Bagaimana Untuk Belajar Percaya Kembali Setelah Dikhianati?

belajar percaya kembali
Mampukah kita meruntuhkan tembok keegoan dan harga diri untuk percaya kembali?

Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?

Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. It’s feel torn apart inside.

Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.

Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…

…namun adakah semudah itu?

Semudah dengan mengucap maaf?

 

Belajar Untuk Percaya Kembali Setelah Dikhianati

Saya tahu, memang sukar untuk kita percaya kembali.

  • Bolehkah percaya kembali kepada suami yang curang?
  • Bolehkah percaya kembali kepada isteri yang sanggup menduakan suami?
  • Dapatkah anda percaya kembali kepada sahabat yang memburuk-memburukkan kita dari belakang?
  • Mampukan kita memberi kembali hati kepada si dia yang menghancurkan harapan dan perasaan hati?

Ya, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita.

Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.

Bagaimana kita ketika itu?

Mampukah kita untuk memberinya peluang setelah dia membunuh saudara mara, keluarga dan rakan kita?

Sepertinya agak mustahil bukan?

Walaubagaimana pun, kepercayaan  adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan.

Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.

Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.

Sebabnya adalah untuk kita.

Supaya kita bebas dari bebanan.


1. Beri Diri Kita Masa Untuk Bertenang

Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahalu.

Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati.

Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat.

Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu.

Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati.

Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.

Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.

Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.

InsyaaAllah, kita akan cepat recover dan dapat melepaskan rasa gundah &  kesedihan yang bersarang dihati.


2. Berhenti Mencari Jawapan

Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.

Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa.

Ini adalah suatu perkara yang kita tidak boleh kawal atau jangka, dan tidak juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.

Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.


3. Masa Hadapan Adalah Berbeza Dengan Masa Lalu

Masa depan kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu.

Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.

Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain.

Kerana ia mungkin akan sentiasa membebankan hidup kita.

Ia ibarat membawa batu didalam beg kita disepanjang perjalanan kita.

Kita terus mengutip dan mengutip lagi lebih banyak batu. Pasti berat bukan?

Tetapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita mengosongkan batu-batu itu dari beg kita, pasti kita akan hilang beban dan dapat untuk meneruskan perjalanan bukan?

Begitu juga dengan hidup, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan yang baru.

Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih orang untuk dipercayai.


4. Pengalaman Hidup yang Mengajarkan Kita

Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan.

Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.

Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.


5. Terbuka dan Berterus Terang

Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa.

Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya.

Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.

Jika anda rasa dalam persahabatan semula itu menuju kearah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin.

Cepat atau lambat, InsyaaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu-dulu.

Mungkin dengan sesetengah kawan yang lain, yang mana anda mungkin pernah sangat rapat dengannya, adakalanya anda merasakan anda tidak lagi mampu untuk mempercayai dia untuk sepenuhnya.

Tapi anda tiada masalah bila bersamanya, maka dia telah bertukar status dari kawan baik kepada kawan biasa.

Itu adalah tidak mengapa, ia perkara biasa.

Relationships do change sometimes.

 

Penutup:

Berilah Kemaafan Walaupun Sukar. Belajar Untuk Percaya Kembali

Sebenarnya ini adalah perkara yang pertama sakali yang harus kita buat, memberi kemaafan.

Walaupun sukar, walaupun seperti tidak rela.

Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan.

Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusia tidak akan pernah melupakan.

Memaafkan bermakna kita telah melepaskan kesakitan yang telah kita tanggung. Memaafkan akan melapangkan jiwa kita.

Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendam dan menikmati hidup seadanya.

Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.

Hanya orang yang punyai jiwa besar mampu memberi peluang kedua kepada orang lain.

InsyaaAllah, bila anda dapat melakukannya, anda akan merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan yang belum pernah dirasakan.

Oleh itu apa yang terfikirkan oleh anda sekarang ini?

Cakap senang, tapi yang nak buat tu memang susah, kan?

Jadi bagaimana?

Kongsikan fikiran & isi hati anda diruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

163 thoughts on “Bagaimana Untuk Belajar Percaya Kembali Setelah Dikhianati?”

  1. Selamat tenggahri,semua di sini nk berkongsi cerita…mahligai sya bina dh berubah…sya kecewa..strss..hmpa..perlu ke sya percya suami sya kembali sdh menduakn sya..perlu ke sya berpelukan suami yg sdh bersma pmpuan yg x halal sya ase jijik…sy dh hilang keprcayaan terhdp suami…tlng bg nasihat sy buntuh

    Reply
    • Seperti yang kita baca diatas … kita dekat kan diri dengan Allah insyallah sis kita ada mendapat pentunjuk nya.Semua ini terjadi ada hikmah nya yang kita sendiri belum tahu.memang berat hati kita untuk menerima suami yang kita fikir hanya hak kita rupanya kita berkongsi dengan perempuan yang tiada harga diri.Sis kalau sis fikir buat masa ini sis susah nak menerima sentuhan suami sis…walaupun sebenar dia berhak sis tolong lah berterus ternag dengan nya dan supaya dia paham akan situation ini. Untuk mengbina kepercayaan selepas ini memang susah dan mengambil masa yang agak lama tapi semua ini terpulang kepada iman dan akal fikiran seorang itu sendiri.
      Yang saya dapat tolong sis adalah setiap kali sis terbayang apa yg terjadi sis ambil lah wuduk dan bawa solat atau lawan berzikir.
      Perkara ini terjadi fresh kat saya sekarang….. Tuhan saja tahu bertapa sakit nya saya terpaksa sembunyikan ia dari anak anak dan keluarga….cara saya cuba tenangkan diri adalah saya tgk video kanak kanak di palestine terus saya pujuk hati dan fikiran saya. Masalah saya – ada lah sehilangan suami buat seketika kepada perempuan murah dan tidak bermaruah tapi mereka yg di palestine lagi menghadapi masalah besar dari kita. Insyallah sis akan tenang.

      saya pujuk diri saya allah pilih kita untuk semua ini kerana allah kasih kan kita. Allah tidak akan memberi ujian di luar kemampuan hampa nya.
      Saya pun trauma sis…. perempuan murah tu bagi saya semua gambar romantic mereka dan video durang tidur bersama….maseh fresh di mata dan fikiran saya.

