
Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. It’s feel torn apart inside.
Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.
Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…
…namun adakah semudah itu?
Semudah dengan mengucap maaf?
Belajar Untuk Percaya Kembali Setelah Dikhianati
Saya tahu, memang sukar untuk kita percaya kembali.
- Bolehkah percaya kembali kepada suami yang curang?
- Bolehkah percaya kembali kepada isteri yang sanggup menduakan suami?
- Dapatkah anda percaya kembali kepada sahabat yang memburuk-memburukkan kita dari belakang?
- Mampukan kita memberi kembali hati kepada si dia yang menghancurkan harapan dan perasaan hati?
Ya, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita.
Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.
Bagaimana kita ketika itu?
Mampukah kita untuk memberinya peluang setelah dia membunuh saudara mara, keluarga dan rakan kita?
Sepertinya agak mustahil bukan?
Walaubagaimana pun, kepercayaan adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan.
Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.
Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.
Sebabnya adalah untuk kita.
Supaya kita bebas dari bebanan.
1. Beri Diri Kita Masa Untuk Bertenang
Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahalu.
Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati.
Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat.
Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu.
Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati.
Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.
Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.
InsyaaAllah, kita akan cepat recover dan dapat melepaskan rasa gundah & kesedihan yang bersarang dihati.
2. Berhenti Mencari Jawapan
Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.
Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa.
Ini adalah suatu perkara yang kita tidak boleh kawal atau jangka, dan tidak juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.
Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.
3. Masa Hadapan Adalah Berbeza Dengan Masa Lalu
Masa depan kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu.
Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.
Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain.
Kerana ia mungkin akan sentiasa membebankan hidup kita.
Ia ibarat membawa batu didalam beg kita disepanjang perjalanan kita.
Kita terus mengutip dan mengutip lagi lebih banyak batu. Pasti berat bukan?
Tetapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita mengosongkan batu-batu itu dari beg kita, pasti kita akan hilang beban dan dapat untuk meneruskan perjalanan bukan?
Begitu juga dengan hidup, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan yang baru.
Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih orang untuk dipercayai.
4. Pengalaman Hidup yang Mengajarkan Kita
Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan.
Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.
Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.
5. Terbuka dan Berterus Terang
Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa.
Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya.
Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.
Jika anda rasa dalam persahabatan semula itu menuju kearah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin.
Cepat atau lambat, InsyaaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu-dulu.
Mungkin dengan sesetengah kawan yang lain, yang mana anda mungkin pernah sangat rapat dengannya, adakalanya anda merasakan anda tidak lagi mampu untuk mempercayai dia untuk sepenuhnya.
Tapi anda tiada masalah bila bersamanya, maka dia telah bertukar status dari kawan baik kepada kawan biasa.
Itu adalah tidak mengapa, ia perkara biasa.
Relationships do change sometimes.
Penutup:
Berilah Kemaafan Walaupun Sukar. Belajar Untuk Percaya Kembali
Sebenarnya ini adalah perkara yang pertama sakali yang harus kita buat, memberi kemaafan.
Walaupun sukar, walaupun seperti tidak rela.
Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan.
Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusia tidak akan pernah melupakan.
Memaafkan bermakna kita telah melepaskan kesakitan yang telah kita tanggung. Memaafkan akan melapangkan jiwa kita.
Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendam dan menikmati hidup seadanya.
Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.
Hanya orang yang punyai jiwa besar mampu memberi peluang kedua kepada orang lain.
InsyaaAllah, bila anda dapat melakukannya, anda akan merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan yang belum pernah dirasakan.
Oleh itu apa yang terfikirkan oleh anda sekarang ini?
Cakap senang, tapi yang nak buat tu memang susah, kan?
Jadi bagaimana?
Kongsikan fikiran & isi hati anda diruangan komen dibawah.
biasa2 ja kan..tp skarang ni dapat tahu isteri aku pelacur..kau rasa..aku ni rasa dah mental kot.. nk lepaskn bukan sbb syg tp rsau dia tjebak balek..temenung sorang2..riwayat hidup aku ni memang malang…bukan xmmpu nk cri yg laen..tp tu la..beratnya amanah yg diberi utk menjaga tp diberi paku racun beduri..memang palat la rasanya?.. Allah ja taw cmna aku rasa ni…aku paksa diri truskan hubungan ni sbb dok nmpak bnyk keburukan lg kalau bpisah…andai kata boleh didik alhamdulillah…kalau dia khianati lg aku mintak kilat panah pala dia..doa2 aku guys aku waras
Sabar senjata org mukmin. Allah knows the best for you.
Salam semua,saya sedih juga baca semua masalah yang dihadapi semua orang.Pelik kan kita setia tapii kena tipu lagi dengan suami?Kenapa ye?Saya baru sahaja berkahwin belum sampai setahun dari tarikh harini.Semasa kenal saya dapat rasa dia lelaki yang boleh jadi suami yang baik dan tahu jaga diri dan kehormatan isteri.Tahu lakukan tanggungjawab dan tahu jaga hati isteri.Kami teruskan pertunangan,dalam tempoh itu saya dapat tahu kisah2 jahil dia dahulu.Ye saya maafkan dan tahu dia akan berubah selepas kahwin.Saya pendekkan cerita,kami teruskan pernikahan.Dalam tempoh pernikahan itu saya dapat tahu dan melihat beberapa foto dari handphone dia .Dia memeluk salah seorang staff tempat kerja dia masa itu lagi dua bulan nak bernikah..Ye saya tahu tempat kerja dia cuma 2% melayu dan yang lain bukan melayu.Saya tanya kenapa ye peluk mcam ni.Dia jawab ,Dia tak tahu nak buat apa sbb panik dan ini first time keje di tempat tk ramai melayu?Saya tahu itu alasan.Saya pendam banyak benda sebenarnya dgn dia.Dia kantoi menggatal dgn staff keje,menggatal dgn pompuan di dalam group media sosial.Saya dh banyak kali nasihat,Dia minta maaf tapi buat lagi dan buat.Ye hati saya dah tawar hati dan kepercayaan musnah.Dia buat tanggungjawab sebagai suami.tapi dia tak tahu jaga adab,jaga batas,jaga iman ,jaga hati isteri.Saya jadi depressed ,saya tak tahu apa saya nak buat.Sampai satu tahap,sy menyesal dan nak dilepaskan.Saya ada cakap.Tapi dia sentiasa provoke saya dan tak nk ngaku salah.Tolong saya.. :'(
salam, semoga kamu dberi kekuatan dlm menghadapi dugaan yg berat ini dan dpermudahkan urusan mu.
Sabar ye awak.. saya faham sangat2.. semoga awak diberi ketabahan hati dari Allah
Sebelumnya, terima ksih kerana perkongsian ini. Saya dpt rasakan ktenangan dsebalik kemaafan yg saya berikan..alhamdulillah untuk ujian hebat dalam persahabatan saya dengan kawan saya dpt buka pintu kebahagiaan saya yg x dpt saya gmbrkn.
salam rata2 komen disini xbnyak beza, semuanya isu kecurangan pasangan. ya Allah semoga engkau permudahkan lah urusan kami sbg org yg teranaiya..
