“Kenapa Allah Zalim Terhadap Kita?” 50 Nota Jawapan Untuk Orang Patah Hati Dan Kecewa

mengapa Allah zalim terhadap hambanya?Kadangkala hati kita terdetik:

Kenapa Allah zalim dengan aku?”

Kenapa Allah tidak memberi aku kehidupan yang aman, seperti orang lain?

Mengapa ujian Allah berikan ini terlalu berat, sedangkan aku tidak pernah buat perkara jahat?

Jika perpisahan membuatkan kita hilang arah, jadi apa tandanya Allah sayangkan kita? Bukankah ini Allah zalim? Bukankah ini lebih melemahkan?

Ustaz selalu kata Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa, tetapi mengapa Allah tetap menghukum aku dengan musibah yang benar-benar membuatkan aku terduduk?

Kehidupan kadangkala akan menolak kita jatuh ke bawah tanpa belas kasihan..

Tiada siapa yang mampu melindungi kita daripada realiti ini. Tiada siapa dapat mengelak.

Mengapa Allah zalim pada hambanya?

Namun percayalah, Allah tidak pernah zalim. Sedikit pun tidak pernah.

Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hambaNya.

Kasih sayang Tuhan itu ditunjukkan dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dengan ujian.

Ujian bertujuan mendidik. Bertujuan melatih jiwa supaya kuat.. tapi ramai yang tidak meyakini perkara ini.

Patah hati akan meninggalkan kesan luka yang sangat mendalam. Saya pernah merasakan apa yang anda rasa. I’ve been there.


Saya tahu memang sangat sukar menerima nasihat apabila anda sedang mengalami patah hati..


Tetapi saya tahu sesetengah nasihat boleh meredakan kesakitan. Ini adalah cubaan saya untuk memberi anda harapan bahawa ujian itu tanda Allah sayang.

Semoga nota dibawah membantu anda move on dan berdamai dengan takdir:

