
Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. It’s feel torn apart inside.
Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.
Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…
…namun adakah semudah itu?
Semudah dengan mengucap maaf?
Belajar Untuk Percaya Kembali Setelah Dikhianati
Saya tahu, memang sukar untuk kita percaya kembali.
- Bolehkah percaya kembali kepada suami yang curang?
- Bolehkah percaya kembali kepada isteri yang sanggup menduakan suami?
- Dapatkah anda percaya kembali kepada sahabat yang memburuk-memburukkan kita dari belakang?
- Mampukan kita memberi kembali hati kepada si dia yang menghancurkan harapan dan perasaan hati?
Ya, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita.
Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.
Bagaimana kita ketika itu?
Mampukah kita untuk memberinya peluang setelah dia membunuh saudara mara, keluarga dan rakan kita?
Sepertinya agak mustahil bukan?
Walaubagaimana pun, kepercayaan adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan.
Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.
Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.
Sebabnya adalah untuk kita.
Supaya kita bebas dari bebanan.
1. Beri Diri Kita Masa Untuk Bertenang
Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahalu.
Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati.
Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat.
Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu.
Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati.
Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.
Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.
InsyaaAllah, kita akan cepat recover dan dapat melepaskan rasa gundah & kesedihan yang bersarang dihati.
2. Berhenti Mencari Jawapan
Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.
Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa.
Ini adalah suatu perkara yang kita tidak boleh kawal atau jangka, dan tidak juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.
Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.
3. Masa Hadapan Adalah Berbeza Dengan Masa Lalu
Masa depan kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu.
Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.
Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain.
Kerana ia mungkin akan sentiasa membebankan hidup kita.
Ia ibarat membawa batu didalam beg kita disepanjang perjalanan kita.
Kita terus mengutip dan mengutip lagi lebih banyak batu. Pasti berat bukan?
Tetapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita mengosongkan batu-batu itu dari beg kita, pasti kita akan hilang beban dan dapat untuk meneruskan perjalanan bukan?
Begitu juga dengan hidup, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan yang baru.
Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih orang untuk dipercayai.
4. Pengalaman Hidup yang Mengajarkan Kita
Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan.
Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.
Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.
5. Terbuka dan Berterus Terang
Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa.
Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya.
Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.
Jika anda rasa dalam persahabatan semula itu menuju kearah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin.
Cepat atau lambat, InsyaaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu-dulu.
Mungkin dengan sesetengah kawan yang lain, yang mana anda mungkin pernah sangat rapat dengannya, adakalanya anda merasakan anda tidak lagi mampu untuk mempercayai dia untuk sepenuhnya.
Tapi anda tiada masalah bila bersamanya, maka dia telah bertukar status dari kawan baik kepada kawan biasa.
Itu adalah tidak mengapa, ia perkara biasa.
Relationships do change sometimes.
Penutup:
Berilah Kemaafan Walaupun Sukar. Belajar Untuk Percaya Kembali
Sebenarnya ini adalah perkara yang pertama sakali yang harus kita buat, memberi kemaafan.
Walaupun sukar, walaupun seperti tidak rela.
Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan.
Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusia tidak akan pernah melupakan.
Memaafkan bermakna kita telah melepaskan kesakitan yang telah kita tanggung. Memaafkan akan melapangkan jiwa kita.
Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendam dan menikmati hidup seadanya.
Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.
Hanya orang yang punyai jiwa besar mampu memberi peluang kedua kepada orang lain.
InsyaaAllah, bila anda dapat melakukannya, anda akan merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan yang belum pernah dirasakan.
Oleh itu apa yang terfikirkan oleh anda sekarang ini?
Cakap senang, tapi yang nak buat tu memang susah, kan?
Jadi bagaimana?
Kongsikan fikiran & isi hati anda diruangan komen dibawah.