      Reply
  2. Assalamualaikum sahabat islam semua,
    Sakit hati,pedih,terluka semua tu sy sudah lalui dlm masa beberapa bulan ni..
    Sungguh tidak terduga ini takdir yg tertulis buat diri sy setelah 6 tahun hidup bersama suami tercinta..suami telah mengaku dia telah menduakan saya,mengakui telah meniduri pereempuan lain yg mana perempuan ini adalah ex-fiance dia,dia telah berkahwin dengan perempuan tu tanpa pengetahuan sy di thailand.Penipuan demi penipuan terdedah setelah dia mengakui dia membelakangi sy sebagai isteri dia,perhubungan kami dr sehari ke sehari diakhiri dgn pergaduhan yg berpanjangan..sy sudah buntu sbb di akhir pergaduhan tiada jalan penyelesaian di temui..Cuma sy mintak sy satu jer dr suami,andai dia sygkan saya,sygkan hubungan ni,tolong lafazkan kata -kata keramat kpda yg menjadi ‘perosak’ rumah tangga kami,’perampas’ kebahagiaan sy…
    Untuk kawan -kawan yg senasib dengan sy,bantu lah saya,apa harus sy lakukan,ckrg jiwa sy kosong,0% kepercayaan terhadap suami ,cuma ada bebanan dalam kepala yg harus dipecahkan…

    Reply
  3. suami berkahwin tanpa pengetahuan sy selama 10 tahun…lamanya dia menipu sy. dan rahsia terbongkar apabila mereka bercerai..betapa kecewanya hati sy..how to move on..????

    Reply
  4. saya pernah dikhianati dgn suami sndri waktu 5bulan kahwin..dia curang dgn bekas isteri dia,,dan setelah dipujuk rayu..saya terima dia kembali sbb ad rsa syg lg trhadap dia…tapi sekarang saya msih lg trauma dgn apa yg tlh jadi..tkut dia ulangi kembali prbuatan lalu dibelakang saya. dan saya masih tdk blh terima suami saya seadanya lg dan hari2 hati saya xtenang dan rasa mcm kena tipu hari2 sbb trauma dgn apa yg jd d msa lepas. bgaimna sya nk elakkan dr prsaan bgitu? atau saya perlu cari kbhgiaan sy sendri?

    Reply
    • Kerana kamu msh sayangkn dia & kamu tidak mahu kehilangannya. Kamu juga takut kalau2 kamu berpisahnya & dia kahwin dgn wanita lain maknanya kamu akan kehilangannya buat selama2nya. Tahajud, ishikarah, mohon petunjuk dr Allah. Mohon Allah memberi hidayah kpd suamimu, mohon Allah mudahkan ursan mu.

      Reply
  5. Hi..assalamualikum..saya alami kejadian yang agk mustahil tapi bila dah terjadi saya percaya ianya benar…agak sukar untuk terima keadaan begini,untuk memaafkan bagi saya mudah,tetapi untuk mempercayainya semula agak sukar..saya seorang suami berusia 26 tahun dan mempunyai 2 orang ank kandung yg berusia baru 4 dan 2 tahun,dan saya mempunyai 2 anak tiri hasil pernikahan isteri saya sebelumnya yg berumur 11 dan 10 tahun..p’khwinan saya baru nk memcecah 5 tahun. Pada permulaannya saya memberi ruang n peluang kepadanya untuk tidak merasakan dirinya seperti p’khwinan yg pertama yang dikatakn dia t’kongkong,kene pukul n sbgainye lah yg seorg wanita xsuke.
    Tetapi lama kelamaan dia makin melebih-lebih. Dia tua dr saya 8 tahun. Layanan dia terhadap saya lama kelamaan mcm seolah2 b’ckp ngan sy bagai seorg adik..itu ape yg saya rasekn. Perkahwinannya yg dulu pun gagal disebabkan angkara orang ke 3..genap masuk 4 tahun perkahwinan, saya mengesyaki sesuatu yang saya agak musykil pada dirinya,memang saya xprnh nk check phone dye,laman sosial dye o pape yg dia wat kerna PERCAYA atas janjinye sebelm bernikah dengan saya bahawa hendak BERUBAH. Lagi 1 saya xnk dia merasa terkongkong.Perasaan saya membuak2 terasa sesuatu yg isteri saya sembunyikkn dr pengetahuan saya. 2 bulan saya mencari sebab dan kenapa dia berubah agak mendadak,cnthnye bila balik kerja kerap ckp penat sangat2,sibuk wat kerja kt tmpt kerja n mcm2 alasan lah bila sy minta tlong pape..henfon dia langsung xbg dpegang..saya turutkan kerna xnk pape berlaku p’gduhan..saya xnk ank2 saya same keadaan dengan ank2 tiri saya. 1 hari saya curi2 lihat telefon bimbit nya di fb dye mempunyai 3 akaun (siap block sy). Di phone cantact ade 5 cntct number block (bila sy ade dirumah dia akan block). Whatapp pown sama ade 5 number yg dye block (bila saya ade di rumah atau bersama dia). Saya pernah mengajukan soalan ‘kenapa di block’? Jawapannya memg xmunasabah. Ini kerana beberapa kali sy cuba curi2 lihat telefonnya selama 2 bulan berturut2 berhari2 saya mendapati yg di block jadi unblock tp history o chat activity sume dh clear cume dia terlupa nk block balik. Bila keesokknnya ngok dh dblock balik..saya musykil..pada 1 ari saya pstikan isteri saya benar2 tido saya terus gapai telefon bimbitnya dan terus unblock number2 yg dblock. Untuk pengetahuan Saya bekerja di singapore. Shift saya permanent pagi. Tiap2 hari saya bagun jam 3 o 4 pagi n saya msti keluar rumah jam 4.30 pagi. Isteri seorang guru agama yang mengajar pada sesi petang jam 1.30. Pada hari tersebut selepas saya unblock pada jam 3 pagi..saya check2 n trus check ape yg dsembunyikkn..t’tusuk hati bila tetibe memdapati akaun fb bini saya yg saya selama ni t’tipu. Dia mempunyai 3 akaun berlainan untuk memudahkan dia mengelak dr pengetahuan sy yg dia ade menjalin hubungan dengan seseorang. Belum sempat tenang saya jumpa gmbr2 dia bersama ngan laki ke 3 tu. Tambah parah tepat jam 5 pagi. Sememangnya waktu itu kebiasaannya sy sudah pergi kerja,kebetulan aritu sy cuti. Tetiba ade vibrate number yg sy unblock terkeluar “‘assalamuaikum SAYANG'”…allahu akbar! Mengucap saya time tu..saya tetap xpercaya. Saya melayan text tu dengan reply semula untuk mendapatkn kepastian..sy reply seolah2 sy adalah bini saya..mereka ade kod rahsia (untuk mengetahui bahawa benar isteri saya yg membalas?. Mereka ade “keyword” (bagi menyatakan tiada rintangan untuk menghubungi bersama). Mereka ade ayat2 dipagi hari (menandakan kemesraan n keromantikkan bg benar2 ianya isteri saya)…hancur! Musnah! Luluh! Berkecai! SEGALANYA LAH!!! Maaf teremosi..sy cube bertenang,hanya 1 yg sy bole bersabar adalah ANAK! Jika tidak xtau bini n laki uh ade lagi kew x kt dunia ni..allahu..mengucap,selawat,tasbih sume ade lah..tertanya pada diri sndri ape yg telah aq wat smpi dye wat saya sebegini?? Ape yang dia nakkn sume saya bg..ape lg yg kurang..mase?? Mmg mase agak sukar,kerna sy bkerja dsngapore mmg jmpe pd wktu mlm shj..tp sume demi keluarga. Untuk oengetahuan lelaki itu pun mempunyai isteri n mempunyai ank. Mengalir air mata bila trus n trus membalas text yg dberi..sejujurnya saya memaafkan dan sejujurnya saya sudah tidak mempercayainya lg..hanya ank2 lah yg buat sy masih bersama ngan isteri. Tp keadaannya tidak same seperti dulu. Saya cube untuk percaya tetapi selagi dia tidak memberitahu perkara yang sebenar mmg smpi bila2 sy tidak boleh mempercayainya. Saya pasti dia masih sembunyikkn sesuatu pada pengetahuan saya. Pasti! Jika bukan sekarang mungkin tuhan akan tnjukkn pada hari lain kelak..