Salam n sejahtera… saya janda anak sorang and suami saya duda anak sorang,,, saya surirumah tangga sepenuh masa suami pulak pegawai kerajaan…saya percayakan suami saya dr awal perkenalan kami sehingga perkahwinan kami pada tahun 2008 … saya mempunyai seorang anak yg lahir pada tahun 2009… dan setiap hari kami akan melakukan aktiviti yang sama seperti dulu… tetapi pada tahun 2010 suami saya curang kepada saya… dia mengenali wanita tersebut dr laman web… first time suami berkata hanya berkawan tetapi lama kelamaan saya melihat suami makin berubah… tak mcm yg saya kenali sebelum ini… saya tanya kepada suami betul ke hanya berkawan??? kalau berkawan kenapa tak mcm dulu lagi…suami marahkan saya… suami ckp yg saya berubah tak layan dia mcm dulu lagi and abaikan dia dan anak… kalau saya berubah tak kan itu alasan dia untuk curang??? saya dan anak di hantar balik kerumah org tua saya… dan dia bebas untuk berjumpa atau menghubungi dengan wanita itu… hati saya sakit sgt sampai tak tahu nak buat apa… hari2 saya call suami saya tapi dia mcm dah membenci saya… setiap kali bercakap dalam telefon dia marah2 kan saya… sampai saya telefon pon dia tak nak answer… suami saya ni kuat sgt menipu… dengan org tua saya pon dia menipu… lama kelamaan saya dah bosan asyik call dia… dia buat tak tahu n x jawab call saya…kami berdua pergi majlis islam untuk mendaftar untuk bercerai… dalam proses kaunseling and naik mahkamah si suami bermain-main dgn saya sekejap nak cerai sekejap lagi tak nak cerai… jadi saya cuba untuk melupakan apa yg berlaku antara kami… mungkin dia terasa sunyi or mencari apa yg patut jadi kewajiban dia… seperti nya batin… tiba2 dia call saya ckp nak jumpa saya n rindu… mintak maaf semua apa yg dia buat kat saya… tapi hati saya susah nak terima sesenang itu… demi anak saya sanggop terima walaupon sakit… dia kata pada saya jangan la bercerai kesian anak… tetapi dalam dia merayu dengan saya dia masih berjumpa n menghubungi wanita itu… setiap kali merayu mintak maaf hati masih fikir kan wanita itu… apa rasa saya bila mengetahui itu semua… masih mencari wanita itu… merayu dekat saya merayu dekat wanita itu… sudah byk kali dia buat mcm tu… tp saya ni terlalu memikir kan anak sampai hati sendiri sakit… lama kelamaan saya dah penat dgn semua ini…naik mahkamah yg pertama kali nya… dia tak nak cerai kan saya… dia bawak saya pergi jumpa keluarga dia…saya ingat suami serius nak pulihkan keadaan kami tetapi sesudah sampai rumah mentua saya… mentua perempuan saya memaki hamun saya… saya sendiri tak tahu apa yg terjadi… rupanya si suami cerita hal yang buruk2 dekat keluarga mentua saya… dan kakak ipar pon marah2 saya… saya datang nak berdamai tapi kena marah…suami hanya terdiam …rupanya suami mencerita kan perkara yang saya tak buat tapi difitnah macam2 oleh suami saya sendiri… suami bukak aib saya sebab nak selamat kan diri sendiri…dan sesudah pulang dari rumah mentua saya… saya berbincang dengan suami kalau begini la jadi nya… kt teruskan je apa yg terjadi sebelum ini… saya sendiri pon tak sanggop nak berhadapan dengan keluarga yang dengar dr satu pihak sahaja… akhirnya si suami melafaz kan cerai talak 1 keatas saya itu pon dah 2 kali naik mahkamah… dalam edah kami dia merayu2 lagi dekat saya nak rujuk… sekali lagi saya fikir kan anak… saya terima rujuk suami… saya bagi peluang dengan suami and saya untuk memperbaiki hubungan yang telah hancur… dalam itu juga bukan senang untuk lupa apa yg terjadi… kerap jugak gaduh sebab masih terkenang2 apa yg terjadi… lama kelamaan saya biasakan diri untuk terima suami kembali… sampai la kami mempunyai cahaya mata yg kedua pada tahun 2012… alhamdulillah… hati yg pernah sakit mmg susah nak lupakan apa yg terjadi… si suami dapat kerja di luar yang jarang dirumah pada tahun 2016 dan 2018 saya cuma yakin kepada dia… dalam tahun tersebut dia jarang berada dirumah selalu kerja luar and rapat dengan kwn2 dia… kalau balik kerja makan , mandi lepas tu tidur… jumpa esok pagi sebelum pergi kerja itu je masa yang ada untuk jumpa suami… saya rasa makin kurang kasih sayang dia terhadap saya berbanding dia dengan kawan2 dia… saya berbincang dgn suami kenapa jadi mcm ni… suami lebih kerap dengan kawan2 dia berbanding saya??? selalu jugak gaduh pasal kwn2 dia… kwn2 dia berkahwin pon tak lagi… mana nak paham pasal rumah tangga org… saya tanya suami betul ke kerja or sambil kerja jumpa perepuan lain??? itu tak mustahil bagi saya sebab dia pernah curang dgn saya sebelum ni… suami marah2 ckp saya tak percaya dia… fitnah dia bukan2… saya bukan fitnah tapi remind kan dia apa yg pernah jadi sebelum ini… sampai suami saya sendiri menyumpah diri dia sendiri kalau dia ada perempuan lain di luar sana exciden dia nanti… saya terkejut itu yang keluar dr mulut dia… pada tahun 2018 kejadian ni berlaku selepas berapa bulan kami bergaduh saya dapat panggilan dari mak saya mengatakan suami saya terlibat dalam kemalangan… YA ALLAH apa yg terjadi sebenarnya… selalu suami balik lewat tak pernah jadi apa2… saya di temani mak, kakak and anak2 saya ke hospital untuk mengetahui apa yg terjadi… setiba nya di hospital… suami sudah masuk emergency room… doktor mencari isteri kepada suami saya… dan saya bangun dari kerusi untuk jumpa dengan doktor tersebut… doktor bertanyakan kepada saya,,, suami pn merokok??? saya cakap tak merokok… suami pn minum arak??? saya cakap tak minum arak… saya pon rasa pelik kenapa soalan itu yang keluar dr mulut doktor… doktor menyuruh saya untuk mengenali suami saya adakah betul dia suami saya… mmg suami saya yg tgh terbaring di katil hospital dengan keadaan tak sedarkan diri… nak menangis tetapi