  1. Jangan takut dengan suasana yang berubah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Roll with it. Betul, ia tidak akan mudah, tetapi ia sangat berbaloi untuk anda.
  2. Perkara yang paling sukar dalam proses kematangan adalah, melepaskan apa yang telah sebati dengan kita, dan memulakan hidup dengan apa yang kita tidak mahu.
  3. Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.
  4. Mungkin Allah akan biarkan hati kita hancur berkali-kali sampai kita rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat kita punya harapan hanya untuk Allah saja.
  5. Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.
  6. Kadang, proses patah hati lah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.
  7. Perasaan sayang yang selama ini mematahkan hati anda, selalunya perasaan itu jugalah yang akan menyembuhkan hati anda, perlahan-lahan dengan masa.
  8. Sesetengah bab dalam hidup kita harus ditamatkan tanpa penamat. There’s no point in losing yourself by trying to hold on to what’s not meant to stay.
  9. Bila kita kelihangan seseorang, jangan anggap ia sebagai satu kehilangan, tetapi sebagai satu anugerah yang meringankan beban kita dalam perjalanan.
  10. Kadangkala bila kita tak dapat apa yang kita mahu, kita harus akur bahawa Allah menetapkan bahawa perkara itu bukanlah yang terbaik buat kita.
  11. Anda bukan orang yang sama dengan minggu, bulan atau tahun yang lalu. You’re always growing.  Experiences don’t stop. Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.
  12. One of the most rewarding moments in life is when you finally find the courage to let go of what you can’t change. Serius, hati tidak akan tenang bila selalu mengenang.
  13. Belajarlah untuk ketawa. Sekalipun kau rasa dunia tak lagi berikan sebab untuk kau bahagia. Buka hati untuk terima apa saja yang menduga dengan yakin pasti ada hikmah dihujungnya.
  14. Jangan pernah memaksa diri. Buat apa yang termampu dan biarkan ia. Jika ia sudah ditakdirkan milik kita, pasti ia tidak kemana-mana. Nothing Allah has written for you goes to someone else. So relax, take a deep breathe and be patient..
  15. Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita. Namun, tetaplah bersyukur.
  16. Stand strong.  Sometimes you have to experience a low point in life to learn a good lesson you couldn’t have learned any other way.
  17. Jangan memikirkan sebeberapa malangnya nasib anda, tetapi fokuskan berapa nikmat yang telah anda kecapi.
  18. Ujian Allah adalah menguji tahap keimanan kita kepadaNya dan sebenarnya ujian Allah kepada kita tidaklah seberat zaman para Nabi dan Rasul.
  19. Menyerah dan move on adalah dua perkara berbeza.
  20. Anda harus faham, dalam kehidupan orang datang dan pergi. Lepaskan mereka yang telah lama melupakan anda. Kita tak boleh halang orang dari pergi. Yang kita boleh buat ialah sentiasa jadi baik, untuk diri sendiri.
  21. Mungkin ada masanya kita akan kecewa, sakit, dikhianati. tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.
  22. Senyum, walaupun ada rasa semuanya sudah musnah. Senyum bukan untuk melambangkan anda sedang bahagia, tetapi ia menunjukkan dan melatih hati supaya kuat.
  23. Mereka yang berbahagia bukanlah dia yang hidup tanpa masalah tapi mereka yang mampu mengelola setiap masalah menjadi penuh hikmah. Dan masa merupakan penyembuh terbaik segala luka dihati.
  24. Kebanyakan orang yang menderita dan sukar untuk merasa bahagia kembali adalah mereka yang gagal menerima hakikatnya pada waktu sekarang. Allah understands your tears and pain. So, spend your time talking to Allah.
  25. Jika tidak mampu bersangka baik dengan takdir, cukup hanya hiasi bibir kita dengan istigfar. Moga-moga ia akan dapat menyejukkan hati kita kita.
  26. Tumpukan untuk membuat perubahan kecil. Jangan cuba berenang merentas lautan sekaligus. Jangan cuba meneroka seluruh dunia dengan sekali jalan. Bila kita terus mencari penyelesaian segera, secara tidak langsung kita membuatkan diri kita menderita dan semakin kecewa. Bersabar, ambil masa yang secukupnya.
  27. Lakukan perubahan kecil tetapi istiqamah setiap masa. Itu adalah lebih baik. Manusia adalah lemah, jadi jangan melampaui batas keupayaan kita.