Sy pun ada pngalaman dikhianati oleh kwn baik sendiri.sy bgaduh bsr hr tu. Nasib baik xjumpa.eh kalu berjumpa,pastinya bertumbuk.tp skrg dh baik.tp baik pun,baik jauh2 je la.tak kawan baik mcm sblm tu.sy xcerita psl diri sy semua.kalu dia tnya,sy bg maklumat palsu.sy mmg blh maafkn dia.tp sy xpercaya 100% langsung dgn dia.lg pun,org mcm ni,tak penting Sgt pun dlm hidup sy.ramai lg org yg kita blh berkawan.ape,bagus sgt ke bkawan dgn dia tu…
sy ad kwn baik . tapi skrg pershbatn sy dn dia dh renggang . sbb dia pnh tipu sy. bnyak prkra yg sy trsa hti dngn dia . mkin lama mkin hlg rsa kpcyaan sy dkt dia .mkin lma mkin rsa bnci . tpi sy usha spya tkde bnci dkt dia . sy tak thu nak buat mcm mna. dia tak prnh sdr wlau brkli2 sy diamkn dri seolah2 bhrp dia akn sdr dngn slah dia . malah dia buat tak twu and rapat dengan org lain . apa ptut sy buat . kkdng sy tpkir. ptot ke sy jauhkn dri dari dy. tpi sy tk smpai hati. emm
situasi kite mmg sama… sgt perit utk terimanya semula. sbb bg pluang, die mnipu lg, knon dh putus ngn pmpuan tu, pdhal xpun. smua tu terjadi ketika sy sdg sarat mngandung. smpai skrg pun rsa xblh nk maafkan suami sndri.. duk terbyg2 die dgn prmpuan tu. yaAllah.. berat sgt ujian tu, aku redha tp mmg xkn lupakan peristiwa tu smpai bile2..
Saya faham bagaimana rasanya. Cumanya dalam kes sy dia curang sebelum kami kahwin. Tapi ianya sudah belarutan selama 2 tahun. Sy cuma dpt tahu selepas kami berkahwin. Sedih sangat sebab baru saja sebulan berkahwin.saya di duga dengan dugaan yg berat sebegini. Walaupun dia curang sblm kawin tp sy tetap rasa kecewa. Dia masih berhubung selepas kahwin. Pertama kali sy dpt tahu dia tidak mengaku. Kali kedua di tanya juga tetap tidak mengaku. Dan untuk kali ketiga, sy ambil keputusan untuk keluar dari rumah dan minta untuk di lepaskan. Dan pada masa itu baru dia mengaku dan berjanji untuk berhenti. Saya rasa sangat kecewa. Sekarang kami masih lagi cuba untuk memperbaiki hubungan kami. Dia berjanji untuk berubah dan menjadi suami yg terbaik utk sy. Dia menyesali segala perbuatan dia terdahulu. Setiap hari dia memujuk dan memohon maaf di atas segala kesilapan yg telah dia lakukan. Dia cuba untuk memenangi hati saya. Sy masih lagi kecewa dengannya. Sy masih tidak tahu apa yg hendak sy lakukan. Tidak tahu samaada sy patut bagi peluang kedua atau tidak. Sy sygkan perkahwinan saya tp terlalu kecewa dengan perbuatan dia terhadap sy. Sukar untuk sy lupakan apa yg dia telah lakukan pada saya tp dlm pada sama yg sama sy juga sukar untuk melepaskan ikatan perkahwinan kami. Sy buntu dan tidak tahu apa yg patut sy lakukan ..
