Kadangkala hati kita terdetik:
Kenapa Allah zalim dengan aku?”
Kenapa Allah tidak memberi aku kehidupan yang aman, seperti orang lain?
Mengapa ujian Allah berikan ini terlalu berat, sedangkan aku tidak pernah buat perkara jahat?
Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita? Bukankah ini Allah zalim? Bukankah ini lebih melemahkan?
Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tetapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar-benar membuatkan aku terduduk?
Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..
Tiada siapa yang mampu melindungi kita daripada realiti ini. Tiada siapa dapat mengelak.
Namun percayalah, Allah tidak pernah zalim. Sedikit pun tidak pernah.
Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hambaNya.
Kasih sayang Tuhan itu ditunjukkan dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dengan ujian.
Ujian bertujuan mendidik. Bertujuan melatih jiwa supaya kuat.. tapi ramai yang tidak meyakini perkara ini.
Patah hati akan meninggalkan kesan luka yang sangat mendalam. Saya pernah merasakan apa yang anda rasa. I’ve been there.
Saya tahu memang sangat sukar menerima nasihat apabila anda sedang mengalami patah hati..
Tetapi saya tahu sesetengah nasihat boleh meredakan kesakitan. Ini adalah cubaan saya untuk memberi anda harapan bahawa ujian itu tanda Allah sayang.
Semoga nota dibawah membantu anda move on dan berdamai dengan takdir:
- Jangan takut dengan suasana yang berubah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Roll with it. Betul, ia tidak akan mudah, tetapi ia sangat berbaloi untuk anda.
- Perkara yang paling sukar dalam proses kematangan adalah, melepaskan apa yang telah sebati dengan kita, dan memulakan hidup dengan apa yang kita tidak mahu.
- Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.
- Mungkin Allah akan biarkan hati kita hancur berkali-kali sampai kita rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat kita punya harapan hanya untuk Allah saja.
- Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.
- Kadang, proses patah hati lah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.
- Perasaan sayang yang selama ini mematahkan hati anda, selalunya perasaan itu jugalah yang akan menyembuhkan hati anda, perlahan-lahan dengan masa.
- Sesetengah bab dalam hidup kita harus ditamatkan tanpa penamat. There’s no point in losing yourself by trying to hold on to what’s not meant to stay.
- Bila kita kelihangan seseorang, jangan anggap ia sebagai satu kehilangan, tetapi sebagai satu anugerah yang meringankan beban kita dalam perjalanan.
- Kadangkala bila kita tak dapat apa yang kita mahu, kita harus akur bahawa Allah menetapkan bahawa perkara itu bukanlah yang terbaik buat kita.
- Anda bukan orang yang sama dengan minggu, bulan atau tahun yang lalu. You’re always growing. Experiences don’t stop. Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.
- One of the most rewarding moments in life is when you finally find the courage to let go of what you can’t change. Serius, hati tidak akan tenang bila selalu mengenang.
- Belajarlah untuk ketawa. Sekalipun kau rasa dunia tak lagi berikan sebab untuk kau bahagia. Buka hati untuk terima apa saja yang menduga dengan yakin pasti ada hikmah dihujungnya.
- Jangan pernah memaksa diri. Buat apa yang termampu dan biarkan ia. Jika ia sudah ditakdirkan milik kita, pasti ia tidak kemana-mana. Nothing Allah has written for you goes to someone else. So relax, take a deep breathe and be patient..
- Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita. Namun, tetaplah bersyukur.
- Stand strong. Sometimes you have to experience a low point in life to learn a good lesson you couldn’t have learned any other way.
- Jangan memikirkan sebeberapa malangnya nasib anda, tetapi fokuskan berapa nikmat yang telah anda kecapi.
- Ujian Allah adalah menguji tahap keimanan kita kepadaNya dan sebenarnya ujian Allah kepada kita tidaklah seberat zaman para Nabi dan Rasul.
- Menyerah dan move on adalah dua perkara berbeza.
- Anda harus faham, dalam kehidupan orang datang dan pergi. Lepaskan mereka yang telah lama melupakan anda. Kita tak boleh halang orang dari pergi. Yang kita boleh buat ialah sentiasa jadi baik, untuk diri sendiri.
- Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati. tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.
- Senyum, walaupun ada rasa semuanya sudah musnah. Senyum bukan untuk melambangkan anda sedang bahagia, tetapi ia menunjukkan dan melatih hati supaya kuat.
- Mereka yang berbahagia bukanlah dia yang hidup tanpa masalah tapi mereka yang mampu mengelola setiap masalah menjadi penuh hikmah. Dan masa merupakan penyembuh terbaik segala luka dihati.
- Kebanyakan orang yang menderita dan sukar untuk merasa bahagia kembali adalah mereka yang gagal menerima hakikatnya pada waktu sekarang. Allah understands your tears and pain. So, spend your time talking to Allah.
- Jika tidak mampu bersangka baik dengan takdir, cukup hanya hiasi bibir kita dengan istigfar. Moga-moga ia akan dapat menyejukkan hati kita kita.
- Tumpukan untuk membuat perubahan kecil. Jangan cuba berenang merentas lautan sekaligus. Jangan cuba meneroka seluruh dunia dengan sekali jalan. Bila kita terus mencari penyelesaian segera, secara tidak langsung kita membuatkan diri kita menderita dan semakin kecewa. Bersabar, ambil masa yang secukupnya.
- Lakukan perubahan kecil tetapi istiqamah setiap masa. Itu adalah lebih baik. Manusia adalah lemah, jadi jangan melampaui batas keupayaan kita.
- Semua perkara dalam kehidupan adalah sementara. Like a rainbow after the rain, there’s beauty in tough test, it’s all in how you see them.
- Parut adalah simbol kekuatan kita. Jangan pernah malu dengan luka kehidupan yang masih membekas. It means you conquered the pain, learned a lesson, grew stronger, and moved forward.
- Kadang kita perlu memaafkan orang lain bukan kerana mereka layak dimaafkan. Tetapi kita memaafkan kerana kita sendiri yang memerlukan ia. We cannot let go and move forward completely without it.
