Bagaimana untuk melepaskan kisah silam yang menghantui kehidupan?
Kenapa hati anda masih sakit dan sentiasa kesedihan?
Antara sebabnya adalah kita masih memendam kisah-kisah silam.
Kita akan selalu merasa tertekan, selalu bersedih dan malah menjejaskan kesihatan.
Sebagai manusia biasa, memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan sekelip mata.
Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.
Kita tidak suka perubahan yang berlaku.
Kita rasa sukar untuk menerima takdir. Kita mahukan kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat.
Akhirnya, kita terperangkap dengan fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.
Sebenarnya punca kepada segala kesakitan ini adalah kedegilan kita untuk move on, untuk melupakan perkara-perkara yang telah berlalu.
Hati kita masih berpegang kemas bahawa “masih ada harapan”, kita masih takdir akan berubah dan menjadi seperti apa yang kita harapkan.
Mengapa kita selalu merumitkan kehidupan kita dengan harapan yang tidak berkesudahan ini?
Jadi bagaimana kita boleh melupakan dan melepaskan kisah silam?
Pertama sekali, kita kena sedar bahawa tiada harapan sebenarnya dari kisah terdahulu.
Hidup akan lebih mudah jika kita memahami perkara-perkara ini:
1. Bila kita melepaskan kisah silam, kita membenarkan diri kita untuk menjadi terbaik dengan apa yang kita ada sekarang
Hati tidak akan tenang bila selalu mengenang.
Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman.
Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita.
Benda penting untuk kita bahagia dalam jangka panjang, adalah bergantung kepada kesanggupan kita untuk melupakan apa yang anda harapkan..
.. dan secara ikhlas menerima dan menghargai apa yang Allah telah tetapkan.
Redha tentang semua perkara yang terjadi, dan lakukan apa yang terbaik dengan kehidupan sekarang.
Past is just something we can’t do anything about.
Future, who knows, it could be wonderful. Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita.
Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..
Trust in Allah timing.
Rely on His promises.
2. Dengan melupakan, kita akan membebaskan fikiran kita dari rasa risau yang tidak berkesudahan
Bila kita ‘hilang’ dalam kerisauan, kita akan mudah tersilap menganggap apa yang kita risau itu sebagai sesuatu yang benar.
Apa yang terbaik adalah selalu istigfar dan sentiasa sedarkan hati.
Terima apa yang datang, lepaskan apa yang telah pergi dan yakinlah bahawa perkara yang baik sedang Allah aturkan.
Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.
Memang sesetengah babak dalam kehidupan kita memang akan berakhir tanpa penutup.
But, there’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken.
Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.
3. Bila anda melepaskan kisah silam, kita membenarkan jiwa kita sembuh
Bila ada seseorang membuatkan kita patah hati, memang sangat sukar untuk melaluinya.
Tapi anda akan kembali pulih..
.. dengan syarat anda ikhlas menerima yang telah terjadi dan perlahan-lahan redha dengan apa yang berlaku.
Sebagai contoh, anda mungkin pernah terfikir “mengapa aku pernah jatuh hati pada dia? Sepatutnya aku pernah tak beri secebis pun hati aku padanya!”.
Tapi malangnya pemikiran sebegini tidak akan pernah membantu.
Jika anda tidak pernah, maka semua ini tidak akan terjadi.
Tetapi disini, anda pernah.
Ini adalah realiti.
Mungkin jiwa kita terlalu sakit bila dikhianati.
Tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.
Dan dengan menerima realiti, dan semua yang terjadi, ia adalah sebahagian daripada proses untuk melepaskan dan menjadi lebih matang.
You’re always growing. Experiences don’t stop.
Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.
4. Bila anda melepaskan, maka lebih mudah untuk anda memaafkan diri sendiri
Semua kesilapan dan kebodohan yang pernah kita lakukan selalunya boleh dimaafkan oleh orang lain, kecuali diri kita sendiri.
Penyesalan adalah satu hukuman yang berat dalam kehidupan.