  28. Semua perkara dalam kehidupan adalah sementara. Like a rainbow after the rain, there’s beauty in tough test, it’s all in how you see them.
  29. Parut adalah simbol kekuatan kita. Jangan pernah malu dengan luka kehidupan yang masih membekas. It means you conquered the pain, learned a lesson, grew stronger, and moved forward.
  30. Kadang kita perlu memaafkan orang lain bukan kerana mereka layak dimaafkan. Tetapi kita memaafkan kerana kita sendiri yang memerlukan ia. We cannot let go and move forward completely without it.
  31. Orang yang pertama memohon maaf adalah orang paling berani. Orang yang mampu memafkan adalah orang yang terkuat. Dan orang yang terdahulu untuk move on adalah orang yang paling bahagia.
  32. Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membuka jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.
  33. Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua.  Letting go of yesterday’s troubles is your first step towards happiness today.
  34. Banyak memori di masa lalu yang kita harap dapat dihapuskan, tetapi ia mustahil. Let it be. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan masa depan yang lebih bermakna dan lebih baik.
  35. Selalunya, perkara yang yang paling kecil itulah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
  36. The day you “understood” everything, was the day you stopped trying to figure everything out. Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (berdoa).
  37. Simpankan dalam hati bahawa tiada penyesalan dalam pilihan, walau pilihan itu nanti menyebabkan kita terluka. Yang ada cuma hikmah & pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
  38. Kadang-kadang Allah tahan permintaan kita kerana sewaktu kita meminta, kita dalam keadaan yang sangat jauh daripadaNya. Oleh itu, semakin kita berkehendak, semakin kita merapat pada Allah
  39. Ada banyak perkara dalam kehidupan yang diluar kawalan kita. Kita tak dapat mengawal semua perkara dalam kehidupan kita, tetapi kita boleh kawal bagaimana kita berhadapan dengannya. Dan melalui itu lah kita dapat melihat kekuatan sebenar diri kita.
  40. Melepaskan akan membuat kita berasa LEGA. Kerana kita akan sedar bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa pun di dunia ini. Semua bersebab & semua juga pinjaman, begitu juga perasaan :’)
  41. Belajarlah untuk lepaskan duka. Sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan di jiwa. Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita.
  42. Keimanan dan ketakwaan selalu diuji dengan cinta. Kadangkala kita perlu memilih melepaskan kecintaan kerana ia melemahkan keimanan, dan itulah ujian paling berat bagi orang yang sedang jatuh cinta.
  43. Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.
  44. Kebahagiaan kita yang sebenar apabila Allah tidak hilang dari hati kita.
  45. Mendekatlah dan genggam dengan kemas – Allah tidak pernah melepaskan kita. Mana mungkin kita jatuh jauh ke lembah yang dalam jika yang menjadi pautan kita adalah penguasa kepada seluruh alam!
  46. Apabila kesedihan, kita selalu mencari bahu seseorang untuk kita bersandar dan melepaskan tangisan. Akan tetapi kita mungkin lupa, bahawa sejadah dan sujud itu lebih mujarab. Allah itu ada. Selalu.
  47. Bahagia atau duka– Kuncinya kita yang pegang. Jika kita benarkan kesedihan bersarang dalam jasad dan dada, maka dukalah yang kita bakal hadap. Tapi jika bahagia yang kita pilih, maka tenanglah yang kita akan rasa.
  48. Jangan sesekali membongkar parut-parut yang lama, biarkan ia. Tinggalkan kenangan itu disana. Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.
  49. Another chapter. Another people. Another view. Another eyes. Another world. Another way of life. Will lead you to another you. Allah has promised the believers all these things.
  50. Kunci ketenangan hati: Balik pada Tuhan. Solat lah sekhusyuknya. Berdoalah setulusnya. Memintalah sedalamnya. Kau akan rasa hati tak sama lagi. Tuhan akan turunkan ketenangan yang tak berbelah bahagi. Apa lagi yang kita inginkan selain ketenangan? :)
  51. Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.