- Orang yang pertama memohon maaf adalah orang paling berani. Orang yang mampu memafkan adalah orang yang terkuat. Dan orang yang terdahulu untuk move on adalah orang yang paling bahagia.
- Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membuka jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.
- Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua. Letting go of yesterday’s troubles is your first step towards happiness today.
- Banyak memori di masa lalu yang kita harap dapat dihapuskan, tetapi ia mustahil. Let it be. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan masa depan yang lebih bermakna dan lebih baik.
- Selalunya, perkara yang yang paling kecil itulah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
- The day you “understood” everything, was the day you stopped trying to figure everything out. Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (berdoa).
- Simpankan dalam hati bahawa tiada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
- Kadang-kadang Allah tahan permintaan kita kerana sewaktu kita meminta, kita dalam keadaan yang sangat jauh daripadaNya. Oleh itu, semakin kita berkehendak, semakin kita merapat pada Allah
- Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kita tak dapat mengawal semua perkara dalam kehidupan kita, tetapi kita boleh kawal bagaimana kita berhadapan dengannya. Dan melalui itu lah kita dapat melihat kekuatan sebenar diri kita.
- Melepaskan akan membuat kita berasa LEGA. Kerana kita akan sedar bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa pun di dunia ini. Semua bersebab & semua juga pinjaman, begitu juga perasaan :’)
- Belajarlah untuk lepaskan duka. Sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan di jiwa. Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita.
- Keimanan dan ketakwaan selalu diuji dengan cinta. Kadangkala kita perlu memilih melepaskan kecintaan kerana ia melemahkan keimanan, dan itulah ujian paling berat bagi orang yang sedang jatuh cinta.
- Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.
- Kebahagiaan kita yang sebenar apabila Allah tidak hilang dari hati kita.
- Mendekatlah dan genggam dengan kemas – Allah tidak pernah melepaskan kita. Mana mungkin kita jatuh jauh ke lembah yang dalam jika yang menjadi pautan kita adalah penguasa kepada seluruh alam!
- Apabila kesedihan, kita selalu mencari bahu seseorang untuk kita bersandar dan melepaskan tangisan. Akan tetapi kita mungkin lupa, bahawa sejadah dan sujud itu lebih mujarab. Allah itu ada. Selalu.
- Bahagia atau duka– Kuncinya kita yang pegang. Jika kita benarkan kesedihan bersarang dalam jasad dan dada, maka dukalah yang kita bakal hadap. Tapi jika bahagia yang kita pilih, maka tenanglah yang kita akan rasa.
- Jangan sesekali membongkar parut-parut yang lama, biarkan ia. Tinggalkan kenangan itu disana. Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.
- Another chapter. Another people. Another view. Another eyes. Another world. Another way of life. Will lead you to another you. Allah has promised the believers all these things.
- Kunci ketenangan hati: Balik pada Tuhan. Solat lah sekhusyuknya. Berdoalah setulusnya. Memintalah sedalamnya. Kau akan rasa hati tak sama lagi. Tuhan akan turunkan ketenangan yang tak berbelah bahagi. Apa lagi yang kita inginkan selain ketenangan? :)
- Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.
Tidak pernah Allah Zalim. Kita Yang Gagal Melihat Kasih SayangNya
Jatuh itu perlu untuk sedarkan kita, yang selama ini terlalu selesa terbang tinggi.
…supaya kita tahu erti bersyukur.
Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
— Al-Maidah:7
Seorang mukmin yang kuat tidak mudah dipatahkan dengan ujian serta dugaan permainan hati dan perasaan. Dia percaya semua yang berlaku ada pengajaran yang Allah ingin tunjukkan.
Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak.
Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan kembali sembuh pulih seperti sediakala. Ia akan tetap terasa sakit semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.
Tidak mengapa, memang untuk belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar. Let it flaw. Let it be.
Keep learning, adapting, and growing. Semoga hati kita semakin kuat. Semoga hikmah yang Allah tunjuk akan membuatkan kita tersenyum nanti.
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.”
— Surah Al-Hadid, ayat 23
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.



Segala punca masalah didunia ni sebab tuhan tidak adil. Ada org tuhan bagi benda yg elok semua elok tak payah tahan nafsu suka apa dapat elok semua dalam hidup normal berjalan elok.ada org apa pun x boleh. Miskin la sakit lah xda apa yg best elok dalam hidup berlaku.
Segala punca masalah didunia ni sebab tuhan tidak adil. Ada org tuhan bagi benda yg elok semua elok tak payah tahan nafsu suka apa dapat elok semua dalam hidup normal berjalan elok.ada org apa pun x boleh. Miskin la sakit lah xda apa yg best elok dalam hidup berlaku.
Assalamualaikum
Saya faham, bila hidup asyik sempit dan ujian datang bertimpa, memang mudah hati rasa “kenapa orang lain senang, aku tak.” Perasaan tu bukan pelik, itu tanda awak sedang penat dan terluka.
Cuma jangan hukum diri sendiri. Dalam Islam, ada orang diuji dengan susah, ada orang diuji dengan senang. Hari ini mungkin tuan/puan belum mampu bersangka baik, tak mengapa—pegang yang paling kecil dulu: jangan putus doa.
Saya doakan Allah lapangkan dada awak dan bukakan jalan keluar.
Wallahu a‘lam.
Tidak ada bukti tuhan adil dan tuhan yang sebenar. Tuhan yang sebenar tuhan yang boleh bagi kita kaya dan sihat. Itulah tuhan yang sebenarnya dan adil jika boleh bagi kita kaya dan sihat. Jika kita miskin kita kena cari tuhan yang boleh bagi kita kaya.
Assalamualaikum saudara,
Dalam Islam, keadilan Allah bukan bermaksud semua orang mesti jadi kaya dan sihat di dunia.
Kalau begitu, Firaun, Qarun dan orang zalim yang hidup mewah dulu patut dianggap “tuhan yang sebenar” juga sedangkan dalam Al-Quran, mereka itulah contoh manusia yang paling dimurkai Allah.
Dunia ini bukan tempat pembalasan penuh, tapi tempat ujian. Ada orang diuji dengan kemiskinan, ada orang diuji dengan kekayaan. Kedua-duanya ujian – bukan tanda Allah sayang atau benci semata-mata.
