Berkulit gelap itu juga indah | Black Bird by ~ Du Pipkin
Saya seorang gadis yang dikurniakan kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik.
Semua orang memanggil saya “Si Hitam” termasuk guru-guru saya.
Saya akui, kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik telah menjadi suatu bahan hinaan kepada saya. Itulah yang membuatkan saya berasa amat sedih..
Hinakah Bila Berkulit Gelap?
Kulit hitam bukanlah aib.
Di dunia ini, ramai sekali orang yang tidak mempunyai perasaan yang sama sekali dan selalu menyakiti orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan telinga.
Dalam situasi ini, kita juga harus ingat bahawa kadang-kadang ada sebahagian orang yang tidak bermaksud untuk menyinggung, tetapi ada juga memang sengaja hendak menyakiti hati kita.
Terhadap orang yang sebegini, kita tidak perlu untuk menghiraukan hinaannya, serta tidak memberi kesempatan kepadanya untuk menyakiti dan melukai hati kita.
Inilah satu-satunya cara untuk melawan dan mencegahnya agar tidak mengulangi perbuatan itu.
Jika kita tidak sama sekali menghiraukan ejekannya, maka dia akan merasakan tidak mampu lagi untuk memancing emosi kita.
Dan ini pastinya sudah menjadi kemenangan tersendiri bagi kita.
Selama orang yang kalah masih boleh tersenyum, maka pihak yang menang tidak akan merasakan nikmatnya kemenangan!
Setiap gadis hendaklah merasa bangga kerana telah diciptakan sebagai seorang manusia yang banyak mendapat nikmat dalam hidup ini, dan tidak perlu malu atas ciri-ciri fizikal yang dia miliki.
Yang perlu membuatkan kita merasa malu adalah akhlak yang tidak baik.
Berkulit Gelap Itu Tidak Sempurna?
No body’s perfect, tiada orang yang sempurna.
Tidak diragukan lagi, seandainya kita disuruh memilih antara gelapnya kulit dengan gelapnya hati, kita akan memilih yang pertama.
Tiada orang yang tidak cantik di dunia ini.
Semuanya cantik-cantik.
Pilihlah baju yang berwarna tenang dan cerah. Selalulah melemparkan senyuman kepada orang lain.
Berbahagialah dengan kecantikan fizikal dan roh yang telah dianugerahkan Allah kepada kita.
Ingatlah, orang yang cacat sebenarnya adalah hanya terdapat pada diri mereka yang suka melukai perasaan orang lain.
Dan orang-orang seperti mereka tidak layak mendapat perhatian daripada kita.
Sebaliknya kita harus bersyukur kepada Allah kerana tidak dimasukkan ke dalam golongan orang seperti mereka.
Berkulit gelap dan tidak cantik. Hal yang tidak indah?
Kebanyakkan manusia selalu melupan hal terindah yang mereka miliki dan hanya memperhatikan kekurangan dalam diri mereka.
Tidak ada orang yang mampu mendapatkan semua yang diingininya.
Berbahagialah dengan apa yang dimiliki dan berjuanglah sekuat tenaga menambah kebahagiaan itu.
Jangan hiraukan mereka yang selalu melemahkan semangat dan memberi mereka ruang mengisi hidup kita.
Hidup ini terlalu singkat.
Carilah kebahagian, keindahan serta kecantikan hati dan tubuh. Yakinlah bahawa kita mampu mendapatka semua itu!
Adakah anda malu dan kesal dengan kulit anda yang gelap?
Apakah perasaan anda? Bagaimana anda merawat hati anda?
Harap dapat berkongsi dengan saya.