Nicky…saya faham dan dpt rasakan apa yg awk rasakan…tapi saya x dpt utk menceritakan kenapa…bagaimana…tapi apa yg saya lakukan sekarang yelah..setiap kali saya.solat, saya.berdoa..jika dia adalah jodoh saya yg telah Allah tetapkan..kekalkanlah kami hingga ke jannah…..saya maafkan mereka yg telah melukan hati saya…menyakiti saya…membohongi ..berlakon didepan.saya…tetapi saya.serahkan mereka kepada Allah utk menghukumnye..jika selama ini Allah sentiasa menutup aib mereka dr pndgn manusia…tetapi jika mereka yang telah bersumpah ini masih x berubah…masih menyembunyikan sesuatu..saya berdoa semoga Allah bukalah aib mereka jika itu sahaja yg dapat membuatkan mereka benar2 insaf dan sedar…saya juga berdoa..jika dgn mengambil nyawa saya dapat membuatkan dia benar 2 insaf dan bertaubat…saya sanggup serahkan nyawa saya….
Ini sahaja yg saya lakukan skrg…moral yg saya dpt dr semua yg berlaku pd saya… saya rasa kita manusia ni..sbg seorg isteri ..pergantungan pada Allah sahaja yg kekal berbanding dgn manusia yg kita sangka boleh menjadi tmpt pgntungan hingga ke hujung hayat…
Sy terlalu terluka dengan segala perbuatan dan penipuan nya terhadap saya mama. Sy percaya dia lebih dari segalanya. Dalam masa 2 tahun itu dia berterus-terusan menipu sy. Dia cuba untuk menyembunyikan segalanya. Dia juga menipu hanya semata2 untuk bersama perempuan lain. Dia kata dia sayangkan saya tapi di belakang sy dia menipu. Kami bersama lebih dari 10 tahun. Tapi dia tewas. 2 tahun sebelum berkahwin, dia TELAH mengkhianayi cinta kami. Dia pentingkan diri sendrii. Bila saya dapat tahu dan tanya pasal mereka, dia kata itu hanya untuk suka2 sahaja. Tp ianya berlarutsn selama 2 tahun mama. Luluh hati sy mendengarnya. Dia tipu sy mama. Katanya dia pergi outstation kerja tp pada masa yg sama dia berjumpa dengan perempuan itu. Bukan sekali tapi beberapa kali. Bila sy cuba untuk mengorek rahsia dia beria2 menafikan nya.
Ye, sekarang dia insaf. Dia menyesali segala yg dia telah lakukan dan mengaku itu adalah kesilapan terbesar yg dia telah lakukan dalam hidupnya. Dia juga mengatakan kalau lah dia dapa mengundurkan masa dia taakan memilih untuk menipu sy. Tapi bagi sy segalanya sudah terlambat mama. Mengenangkan segala apa yg telah mereka lakukan dan bagaimana dia menipu sy, hati sy hancur. Benar, sy masih sayangkan dia tapi sy terlalu terluka. Rasanya tak dpt nak di gambarkan dengan kata-kata. Setiap kali sy terkensng, sy menangis. Macam mana saya nak move on kalau perkara itu sentiasa menghantui diri saya. Sy terfikir .. Bahagia kah saya nanti kalau sy mengambil keputusan untuk memberi dia peluang kedua dan melupakan dan memaafkan dirinya. Tapi Boleh sy melupakan semua itu? Sy takut jiks suatu hari nanti, sekira nya kami masih bersama perkara ini akan sentiasa sy ungkit sekiranya kami berselisih faham. Boleh kah sy mengawal diri sy sendiri? Sy betul2 keliru ..sukar untuk sy terima kenyataan bila dia menyatakan itu hanya lah untuk suka2 sahaja tp ianya berlarutsn selama 2 tahun. Hancur hati sy mama …
kan..krn.terlalu sayang tp terlalu kecewa…mcm sy…kitorg dh kapel 4 tahun…tp dlm mse 4 tahun die sbnrnye prnh trlnjur dgn ex gf dlm mse sy berjauhan mnyambung pngajian…die mngaku pada saat2 trakhir dgn alasan xnk sy dgr dr perempuan tu n die diugut didedahkan perbuatannya dan bnde tu jd pun sbb pempuan tu yg gode mse kt tmpat kerja katenye…sdgkn kami dalam proses persiapan untuk berkawin thun dpn…hncur remuk hati xtau nk ckp..mnangis sndri mne silapnya sy…dgn sy die trlalu baik..respek sy..mruah sy tp ini yg jd blkg sy
Saya juga mengalaminya sekarang, susah untuk melupakan. Suami curang depan mata sendiri, mula2 mmg fikir nak cerai tp kuasa bukan ditgn isteri, suami merayu untuk peluang kedua..hati sy tetap ragu2 terhadap suami smpai skrang walaupun sikap suami betul2 nampak berubah. Mmg memerlukan masa untuk melupakan, InsyaAllah Allah tidak akan membiarkan seseorang itu dalam keadaan duka selamanya. Kebahagiaan itu InsyaAllah pasti alan hadir. Bersangka baiklah dgn Allah. Hanya itu yang mampu sy fikir untuk menjadi lebih tenang.