    Reply
    • bersabarlah…Allah sentiasa bersama dgn kita…doa si teranianya terbakbur…InshaAllah…ada hikmah sebalik kejadian…sbb sy pn pernah laluinya malah lagi berat lg dari saudara…

      Reply
      • Nasip kita sama…suami saya baik ..balik selepas kerja…tapi dia buat maksiat semasa kerja ..sewa hotel dan buat maksiat dng perempuan Filipino.. so sad……

        Reply
  6. Assalamualaikum. Saya alami hal sama. Tajuk kecurangan inilah. Saya masih memberi ruang kpd suami . Byk kali saya ingin menghilangkan diri. Tetapi setiap kali itu, tuhan telah aturkan sesuatu urusan yg membuat saya tidak dpt teruskan apa yg ingin sekali saya lakukan.

    Sungguhpun sedih, tapi kpd tuhan saya tak lupa mengadu rasa hati. Sblm ketahuan curang, ibadah solat sunat & mengaji sgt konsisten sy lakukan. Dia setulus ikhlas utk anak2 & suami yg malas solat. Tak bhenti menyokong apa shj yg dia lakukan. Menggembirakan dia, berlawak bergurau & bersabar walau nafkah lahir batin dia fail sgt2. Hati ikhlas terima pemberian tuhan kpd saya ini. Sy gigih mengatur urusan kperluan rmhtgga & disiplinkan anak2 shgga kesemuanya dari sekolah rendah hingga ke form 5 dot keputusan straight A’s shj. Smua mrk puan diterima masuk ke SBP premier dgn mudah dgn sokibgan resume mereka yg awesome bkn shj akademik ytpi juga kokurikulum. Sy turut asuh anak2 ttg ilmu rmhtgga dr seawl sekolah rendah. Hasilnya, walau ramai anak lelaki, semua pandai memasak & mencuci tangan pakain sendiri. Apa lagi anak perempuan. Saya ingin suami bahagia & bangga memiliki saya yg sungguhpun anak cucu keturunan KL, saya memastikan anak2& saya cekap di dapur dlm pada sy buzy dgn status jwtan saya… Tetapi, sejak tahu dia curang…terutama di waktu saya bhempas pulas sama2 membantu dia dlm pncarian nafkah, saya jadi TERLALU HANCUR. Saya masih tak boleh move on. Byk impak dr peristiwa ini. Anak2 sy yg sptutnya ke Ireland utk jurusan perubatan, trganggu fikiran. Masuk tahun 2 sudah tak mampu teruskan. Rupanya, kesan memendam perasaan krn dlm diam mereka sudah terbaca whatsapp & sms curang papa mrlk trlebih dahulu,. Kesilapan suami krn beri fon utk anak main game & ambil gambar krn fon papa yg canggih.

    Bayangkan, setelah genap sebulan bpuasa yg tentunya dlm tempoh puasa trsebut ..segala doa & qiamulail/ mengaji saya yg mnjadi pembuka tembelang suami. Di hari raya peryama, segala2nya terbongkar. Slpas selesai ‘mengurus dapur’mertua…sy pun rehatkan badan sntara nk zuhur. Konon smbil mnunggu waktu solat..sy nk tgok gambar2 pagi raya tu dlm fon suami. Skali lg suami lalai..& tembelang pecah bila sms bertubi2 penuh pkataan ‘sayang’ masuk…
    Jika tidak krn sminggu lagi nak ke luar negara meraikan graduation anak sulung, dah lama saya hilangkan diri…. Sedih sgt..krn saya , selama 23tahun tak pernah berbulan madu sjk kahwin…sangka saya inilah pluang ke luar ngara bsama dia utk rasai bulan madu yg tertangguh dulu. Bayangkan, trpaksa menahan air mata kelukaan tanpa siapa pun tahu krn mengenangkan 1mnggu lagi nk ke ovee sea dgn dia… troaksa tahan luka demi nak settlekan hal graduation anak. Setelah dia cuba menafikan hubungan, ingtkan dia memujuk masa di luar negara. Tapi tidak, dia seperti angau merindukan kekasih haram!!! Sentuh saya pun tidak selama bdua2an dlm tempoh pjg di sana.