satu lagi,tolong..tolong buat mindset yang mengatakan hitam itu tidak cantik..dan putih itu cantik..itu kefahaman yang salah..cantik seseorg tu bkn berdasarkan kaler kulit dia..tapi berdasarkan mata org yg tgk dia..kalau kau kulit putih pn,tpi tuhan campakkan dlm hati org tu,dia tengok kau nampak biasa je.xda feel apa pn…tpi kalau kau kulit gelap,n tuhan campakkan pada mata n hati dia,dia nampak kau cantik n mnyerlah sgt..mesti korang pernah alami situasi ni kn..tgk gmbar yg sama,ada yg kata cantik,tpi kau rasa mcm biasa..dan ada yg kata biasa,kau rasa cntik..so setiap muka org x sama..ada yg kulit putih memang sesuai dgn dia..tpi ada org yg kulit gelap lagi sesuai dgn dia..masyrakat kena diubah mindset yg menganggap gelap itu mesti tak cantik..ni tak,terkejar2 semua org nak jadi putih..padahal muka tu tuhan dh jadikan elok dh..kalau kau gelap kau lagi cantik sebab terserlah kecantikan tu..so pesanan aku,cintailah diri korang,kaler kulit korang..sebab sebenarnya mata org yg tgk kau je yg tahu kau cntik ke tidak..bkn terletak pada mata kau sndiri yg tgk kekurangan diri tu.
Reinkarnasi itu memang ada dan hukum karma itu adil,,, dan anda adalah orang yang menjalani reinkarnasi…. dan selamat,, anda telah memahami tingkat kesadaran pertama.. yaitu iri,, anda iri pada mereka yang berkulit putih,,, seharusnya anda bersyukur telah diberikan pintu kesadaran, supaya anda mampu memahami arti hidup yang sesungguhnya,,, saat ini anda terlahir berkulit gelap bukan tanpa alasan,, bisa jadi anda sedang menjalani karma anda karena kehidupan sebelumnya anda tidak menjalani kehidupan pada tingkat kesadaran dan akhirnya harus menjalani kehidupan yang sekarang agar anda bisa mencapai kesadaran,,, teruslah memahami diri anda, biarkan rasa iri menuntun anda pada tingkat kesadaran yang lebih tinggi,,, jangan iri pada mereka yang terlahir putih,,, karma itu adil,,, mungkin mereka adalah jiwa baru yang menjalani kehidupan pertamannya…atau bisa juga adalah jiwa2x yang telah mendapatkan ganjaran atas karma baiknya dikehidupan terdahulu… hidup ini sama seperti artis yang memainkan peran, anda adalah jiwa yang tengah memainkan peran sebagai badan yang disebut badan anda sendiri… jika tak bisa memainkan peran berarti anda masih awam dan akan menjalani kehidupan karma terus menerus… jika anda mampu menjalani dengan semangat dan penuh kebaikan anda pasti akan damai dan bahagia beserta orang2x disekitar anda ikut didalamnya… saya bukan biksu atau orang yang mempengaruhi orang lain,, saya hanya mangajak sebagai manusia agar semangat menjalani hidup dari sel2x terkecil demi kebaikan manusia… sekali lagi selamat untuk anada karena telah mencapai kesadaran pertama dalam menjalani hidup,,
bersyukurlah.Allah memilih kita utk diuji kerana Dia menyayangi hambanya.
Hmmm….manusia biasalah kalau kita kulit gelap mesti dikatan india lah mcm2…tahulah kulit dia org putih melepak tp x yah lah nk kutuk yg kulit gelap ni….try bygkan first impression manusia bila tgk org kulit gelap mesti dia org ckp mcm gengster….saya kadang2 sedih gak tp saya mind set pikir yg positive jeee…cuba bygkan kenapa kulit kita gelap? Pasti ada hikmah kan? Hah nak share kelebihan kulit gelap ni…guys kulit kita yg gelap ni sbb ada sel lain di atas kulit kita and it’s important utk elakkan kita dr kena kanser kulit….so x yah lah mkn produk putihkan kulit tu….korang mkn untk putih niat sbb apa ?mesti niat nak cantik and dipandang oleh masyarakat kan? Tgk niat dah salah…hmmm biarkan mulut org sbb kita x leh nk wak apa2 hanya Allah je yg mampu bls semua ucapan dan cacian seseorang….ingat manusia yg sabar ni Allah angkat darjat dia kat akhirat tau….so keep calm guys
Saya terpikat gadis berkulit gelap. Kenapa ramai orang cemburukan gadis berkulit gelap? Saya lelaki berkulit putih tapi tak diminati oleh gadis berkulit gelap walaupun telah berusaha.
susah nak jumpa lelaki berkulit putih berminat dengan perempuan yang berkulit gelap.