Rezeki pula bukan hanya duit dan kesihatan. Ada orang kaya, tapi gelisah, hati kosong, keluarga porak-peranda. Ada orang hidup sederhana, tapi hati tenang, rumah penuh kasih sayang, mati dalam husnul khatimah. Itu semua juga rezeki. Keadilan Allah sempurna bila kita ambil kira akhirat, bukan sekadar beberapa puluh tahun di dunia yang sangat singkat ini.
Kalau kita cari “tuhan” semata-mata yang boleh buat kita kaya dan sihat, sebenarnya kita bukan cari Tuhan, tapi cari “mesin hajat”. Selagi bagi apa kita nak, kita percaya, kalau tak, kita tukar.
Tapi Tuhan yang sebenar ialah Dia yang mencipta kita, tahu apa yang kita tak tahu, dan letak hikmah pada apa yang pahit dan manis.
Saya tak marah dengan apa yang saudara tulis. Saya cuma ajak pelan-pelan: kalau saudara benar-benar nak cari kebenaran, cuba sebut sendirian, dengan jujur dari hati:
Tak perlu lafaz panjang. Hanya satu doa ringkas itu, tapi dari hati yang betul-betul mahu tahu. Kalau Allah tak wujud, doa itu “tak ke mana-mana”. Tapi kalau Dia wujud dan Maha Adil seperti yang Dia perkenalkan diri-Nya, Dia pasti tidak mensia-siakan orang yang mencari.
Saya doakan saudara diberi kelapangan rezeki, kesihatan, dan yang lebih besar daripada semua itu, iaitu hati yang tenang dan petunjuk menuju kebenaran.
Wallahu a‘lam.
Belum diuji berat bertubi bertubi disiksa oleh Allah dalam batin dan minda.kena pukul kena pijak oleh Allah.. Sampai koyak mental..sampai jadi gila sbb terlalu sakit. selama bertahun setiap waktu.. mcm aku sebagai sakit skizo. Mmg sakit yg sgt teruk..dalaman minda ku dia Kata Dia Adalah Allah dan Raja manusia sekalian alam.. terasa macam dizalimi dan sgt jahat trruk diperlakukan sebegitu rupa.. perangai mcm Syaitan dan Narsisitk..lebih.teruk dari tu..vibe alam ghaib sgt berbza dgn dunia manusia
Wa‘alaikumussalam warahmatullāh.
Saya benar-benar bersimpati membaca apa yang puan lalui. Kata-kata ini jelas datang daripada hati yang sangat letih dan terluka. Ketahuilah, perasaan takut, keliru dan “koyak” itu nyata dan Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam dada.
Dia bukan menzalimi, Dia Maha Lembut lagi Maha Mengasihani, dan rahmat-Nya tetap dekat walau gelap terasa panjang.
Cukuplah untuk hari ini, adanya ruang di sini untuk tuan/puan didengari tanpa dihakimi. Jika mahu berkongsi lagi, tulislah. Saya membaca dengan empati.
Semoga Allah menenangkan batin, meredakan gelora fikiran, dan menyelimuti hari-hari tuan/puan dengan rahmat serta kasih-Nya. Āmīn.
Kata kata awk Tak dapat meyakini orang yang sebab awk Tak rasa
Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya tidak mampu menyentuh atau meyakinkan hati awak. Saya faham kadang-kadang, bila seseorang tidak berada dalam situasi yang sama, sukar untuk benar-benar menyelami apa yang orang lain rasa.
Semoga Allah tenangkan hati awak dan gantikan segala rasa yang berat dengan ketenangan dan hikmah. 🤍
Adakah tuhan ini saitan yang permainkan nasib manusia dengan kata2 yang tidak adil bagi semua manusia. Ada org diberi anak ramai semua anak sihat dan dia pun banyak duit hidup mudah tanpa halangan. Kemudian org mcm ni cakap rezeki sebab anak ramai. Yang org lain anak satu orang sudah miskin anak itu pula sakit duit habis selalu bawa ke hospital kerja pun tak dapat dilakukan dan merawat anak sakit kritikal yang banyak duit digunakan. Jadi dimana logiknya rezeki bila anak ramai bila org ada anak satu orang yang sakit miskin itu.
awak pasti ke anak ramai tu apabila dah tu nanti akan berbakti pada ibubapanya? and what if anak yang sakit tu telah di tentukan oleh allah untuk masukkan syurga dan sentiasa mendoakan ibu bapanya, mungkin tak senang di duni tapi senang di akhirat.
Bukan masalah tak pasti , ada orang ada nikmat ada anak dan anak doakan dia tu mcmnan pulak. Tidak kah org mcm ni beruntung? Kenapa ko nk ckp ttg hal anak yg tak guna tu. Sama hal dgn org kaya yg kau tanya pasti ke org kaya tu beriman, masalahnya ada org kaya beriman.
Org yg taksub vaksin sihat dan kaya . Aku ni amal bekam sunnah nabi sihat xda sakit apa kn covid pun tidak org kini kanan dlm kilang aku keja kn covid. lps ikut dipaksa vaksin aku jd xsihat. Apa bangang dunia ni. Patut org mcm aku sihat sbb amal sunnah ..
Terima kasih atas pandangan yang dikongsikan. Semoga Allah SWT terus memberi kesihatan dan kekuatan kepada saudara.
Dalam situasi yang kita hadapi sekarang, penting untuk kita saling menghormati pilihan dan pengalaman masing-masing. Mengamalkan sunnah seperti berbekam adalah satu ikhtiar yang baik dan memang dianjurkan dalam Islam, kerana Rasulullah SAW juga menganjurkan umatnya untuk menjaga kesihatan dengan cara yang baik dan sesuai.
Namun, ikhtiar dalam bentuk rawatan moden, seperti vaksinasi, juga adalah sebahagian daripada usaha menjaga kesihatan, khususnya dalam menghadapi penyakit berjangkit seperti COVID-19. Islam menganjurkan kita untuk mengambil langkah pencegahan yang boleh mengurangkan risiko penyakit, selama ia tidak bercanggah dengan syariat.