Allah turunkan ujian

 

Tidak pernah Allah Zalim. Kita Yang Gagal Melihat Kasih SayangNya

Jatuh itu perlu untuk sedarkan kita, yang selama ini terlalu selesa terbang tinggi.

…supaya kita tahu erti bersyukur.

Letakkan sepenuh kepercayaan kepadaNya dan bertenang.

Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”

— Al-Maidah:7

Seorang mukmin yang kuat tidak mudah dipatahkan dengan ujian serta dugaan permainan hati dan perasaan. Dia percaya semua yang berlaku ada pengajaran yang Allah ingin tunjukkan.

allah pisah seseorang bukan sebab Allah itu zalim

Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak.

Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan kembali sembuh pulih seperti sediakala. Ia akan tetap terasa sakit semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.

Tidak mengapa, memang untuk  belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar. Let it flaw. Let it be.

Keep learning, adapting, and growing. Semoga hati kita semakin kuat. Semoga hikmah yang Allah tunjuk akan membuatkan kita tersenyum nanti.

Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.”

— Surah Al-Hadid, ayat 23

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

309 thoughts on ““Kenapa Allah Zalim Terhadap Kita?” 50 Nota Jawapan Untuk Orang Patah Hati Dan Kecewa”

  1. Aku rasa seperti alien makluk asing dalam dunia haramjadah ni.. sbb tak dapat apa yg aku nak. untungla org yg tuhan bg idup senang rupa best dapat apa best2 cakap syukur syukur syukur dapat ini itu ini syukur,syukur, syukur..kalu aku nampak jumpa enkau org ni duk dalam syurga slps aku mati ni.. aku terajang kau org di syurga tu sbb untung la duk kat dunia best ni masuk syurga pulak kedua2 enkau org dapat ni. tuhan ada syurga ada neraka ada, yg tak ada keadilann..keadilan..keadilan maner?? ujian setakat kemampuan ?????hahahhahahhahahhaahahahhahahhahahhaahahhahhaha.. kemampuan apa aku sampai sakit mental ni. huahahahhahahahahhahahahhahahhahhhhaaaahahhahahaaaa hahahhahahhahahahahahaaa hahhaha keadilann huahahhahhahaahhahaaaa….keadilan???hahhahaha..hahha lucu betullah perkataan keadilan ni.. hikhikhikikk

    Reply
    • Dunia memanglah bagi orng mukmin neraka oleh sebab itulah tuan kne perbanyakkan amalan dan husnozon jaga solat…cubalah dgr ayat quran dan tgk ceramah….janganlah salahkan allah…saitan mahu sesatkan tuan untk msuk neraka…sesungguhnya dunia tempat kita istirehat bukan selama2 nya

      hrp maaf ats kekasaran bahasa n_n

      Reply
      • Untung la org mcm agong tu. Mati masok surga hidup pun best..
        Agong tu cth jer sbb semua org kenai tahu apa yg hidup dia ada. Nk bg cth org lain nti tak tahu plk.

        Reply
  2. Aku ni umpama mcm manusia dlm filem p ramlie yg jd si bongkok itu dlm sumpah org minyak tu. Cuma org bunian tak culik aku bg jd aku lawa dan kaya jer. Tak puas hati aku dgn kau org yg tuhan bg elok hdup senang ni.aku pulak yg kn tahan nafsu dan hdup ssh sampai mati seorang diri yer aku sedar aku ni buruk mn buleh dpt apa yg aku suka.aku redha jer tahan nafsu walaupun aku selalu bermimpi aku ada teman yg aku suka dlm mimpiku…bila bangun semuanya mimpi dan menunggu mati.

    Reply
  3. Ustaz pun sembang kencang suruh org huduh mcm aku kawal nafsu dia pun pi kawin anak dara. Ustaz boleh ceramah suruh kawal nafsu tapi kalo ada popuan hitam mcm negro ajak dia kawin pun dia tak mau. Sembang jer kencang malam2 buleh tutup lampu dia pun tak mau. Haramjadah dunia ni. Mana adil. Untung la kau org tuhan bg benda best sesuai kehendak nafsu kau org pastu cakap senang sembang kencang sembang bersyukur selalu. Org miskin buruk mcm aku kena tahan nafsu. Bodohla dunia ni dh la aku lahir bapak aku pun tak guna tak berjenis kerja pun malas dgn aku hdup ssh dr kecik ni apa yg best tuhan bg kat aku ni. Ni aku hdup ssh smpi ke mati seorang diri dgn tekanan hidup kawal nafsu ni dr teringin apa kau org bertuah ada. Kejadah dunia ni.bangang dunia ni.pi la uji ustaz pulak bg benda buruk2 pulak jgn duk kacau hdup aku bg ssh lg. Aku nk hdup tanpa sakit dan mati dgn aman jer mls pikir hal nafsu2 ni tak boleh ker..

    Reply
  4. Tak buleh ker tuhan buang nafsu utk org yg miskin dan rupa buruk ni. Sakit hati bukan buleh apa hidup ni. Seumpama org miskin teringin nk mkn kfc xmampu dpt tgk org kaya mkn kfc dalm mimpi jer duk mimpi mkm kfc cthnya mcm tu. Dunia bodoh bangang ni haramjadah tak adil.benda best elok2 satu manusia tu semua dpt ada manusia lain tak dpt. Hikmah haramjadah apa dah tak adil bg org tak bernasib baik sakit hati jer. Mimpi benda yg mustahil dpt tapi dok tengok manusia yg tuhan bg benda yg indah best2. Sakit hati betul.