Ia membuatkan hidup kita rasa seperti tidak bermakna dan dihantui rasa bersalah.
Adakah kita mampu memaafkan diri sendiri?
Jawapannya adalah YA.
Kadangkala, anda harus memandang diri anda sendiri di hadapan cermin dan berkata:
‘Semua ini sudah terjadi. Ini adalah teruk. Ini adalah kesilapan yang sangat besar. Tetapi saya telah belajar dari kesilapan ini.. saya telah sedar. Rahmat Allah itu luas dan saya masih ada peluang kedua’
I don’t judge you for what has happened. In life, we all make mistakes.
Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri.
Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua.
Termasuklah kepada diri sendiri.
5. Bila anda melepaskan, anda akan menikmati kejutan demi kejutan dalam kehidupan
Kehidupan adalah penuh dengan kecantikan yang tak terjangka dan kejutan yang menarik.
Dan kadangkala, kehadiran saat yang indah itu menjelma secara tiba-tiba sehingga terlalu hebat untuk ditanggung. Anda tahu bagaimana perasaan tersebut?
Bila sesuatu itu sangat indah?
Bila saat ada seseorang yang mengatakan, menulis atau memainkan sesuatu melodi yang membuatkan anda rasa tersentuh dan menitiskan air mata.
Adakah anda ingin melepaskan saat ini disepanjang hidup anda?
Oleh itu lepaskanlah masa lalu dan berikan sepenuh perhatian kepada apa yang kehidupan berikan kepada anda sekarang.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup.
Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?
6. Dengan belajar melepaskan, kita akan belajar lebih kuat untuk menghadapi kesakitan mendatang
Kehidupan ini sentiasa ada pasang surutnya.
Kesakitan itu memang datang silih berganti.
Bukan bermaksud Tuhan itu zalim, tetapi ia adalah satu keperluan untuk kita membina pengalaman dan menjadi lebih matang.
Manusia yang paling kuat adalah orang yang merasa sakit, menerimanya, belajar dari kesakitan tersebut, dan melawannya kembali.
Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.
Dengan luka tersebut, mereka belajar menjadi lebih bijak.
Ia berkenaan keberanian kita untuk berhenti menjadi lemah, mengesat air mata dan kembali ke dalam gelanggang kehidupan untuk bertempur dengan lebih garang dari sebelumnya.
Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu.
Cuma kita kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.
7. Bila kita telah melepaskan masa silam, InsyaaAllah hidup kita akan lebih tenang (dan lebih bersyukur)
Dengan melepaskan masa lalu..
.. ia adalah sebahagian daripada rasa syukur kita untuk pengalaman yang membuatkan kita ketawa, yang membuatkan kita menangis, dan membantu kita belajar dan lebih matang.
Terima apa yang kita ada, apa yang pernah ada, dan segala kemungkinan yang bakal tiba.
Ia akan memberi kita kekuatan untuk menempuhi kehidupan dan perubahan yang dapat dielakkan, serta percaya pada gerak hati sendiri.
Kita akan sedar bahawa setiap pengalaman mempunyai nilai tersendiri dalam kehidupan.
InsyaaAllah, kita akan lebih tenang dan yakin untuk mengambil setiap langkah baru setiap hari.
Dan kadangkala, perkara-perkara inilah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.
Melepaskan Masa Silam Bukan Bererti Kita Menyembunyikan Kesakitan..
Tetapi ia berkaitan untuk lebih ‘hidup’ dan membuka fikiran.
Ia berkenaan untuk mengenalpasti punca kesakitan kita selama ini, menerimanya agar kita boleh belajar, dan menjadi lebih matang.
Jawapannya ada dalam diri kita sendiri.
Jika kita tidak mampu berdamai dengan takdir, kita pasti tidak akan tenang.
Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.
Berdoalah.
Kadang kala Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat.
Dia hanya mahu kita sabar dan solat (serta berdoa).
Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!