    Apa yg saya boleh katakan….senuanya krn ‘whatsapp group yg ditubuh utk agenda reUnion !’ Kesannya…sdg group sibuk bsembang, siperempuan ‘kwn sekolah’ lama yg admire bekas headboy ni 30thn dulu..telah try nasib…dan ia berbalas pula! Bayangkanlah, seorng perempuan yg brunur hujung 40an… bertudung labuh (di fb) ada suami segak & anak2 besar panjang… Alasannya, dia surirumah sunyi sbb suami buzy kerja…Allahu… sampai hati dia buat suami dia.. yg suami saya pun sama…

    Kini saya dah berterusan diberi pil penenang (psiakitri) ….jawatan saya sbg 2nd bos pun mcm dah tak boleh saya twruskan, sungguhpun saya cuba buat yg trbaik. Ini gara2, saya trpaksa kerap ke hospital & bercuti sakit… Saya semakin ditimpa mcm2 penyakit. Ttp saya paksa juga utk kuat. Krn anak2 masih plu aokongan saya..trmasuk suami saya juga saya ulang alik jaga dia di hospital….dia dah dpt heart attack bermula di malam saya minta dia hantarkan saya ke rmh bapa saudara..tujuan utk beri diri dia ruang berfikir…

    Sakitnya masih dalam…

    Reply
  7. Assalam..
    Sya perlukan pandangan anda semua.

    Sya ibu berkerjaya kpd 5 org anak. Sepanjang 11 thn perkahwinan sya & suami, hampir keseluruhannya di tanggung oleh sya antaranya bayaran rumah, kereta, keperluan rumah dan juga pengasuh anak2 kami. Dlm tempoh tersebut hanya sesekali shj suami memberikan sya nafkah mengikut kemampuannya. Adakalanya sepi ..

    Pd thn ke-7, rumahtangga kami diduga Allah swt. Suami sya menyatakan hasrat utk menikahi rakan lamanya. Sya tidak berputus asa untuk menyelamatkannya, dan pada ketika itu 3 orang kami yg masih kecil. Alhamdulillah, Allah swt makbulkan doa sya.

    Baru2 ini, sekali lagi sya diduga. Sya terbaca text antara nya dan rakan wanita sepejabat. Setelah meminta penjelasan drinya, dia menidakkan sekeras-kerasnya. Beliau tidak mempunyai sebarang perhubungan dgn wanita tersebut dan menyatakan masih menyangi sya dan anak2.

    Selepas kejadian itu, hati & jiwa sya kosonh. Sya tidak lagi menangis seperti kali pertama berlaku. Pandangan sya pdnya juga sepi dan sya juga tidak mampu melaksanakan tugasan sya sebagai isteri. Sya telah pun melaksanakan solat2 sunat dan di antaranya, solat istikharah. Namun tiada sebarang jawapan yang dpt sya berikan pdnya.

    Sya akur .. hampir sebulan berfikir dan smlm sya telah menyatakan hasrat utk berpisah. Dia nampak tenang menerima berita ini .. dan mengaku akan kesalahannya kerana mengabaikan tanggubgjwbnya sebagai suami. Namun dia meminta sya masa bertenang sebelum keputusan dibuat agar kami dpt menyelesaikannya secara baik.

    Disebalik kejadian ini, hati kecil sya masih ada rasa kesihan, sedih .. tp sya x sagup lagi dibebani masalah ini kerana ia sgt menganggu kehidupan & kerjaya sya.

    Sya benar2 ingin memohon pendapat anda semua ..

    Maafkan sya

    Reply
    • salam pn….masalah yg pn hadapi ni lebih kurang dgn mslh yg prnah saya lalui..saya cuma akn brkongsi dr pngalaman saya,cuma mgkn takdir & apa yg akan jd nt brbza dr saya

      Saya ketika mnghdpi ujian tu semakin saya dekatkn diri pd Allah,saya byk muhasabah diri,mta maaf kpd suami atas kekurangan mnjd isterinya selama ini,saya buat pelbagai solat sunat & bykkn solat taubat. Saya buat solat hajat & bdoa smoga Allah beri dia hidayah & rasai kesakitan uh sdg saya lalui..Allahlah tpt saya mngadu & merintih.dlm setiap sujud saya akn sujud lebih lama merintih & bdoa..

      Saya minta Allah berikan sgala kekuatan utk saya harungi krn anak2 saya,dan kini alhamdulillah setelah hampir 17thn berkahwin saya nmpk dia sgt2 menyesali perbuatannya d
      & brusaha mnjd suami & ayah yg baik..Lelaki mmg lambat matang dan kita kena akui Allah tkkn uji hambaNya lebih dr yg kita mampu..Pn byykn jg mengaji,zikir & istighfar..

      Pn jg cuba buat perubahan diri dr segi penampilan krn mmg fitrah manusia suka melihat kecantikan..brhias la utk suami perbaiki diri zahir batin..
      ini saja yg mmpu saya kongsikn kpd puan..smoga Allah beri ketabahan & kekuatan utk melalui ujianNya..