Puan,
Saya juga mengalami perkara yang sama baru-baru ini. Saya telah membuat keputusan untuk memaafkan dan memberikan peluang kedua kepada suami saya, Sakitnya? Hanya Allah sahaja yang tahu..Seperti puan, saya juga berserah sepenuhnya pada Yang Esa. Saya yakin Allah itu Maha Adil dan tidak akan menzalimi hambaNya…Sekiranya Allah menghendaki jodoh ini panjang, pasti akan ada sinar bahagia untuk saya,,,Seandainya sebaliknya, saya harus yakin, itulah yang terbaik untuk saya….
Allahuakbar…
Sukarnya buat saya untuk lupakan apa yang suami dah buat pada saya.
Berkali2 saya dicurangi dan akhirnya dia sampai sanggup kahwin lari dengan kawan sepejabat di Songkhla…
Hanya ALLAH shj yang tahu perasaannya…
Baru saya tahu rupa2nya saya sendiri yang menghantar dia ke lapangan terbang untuk urusan perkahwinannya di sana. Saya sangkakan dia berkursus di Kedah selama seminggu.
Sya buntu, perlu ke saya bagi peluang lagi pada lelaki yang dah byk sgt hancurkan hati saya ni??
Pernah dikhianati oleh kakak ipar sendiri.kejadian yg sukar untuk saya serta suami lupakan. Allah maha adil sekiranya bukti tidak memihak kpd suami kemungkinan hidup kami sekeluarga ketika ini amatlah sukar.mungkin anak2 tidak dpt menyambung pengajian.setelah 5 tahun berlalu bapa mertua serta kakak ipar mohon maaf.sukar utk saya menerima kemaafan setelah apa yg telah dilakukan terhadap kami sekeluarga.hanya org yg pernah dikhianati tahu rasa keperitan yg dialami.