Diuji berulang kali dengan kecurangan pasangan amat memeritkan, apatah lagi apabila melibatkan kekerasan fizikal dan verbal abuse. 2 tahun bertahan, bersabar dan memberi peluang kepada pasangan untuk berubah lebih baik namun hampa dan ditambah kecurangan sekian kalinya. Kali ini sebetulnya aku menyalahkan diri, andai aku akhiri 2 tahun yg lepas pasti aku tidak akan merasakan perit ini lagi.
Sesungguhnya bertemu dan membaca penulisan ini membantu memotivasikan diri supaya berdamai dengan masa silam, maafkan diri. Dan terus kuat untuk bangkit. Dan secara tidak langsung kurasakan apa yg berlaku adalah jawapan Ilahi atas segala doa-doaku sebelum ini.
Terima kasih atas penulisan yg hebat.
Salam..
Saya juga pernah mengalami perkara yang sangat menguji keimanan saya. Saya sangat kecewa dengan perkara yang berlaku. Saya sering salahkan takdir
Mungkin ini masa untuk saya berubah dan menerima hakikat bahawa apa yang beraku tidak akan dapat diubah lagi.
Doakn saya mampu menghadapi ujian ini.
Amin
Masa silam penuh dgn kenangan pahit dan manis, suka dan duka..saya selalu mengharapkan agar saya dapat kembali ke masa silam, mengulang semula semua keindahan itu..bersama dgn org yg saya sayang..namun saya sedar masa yg telah berlalu takkan kembali lagi…susah sebenarnya bila kita terperangkap dalam kenangan sedangkan masa berlalu begitu cepat meninggalkan kita.terima kasih admin atas artikel yg bermanfaat ini.
Maybe it’s time to forget about the past, wash away what happened last, hide behind an empty face and don’t ask too much. :-)
Time will heals everything
Yes, definitely..
Aku dpt tau suami curang bersana seorang janda sehari sblm aku bersalin anak pertama kami. Bkn mudah, malah hingga kini (3tahun hampir berlalu) kisah hitam itu mmg amat sukar utk aku melupakan waimah memaafkan suami & perempuan berkenaan. Lucky to have my family members around. Jadi dr situ aku belajar bahawa aku x boleh percaya & mengharap pd suami, sepatutnya aku perlu letakkan sepenuh percaya & harapan pd Allah SWT shj.
Manusia akan matang seiring waktu dan perkara-perkara yang berlalu akan berganti dengan yang lebih baik, inshaAllah.
Tabah dan kuatlah :-)
Segala apa yang terjadi, pasti ada hikmah.. ‘Future, who knows. It could be wonderful. Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita.’ Well said. Semoga hati kita akan terus tabah. Amin..
InsyaAllah
Setiap org ada cara tersendiri utk atasi rasa kekecewaan tu..situasi setiap org berbeza..cerita juga berbeza..cara utk redha juga berbeza.. xboleh nak paksa someone utk lepaskan..dia sendiri perlu masa..apa salahnya terus mengharap..tapi mengharap la pada Allah..usaha sebaik mungkin..jgn penah berhenti berdoa..
It is true that love cannot last forever.
But it is also true that heartbreak is soon forgotten.
You just need to accept reality.
Sahabat handai juga perlu memainkan peranan;
Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim mendo’akan saudaranya yang tidak berada dihadapannya, melainkan malaikat akan berkata: ‘Dan engkau juga mendapatkan yang seperti itu.” (Hadis Riwayat Muslim).