air mata mcm beku tak nak keluar… tak tahu nak buat apa2… tambah2 lagi bila doktor kata yang kaki sebelah kiri tak boleh di selamat kan lagi harus di potong sebab dah hancur… YA ALLAH kenapa boleh jadi mcm ni… dugaan apa lagi yang engkau berikan… saya hanya terdiam dan cuma merelakan… suami masuk icu… tak sedarkan diri… kaki dah kena potong… jadi sekarang dia bukan yang normal yang saya pernah kenal dulu… saya tak buang dia ,,, saya jaga dia dengan baik naik turun hospital mengambil masa 30 minit mcm tu… hari2 pergi pantau dia jenguk dia… jaga dia… tak pernah miss sebulan jugak la suami di tahan di wad… sampai la dia dh keluar dr hospital saya masih jaga dia di rumah… walaupon ada gangguan sedikit di kepala… dia x serupa dulu selalu nak marah2… bila saya jaga dia di rumah ,,, keluarga mentua saya nak ambil dia balik untuk jaga dia sambil bertemu mentua lelaki saya yg tak berapa sihat… mula2 kakak ipar saya berkata hanya seminggu 2 minggu nanti hantar balik suami saya dekat saya… tetapi setiba nya di sana… kakak ipar jumpa doktor di sana dan bercakap dengan saya mungkin suami saya follow up di sana sampai sembuh… YA ALLAH bukan kah hanya seminggu 2 kenapa sampai follow up pulak… saya tahu yang keluarga mentua saya tak suka dengan saya… jgn la sampai pisah kan kami… walaupon dia suami byk sakit kan hati saya… saya sebagai isteri kena la d samping suami dalam keadaan susah atau senang… sakit atau sihat… saya hanya redha dgn apa yang d beritahu kakak ipar saya…. walaupon berat nak terima… lama kelamaan suami saya mencari saya… ckp nak balik kat saya… keluarga mentua marah dekat suami dan saya… tak sampai sebulan suami balik dekat saya… saya ambil dia bawak dia balik… saya sambung jaga dia pergi fasioterapi semua… jumpa doktor… semua itu kerja saya kena buat seorang2 drive turun naik rumah ke hospital… anak2 sekolah saya hantar semua makan minum pakaian… sampai la sekarang suami beransur pulih dah dapat turun kerja hujung tahun 2018… menggunakan kaki palsu dia merasa rendah diri tak mcm dulu… rasakan diri nya di abaikan oleh semua org termasuk kwn2 and saya… saya tak pernah abaikan suami tetapi perasaan nya mengatakan saya tak memberi kasih syg kepadanya…sekali lagi suami buat hal lagi berkenalan dengan wanita di laman web… saya mengetahui hal ini awal 2019 saya cakap kenapa tak pernah serik… suami cakap hanya berkwn… dah jadi oku mcm ni pon masih nak buat hal ke??? tak pernah nak fikir perasaan saya ke??? tak pernah fikir perngorbanan saya ke??? YA ALLAH dugaan tak pernah habis2… suami mintak maaf kat saya ckp tak ulang dah… suami cuma dpt mengatakan ini kepada saya mungkin saya oku saya tak pandang dia lagi… saya ckp dekat suami kalau oku pon tak tak kan nak buang laki??? kalau nak buang waktu first time tengok dia terlantar atas katil hospital bukan sekarang nak buang… ok kt terima lagi suami dgn hati terbuka walaupon sakit… now bulan 7 gaduh besar dgn suami… suami gaduh besar dgn kakak saya… suami masih mencari2 and text perempuan tu lagi… kenapa dugaan tak pernah berhenti… apa yang perlu saya buat… sekarang masih menunggu untuk panggilan dari majlis islam … dalam bulan 7 ni dah pergi melapor kat majlis islam… untuk bercerai… tetapi suami masih pujuk2 tak nak bercerai… apa ptut saya buat??? jaga hati sendiri or kesian kan anak2??? mcm tak ada kesudahan…
salam mcm mana hubungan puan dgn suami.. sudah berdamai ke.. harap semua berakhir dgn baik..
Hati sy telah berkali2 dikhianati suami sendiri, berkahwin semasa umur sy 22 tahun, skrg dah 15 tahun ikatan perkahwinan kami,sepanjang 15 tahun hingga semalam, suami tetap menipu sy, naluri seorang isteri yang Allah kurniakan, suami mengaku segalanya semalam, luka kat hati yg selama ni masih berdarah, dikhianati lagi..hancur sangat2 jiwa ini…suami nak lafaz kan tetapi sy minta 3 bukan 1, bukan lafaz depan sy seorang tetapi sy minta lafaz di depan abang & emak sy…sy tnya pada suami macamana anak2 (permpuan 14 tahun & 9tahun) & lelaki 4tahun jika perpisahan berlaku, suami kata dia akan bertanggungjawab, kepercayaan sy selama ni pada suami dah tiada…sy boleh move on sbb sy bekerja, tp anak2 betapa kesiannya diaorg..Allah uji sy, cuma sy mohon pada Allah sendainya kematian itu lebih baik dalam.rumahtangga kami, ambillah sy kembali padaNYA, bagi sy anak2 boleh faham bila ibu mereka meninggal kan mereka selamanya berbanding ibu ada tapi tiada serumah dgn mereka lagi..sy takmahu anak2 tertekan & bermasalah…
Kecewa sgt2 sbb dia adalah lelaki yg sgt sy cintai & sayangi, 15 tahun sy bertahan demi famili kami, tp berulang kali dia khianati sy & rumahtangga kami..
Saya akui saya silap mencari pasangan hidup yg boleh menjadi imam pada sy & anak2, Selama ini sy minta suami menjadi imam tetapi seringkali dia menolak,..sy sering berdoa pada Allah supaya lembutkan hati suami utk solat, ada seketika sy mohon pada Allah seandainya sy bukan tulang rusuk sebenar suami sy, tunjukkan lah hal yang sebenar & hilangkan rasa kasih sayang & rasa cinta sy pada suami sy..
Kerana kasih, segala wang gaji sy & perbelanjaan rumahtangga sy yg menanggung, bagi sy suami isteri mesti ada toleransi..rupa2 nya suami ambil kesempatan secara hormat, sy mohon nak berhenti keja, alasan suami belum mampu, tp sebenarnya duit gaji dah terlebih mampu utk uruskan perbelanjaan rumahtangga.
Arini, hati sy kosong tiada apa2 rasa dgn suami, adakah kerana amarah sy atau memang jiwa sy dah mati atau adakah ini petunjuk dari Allah bahawa memang betul sy bukan tulang rusuk yg sebenarnya..
Sy ingin bersendirian membawa diri dalam seminggu 2, adakah g umrah sy temui jawapan sebenar hala tuju rumahtangga kami??