Salam. sdg mengalami masalah ni. suami curang dgn rakan sekerja. perasaan sakit mmg tak dpt digambarkan. rasa ditikam dr belakang. rs dikhianati. sbb sy sejak sblm kawen dh igtkan suami, kalau dia rs nak kawen lg satu, bgtau sy, buat dgn cara yg betul. sy, insyaallah, tiada halangan. tp, dia lebih suka skandal dr poligami yg memangnya halal. sbb sy percaya suami bukan org yg gatal@miang nk flirt2 dgn pompuan lain. tp, hakikatnya, he cheated on me. bila kantoi, kata sj main2, tp ble sy tekan suami mngaku mmg mereka suka sama suka. sy kata kalau dh suka, nikah aje, tapi, bnyk pulak alasan. sy ckp, klu tak mampu, tinggalkan pompuan tu. sbb sy sayangkan suami, sy sedia terima dan maafkan dia. tp, sy akan ambil masa utk recover. dan suami kena tunjukkan dia betul2 menyesal dan usaha utk raih kepercayaan sy semula. tp, suami ego. awalnya baik, tp klu sy tanya apa2 kegiatan dia, dia selalu je sentap, moody. sy tanya sbb sy nak paham, sy nak details, supaya sy tak bersangka2, tp suami ttp taknak paham. bila sy bgtau apa yg sy nak dia buat supaya sy boleh percaya dia balik, dia kata sy cuba warning dia. nak cerita pun banyak sgt. smpi satu tahap sy rasa give up. klu diikutkan bnyk sbb yg membolehkan sy tuntut fasakh, atau taklik. tp sy tak buat sbb sy syg suami sy, dan sentiasa berdoa dan berharap dia berubah. tp, sampai hati dia curang pd sy?? skrg, dia kantoi masih berhubung dgn pompuan tu. sdgkan dia bgtau sy dia dh lost contact sama sekali. hati sy brtambah terluka, sbb nmpk sgt yg sy percaya dia ke tak ke tak penting pun pd suami. sy org yg sgt rasional. he knows that. dan apa2 relationship pun perlukan 2 org yg sama2 usaha utk make it works, tak kiralah susah mcmana pun. kalau hanya satu pihak je usaha, pihak satu lagi endah tak endah, apa gunanya? skrg sy rasa sgt2 nak give up. tolong bantu saya. ;( :(
SIS..KITA LALUI BNDA YG SAMA… ANDAI SIS MSIH SYGKN SUAMI CUBA UTU CARI PERHATIAN DARI SUAMI…CARI APA SUAMI SUKA…LUANGKN MASA,PALING PNTING JGN PUSH DIA NGN SOALAN2 YG BOLEH MMBNGKITKN KEMARAHAN..ITU PUNCA SUAMI HILANG MOOD BILA BERSMA.. ELAKN UNGKIT BNDA LALU..ORG KATA,BUAT TAK TAHU.. ISHAALLAH,SUAMI AKN SNDRI SEDAR KESILAPAN DIA KAT KITA.. SELEBINYA,BYKN BERDOA.. SMGA ALLAH BGI HIDYAH KEPDA SUAMI…
ANADI KATA HATI DA TWAR,TINGGALKN DIA… ITU YG LEBIH AFDAL DRIPDA TRUS MENIPU DIRI SNDRI..
Sedih bca entri ni..macam pernah ku rasa peritnya dikhianati..sakitnya tiada terperi..tringt dikhianati bekas tunang hnya selepas seminggu bertunng..amek masa berbulan untuk recover blik hati hancur ni..tp bila dah baik dtg untuk memaafkan dia..dia dah ade org lain n nk kawin..sangat bana..double broken den kena..haha..na nanis rasa..need shoulder.. Sob son sob..
Jd moralnye..mana yg pnah blaku curng tu..akui la kesilapan pada psangan..dan tunjuk la bsungguh2 meminta maaf..yakin la kalau dngn bsunguh2 pasti trbukak luas pintu kemaafan.. Moral keduanya, yg mana yg tlah dikhianati tu..jgan bharap sngt la dngn si dia..pcyala..kalau dia btul sygkan kamu dia xkan lakukan kecurangan lebih2 lagi slapas kamu mnjdi tunagnganye… Dan yakin la. Tiada ketenteraman hubungan baru yg dibina atas pengkhianatan hubungan seblumnya..kerna doa org teraniaya pasti dikabulkan..
sy mngalami situasi d atas,rsanya mmg mnyakitkn,.bkn mudah mndptkn kpercyaan..tp utk mnghncurkn sgt mudah,
sy d khianati kksih,sjak dr itu apa sja yg sy lkukan akn trbyg kmsraan mereka,tp dia ada mbrithu sy bhwa mrka tlh putus,dn ingin kmbli dgn sy,hbgn baik antra dia dgn my fmly mnjd slh stu sbb sy sukar mbri keputusan utk putus.
pd 1 hari,dia dtg kpda sy dlm msa yg sy sndri tdk sgka krna sblmnya dia bhbg dgn sy kmudian sy mrh kpda dia,sy biarkn sms yg dia hntr kpd sy,mlm tu juga dia dtg rmh dn mnta maaf,d sbbkn sy tlh tlelap dn hp sy silent(kkdg hp sy mogok xnak trima pggln huhu)dia tdk dpt contact sy dia cuba contact mak sy..
pd anda smua apakah dia srius dgn sy?