Mungkin kesan vaksinasi berbeza-beza pada setiap individu, dan apa yang penting adalah kita terus berdoa kepada Allah SWT agar diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan. Semoga Allah SWT memberi kebaikan pada setiap ikhtiar kita dan melindungi kita daripada segala penyakit. Sentiasa yakin bahawa setiap usaha yang kita lakukan, sama ada amalan sunnah atau rawatan moden, adalah sebahagian daripada takdir Allah.
Jaga diri dan semoga Allah memberkati kita semua dengan kesihatan dan keselamatan.
Ayat awak tu salah, Allah tak zalim,die tuhan mempunyai hak terhadap mahluk, dunia ni kan tempat cobaan…tak boleh cakap Allah tu zalim,tak baik
Tak ada apa best hidup ni. Hanya derita ketidakadilan tuhan. Kiamat cepat pun ok. Sudah bosan dgn hidup ni.
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana berkongsi perasaan awak di sini. Saya faham, kadang-kadang hidup boleh terasa sangat berat dan penuh dengan cabaran yang seolah-olah tiada penghujungnya. Mungkin apa yang awak lalui adalah ujian yang benar-benar mencabar kekuatan dan kesabaran. Ingatlah, kita semua ada ujian masing-masing, dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita mampu hadapi.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286). Ini bermakna setiap ujian yang kita lalui pasti dalam kemampuan kita, walaupun kadang-kadang terasa sebaliknya. Mungkin kita hanya perlukan masa untuk melihat hikmah di sebalik semua ini.
Jika awak merasa tertekan atau kehilangan arah, mungkin boleh cuba berkongsi dengan orang yang boleh mendengar tanpa menghakimi, seperti keluarga, sahabat yang dipercayai, atau bahkan kaunselor. Berdoa dan meluahkan perasaan kepada Allah SWT juga sangat membantu untuk mencari kekuatan dalaman. Terkadang, di saat-saat sukar inilah kita lebih dekat dengan-Nya.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan petunjuk kepada awak untuk menghadapi dugaan ini dan membuka pintu-pintu kebaikan yang mungkin tidak disangka-sangka.
Jangan putus asa, dan ingatlah bahawa rahmat Allah lebih besar daripada segala kesulitan yang kita hadapi.
En.Naim tolng bg sy motivasi…
Sy 39, F, rasa mnggeletar tgn bila apa yg sy usahakan gagal…
Sy penah diuji keluarga cerai…
Diuji kesihatan kene bedah ketumbuhan kesannya sy x dpt bjalan dgn sempurna,
Diuji infertility & tiada jodoh
Sy mula breakdown teruk bila sy 3 kali cuba masuk deprtment lain sy gagal tapi kawan sy dapat dgn mudah.
Betul ke nak hidup sihat & job position yg sy nak sgt2 ni tak baik utk sy?
Kwn skrja sy pegi clubbing teguk arak elok je kahwin, ada anak comel & suami belikn banglo.
Rasa kecewa dgn Pencipta sbb buat sy mcm ni.
Puan,
Saya benar-benar simpati dengan segala ujian yang puan hadapi. Jika saya juga menghadapi ujuan seperti puan, saya juga tidak pasti dapat jadi sekuat puan.
Apa yang pasti, hidup ini penuh dengan cabaran, dan kadang-kadang kita merasa seperti segalanya tidak berpihak kepada kita.
Namun saya yakin puan masih beriman dengan qada’ dan qadar. Percayalah bahawa Allah SWT tidak pernah mengabaikan hamba-Nya.
1. Kegagalan adalah sesuatu yang sangat sukar diterima, lebih-lebih lagi apabila kita telah berusaha dengan gigih. Saya faham perasaan kecewa dan putus asa yang puan rasai. Namun, setiap kegagalan adalah satu pelajaran dan satu langkah lebih dekat kepada kejayaan. Jangan menyerah, kerana Allah bersama dengan orang yang sabar dan istiqamah.
2. Kesihatan dan Ujian: Menjalani pembedahan dan menghadapi masalah kesihatan yang serius adalah ujian yang amat berat. Kehilangan kemampuan untuk berjalan dengan sempurna pasti memberi kesan yang mendalam. Puan adalah seorang yang sangat kuat untuk melalui semua ini. Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan mereka. Percayalah, puan memiliki kekuatan yang luar biasa di dalam diri.
3. Ketidakmampuan untuk memiliki anak dan tiada jodoh adalah ujian yang sangat menyedihkan. Saya faham perasaan sunyi dan sedih yang puan alami. Namun, Allah adalah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah yang kita belum nampak. Teruslah berdoa dan percayalah bahawa Allah mempunyai rancangan yang indah untuk puan.
4. Melihat orang lain yang seolah-olah memiliki hidup yang sempurna boleh membuat kita merasa rendah diri dan tidak adil. Namun, setiap orang mempunyai ujian dan rezeki yang berbeza. Kebahagiaan yang hakiki bukanlah pada material semata-mata tetapi pada ketenangan jiwa dan keimanan kepada Allah. Sebaik-baik rezeki bukanlah dari segi harta, tetapi pengakhiran yang baik (khusnul khatimah)
5. Merasa kecewa dengan takdir adalah perasaan yang normal. Namun, jangan biarkan perasaan itu merosakkan hubungan puan dengan Allah. Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya. Teruslah berdoa, mencari petunjuk, dan mendekatkan diri kepada-Nya. Allah tidak akan mensia-siakan usaha dan kesabaran puan.
Puan, saya benar-benar berharap puan dapat menemukan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi semua ini.
Setiap ujian adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memperbaiki diri. Percayalah, setelah kesulitan pasti ada kemudahan.
Puan adalah seorang yang kuat dan istimewa. Jangan pernah berputus asa. Allah sentiasa bersama dengan puan.