      Reply
        • Saya pun mempunyai masalah yg sama terjumpa text whatsapp suami ngan opismate sehari selepas saya cZer anak kedua… opismate dia isteri org anak 4

          Reply
  8. Assalam..
    Suami sy menduakan saya di saat sy sdg bertarung nyawa kerana kanser… dgn isteri org.. sanggup janji nk ambik pompuan tu jd isteri.. alasan pompuan tu dia x bahagia dgn suami dia dan sering dianiaya… dia rasa bahagia dgn suami saya kerana suami sy baik.. tp bila sy hubungi suami dia.. suami dia ckp mereka x de masalah hidup mcm biasa sbg suami isteri… masih bersama seperti biasa… ini kali kedua dlm tempoh seth mereka ulangi hubungan ni.. skrg suami sy dh janji utk lupakan pompuan tu kerana dia terlalu sygkn sy… perasaan dgn pompuan tu sekadar suka2… tp mcm mana sy nk percaya… utk pengetahuan kwn2.. masa first time kantul dulu pompuan tu siap hantar gambar seksi dan gambar bogel pd suami sy… sy pn dh bg kt suami pompuan tu dulu. Tp kali kedua pompuan tu yg cari suami sy semula.. dan suruh tunaikn janji utk kawen dgn dia.. entah lah.. pening memikir.. sy dh maafkn tp sy trauma.. rasa mcm susah nk percaya balik.. huhuhu..

    Reply
  9. suami sya curg dan mgandungkn pmpuan lain..beri pluang sblum bnda ni jd…byk kali da shingga la sya dpt tahu dr suami dia telah hamilkn pmpuan tu.. Hancur hati ni ..sbb pernah bg dia pluang brubh brulg kali dan skg dia hadiah sya sesuatu yg sukar utk d trima. Sya minta d lepaskn sbb merasa jijik dgn pelakuan suami.. tp suami xmahu lepaskn memikirkn kmi yg suda anak 2. Dia merayu d beri skali lg pluang….Perempuan yg d hamilkn nya dtg mnuntut utk btgungjwp…sdgkn sblum bnda ni tjadi pmpuan tu perna bjnji untuk lupakn suami sya. Sya xmahu bmadu..apalgi pada pmpuan yg mmg sgaja mhncurkn kepecayaan seorg isteri. sya bg suami pluang sbb mmikirkn kbaikan suami yg perna sya dpt…lg2 anak yg msi kecil utk mgerti. suami minta utk berkahwin utk tgungjwp…dan bjnji akn lepaskn pmpuan tu slepas pmpuan tu mlahirkn…apa yg harus sya lakukn sbenarnya…perluka sya trima semua jnji suami blik slepas brapa kali sya d tipu nya. Bgaimana mudah nya utk sya trima dan memaafkn suami sya…

    Reply
  10. Assalamuaikum.. Sy sbnrye amat memerlukan advice yg btul2 utk truskn kehidupan sy. Sy prnh mnjalinkn hbgn slme 5thn hnya spasang kekasih. Smpikn tahun ni nk berkahwin. So mulekan merisik dahulu.,spanjang tu.,blaku kecurangan dr gf sy ngn laki lain. Bukti kukuh mmg da ade. Skg ni sy hnya menatap termenung mngenangkn nasib.,perlu kahwin or tidak? Sdgkn gf sy mohon maaf pe yg blaku.,mnyesal diatas perbuatannye. Tp sy fhm manusia perlukn peluang ke-2 dlm Islam.. Coz manusia x perfect. De slh silap.. Tp ble blaku kt hbgn sy.,sy sperti tidak prcye da sukar mnerima knyataan ngn pe yg da blaku. Pe sy perlu buat? Masa bjln.. Sy buntu.. Coz prkahwinan memerlukan keyakinan yg tggi utk bsme. Keslahan tahap pe yg blh diberi peluang? Or sy mulekan idup bru ngn owg baru? Sy sygkan hbgn yg da lme ni cume keyakinan, tawar ati, sakit ati sume ade. Sukar utk go on. Tp jauh di lubuk ati sy mngatakan sy x sampai ati.

    Reply
    • Saya nasihatkan tuan membuat istiqarah beberapa kali untuk mendapat petunjuk dari Allah.

      Mintalah Allah memandu tuan kearah perjalanan kehidupan yang baik dan dijauhkan dari fitnah rumahtangga.

      Selain itu tuan boleh juga melakukan Istisyarah, iaitu seperti kita meminta pendapat orang lain. Orang tuan seperti ibu bapa contohnya.

      Perkahwinan ni bukan benda yang remeh, ia memerlukan persediaan dan ketenangan hati untuk menerima orang baru dalam kehidupan.

      Lebih baik sesal dahulu dari menghadapi penyesalan dan kesulitan di masa hadapan.

      Reply
      • Terime ksh..sy akan terapkm solt istiqarah tu. Actly sy de mtk advice dr sdara2 sy yg da bkhwen. Dan ade jgak advice dr kwn2 yg da bkhwen. Ibu ayh pn ade.. Cume sy rse sume advice hnya bkata dugaan, hikmah, bykkn bsbar, tp hakikatnye sy msih mcm ni. Sume berbeza pndpt. Cume sy xnk ceritakan pe isu sbnrnye atau buka aib sesiapa di antara sy dan gf sy pd sume owg. Sy hnya minta advice general sje. Tp ble dipkirkn, smakin lme mse diambil.,smkin serabut pemikiran ni. Smpaikn satu tahap.,sy risaukn diri sy sbb x terurus ngn btul dr segi kerja dan seharian di rumah. Nk buat kputusan cpat pun wat sy takut sbb risau kn sy slh decide kmudian ari. Sdgkan sume sdara n ibu ayh mngharapkn prkhwinan scpt mgkin.. De yg berpendapat beri masa yg lama 1tahun/2tahun pd gf tu sekiranya sggup utk perbetulkan ati n kdaan. Ada yg kata jgn sbb sperti mnghukum n beri hrapan x bertali. Ada yg berpndpt buat kputusan dlm sbln sje sama ada go on or tgglkn girl tu. Sy buntu slame 3bln lme nye hnya mncari jwpn yg mnyakitkn ati. Mohon advice lbih dlm ag dr en.