    Reply
    • setiap yg brlaku ad hikmah,munkin orng miskin xdpt mkn kat dunia kfc dan orng kaya ja dpt.tapi hadis nabi ckp orng yg bnyk msuk syurga bnyk orng miskin brbnding orng kaya….bersyukurlah sudah dpt tanda2 msuk syurga….

      aq thu munkin korng ckp korng xnsib baik hdup kat dunia nie,munkin klau allah bgi korng hidup senang munkin dpt mnybbkn korng lupa dia….

      aq pn thu rse miskin sbb aq pn miskin pkai phone pn secondhand nk reply kdng2 mkn nsi pn dgn 1 biji telur goreng kerat 8 sbb adik beradik rmai ayah aq OKU,mak aq sara hidup dgn jual nasi…..tpi tkpe bgi aqla selagi kita hidup solat cukup akan ad kebhagian di penghujung walaupun bukan di alam ni kan?

      harta xdpt bwk msuk kubur,tkpela orng lain biarlah….pedulikan diorng

      aq pn rse sma jgk dgn korng nk makan kfc…tpi rezeki tkdekn nk buat cmne….munkin lain hri lain thun n_n

      ~maaf atas kekasarn bhasa aq cuma nk tegur

      Reply
      • Mana ada adilnya. Org yg takdir nasib mcm manusia agung raja tu lbih dr bapak kfc dia dpt. Bg cth dia sbb org smua kenal bleh tgk hdup dia. Mati msk syurga plk. Dunia dpt best2 mati pun best.. ramai plk duk doa kat dia. Untung la boleh takdir mcm tu.

        Reply
  5. Org kaya perangai mcm bab1 pun ada org sokong ada org membela sbb buleh bg duit buleh selalu buat kenduri jamu org mcm jiran dan org jiran tu dok sokong si kaya. Adil ker duniaa ni..

    Reply
  6. ada org tak pernah kena kutuk sbb rupa buruk dan miskin. adakah adil dunia ni??. dari awai tak pernah dilahrkan tgk dunia ni lagi baik ni tak pasal2 kalo bunuh diri masuk neraka pulak. aku tengok org mcm airil yg bininya wawa tu aku rasa tak puas hati betulla untungla manusia mcm tu dapat benda best. ni nk buat masjid pula masuk syurga pula.. dunia dia punya mati pun syurga dia punya semua dia dapat. adilkah begini? woi mambang semua. adilkah mcm ni??

    Reply
    • rmai orng miskin msuk syurga,tpi tk rmai yg kaya msuk syurga kenpa?
      sbb diorng tk reti bersyukur bila ad skit nk tmbh lgi…sya pn orng miskin jgk bnyk mslh mkn nsi dgn adik beradik telur goreng kerat 9 skli dgn mak ayah…and rumah buruk ayah OKU mak sara hidup kitaorng…brsbrlah sbb stiap brlaku ad sbb

      Reply
  7. Assalamualaikum tuan, slalu sy dgr dan melihat org berkata ‘masa itu menyembuhkan,’ tp ayat tu mcm sial. Mahu berapa lama sy kena tunggu utk sembuh dr kesakitan masa lalu? Hampir mati sy menunggu masa sembuh dr kesakitan itu tuan. Sy maksudkan ‘mati’ yg sebenar. Aku ditinggalkn dgn alasan yg tiada. Hilang arah tujuan dan hidup yg tiada erti aku lalui. Aku mencari tuhan, aku sujud menyembah minta petunjuk tp kosong. Setiap hari aku sembhyg dan berdoa supaya hati tenang tp hakikatnya aku dkhianati oleh tuhan. Benci aku jalani kehidupan begini sedangkan sang mantan gembira dpt si kuda putih menunggang agama demi cinta. Persetan semuanya ini, tiada keadilan dlm setiap keihklasan. The worst part is, dia kahwin sehari sblm hari lahir sy. Mmg cibai lah. Utk kau yg ak maksudkan perempuan, semoga kau hidup tanpa ketenangan sampai bila-bila. Biar kau rasa apa yg aku lalui. Walaupun tuhan menjauhkan diri dr aku, aku ttp sentiasa berharap akam kemusnahanmu. Celakalah kau perempuan..