Salam puan. Ambillah masa membawa diri mendekati Allah puan. Puan beruntung mampu ke rumah Allah. Mengadulah, bersujudlah kpd Dia. Insyaallah puan akan temui kekuatan di situ. Sy juga dikhianati suami yg sy kenali 22 thn, kahwini 11 thn, sebulan yg lps. Bezanya suami tidak mahu menceraikan sy dan mengakui dan menyesali perbuatannya mencurangi dan menipu sy hampir setahun lalu. Sy tahu sakitnya dan lukanya puan. Kepada Allah sy bersujud mencari hikmah ujian Nya ini. Alhamdulillah, sy temui kekuatan memaafkan dan memberi peluang kpd suami. Namun sbg manusia, parutnya masih ada dan masih kekal di ingatan sy. Setiap hari sy bersujud kpd Allah memberi sy kekuatan demi 4 anak2 solehah sy dan suami yg sy kasihi. Semoga Allah menjadikan ujian ini sbg permulaan baru hubungan kami yg dulunya menjauhi Allah supaya lebih mendekatiNya. Semoga dgn kesabaran sy menempuhi ujian Allah ini, Allah hapuskan dosa2 sy dan naikkan darjat sy di sisi Nya. Puan tidak bersalah atas kecurangan suami. Suami yg tersalah membuat pilihan.Puan anggaplah ini panggilan Allah utk kita mendekatinya semula. Semoga puan kuat dan sabar dgn ujian ini. Sy tidak berada dlm rumahtangga puan dan tidak tahu tahap kecurangan suami puan. Namun sy doakan puan temui keputusan yg terbaik utk puan dan anak2. Semoga puan temui kekuatan puan. Carilah hikmah ujian ini ke atas diri kita puan. Sy juga masih mencari hikmah dan bersangka baik dgn Allah. Sy juga bljr meletakkan hati pd Allah sahaja supaya tidak lg merasa kecewa apabila dikhianati lg. Semoga kita sama2 memperolehi pahala bersabar atas ujian Allah ini puan.
Salam puan.. komen ni dh 2 bulan lepas.. sekrg mcm mana? Sy pun senasib dengan puan.. suami
Curang.. skrg susah sy nk percaya dia..
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya cuma hendak dapat kan pandangan Tuan/Puan. Adakah saya perlu merujuk ke pejabat Agama sebab suami curang. Kami sudah bersama selama 25 tahun.
Waalaikumsalam. Ye puan. Pergi la ke pejabat agama untuk mendapatkan sesi khidmat kaunseling. Sy juga menghadapi situasi yg sama dgn puan, suami yg sy kahwini 11 thn curang sehingga terlanjur. Sy ke pejabat agama utk mendapatkan khidmat nasihat kerana suami enggan menceraikan sy. Sesi ini amat membantu puan meluahkan apa yg terbuku di hati puan pd suami (jika suami/puan tidak pernah meluahkan slps berlakunya kecurangan itu). Inshaallah puan, ada penyelesaian yg terbaik akan diperolehi. Sy doakan puan kuat hadapi ujian Allah ini. Doakan sy juga ye puan.
Memaafkan memang Jalan yang terbaik. Sehingga hari ini saya masih belum merujuk kepada pejabat Agama. Terima kasih
ini perkahwinan kedua suami,perkahwinan pertama suami sy hancur katanya sbb perangai bekas isteri,saya dah 5tahun berkahwin baru saya tahu suami ada simpan perempuan sampai ada anak luar nikah, anak luar nikah pun dah usia 5tahun..yg saya pelik knp tak kawin perempuan tu sdgkn dia dah bersama sejak dlm perkahwinan pertama lagi.dah saya masuk dalam perjalanan perkahwinan menyedihkn mcm ni.hanya org yg pernah di khianati je akan faham perasaan n kesedihan hati saya
Ya Allah..sy sedang menghadapinya..suami yg saya kahwini 11 tahun lalu tersasar jauh hingga sanggup berzina dan menipu sy selama hampir setahun. Suami meminta maaf dan mengatakan dia telah insaf dan sedar telah terpesong jauh dan cuba membuktikan dia sgt menyayangi keluarga kami dan tidak blh kehilangan sy dan anak2.Demi kasih kpd anak2 dan suami sendiri, sy cuba memaafkan walaupun hakikatnya pedih di hati hanya Allah Maha Mengetahui.
Sy berserah kpd Allah untuk menentukan hala tuju perkahwinan ini. Sy baiki diri dgn lebih mendekatkan diri kpd Allah, Quran dan berzikir. Mungkin ini teguranNya kpd sy hambaNya yg kerdil ini.
Sehingga hari ini seminggu telah berlalu slps sy mendapat semua bukti kecurangannya. Sy cuba melayani dan meneruskan rumahtangga seperti biasa. Namun sy tidak dpt membohongi diri yg sy tidak dpt melupakan pengkhianatan suami kpd sy. Sy sentiasa dihujani perasaan curiga, menyalahkan diri sendiri dan takut disakiti lg oleh suami. Sesi kaunseling di pej agama akan berlangsung seminggu lg. Sy hanya mampu solat hajat, istikharah dan taubat utk menenangkan hati sy. Semoga Allah membimbing sy ke jln yg lurus kerana sehingga kini sy tidak pasti adakah tindakan memaafkan suami ini sesuatu yg betul. Keluarga sudah tidak dpt memaafkan kesalahan suami.l dan meminta sy bercerai saja dgn suami kerana suami bukan lah org yg mereka percayai utk menjaga sy lg. Mohon doakan sy kuat menghadapi dugaan Allah pd sy dan membimbing sy ke jalan yg lurus.
pengalaman yg lebih kurang sama, ikatan perkahwiwan selama 11thn. ber laku penghujung bln 2018 dan sehingga kini luka masih blom sembuh.. walau bagaimana pon sy cube kuat kan semangat…
Memaafkan memang mudah tPi melupakan sangat susah apa lgi tuk kmbalikn kepcyaan,bukan tidak mahu percya,tpi bila sekli suda dikhianati sya akan ada rasa ragu ragu tuk percya..n akn berhati2.
Saya Belum Berkahwin..Tapi Saya Dah Terlanjur Dengan Girl friend Saya..Selama 4 Bulan Kami Bercinta Dan GirlFriends Saya Duduk Dirumahnya Saya..Selepas 4 Bulan Itu Lah Mak Dan Ayahnya Bawa Nya Pulang…dan Saya Terima Itu…selepas 2 bulan..saya dapat tahu yang GirlFriends Saya curang..dan beritahu saya..dia curang untuk mencari ketenangan…saya terima itu..dan saya menangis telefon dia…dia pilih pihak ketiga itu berbanding saya…saya telah berkorban untuk nya…saya telah bersabar…saya telah lakukan macam2 demi kebahagian dia…tapi dia balas dengan curang…
Sy berasa sedih kerana isteri sy telah berlaku curang pada sy. Kami telah kwin selama 7 tahun. 2 tahun hubungan terlarang tersebut terjadi tanpa pengetahuan sy. Selama ini sy sgt setia pd Isteri dan mencintainya seluruh jiwa raga sy. Mungkin Allah nak tunjuk apa telah terjadi pd sy. Sy berasa sgt tersiksa dgn apa yg terjadi. Isteri sy sanggup menipu sy selama ini utk bersama duda yg telah menggunakan kata2 berupa nasihat kononnya die memberi naasihat utk kebaikan rumahtangga kami. Lama kelamaan, segala pujuk rayu sekadar topeng shj. Isteri terus hnyut digoda oleh duda itu. Perbuatan mereka sgt melampau dan menjijikkan. Sy tidak dpt melupakan segala perilaku terkutuk itu. Sy hny mmpu tahan kerana keluarga dan anak kami yg masih kecil. Sesungguhnya luka ini tidak dpt sy padam diseluruh hidup sy. Hny doa, solat & alquran sbg teman dan tmpt sy mengadu. Sesungguhnya dia perempuan yg amat sy sanjung. Hny kerana kurang kasih syg seperti yg dikatakan olehnya membuatkan die sanggup melakukan dosa-dosa besar ini. Mengapa dia tidak berdoa memohon pd Allah jika die berasa kurang kasih syg? Mengapa sanggup memilih dosa?
