Bagaimana Untuk Tidur Lelapkan Mata Dalam Masa Kurang Dari 1 Minit Setiap Malam?

tidur
sukar untuk melelapkan mata?

Anda menghadapi masalah untuk tidur?

Tahukah anda, kurang tidur boleh membuatkan anda tidak bahagia dan menjadi gila?

Namun ada pelbagai kaedah untuk membantu kita tidur, antaranya dengan teknik pernafasan.

Teknik pernafasan ini boleh membantu anda untuk tidur dan melelapkan mata dalam masa kurang dari satu minit.

Kaedah ini diperkenalkan oleh pengamal kesihatan, Dr. Andrew Weil, pakar dalam bidang pernafasan, meditasi, dan bagaimana ia boleh digunakan untuk melawan rasa stress.

 

Bagaimana Kaedah Ini Dilakukan?

Ianya sangat senang.

Hanya bernafas melalui hidung selama 4 saat, tahan nafas selama 7 saat, dan hembus keluar melalui mulut selama 8 saat.

Cara ini akan memperlahankan kadar denyutan jantung dan juga akan merangsang otak kita melepaskan hormon yang akan membuatkan kita berasa tenang.

Dengan menggunakan kaedah pernafasan ini, ia membantu anda melawan kesan semulajadi adrenalin (hormon yang membuatkan tubuh kita sentiasa berjaga terutamanya dalam situasi bahaya).

Mungkin pada permulaan anda mengamalkan kaedah ini, anda akan berasa pelik dan sedikit tidak selesa.

Namun jika anda teruskan, anda akan merasa sangat rileks, kadar denyutan jantung yang perlahan dan fikiran yang aman.

Juga jangan lupa baca doa tidur yang diajarkan nabi ini.

Cubalah lakukan kaedah ini malam ini, dan nyatakan apa yang anda fikir dan rasa dalam bahagian komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

22 thoughts on “Bagaimana Untuk Tidur Lelapkan Mata Dalam Masa Kurang Dari 1 Minit Setiap Malam?”

  1. Amalkn bca quran sblum tdur, hntikan tabiat main hp sblm tdur(krna akn lbih skar tdur) ,Riadah slepas asar ,krgkn tdur sbelah siang .Brdoa smoga Allah mmprmudahkn kta tdur dan bgn esok paginya, In Shaa Allah bole try dlu tips ni?

    Reply
  2. Dulu saya tidur awal jugak..sejak2 ni saya slalu tidur selepas subuh..dh try nk tidur awal still tk boleh lelapkan mata disebabkan gajet

    Reply
  3. saya tidak boleh tidur malam sudah 3 hari, siang dapat tidur hanyalah 3 jam sahaja. macam2 cara saya dh cuba, tetap tak boleh juga . jadi apa patut sayq buat ye?

    Reply
  4. pada pandangan saya cara ini tidak berkesan kepada saya kerana saya pernah mencuba kaedah ini namun saya masih lagi x dapat tidur

    Reply
  5. Wahh boleh cuba, saya memang masalah sikit nak tidur waktu malam ni. Dah terbiasa tidur lewat sampai langsung tak rasa mengantuk.

    Reply
  6. Assalammualaikum. Comel kucing tu. hehehe. Terima kasih di atas perkongsian yang baik ini. Kafein, stress dan depresi juga boleh mengakibatkan kesukaran untuk tidur. Pendapat saya, hindari minuman berkafein 10 jam sebelum tidur malam. Cuba untuk redha dan luangkan masa untuk mendekati-NYA sebelum tidur agar dapat mengurangkan atau menghilangkan impak tekanan yang dialami.

    Reply
    • Terima kasih @Kucing Comel atas perkongsian itu.
      Benar, kafein dan stress adalah antara penyebab utama yang menyebabkan kesukaran untuk tidur.

      Reply
  7. WOW ARTIKEL YANG SANGAT BERMANFAAT BAGI KITA SEMUA .DAN SEMOGA ARTIKEL INI BERMANFAAT BAGI ORANG BANYAK DAN ILMUNYA BERKAH .AMIN

    Reply
    • Kena ajarkan anak-anak supaya beranikan diri sejak dari awal.
      Supaya dia dapat membesar menjadi orang dewasa yang yakin pada diri.

      :)

      Reply

Leave a Comment