Perbanyakkan istighfar, solat dan mentadabbur ayat al quran, insyaAllah puan akan temui ketenangan yang diperlukan. InsyaAllah.
sama la macam saya… dulu masa belajar… ada jugak kawan2 lain kaki perempuan, teguk arak, main judi, meniru time final exam… hujungnya dapat keja bagus, berjodoh pulak orang cantik, anak anak pintar… kena pulak kat saya x buat benda2 tu… keja kuli-kuli, duit gaji kadang ikat perut x nak berhutang punya pasal, nak kahwin? x payah la berangan kena rejek je selalu… kalo tau jadi gini baik buat jahat selalu… duit banyak, ada anak bini… sia2 la x buat perangai dulu…
Percaya kepada hari akhirat, setiap balasan akan dibalas walaupun sebesar zarah, dunia ni memang tempat untuk diuji dengan siapa yang mempunyai amalan yang terbaik. Kat syurga baru kita berseronok. Percayalah Allah tak menzalimi hambanya sebab Allah nak tengok tahap keimanan kita.
Saudara, saya faham perasaan saudara, dan apa yang dirasai adalah ujian hati yang berat. Namun, ingatlah bahawa rezeki setiap orang adalah ujian, bukan ukuran nilai di sisi Allah.
Kejayaan dunia bukan segalanya — yang lebih penting adalah keberkatan hidup dan akhirat kita.
Kebaikan yang saudara lakukan tidak pernah sia-sia di sisi Allah. Walaupun nampak susah sekarang, Allah sedang menyediakan ganjaran yang lebih baik untuk saudara. Jangan putus asa; teruskan berdoa dan bersabar. Ingatlah, setiap ujian pasti disertai kemudahan.
Semoga saudara terus tabah dan diberi kekuatan oleh Allah.
setiap hari aku fikir, Allah ni sebenarnya adalah setan bertopeng malaikat. Suka2 dia cipta kita+kalau kita gagal ujian dia makin berat hidup kita diberi bala. Ker allah ni tahyul sahaja?. Sbb perbuatan dia lagi kejam dari manusia yg psycho. Bila tanya ustaz kenapa kita hidup, dia kata sebab roh kita yg tak habis2 minta. Adakah kita sebenarnya tuhan juga sbb roh kita bukan ciptaan Allah tak guna
Assalamualaikum,
Saya memahami bahawa ada kalanya kita mungkin merasa tertekan dengan ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini. Namun, dalam Islam, Allah SWT digambarkan sebagai Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dan setiap ujian yang diberikan adalah dengan hikmah-Nya.
Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 286:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’ (Al-Baqarah: 286)
Ini menunjukkan bahawa setiap ujian yang kita hadapi adalah dalam batasan kemampuan kita, dan ada peluang untuk pertumbuhan serta pembersihan jiwa.
Dalam Hadith juga disebutkan oleh Rasulullah SAW:
مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حَزَنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
‘Apa saja kesulitan, kesakitan, kecemasan, kesedihan, bahkan duri yang menusuk seorang Muslim, maka dengan itu Allah hapuskan dosa-dosanya.’ (Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, setiap kesulitan yang kita hadapi sebenarnya adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dan menghapus dosa. Seperti emas yang perlu dipanaskan dalam api untuk menjadi tulen, begitu juga jiwa kita yang disucikan melalui ujian.
Jika kita melihat seorang jurulatih yang memberi latihan keras kepada atletnya, kita tidak menganggap jurulatih tersebut kejam. Kita tahu bahawa latihan itu diberikan untuk menguatkan atlet tersebut. Demikian pula, ujian dalam kehidupan ini diberikan oleh Allah untuk menguatkan dan menyucikan kita.
Semoga Allah memberikan kita kekuatan, sabar, dan kefahaman yang mendalam dalam menghadapi setiap ujian.
Assalamualaikum, aku juga bernasib malang kena penyakit skizofrenia dan brain fog da 6 tahun sejak covid yang lalu. Aku cuma ingin cerita dan meluahkan shj disini.. Aku boleh bercakap dengan alam ghaib.. mula2 aku sakit aku bercakap dengan syaitan tetapi dia angkuh dan sombong.. lama kelamaan yg muncul Allah dalam diri aku .. Allah mmg jahat dan kejam .. dia mmg uji dan siksa badan aku. dia suka sepak kepala aku dan muka aku.. .. Allah ni buat kuasa dalam badan jiwa aku kena siksa oleh dia..Allah ni jahat dan zalim sgt2.. aku baca selalu yassin solat dan zikir sampai sekarang Allah dan syaitan x nak keluar dari badan aku.. Allah paling jahat dan iblis..
Waalaikumussalam.
Saya memahami bahawa anda sedang menghadapi masa yang sangat sukar dan memerlukan sokongan. Pertama sekali, penting untuk mengingatkan bahawa apa yang anda rasakan dan alami mungkin berkaitan dengan kesan penyakit skizofrenia yang anda hadapi.
Dalam Islam, Allah SWT adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah berfirman dalam Al-Quran:
إِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ
‘Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani terhadap kamu.’ (Surah An-Nisa: 29)
Mengalami penyakit mental seperti skizofrenia boleh mempengaruhi bagaimana seseorang memahami realiti di sekeliling mereka, termasuk kepercayaan agama
Oleh itu, sangat penting untuk mendapatkan bantuan profesional dari doktor atau psikiatri yang dapat membantu anda menguruskan simptom yang anda alami.
Anda sudah melakukan langkah yang baik dengan membaca Yassin, solat, dan berzikir. Teruskan amalan tersebut sebagai sumber kekuatan spiritual, namun ingatlah pentingnya juga mencari bantuan profesional untuk masalah kesihatan mental.