Semua trpulang pada kita..kalau kita bnar2 dah boleh melupakan kecurangan yg dia buat..munkin kita boleh memaafkan dia..tp kalau kita masih trbayang bnda yg dia buat..walau kita maafkan dia skalipun, bnda tu pasti trlintas d msa akn dtg..ni la yg akan jd punca boleh berlaku msalah rumah tangga.. Mmng mudah mnghncurkan kpcyaan org..jd sptutnye kalau dia btul2 mnghargai kita dia tahu mnjaga kpcyaan kita pada dia..sy juga telah alami bnda yg sama..shingga kini walupun bekas tunng dah kawin, hati sy, Msih tak trubat..tidak akan sy Mndoakn kbahagian dia selepas dia mcipta hubungan baru atas penghianatan dan kesengasaraan org lain.. Bsabarla sahabat.. :-)
sy cuba maafkan dia tp xmampu mlupakan perbuatan dia..bla sy mluahkan rsa marah sy pula rsa bslh..kdg trsa bodh coz xmampu mbuang dia dr hati ni????sy btl2 ikhlas tp d blas dgn pngkhianatan..sy cuba cr kekuatan tp sering jatuh bla mula mbri kprcyaan..
Assalam. Dikhianati oleh org yg kita syg..dan.percaya sgt2 sakit. Rasa xnk jumpa n tengok muka die dh.sedihnya ya Allah..setiap hari. Hidup still kuat sbb ade kekasih hati. Mereka xtahu aku tahu mereka mengkhianati aku..tp mereka merasa aku terasa :( dugaan Allah untuk menguji keampuhan hatiku bersabar . Sgt rapuh ya Allah :(
Sy prnh mengalaminya… Thn lps… Wktu mengandungkn ank k-2…. Hu2… Bkn mdh…. Tp Allah Maha Adil… Setiap yg brlaku ada hikmah yg trsembunyi… Sy cube maafkn dia… Terima seadanya…dlm masa yg sama, cube prbaiki kekurangan diri… InsyaAllah…. Mudah2an tidak akn brlaku lg.. Berusaha kmbali tawan ht suami
yaa ini apa yang saya sedang alami. dikhianati oleh kawan baik sendiri. silap saya sebab terlalu percayakan orang dengan senang dan ceritakan semua dekat dia. akhirnya, saya dikhianati. ini berlaku waktu sekolah dan tarikh serta harinya terlalu hampir nak SPM. saya terpaksa kuatkan diri dan hati saya untuk masuk dewan peperiksaan waktu tu walaupun dada terlalu sesak. apalagi bila dia duduk dekat sebelah saya. Allah perit rasanya nak tahan sakit tu. Alhamdulillah saya mampu habiskan SPM dengan hati yang tenang atas pertolongan Allah. saya maafkan semua yang dia lakukan tapi ingatan saya tak pernah lupa walau sedetik pun.