Salam tuan.. kisah tuan sama saja dengan saya… saya pun sama masih lagi bersedih, patah hati, kecewa dan dilanda kemurungan hingga menjejaskan prestasi kerja. Segala kecurangan dia telah pun Allah tunjuk satu persatu. Kadang2 saya rasa ada baiknya saya tidak mengetahui sisi gelap dia sebab sakitnya ya Allah Dia saja yang tahu… pedih…sangat pedih… pedih bila insan yang kita sayang..insan yang kita setia dan berjanji untuk hidup sampai hari tua..insan yang kita percaya 100%…. sanggup untuk curang dibelakang dan tak ada perasaan bersalah.. tergamaknya… ?
Saya pun melalui yg sama dengan anda, tambahan pula saya baru menjadi suri rumah, dia atas nasihat suami utk memberi perhatian sepenuhnya pada anak. bila sudah berlaku begini, saya rasakan kebebasan sdh di tarik untuk kesenangan dia. saya jadi tiada tmpt mengadu dan tiada kawan utk hiburkan sy supaya tidak memikirkan hal tersebut
Tuan jgn pendam sendiri, kongsilah dgn ahli keluarga agar tuan tidak terbeban. Kerana kesannya sgt mendalam. Boleh menyebabkan tuan sakit dan lain lain. Ada sesetengah kes si suami meninggal gara2 hal kecurangan isteri. Byk kes di pejabat agama berkaitan isteri curang pada Masa kini dibandingkan suami yg curang. Ini juga petanda akhir zaman. Dapatkan keadilan bagi pihak tuan. Si pencurang2 perlu diadili sepatutnya. Share lah dgn ahli keluarga Dan org rapat saudara agar ringan beban yg sedang dipikul
buat ‘ suami yang teraniaya’
Saya sudah berumahtangga selama 22 tahun dan kami Ada 3 anak bila sama tertangkap isteri Saya curang belakang Saya. Lagi meghancurkan dan menyakitkan. Allah je tau keperitan. Saya bersama isteri tapi tidak lagi mcm dahulu. Saya betul2 rasa mcm buang mati mak n nak telan mati bapak. Saya berkorban hati dan perasaan Demi anak2. Semoga Allah tenangkan hati saya yg nasib Merana dan mem balas perbuataan mereka yg merampas kebahagiaan Saya dan anak2. Seperkara yg menjadikan saya kuat menghadapi semu ini kerana Saya percaya Allah itu adil dan percaya yang Allah Ada perancanggan yg lebih baik utk Saya dan suami2 yg teraniaya. Bersabarlah dan berdoalah utk menguatkan semangat
Keadaan tuan sama dengan saya. Bekas isteri saya telah ditipu kekasih gelap dia. Allah bayar cash terus kat dia. Tapi saya ni macam orang bodoh.. saya kesiankan dia dan akhirnya saya rujuk semula. Saya buat keputusan ini pun semata mata anak-anak je… saya kasihankan anak-anak saya. Mereka kecil-kecil lagi. Dan sekarang hubungan saya dan isteri memang hambar. Tiada manisnya. Depan dia saya cakap saya maafkan dan memang tak akan ungkit tapi tulah bila ter flashback ni sakit betul rasa. Setiap kali teringat saya banyak muram tapi bila dia tanya kenapa saya cuma mampu senyum kelat dan cakap takde pikir pape cuma pasal kerja je… saya sekarang ada trust issue. Betulkah isteri benar-benar berubah.. bila sakit hati saya ni akan hilang? Akan hilangkah suatu hari nanti segala imbasan mengenai kegiatan kecurangan dia tu??
sama betul keadaan Hilang Arah dengan saya……pernah bersemuka….semua salah tunding kpd saya…..tp sy isteri….kawan…fmly…semua tak tahu….banyak hati perlu dijaga….saya cuma ada diary…tulis sambil nangis….saya setia mati….tapiiiiiiii….sy dah quit kerja utk ada di sisi dia…..tp Allah uji…..1 persatu kecurangan dia Allah tunjuk….terlanjur yang sangat teruk….sy penat dengan semua ni…
Amat berat kisah saudara kerana sudah 22 tahun, kisah sy ini dapat dikesan awal akan tetapi Nasi sudah pun jadi bubur, amat memedihkan jika tuan bertahan seorang diri kelak akan memakan diri. Sy sendiri tanggung 2 bulan dan sy lun x sanggup akhirnya sy kongsi hal tersebut kpd ahli keluarga sy. Ringan beban sy skrg. Dekatkan diri dgn solat, baca Al Quran agar Kita dpt ketenangan.
Saya dah bertahan selama 3 tahun Sekrg. Saya simpan aib dia n Saya Demi anak2. Setiap hari Saya makan hati. Kami hidup Ibarat roomate bukan suami isteri yg normal. Anak2 tak tau secata terperinci cuma ingat pertelingkahan biasa.
Saya tak sampai hati nak bercerita dgn sesiapa lebih2 lagi keluarga mertua kerana mereka dah tua dan uzur. Takut mereka tak Boleh menerima hakikat perbuatan anak perempuan dan anak tunggal mereka dan memudaratkan kesihatan mereka pulak nanti.
Setiap kali tergerak hati nak berkongsi dgn mereka, saya sedih memikirkan penerimaan mereka nanti. Jika Saya sampai terkesan dan merana n makan hati sampai sekrg. Apatalah lagi buat mereka.
Btw. Isteri Saya curang dan berkawan selama sebln seblm Saya discover dan tak sampai ke peringkat bersentuhan. Tapi sudah cukup melukakan. Sampai Sekrg Saya masih tak dpt nak ampun kan perbuatan ke curangan dia walaupun setiap hari seblm tido dia Mohon ampun dan hari raya baru2 ni. Saya cuma ckp, doa pada Allah supaya bukak hati saya utk ampun kan perbuatannya kerana Saya masih tak ampun kan.
Dia dah bertaubat dan menangis setiap solat Mohon pengampunan pada Allah. Itu Saya lihat setiap hari. Tapi hati saya dah hancur dan tawar pada dia kerana sampai hati curang pada suami yg tak pernah menganiaya dia.
Biar Allah aje yg tentukan kesudahan rumahtangga Saya Sebab hati saya dah hancur dan tak dpt diubati lagi. Saya serah kan 100% pada Allah utk tentukan perjalanan rumahtangga Saya. Saya berserah dgn apa2 sekali pun ketentuan Allah.
Saya Redha!
Kes tuan x complicated mcm kes sy, jika begitu , sy sarankan agar tuan menasihati isteri agar dia bertaubat nasuha. Dan jika boleh ajak lah isteri bersama ke tanah suci moga dia kembali ke pangkal jalan Dan menyesali apa yg telah dibuat. Sy doakan tuan tabah hadapi dugaan ini. Apa2 pun kesihatan tuan kna jaga . Jika tidak merana nya sgt teruk, dan boleh menyebabkan keadaan lebih teruk.