Allah tidak menghendaki kesulitan untuk hamba-Nya, dan setiap ujian adalah dengan hikmah serta untuk membersihkan kita. Saya berdoa agar Allah memberikan kekuatan, kesabaran, dan kelegaan kepada anda. Semoga Allah memudahkan urusan anda dan memberikan kesembuhan. Amin.
adil ker tuhan, orang yang taksub vaksin hidup sihat
manakala orang yang dipaksa vaksin sebab miskin dan perlu kerja ni
kena paksa amik vaksin pula.
saya kerja kilang kena vaksin baru boleh masuk kerja
dapat sakit sebab vaksin bodoh ni semua dan habis duit pula kena pi hospital
yang orang tu siap jd DJ hidup happy sihat pula padahal dia yang paksa orang vaksin???
siapa kata tuhan adil bagitau saya di sini adil kat mana?
tidak bolehkah saya merasa sedikit senang didunia ni? sudah lah dituduh miskin sebab malas.
apa perasaan anda dimainkan takdir yang tidak adil ini?
bila miskin kena mengemis bergantung dengan orang pula . ingat
orang miskin ni tak da maruah dan malu harga diri kah untuk meminta bantuan ekasih la zakat la apa ni.
orang lain miskin tapi tuhan bagi sihat dapat berusaha kerja dan dapat menjadi senang hidup.
tetapi org mcm saya tak boleh.
jika kalian tidak boleh bantu saya, saya mohon supaya kalian doa saya sihat cukup makan minum saya akan ok.
terima kasih
Terima kasih kerana berkongsi perasaan dan situasi yang anda alami. Saya benar-benar memahami betapa beratnya ujian yang sedang anda hadapi, dan rasa ketidakadilan yang mungkin terasa amat mendalam.
Dalam Islam, Allah SWT adalah Maha Adil, dan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya walaupun kita sebagai manusia kadang-kadang sukar untuk memahaminya. Firman Allah dalam Al-Quran:
**وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ**
“Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itu baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu padahal itu buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 216)
Mengenai isu vaksinasi yang anda hadapi, saya mengerti perasaan terpaksa yang mungkin timbul kerana keadaan ekonomi dan keperluan pekerjaan. Ini memang situasi yang sulit. Namun, vaksin pada umumnya adalah untuk perlindungan kesihatan, walaupun ada segelintir yang mungkin mengalami reaksi yang kurang menyenangkan.
Islam mengajarkan kita untuk sabar dalam menghadapi ujian. Nabi Muhammad SAW bersabda:
**مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصَابُ بِهَمٍّ أَوْ غَمٍّ أَوْ أَذًى أَوْ سَقَمٍ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهِ مِنْ خَطَايَاهُ**
“Tidaklah seorang muslim tertimpa kesedihan, kesusahan, penyakit, dan kesakitan, kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.” (Hadith Riwayat Bukhari)
Anda tidak sendirian dalam menghadapi kesulitan ini. Meminta bantuan melalui zakat atau bantuan sosial bukanlah tanda kehilangan maruah, tetapi merupakan sebahagian dari jaringan sokongan yang telah disediakan oleh Islam untuk membantu setiap umatnya yang memerlukan.
Saya akan mendoakan agar Allah SWT memberikan kesembuhan, kekuatan, dan kemudahan dalam segala urusan anda. Semoga Allah membuka pintu-pintu kebahagiaan dan kesejaht
aku kena khianattt
…malang tanpa henti….sial pon non stop….ak dh sbar tapi rasa xmampu dh…aku dh jadi manusia yg suka makiii hamun benda yg aku xtahu sape ak hamun bile ade poblem sikit…dulu aku xmcm niii…ape sial dh jadi dlm hidup aku ni aku pon konfius
Benci tuhan. Nk buat ibadat pun malas.sakit hati jer miskin dari kecik. Nk buat ibadat kn iklas. Tapi meluat sbb xprnh kaya hdup ni. Tuhan uji setakat kemampuan tapi hati meluat rasa xadil tgk org lain kawan2 dekat yg hdup bhgia kluarga elok hdup lancar bkahwin ada anak hdup happy. Aku hdup mcm xnormal kluarga hancur hdup miskin sakit dan sbginya . Benci dunia ni. Dr awal xtgk dunia ni lg baik. Tuhan pun mainkan hidup ni. Dlm mimpi pegi tmpt best mimpi kawin dgn org yg taste kita. Indah hnya dlm mimpi..
Ada orang tuhan beri benda yang baik dan indah sahaja dalam hidup.
sejak akhir2 ni aku sering ditimpa malang…bermula dgn duit aku hilang disusuli dgn tayar pecah…mula2 mmng aku marah…tp aku redha…aku berfikir aku ni jarang sedekah..mgkin duit Dan segala rugi tu aku fikir mungkin itu adalah Hak orang lain..jd aku pasrah jela..tp Hari ni aku sngat2 x blh terima..ada sesuatu terjadi peristiwa malang yg membuatkan bapak aku kecewa dgn aku…bapa aku sampai bermasam muka dgn aku..aku Tak kisah aku x makan selama seminggu ..aku reda..tp aku sgt x blh terima bila malang tu sampai aku bermasam muka dgn bapa aku..aku terfikir adakah tuhan mau putuskan silaturrahim dgn bapa aku..aku Cuba minta bantuan dari kawan2 ku tp tuhan lgsung Tak menghadirkan bantuan kepadaku..aku x kisah jika ditimpa masalah tp sekurang kurangnya bglah jalan penyelesaian..bukannya biarkan aku terkontang kanting mcm ni..ini seolah olah tuhan sengaja biarkan aku keseorangan.. aku baru berniat nk tolong ringankan beban org tua aku..ni dahla aku x dpt nk tolong org tuaku..malah kau buat aku jd punca kesusahan kpd org tuaku…kawan2 ku pula langsung Tak dapat membantu aku..jujur Hari ni aku sangat kecewa dgn tuhan..aku rasa seolah olah Tak berguna utk aku menjadi baik..aku ditimpa malang berterusan tp malang pada Hari ni aku sangat2 x blh terima..mungkin bg kau tuhan kau suka tgk org dlm kesusahan tanpa ada jalan penyelesaian..Kau suka ketawa terbahak bahak..buat pertama kalinya tahap kecewa aku sampai aku menulis perenggan ini..jujur tuhan aku sangat2 kecewa dgn kau..kau bg kesusahan lpstu bila aku Cuba minta tolong kau malah biarkan aku terkontang kanting
Saya memahami perasaan anda dalam menghadapi situasi yang sangat mencabar ini. Ketika diuji dengan kesulitan, wajar untuk merasa kecewa atau marah.