Hahha..jarang nk jumpa lelaki sejenis awak ni ..mostly sebaliknya..satu dlm seribu
“Woi itam”…”makcik ingatkan india”…. “ko ni peranakan ke”… tu lah antara ayat yg biase aku kene… aku pun pelik gak… mak ayah aku melayu sejati…adik beradik putih dan sawo matang… aku ni itam…lps tu muke ade iras2 mamak/india… klau yg x kenal, mesti serba salah nk bg salam… mmg aku x kisah sgt pun…dah muke aku mcm ni…xkn nk ubah kot… kdg2 terfikir smpai tahap aku ni anak angkat ke… hahaha… xpe lah… yg suke menghina tu sbb die x kenal kite… mane2 yg kenal dan suke menghina kite,sabar lah ye… dah lumrah manusia… kulit putih dipandang cantik dan bersih…kulit itam dihina dan nmpak buruk…. itulah ujian yg Allah bg kt kite…. hadapi ujian ni dgn tabah dan tenang… rmai lg insan yg x bernasib baik… bersyukurlah…. inshaallah semuanya ok ;)
Saya setuju tu piteri balqis.sy jugk brkulit gelap kwn2 disekeliling sy semua brkulit cerah n cantik.kwn selalu mengeluh(gelisah takut) katanya bukan senag nk jd golongan brkulit cerah.bayak dugaan.terutamanya pd pandangan org2 di sekeli2ng kita.contohnya pndgan lelaki pd permpuan.sekiranya tersilap langkah..jahannamlah
jawabnya.nauzubillah…terima kasih piteri balqis.Insyaallah sy akn sentiasa tanam rasa syukur di dlm hati sy agar Allah bertamabh sayang n senyum bila melihat sy.Subahanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar…
Sama lah.sy pn berkulit gelap jgk.kadang sesetengah MANUSIA ne suka pandang hina pd kita.lontaran kata2 sindiran yg amat2 menyakitkn hati btul2 terkesan.1 perkara kita kena ingat.pandangan Allah pd hambaNYA lebih kpd hati so mengapa nk simpan lama2 kesakitan tu.bukn kah hanya menambah dosa
n automatik rasa syukur i2 akn
hilang.kan kita yg rugi.abaikn je apa
org nk kata…cekalkn hati.Insyaallah
yg buruk2 tu lah sebenarnya
kelihatan unik(pandangan org yg briman)bila kita
menyedarinya.contohnya…ramai llki
xsuka..bukn ke risiko menanggung
dosa i2 kurang.bgtu jgk pd
bahagian2 pd seluruh tubuh
kita.bersebab mengapa Allah dh ciptakan ia sedemikian rupa..sedarlah byk kebaikkannya.sungguhnya
kekurangan i2lah kekuatan untuk
kita sentiasa melakukan perkara2
baik.maaf hanya ingin berkongsi
pengalaman hidup.semoga Allah
sentiasa hadirkan rasa nikmat yg DIA
anugerahkn pd kita semua n
mendapat berkat n rahmat dariNYA.Amin…
Org yg berkulit gelap ne risiko untuk penyakit kulit sangat tipis so ucapkanlah Alhamdulillah…
Saye pun x mintak berkulit gelap, dulu saye oky je x kisah dgn pandangan org tpi bile belajar dkt sklh saye mula kena hina sebab tak cantik mcm dia org. Org yg hina x rase apa tpi saye yg rase sedih menangis mengadu dan tertanya apa dosa saye pada dia, x perlu dia bagitahu sye hitam sye sedar diri..semua perkataan saye pernah kena n kadnag2 rase dunia x adil n tertanya apa hak dia org yg cantik untk menghina saye sedangkan mereka juga ciptaaan allah..kadang bile nak berkawan dgn sklh ramai je yg cari mase.dia org susoh mase dia org senang buat mcm x kenal saye. Dan yg peling menyedihkan kakak sendiri hina dgn panggilan yg menyakitkan sbb saye je dlm keluarga hitam yg lain semua putih termasuk mak dan ayah saye..dan kadang org yg putih ni sombong bila saye senyum dia org buat bodo mcm saye x layak untk senyum kat dia org..apapun ada hikmah allah beri kita kulit hitam sekurangnya kite sedar diri kita siapa n sedar kita x layak duduk dekat org putih..haha..