Tkasih atas nasihat. Btw, saya Dpt tau dia curang 3 bulan seblm kami mengerjakan umrah dan tau in details Apa yg berlaku selasa mengerjakan Umrah. Remuk hati Allah aje yg tau.
Tkasih sekali lagi. Sama2 Kita doa supaya Allah memelihara hati dan kesihatan Kita dan hati Kita supaya tidak menjadi dan melakukan perkara yg sama mereka lakukan. Amin
Maaf jika pandangan sy buat en. AIAI Tak boleh terima, 1 je sy nak tnya kenapa sekali isteri buat silap suami terus taknak memaafkan..sy tahu hati en. terluka, sy sdiri 15tahun dikhianati oleh suami berulangkali…kerana anak sy bertahan, turunkan ego encik lagipun wife dah betul2 menyesal & bertaubat, en.rasa hati dah tawar, beri lah sekali peluang utk wife en. Ikhlas kan lah hati en. Ingatlah kembali hubungan manis korang berdua..
En.kena ingat dunia dah akhir zaman, susah nak temui pasangan rumahtngga bahagia kerana salah seorang suami atau isteri tidak utamakan Allah dalam segala hal.
Pandang anak2 en. Sy doakan Allah kekalkan rumahtngga en.hingga ke akhir hayat, Allah buka kan hati en. Utk ampunkan dosa2 isteri en.
Moga kebahagiaan milik kamu semula..
Buat suami yg teraniaya.. Sy memahami situasi tuan. Sy jg pernah berada dlm keadaan tuan. Tp sy sbg isteri. Bkn sbg suami. Sy tdk tahu sejauh mana kecurangan suami. Saya cuma tertangkap mesej bersayang2 dgn rakan sekerja nya. Sy mengamuk n suami mohon maaf n terus tdk berhubung dgn perempuan tu. Suami jg telah Block no perempuan tu ats permintaan sy. N perempuan tu juga telah berpindah dr tmpt kje suami.
Sejak dr itu.. Sy sukar lupakan ap suami buat. Sy sentiasa cek telefon dia. Kejadian tu berlaku 2015..skrg 2019..sy terjumpa beberapa keping gmba perempuan n 1 gmba selfie dgn perempuan. Sy namakan perempuan tu A. Sy mengamuk jgk la n tanya kenapa simpan gambar si A. Suami jwb suka2 atau saje2. Suami jwb bkn gmba si A je ad.. Gmba org lain ad jgk tp dh delete. Gambar A tu sbb x jumpa utk delete.
Sy rasa sgt tertipu. Kalau xde ap2 masakan blh simpan gmba A kn. Tp suami mati2 ckp die xde ap2 dgn A. Sy sebenarnya masih trauma dgn kes 2015. Jd sy skrg sentiasa bergaduh dgn suami.
Suami beribu kali minta maaf. Sy maafkn sbb mikirkn ank2 tp sy x dpt lupakan.. Sehingga skrg sy sentiasa curiga n kami kerap bergaduh..
Setelah hampir 2 bulan setelah sy menulis di ruangan ini, akhirnya sy dpt jawapan sy, Allah telah tunjukkan pd sy semua jawapan selama ni yg sy hajatkan. Perbuatan isteri telah terlalu menyimpang jauh. Di waktu ini, kami hny menunggu masa shj, setelah 2 bulan Sy hidup dlm keadaan amat sengsara. Sy merujuk pada ceramah seorang ustaz . Ustaz tersebut berkata andai si suami mampu memelihara aib isterinya itu, maka Allah akan angkat darjatnya. Kedua, andai si suami tidak mampu memelihara aib isterinya, maka lepaskan isterinya. Ikut prosedur2 undang2 agar suami terbela keadilannya. Terdapat undang2 keruntuhan rumahtangga yg disebabkan oleh orang ketiga. Ia akan dijadikan sebagai pengajaran kpd si pencurang2 dan perosak rumahtangga orang. Jgn terus ceraikan si isteri kerana Kita di dalam keadaan emosi yg tidak stabil, ambil langkah2 nasihat dari pejabat agama, ustaz2, peguam yg berkaitan dgn mahkamah syariah utk kita dptkan pembelaan yg Adil buat kita dan anak2. Terima hakikat jodoh kite sehingga disini sahaja. Allah telah tetapkan jodoh kita hingga disini shj. Allah Maha Adil, Allah mahu berikan kita yg lagi baik utk masa depan Kita.
saya nangis baca rumusan yang tuan buat ni….sebab sy impikan perkahwinan yang bahagia hingga hari tua….tapi semakin hari semakin byk hint2 yang Allah tunjuk ke arah berpisah…..sy kekadang cuba melawan takdir Allah….cuba berpura-pura yang keadaan akan baik2 saja….tp semakin hari hati saya semakin pedih…..saya pernah memafkan pada tahun 2014….dan 2017 dan 2018 rupa-rupanya lagi dahsyat yang dia buat….saya di tempat kerja….sentiasa keep in touch tanyakan dia….terkejar2 ambil anak….msk dinner…prepare utk hari esok…tp akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……..dia tak minta maaf……cuma masih menafikan….tp sy percaya semua tu betul….
Salam, sy telah berkahwin dgn suami sy selama 3tahun lebih dan mempunyai seorg ank yg comel berumur 2tahun lbh dan skrg sy jgk tengah mengandungkan anak ke2 4bulan. Beberapa hari yg lalu suami kantoi telah bermsg dgn ex scandal dia dulu sebelum kami kawin, dan msg itu adalah pada sebelum sy mengandung. 5 bulan yg lalu abg sy disah kn meninggal kerana kemalangan jalan raya, dan sy dan ank hntr jenazah abg blk ke kg. Pada masa itu suami x dpt blk atas dasar urusan kerja, so tinggal la dia berseorgan. Di sana bermula dia curang oada sy, kwn dia bg dia mkn dadah (siabu) dan dia x dpt kawal nafsu. Dia jgk melanggan pelacur beberapa kali masa sy d kg. Dan sy langsung x tahu menahu ttg hal ini. Dan selepas sy disah kan mengandung suami telah berubah, dia latan sy dgn sgt baik. Dan rupanya dia telah buat salah pada sy sbb itu dia layan sy dgn ank sy sgt baik. Apa perlu sy buat? Ini bkn kali pertama suami curang. Sy minta di lepaskan tp dia enggan. Dgn keadaan sy mcm ni.? Sy pernah ingin membunuh diri dan ank sy dgn cara meminum clorox tp suami sempat henti kan.
Assalamualaikum puan. Jangan sia-siakan nyawa Allah bg. Namun kuatkan diri. Ada baiknya puan bertanya dan mengadu di pejabat agama berdekatan. Mereka lebih arif. Sabar ya puan. Dunia hari ini memang banyak godaan. Semoga Allah meringankan segala urusan puan.
Assalamualaikum..
Saya ingin sharing apa yg saya alami dalam sebulan yg lepas.
Usia perkahwinan kami baru berusia hampir 11 bulan.
belum cukup setahun.
ternyata sy bukanlah individu yg utama di hati nya.
rupanya dia ada hati dgn senior di tempat kerjanya.walaupun beza mereka hampir 10 tahun.
tp who cares? hati sy sakit sgt. rasa dikhianati yg amat perit untuk ditelan.
long story short, sy memilih untuk maafkan dia dan mencuba melupakan segala yg terjadi.
doakan diberi kekuatan itu.