        Reply
  11. Salam. Sy sedang mengalaminya sekarang, sy dan suami PJJ atas tuntutan kerja. Sy baru mengetahuinya pada bln 3 lps. Hanya Allah sj yg tahu bagaimana persaan sy. Suami dan perempuan tersebut dah terlanjur dan sedang mengandung, suami ingin bertanggungjawab dan ingin menikah dengan perempuan tersebut.

    Kerana sy masih sygkn suami dan tidak mahu suami terus melakukan maksiat sy benarkan mereka bernikah. Sehingga hari ini, sy masih belum tahu samada mereka sudah menikah atau belum. Tiap kali sy bertanyakan tentang ini melalui telefon suami selalu mengelak.

    Sy sering berdoa smg diberi kesabaran dan ketabahan untuk hadapi ujian ini. Sy hanya berserah kepada Allah taala tentang jodoh sy dengan suami. Sy masih sygkn suami, sy sudah memaafkan suami tetapi sy masih tidak dapat melupakan apa yg telah dia lakukan.

    Sy berharap dgn entry ini sy akan kuat menghadapi dugaan ini. Dan sy yakin Allah maha esa dan Allah maha adil. Di bulan Ramadhan ini, bulan penuh keberkatan sy berharap para pembaca dapat mendoakan sy untuk hadapi dugaan ini dan doakan rumah tangga sy bahagia. Terima kasih.

    Reply
    • Subhanallah. Memang berat ujian yang puan sedang hadapi.

      Semoga Allah melimpahkan pahala yang besar atas berkat kesabaran dan pengorbanan puan. Sesungguhnya puan adalah insan yang terpilih oleh Allah. Pasti ada hikmah dan ibrah disebalik semua ini.

      Semoga puan terus positif dan diberi kekuatan!

      Reply
      • Salam tuan, ini sambungan kisah saya. Saya sudah bercerai… mungkin sampai disini saja jodoh saya dgn bekas suami. Tuan doakan saya semoga Allah temukan saya dgn jodoh yg lebih baik dan ikhlas menerima dan menyayangi saya.

        Reply
  12. Sya tleh bercinta dengannya setahun…dan terpaksa berpisah selama setahun dan tak perna jumpa..tpi sentiasa bsmz n bcall..setahun genap kami tak jumpa dia curang denga sya..dengan lelaki lain…tapi dia ceritakan semau dengan sya…selapas sebulan dia curang dengan sya…meminta maaf dan tidak mahu berpisa dengan sya…memang sakit ttpi sya maafkn dan terimah dia…sekarang kami da masuk 2 bulan untuk sling proses percaya antara satu dengan lain…adakah dia akan berterusan curang setelah kmi membina masjid…dan bisakah dia berubah dan tidak akan mengulangi kesilapan tersebut…

    Reply
    • Kita tidak akan tahu tuan.
      Dalam perkahwinan, perkara yang paling penting keyakinan dan mempercayai antara satu sama lain.

      Ada baiknya tuan melakukan perbincangan dengan orang tua kerana pengalaman mereka mampu memberi panduan.

      Dan jangan lupa berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk.

      Reply
  13. Sy sdg menghadapi perkara yg sama.suami curang hingga terlanjur bebetapa kali.berkawan dan bercinta dlm masa setahun.Sudah merancang untuk berkahwin bila selesai saya mintak fasakh.semasa dapat tahu suami curang mmg sy mengamuk suami mengaku bercinta.Tp kalau nak bercerai sy kena tuntut sendiri.Tp suami pujuk supaya sy pk kn anak2.suami sy berjanji xkn jumpa perempuan tu lg.Sy percaya.Tp kami mmg dingin.Buat hal masing2.yang penting anak2.Baru2 ni suami tiba2 berubah luangkn masa dgn anak2 tiap2 hari klua mkn.mintak maaf dgn sy sbb dah buat byk dosa dgn sy dosa besar dan dah rajin solat.3minggu slp tu perempuan tu sgt berani dtg jumpa sy cerita segala2 nya br lah sy tahu apa dosa besar yg suami sy maksudkn.Permpuan tu ditinggalkan mcm tu jer.Sy mmg dah maafkn kedua2 nya.Tp sy mmg xdpt lupakn msj2 yg sy baca dan pic2 romantik suami dan dia.Suami mengaku tiba2 teringatkn sy trus rs benci dgn perempuan tu.suami hya syg sy dan nak sy sorang.Masalahnya sy ssh nak lyn suami sepenuhnya sbb asyik terbayang apa yg suami dan dia dah buat.sy cuba nak lupakn tp ssh sgt.hati sy ni mcm ditikam2.Rasa sgt2 xdihargai.Sekarang sy hya perlu bangkit dan bina keyakinan diri.Baru lah sy btl2 boleh terima suami.Sy btl2 berharap suami sy btl2 bertaubat.Bkn utk sbln 2bln.Sy hya berdoa kpd Allah semoga diberi kekuatan utk menerima segala ujian yg diberi sekiranya suami mmg jodoh sy begitu juga jika sebaliknya.Anak2 adalah keutamaan sy sekarang.Semoga sy lebih dekat dgn Allah.

    Reply
    • Hi Wina,

      Saya mengalami masalah yang sama dgn awak. Hanya Allah yang tau perasaan saya. Bagaimana life awak skg?

      Reply
  14. Selepas 8 bulan dikenalkan dgn anak saudara kawan mama, saya igt mungkin aturan keluarga ada kebaikannya. Tapi dalam situasi saya, sangat lah nightmare. Dia sgt baik, nmpk alim, jaga solat, jadi saya pun pasang harapan dia lah jodoh yg ditunggu lepas dicurang oleh kekasih lama. Semakin lama semakin rasa merasa betapa dia ambil berat psal saya jd tak sangsi langsung kat dia. Satu hari, dia accident saya mcm org gila menangis & bergegas dgn ayah ke hospital. Sampai sana, keluarga dia pelik dgn kehadiran kami (walaupun dia dah kenalkan saya dgn rakan rakan & ibu, mak dia pun tahu rancangan nak aturkan saya dgn dia). Alih alih, muncul perempuan yg mangaku tunang dia. Betapa hancurnya hati saya Allah shj tahu. Saya diperbodohkan dgn begitu shj. Kawan dia pun mengaku sbnrnya dia bertunang pada harijadibsaya dimana pagi tu dia desak nak jumoa saya utk bg hadiah. Apa jenis manusia ni ! Saya masih mencari dimana silapnya saya sampai tak sedar dia sedang mainkan saya. Apakan daya, semua dah terlambat.