    Reply
    • aslm tuan?saya bukan nk marahkan tuan sya thu ini isi hati tuan…tapi tuan sesungguhnya brsbrlah kalau tuan ikhlas dlm solat dan solat taubat…cubalah dekatkan dri dgn allah bkn…insyallah akan ad petunjuk…luka yg dlu usah dikenang semakin diusik smkin parah…..

      maaf ats kesalahan bahasa n_n

      Reply
  8. memang tak adil pun. ada org dapat macam2 best. jadi kaya ada peluang hidup jadi kaya hdup mewarisi harta pun ada. dapat pi melancong sana sini main salji lepas tu tulis syukur bersyukur saja yg tu saja senang sungguh hidup ni nak apa semua dapat pastu derma kat tahfiz bg budak tahfiz tarik masuk syurga senang jer hidup ni syurga di dunia di akhirat pun dapat. ada org miskin dpt duit kena musibah sakit la apa habis duit. hidup haram tak best. bodoh dunia ni haram tak adil. haramjadah. bangang bodoh dunia ni..stress hidup ni asik benda buruk nak kaya tak buleh asik masalah sakit la apa nak p melancong seronok2 tak dapat…pundek seme ni..

    Reply
  9. ni semua kata² nk sedapkan hati je.. sedangkan hakikatnya kau masih sengsara, hidup tertekan, banyak masalah bertimpa².. sampai bila nk tipu hati sendiri dgn ayat² cliche mcm ni? masalah tak setel² jugak.. tetap jd mangsa takdir jugak.. sama je..

    Reply
      • sampai kiamat.. ada mslh? sampai bila nk tipu diri sendiri? sedapkan hati sendiri,konon bersangka baik dgn takdir tuhan.. musibat.. dh tak larat nk husnudzon.. last² kene game jugak dgn takdir tuhan.. kau je yg bodoh tak nampak.. kau tgk sekeliling kau berapa ramai umat Islam hidup susah? diorang pn sembah tuhan yg satu.. diorang pn beriman sama mcm kau..tp kau tgk lps satu demi satu diuji dgn kesengsaraan, langsung tak diganti dgn kebahagiaan.. kalau bab bala kemain laju je dpt.. kalau bab bg kaya kemain susah lg nk dpt.. last² kapir yg tak mengenal Allah, yg kaki pmpuan, kaki botol, kaki judi, sumber haram jugak yg kaya mkn tak habis.. yg susah makin susah.. yg senang makin senang.. jgn jadi bodoh la.. bukak mata kau besar² tgk realiti hidup ni mcm mana.. smpai bila nk sedapkan hati sendiri? sedangkan hati kau sakit.. hahha.. sedih hidup dlm kepura puraan.. terpaksa bersangka baik dgn tuhan wlaupun kene buli gila babi..

        Reply
  10. sekor² reply komen mcm sial, tak membantu langsung. kau ingat diorang ni semua broken suka² ke? setiap org memang ada ujian tersendiri.. insan yg dah broken tahap gila babi perlukan guide, bukan pokewak judgemental mcm korang.. sebab kalau korang kt tempat dia pun silap² korang terjun bangunan kot. toksah la acah² tarbiah sentap selagi kau tak lalui benda yg sama..

    Reply
    • Memang semua orang tak lalui benda sama.
      Setiap orang ujiannya berbeza, jalan hidupnya tidak sama.

      Tapi kita ada tempat kembali yang sama, iaitu Tuhan.