Assalamualaikum,saya sendiri ada pengalaman yang sama macam penulis(kena tikam daripada belakang dan lain2 perkara yang berlaku) tetapi sewaktu saya diuji oleh Allah S.W.T dengan ujian tersebut saya juga diuji dengan pelbagai perkara.Saya seorang yang dipulau masyarakat,dikutuk,dihina,dicaci dan lain2 ujian berlaku dalam masa yang sama.Sehingga sampai satu tahap,saya sedih,sunyi mahupun sakit.Jujur saya kata,saya takde kawan mahupun teman walaupun hanya Allah S.WT. tempat saya luahkan kesemuanya dan mengadu.selebihnya,saya tak tahu nak luahkan macam mana.Seandainya Allah memberi peluang saya untuk bersahabat mahupun menjalinkan hubungan dengan sesiapa,Insya Allah saya terima dengan hati terbuka.Saya sentiasa beri peluang kepada sesiapa yang nak berhubung dengan saya^^…Wallahualam
Assalamualaikum,saya sendiri ada pengalaman yang sama macam penulis(kena tikam daripada belakang dan lain2 perkara yang berlaku) tetapi sewaktu saya diuji oleh Allah S.W.T dengan ujian tersebut saya juga diuji dengan pelbagai perkara.Saya seorang yang dipulau masyarakat,dikutuk,dihina,dicaci dan lain2 ujian berlaku dalam masa yang sama.Sehingga sampai satu tahap,saya sedih,sunyi mahupun sakit.Jujur saya kata,saya takde kawan mahupun teman walaupun hanya Allah S.WT. tempat saya luahkan kesemuanya dan mengadu.selebihnya,saya tak tahu nak luahkan macam mana.Seandainya Allah memberi peluang saya untuk bersahabat mahupun menjalinkan hubungan dengan sesiapa,Insya Allah saya terima dengan hati terbuka.Saya sentiasa beri peluang kepada sesiapa yang nak berhubung dengan saya^^…Wallahualam
Knapa balas kt aku.. Apa salah aku.. Apa aku buat.. Apa dosa aku.. Aku tak pernah aniaya org.. Aku tak pernah dengki kat org.. Aku tak pernah mainkan perasaan orang.. Knapa balas kat aku.. Allah tak adil..hukum aku ikut suka hati dia.. Memang sial.. Aku tanggung sorang.. Kenapa org lain boleh hdup bhgia.. Kenapa allah tak bgi aku hidup bahagia.. Npe allah tak adill kat aku.. Npe macam2 bala allah turunkn kat aku.. Kenapa allah sial..
Astaghfirullah saudara tidak baik berkata sedemikan kepada pencipta kita.. ketahuilah sesuatu ujian yang diturunkan kepada kita itu adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita dan yang paling penting setiap ujian mempunyai hikmah yang tersirat.. Waalahu a’lam bishawab
Trsirat pe sial!?!! Bpe lme dia seksa aku.. Bpe tahun ko agak? Brtahun2 sial!! Babi sial allah balas kt aku bnde yg aku xsanggup xsmpi hati xpnah lgsung aku buat kt orang
Sy jga pernah berfikiran dan mengeluarkan kata² yg sebegini, Alhamdulillah…. Sekarang sy lebih tenang dlm hidup selepas bermuhasabah diri, diikuti dgn ilmu agama yg sy cri dan belajar walaupun ilmu agama yg sy dpt dan amalkan sebenarnya baru ja 0.1% , perbanyakan la muhasabah diri dan kenali diri.
YAKIN la pd Allah, sentiasa memohon keampunan dan rendahkan hati utk lebih redha terima segalanya (dugaan Allah).
Saudara/saudari MINTA (berdoa) la pd Allah, Allah maha mendengar juga maha mengetahui, Insyallah.
Setiap dugaan yg datang menyapa haruslah di hadapi dgn hati yg tenang & terbuka. Walaupun hakikatnya kita merasakan dunia ini sudah tidak lg berpihak kpd kita..Siapa kita utk menentang ketentuan Allah? Sy seorg lelaki. sy juga pernah merasa kecewa. Hatta sehingga ke hari ini luka & parut semalam masih lg ada..Moga² kita smua dpt bangkit dan teruskan langkah utk menikmati hidup yg lebih sempurna. Bahagia itu pasti ada utk kita apabila tiba saat & waktunya nnt.
Takdir Allah tu never too late, never too soon.