Assalamualaikum..terima kasih ats perkongsian ini..sye athirah ingin brtanye kn pndapat..sye telah disakiti oleh bf sye..kami dh 4 tahun brsame dan telah mngenali keluarge masing2..sye percaye pde dye yg dye xprnah curang..slame 4tahun brsame sye selalu sruh dye brterus terang jika dye prnah curang..sye selalu rse mcm dye ade sembunyikan sesuatu..pde satu hari sye telah wasap dye dgn no yg lain dan mnyamar mnjadi seorang yg brname sarah sdangkan sye tdak prnah thu pon yg brname sarah tu adk angkat dye dulu mse kami bru bercinta..sye teruskan mnjadi sarah dan brtanye semua tentang dye..dye cerita semua nye..dan sye xsangka dye prnah keluar dgn ramai prempuan sbelum ini..peritnye rse bile org yg kite prcaye tbe2 curang..dlu dye memg seorang yg suke lepak dan blk lewat mlam..disebabkn sye dye sanggup brubah untk sye..selepas dripde itu sye ajak dye brbincang dan dye cerita segalenye..Allah saje yg thu ape yg sye rse mse tu..sye tiade tmpat mngadu..sye cume pendam dan mampu mnangis sorg2 diri bile teringat ape yg dye buat..sye buntu..xthu nk buat ape..sye hanye mampu brdoa supaye dye brubah..patutkah sye prcayekan dye semula? Ibu dye chat sye di wasap sruh maafkan ank dye sbb nak sye jdi mnantu dye..tpi ibu dye thu ke ape yg sye rse..disebabkn ibu dye sye terima dye semula..tpi sye rse lain selepas bgi peluang kedua kt dye..mcm xrse ape2 dh sbb hati sakit sngat..patutkah sye mneruskan hubungan ini? Adekah dye xkn mngulangi lgi ksalahan itu? Tlong bgi nasihat pde sye
Salam
Saya baru hampir 1 bulan dapat tau yang isteri saya menduakan sya. Selama 5 tahun kahwen dengan ada 2 orang anak. Kisah nya pada awal perkahwinan kami sy telah curang pada dia dan pada 2016 kami dah duduk asing atas dasar kerja. Dan pada 26/10/2018 sy balik ke johor dari kuantan untuk membuat ulang tahun kelima. Tetapi allah nak tunjuk . Smpai rumah isteri saya sedang ber msg dengan teman lelaki yang dah hampir 1tahun ada hubugan .suami mana boleh terima bila belajar nak jadi lagi baik lagi elok yang ditergur oleh isteri tapi telah ditikam dari belakang. Hancur ni jgan cakp. Mayb nak balas dendam . Sebb dulu tak bekerja. Tapi skrg baru berkerja dengan duduk asing . Memg silap sy sendiri. Tapi nilai setia tu tak ada.skrg dah duk sekali. Tapi tak tau ape rasa ni. Sedih marah kecewa lemas. Sampai naik mental.
Sy telah bkahwin dgn suami sy selama 8 tahun. Selama ni hubungam kmi suami isteri sgt bahagia walaupun kmi blm dikurniakan anak. Tpi sejak raya haji yg lalu hbgn kmi suami isteri mula ada masalah disebabkan sy dpt tau suami mula rapat dengan rakan sekerjanya. Smpaila awal bulan ni sy found out dri mulut ppuan tu sndri bahawa dia dan suami sy suda tlanjur lebih 3 kali! Perasaan sy pada masa tu hancur, kecewa, sedih, bingung.. Sy xtau apa nak fikir.. Bkali2 sy tnya suami sy kenapa dia sanggup bzina dengan janda muda anak 2 tu.. Dia bgtau sy kerana nafsu.. Ya Allah.. Sy isterinya.. Kenapa dia sanggup buat perbuatan tkutuk begitu walhal dia ada isteri yg sentiasa menyambutnya dengan senyuman depan pintu setiap kali dia balik kja.. Kenapa dia takde rasa guilty bila melihat wajah isterinya di rumah selepas bzina dengan ppuan tu?? Bila sy minta untuk dilepaskan dia tak nak.. Dia ckp dia syg saya tpi kenapa dia boleh buat perkara jijik tu? Skrg suami kata dah tak nak ulang perbuatan tkutuk dia lagi.. Sy minta dia berhenti dari tempat kerjanya sbb ppuan tu masih lagi kerja di sana.. Tpi suami tak nak atas alasan dia tak tahu nak kerja mana lgi.. Skrg susah nak cari kerja baru.. Sy tak sanggup suami kerja 1 tmpt dgn ppuan murahan tu.. Apa sy perlu buat??? Masa yg sama sy masi sayangkan suami sy.. Sy tak sanggup kehilangan suami sy.. Sy btl2 buntu.. Sy maafkan perbuatan suami sy tpi sy tak akan pernah lupakan apa yg dia pernah buat pada sy.. Stiap hari sehingga ke hari ini hati sy slalu sakit, sering merasa takut sehingga satu badan menggigil stiap kali suami pegi kja.. Sy trauma slps semua ni tjadi.. Kwn2 sy advise sy utk bpisah dengan suami tpi sy tak kuat nak tanggung sakitnya hati kalau suami dah takde disisi.. Sy tak sanggup nak tidur keseorangan dlm bilik.. To avoid the pain, sy memaksa diri utk fix hubungan kmi.. Sy cuba sedaya upaya utk bfikiran positif walaupun berat & susah.. Sy tak kisah hati sy sakit hari2 mengenang perbuatan suami sy itu.. Am i doing the right thing? Sy benar2 buntu.. Tak tau apa nak buat ??
Maaf puan, jika apa yg akan saya tulis ini.tidak spt yg puan harapkan..saya pernah melalui semua yg kwn2 kita share dlm blog ini..semua jln ceritanya seakan-akan sama…pada awal dahulu, saya spt spt puan dan kwn2 yg senasib..berasa sedih..rasa dunia ni sempit..marah…tapi masih ada perasaan sayang……SAYANG?
sebaliknya saya rasa menyesal knp..x biarkan mereka..knp saya x suruh sahaja mereka berkahwin..mengapa saya nak mengamuk..mgapa saya nak berasa sedih..mngapa saya ikutkan perasaan hati yg ketika itu rasa kosong?…Bodohnya saya … Knp saya berfikiran begini..bila kita mgamuk..marah..w/apun dia kata x jumpa lagi atau apa2 alasan..kita boleh.pastikah perkara tersebut x berlaku lagi..mgkin x lagi dgn ex..tapi jumpa yg lain pula..kita nak bersedih lagi? X perlu puan..biar..ckp terus.. kalau betul kahwin aje..kita x mggalakkan zina..kita terlepas dr dosa.sbb konon alasan yg biasa diberi..mereka x sggup nak kahwin lain sbb sayangkan kita…huh!”jgn berlakonlah..itu semua ayat2 racun perosak…kalau betul sayang..mereka x akan buat sanggup melukakan hati kita…Sekali terluka..puan rasa mudahkah parutnya tanggal? Saya x tahu puan, tapi saya sekali dikhianati..sampai mati tidakkan saya lupakan..walaupun parutnya luaran hilang…bekasnya tetap ada….