      Walaupun tak semua masalah dapat selesai dengan segera, kita sentiasa boleh berdoa dan berusaha untuk masa depan yang baik.

      Kalau tuan berterusan nak salahkan Tuhan, nak maki orang sekeliling, teruskan..

      Itu kerugian tuan.

      Reply
      • weh barua.. kalau semua benda boleh setel dgn doa, takde la org depression dlm dunia mangkuk..kalau semua boleh setel dgn doa, tak perlu dh la mahkamah dgn undang².. ye kerugian aku, sbb tu aku ckp pundek judgmental mcm kau ni tak membantu langsung..pandai sembang serupa babi terbang..

        Reply
      • hoi Muhamad Naim, aku harap mak kau kena kanser di saat kau kena buang kerja rumah kau kena rompak sampai kosong…kau kena scam duit kau habis…aku nak tgk husnuzon bodoh kau tu atau kau terjun bangunan time tu.

        Reply
  11. sy pun melalui kehidupan yg perit dan seksa. sy sakit, tak mampu kerja, tiada kawan². Kadang² sy fikir dunia ni tak adil sangat²

    sy tiada daya dan kuasa utk cari pendapatan utk hidup yg lebih sempurna

    sy masih mengharap Allah selamatkan sy dan beri kehidupan yg lebih sempurna dan beriman

    Reply
  12. Adil?menipu jee semua ni. Tuhan memang tak adil pun. Tengok mcm agung tu dia raja dia masuk syurga dia hidup di dunia tak da rasa susah hidup nak makan bl apa nak beli apa tak perlu susah2 kerja cr duit hidup pun bukan ada org hina ,org xda gaduh dgn dia.hidup pun happy ja tak dak susah. apa yg susah? . Dunia pun dia buleh syurga lps mati pun dia buleh.dua2 dia buleh. Ini adil? Ada org hdup d dunia teruk miskin apa pun tak buleh mati jer msk syorga jumpa dia di syorga. Tapi dia d dunia hdup best xmcm org miskin tu. Org miskin tu mcm aku la.

    Reply
  13. Terima kasih sangat² sbb wujud kan artikel ni. Aku akan ulang bace banyak kali bila diri rase down ☺️ apa yang di katakan pun semua masuk akal. Slow² boleh hadam dengan ujian Allah lepas aku bace artikel ni. Thanks again ??

    Reply
  14. Salam.Mungkin yg membaca akan marah bila membaca komen ini.setiap orang ada masalah.saya sudah tidak ada harapan lagi utk meneruskan hidup sbb harapan yg selama ini saya tujukan kepada tuhan satu pun tak didengari.selama ini saya tidak pernah harapkan selain dari tuhan yang membantu.tetapi selama itulah harapan saya tidak pernah Di bantu.saya betul2 kecewa.selama ini saya telah berikan segala2nya apa yang dikehendaki oleh tuhan.hinggakan kepala saya dipijak.maruah saya di hina.aib saya dibuka.saya ditinggalkan ketika saya tidak punya apa2.sehingga saya berikan apa yg dimurkai tuhan hanya kerana saya takut menambah dosa.setiap hari solat ,doa ,tapi sia2 saja.hidup saya hancur,masa depan saya gelap.saya rasakan kesempitan walhal saya berikan kebebasan yang diminta dari saya.kini hidup saya dah hancur.saya menjadi org yg tak berguna.tapi saya tidak putus asa.saya tetap berdoa mengharapkan agar tuhan memberikan sinar kepada saya.sehingga terjadi satu perkara yg memusnahkan masa depan saya.saya masih berdoa mengharapkan bantuan dari Nya.tapi harapan tinggal harapan.saya kini tersepit.tiada apa2 bantuan utk saya.hinggakan ahli keluarga pun mencerca saya.saya tiada tempat lagi nak mengadu.siang malam saya berdoa,minta tolong sahabat,saudara,tiada satu pun yg membantu.sampai hati saya terdetik buat apa berdoa kalau tak didengari.buat apa berdoa kalau tiada yg membantu.buat apa kotoran dahi kalau hidup sempit begini.sampai sekarang saya tk lagi solat dan berdoa walaupun hidup sy mcmni