    Reply
  15. Curang pada pasangan adalah suatu khianat. Bagi lelaki mengalami perkara sebegini yg dilakukan pasangan lebih2 lagi isteri walaupun tak sampai terlanjur dan hanya sekadar ‘berkawan’ sudah cukup keperitannya.

    Bukan sahaja petit malah ianya satu penghinaan terhadap ego dan status suami. Mulut maafkan tapi masih tidak dapat mempercayai, menyayangi dan melupakan.

    Rumahtangga diteruskan demi anak2 dan tidak mahu meruntuhkan masjid tapi hidup ini penuh derita dan kekosongan.

    Doa ku pada Allah supaya di buka kan hati supaya ‘move on’ sebelum menemui kasih dan sayang lain yg bakal mengubat hati Kerana kasih dan sayang pada isteri sudah teramat kurang Sekali.

    Pada Para isteri yg dianiaya di forum ini, Ada juga suami mengalami nasib yg sama. Lebih berat lagi bagi Kami kerana terpaksa membuang ego dan mengadap status suami.

    Reply
    • Assalamualaikum wrb. Saya minta maaf jikalau apa yang saya posting ini bisa menyinggung perasaan anda semuanya, saya hanya ingin membagikan pengalaman pribadi saya kepada anda semuanya dimana saya dapat mengubah hidup saya menjadi lebih baik dan sukses. Perkenalkan nama saya Rina Apriani berasal dari Lamongan, Jawa Timur, dulu saya hanya seseorang yang mempunyai usaha warung Nasi namun karena kebutuhan saya melebihi penghasilan saya, saya dililit hutang piutang yang semakin hari kian membesar. Tidak sengaja suatu hari saya coba buka buka internet dan sy melihat postingan seseorang yang keadaannya persis dengan saya, akhirnya beliau bisa keluar dari masalahnya dan sukses Dalam postingannya beliau dibantu oleh Kyai H. Aswono Kasturi. Awalnya sy ragu menghubungi beliau tapi sy coba memberanikan diri dan mengikuti saran pak kyai, walhasil masalah hutang piutang saya selesai dan usaha saya Alhamdulillah semakin maju. Berkat beliau saya memiliki beberapa mini market dan toko furniture dibeberapa daerah di Indonesia. Saya haturkan banyak2 terimakasih terhadap beliau Kyai H. Aswono Kasturi yang banyak membantu saya. Mungkin banyak yang berkata saya berbohong dan mengada ada tapi saya berhasil buktikan, jika anda punya kisah hidup seperti saya ,hubungi saja beliau di nomor 085394774168. Mau percaya atau tidak itu tergantung anda, sebagai wujud syukur terhadap melimpahnya rejeki sy, saya membagikan nomor beliau kepada anda sekalian. Sy bersumpah demi Allah Swt ini kisah nyata. Sekian dan Terimakasih . wassalam

      Reply
    • Hmm saya pkk lg dasyat.. siap tidur lg.. ya الله sakitnye rasa.. dah bg ruang kemaafan tapi buat lagi.. mcm mne nk move on ea.. skrg ni seminggu pegi indon.. x de satu message pun tanya saya dn ank2.. saya x tau lh perasaan apa .. tp mmg perasaan syg tu dah kurang.. saya x mnghrp kasih baru.. cuma saya nk dia rasa apa yg saya rasa.. kalau الله boleh bg perasaan mcm tu pd dia kn bagus.. dah berapa kali dia bodo2 kn saya.. knp allah tukan saya dgn org yg salah. Segala aib dia saya tutup pd keluarga mmg sgt sakit.. tapi saya tahu hukum Agama .. saya juga x igin lakukan seperti apa yg dia telah lakukan.. apa yg mampu hanya berdoa dn terus berdoa agar saya dpt lupakn kesakitan ini..

      Reply
    • Alhamdullilah. Masih ada lagi lelaki yg sebegini di zaman ini. Hidup ini akan menjadi indah sekiranya masing2 tahu kedudukan dan tanggungjawab masing2. Wallahualam.

      Reply
    • Salam..sy pernah merasai pengalaman isteri menduakan sy..kerja di putrajaya berkasih dgn rakan kerja berpangkat hj suami org..pernah keluar bersama kursus bersama..cuma mereka berdua tidak mengaku pernah tidur bersama..hati lelaki naluri seorg suami merasakan mereka pernah tidur bersama bila pelakuan isteri sy berubah di tempat tidur bila kami bersama..Hanya Allah saja yang tah bila saya dpt kantoikan hbgn mereka yg terjalin selama 11 bulan..sy bekerja di melaka mengruskan anak2 seramai 5 org..penat lelah menjaga anak selama isteri bekerja di sana dibalas dengan kecurangan isteri..isteri merayu memohon maaf..si haji yg menjadi kekasih isteri mula menjauhkan diri dan memutuskan hbgn..sy jelaskan ld isteri lelaki yg dia syg tu hanya perlukan seks percuma bila mereka bersama..isteri menyalahkan sy tak amek berat hal dia semasa bekerja dinputrajaya..sdgkan tiap mlm sy tabye khabar dia da mkn ke belum..sihat ke tidak..skrg kami masih bersama kerana pikir nasib anak2 kami cuma hati pikiran sy tak dpt memaafkan isteri lg..betapa dia tegar menghancurkan hati dan kepercayaan sorg suami..gmbr mereka keluar bersama dgn ayat2 cinta cukup menyakitkan hati..tak terpikir soal dosa dgn Tuhan..suam dan anak2..sehingga kini keluarga mentua tidak tahu hal ni..sbb isteri anak kesygan berpangkat besar dlm kerajaan..emm tak sangka lelaki berumur 58 tahun berpangkat haji pun boleh hanyut bercinta bersama isteri sy..Tiap hari sy memikirkan hal ni hingga jadi kemurungan..terima kasih artikel atas menyedarkan sy tentang masa hadapan..terpikir mgkin jodoh sy dan isteri mgkin tak berpanjangan..sbb isteri tidak berterus terang byk hal ttg kecurangan dia..dan cerita2 yg berbeza2..tp Allah maha mengetahui ape yg dia lakukan semasa mereka bersama..hidup sy kini demi anak2 je..perasaan pd isteri masih syg tp tak dpt lupakan ape yg dia lakukan ld sy..