Rasa di kianati oleh org yg kita pecya sgt skit. Apa benar ka tindakan sya ni bt kputusn tuk becerai adala jln tebik tuk kmi??
sebelum kamu bercerai , fikirlah yang terbaik utk kamu dan mase depan kamu..mmg jalan penyelesaian terakhir adelah cerai..tp ia bukan menuntungkan..seeloknya berbaiklah , dan cubelah untuk berdamai..bayangkan detik kamu pertama kali mengenali dirinya..maka kamu akan rase lahir bahagia bile terkenang kembali
Pelu ka sya trma suami yg da khianati sya n ble ka sya trma dia kmbli sdng dia tk ckp apa2 bbàik dgn sya d
This is what I’m going through now… Sakit nya hanya Allah je tau.. Padehal gaduh ngan kawan.. I’m stuck right now!
sya penah alami bnda nie….. nie pasanagan hidup sya…. 2 tahun lepas pasangn sya penah belaku curang belakang sya…. skank da 4 tahun sya dengan dia…. sya nk tnye laaa … klau kita masih ragu2 ngn dia mcm ane plak….. bkan ap… sya cube percaya dia…. hakikatnya mmg susah…. ap yang perlu sya buat…. ? please..
perkongsian yg bagus..memang susah pun nak lupakan setelah dikhianati ,mungkin mudah nak memaafkan tapi dlm masa yg sama pasti kita akan berhati2.
ada orang kata hati kita ni macam gelas,bila jatuh dan pecah ,walaupun hebatnya kita ini boleh cantumkan semula gelas yang pecah tadi tetap takkan serupa dengan keadaan nya sebelum pecah pasti ada cacat celanya.
maksudnya walaupun kita boleh maafkan seseorang tu ,berkemungkinan tidaklah 100%, pasti kita akan ada letakkan had.
Tp dlm perkahwinan kte x byk pilihan…walaupn kte tahu pasangan kte x akan brubah dr menipu kte trpaksa bertahan…..x boleh utk kluar mncari org lain…trpaksa jg mngutip atau mnyimpan batu2 itu…..btambah berat …hanya berserah pd Allah smoga dilindungi……
Saya setuju…..kadangkala timbul nekad untuk menjerit sekuat-kuatnya..tapi …apa yang kita dapat? bertambah sakit hati….dia tidak terasa apa pun….menyesal? entahlah..mungkin jugak tapi berapa lama menyesalnya..satu hari? satu jam? satu minit? sabar…sabar..sabar…Cakap senang, tapi yang nak buat tu memang susah, kan? Ayat yang paliiing tepat…
tapi syukur alhamdulillah kadangkala dengan membaca komen dari kawan-kawan disini boleh juga meringankan otak ini…release tention…yang mana boleh diambil…cuba…baca…fahamkan…
sama kes dgn saya, dikhianati suami 2 kali..kantoi depan ank kami sendiri, Allah saje yg tahu.. sy dah x boleh pikir , yg saya tau,,sy perlu hidup utk ank2 saya. Saya dh penat nk ubah suami saya lagi. Saya berserah pada Allah
sebenarnya… apa-apa pu memerlukan masa.. masa yang di lalui yg akan mengajar erti kuat. masa yang medidik hati menjadi cekal. dan dengan izin Allah.. akhirnya memang kita boleh move on dengan sendirinya. percayala…. Allah tidak pernah membiarkan seseorang itu berada dalam keadaan duka selamanya. sampai masanya. kebahagiaan itu akan tetap hadir. bersangka baik dengan Allah… dan jalani hidup dengan penuh rasa jiwa hamba. Keep move on n strong lillah…. :))
Memaafkan memang senang tapi melupakan tu yg susah…
Dah cuba berkali2… Be normal to him but… I can’t …
Xda peluang kedua buat org mcm tu…
Bukan nak bg dia rasa apa yag kt rasa…
Tapi lebih baik begitu…
‘Jangan dikutip kembali sesuatu yang sudah dibuang’
Terima kasih atas entri ni
betul…just because..we forgive…Doesn’t mean we forget…right…Apology accepted..trust denied…
Sebaiknya kalo masih dalam posisi pacaran tp dia sudah mengkhiantai kita maka lebih baik tidak dilanjutkan sebelum terlambat,,,
Ye..Betul….umpama hampas yg buang2 lalu ku mkn semula…. Suka2 hati nk buat camtu…
nak share ye tq :)