Terima kasih. Sy baru melaluinya dan ia amat menyakitkan hati dan perasaan sy. Setiap perilaku dia bersama wanita itu sentiasa bermain dimata sy. Dan bertapa ego dn bongkak nya dia diwaktu itu. Masih terbayang dimata sy senyuman dn ketawa wanita itu bangga dpt menjalinkan hub sulit dgn suami sy. Mereka fikir sy x tau .. Kami bergaduh.. Dn keluar dr rumah. 1000 rahmat sy rasakan.
Tp… Dia lupa. Sy amanah dr allah yg terpikul dibahu dia.. Dia khianati sy, dia zalimi sy, dia aniaya sy. Demi Allah.. Doa sy tk pernah putus2.
Allah dan malaikatnya adalah penjaga org2 yg teraniaya.. Setelah hmpir 2 minggu.. Dia merayu.. Mohon ampun maaf.. Ktanya jiwanya x tenang dn tenteram. Kesihatan nya terjejas dia x kuat tnpa sy.. Dulu…. Dia angkuh, bongkak, sy isterinya, sy isterinya yg jaga kehormatan utk dia hina dn ltk tmpat plg bawah… Menerimanya.. Ibarat menoreh2 hati sendiri. Sungguhpun dia dh berubah.. Tp hati sy dh berderai… Jujur… Sy dh tawar hati pd dia.. Dan hingga hari ini sebenarnya sy belom memaafkn dia..
sy jg mengalami seperti pn.. sy msh bersm nya kerana sy xmmpu melihat anak menangis bila mencari dia… tp ati sy hancur.pd sy, dia memberi sy bebanan kerana sy tiada pilihan… memilih utk meninggalknnya menyebabkn anak sy kehilangn ksh syg papanya…sy mmg xmmpu utk memaafknnya.pd sy dia xlayak utk disygi…
Saya faham perasaan puan…luka yg tinggal, parutnya tetap ada..walaupun hilang..kesannya tetap ada..kita sahaja yg tau dimana puncanya luka tersebut..MAAF? Bagi saya..saya TIDAK AKAN Memaafkan..tetapi jika dia memohon ampun, bertaubat pd Allah, Allah ampunkan dosanya..ucpn maaf dia kpd saya akan automatik “On”..(bukan mudah nak bertaubat..bkn hanya ucpn..bkn boleh sekali memohon ampun pd Allah..berat sebenarnya..perlu dgn jiwa raga…:pndpt saya!:’so Saya serahkan kpd Allah..Yang Maha Adil..Maha.bijaksana..)
Assalamualaikum sy dian saya ada tanpa sengaja telah melukai dan mengkhianati perasaan sahabat saya walaupun hakikatnya saya hanya buat yg terbaik untuk semua bukan untuk busuk hati atau dengki padanya sebabnya maaf saya tak dpt cerita sebab pelihara aib semua cuma saya nak minta pendapat kenapa kesalahan saya ni susah untuk dilupakan dan dimaafkan semacam tiada peluang
saya berubah dan perbetulkan kesilapan kepada sahabat saya tu saya sgt sgt menyesal dah mcm mcm saya lakukan tetap dia sama jugak dgn kelakuan dia akhirnya saya yg menderita apakah saya harus saya buat lagi untuk tebus dosa dosa pada sahabat saya tu dan kepercayaan itu kembali ?
Assalammualaikum, seorang yg kita syg, yg kita percaya, yang slalu ada di depan mata kita, bertahun2 kita jaga hubungan ne tapi rupanya menyimpan dua ati dlm hidupnya. Memang betul sememangnya kemaafan itu boleh diberi, tapi sukar untuk percaya kembali kerana kepercayaan itu lagi bernilai. Dya meminta peluang kedua bersama saya dan membetulkan keadaan, Ya allah besar sungguh dugaan yang perlu sya terima setelah dya berjanji utuk berkahwin hdup bersama, kenal kelurga msing2 .. kenapa baru sekarang segala2nya terbongkar??itu yang bermain dlm pikiran saya setelah 10 tahun menjaga hubgan ne….sakit hati ne cuma allah yg taw sakit sgat, dya ajar untuk setia tapi akhirnya dya rasakan kita sakit dicurangi.., untuk insan yang bernama I saya harap apabila saya pergi jauh dari sini kau boleh belajar untuk menghargai seorag permpuan.., jika allah suda tentukan kita jodoh allah akan satukan kita juga.., saya doakan kebahagiaan, kejayaan hidup dan kesihatan yang baik sentiasa bersama kw..
Selamat sejahtera..saya ada satu org girlfriend..dan kami bercadang utk berkahwin hujung tahun nie..kami sudah jumpa org tua masing” dan kami direstui..satu hari saya sibuk dgn krja sehinggakan masa utk saya luangkan kpd dia skejap saja dan semenjak itu saya rasa perangai dia mcm berubah..saya rasa mcm tk prcya..jadi saya buat satu whatsapp baru dan berlakon jdi org lain..saya chat dia dlm whatsapp baru tu kemudia saya ajak dia bercinta dan dia terima..saya sgt kecewa..dan saya telah berterus terang dgn dia yg saya buat whatsapp baru utk kenakan dia..dia terkejut dan dia mnta satu lagi peluang utk bersama dia..saya bgi dia peluang kedua..dan selepas satu bulan saya bgi dia peluang..saya dpt tahu yg dia ada lelaki lain lagi..saya jumpa dia dan terus periksa telefon dia dan saya sempat tengok dia chat lelaki tu dan panggil syg..saya putus dgn dia..kemudian dia merayu kt saya dan minta satu lgi peluang yg terakhir..saya bgi lgi peluang utk dia sbb saya sayangkan dia..tapi walaupun saya sudah bgi peluang saya tetap tk percayakan dia lagi..apa yg harus saya lakukan sekarang ini? Adakah putus dgn dia ataupun beri lagi peluang yg terakhir utk dia?
salam hafiz, saya rasa dah cukup peluang yang diberi pada gf awak. saya sendiri perempuan dan saya faham. cukuplah beberapa kali peluang diberi dan dia tetap menipu. perempuan ni senjata dia pujuk rayu. tak mustahil dia akan buat lagi sebab dia fikir its okay..if awak dapat tahu lagi awak akan maafkan dia balik dengan pujuk rayu dia tu. dia pun tahu hubungan dah serius, dah jumpa parents, dah rancang kawen, tapi kenapa still gatal dengan orang lain?beberapa kali pulak tu.
saya tahu susah, tapi cuba fikir yang Allah mungkin tengah cuba untuk tunjukkan sesuatu bila dia kantoi beberapa kali. mungkin dia bukan yang terbaik untuk awk. tapi semuanya masih terpulang pada awak. ini sekadar pandangan saya.
semoga semuanya dipermudahkan untuk awk.
putus je betina mcam tu … kn dh kahwin prgi menyondol dgn jantan time ko xde … lg susah … mulakn hdup bru msih rmai prempuan di luar sna yg baik