      Reply
      • Apa yang tuan lalui sama seperti saya lalui…sebagai seorang suami memang pedih dan berat sekali, tetapi disebabkan anak2 la kita masih mampu bertahan. Terima kasih juga pada artikel ini yang sedikit sebanyak dapat melapangkan hati dan fikiran untuk terus hidup melayari kehidupan mendatang, semoga Allah terus bersama dengan orang2 yg benar, semoga Allah kuatkan hati kita, sekurang2 nya kita tidak menjadi suami yang dayus dalam mencari kebenaran walaupun sebenarnya kebenaran itu akan memeritkan lagi. Semoga Allah terus memberi kekuatan dalam membina kapal bahtera keluarga. Apa yang telah berlaku tetap sudah berlaku, apa yang akan berlaku kita la yang mencorakkan nya…semoga Allah ampunkan semua dosa mereka, hukuman itu hanya Allah yg layak, semoga mereka semua diberi hidayah dan menyesali akan perbuatan yg telah terjadi. Sesungguhnya ujian ini adalah untuk kita kembali kepada fitrah pencipta kita, kita semua milik Allah, dari dia kita datang dari dia juga la kita kembali…terima kasih tuan d atas perkongsian, semoga kita (suami) terus tabah dan kuat seperti sediakala…

        Reply
    • Saya alami..peritnya susah nk dgambarkan. Tetapi ank2 penguat pada 1 tiang,lg 1 tiang tggu mase tiang baru..allahu..tak prnah nk pikirkn ini terjadi. Tp tetap berlaku.

      Reply
  16. saya anne ank saya 3 orng. telah berlaku 2x di dlam kehidupan saya dulu masa tahun 2002 kami berpisah kerana dia ada perempuan lain dan smpi ke tahap terlanjur saya dpt tau saya terima dia setelah kami bercerai kami rujuk dlm iddah kemudian dia dpt kerja di kl dia mnta pendapat saya…saya kata xpe la demi memperbaiki hubungan biar la berjauhan jmpe skali skali mungkin lg mesra.pd awl dia di sana memang kami bhgia dia kerap blik dan saya dn ank ank pun kerap naik ke sana selama 4 tahun di kl dia selalu sibuk dgn tugas harian saya sbgai isteri cukup faham keadaan dia di sana tp x sangka pd tahun 2016 saya dapat tau mereka msih berhubung dan skali lg hati saya sedih kami bergaduh dan dia mnta saya untuk terima pempuan tu. untuk apa setelah 2x dia curang dgn saya dn untuk apa sya perlu ikut kehendak dia di mana jnji setia bila berjauhan. dengan izin allah kami bercerai kali kedua pd bulan 4 dan skrg saya dh bole terima apa yg berlaku dan redha atas semua nya dan hati saya telah tertutup wlau pun mmg saya terlalu syang pd dia. dan skrg saya bahagia dgn ank ank.dia pula skrg bru tau apa yg perempuan tu inginkn hanya dirinya dan wang tnpe ank ank baru dia menyesal akui apa yg berlaku tu semuanya penyebab san dia suruh saya fikirkn ank ank kenapa baru skrg kenapa bukan 5 tahun lepas skrg peluang cuma ada skali je lagi sbb kami telah bercerai 2x saya cuma mnta masa pd dia untuk pulihkan hati dan untuk kembalikan kepercayaan dan ingatan yg telah terpadam.perlu ke saya beri peluang yg terakhir untuknya mmg skrg dia bnyk berubah cuma saya yg takut untuk berdepan dgn dia sbb nk balikkn rasa cinta tu amat berat saya x berdendam pada dia atau pun perempuan tu saya suruh dia kahwini perempuan tu sbb kami bercerai pun itu yg dia mahu tp kenapa skg baru sadar menyesal

    Reply
    • Kuatnye sis lalui… Sy skg blm dpt lupekn ape y suami bt..sy down sgt.xthu nk bgon mcm ne.. Suami 2kn ckup perit sy rse.. :'(

      Reply
    • Klu dah berulang bnyk kali .. x perlu .. biarlah berkawan dari bersama semula.. lagi pun awk dah bahagia dgn anak2.. teruskan kebahagiaan itu

      Reply
      • betul2X……kkdang org kata past is past…ya memang past tapii bukan mudah utk melupakan apa yang berlaku….

        Reply
  17. saya ada rapat dengan seorang akk ni. akak angkat lah… kitorang rapat giler… pastue tetiba jer dia pulaukan sya…. sumpah sedih giler… tpi dia mcam nak getback dgn sya blik.. tpi sya tkut dia buat balik apa yg dia pernah buat dulu…. sya sedih…

    Reply
  18. Pngalaman yg perit ni sy x kan lupakan smpai bila2..klu dh ipar mempercayai org luar (yg kononnya spy dia) drpd abg sy sdri,mndengar berita yg x sahih n tnpa bukti tnpa usul peksa dan yg paling sy x suka dia terus mghukum.. Bila mendengar berita buruk dari org luar sepatutnya cuba tnya n siasat jgn ttiba terus sembur n memaki hamun seperti org yg sudah hilang imannya..tp sy percaya yg suatu hari nti bila terungkai citer yg sbnrnya ko akan mnyesal n malu sdri n masa tu ko berusahalah tuk mngambil hati n kepercayaan aku kembali.. Allah akan sentiasa berpihak pada yg benar..

    Reply

Leave a Comment