In the moment we love, we cry, we laugh, we hurt, our right, our wrong, selalu ada pengajaran.
Jalani hidup apa adanya.
Terima kasih.Manfaat betul ya.
Sama-sama tuan
Pengalamannn
Ya, pengalaman banyak mendewasakan kita
Allahuakbar.
Dah hampir 4 bulan berlalu.
Dia diam secara tiba tiba
Last ayat dia.
Kita berkawan dulu
Ada jodoh ada la
Perkenalan selama 7 tahun xmenjamin hujung nya.
Lepas dua dua keluarga setuju utk mengikat.
Dugaan datang tiba tiba.
Sekelip mata.
Maha hebat aturan Allah.
Meskipun sedih.
Tp apalah daya.
Mungkin hikmah menanti dihujung lebih indah.
Mengubat luka sehari hari
Tah bila akan sembuh
Aku harap aku setabah dan sekuat kalian.
Mohon doa nya.
Apabila kita mahu melepaskan dan melupakan kisah silam, tetapi sukar untuk melakukannya, kenangkanlah kesedihan yang dialami oleh Rasulullah.
Sesungguhnya Baginda telah mengalami ujian yang pahit dan getir dalam memperjuangkan agama Islam. Tetapi Baginda kuta. Baginda sedar dan yakin bahawa apa ang berlaku pada beliau adalah datangnya dari Allah.
Sungguh!
Itulah sebaik-baik teladan yang harus diikuti.
Info yang menarik. Saya mohon kebenaran untuk share.
Ada benarnya kita tidak perlu melihat peristiwa masa silam terutama peristiwa yang tidak memberi added value kepada kehidupan kita. Tetapi ada kes kita perlu berpandu kepada peristiwa silam bagi membaiki diri kita. Sebagai contoh, dalam kes membaiki kereta di sebuah bengkel. Jika bengkel tersebut tidak memberi perkhidmatan yang baik, kita wajar mencari bengkel lain yang mungkin lebih baik.
Ya benar.
Tanpa pengalaman, sukar untuk kita melangkah dalam kehidupan yang tidak pasti. Pengalamanlah yang akan menjadi panduan kepada kita agar memilih keputusan yang lebih tepat.
Hai,
Terima Kasih pada info yang sangat menarik. Sangat memberi insiparsi pada diri
Mmg amat sukar untk melepaskn semua yg pernah ade..suabahanallah..saat aku hrus memilih antara keluarga dan cinta..aku relakan juga hati untk memilih keluarga aku..walau sakit walau perit dlm hati ni..tp saat aq melihat airmata kedua ibubapaku mnitis bg aku itulh saat plg bodoh yg pnh aq hadiahkn pd mereka yg susah pyh mbesarkn aku selama ni..saat ni ape yg plg meyesakkn dada aku adelh memaksa hati dan memujuk hati, ternyata itu la benda yg amat sukar sekli..Ya Allah, aku mmg dah xmmpu nk tlg diri aku sendiri, aq dihantui byg2 dan kngan bodoh bersama die..susahnye pujuk hati, susahnye nk phamkn hati..degilnya hati aq..penatnya aku nak sembunyikan kesedihan aq..penat aku ketawa yp dlm hati aku hancur..aq percye aq jd mcmni semua disebabkn dulu aq terlalu bergntung pd die dan aq terlebih2 memikirkn die dn terlampau mencintai die hinggakn aq meletakkn die no1 dlm hati aq..aq seolah mempertuhankn cinta..nauzubillah..dn kesakitannye saat ni aku lah yg merasakn..walaupon aq yg melepaskn die tp peritnye aq yg rase..Ya Allah kuatkn la hati aku utk percya semua ni ujianMu..sabarknlh aku saat aku berulang kli terjatuh..Ya Rabb aku tidak mampu menolong diri aku sendiri..bantulah aku..
Assalamualaikum..kita sama , bole saya tahu sbb apa awak tinggalkan die ? (ex)