Namun, penting untuk diingat bahawa dalam Islam, setiap ujian dan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang adalah sebahagian dari takdir dan kehendak Allah, dan sering kali ada hikmah atau pelajaran yang tersembunyi di sebaliknya.
Dalam Islam, diajar bahawa Allah tidak memberi ujian melebihi kemampuan seseorang. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:286): “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Ujian dan kesulitan ini juga bisa menjadi cara untuk membersihkan dosa dan meningkatkan kedudukan seseorang di sisi Allah.
Adalah penting untuk terus berdoa, bersabar, dan mencari solusi yang terbaik dalam menghadapi masalah. Kadang-kadang, Allah menguji hamba-Nya untuk menguatkan iman dan kesabaran mereka. Ini bukan berarti Allah meninggalkan atau tidak peduli, tetapi mungkin adalah cara untuk mengajak kita lebih dekat kepada-Nya dan terus berusaha.
Jika anda merasa sangat terbebani, mungkin bermanfaat untuk berbicara dengan orang yang dipercayai, seperti keluarga, teman, atau para ustaz. Mereka dapat memberi sokonan, nasihat, dan perspektif yang berbeza yang mungkin membantu anda melihat situasi dari sudut pandang yang baru.
Ingatlah selalu, Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya dan tidak pernah meninggalkan mereka.
Kadang-kadang, jalan keluar dari kesulitan tidak langsung terlihat, tetapi dengan sabar, doa, dan usaha, insyaAllah akan ada penyelesaian. Jangan kehilangan harapan dan teruslah berdoa serta berusaha untuk solusi yang terbaik.
Allah selalu bersama orang-orang yang sabar dan berdoa.
En pernah kehilangan pasangan dan hadap semua dlm dunia ni sorg2?stress atas takdir org lain bahagia.jadi encik belum tahu sakit rasanya dan apa rasanya jadi diri kami begini.cakap mudah en selagi belum kena atas btg hidung sendiri.
Ada orang anak ramai lepas tu update status fb kata rezeki anak2 jangan takut anak ramai tuhan dah tentukan rezeki anak masing2 sambil tayang bawak anak ramai naik alpard pegi hatyai. Macam nak maki jer aku sebab anak dia semua sihat. Ada orang ada anak sorang dah la anak pun kena selalu bawak pegi hospital sebab sakit jantung berlubang penat asma nak kaya macamana asyik ke hospital kerja pun tak boleh asyik nk kn cuti anak tu tak sihat.macam bangang jer tengok status barua yang anak ramai sihat dan kaya tu. Syok cakap rezeki tuhan bg. Seronok hidup.macam tu jugak la ustaz2 yg pi bg ceramah ada duit banyak rumah besar kereta besar tu sembang boleh lah cakap orang lain jgn kejar dunia. Lawak betul.
Assalamualaikum,
Saya memahami betul perasaan anda yang sedang menghadapi ujian hidup yang berat. Melihat orang lain yang seolah-olah tidak mempunyai masalah yang serius, terutama apabila mereka mempamerkannya di media sosial, memang boleh membuat hati kita terasa berat dan sedih dengan apa yang kita alami.
Saya tahu kesakitan yang anda hadapi dalam menjaga anak yang memerlukan perhatian khusus. Ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan banyak tenaga, kesabaran, serta pengorbanan. Anda adalah seorang yang sangat kuat kerana mampu menghadapi semua ini.
Dalam Islam, kita diajar untuk bersabar dan mempercayai bahawa setiap ujian yang kita hadapi adalah ketentuan dari Allah SWT. Setiap ujian, termasuk kesukaran dalam menjaga anak yang sakit, adalah satu cara Allah menguji kekuatan, kesabaran, dan ketabahan kita. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah (2:286), “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya”. Ini bererti, apa yang anda hadapi sekarang, walaupun terasa sangat berat, adalah sesuatu yang anda mampu untuk menghadapinya dengan pertolongan Allah.
Saya mendoakan agar Allah SWT memberikan anda kekuatan, ketabahan, dan juga kelapangan hati untuk menghadapi segala ujian ini. Semoga Allah SWT juga membuka pintu rezeki dan kemudahan untuk anda dalam setiap aspek kehidupan anda. Amin.
Jangan putus asa, kerana Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan berusaha.
Punca segala masalah di dunia ni sebab tuhan tidak adil. Ada manusia di beri semua yang baik baik elok sahaja hidup dengan kelebihan yang diberi. Yang kaya pun sbb sihat boleh cari duit lepas tu kata orang lain miskin sbb malas. Manusia yg tak dapat apa ni hidup tertekan macam orang lapar tengok orang yang banyak makanan. Ada org dh kaya boleh dapatt lagi cabutan 1 juta bsn. Macam celaka dunia bodoh bangang ni. tuhan boleh cipta kuman dan segalanya tapi keadilan ni haram tak boleh buat pun sbb dia nak isi neraka dgn org miskin yg tak mau beriman.
Memang, dalam pandangan manusia, keadaan di dunia ini sering kali kelihatan tidak adil – ada yang dilahirkan dalam kekayaan, sementara yang lain dalam kemiskinan; ada yang menikmati kesihatan yang baik, sementara yang lain berjuang dengan penyakit.
Namun, dalam pandangan Islam, dunia ini adalah tempat ujian dan bukanlah akhir dari segalanya.
Keadilan sempurna tidak akan ditemui di dunia ini, tetapi di akhirat. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, “Dan Kami akan mendirikan timbangan yang adil pada hari kiamat, maka tidak ada seorang pun yang akan dianiaya sedikit pun. Dan jika ada (perbuatan yang beratnya) seberat biji sawi, pasti Kami bawa (pahala atau dosanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” (Surah Al-Anbiya: 47).
Konsep keadilan dalam Islam juga merangkumi keadilan sosial, di mana kita sebagai umat manusia dituntut untuk saling membantu dan mengurangi penderitaan sesama.
Kekayaan, kesihatan, dan kebahagiaan di dunia ini adalah amanah yang harus digunakan untuk membantu orang lain, bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri.