dizaman yang edan seperti sekarang ini, banyak orang yang menganggap bahwa orang yang berkulit hitam itu tidak sepantasnya hidup! Mereka menghina dan mencemoohkan orang yang hitam dan membanggakan orang yang putih! Manusia tidak ada yang sempurna dan manusia memiliki kekurangan dan kelebihan masing2,,, belum tentu orang yang berkulit putih akan masuk surga? dan belum tentu juga orang yang berkulit hitam itu masuk neraka? Terkadang sifat semacam ini tidak pernah manusia pikirkan sebelumnya!!
Sape xnk kulit putih..putih dikaitkan dgn cantik, normal, bersih.. hitam dikaitkan dgn buruk/hodoh, hina dan kotor… bila seseorg berkulit gelap, pasti mnjadi bahan ketawa kutukan kwn2 sejak zman kanak2,remaja dan dewasa. Bangsa kite melayu ni suke mengaitkan bile berkulit gelap ni mesti disamekan dgn bangsa india, negro..dan kutukan itu mnjadi modal ketawa mereka yg berkulit putih ni.. itulah yg terjadi dan menjadi budaya bangsa kite walaupun kite tau kwn2 yg berkulit gelap ni akan sakit hati, sedih tp bg mereka itu semua gurauan dan jgn ambil hati.. tp tu lah…mudahnya berbicara…dlm hati siapa yg tau kan… ape pun…hadapilah kenyataan dan pedulikan segala hinaan dan kutukan itu..jalani hidup spt biasa kerana ade ramai lagi kwn2 yg menyanjungi dan menyayangi diri kita.. Beranikan diri dan InshaaAllah semuanya akan baik2 sahaja… :)
Betul tu,bagi mereka semua tu gurauan saja tapi mereka tidak fikir jika mereka berada ditempat kita..apa perasaan mereka waktu itu.
Gelap tak semestinya beriman, putih tidak semestinya jalang.
World is unfair but it unfairs to everyone.
From physical views.
Ramai wanita gelap tapi digilai lelaki, ramai juga wanita gelap+gemok+busuk luar+dalam dan dibenci lelaki.
Jgn prejudice terhadap lelaki. Carilah kelemahan diri dan perbaiki ia.
Selama ni sy x penah kisah psl warna kulit sy tp sejak pindah ke satu sekolah, sy dpt rsa layanan berbeza drpd cikgu. Saya slalu cuba tenangkan dri dan bersyukur tp ada masa sy rse sedih sbb manusia mmg pilih kasih. walau sepandai mana sy dlm pelajaran, cikgu xpernah nk hargai.Kwn sy pun sedar alami perkara yg sama. sy cuma harap manusia yg jenis camtu akan sedar bhw kita kena layan semua org sama rata.
sukarnya jadi perempuan yg bkulit gelap. bila dlm kesusahan takde yg nak membantu. cuma di cari bila di perlukan. selalu jd mangsa pilih kasih tak kira majikan or kwn2. sgt sakit hati bila berusaha mencapai impian tp gagal gara2 paras rupa sdgkn si cantik sgt mudah dpt apa yg dia nak. selalu di pandang rendah n tak mampu nk buktikn yg mereka slh sb setiap kali sy juga yg gagal dlm setiap hal.
