sy ingat benda ni berakhir zaman sekolah ja.
    Masuk U pun kena,hadoi….
    masa tu saya diploma.
    Kwn2(mereka ad rupa n putih) sekelas sy penah jadikan rupa n wrna kulit sy bahan ejekan di twiter, n ramai yg lain(follower mereka) pun komen menghina sy.
    Berjurai lah juga air mata ni bila sy baca.
    Yg sakit hati bika assignment x siap cari kita pulak,dasar tul.
    Pernah sy kena
    “Org mcm kau ni boleh ke ada makwe yg nak”.
    “Apa kau pandang,dah lah hodoh”.
    Dll lagi lah.
    Kalau nk cerita panjang lagi rasa bentuk2 pehinaan yg sy kena.

    Kadang timbul cemburu pd org yg ad rupa kulit cerah hensem n cantik.
    Tp bila sy bercerita pd kawan2 baik sy yg lain,dia org selalu ckp ala org x pndng rupa pndng hati,amal kita etc, x yah pikir sgt.
    Dia org ckp senang lah dia org cntik,hensem,comel,gigi sempurna dah cukup dah, xperlu risau org hina n buat dia mcm2.
    Sy ni yg menggalasnye. Agak2???
    Tp tulah hakikat nye.
    Kadang sy malu mcm fobia sgt nk bersua ngan org,nk senyum n ketawa dpn org, kadang ketawa sy tutup ja mulut,mkn pun sy akan tutup mulut sebb risau org akan jijik bila mkn dpn sy, terutama org yg sy baru kenal.

    Tp x lah lah semua org kulit putih n ad rupa hina sy,ad gak yg org nye gelab sikit dari sy, n sy confident lah sy ni hensem sikit dari dia.
    Tu pun hina sy gak.
    Dasar x sedar diri.
    Mcm sy ckp td atas manusia kan.

    Tp tulah sejarah sy sikit, kalau ingat balik sakit tu Allah ja yg tahu,mata ni kadang naik bengkak ngis.
    Tp sy tetap kuatkan hati,sy join ja byk2 program motivasi sama af sy jd pesrta or sy jd PIC tuk ckp or handle slot tu.
    Semuanya sbb nk naik kan confiden sy,sbb bagi sy biar lah rupa ni org nk ckp ap, tp yg penting apa yg sy lakukan perform n berjaya.
    Well,kadang selalu gak down pikir ap yg org ckp pasal fizikal sy.
    Sedih tu memang sedih tup2 speasis hati kapas mcm saya ni senang sgt2 terasa n terharu.
    Even sy baca komen2 yg lain d bwh pun sy ngis..
    So tabahkan lah hati,kuat kan iman.
    Ni teguran tuk diri sendiri gak.
    Sbb kdg iman sy pun lemah.

    Yg paling penting kalau diri kita rasa kesorangan Allah itu ad kan..
    ????????????????

    Reply
    • Sabar aja, selalu kerja keras dan buktikan kalau kau yang terbaik, suatu saat mereka akan sedar kalau kau tidak seburuk apa yang mereka katakan kerana balas dendam terbaik adalah dengan menjadi yang lebih berjaya berbanding mereka
      Tunjukkan pada mereka dan jangan patah semangat????????

      Reply
  14. Kebanyakan orang yang berkulit hitam itu kena ejekan sama orang yang berkulit putih kenapa ya kok bisa gitu saya sering banget ngalaminya sampe2 sering nangis saya ketika ejek.

    Reply
  15. Kulit aku je gelap but muka aku boleh tahn jugalah.. Sapa yang tak pernah kena ejek kan? Aku rasa nk hilang dari radar je when dia orang semua ckp aq blacky…time tu aq pakai bedak p sekolah… Aku thn je air mata aq… Aq TRY and TRY to tidak menghiraukan apa diaorang ckp… Someone day aku dh tak hiraukan ejekan,tak pakai bedak… Alhamdullilah lega hati sbb ejekan semakin kurang… No body is perfect !

    Reply
  16. Memang orang yang berkulit galap sering mendapat hinaan dari mereka yang berkulit putih,,,namun itulah yang seharusnya mampu membuat kita menjadi hamba allah yang tegar dan bersyukur dengan apa yang sudah allah berikan karna sesungguhnya wanita berkulit putih yang terlihat cantik di mata mereka belum tentu juga terlihat cantik di mata allah .

    Reply

Leave a Comment