    Reply
    • Satu je nak cakap bang. Kalau Allah tu tak sayang kau, Dia takkan bagi kau bernafas lagi. Walau pun aku takde dekat tempat kau tapi aku faham betapa sakit nya nak lalui kehidupan seharian. Jangan putus asa. insha’Allah ada jalan. Terus kuat bang

      Reply
  15. Terlalu ramai hidup yg menyalahkan takdir..
    4 perkara yg Allah sudah ditetapkan semasa roh kita ditiup di dalam rahim ibu:
    1.ajal maut
    2.jodoh
    3.rezeki
    4.nasib baik/buruk kita
    Perkara yg kita tidak dapat ubah adalah qada’ tapi qadar kita boleh ubah dengan menggunakan senjata kita sebagai umat Islam iaitu doa.. jgn salahkan Allah.. perjalanan hidup kita mengikut kehendak atau cara hidup kita sendiri.. manusia la yg sendiri menzalimi diri mereka sendiri.. kita boleh persoalkan segala perkara tidak adil yg kita rasa sebagai manusia di atas dunia ni.. tapi di akhirat kelak, semua akan dipertontonkan semula kepada kita kenapa, mengapa jalan hidup kita huru hara.. semua berbalik pada perbuatan roh dan jasad kita sendiri..lebih baik kita menyalahkan diri sendiri supaya tidak menambah dosa menyalahkan takdir Allah.. ibarat melawan kehendak Allah.. tepuk dada tanya iman.. salah 1 rukun iman adalah percaya pada qada’ dan qadar.. nilaikan diri kita di tahap mana sekiranya kita sendiri tidak beriman..

    Reply
    • sembang kau tinggi melangit…kau tak kena naya lg dgn tuhan kau, kau sembang bagus la…nak ckp pasal iman…tu paria rompak rumah aku sampai kosong tu beriman pala butoh amende sial? tak kena apa2 pun paria tu.

      Reply
  16. Sangat tersentuh diatas artikel ini.. byk yg saya x sedar.. perkongsian ini byk membuka mata hati saya.. saya lupa Allah itu ada.. terima kasih unt penulis…

    Reply
  17. nabi pun kena belah dada dicuci hatinya. ni manusia biasa yg di bg ujian berat2 ni apasal tak cuci sekali belah dada ni…bosan hidup ni macam nk bunuh diri pun ada bila tidur asyik sangat mcm pegi satu dunia satu tempat yg aman ada perempuan2 cantik, pemandanga2n indah diatas gunung yg nyaman ada pemandangan2 indah .. bila bangun tidur terus tak ada semangat asik benda tak best dan tak dapat apa disuka pun. nafsu pun kena tahan sbb tak dapat pun apa yg nak. takdir ni sungguh tak adil.mcm menahan org lapar dr makan, yg dapat makan lps makan bersyukur. mcm haramjadah tak adil.untung la manusia yg tuhan bg benda best2 dlm hidup dan hati senang.bersyukur jer mudah jer.aku pun boleh kalau mcm tu.

    Reply
    • Itu la masalah awak, awak nak kehendak dan nafsu awak dipenuhi.
       
      Sedangkan dunia ini bukan tempat untuk memenuhi hawa nafsu.

      Reply
      • hakikatnya aku kahwin dgn janda dan anak ramai yg mana ustaz2 pun tiada mcm tu. aku harap hatiku redha tetapi tahlah bukan senang hidup ni memaksa diri akur dgn takdir. rasa hidup ni tiada apa yg menarik dan hidup ni hancur. kaya pun tidak, juga tidak miliki apa2 di dunia ni yg gembirakan hati.

        Reply

Leave a Comment