Terkadang, kita tidak dapat melihat keseluruhan gambaran rencana Allah. Apa yang terlihat sebagai ketidakadilan mungkin memiliki hikmah yang tidak kita ketahui. Islam mengajar kita untuk bersabar, berusaha, dan selalu berdoa kepada Allah SWT untuk kekuatan dan keadilan.
Saya memahami perasaan anda dan mendoakan agar Allah SWT memberi anda kekuatan, kesabaran, dan ketenangan hati dalam menghadapi setiap ujian.
Janganlah kehilangan harapan dalam rahmat dan keadilan Allah, kerana Dia Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, dan Maha Adil.
Saya terlalu tertekan,nama saya bermula Muhammad dan nama bapa bermula abdullah.makna nama saya pula adalah pedang tuhan.saya benci nama saya sendiri.berat untuk bawa.dugaan dtg bertimpa timpa seperti nabi,tetapi saya bukan nabi.ke syurga pon belom tentu lagi.kenapa begini ye,dugaan semuanya berat2 belaka.selagi saya sabar selagi itu dugaan makin berat datang.saya diam saya kena,saya melawan saya kena.tidur tidak boleh,kerja bermasalah.apa lagi Allah mahu dari saya.saya berikan semua pada Allah termasuk nyawa saya,saya tidak kuat.saya dari kecil bertimpa timpa dugaan.saya harap saya cepat besar ,tapi apabila hampir setengah abad langsung tiada perubahan.saya penat.kalau saya diberikan pilihan saya nak sangat Allah ambil nyawa saya dari dalam kandungan ibu saya.supaya saya tidak lalui kehidupan perit seperti ini,saya tidak suka membezakan nasib orang.namun Allah jentik hati saya untuk melihat.nasib mereka begitu baik sekali nak dibanding dengan saya.sampai bila ya Allah SWT nak bagi dugaan dan masalah ini pada saya.saya penat ya Allah.sampai bila saya harus bersabar ya Allah.
Maafkan saya kerana mendengar lontaran hati anda yang begitu berat ini.
Ia terdengar seperti anda benar-benar berhadapan dengan beban emosi yang sangat mendalam dan mengalami cabaran hidup yang memeritkan. Saya faham kesakitan anda dan betapa sukar untuk merasa seperti berada di bawah tekanan yang berterusan.
Penting untuk anda tahu bahawa meminta bantuan bukanlah tanda kelemahan. Jika anda merasa begitu tertekan atau memikirkan tentang menyakiti diri sendiri, saya sangat menyarankan anda untuk segera mendapatkan bantuan profesional atau bercakap dengan seseorang yang anda percayai.
Anda mungkin ingin berbincang dengan ahli keluarga, kawan, guru agama, doktor, kaunselor atau mana-mana profesional kesihatan mental. Mereka mungkin dapat membantu anda melalui masa-masa sukar ini dan memberikan perspektif serta bimbingan yang berguna.
Mungkin ada juga khidmat kaunseling atau sokongan yang wujud di kawasan anda.
Befrienders Kuala Lumpur merupakan salah satu organisasi yang menawarkan perkhidmatan talian bantuan untuk mereka yang memerlukan seseorang untuk bercakap.
Befrienders Kuala Lumpur
– Hotline: +603-7956 8145
– Laman web: https://www.befrienders.org.my/
Ketahuilah bahawa ujian dan dugaan adalah sebahagian daripada kehidupan kita di dunia ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
Saya mendoakan semoga Allah memberikan anda kekuatan, kesabaran, dan petunjuk dalam menghadapi semua ujian ini.
Semoga dengan kekuatan iman, Anda dapat menemukan kedamaian dan kejelasan dalam hidup anda.
Bagi saya dah sudah penat dengan nasib malang dan juga bermacam macam masalah Allah bagi terasa penat yang amat sangat,sy solat namun dugaan masih juga saya terima.sampaikan tidur pon tidak boleh,ya..nikmat tidur juga tiada.bermacam macam cara saya buat supaya tidur.namun Allah berkata tidak.penuh dugaan hidup dari kecil,penceraian ibu bapa saya menjadi mangsa.disumpah ibu.hidup tak selamat dan tak senang.Allah makbulkan walaupon sy tiada dosa semasa kecil dulu.bila berganjak dewasa saya cuba cari ketenangan,namun tiada juga.sekarang umur saya dekat 40an.masih juga banyak dugaan saya terima.kalau bunuh diri dosa lagi besar,dan neraka tempat nya.apa lagi Allah SWT nak dari saya?
Memang, terkadang ujian hidup yang bertubi-tubi boleh membuat seseorang terasa sangat penat, kecewa, dan hampir putus asa.
Dalam Islam, kita diajar bahawa setiap ujian dan kesulitan yang kita hadapi adalah sebahagian dari takdir dan ujian dari Allah SWT. Ujian ini bukan sahaja untuk menguji ketabahan dan kesabaran kita, tetapi juga untuk membersihkan kita dari dosa-dosa kita. Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang mukmin yang mendapat kesulitan, kesakitan, kegelisahan, kesedihan, bahkan duri yang menusuknya, Allah akan menghapus dosa-dosanya (HR. Bukhari dan Muslim).
Namun, saya sangat memahami bahawa saat anda terperosok dalam kesedihan dan keputusasaan, nasihat ini mungkin terasa tidak cukup untuk meringankan beban anda.
Kadang-kadang, apa yang kita perlukan adalah seseorang yang dapat mendengar dan memahami kita.
Ini adalah langkah yang bijaksana dan sesuai dengan ajaran Islam, yang menggalakkan kita mencari bantuan dalam menghadapi masalah. Mereka dapat memberikan sokongan dan panduan yang mungkin anda perlukan.
Ingatlah bahawa Allah SWT tidak pernah menguji hamba-Nya melebihi batas kemampuan mereka. Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jangan ragu untuk mencari bantuan dan sokongan, baik secara spiritual maupun profesional. Anda tidak sendirian dalam menghadapi masalah ini, dan ada orang yang peduli dan bersedia membantu.
Saya mendoakan semoga Allah SWT memberikan anda ketenangan, kesabaran, dan kekuatan dalam menghadapi setiap ujian.
Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar dari kesulitan yang anda alami. Amin.