rasanya hati ni sgt sakit dan putus asa. tahu sy sorang yg kufur nikmat krn slalu bsedih atas ketentuan Allah ni. sugh sy tak mahu jd begini tp sy xmampu utk pujuk hati dn mengikhlaskan diri..
kdg2 air mata jth sdri bila mengenangkn sumenya..adik beradik yg cntik2 gembiranya hidup mrk, kwn2 sgt ceria dn yakin diri. sdgkn sy hanya brada di satu sudut sendiri dlm kglpn.
sy ingin keluar dr semua ni.. xnk di campak ke neraka krn mendustakan nikmat Allah..ape yg mst sy lakukn..
hai. sy faham perasaan awk. kte hny diingat bila org perlukan bantuan kte, dan kte ttp ikhlas nk tolong org lain.mmg sakit hati bila cikgu sy pilih kasih tp sy bertekad utk tnjukkan muka yg cantik xde makna pe2 tanpa ilmu.
Ujian itu kurniaan ALLAH. Brgsiapa yg membenci, samalah dia membenci ketentuan ALLAH. Smoga hati ini menjadi kuat. * peringatan untuk diri sendri*
Perlu belajar bersyukur :)
INSYAALLAH akan bahagia..
pd pendapat sy, setiap yg Allah jadikan tu ada kelebihan dan keistimewaan yg tersendiri, dan sebenarnya, kecantikan itu adalah satu bentuk ujian Allah kepada hambanya. dia harus menjaga akhlaknya, menjaga pandangan nya, menjaga pakaian nya agr tidak lgsung terus menerus dipandang oleh lelaki ajnabi. dan sebenarnya, susah nk kawal bende ni, seriesly, mmg nmpak remeh, tp, klu diri dy yg selalu sgt dipandang dan diingini oleh lelaki, x ke dy yg berdosa, i dont know, but, everyone should be grateful for what ever they have =)
a’ah.. saya bersetuju. memang setiap apa yang Allah jadikan itu ada kebaikan dan keistimewaannya. Kenapa kita diberi hidung yang tidak mancung? kerana mungkin hidung mancung tidak sesuai dengan mata kita yang sepet. Kenapa kita diberikulit yang gelap, kerana itu lebih sesuai dengan wajah kita yang berbentuk bulat.
Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam
“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian” [HR Muslim]
saya pun berkulit gelap. dan saya tidak pernah kesah dengannya. kerana saya mempunyai sahabat2 yang ikhlas bersahabat bukan kerana rupa. tetapi kerana apa? sudah tentu kerana akhlak baik yang ada pada kita…kan??? bila difikirkan tentang jodoh, saya tersenyum. akan ada suatu hari nnti seseorang yang akan menerima saya seadanya. dan orang itulah yang benar2 ikhlas orangnya. yeah!
yup. kita tidak perlu terlalu menjaga imej diri sehingga terpaksa menjadi orang lain. Dan soal jodoh itu soal tuhan yang tentukan. Orang yang bercinta 10 tahun sekali pun belum tentu akan berkahwin dan bahagia..
kulit gelap ke, tak cantik ke. tidak menjadi keutamaan. yang utamanya akhlak. kalu gelap hati pon tak cantik. ini paling rugi. penilaian perlu dibuat pada mata hati bukan pada pandangan mata kasar. Mata kita selalu tertipu. Take note!~ #Berjuang…
Truly, agreed..
Biarlah kita tidak dipandang manusia, asalkan kita dipandang Allah. Ingatlah, setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan..
Sekurg-kurangnya kita tak jadi riya’ dan bongkak dgn rupa paras yg cantik.pernah tak terfikir klau rupa kita cantik,sengaja nk tayang muka depan khalayak.tp,cuba rupa xcantik kita akan topup dgn pekerti yg murni.redhalah dgn ciptaan Allah.Dia lbh tahu apa yg Dia ciptakan!
betul3….bersyukur dngn ap yang ad…jadi diri sendiri adalah yang terbaik….:)